ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | FAIL | download_stamp > now() - 6 MONTH | 8.7 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.theborneopost.com/2011/12/07/program-seksualiti-merdeka-terus-dibantah/ |
| Last Crawled | 2025-08-02 05:03:29 (8 months ago) |
| First Indexed | 2025-07-16 19:30:31 (9 months ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Program Seksualiti Merdeka terus dibantah | Borneo Post Online |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | KAMI BANTAH: Samion Ghani (lima kiri) bersama penduduk Miri pelbagai agama membantah program Seksualiti Merdeka 2011 di Miri, semalam. MIRI: Pertubuhan Kebajikan Islam Miri (PEKIDA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Piasau Jaya 2 semalam mengadakan perhimpunan aman membantah program Seksualiti Merdeka 2011 yang menghimpun-kan golongan dan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Pengerusi JKKK Piasau Jaya 2, Samion Ghani berkata, masyarakat Islam di Miri menbantah sekeras-kerasnya sebarang program yang boleh merosakkan akhlak masyarakat Islam di negara ini. “Kita mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program ini kerana ia bercanggah dan bertentangan dengan agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini,” katanya semalam. Samion menjelaskan, program sedemikian bukan sahaja ditentang oleh umat Islam tetapi juga penganut agama lain seperti Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya. “Kami percaya penganjur program ini mempunyai agenda tersendiri dan sebagai umat Islam, kami tidak mahu perhimpunan (program) ini diadakan kerana ia boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam,” jelasnya. Menurutnya, bantahan itu bukan bermotifkan politik, sebaliknya sebagai satu usaha untuk menghalang anasir negatif menular dalam kalangan gene-rasi muda, seterusnya merosak-kan akhlak dan moral mereka. “Dengan akal yang waras, perhimpunan ini ditentang oleh penduduk Miri yang menyedari bahawa ia salah dan boleh merosakkan akhlak rakyat Malaysia,” katanya. Menurutnya lagi, sekiranya penganjur berkeras untuk menganjurkan program itu atau seumpamanya pada masa akan datang, maka ia boleh dibuat di luar Malaysia. “Jika penganjurnya dan konco-konconya ingin menganjurkan perhimpunan sebegini, maka mereka boleh mengadakannya di luar negara kerana ia akan ditentang terang-terangan oleh majoriti rakyat jika dianjurkan di Malaysia,” katanya. Sementara itu, satu laporan polis bagi membantah program itu telah dibuat di Balai Polis Pusat Miri dan disokong kira-kira 50 orang yang mewakili majoriti penduduk Miri. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual pada 1 hingga 13 November lepas kerana bertentangan dengan Islam dan moral kemanusiaan. |
| Markdown | Saturday, August 2
- [Facebook](https://www.facebook.com/borneopost.online/ "Facebook")
- [Instagram](https://www.instagram.com/theborneopost/ "Instagram")
- [Twitter](https://twitter.com/theborneopost "Twitter")
- [YouTube](https://www.youtube.com/channel/UCcMm0mG5zCgIDJSkXLc7nyg "YouTube")
- [Telegram](https://t.me/theborneopost "Telegram")
- [TikTok](https://www.tiktok.com/@theborneopost "TikTok")
[](https://www.theborneopost.com/ "Borneo Post Online")
[Navigate](https://www.theborneopost.com/2011/12/07/program-seksualiti-merdeka-terus-dibantah/)
- [Home](https://www.theborneopost.com/)
- [Sarawak](https://www.theborneopost.com/news/sarawak/)
- [Sabah](https://www.theborneopost.com/news/sabah/)
- [Nation](https://www.theborneopost.com/news/nation/)
- [World](https://www.theborneopost.com/world/)
- [Business](https://www.theborneopost.com/business/)
- [BizHive](https://www.theborneopost.com/business/bizhive/)
- [Sports](https://www.theborneopost.com/sports/)
- [Lite Stories](https://www.theborneopost.com/lite-stories/)
- [Features](https://www.theborneopost.com/features/)
- [Columns](https://www.theborneopost.com/columns/)
- [Piece of Mind](https://www.theborneopost.com/columns/piece-of-mind/)
- [Between The Lines](https://www.theborneopost.com/columns/between-the-lines/)
- [Just another point of view](https://www.theborneopost.com/columns/just-another-point-of-view/)
- [Uncle DI](https://www.theborneopost.com/columns/uncle-di/)
- [\#abidinideas](https://www.theborneopost.com/columns/conservatively-speaking-freely/)
- [Nature Matters](https://www.theborneopost.com/columns/nature-matters/)
- [Opinion](https://www.theborneopost.com/columns/opinion/)
- [Exploring Sustainable Development](https://www.theborneopost.com/columns/exploring-sustainable-development/)
- [From the Byline](https://www.theborneopost.com/columns/from-the-byline/)
- [And so it goes](https://www.theborneopost.com/columns/and-so-it-goes/)
You are at:[Home](https://www.theborneopost.com/)»
# Program Seksualiti Merdeka terus dibantah
[0](https://www.theborneopost.com/2011/12/07/program-seksualiti-merdeka-terus-dibantah/#respond)
Posted on
December 7, 2011, Wednesday at 7:38 AM
Uncategorized
*For the freshest news, join [**The Borneo Post's Telegram Channel**](https://t.me/theborneopost) and [**The Borneo Post on Newswav**](https://newswav.com/publisher/1519).*
[](https://www.theborneopost.com/2011/12/07/program-seksualiti-merdeka-terus-dibantah/a01311254/)
KAMI BANTAH: Samion Ghani (lima kiri) bersama penduduk Miri pelbagai agama membantah program Seksualiti Merdeka 2011 di Miri, semalam.
MIRI: Pertubuhan Kebajikan Islam Miri (PEKIDA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Piasau Jaya 2 semalam mengadakan perhimpunan aman membantah program Seksualiti Merdeka 2011 yang menghimpun-kan golongan dan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Pengerusi JKKK Piasau Jaya 2, Samion Ghani berkata, masyarakat Islam di Miri menbantah sekeras-kerasnya sebarang program yang boleh merosakkan akhlak masyarakat Islam di negara ini.
“Kita mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program ini kerana ia bercanggah dan bertentangan dengan agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini,” katanya semalam.
Samion menjelaskan, program sedemikian bukan sahaja ditentang oleh umat Islam tetapi juga penganut agama lain seperti Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya.
“Kami percaya penganjur program ini mempunyai agenda tersendiri dan sebagai umat Islam, kami tidak mahu perhimpunan (program) ini diadakan kerana ia boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam,” jelasnya.
Menurutnya, bantahan itu bukan bermotifkan politik, sebaliknya sebagai satu usaha untuk menghalang anasir negatif menular dalam kalangan gene-rasi muda, seterusnya merosak-kan akhlak dan moral mereka.
“Dengan akal yang waras, perhimpunan ini ditentang oleh penduduk Miri yang menyedari bahawa ia salah dan boleh merosakkan akhlak rakyat Malaysia,” katanya.
Menurutnya lagi, sekiranya penganjur berkeras untuk menganjurkan program itu atau seumpamanya pada masa akan datang, maka ia boleh dibuat di luar Malaysia.
“Jika penganjurnya dan konco-konconya ingin menganjurkan perhimpunan sebegini, maka mereka boleh mengadakannya di luar negara kerana ia akan ditentang terang-terangan oleh majoriti rakyat jika dianjurkan di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, satu laporan polis bagi membantah program itu telah dibuat di Balai Polis Pusat Miri dan disokong kira-kira 50 orang yang mewakili majoriti penduduk Miri.
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual pada 1 hingga 13 November lepas kerana bertentangan dengan Islam dan moral kemanusiaan.
[Berita Sarawak](https://www.theborneopost.com/tag/berita-sarawak/)
Previous Article[Labuan depends on Sabah for food supply](https://www.theborneopost.com/2011/12/07/labuan-depends-on-sabah-for-food-supply/)
Next Article [Persiapan sesi persekolahan tahun depan semakin rancak](https://www.theborneopost.com/2011/12/07/persiapan-sesi-persekolahan-tahun-depan-semakin-rancak/)
- [](https://www.seehuamarketing.com/epaper/)
- [](https://kroom.my/pages/subscription-plan)
- ### MOST READ
- - [About Us](https://www.theborneopost.com/about-us/)
- [Privacy Policy](https://www.theborneopost.com/privacy-policy/)
- [Terms and Conditions](https://www.theborneopost.com/terms-and-conditions/)
- [Contact Us](https://www.theborneopost.com/contact-us/)
- - [Like us on Facebook](https://facebook.com/borneopost.online)
- [Follow us on X](https://x.com/theborneopost)
- [Follow us on Instagram](https://instagram.com/theborneopost)
- [Subscribe to our YouTube channel](https://www.youtube.com/channel/UCcMm0mG5zCgIDJSkXLc7nyg)
Copyright © 2010-2025 [Borneo Post Online Sdn Bhd](https://www.theborneopost.com/). All Rights Reserved.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Threads
WhatsApp
Telegram |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 37 (laksa) |
| Root Hash | 212590545657692237 |
| Unparsed URL | com,theborneopost!www,/2011/12/07/program-seksualiti-merdeka-terus-dibantah/ s443 |