âšď¸ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | FAIL | download_stamp > now() - 6 MONTH | 8.9 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_(filem) |
| Last Crawled | 2025-07-18 20:58:38 (8 months ago) |
| First Indexed | not set |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Bunohan (filem) - Wikiwand |
| Meta Description | Bunohan merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2012 yang mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2012. Filem arahan Dain Said menampilkan Faizal Hussein, Zah... |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Idea Idea menerbitkan filem ini telah lama dirancang sejak dahulu. Bermula dengan tajuk `Bunga Lalangâ bersempena nama panggilan Adil dalam gelanggang tomoi, akhirnya ditukar kepada nama `Bunohanâ berikutan latar tempat filem ini. Semasa melakukan penyelidikan, Dain selaku pengarah, telah menemui beberapa orang Kelantan. Mereka memberitahu beliau untuk pergi ke tempat dipanggil `Bunoheâ sebagaimana panggilan masyarakat Kelantan. Beliau pada mulanya tidak percaya. Namun beliau akhirnya telah melawat tempat itu sendiri atas cadangan penduduk tempatan. Pemilihan Pelakon Faizal Hussein dan Dain Said ketika sesi pengambaran Empat hingga lima tahun lalu, Dain mempelawa para pelakon untuk membintangi filemnya. Beliau tidak mempunyai ramai watak, tetapi sudah mengetahui pelakon yang bakal membawakan watak dalam filem tersebut. Beliau terus memilih Faizal Hussein sebagai Ilham, kerana beliau pernah bekerja denganya ketika pengambaran filem Dukun (telah diharamkan) Bagi Faizal, beliau sudah mengetahui tentang tawaran filem ini sebelum pengambaran bermula. Beliau yang memegang watak sebagai pembunuh upahan begitu teruja untuk melakukan watak ini. Pekin Ibrahim menjayakan watak Bakar, seorang anak yang tamak Bagi watak Bakar, Dain menghadapi masalah kerana beliau buntu untuk mengambarkan cirri-ciri watak ini. Namun, beliau menemui pelakon yang sesuai untuk watak ini. Beliau memilih Pekin Ibrahim untuk membawa watak Bakar. Baliau yang dijadualkan untuk watak kecil selaku pelakon pembantu, berjaya mengagumkan Dain dan terus dianggakt selaku pembawa watak ini. Menurut Pekin, beliau menangis apabila mendapat watak ini, keranan beliau merasakan watak ini mencabar. Beliau membawa watak jahat secara bukan fizikal, sekali gus memberi cabaran buat beliau. Watak orang Cina fasih loghat Kelantan bernama Jing menjadi salah satu cabaran buat Dain. Beliau mengakui terdapat ramai pelakon Cina berbakat, tetapi tidak ada yang menepati cirri-ciri watak tersebut. Beliau meninjau-ninjau di sekitar kawasan pengambaran dan akhirnya menemui Jimmy Lor. Beliau dilihat bersesuaian dan pernah bekerjasama dengan Faizal Hussein. Jimmy Lor merupakan seorang jurulatih seni mmpertahankan diri. Zahiril Adzim dan Amerul ketika sesi pengambaran Bagi menampakan susuk ubuh peninju tomoi, Zahiril Adzim selaku watak Adil, terpaksa meluangkan masa menjalani latihan tomoi pada bulan puasa. Beliau merasakan cabaran ketika membawakan watak ini. Beliau turut menyatakan bahawa setiap pelakon yang menjayakan adegan pergaduhan dimita melakukan pergaduahn secara betul. Namun, kecederaan yang dialami tidak membimbangkan. Lokasi Pasukan produksi mengenalpasti empat lokasi untuk file mini, jika salah satu lokasi menghadapi masalah cuaca. Bahagian paya bakau diambil di sekitar Terengganu, dengan menggunakan daya kreatif Dain sendiri, bagi menampakan paya bakau sempadan Kelantan-Thailand. Perjalanan produksi diburukkan dengan musim tengkujuh, menyebabkan pengambaran tergendala selama tiga hari. Kadang-kala, cuaca panas terik di paya bakau memberi cabaran buat pasukan produksi. Bagi adegan terakhir, dimana pertandingan tinju tomoi diadakan, mereka terpaksa melakukan dengan cepat kerana keadaan hujan yang tidak mengizinkan. Pengambaran dilakukan pada waktu malam. Bagi sinematografi pula, Dain menggunakan khidmat Tong, selaku sinematograf dari Thailand. Beliau yang sudah lama mengharungi kesusahan pengambaran, tidak gentar dengan cuaca. Beliau sudah memudahkan kerja Dain dalam memastikan pengambaran berjalan lancar. Masalah haiwan liar di kawasan pengambaran turut dialami oleh pelakon-pelakon filem ini. Ketika melakukan adegan di sungai, mereka diberitahu ada buaya di kawasan terebut. Namun, Dain menafikan. Beliau ingin memberitahu bahawa buaya telah lama pupus akibat pemburuan besar-besaran di kawasan tersebut. Apa yang lebih merisaukan ialah haiwan liar yang hidup di kawasan paya bakau itu. Beliau sudah melihat kawasan itu terlebih dahulu. Maka, beliau mengambil langkah keselamatan dengan menempatkan pasukan perubatan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan menyuruh setiap krew memekik skuat hati apabila berlaku kecederaan. Selain itu, krew-krew membaca doa sebelum memulakan kerja-kerja pengambaran. Penyuntingan Kerja-kerja penyuntingan dilakukan sebaik siab setiap babak. Bagi Dain, beliau menginginkan keadaan sebenar dan membuatkan penonton menghayati penceritaan dan alam semulajadi dalam filemnya. Selain itu, kerja-kerja mengemaskini sistem bunyi dilakukan oleh pengarah sendiri. Bagi beliau, bunyi akan memberi makna kepada sesebuah cerita. Namun, beliau cuba mengimbangi supaya bunti tidak melebihi visual filem ini. Beliau turut meminta bantuan composer Tan Yan Wei (atau Yuan), bagi memberikan muzik yang tidak terlalu menjuruskan kepada muzik etnik. Namun, Yuan tidak sempat melihat hasil penuh file mini, kerana beliau meninggal dunia tidak lama setelah filem ini selesai. Gangguan Filem ini turut memberikan seribu kisah misteri semasa pengambaran dilakukan. Krew dan pelakon menyatakan baha mereka diganggu oleh makhluk ghaib yang berada di kawasan tersebut [ 5 ] . |
| Markdown | MS
[Sign in](https://www.wikiwand.com/auth/signin)
[All](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\))
[Articles](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\))
[Dictionary](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\))
[Quotes](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\))
[Map](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\))
# Bunohan (filem)
Filem Malaysia 2012 arahan Dain Iskandar Said From Wikipedia, the free encyclopedia
[](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#/media/File:Bunohanposter02.jpg)
Remove ads
Remove ads
[Bunohan (filem)](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\) "Bunohan (filem)")
â˘
â˘
â˘
[Sinopsis](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Sinopsis)[Pelakon](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Pelakon)[Pembikinan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Pembikinan)[Idea](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Idea)[Pemilihan Pelakon](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Pemilihan_Pelakon)[Lokasi](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Lokasi)[Penyuntingan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Penyuntingan)[Gangguan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Gangguan)[Maklum Balas](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Maklum_Balas)[Ulasan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Ulasan)[Anugerah dan pencalonan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Anugerah_dan_pencalonan)[Lihat juga](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Lihat_juga)[Rujukan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Rujukan)[Pautan luar](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#Pautan_luar)
**Bunohan** merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2012 yang mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2012. Filem arahan [Dain Said](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Dain_Said "Dain Said") menampilkan [Faizal Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Faizal_Hussein "Faizal Hussein"), [Zahiril Adzim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Zahiril_Adzim "Zahiril Adzim") dan [Pekin Ibrahim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Pekin_Ibrahim "Pekin Ibrahim") sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini merupakan filem kedua Dain selepas *[Dukun](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Dukun_\(filem\) "Dukun (filem)")*.
**Fakta Segera** Pengarah, Penulis ...
| Bunohan | |
|---|---|
| [](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#/media/Fail:Bunohanposter02.jpg)Poster keluaran tayangan. | |
| Pengarah | [Dain Said](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Dain_Said "Dain Said") |
| Penulis | Dain Said |
| Lakon layar | Dain Said |
| Cerita oleh | Dain Said |
| Dihasilkan oleh | Nadita Solomon |
| Dibintangi | [Faizal Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Faizal_Hussein "Faizal Hussein") [Zahiril Adzim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Zahiril_Adzim "Zahiril Adzim") [Pekin Ibrahim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Pekin_Ibrahim "Pekin Ibrahim") [Bront Palarae](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bront_Palarae "Bront Palarae") [Namron](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Namron "Namron") [Soffi Jikan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Soffi_Jikan "Soffi Jikan") |
| Sinematografi | Charin Pengpanich |
| Disunting oleh | Herman Kumala Panca |
| Muzik oleh | Tan Yan Wei |
| Syarikat penerbitan | Apparat |
| Diedarkan oleh | Traction Media (Malaysia) Easternlight Films (Antarabangsa)[\[1\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-1) |
| Tarikh tayangan | 8 Mac 2012 |
| Masa tayangan | 97 minit |
| Negara | [Malaysia](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Malaysia "Malaysia") |
| Bahasa | [Melayu](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bahasa_Melayu "Bahasa Melayu") |
| Bajet | RM 1.81 Juta[\[2\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-mStar-2) |
| Pecah panggung | RM780,000[\[3\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-3) |
Tutup
Bunohan telah menyertai [Festival Filem Antarabangsa Toronto](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Festival_Filem_Antarabangsa_Toronto "Festival Filem Antarabangsa Toronto") 2011 dan dipilih sebagai penyertaan rasmi Malaysia ke anugerah Oskar ([Anugerah Akademi](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Anugerah_Akademi "Anugerah Akademi")) 2012 untuk merebut kategori top 5 Filem Antarabangsa Terbaik. Filem ini akan berentap dengan 70 filem antarabangsa yang lain.[\[4\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-4)
Remove ads
## Sinopsis
Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan tentang 3 adik-beradik yang terasing â Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas melarikan diri daripada pertarungan maut, Adil âBunga Lalangâ seorang peninju tomoi, terpaksa melarikan diri pula daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke sebuah kampung bernama [Bunohan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Kampung_Bunohan "Kampung Bunohan"). Apabila mereka bertembung, memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.
Kehadiran mereka bertiga di kampung Bunohan telah membangkitkan kembali kisah silam Pok Heng sebagai ayah kepada mereka bertiga. Setiap seorang dari mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditenggelami kebencian yang membawa kepada kehilangan jiwa , pengkhianatan yang tidak berkesudahan dan pemBUNOHAN.
Remove ads
## Pelakon
- [Faizal Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Faizal_Hussein "Faizal Hussein") sebagai Ilham Ibrahim
- [Zahiril Adzim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Zahiril_Adzim "Zahiril Adzim") sebagai Adil Ibrahim
- [Pekin Ibrahim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Pekin_Ibrahim "Pekin Ibrahim") sebagai Bakar Ibrahim
- [Bront Palarae](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bront_Palarae "Bront Palarae") sebagai Deng
- [Namron](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Namron "Namron") sebagai Pok Wah
- [Amerul Affendi](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Amerul_Affendi "Amerul Affendi") sebagai Muski
- [Soffi Jikan](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Soffi_Jikan "Soffi Jikan") sebagai Awang Sonar
- [Wan Hanafi Su](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Wan_Hanafi_Su "Wan Hanafi Su") sebagai Pok Heng @ Ibrahim
- Tengku Azura sebagai Mek Yah
- [Hushairy Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Hushairy_Hussein "Hushairy Hussein") sebagai Jolok
- Jimmy Lor sebagai Jing
- [Ho Yuhang](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Ho_Yuhang "Ho Yuhang") sebagai Cina Burung
- [Carliff Carleel](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Carliff_Carleel "Carliff Carleel") sebagai Chart
- Mat Seman sebagai Bakri
- [Along Eyzendy](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Along_Eyzendy "Along Eyzendy") sebagai Gasi
Remove ads
## Pembikinan
### Idea
Idea menerbitkan filem ini telah lama dirancang sejak dahulu. Bermula dengan tajuk \`Bunga Lalangâ bersempena nama panggilan Adil dalam gelanggang tomoi, akhirnya ditukar kepada nama \`Bunohanâ berikutan latar tempat filem ini. Semasa melakukan penyelidikan, Dain selaku pengarah, telah menemui beberapa orang Kelantan. Mereka memberitahu beliau untuk pergi ke tempat dipanggil \`Bunoheâ sebagaimana panggilan masyarakat Kelantan. Beliau pada mulanya tidak percaya. Namun beliau akhirnya telah melawat tempat itu sendiri atas cadangan penduduk tempatan.
### Pemilihan Pelakon
[](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#/media/Fail:Faizal&Dain\(bunohan\).jpg2.jpg)
Faizal Hussein dan Dain Said ketika sesi pengambaran
Empat hingga lima tahun lalu, Dain mempelawa para pelakon untuk membintangi filemnya. Beliau tidak mempunyai ramai watak, tetapi sudah mengetahui pelakon yang bakal membawakan watak dalam filem tersebut. Beliau terus memilih [Faizal Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Faizal_Hussein "Faizal Hussein") sebagai Ilham, kerana beliau pernah bekerja denganya ketika pengambaran filem Dukun (telah diharamkan)
Bagi Faizal, beliau sudah mengetahui tentang tawaran filem ini sebelum pengambaran bermula. Beliau yang memegang watak sebagai pembunuh upahan begitu teruja untuk melakukan watak ini.
[](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#/media/Fail:PekinIbrahim-Bakar\(bunohan\).jpg)
Pekin Ibrahim menjayakan watak Bakar, seorang anak yang tamak
Bagi watak Bakar, Dain menghadapi masalah kerana beliau buntu untuk mengambarkan cirri-ciri watak ini. Namun, beliau menemui pelakon yang sesuai untuk watak ini. Beliau memilih [Pekin Ibrahim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Pekin_Ibrahim "Pekin Ibrahim") untuk membawa watak Bakar. Baliau yang dijadualkan untuk watak kecil selaku pelakon pembantu, berjaya mengagumkan Dain dan terus dianggakt selaku pembawa watak ini. Menurut Pekin, beliau menangis apabila mendapat watak ini, keranan beliau merasakan watak ini mencabar. Beliau membawa watak jahat secara bukan fizikal, sekali gus memberi cabaran buat beliau.
Watak orang Cina fasih loghat Kelantan bernama Jing menjadi salah satu cabaran buat Dain. Beliau mengakui terdapat ramai pelakon Cina berbakat, tetapi tidak ada yang menepati cirri-ciri watak tersebut. Beliau meninjau-ninjau di sekitar kawasan pengambaran dan akhirnya menemui Jimmy Lor. Beliau dilihat bersesuaian dan pernah bekerjasama dengan Faizal Hussein. Jimmy Lor merupakan seorang jurulatih seni mmpertahankan diri.
[](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#/media/Fail:Zahiril&Amerul\(Bunohan\).jpg)
Zahiril Adzim dan Amerul ketika sesi pengambaran
Bagi menampakan susuk ubuh peninju tomoi, [Zahiril Adzim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Zahiril_Adzim "Zahiril Adzim") selaku watak Adil, terpaksa meluangkan masa menjalani latihan tomoi pada bulan puasa. Beliau merasakan cabaran ketika membawakan watak ini. Beliau turut menyatakan bahawa setiap pelakon yang menjayakan adegan pergaduhan dimita melakukan pergaduahn secara betul. Namun, kecederaan yang dialami tidak membimbangkan.
### Lokasi
Pasukan produksi mengenalpasti empat lokasi untuk file mini, jika salah satu lokasi menghadapi masalah cuaca. Bahagian paya bakau diambil di sekitar Terengganu, dengan menggunakan daya kreatif Dain sendiri, bagi menampakan paya bakau sempadan Kelantan-Thailand.
Perjalanan produksi diburukkan dengan musim tengkujuh, menyebabkan pengambaran tergendala selama tiga hari. Kadang-kala, cuaca panas terik di paya bakau memberi cabaran buat pasukan produksi. Bagi adegan terakhir, dimana pertandingan tinju tomoi diadakan, mereka terpaksa melakukan dengan cepat kerana keadaan hujan yang tidak mengizinkan. Pengambaran dilakukan pada waktu malam.
Bagi sinematografi pula, Dain menggunakan khidmat Tong, selaku sinematograf dari Thailand. Beliau yang sudah lama mengharungi kesusahan pengambaran, tidak gentar dengan cuaca. Beliau sudah memudahkan kerja Dain dalam memastikan pengambaran berjalan lancar.
Masalah haiwan liar di kawasan pengambaran turut dialami oleh pelakon-pelakon filem ini. Ketika melakukan adegan di sungai, mereka diberitahu ada buaya di kawasan terebut. Namun, Dain menafikan. Beliau ingin memberitahu bahawa buaya telah lama pupus akibat pemburuan besar-besaran di kawasan tersebut. Apa yang lebih merisaukan ialah haiwan liar yang hidup di kawasan paya bakau itu. Beliau sudah melihat kawasan itu terlebih dahulu. Maka, beliau mengambil langkah keselamatan dengan menempatkan pasukan perubatan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan menyuruh setiap krew memekik skuat hati apabila berlaku kecederaan. Selain itu, krew-krew membaca doa sebelum memulakan kerja-kerja pengambaran.
### Penyuntingan
Kerja-kerja penyuntingan dilakukan sebaik siab setiap babak. Bagi Dain, beliau menginginkan keadaan sebenar dan membuatkan penonton menghayati penceritaan dan alam semulajadi dalam filemnya.
Selain itu, kerja-kerja mengemaskini sistem bunyi dilakukan oleh pengarah sendiri. Bagi beliau, bunyi akan memberi makna kepada sesebuah cerita. Namun, beliau cuba mengimbangi supaya bunti tidak melebihi visual filem ini. Beliau turut meminta bantuan composer Tan Yan Wei (atau Yuan), bagi memberikan muzik yang tidak terlalu menjuruskan kepada muzik etnik. Namun, Yuan tidak sempat melihat hasil penuh file mini, kerana beliau meninggal dunia tidak lama setelah filem ini selesai.
### Gangguan
Filem ini turut memberikan seribu kisah misteri semasa pengambaran dilakukan. Krew dan pelakon menyatakan baha mereka diganggu oleh makhluk ghaib yang berada di kawasan tersebut[\[5\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-5).
Remove ads
## Maklum Balas
### Ulasan
Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif.John Anderson dari [Variety](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Variety_\(magazine\) "en:Variety (magazine)") mengulas filem ini sebagai "segar dengan sentuhan sihir, ganas dan wajar untuk dihasilkan semula untuk pasaran [Amerika Syarikat](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Amerika_Syarikat "Amerika Syarikat")."[\[6\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-6)John DeFore dari [The Hollywood Reporter](https://www.wikiwand.com/ms/articles/The_Hollywood_Reporter "en:The Hollywood Reporter") memuji filem ini sebagai "filem seni Malaysia".[\[7\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-7)Neil Miller dari [Film School Rejects](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Film_School_Rejects "en:Film School Rejects") pula mengulas filem ini sebagai "...antara usaha terbaik Dain Said."[\[8\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-8)Peter Martin dari [Twitch Film](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Twitch_Film "en:Twitch Film") pula mengulas "...filem ini berhak untuk disaksikan dengan mata sendiri."[\[9\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-9)Ryland Aldrich dari portal yang sama pula memberi filem ini gred "B+".[\[10\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-Indiewire-10)Kong Way Yeng dari [Time Out KL](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Time_Out_\(magazine\) "en:Time Out (magazine)") menggesa para penonton untuk "...membiarkan Dain Said membuat sihirnya yang tersendiri."[\[11\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-11)John Chew dari [Esquire Malaysia](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Esquire "en:Esquire") memberi satu ayat untuk menggambarkan filem ini iaitu "filem epik Malaysia".[\[12\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-12)Howard Feinstein dari [Filmmaker](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Filmmaker_\(magazine\) "en:Filmmaker (magazine)") memberi filem ini gred "A-".[\[10\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-Indiewire-10)Muzaffar Mustapha dari [Astro Awani](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Astro_Awani "Astro Awani") pula mengatakan filem ini sebagai "...filem (Malaysia) terbaik yang pernah dihasilkan dalam tempoh dua dekad."[\[13\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-13)Kristin Dreyer Kramer dari portal masa lapang Nights and Weekends pula menggambarkan filem ini sebagai "pengambaraan filem yang menarik".[\[14\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-14)Fikri Jermadi dari portal perfileman Thoughts on Films menngulas filem ini sebagai "filem Malaysia yang menarik."[\[15\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-15)Shazryn Mohd.Faizal dari [Utusan Malaysia](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Utusan_Malaysia "Utusan Malaysia") pula menulis, "...filem ini berada di dalam kelasnya yang tersendiri."[\[16\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-16)Aidil Rusli dari [The Malaysian Insider](https://www.wikiwand.com/ms/articles/The_Malaysian_Insider "The Malaysian Insider") mengulas filem ini ialah "...penanda aras bagi industri perfileman tempatan."[\[17\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-17)
Jason Ratingan dari portal perfileman Just Press Play.net pula mengkritik filem ini kerana "...terlalu bercita-cita besar."[\[18\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-18)Casey Chong dari portal perfileman Moview Review mengulas filem ini sebagai "...jauh dari yang terbaik."[\[19\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-19)Niezam Abdullah dari [mStar](https://www.wikiwand.com/ms/articles/The_Star_\(Malaysia\) "The Star (Malaysia)") menggunakan dua perkataan untuk filem ini iaitu "semak" dan "sakit kepala".[\[2\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-mStar-2)Stijn Terrie dari portal hiburan Demening memberi filem ini dua bintang dari lima.[\[20\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-20)
Filem ini mendapat Anugerah NETPAC pada Festival Filem Taipei Golden Horse.[\[21\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-21)
Remove ads
## Anugerah dan pencalonan
**Maklumat lanjut** Anugerah, Kategori ...
| Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
|---|---|---|---|
| [Anugerah Akademi ke-85](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Anugerah_Akademi_ke-85 "Anugerah Akademi ke-85")[\[22\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-22) | [Filem Bahasa Asing Terbaik](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Anugerah_Akademi_bagi_Filem_Bahasa_Asing_Terbaik "Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik") | Dain Said | Tidak Tercalon |
| Anugerah Skrin Asia Pasifik 2012[\[23\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-23) | Sinematogrfi Terbaik | Charin Pengpanich | Tercalon |
| [Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Anugerah_dan_Festival_Filem_Antarabangsa_ASEAN_2013 "Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013") | Filem Terbaik (Drama) | Apparat Sdn. Bhd | Tercalon |
| Pengarah Terbaik | Dain Said | Tercalon | |
| Fotografi Filem Terbaik | | Tercalon | |
| Lakon Layar Terbaik | Dain Said[\[24\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-24) | Menang | |
| Festival Filem Asia Pasifik ke-55[\[25\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-25) | Filem Terbaik | Apparat Sdn. Bhd | Tercalon |
| Pengarah Terbaik | Dain Said | Tercalon | |
| [Festival Filem Malaysia ke-25](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Festival_Filem_Malaysia_ke-25 "Festival Filem Malaysia ke-25") | Filem Terbaik | Apparat Sdn. Bhd | Menang |
| Pengarah Terbaik | Dain Said | Menang | |
| Lakon Layar Terbaik | Dain Said | Menang | |
| Cerita Asal Terbaik | Dain Said | Menang | |
| Pelakon Lelaki Terbaik | [Faizal Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Faizal_Hussein "Faizal Hussein") | Menang | |
| [Pekin Ibrahim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Pekin_Ibrahim "Pekin Ibrahim") | Tercalon | | |
| [Zahiril Adzim](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Zahiril_Adzim "Zahiril Adzim") | Tercalon | | |
| Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | [Hushairy Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Hushairy_Hussein "Hushairy Hussein") | Tercalon | |
| [Amerul Affendi](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Amerul_Affendi "Amerul Affendi") | Tercalon | | |
| Skor Muzik Asal Terbaik | Tan Yan Wei | Menang | |
| Penataan Bunyi Terbaik | Raja Ahmad Shahidaly/Imaginex Studios | Menang | |
| Penataan Seni Terbaik | Dain Said | Menang | |
| Anugerah Skrin 2012[\[26\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-26) [\[27\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-27) | Filem Terbaik | Apparat Sdn. Bhd | Menang |
| Lakon Layar Terbaik | Dain Said | Menang | |
| Pelakon Lelaki Terbaik | [Faizal Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Faizal_Hussein "Faizal Hussein") | Tercalon | |
| Pengarah Terbaik | Dain Said | Tercalon | |
| Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012[\[28\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-28) [\[29\]](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Bunohan_\(filem\)#cite_note-29) | Pengarah Terbaik | Dain Said | Menang |
| Pelakon Lelaki Terbaik | [Faizal Hussein](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Faizal_Hussein "Faizal Hussein") | Menang | |
| Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Wan Hanafi Su | Tercalon | |
| Pekin Ibrahim | Tercalon | | |
| Hushairy Hussein | Menang | | |
| Lakon Layar Terbaik | Dain Said | Tercalon | |
Tutup
Remove ads
## Lihat juga
- [Filem Malaysia tahun 2012](https://www.wikiwand.com/ms/articles/Filem_Malaysia_tahun_2012 "Filem Malaysia tahun 2012")
## Rujukan
Loading content...
## Pautan luar
Loading content...
[Edit in Wikipedia](https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bunohan_\(filem\)&action=edit&oldformat=true)
[Revision history](https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bunohan_\(filem\)&action=history&oldformat=true)
[Read in Wikipedia](https://ms.wikipedia.org/wiki/Bunohan_\(filem\)?oldformat=true)
Loading related searches...
### Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
Wikiwand **â¤ď¸** Wikipedia
[Privacy](https://www.wikiwand.com/legal/privacy)[Terms](https://www.wikiwand.com/legal/terms)
Remove ads |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 195 (laksa) |
| Root Hash | 4597496577028769195 |
| Unparsed URL | com,wikiwand!www,/ms/articles/Bunohan_(filem) s443 |