🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 154 (from laksa153)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đźš«
NOT INDEXABLE
âś…
CRAWLED
7 months ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffFAILdownload_stamp > now() - 6 MONTH7.7 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.utusanborneo.com.my/2022/11/21/11-korban-letupan-tangki-gas-di-utara-iraq
Last Crawled2025-08-28 09:08:52 (7 months ago)
First Indexednot set
HTTP Status Code200
Meta Title11 korban letupan tangki gas di utara Iraq | Utusan Borneo Online
Meta Descriptionnull
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Operasi dilancar untuk cari lebih ramai mangsa tertimbus di bawah runtuhan Orang ramai berkumpul ketika anggota bomba menggeledah runtuhan bangunan untuk mencari mangsa terselamat selepas letupan tangki gas di bandar  Sulaimaniyah, di utara Iraq kelmarin. — Gambar AFP SULAIMANIYAH: Anggota penyelamat kelmarin melancarkan operasi untuk mencari lebih ramai mangsa terselamat selepas letupan tangki gas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan menyebabkan sebuah bangunan runtuh di utara Iraq, kata pihak berkuasa tempatan. Letupan di Sulaimaniyah berlaku pada petang Khamis dan menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kematian dan 13 kecederaan, ketua respons kecemasan di bandar itu Saman Nader memberitahu AFP. Beliau mempersalahkan kejadian itu ke atas “letupan gas daripada sebuah tangki”. Sebahagian besar infrastruktur Iraq yang dilanda perang adalah usang dan tragedi sering kali berlaku. Negara itu turut mengalami kesan akibat standard keselamatan yang kurang dikuatkuasakan, terutama dalam sektor pengangkutan dan pembinaan. Nader berkata empat orang masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat, di bandar kedua paling besar di wilayah autonomi Kurdistan di Iraq. “Pasukan kami telah bekerja selama lebih 15 jam untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah bangunan yang runtuh,” jelas Nader. Pada pagi kelmarin penduduk tempatan menyaksikan anggota bomba, yang dibantu oleh sebuah jentera pengorek, meneruskan usaha menyelamat di celah-celah serpihan bata putih dan logam berpintal. Letupan itu telah memecahkan tingkap dan menggelapkan luaran sebuah bangunan berhampiran. Satu angka awal yang dikeluarkan pada pagi kelmarin oleh pihak berkuasa kesihatan Sulaimaniyah telah melaporkan 10 kematian. Terdapat sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak antara mangsa tersebut, menurut Gabenor Sulaimaniyah Haval Abu Bakr. Pada hujung Oktober, sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dan 13 lagi tercedera apabila sebuah lori tangki yang membawa gas telah meletup secara tidak sengaja di Baghdad, ibu kota Iraq. Pada April 2021, lebih 80 orang maut dalam kebakaran di hospital Baghdad apabila silinder oksigen yang disimpan dengan tidak teratur telah meletup. — AFP
Markdown
[Langkau ke kandungan utama](https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/21/11-korban-letupan-tangki-gas-di-utara-iraq#main-content) Khamis, 28 Ogos 2025 - 5:08pm [![Laman depan](https://www.utusanborneo.com.my/sites/all/themes/ub/logo.png)](https://www.utusanborneo.com.my/ "Laman depan") Advertisement [Utusan Borneo Online](https://www.utusanborneo.com.my/ "Laman depan") Toggle navigation - [Sarawak](https://www.utusanborneo.com.my/sarawak) - [Sabah](https://www.utusanborneo.com.my/sabah) - [Nasional](https://www.utusanborneo.com.my/nasional) - [Dunia](https://www.utusanborneo.com.my/dunia) - [Iban](https://www.utusanborneo.com.my/iban) - [Sukan](https://www.utusanborneo.com.my/sukan) - [Ekonomi](https://www.utusanborneo.com.my/ekonomi) - [Mahkamah](https://www.utusanborneo.com.my/mahkamah) - [Rencana](https://www.utusanborneo.com.my/rencana) - [Horizon](https://www.utusanborneo.com.my/horizon) - [Hiburan](https://www.utusanborneo.com.my/hiburan) - [PRU15](https://www.utusanborneo.com.my/pru15) - [tvUB](https://www.utusanborneo.com.my/videos) Advertisement ## Anda di sini [Halaman Utama](https://www.utusanborneo.com.my/) » [Dunia](https://www.utusanborneo.com.my/dunia) » 11 korban letupan tangki gas di utara Iraq # 11 korban letupan tangki gas di utara Iraq Advertisement - 2022-11-21T08:29:08+08:00 November 21, 2022, Isnin - 8:29am *Operasi dilancar untuk cari lebih ramai mangsa tertimbus di bawah runtuhan* ![Orang ramai berkumpul ketika anggota bomba menggeledah runtuhan bangunan untuk mencari mangsa terselamat selepas letupan tangki gas di bandar Sulaimaniyah, di utara Iraq kelmarin. — Gambar AFP](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20221121/iraq.jpg) Orang ramai berkumpul ketika anggota bomba menggeledah runtuhan bangunan untuk mencari mangsa terselamat selepas letupan tangki gas di bandar Sulaimaniyah, di utara Iraq kelmarin. — *Gambar AFP* SULAIMANIYAH: Anggota penyelamat kelmarin melancarkan operasi untuk mencari lebih ramai mangsa terselamat selepas letupan tangki gas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan menyebabkan sebuah bangunan runtuh di utara Iraq, kata pihak berkuasa tempatan. Letupan di Sulaimaniyah berlaku pada petang Khamis dan menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kematian dan 13 kecederaan, ketua respons kecemasan di bandar itu Saman Nader memberitahu AFP. Beliau mempersalahkan kejadian itu ke atas “letupan gas daripada sebuah tangki”. Sebahagian besar infrastruktur Iraq yang dilanda perang adalah usang dan tragedi sering kali berlaku. Negara itu turut mengalami kesan akibat standard keselamatan yang kurang dikuatkuasakan, terutama dalam sektor pengangkutan dan pembinaan. Nader berkata empat orang masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat, di bandar kedua paling besar di wilayah autonomi Kurdistan di Iraq. “Pasukan kami telah bekerja selama lebih 15 jam untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah bangunan yang runtuh,” jelas Nader. Pada pagi kelmarin penduduk tempatan menyaksikan anggota bomba, yang dibantu oleh sebuah jentera pengorek, meneruskan usaha menyelamat di celah-celah serpihan bata putih dan logam berpintal. Letupan itu telah memecahkan tingkap dan menggelapkan luaran sebuah bangunan berhampiran. Satu angka awal yang dikeluarkan pada pagi kelmarin oleh pihak berkuasa kesihatan Sulaimaniyah telah melaporkan 10 kematian. Terdapat sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak antara mangsa tersebut, menurut Gabenor Sulaimaniyah Haval Abu Bakr. Pada hujung Oktober, sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dan 13 lagi tercedera apabila sebuah lori tangki yang membawa gas telah meletup secara tidak sengaja di Baghdad, ibu kota Iraq. Pada April 2021, lebih 80 orang maut dalam kebakaran di hospital Baghdad apabila silinder oksigen yang disimpan dengan tidak teratur telah meletup. — AFP - Kategory [Dunia](https://www.utusanborneo.com.my/dunia) [Facebook](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/21/11-korban-letupan-tangki-gas-di-utara-iraq) [Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=$twitter_msg&url=https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/21/11-korban-letupan-tangki-gas-di-utara-iraq) [Google+](https://plus.google.com/share?url=https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/21/11-korban-letupan-tangki-gas-di-utara-iraq) [Email](https://www.utusanborneo.com.my/cdn-cgi/l/email-protection#a798d4d2c5cdc2c4d39a83d3ced3cbc281c5c8c3de9acfd3d3d7d49d8888d0d0d089d2d3d2d4c6c9c5c8d5c9c2c889c4c8ca89cade88959795958896968895968896968accc8d5c5c6c98acbc2d3d2d7c6c98ad3c6c9c0ccce8ac0c6d48ac3ce8ad2d3c6d5c68aced5c6d6) [Print]() Advertisement Advertisement [![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20230116/epaper.jpeg)](https://www.seehuamarketing.com/epaper/) > [Suka Kami Di Facebook](https://www.facebook.com/UtusanBorneoOnline) [![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240827/KROOM_enews_BM.jpg)](https://kroom.my/pages/subscription-plan/) Advertisement - [Dasar Privasi](https://www.utusanborneo.com.my/dasar-privasi) - [Hubungi Kami](https://www.utusanborneo.com.my/hubungi-kami) © Copyright 2025, Borneo Post Online Sdn Bhd
Readable Markdownnull
Shard154 (laksa)
Root Hash8875329804822105954
Unparsed URLmy,com,utusanborneo!www,/2022/11/21/11-korban-letupan-tangki-gas-di-utara-iraq s443