🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 154 (from laksa018)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đźš«
NOT INDEXABLE
âś…
CRAWLED
9 months ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffFAILdownload_stamp > now() - 6 MONTH9.9 months ago
History dropFAILisNull(history_drop_reason)tooold
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.utusanborneo.com.my/2017/05/30/khidmat-jp-boleh-dimanfaat-untuk-penduduk-pedalaman
Last Crawled2025-06-25 03:10:14 (9 months ago)
First Indexed2017-05-30 12:28:07 (8 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleKhidmat JP boleh dimanfaat untuk penduduk pedalaman | Utusan Borneo Online
Meta Descriptionnull
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
KOTA KINABALU: Khid-mat Jaksa Pendamai (JP) berkelayakan di sisi undang-undang yang dilantik oleh Ketua Negeri Sabah boleh dimaksimumkan untuk manfaat penduduk khususnya di kawasan pedalaman di negeri ini. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, ini termasuk membenarkan JP berkelayakan untuk berkhidmat sebagai majistret kelas kedua untuk membicarakan kes kecil dan permohonan reman apabila ketiadaan majistret residen dan apabila Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah tidak dapat mengendalikannya atas urusan lain. “Majlis Jaksa Pendamai Sabah (Majaps) berpandangan bahawa kerajaan negeri boleh mewartakan, menerusi kuasa Ketua Menteri, JP bekelayakan di sisi undang-undang dilantik sebagai majistret kelas kedua bagi membantu mahkamah menyelesaikan kes-kes tertunggak. “Saya akan meneliti perkara ini. Saya juga difahamkan bahawa JP bersedia untuk memberikan khidmat mereka secara sukarela,” katanya pada perasmian seminar undang-undang yang dianjurkan bersama oleh Majaps dan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) di sini, semalam. Teks ucapan Musa dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Edward Yong Oui Fah. Musa mencadangkan JP dilatih sebagai perantara untuk membantu menyelesaikan kes-kes pertikaian membabitkan tanah atau harta boleh alih serta tuntutan kemalangan yang difailkan di mahkamah di negeri ini, sekali gus dapat mengurangkan beban mahkamah. Beliau berkata JP juga boleh dilantik sebagai kerani di Mahkamah Anak Negeri  untuk membantu dalam pentadbiran harian Mahkamah Anak Negeri dan untuk memberi panduan kepada ketua-ketua kaum peribumi mengenai undang-undang. “Saya akan meminta Peguam Negeri (AG) untuk mengkaji cadangan daripada Majaps bagi JP memainkan peranan lebih efektif,” katanya. Musa berkata beliau juga akan mendapatkan nasihat daripada Pejabat AG Negeri untuk kerajaan negeri mengeluarkan pekeliling kepada kementerian dan agensi persekutuan untuk memperakui dan mengiktiraf kuasa JP di Sabah, yang mungkin berbeza dengan kuasa JP di Semenanjung. “Satu daripada kebimbangan disuarakan oleh Majaps ialah pentingnya untuk mengiktiraf perakuan dan pengesahan oleh JP di Sabah pada dokumen rasmi kerajaan Persekutuan. “Di Semananjung, kuasa JP terhad kepada pengesahan dokumen manakala di  Sabah, JP boleh mengesahkan dokumen di samping menjadi saksi atau memberi perakuan kepada tanda tangan oleh individu yang menandatangannya di hadapan JP,” katanya. Musa berkata kerajaan negeri menyokong usaha Majaps dan SLA dalam mewujudkan kesedaran tentang hak dan isu berkaitan undang-undang, dan beliau turut mengumumkan bantuan RM50,000 masing-maing kepada Majaps dan SLA. — Bernama
Markdown
[Langkau ke kandungan utama](https://www.utusanborneo.com.my/2017/05/30/khidmat-jp-boleh-dimanfaat-untuk-penduduk-pedalaman#main-content) Rabu, 25 Jun 2025 - 11:10am [![Laman depan](https://www.utusanborneo.com.my/sites/all/themes/ub/logo.png)](https://www.utusanborneo.com.my/ "Laman depan") Advertisement [Utusan Borneo Online](https://www.utusanborneo.com.my/ "Laman depan") Toggle navigation - [Sarawak](https://www.utusanborneo.com.my/sarawak) - [Sabah](https://www.utusanborneo.com.my/sabah) - [Nasional](https://www.utusanborneo.com.my/nasional) - [Dunia](https://www.utusanborneo.com.my/dunia) - [Iban](https://www.utusanborneo.com.my/iban) - [Sukan](https://www.utusanborneo.com.my/sukan) - [Ekonomi](https://www.utusanborneo.com.my/ekonomi) - [Mahkamah](https://www.utusanborneo.com.my/mahkamah) - [Rencana](https://www.utusanborneo.com.my/rencana) - [Horizon](https://www.utusanborneo.com.my/horizon) - [Hiburan](https://www.utusanborneo.com.my/hiburan) - [PRU15](https://www.utusanborneo.com.my/pru15) - [tvUB](https://www.utusanborneo.com.my/videos) Advertisement ## Anda di sini [Halaman Utama](https://www.utusanborneo.com.my/) » [Sabah](https://www.utusanborneo.com.my/sabah) » Khidmat JP boleh dimanfaat untuk penduduk pedalaman # Khidmat JP boleh dimanfaat untuk penduduk pedalaman Advertisement - 2017-05-30T08:11:04+08:00 Mei 30, 2017, Selasa - 8:11am KOTA KINABALU: Khid-mat Jaksa Pendamai (JP) berkelayakan di sisi undang-undang yang dilantik oleh Ketua Negeri Sabah boleh dimaksimumkan untuk manfaat penduduk khususnya di kawasan pedalaman di negeri ini. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, ini termasuk membenarkan JP berkelayakan untuk berkhidmat sebagai majistret kelas kedua untuk membicarakan kes kecil dan permohonan reman apabila ketiadaan majistret residen dan apabila Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah tidak dapat mengendalikannya atas urusan lain. “Majlis Jaksa Pendamai Sabah (Majaps) berpandangan bahawa kerajaan negeri boleh mewartakan, menerusi kuasa Ketua Menteri, JP bekelayakan di sisi undang-undang dilantik sebagai majistret kelas kedua bagi membantu mahkamah menyelesaikan kes-kes tertunggak. “Saya akan meneliti perkara ini. Saya juga difahamkan bahawa JP bersedia untuk memberikan khidmat mereka secara sukarela,” katanya pada perasmian seminar undang-undang yang dianjurkan bersama oleh Majaps dan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) di sini, semalam. Teks ucapan Musa dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Edward Yong Oui Fah. Musa mencadangkan JP dilatih sebagai perantara untuk membantu menyelesaikan kes-kes pertikaian membabitkan tanah atau harta boleh alih serta tuntutan kemalangan yang difailkan di mahkamah di negeri ini, sekali gus dapat mengurangkan beban mahkamah. Beliau berkata JP juga boleh dilantik sebagai kerani di Mahkamah Anak Negeri untuk membantu dalam pentadbiran harian Mahkamah Anak Negeri dan untuk memberi panduan kepada ketua-ketua kaum peribumi mengenai undang-undang. “Saya akan meminta Peguam Negeri (AG) untuk mengkaji cadangan daripada Majaps bagi JP memainkan peranan lebih efektif,” katanya. Musa berkata beliau juga akan mendapatkan nasihat daripada Pejabat AG Negeri untuk kerajaan negeri mengeluarkan pekeliling kepada kementerian dan agensi persekutuan untuk memperakui dan mengiktiraf kuasa JP di Sabah, yang mungkin berbeza dengan kuasa JP di Semenanjung. “Satu daripada kebimbangan disuarakan oleh Majaps ialah pentingnya untuk mengiktiraf perakuan dan pengesahan oleh JP di Sabah pada dokumen rasmi kerajaan Persekutuan. “Di Semananjung, kuasa JP terhad kepada pengesahan dokumen manakala di Sabah, JP boleh mengesahkan dokumen di samping menjadi saksi atau memberi perakuan kepada tanda tangan oleh individu yang menandatangannya di hadapan JP,” katanya. Musa berkata kerajaan negeri menyokong usaha Majaps dan SLA dalam mewujudkan kesedaran tentang hak dan isu berkaitan undang-undang, dan beliau turut mengumumkan bantuan RM50,000 masing-maing kepada Majaps dan SLA. — Bernama - Kategory [Sabah](https://www.utusanborneo.com.my/sabah) [Facebook](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.utusanborneo.com.my/2017/05/30/khidmat-jp-boleh-dimanfaat-untuk-penduduk-pedalaman) [Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=$twitter_msg&url=https://www.utusanborneo.com.my/2017/05/30/khidmat-jp-boleh-dimanfaat-untuk-penduduk-pedalaman) [Google+](https://plus.google.com/share?url=https://www.utusanborneo.com.my/2017/05/30/khidmat-jp-boleh-dimanfaat-untuk-penduduk-pedalaman) [Email](https://www.utusanborneo.com.my/cdn-cgi/l/email-protection#fec18d8b9c949b9d8ac3da8a978a929bd89c919a87c3968a8a8e8dc4d1d1898989d08b8a8b8d9f909c918c909b91d09d9193d09387d1cccecfc9d1cecbd1cdced19596979a939f8ad3948ed39c91929b96d39a97939f90989f9f8ad38b908a8b95d38e9b909a8b9a8b95d38e9b9a9f929f939f90) [Print]() Advertisement Advertisement [![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20230116/epaper.jpeg)](https://www.seehuamarketing.com/epaper/) > [Suka Kami Di Facebook](https://www.facebook.com/UtusanBorneoOnline) [![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240827/KROOM_enews_BM.jpg)](https://kroom.my/pages/subscription-plan/) Advertisement - [Dasar Privasi](https://www.utusanborneo.com.my/dasar-privasi) - [Hubungi Kami](https://www.utusanborneo.com.my/hubungi-kami) © Copyright 2025, Borneo Post Online Sdn Bhd
Readable Markdownnull
Shard154 (laksa)
Root Hash8875329804822105954
Unparsed URLmy,com,utusanborneo!www,/2017/05/30/khidmat-jp-boleh-dimanfaat-untuk-penduduk-pedalaman s443