đŸ•ˇī¸ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 126 (from laksa077)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

â„šī¸ Skipped - page is already crawled

đŸšĢ
NOT INDEXABLE
✅
CRAWLED
1 month ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH1.4 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalFAILmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedcom,wattpad!www,/232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang s443

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.wattpad.com/232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang/page/2
Last Crawled2026-03-07 21:58:13 (1 month ago)
First Indexednot set
HTTP Status Code200
Meta TitleLegenda Melayu - Puteri Gunung Ledang - Page 2 - Wattpad
Meta DescriptionPage 2 Read Puteri Gunung Ledang from the story Legenda Melayu by rotigardeniaa (erry lapar) with 14,779 reads. fantasy, urban, magic. Mahu tidak mahu, te...
Meta Canonicalcom,wattpad!www,/232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang s443
Boilerpipe Text
Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang. Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu. "Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah. Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka."Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain pula. Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang. Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu. "Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah. Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka. Tiangnya diperbuat daripada tulang-tulang yang besar. Atapnya pula diperbuat daripada rambut yang sangat panjang. Timbul juga rasa kecut dalam hati Tun Mamat. Tun Mamat terkejut kerana berpuluh-puluh orang gadis yang cantik tiba-tiba saja datang mengelilinginya. "Tuan hamba ini datang dari mana?" salah seorang gadis itu menegur Tun Mamat. Tun Mamat segera menjawab, "Hamba ini orang Melaka. Datang ke sini untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang." Seorang nenek kebayan keluar dari tempat kediaman yang ganjil itu. Dia lalu bertanyakan hajat Tun Mamat. Tun Mamat segera menceritakan tujuan kedatangannya itu. "Patik akan tanyakan kepada Tuan Puteri Gunung Ledang, sama ada dia bersetuju atau tidak menjadi permaisuri Sultan Melaka?" ujar nenek kebayan. Dia segera berjalan masuk ke dalam tempat kediaman itu semula. Tidak lama selepas itu, nenek kebayan itu muncul semula. Dia segera memberitahu Tun Mamat bahawa Puteri Gunung Ledang bersetuju menjadi permaisuri Sultan Melaka, sekiranya Sultan Melaka dapat memenuhi semua syarat peminangan yang dikehendaki. "Apakah syarat-syarat peminangan itu?" Tun Mamat ingin tahu.Nenek kebayan menjelaskan, "Syarat-syaratnya ialah Sultan Melaka hendaklah membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang ini, tujuh tempayan berisi emas dan tujuh tempayan berisi perak, tujuh tempayan air pinang muda dan tujuh tempayan air mata, tujuh dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati kuman, serta semangkuk darah Sultan Melaka dan semangkuk darah putera Sultan Melaka." Terpegunlah Tun Mamat mendengar segala syarat peminangan itu. Sejenak, tiadalah beliau berkata apa-apa. Berdasarkan syarat peminangan yang ditetapkan itu, Tun Mamat dapat menduga bahawa Puteri Gunung Ledang tiada berkenan untuk menjadi permaisuri kepada Sultan Melaka. Namun untuk terus menolak peminangan itu, mungkin rasa tidak tergamak. Itulah sebabnya Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat-syarat sedemikian agar Sultan Mahmud tidak berkecil hati. Tanpa berlengah lagi, Tun Mamat segera turun ke kaki Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dan Datuk Sang Setia masih menunggu di situ. Kawan-kawannya yang hilang dulu juga sudah berada di situ. Tun Mamat segera menceritakan kisah yang dialaminya itu kepada Laksamana Hang Tuah. "Orang Kaya dapat bertemu sendiri dengan Puteri Gunung Ledang itu?" Laksamana Hang Tuah bertanyakan Tun Mamat. "Tidak!" jawab Tun Mamat. "Hamba hanya berpeluang bertemu dengan nenek kebayan sahaja." "Nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang. Dia sengaja menyamar menjadi seorang perempuan tua," ujar Laksamana Hang Tuah. Termenunglah Tun Mamat sejenak setelah mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah itu. Tun Mamat sama sekali tidak menduga bahawa beliau rupa-rupanya telah bertemu dengan Puteri Gunung Ledang itu. "Kalaulah hamba tahu nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang, nescaya hamba akan tangkap dan bawa pulang ke Melaka," kata Tun Mamat dengan rasa kesal. Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia tertawa mendengar kata-kata Tun Mamat itu. Mereka segera berangkat pulang ke Melaka. Tiba di istana Melaka, mereka segera menghadap Sultan Mahmud. Tun Mamat lalu menyembahkan kepada Sultan Mahmud akan segala peminangan yang telah ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang. Terpegunlah Sultan Mahmud mendengar segala syarat peminangan itu. Malah, sekalian pembesar turut terkejut setelah mendengar kata-kata Tun Mamat itu. Masing-masing tunduk berdiam diri setelah melihat Sultan Mahmud termenung panjang memikirkan hal itu.Hanya Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat sekali-sekala saling berpandangan. Mereka mengetahui tujuan Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat sedemikian, iaitu menolak secara halus peminangan itu agar tidak mengecilkan hati Sultan Melaka. Lamalah Sultan Mahmud berdiam diri, termenung panjang, kerana tidak menyangka akan demikian rupa-rupanya syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu. Akhirnya, Sultan Mahmud bertitah kepada sekalian pembesarnya, "Jikalau beta mahu, nescaya segala syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu akan dapat beta penuhi. Akan tetapi, syarat semangkuk darah putera Sultan Melaka tiadalah sanggup beta penuhi. Tiadalah sanggup beta mengambil darah daripada putera beta sendiri, semata-mata untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang." Legalah hati para pembesar setelah mendengar kata-kata Sultan Mahmud itu. Pada mulanya, mereka menyangka Sultan Mahmud tentu akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai sebarang cita-citanya. Sebarang kehendak Sultan Mahmud, tidak mungkin dapat digalang. Kini, mereka berasa lega kerana Sultan Mahmud sudah membuat keputusan sedemikian. "Wahai Tun Mamat dan Datuk Laksamana Tun Tuah, kita lupakanlah saja tentang Puteri Gunung Ledang itu. Tidak perlulah dia menjadi permaisuri Melaka. Biarkanlah dia tetap tinggal di atas puncak Gunung Ledang itu," ujar Sultan Mahmud. Tun Mamat, Laksamana Hang Tuah, Datuk Sang Setia, dan Datuk Bendahara tersenyum panjang. Sejak itu, tiadalah lagi Sultan Mahmud menyebut nama Puteri Gunung Ledang. Malah, baginda melarang orang Melaka pergi ke kaki Gunung Ledang semasa hayat hidupnya. Salah sebuah pantun yang pernah diungkapkan oleh Puteri Gunung Ledang dan dayang-dayangnya tinggal menjadi sebutan orang di sepanjang zaman, sampailah sekarang : Dang Nila memangku puan, Lemak sisik ikan pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada? Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Markdown
- Layari - Layari - [Romance](https://www.wattpad.com/stories/romance) - [Fanfiction](https://www.wattpad.com/stories/fanfiction) - [LGBTQ+](https://www.wattpad.com/stories/lgbt) - [Wattpad Originals](https://www.wattpad.com/catalog/wattpadoriginals) - [Werewolf](https://www.wattpad.com/stories/werewolf) - [New Adult](https://www.wattpad.com/stories/newadult) - [Fantasy](https://www.wattpad.com/stories/fantasy) - [Short Story](https://www.wattpad.com/stories/shortstory) - [Teen Fiction](https://www.wattpad.com/stories/teenfiction) - [Historical Fiction](https://www.wattpad.com/stories/historicalfiction) - [Paranormal](https://www.wattpad.com/stories/paranormal) - [Editor's Picks](https://www.wattpad.com/list/551324301) - [Humor](https://www.wattpad.com/stories/humor) - [Horror](https://www.wattpad.com/stories/horror) - [Contemporary Lit](https://www.wattpad.com/stories/contemporarylit) - [Diverse Lit](https://www.wattpad.com/stories/diverselit) - [Mystery](https://www.wattpad.com/stories/mystery) - [Thriller](https://www.wattpad.com/stories/thriller) - [Science Fiction](https://www.wattpad.com/stories/sciencefiction) - [The Wattys](https://www.wattpad.com/user/TheWattys) - [Adventure](https://www.wattpad.com/stories/adventure) - [Non-Fiction](https://www.wattpad.com/stories/nonfiction) - [Poetry](https://www.wattpad.com/stories/poetry) - Pilihan Wattpad - [On Her Terms 💄](https://www.wattpad.com/featured/1805079171) - [Glow Up Season ✨](https://www.wattpad.com/featured/1805078731) - [Reading Radar](https://www.wattpad.com/featured/551324301) - [WEBTOON Productions ⭐](https://www.wattpad.com/featured/703389905) - [Wattpad Contests](https://www.wattpad.com/featured/1710080470) - [Pilihan Premium](https://www.wattpad.com/catalog/premiumpicks) - Komuniti - [Anugerah Watty](https://www.wattpad.com/awards) - [Kejadian Komuniti](https://www.wattpad.com/story/25279524) - [Wattpad Ambassadors](https://www.wattpad.com/823619) - Tulis - [![Buat cerita baru](https://static.wattpad.com/img/icons/create-story.svg?v=a14574b)Buat cerita baru](https://www.wattpad.com/232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang/page/2) - [Cerita Saya](https://www.wattpad.com/232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang/page/2) - [Peraduan penulisan](https://www.wattpad.com/go/writing-contests/) [Cuba Premium](https://www.wattpad.com/premium/) [Log masuk](https://www.wattpad.com/login?nexturl=%2F232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang%2Fpage%2F2) [Daftar Masuk](https://www.wattpad.com/?nexturl=%2F232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang%2Fpage%2F2) ![Legenda Melayu](https://img.wattpad.com/cover/66068971-64-k345280.jpg) ## Legenda Melayu oleh rotigardeniaa ###### [Legenda Melayu](https://www.wattpad.com/story/66068971-legenda-melayu) Jadual kandungan - [Sumpahan Mahsuri](https://www.wattpad.com/232730753-legenda-melayu-sumpahan-mahsuri) - [Lagenda Dayang Bunting](https://www.wattpad.com/232735151-legenda-melayu-lagenda-dayang-bunting) - [Puteri Gunung Ledang](https://www.wattpad.com/232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang) - [Puteri Santubong](https://www.wattpad.com/232738456-legenda-melayu-puteri-santubong) - [Lagenda Hang Tuah](https://www.wattpad.com/232912986-legenda-melayu-lagenda-hang-tuah) - [Tanggang Durhaka](https://www.wattpad.com/232954627-legenda-melayu-tanggang-durhaka) - [Lagenda Ikan Patin](https://www.wattpad.com/232956231-legenda-melayu-lagenda-ikan-patin) - [Lagenda Tujuh Puteri](https://www.wattpad.com/232959059-legenda-melayu-lagenda-tujuh-puteri) - [lagenda gadis tasik melati](https://www.wattpad.com/242722264-legenda-melayu-lagenda-gadis-tasik-melati) - [Naga Tasik Chini](https://www.wattpad.com/242722804-legenda-melayu-naga-tasik-chini) - [lagenda burung garuda](https://www.wattpad.com/597752346-legenda-melayu-lagenda-burung-garuda) - [Puteri Saadong](https://www.wattpad.com/623008621-legenda-melayu-puteri-saadong) - [Puteri Lindungan Bulan](https://www.wattpad.com/668748186-legenda-melayu-puteri-lindungan-bulan) Senarai bacaan Baru Undi ![](https://img.wattpad.com/cover/66068971-288-k345280.jpg) ANDA SEDANG MEMBACA ### Legenda Melayu [Historical Fiction](https://www.wattpad.com/stories/historical-fiction) Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-orang lama tempatan dan internet [~~\#~~**fairy**](https://www.wattpad.com/stories/fairy) [~~\#~~**fantasy**](https://www.wattpad.com/stories/fantasy) [~~\#~~**folklore**](https://www.wattpad.com/stories/folklore) [~~\#~~**historicalfiction**](https://www.wattpad.com/stories/historicalfiction) [~~\#~~**lagenda**](https://www.wattpad.com/stories/lagenda) [~~\#~~**legend**](https://www.wattpad.com/stories/legend) [~~\#~~**magic**](https://www.wattpad.com/stories/magic) [~~\#~~**magical**](https://www.wattpad.com/stories/magical) [~~\#~~**malaysia**](https://www.wattpad.com/stories/malaysia) [~~\#~~**moral**](https://www.wattpad.com/stories/moral) [~~\#~~**myth**](https://www.wattpad.com/stories/myth) [~~\#~~**princess**](https://www.wattpad.com/stories/princess) [~~\#~~**urban**](https://www.wattpad.com/stories/urban) ![](https://d.wattpad.com/story_parts/10/images/143c63cf1411f93a.jpg) ### Puteri Gunung Ledang [Mula dari awal](https://www.wattpad.com/232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang) [![](https://img.wattpad.com/useravatar/rotigardeniaa.256.791757.jpg)](https://www.wattpad.com/user/rotigardeniaa) [oleh **rotigardeniaa**](https://www.wattpad.com/user/rotigardeniaa) Ikuti Kongsi - [Post to Your Profile](https://www.wattpad.com/) - [Share via Email](mailto:?subject=Legenda%20Melayu%20-%20Puteri%20Gunung%20Ledang&body=Legenda%20Melayu%20-%20Puteri%20Gunung%20Ledang%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.wattpad.com%2F232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang%3Futm_source%3Dweb%26utm_medium%3Demail%26utm_content%3Dshare_reading) - ![icon warning](https://www.wattpad.com/img/icons/wp-neutral-2/warning.png)Laporkan Cerita Hantar Send to Friend Kongsi - [Post to Your Profile](https://www.wattpad.com/) - [Share via Email](mailto:?subject=Legenda%20Melayu%20-%20Puteri%20Gunung%20Ledang&body=Legenda%20Melayu%20-%20Puteri%20Gunung%20Ledang%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.wattpad.com%2F232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang%3Futm_source%3Dweb%26utm_medium%3Demail%26utm_content%3Dshare_reading) - [Report Story](https://www.wattpad.com/help/content?message=I+am+reporting+the+following+content%3A%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.wattpad.com%2F232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang&story_link=https%3A%2F%2Fwww.wattpad.com%2F232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang) ``` Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang. Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu. "Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah. Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka."Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain pula. Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang. Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu. "Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah. Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka. Tiangnya diperbuat daripada tulang-tulang yang besar. Atapnya pula diperbuat daripada rambut yang sangat panjang. Timbul juga rasa kecut dalam hati Tun Mamat. Tun Mamat terkejut kerana berpuluh-puluh orang gadis yang cantik tiba-tiba saja datang mengelilinginya. "Tuan hamba ini datang dari mana?" salah seorang gadis itu menegur Tun Mamat. Tun Mamat segera menjawab, "Hamba ini orang Melaka. Datang ke sini untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang." Seorang nenek kebayan keluar dari tempat kediaman yang ganjil itu. Dia lalu bertanyakan hajat Tun Mamat. Tun Mamat segera menceritakan tujuan kedatangannya itu. "Patik akan tanyakan kepada Tuan Puteri Gunung Ledang, sama ada dia bersetuju atau tidak menjadi permaisuri Sultan Melaka?" ujar nenek kebayan. Dia segera berjalan masuk ke dalam tempat kediaman itu semula. Tidak lama selepas itu, nenek kebayan itu muncul semula. Dia segera memberitahu Tun Mamat bahawa Puteri Gunung Ledang bersetuju menjadi permaisuri Sultan Melaka, sekiranya Sultan Melaka dapat memenuhi semua syarat peminangan yang dikehendaki. "Apakah syarat-syarat peminangan itu?" Tun Mamat ingin tahu.Nenek kebayan menjelaskan, "Syarat-syaratnya ialah Sultan Melaka hendaklah membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang ini, tujuh tempayan berisi emas dan tujuh tempayan berisi perak, tujuh tempayan air pinang muda dan tujuh tempayan air mata, tujuh dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati kuman, serta semangkuk darah Sultan Melaka dan semangkuk darah putera Sultan Melaka." Terpegunlah Tun Mamat mendengar segala syarat peminangan itu. Sejenak, tiadalah beliau berkata apa-apa. Berdasarkan syarat peminangan yang ditetapkan itu, Tun Mamat dapat menduga bahawa Puteri Gunung Ledang tiada berkenan untuk menjadi permaisuri kepada Sultan Melaka. Namun untuk terus menolak peminangan itu, mungkin rasa tidak tergamak. Itulah sebabnya Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat-syarat sedemikian agar Sultan Mahmud tidak berkecil hati. Tanpa berlengah lagi, Tun Mamat segera turun ke kaki Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dan Datuk Sang Setia masih menunggu di situ. Kawan-kawannya yang hilang dulu juga sudah berada di situ. Tun Mamat segera menceritakan kisah yang dialaminya itu kepada Laksamana Hang Tuah. "Orang Kaya dapat bertemu sendiri dengan Puteri Gunung Ledang itu?" Laksamana Hang Tuah bertanyakan Tun Mamat. "Tidak!" jawab Tun Mamat. "Hamba hanya berpeluang bertemu dengan nenek kebayan sahaja." "Nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang. Dia sengaja menyamar menjadi seorang perempuan tua," ujar Laksamana Hang Tuah. Termenunglah Tun Mamat sejenak setelah mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah itu. Tun Mamat sama sekali tidak menduga bahawa beliau rupa-rupanya telah bertemu dengan Puteri Gunung Ledang itu. "Kalaulah hamba tahu nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang, nescaya hamba akan tangkap dan bawa pulang ke Melaka," kata Tun Mamat dengan rasa kesal. Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia tertawa mendengar kata-kata Tun Mamat itu. Mereka segera berangkat pulang ke Melaka. Tiba di istana Melaka, mereka segera menghadap Sultan Mahmud. Tun Mamat lalu menyembahkan kepada Sultan Mahmud akan segala peminangan yang telah ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang. Terpegunlah Sultan Mahmud mendengar segala syarat peminangan itu. Malah, sekalian pembesar turut terkejut setelah mendengar kata-kata Tun Mamat itu. Masing-masing tunduk berdiam diri setelah melihat Sultan Mahmud termenung panjang memikirkan hal itu.Hanya Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat sekali-sekala saling berpandangan. Mereka mengetahui tujuan Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat sedemikian, iaitu menolak secara halus peminangan itu agar tidak mengecilkan hati Sultan Melaka. Lamalah Sultan Mahmud berdiam diri, termenung panjang, kerana tidak menyangka akan demikian rupa-rupanya syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu. Akhirnya, Sultan Mahmud bertitah kepada sekalian pembesarnya, "Jikalau beta mahu, nescaya segala syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu akan dapat beta penuhi. Akan tetapi, syarat semangkuk darah putera Sultan Melaka tiadalah sanggup beta penuhi. Tiadalah sanggup beta mengambil darah daripada putera beta sendiri, semata-mata untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang." Legalah hati para pembesar setelah mendengar kata-kata Sultan Mahmud itu. Pada mulanya, mereka menyangka Sultan Mahmud tentu akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai sebarang cita-citanya. Sebarang kehendak Sultan Mahmud, tidak mungkin dapat digalang. Kini, mereka berasa lega kerana Sultan Mahmud sudah membuat keputusan sedemikian. "Wahai Tun Mamat dan Datuk Laksamana Tun Tuah, kita lupakanlah saja tentang Puteri Gunung Ledang itu. Tidak perlulah dia menjadi permaisuri Melaka. Biarkanlah dia tetap tinggal di atas puncak Gunung Ledang itu," ujar Sultan Mahmud. Tun Mamat, Laksamana Hang Tuah, Datuk Sang Setia, dan Datuk Bendahara tersenyum panjang. Sejak itu, tiadalah lagi Sultan Mahmud menyebut nama Puteri Gunung Ledang. Malah, baginda melarang orang Melaka pergi ke kaki Gunung Ledang semasa hayat hidupnya. Salah sebuah pantun yang pernah diungkapkan oleh Puteri Gunung Ledang dan dayang-dayangnya tinggal menjadi sebutan orang di sepanjang zaman, sampailah sekarang : Dang Nila memangku puan, Lemak sisik ikan pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada? Dang Nila memangku puan, Lemak sisik ikan pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada? Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. ``` [Teruskan ke bahagian seterusnya](https://www.wattpad.com/232738456-legenda-melayu-puteri-santubong) Tambah Senarai bacaan Baru Undi - [Post to Your Profile](https://www.wattpad.com/) - [Share via Email](mailto:?subject=Legenda%20Melayu%20-%20Puteri%20Gunung%20Ledang&body=Legenda%20Melayu%20-%20Puteri%20Gunung%20Ledang%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.wattpad.com%2F232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang%3Futm_source%3Dweb%26utm_medium%3Demail%26utm_content%3Dshare_reading) - ![icon warning](https://www.wattpad.com/img/icons/wp-neutral-2/warning.png)Laporkan Cerita ![Legenda Melayu](https://img.wattpad.com/cover/66068971-64-k345280.jpg)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang Log masuk Daftar Masuk - [Wattpad Original](https://www.wattpad.com/user/WattpadOriginals) - [Cuba Premium](https://www.wattpad.com/premium/) - [Dapatkan Aplikasi](https://www.wattpad.com/getmobile) - [Bahasa](https://www.wattpad.com/settings/language?jq=true) - [Penulis](https://creators.wattpad.com/) - \| - [Perkongsian Jenama](https://brands.wattpad.com/) - [Pekerjaan](https://company.wattpad.com/jobs) - [Akhbar](https://company.wattpad.com/press) - [Syarat](https://www.wattpad.com/terms) - [Privasi](https://www.wattpad.com/privacy) - [Polisi Pembayaran](https://policies.wattpad.com/payment) - [Kebolehcapaian](https://policies.wattpad.com/accessibility) - [Bantuan](https://support.wattpad.com/) - © 2026 Wattpad
Readable Markdown
``` Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang. Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu. "Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah. Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka."Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain pula. Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang. Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu. "Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah. Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka. Tiangnya diperbuat daripada tulang-tulang yang besar. Atapnya pula diperbuat daripada rambut yang sangat panjang. Timbul juga rasa kecut dalam hati Tun Mamat. Tun Mamat terkejut kerana berpuluh-puluh orang gadis yang cantik tiba-tiba saja datang mengelilinginya. "Tuan hamba ini datang dari mana?" salah seorang gadis itu menegur Tun Mamat. Tun Mamat segera menjawab, "Hamba ini orang Melaka. Datang ke sini untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang." Seorang nenek kebayan keluar dari tempat kediaman yang ganjil itu. Dia lalu bertanyakan hajat Tun Mamat. Tun Mamat segera menceritakan tujuan kedatangannya itu. "Patik akan tanyakan kepada Tuan Puteri Gunung Ledang, sama ada dia bersetuju atau tidak menjadi permaisuri Sultan Melaka?" ujar nenek kebayan. Dia segera berjalan masuk ke dalam tempat kediaman itu semula. Tidak lama selepas itu, nenek kebayan itu muncul semula. Dia segera memberitahu Tun Mamat bahawa Puteri Gunung Ledang bersetuju menjadi permaisuri Sultan Melaka, sekiranya Sultan Melaka dapat memenuhi semua syarat peminangan yang dikehendaki. "Apakah syarat-syarat peminangan itu?" Tun Mamat ingin tahu.Nenek kebayan menjelaskan, "Syarat-syaratnya ialah Sultan Melaka hendaklah membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang ini, tujuh tempayan berisi emas dan tujuh tempayan berisi perak, tujuh tempayan air pinang muda dan tujuh tempayan air mata, tujuh dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati kuman, serta semangkuk darah Sultan Melaka dan semangkuk darah putera Sultan Melaka." Terpegunlah Tun Mamat mendengar segala syarat peminangan itu. Sejenak, tiadalah beliau berkata apa-apa. Berdasarkan syarat peminangan yang ditetapkan itu, Tun Mamat dapat menduga bahawa Puteri Gunung Ledang tiada berkenan untuk menjadi permaisuri kepada Sultan Melaka. Namun untuk terus menolak peminangan itu, mungkin rasa tidak tergamak. Itulah sebabnya Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat-syarat sedemikian agar Sultan Mahmud tidak berkecil hati. Tanpa berlengah lagi, Tun Mamat segera turun ke kaki Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dan Datuk Sang Setia masih menunggu di situ. Kawan-kawannya yang hilang dulu juga sudah berada di situ. Tun Mamat segera menceritakan kisah yang dialaminya itu kepada Laksamana Hang Tuah. "Orang Kaya dapat bertemu sendiri dengan Puteri Gunung Ledang itu?" Laksamana Hang Tuah bertanyakan Tun Mamat. "Tidak!" jawab Tun Mamat. "Hamba hanya berpeluang bertemu dengan nenek kebayan sahaja." "Nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang. Dia sengaja menyamar menjadi seorang perempuan tua," ujar Laksamana Hang Tuah. Termenunglah Tun Mamat sejenak setelah mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah itu. Tun Mamat sama sekali tidak menduga bahawa beliau rupa-rupanya telah bertemu dengan Puteri Gunung Ledang itu. "Kalaulah hamba tahu nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang, nescaya hamba akan tangkap dan bawa pulang ke Melaka," kata Tun Mamat dengan rasa kesal. Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia tertawa mendengar kata-kata Tun Mamat itu. Mereka segera berangkat pulang ke Melaka. Tiba di istana Melaka, mereka segera menghadap Sultan Mahmud. Tun Mamat lalu menyembahkan kepada Sultan Mahmud akan segala peminangan yang telah ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang. Terpegunlah Sultan Mahmud mendengar segala syarat peminangan itu. Malah, sekalian pembesar turut terkejut setelah mendengar kata-kata Tun Mamat itu. Masing-masing tunduk berdiam diri setelah melihat Sultan Mahmud termenung panjang memikirkan hal itu.Hanya Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat sekali-sekala saling berpandangan. Mereka mengetahui tujuan Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat sedemikian, iaitu menolak secara halus peminangan itu agar tidak mengecilkan hati Sultan Melaka. Lamalah Sultan Mahmud berdiam diri, termenung panjang, kerana tidak menyangka akan demikian rupa-rupanya syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu. Akhirnya, Sultan Mahmud bertitah kepada sekalian pembesarnya, "Jikalau beta mahu, nescaya segala syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu akan dapat beta penuhi. Akan tetapi, syarat semangkuk darah putera Sultan Melaka tiadalah sanggup beta penuhi. Tiadalah sanggup beta mengambil darah daripada putera beta sendiri, semata-mata untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang." Legalah hati para pembesar setelah mendengar kata-kata Sultan Mahmud itu. Pada mulanya, mereka menyangka Sultan Mahmud tentu akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai sebarang cita-citanya. Sebarang kehendak Sultan Mahmud, tidak mungkin dapat digalang. Kini, mereka berasa lega kerana Sultan Mahmud sudah membuat keputusan sedemikian. "Wahai Tun Mamat dan Datuk Laksamana Tun Tuah, kita lupakanlah saja tentang Puteri Gunung Ledang itu. Tidak perlulah dia menjadi permaisuri Melaka. Biarkanlah dia tetap tinggal di atas puncak Gunung Ledang itu," ujar Sultan Mahmud. Tun Mamat, Laksamana Hang Tuah, Datuk Sang Setia, dan Datuk Bendahara tersenyum panjang. Sejak itu, tiadalah lagi Sultan Mahmud menyebut nama Puteri Gunung Ledang. Malah, baginda melarang orang Melaka pergi ke kaki Gunung Ledang semasa hayat hidupnya. Salah sebuah pantun yang pernah diungkapkan oleh Puteri Gunung Ledang dan dayang-dayangnya tinggal menjadi sebutan orang di sepanjang zaman, sampailah sekarang : Dang Nila memangku puan, Lemak sisik ikan pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada? Dang Nila memangku puan, Lemak sisik ikan pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada? Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. ```
Shard126 (laksa)
Root Hash5048893879186416326
Unparsed URLcom,wattpad!www,/232736496-legenda-melayu-puteri-gunung-ledang/page/2 s443