ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.2 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh |
| Last Crawled | 2026-04-11 11:01:49 (5 days ago) |
| First Indexed | 2022-12-14 02:10:25 (3 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Trump terus pamer sisi bodoh - Sinar Harian |
| Meta Description | WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mempamerkan kebodohannya selepas beliau berterusan memandang rendah ancaman... |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Ciapan Trump yang dilabel melanggar peraturan Twitter kerana menyebarkan informasi yang tidak tepat berkaitan Covid-19 dan berpotensi berbahaya. - Foto: Agensi
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mempamerkan kebodohannya selepas beliau berterusan memandang rendah ancaman koronavirus (Covid-19) walaupun selepas didiagnos positif virus terbabit dan masih belum sembuh sepenuhnya.
Semalam, Facebook dan Twitter mengambil tindakan tegas gara-gara bilionair hartanah terbabit mendakwa Covid-19 tidak berbahaya seperti selesema.
"Musim selesema bakal tiba! Ramai orang pada setiap tahun, kadangkala lebih 100,000 maut akibat selesema walaupun diberikan vaksin. Adakah kita akan menutup negara ini? Sudah tentu tidak kerana kita telah belajar untuk hidup dengannya.
"Sama seperti kita belajar hidup dengan Covid-19 yang kurang membawa maut dalam kebanyakan populasi penduduk!!!' ujarnya menerusi kedua-dua media sosial terbabit.
Facebook kemudiannya bertindak memadamkan status tersebut kerana ia didakwa mengandungi maklumat salah tentang tahap ancaman sebenar Covid-19.
Sementara itu, Twitter dalam satu kenyataan memaklumkan ia tidak mengambil tindakan sama sebaliknya meletakkan label amaran berikutan ciapan Trump didakwa melanggar peraturan laman blog mikro terbabit kerana menyebarkan informasi yang tidak tepat berkaitan Covid-19 dan berpotensi berbahaya.
Difahamkan, ia bukan pertama kali Trump dikenakan tindakan tegas gara-gara gemar mengeluarkan kenyataan kurang bijak tanpa menyemak fakta sahih di media sosial.
Pada Ogos lalu, Facebook pernah memadamkan status yang disertakan bersama sebuah video yang mendakwa kanak-kanak kononnya hampir kebal daripada virus tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 18 individu termasuk kontak rapat Trump disahkan positif Covid-19 selepas pegawai kesihatan kini meningkatkan pemeriksaan untuk mengesan kluster di kediaman rasmi Presiden AS.
Flu season is coming up! Many people every year, sometimes over 100,000, and despite the Vaccine, die from the Flu. Are we going to close down our Country? No, we have learned to live with it, just like we are learning to live with Covid, in most populations far less lethal!!!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump)
October 6, 2020
Pembantu kanan Rumah Putih, Stephen Miller menjadi kakitangan terbaharu dijangkiti virus itu selepas beberapa pegawai tentera menjalani kuarantin susulan Laksamana Pengawal Pantai, Charles Ray didiagnos positif Covid-19.
"Sejak lima hari lalu, saya telah mengasingkan diri dan melakukan ujian saringan pada setiap hari. Hari ini, saya akhirnya disahkan positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin," katanya semalam.
Difahamkan, kakitangan Rumah Putih yang mempunyai kontak rapat dengan keluarga Trump melakukan ujian saringan setiap 48 jam malah mereka juga diminta mengenakan sut peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai langkah berjaga-jaga.
Selain staf di kediaman rasmi presiden itu, tiga wartawan termasuk Michael Shear dari New York Times yang membuat liputan di Rumah Putih turut didiagnos positif Covid-19.
Status kesihatan Trump yang masih belum disahkan pulih walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom menyebabkan pesaingnya dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020, Joe Biden meletakkan syarat menjelang sesi debat pusingan kedua yang akan berlangsung di Miami, Florida pada 15 Oktober ini.
"Saya berpendapat jika beliau masih positif virus itu, kami tidak sepatutnya meneruskan debat tersebut," ujarnya.
Sejak Isnin lalu, Trump kembali bertugas di Rumah Putih selepas beliau dibenarkan untuk discaj dari Walter Reed Medical Center di luar Washington dan keadaan kesihatannya terus dipantau pasukan perubatan. - Agensi |
| Markdown | [Sila log masuk terlebih dahulu.](https://www.sinarharian.com.my/premium)
[Dapatkan Newsletter Percuma\>]("Sign up for Newsletter")
[](https://www.sinarharian.com.my/ "Sinar Harian")
[Log Masuk](https://www.sinarharian.com.my/premium "Sign In")[Daftar](https://www.sinarharian.com.my/premium-signup "Sign Up")
Sabtu \| 11 April 2026
- [](https://www.sinarharian.com.my/ "Sinar Harian")
- [PRN](https://pru.sinarharian.com.my/)
- [Sinar Daily](https://www.sinardaily.my/)
- [SinarPlus](https://sinarplus.sinarharian.com.my/)
- [Sinar Bestari](https://sinarbestari.sinarharian.com.my/)
- [Pop Family](https://www.popfamily.my/)
- [Sinar Varsity](https://www.sinarvarsity.my/)
- [E-Paper](https://www.sinarharian.com.my/e-paper)
- [Langgan](https://www.sinarharian.com.my/product-page)
[](https://www.sinarharian.com.my/ "Sinar Harian")
Sabtu \| 11 April 2026
- [Utama](https://www.sinarharian.com.my/home)
- [Terkini](https://www.sinarharian.com.my/terkini)
- [Berita](https://www.sinarharian.com.my/berita)
- [Nasional](https://www.sinarharian.com.my/nasional)[Politik](https://www.sinarharian.com.my/politik)[Global](https://www.sinarharian.com.my/global)[Edisi](https://www.sinarharian.com.my/edisi)[Semasa](https://www.sinarharian.com.my/semasa)[Sukan](https://www.sinarharian.com.my/sukan)[Bisnes](https://www.sinarharian.com.my/bisnes)[Pendapat](https://www.sinarharian.com.my/pendapat)[Wawancara](https://www.sinarharian.com.my/wawancara)[Hiburan](https://www.sinarharian.com.my/hiburan)[Cetusan](https://www.sinarharian.com.my/cetusan)[Laporan Khas](https://www.sinarharian.com.my/laporan-khas)[Teknologi](https://www.sinarharian.com.my/teknologi)[Isu](https://www.sinarharian.com.my/)
- [Suara Sinar](https://www.sinarharian.com.my/suara-sinar)
- [Lidah Pengarang](https://www.sinarharian.com.my/lidah-pengarang)[Analisis Sinar](https://www.sinarharian.com.my/analisis-sinar)[Pojok](https://www.sinarharian.com.my/pojok)[Komentar Editor](https://www.sinarharian.com.my/komentar-editor)[Awang Paku Serpih](https://www.sinarharian.com.my/awang-paku-serpih)
- [Sinar Islam](https://www.sinarharian.com.my/sinar-islam-plus)
- [Islam Sejagat](https://www.sinarharian.com.my/islam-sejagat)[Hukum](https://www.sinarharian.com.my/hukum)[Edisi Halal](https://www.sinarharian.com.my/edisi-halal)[Sinar Haramain](https://www.sinarharian.com.my/sinar-haramain)
- [Podcast](https://www.sinarharian.com.my/podcast)
- [Khas](https://www.sinarharian.com.my/khas)
- [Belanjawan](https://www.sinarharian.com.my/belanjawan)[Rasuah Busters](https://www.sinarharian.com.my/rasuah-busters)[\#QuranHour](https://www.sinarharian.com.my/quranhour)[Dear PMX](https://www.sinarharian.com.my/surat-kepada-pm)
- [Video](https://www.sinarharian.com.my/video)
- [Berita Semasa](https://www.sinarharian.com.my/berita-semasa-video)[Kopek Isu](https://www.sinarharian.com.my/kopek-isu-video)[Skuad Sinar Siasat](https://www.sinarharian.com.my/skuad-sinar-siasat)[TikTok](https://www.sinarharian.com.my/tiktok)[Video Shorts](https://www.sinarharian.com.my/video-shorts)[Wacana](https://www.sinarharian.com.my/wacana-video)[Wawancara](https://www.sinarharian.com.my/wawancara-video)[SocMed Flash](https://www.sinarharian.com.my/socmed-flash)[Fail 302](https://www.sinarharian.com.my/fail-302)[Iktibar Tirai Besi](https://www.sinarharian.com.my/ikhtibar-tirai-besi)[Interviu](https://www.sinarharian.com.my/interviu)[Sinar Live](https://www.sinarharian.com.my/sinar-live-video)[Meja Bulat](https://www.sinarharian.com.my/meja-bulat)
- [Berita Premium](https://www.sinarharian.com.my/berita-premium)
- [Untuk Anda](https://www.sinarharian.com.my/untuk-anda)
[Utama](https://www.sinarharian.com.my/home)
[Terkini](https://www.sinarharian.com.my/terkini)
[Berita](https://www.sinarharian.com.my/berita) [Nasional](https://www.sinarharian.com.my/nasional)[Politik](https://www.sinarharian.com.my/politik)[Global](https://www.sinarharian.com.my/global)[Edisi](https://www.sinarharian.com.my/edisi)[Semasa](https://www.sinarharian.com.my/semasa)[Sukan](https://www.sinarharian.com.my/sukan)[Bisnes](https://www.sinarharian.com.my/bisnes)[Pendapat](https://www.sinarharian.com.my/pendapat)[Wawancara](https://www.sinarharian.com.my/wawancara)[Hiburan](https://www.sinarharian.com.my/hiburan)[Cetusan](https://www.sinarharian.com.my/cetusan)[Laporan Khas](https://www.sinarharian.com.my/laporan-khas)[Teknologi](https://www.sinarharian.com.my/teknologi)[Isu](https://www.sinarharian.com.my/)
[Suara Sinar](https://www.sinarharian.com.my/suara-sinar) [Lidah Pengarang](https://www.sinarharian.com.my/lidah-pengarang)[Analisis Sinar](https://www.sinarharian.com.my/analisis-sinar)[Pojok](https://www.sinarharian.com.my/pojok)[Komentar Editor](https://www.sinarharian.com.my/komentar-editor)[Awang Paku Serpih](https://www.sinarharian.com.my/awang-paku-serpih)
[Sinar Islam](https://www.sinarharian.com.my/sinar-islam-plus) [Islam Sejagat](https://www.sinarharian.com.my/islam-sejagat)[Hukum](https://www.sinarharian.com.my/hukum)[Edisi Halal](https://www.sinarharian.com.my/edisi-halal)[Sinar Haramain](https://www.sinarharian.com.my/sinar-haramain)
[Podcast](https://www.sinarharian.com.my/podcast)
[Khas](https://www.sinarharian.com.my/khas) [Belanjawan](https://www.sinarharian.com.my/belanjawan)[Rasuah Busters](https://www.sinarharian.com.my/rasuah-busters)[\#QuranHour](https://www.sinarharian.com.my/quranhour)[Dear PMX](https://www.sinarharian.com.my/surat-kepada-pm)
[Video](https://www.sinarharian.com.my/video) [Berita Semasa](https://www.sinarharian.com.my/berita-semasa-video)[Kopek Isu](https://www.sinarharian.com.my/kopek-isu-video)[Skuad Sinar Siasat](https://www.sinarharian.com.my/skuad-sinar-siasat)[TikTok](https://www.sinarharian.com.my/tiktok)[Video Shorts](https://www.sinarharian.com.my/video-shorts)[Wacana](https://www.sinarharian.com.my/wacana-video)[Wawancara](https://www.sinarharian.com.my/wawancara-video)[SocMed Flash](https://www.sinarharian.com.my/socmed-flash)[Fail 302](https://www.sinarharian.com.my/fail-302)[Iktibar Tirai Besi](https://www.sinarharian.com.my/ikhtibar-tirai-besi)[Interviu](https://www.sinarharian.com.my/interviu)[Sinar Live](https://www.sinarharian.com.my/sinar-live-video)[Meja Bulat](https://www.sinarharian.com.my/meja-bulat)
[Berita Premium](https://www.sinarharian.com.my/berita-premium)
[Untuk Anda](https://www.sinarharian.com.my/untuk-anda)

[Pihak berkuasa disaran mewujudkan garis panduan atau prosedur khusus berkaitan penganjuran majlis berunsur Islam termasuk sambutan Aidilfitri oleh persatuan bukan Islam.](https://www.sinarharian.com.my/article/775234/berita/nasional/ikram-saran-wujud-sop-sambutan-aidilfitri-oleh-bukan-islam "Ikram saran wujud SOP sambutan Aidilfitri oleh bukan Islam")
[Ikram saran wujud SOP sambutan Aidilfitri oleh bukan Islam](https://www.sinarharian.com.my/article/775234/berita/nasional/ikram-saran-wujud-sop-sambutan-aidilfitri-oleh-bukan-islam "Ikram saran wujud SOP sambutan Aidilfitri oleh bukan Islam")
[Noor Asfarina (kiri) bersama Muhammad Airiel Zafran (kanan) dan ahli keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri.](https://www.sinarharian.com.my/article/775233/berita/laporan-khas/teringin-nak-hantar-ke-terapi-swasta-tapi-tak-mampu "'Teringin nak hantar ke terapi swasta tapi tak mampu'")
['Teringin nak hantar ke terapi swasta tapi tak mampu'](https://www.sinarharian.com.my/article/775233/berita/laporan-khas/teringin-nak-hantar-ke-terapi-swasta-tapi-tak-mampu "'Teringin nak hantar ke terapi swasta tapi tak mampu'")
[Kasih sayang tiada batasan, Raja Yasmin dan Fuad Helmy tabah membesarkan Aizeeq (kanan) menghadapi autisme.](https://www.sinarharian.com.my/article/775231/berita/laporan-khas/tiada-pilihan-selain-swasta "Tiada pilihan selain swasta")
[Tiada pilihan selain swasta](https://www.sinarharian.com.my/article/775231/berita/laporan-khas/tiada-pilihan-selain-swasta "Tiada pilihan selain swasta")
[Disebabkan pesakit ramai di hospital kerajaan, sesi terapi tidak dapat dilakukan dengan kerap mendorong Zira mengambil inisiatif mendapatkan rawatan swasta untuk anaknya.](https://www.sinarharian.com.my/article/775229/berita/laporan-khas/ramai-tunggu-giliran-terapi-di-hospital-kerajaan "Ramai tunggu giliran terapi di hospital kerajaan")
[Ramai tunggu giliran terapi di hospital kerajaan](https://www.sinarharian.com.my/article/775229/berita/laporan-khas/ramai-tunggu-giliran-terapi-di-hospital-kerajaan "Ramai tunggu giliran terapi di hospital kerajaan")
[Siti Suriatul Azwani mengambil keputusan berhenti kerja pada 2021 bagi memberi perhatian penuh kepada dua anaknya yang autisme.](https://www.sinarharian.com.my/article/775226/berita/laporan-khas/ikat-perut-demi-terapi-anak-autisme "'Ikat perut' demi terapi anak autisme")
['Ikat perut' demi terapi anak autisme](https://www.sinarharian.com.my/article/775226/berita/laporan-khas/ikat-perut-demi-terapi-anak-autisme "'Ikat perut' demi terapi anak autisme")
[LAGI ](https://www.sinarharian.com.my/berita-premium)
[GLOBAL](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh "GLOBAL")
# Trump terus pamer sisi bodoh
![TERJEMAHAN SINAR HARIAN]()[TERJEMAHAN SINAR HARIAN](https://www.sinarharian.com.my/author/479/terjemahan-sinar-harian "TERJEMAHAN SINAR HARIAN")
07 Oktober 2020 05:26pm
Masa membaca: 4 minit
[](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.sinarharian.com.my/article/104302 "Share on Facebook")
[](https://www.twitter.com/share?url=https://www.sinarharian.com.my/article/104302&text=Trump%20terus%20pamer%20sisi%20bodoh "Share on X")
[](https://api.whatsapp.com/send?text=Trump%20terus%20pamer%20sisi%20bodoh%20https://www.sinarharian.com.my/article/104302 "Share on Whatsapp")

Ciapan Trump yang dilabel melanggar peraturan Twitter kerana menyebarkan informasi yang tidak tepat berkaitan Covid-19 dan berpotensi berbahaya. - Foto: Agensi
A
A
A
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di [Telegram](https://telegram.me/SinarHarianOfficial) dan [TikTok](https://t.tiktok.com/i18n/share/user/6786959112099529730/) kami
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mempamerkan kebodohannya selepas beliau berterusan memandang rendah ancaman koronavirus (Covid-19) walaupun selepas didiagnos positif virus terbabit dan masih belum sembuh sepenuhnya.
Semalam, Facebook dan Twitter mengambil tindakan tegas gara-gara bilionair hartanah terbabit mendakwa Covid-19 tidak berbahaya seperti selesema.
"Musim selesema bakal tiba! Ramai orang pada setiap tahun, kadangkala lebih 100,000 maut akibat selesema walaupun diberikan vaksin. Adakah kita akan menutup negara ini? Sudah tentu tidak kerana kita telah belajar untuk hidup dengannya.
"Sama seperti kita belajar hidup dengan Covid-19 yang kurang membawa maut dalam kebanyakan populasi penduduk!!!' ujarnya menerusi kedua-dua media sosial terbabit.
Facebook kemudiannya bertindak memadamkan status tersebut kerana ia didakwa mengandungi maklumat salah tentang tahap ancaman sebenar Covid-19.
Sementara itu, Twitter dalam satu kenyataan memaklumkan ia tidak mengambil tindakan sama sebaliknya meletakkan label amaran berikutan ciapan Trump didakwa melanggar peraturan laman blog mikro terbabit kerana menyebarkan informasi yang tidak tepat berkaitan Covid-19 dan berpotensi berbahaya.
Difahamkan, ia bukan pertama kali Trump dikenakan tindakan tegas gara-gara gemar mengeluarkan kenyataan kurang bijak tanpa menyemak fakta sahih di media sosial.
Pada Ogos lalu, Facebook pernah memadamkan status yang disertakan bersama sebuah video yang mendakwa kanak-kanak kononnya hampir kebal daripada virus tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 18 individu termasuk kontak rapat Trump disahkan positif Covid-19 selepas pegawai kesihatan kini meningkatkan pemeriksaan untuk mengesan kluster di kediaman rasmi Presiden AS.
Artikel Berkaitan:
- [Gagal ekstrak data, CVR akan dihantar ke Amerika Syarikat](https://www.sinarharian.com.my/article/275003/berita/nasional/gagal-ekstrak-data-cvr-akan-dihantar-ke-amerika-syarikat "Gagal ekstrak data, CVR akan dihantar ke Amerika Syarikat")
- [Gagal seludup ketum AS\$1.1 bilion ke Amerika Syarikat](https://www.sinarharian.com.my/article/273997/global/gagal-seludup-ketum-as11-bilion-ke-amerika-syarikat "Gagal seludup ketum AS$1.1 bilion ke Amerika Syarikat")
- [Trump didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah](https://www.sinarharian.com.my/article/271491/global/trump-didakwa-lagi-hadapi-empat-tuduhan-jenayah "Trump didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah")
> Flu season is coming up! Many people every year, sometimes over 100,000, and despite the Vaccine, die from the Flu. Are we going to close down our Country? No, we have learned to live with it, just like we are learning to live with Covid, in most populations far less lethal!!\!
>
> — Donald J. Trump (@realDonaldTrump) [October 6, 2020](https://twitter.com/realDonaldTrump/status/1313449844413992961?ref_src=twsrc%5Etfw)
Pembantu kanan Rumah Putih, Stephen Miller menjadi kakitangan terbaharu dijangkiti virus itu selepas beberapa pegawai tentera menjalani kuarantin susulan Laksamana Pengawal Pantai, Charles Ray didiagnos positif Covid-19.
"Sejak lima hari lalu, saya telah mengasingkan diri dan melakukan ujian saringan pada setiap hari. Hari ini, saya akhirnya disahkan positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin," katanya semalam.

Difahamkan, kakitangan Rumah Putih yang mempunyai kontak rapat dengan keluarga Trump melakukan ujian saringan setiap 48 jam malah mereka juga diminta mengenakan sut peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai langkah berjaga-jaga.
Selain staf di kediaman rasmi presiden itu, tiga wartawan termasuk Michael Shear dari New York Times yang membuat liputan di Rumah Putih turut didiagnos positif Covid-19.
Status kesihatan Trump yang masih belum disahkan pulih walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom menyebabkan pesaingnya dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020, Joe Biden meletakkan syarat menjelang sesi debat pusingan kedua yang akan berlangsung di Miami, Florida pada 15 Oktober ini.
"Saya berpendapat jika beliau masih positif virus itu, kami tidak sepatutnya meneruskan debat tersebut," ujarnya.
Sejak Isnin lalu, Trump kembali bertugas di Rumah Putih selepas beliau dibenarkan untuk discaj dari Walter Reed Medical Center di luar Washington dan keadaan kesihatannya terus dipantau pasukan perubatan. - Agensi
*Muat turun aplikasi Sinar Harian. **[Klik di sini\!](https://www.sinarharian.com.my/mobileapp)***
[Donald Trump](https://www.sinarharian.com.my/tags?query=Donald-Trump "Donald-Trump")
[Amerika Syarikat](https://www.sinarharian.com.my/tags?query=Amerika-Syarikat "Amerika-Syarikat")
[Covid 19](https://www.sinarharian.com.my/tags?query=Covid-19 "Covid-19")
[koronavirus](https://www.sinarharian.com.my/tags?query=koronavirus "koronavirus")
Artikel Disyorkan
[Polis Perancis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dituduh mengurung anak lelakinya yang berusia sembilan tahun di dalam sebuah van penghantaran selama lebih setahun - Foto: Agensi](https://www.sinarharian.com.my/article/775318/global/budak-lelaki-ditemukan-tanpa-pakaian-dan-kebuluran-di-dalam-van-di-perancis "Budak lelaki ditemukan tanpa pakaian dan kebuluran di dalam van di Perancis")
[GLOBAL](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh "GLOBAL")
[Budak lelaki ditemukan tanpa pakaian dan kebuluran di dalam van di Perancis](https://www.sinarharian.com.my/article/775318/global/budak-lelaki-ditemukan-tanpa-pakaian-dan-kebuluran-di-dalam-van-di-perancis "Budak lelaki ditemukan tanpa pakaian dan kebuluran di dalam van di Perancis")
[Tiada gambar terkini Mojtaba dikongsikan Iran sejak beliau dilantik sebagai pengganti bapanya pada 8 Mac lalu. - Foto Agensi](https://www.sinarharian.com.my/article/775303/global/pemimpin-agung-iran-cedera-teruk-sedang-pulih "Pemimpin Agung Iran cedera teruk, sedang pulih")
[GLOBAL](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh "GLOBAL")
[Pemimpin Agung Iran cedera teruk, sedang pulih](https://www.sinarharian.com.my/article/775303/global/pemimpin-agung-iran-cedera-teruk-sedang-pulih "Pemimpin Agung Iran cedera teruk, sedang pulih")
[MARLISSA MOHAMMAD KAMAL](https://www.sinarharian.com.my/author/680/marlissa-mohammad-kamal)
11 Apr 2026 04:18pm
[Pasukan pendudukan Israel melancarkan satu serangan masuk pada Sabtu ke kawasan Wadi al-Raqad di barat luar bandar Daraa dan menahan seorang warga - Foto fail Agensi](https://www.sinarharian.com.my/article/775299/global/tentera-pendudukan-israel-maju-ke-pinggir-bandar-daraa-di-syria-tahan-seorang-warga "Tentera pendudukan Israel maju ke pinggir bandar Daraa di Syria, tahan seorang warga")
[GLOBAL](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh "GLOBAL")
[Tentera pendudukan Israel maju ke pinggir bandar Daraa di Syria, tahan seorang warga](https://www.sinarharian.com.my/article/775299/global/tentera-pendudukan-israel-maju-ke-pinggir-bandar-daraa-di-syria-tahan-seorang-warga "Tentera pendudukan Israel maju ke pinggir bandar Daraa di Syria, tahan seorang warga")
[Imej menyentuh hati itu disertakan bersama kapsyen 'teman perjalanan saya' yang mengundang pelbagai reaksi warganet. Foto Agensi](https://www.sinarharian.com.my/article/775275/global/delegasi-iran-bawa-penumpang-simbolik-ke-pakistan "Delegasi Iran bawa 'penumpang simbolik' ke Pakistan")
[GLOBAL](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh "GLOBAL")
[Delegasi Iran bawa 'penumpang simbolik' ke Pakistan](https://www.sinarharian.com.my/article/775275/global/delegasi-iran-bawa-penumpang-simbolik-ke-pakistan "Delegasi Iran bawa 'penumpang simbolik' ke Pakistan")
[MARLISSA MOHAMMAD KAMAL](https://www.sinarharian.com.my/author/680/marlissa-mohammad-kamal)
11 Apr 2026 01:53pm
Baca Artikel Penuh
- [Terkini](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh#tab_20107)
- [Popular](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh#tab_20108)
[Polis Perancis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dituduh mengurung anak lelakinya yang berusia sembilan tahun di dalam sebuah van penghantaran selama lebih setahun - Foto: Agensi](https://www.sinarharian.com.my/article/775318/global/budak-lelaki-ditemukan-tanpa-pakaian-dan-kebuluran-di-dalam-van-di-perancis "Budak lelaki ditemukan tanpa pakaian dan kebuluran di dalam van di Perancis")
[Budak lelaki ditemukan tanpa pakaian dan kebuluran di dalam van di Perancis](https://www.sinarharian.com.my/article/775318/global/budak-lelaki-ditemukan-tanpa-pakaian-dan-kebuluran-di-dalam-van-di-perancis "Budak lelaki ditemukan tanpa pakaian dan kebuluran di dalam van di Perancis")
11 April 2026 06:21pm
[Tiada gambar terkini Mojtaba dikongsikan Iran sejak beliau dilantik sebagai pengganti bapanya pada 8 Mac lalu. - Foto Agensi](https://www.sinarharian.com.my/article/775303/global/pemimpin-agung-iran-cedera-teruk-sedang-pulih "Pemimpin Agung Iran cedera teruk, sedang pulih")
[Pemimpin Agung Iran cedera teruk, sedang pulih](https://www.sinarharian.com.my/article/775303/global/pemimpin-agung-iran-cedera-teruk-sedang-pulih "Pemimpin Agung Iran cedera teruk, sedang pulih")
11 April 2026 04:18pm
[Pasukan pendudukan Israel melancarkan satu serangan masuk pada Sabtu ke kawasan Wadi al-Raqad di barat luar bandar Daraa dan menahan seorang warga - Foto fail Agensi](https://www.sinarharian.com.my/article/775299/global/tentera-pendudukan-israel-maju-ke-pinggir-bandar-daraa-di-syria-tahan-seorang-warga "Tentera pendudukan Israel maju ke pinggir bandar Daraa di Syria, tahan seorang warga")
[Tentera pendudukan Israel maju ke pinggir bandar Daraa di Syria, tahan seorang warga](https://www.sinarharian.com.my/article/775299/global/tentera-pendudukan-israel-maju-ke-pinggir-bandar-daraa-di-syria-tahan-seorang-warga "Tentera pendudukan Israel maju ke pinggir bandar Daraa di Syria, tahan seorang warga")
11 April 2026 03:54pm
[Imej menyentuh hati itu disertakan bersama kapsyen 'teman perjalanan saya' yang mengundang pelbagai reaksi warganet. Foto Agensi](https://www.sinarharian.com.my/article/775275/global/delegasi-iran-bawa-penumpang-simbolik-ke-pakistan "Delegasi Iran bawa 'penumpang simbolik' ke Pakistan")
[Delegasi Iran bawa 'penumpang simbolik' ke Pakistan](https://www.sinarharian.com.my/article/775275/global/delegasi-iran-bawa-penumpang-simbolik-ke-pakistan "Delegasi Iran bawa 'penumpang simbolik' ke Pakistan")
11 April 2026 01:53pm
[Kesatuan Eropah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan unilateral Israel yang bertujuan meluaskan kehadirannya di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur.](https://www.sinarharian.com.my/article/775240/global/keputusan-israel-terhadap-30-penempatan-tebing-barat-adalah-haram---eu "Keputusan Israel terhadap 30 penempatan Tebing Barat adalah haram - EU")
[Keputusan Israel terhadap 30 penempatan Tebing Barat adalah haram - EU](https://www.sinarharian.com.my/article/775240/global/keputusan-israel-terhadap-30-penempatan-tebing-barat-adalah-haram---eu "Keputusan Israel terhadap 30 penempatan Tebing Barat adalah haram - EU")
11 April 2026 08:58am
[LAGI ](https://www.sinarharian.com.my/terkini)
[Saeman menunjukkan gambar Abdul Dayyan semasa dirawat di ICU.](https://www.sinarharian.com.my/article/775246/berita/semasa/tempurung-kepala-pecah-pendarahan-dalam-otak "'Tempurung kepala pecah, pendarahan dalam otak'")
['Tempurung kepala pecah, pendarahan dalam otak'](https://www.sinarharian.com.my/article/775246/berita/semasa/tempurung-kepala-pecah-pendarahan-dalam-otak "'Tempurung kepala pecah, pendarahan dalam otak'")
11 April 2026 10:38am
[Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.](https://www.sinarharian.com.my/article/775247/berita/sukan/piala-dunia-2026-satu-lagi-keputusan-bencana-fifa "Piala Dunia 2026: Satu lagi keputusan ‘bencana’ FIFA")
[Piala Dunia 2026: Satu lagi keputusan ‘bencana’ FIFA](https://www.sinarharian.com.my/article/775247/berita/sukan/piala-dunia-2026-satu-lagi-keputusan-bencana-fifa "Piala Dunia 2026: Satu lagi keputusan ‘bencana’ FIFA")
11 April 2026 10:45am
[Tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki mengamuk serta merosakkan papan tanda di kaunter KLIA2 selain bertindak agresif terhadap anggota keselamatan.](https://www.sinarharian.com.my/article/775253/berita/semasa/rosakkan-kaunter-klia2-cedera-anggota-keselamatan-kerana-terlepas-penerbangan "Rosakkan kaunter KLIA2, cedera anggota keselamatan kerana terlepas penerbangan")
[Rosakkan kaunter KLIA2, cedera anggota keselamatan kerana terlepas penerbangan](https://www.sinarharian.com.my/article/775253/berita/semasa/rosakkan-kaunter-klia2-cedera-anggota-keselamatan-kerana-terlepas-penerbangan "Rosakkan kaunter KLIA2, cedera anggota keselamatan kerana terlepas penerbangan")
11 April 2026 11:20am
[Amierah Aqeelah (gambar kecil) yang dalam perjalanan pulang dari sekolahnya dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Bandar Sri Indah,pada Jumaat. Foto ihsan bomba](https://www.sinarharian.com.my/article/775210/berita/semasa/guru-pelatih-maut-kereta-terbabas-ketika-pulang-dari-sekolah "Guru pelatih maut, kereta terbabas ketika pulang dari sekolah")
[Guru pelatih maut, kereta terbabas ketika pulang dari sekolah](https://www.sinarharian.com.my/article/775210/berita/semasa/guru-pelatih-maut-kereta-terbabas-ketika-pulang-dari-sekolah "Guru pelatih maut, kereta terbabas ketika pulang dari sekolah")
10 April 2026 11:55pm
[Prebet Muhammad Amirul Raziq dipercayai dipukul dalam satu kejadian di Kem Batalion 25 RAMD Bentong, pada 30 Mac lepas disahkan meninggal dunia.](https://www.sinarharian.com.my/article/775281/berita/semasa/anggota-tentera-dipukul-dalam-kem-meninggal-dunia "Anggota tentera dipukul dalam kem meninggal dunia")
[Anggota tentera dipukul dalam kem meninggal dunia](https://www.sinarharian.com.my/article/775281/berita/semasa/anggota-tentera-dipukul-dalam-kem-meninggal-dunia "Anggota tentera dipukul dalam kem meninggal dunia")
11 April 2026 02:28pm
[](https://www.sinarharian.com.my/ "logo")
[](https://www.sinarharian.com.my/ "logo")
Sinar Karangkraf Sdn. Bhd.
Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40000 Shah Alam Selangor, Malaysia
[ 603.5101.7388](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh)[ 603.5101.7333](https://www.sinarharian.com.my/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh)[ editorsh@sinarharian.com.my](mailto:editorsh@sinarharian.com.my)
Berita
[Berita](https://www.sinarharian.com.my/berita)
[Edisi](https://www.sinarharian.com.my/edisi)
[Global](https://www.sinarharian.com.my/global)
[E-Paper](https://www.sinarharian.com.my/e-paper)
[Suara Sinar](https://www.sinarharian.com.my/suara-sinar)
[Video](https://www.sinarharian.com.my/video)
[Khas](https://www.sinarharian.com.my/khas)
Umum
[Hubungi Kami](https://www.sinarharian.com.my/hubungi-kami)
[Kerjaya](https://kerjaya.karangkraf.com/KerjayaKarangkraf"%20target="_blank)
[Syarat dan Penafian](https://www.sinarharian.com.my/terms-and-conditions)
[Polisi Data Peribadi](https://www.sinarharian.com.my/polisi-data-peribadi)
Rangkaian Kami
[Sinar Daily](https://www.sinardaily.my/?utm_source=sinarharian_website&utm_medium=link&utm_campaign=sinardaily"%20target="_blank)
[SinarPlus](https://sinarplus.sinarharian.com.my/?utm_source=sinarharian_website&utm_medium=link&utm_campaign=sinarplus"%20target="_blank)
[Sinar Bestari](https://sinarbestari.sinarharian.com.my/?utm_source=sinarharian_website&utm_medium=link&utm_campaign=sinarbestari"%20target="_blank)
[Pop Family](<https://www.popfamily.my" target="_blank>)
[Kumpulan Karangkraf](https://www.karangkraf.com/?utm_source=sinarharian_website&utm_medium=link&utm_campaign=karangkraf"%20target="_blank)
[Grup Buku](https://buku.karangkraf.com/?utm_source=sinarharian_website&utm_medium=link&utm_campaign=grupbuku"%20target="_blank)
[Ultimate Print](https://www.ultimate.com.my/?utm_source=sinarharian_website&utm_medium=link&utm_campaign=ultimateprint"%20target="_blank)
[Sinar Varsity](https://www.sinarvarsity.my/"%20target="_blank)
e-Invoice
[Pengumuman](https://www.sinarharian.com.my/e-invoice)
[Memo](https://einvoice.karangkraf.com/e-invoice-memo/)
[Info](https://www.sinarharian.com.my/einvoice-info)
[Khidmat Pelanggan](https://einvoice.karangkraf.com/khidmat-pelanggan/)
Pengiklanan
- [Pengiklanan](https://www.sinarharian.com.my/layandiri)
- [SinarKlassifed](https://sinarklassified.sinarharian.com.my/)
- [iklan@sinarharian.com.my](mailto:iklan@sinarharian.com.my)
[](mailto:editorsh@sinarharian.com.my "Email")[](https://www.facebook.com/SinarHarian "Facebook")[](https://twitter.com/SinarOnline "Twitter")[](https://www.youtube.com/user/SinarHarianWebTV "Youtube")[](https://www.dailymotion.com/SinarHarian "Dailymotion")[](https://www.instagram.com/sinarharian/ "Instagram")[](https://t.me/SinarHarianOfficial "Telegram")[](https://www.tiktok.com/@sinarharianonline?lang=en "Tiktok")[](https://www.whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28 "WhatsApp")[](https://my.linkedin.com/company/sinar-harian "Linkedin")[](https://appgallery.huawei.com/app/C103070539 "App_Huawei")[](https://apps.apple.com/my/app/sinar-harian-berita-terkini/id1009220347 "app-store")[](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.karangkraf.SinarLife&referrer=utm_source%3Dsinarharian_website%26utm_medium%3Dlink "google-play")
[](https://www.instagram.com/sinarharian/)
[Instagram Sinar Harian](https://www.instagram.com/sinarharian/)

© 2026 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2026 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf |
| Readable Markdown | 
Ciapan Trump yang dilabel melanggar peraturan Twitter kerana menyebarkan informasi yang tidak tepat berkaitan Covid-19 dan berpotensi berbahaya. - Foto: Agensi
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mempamerkan kebodohannya selepas beliau berterusan memandang rendah ancaman koronavirus (Covid-19) walaupun selepas didiagnos positif virus terbabit dan masih belum sembuh sepenuhnya.
Semalam, Facebook dan Twitter mengambil tindakan tegas gara-gara bilionair hartanah terbabit mendakwa Covid-19 tidak berbahaya seperti selesema.
"Musim selesema bakal tiba! Ramai orang pada setiap tahun, kadangkala lebih 100,000 maut akibat selesema walaupun diberikan vaksin. Adakah kita akan menutup negara ini? Sudah tentu tidak kerana kita telah belajar untuk hidup dengannya.
"Sama seperti kita belajar hidup dengan Covid-19 yang kurang membawa maut dalam kebanyakan populasi penduduk!!!' ujarnya menerusi kedua-dua media sosial terbabit.
Facebook kemudiannya bertindak memadamkan status tersebut kerana ia didakwa mengandungi maklumat salah tentang tahap ancaman sebenar Covid-19.
Sementara itu, Twitter dalam satu kenyataan memaklumkan ia tidak mengambil tindakan sama sebaliknya meletakkan label amaran berikutan ciapan Trump didakwa melanggar peraturan laman blog mikro terbabit kerana menyebarkan informasi yang tidak tepat berkaitan Covid-19 dan berpotensi berbahaya.
Difahamkan, ia bukan pertama kali Trump dikenakan tindakan tegas gara-gara gemar mengeluarkan kenyataan kurang bijak tanpa menyemak fakta sahih di media sosial.
Pada Ogos lalu, Facebook pernah memadamkan status yang disertakan bersama sebuah video yang mendakwa kanak-kanak kononnya hampir kebal daripada virus tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 18 individu termasuk kontak rapat Trump disahkan positif Covid-19 selepas pegawai kesihatan kini meningkatkan pemeriksaan untuk mengesan kluster di kediaman rasmi Presiden AS.
> Flu season is coming up! Many people every year, sometimes over 100,000, and despite the Vaccine, die from the Flu. Are we going to close down our Country? No, we have learned to live with it, just like we are learning to live with Covid, in most populations far less lethal!!\!
>
> — Donald J. Trump (@realDonaldTrump) [October 6, 2020](https://twitter.com/realDonaldTrump/status/1313449844413992961?ref_src=twsrc%5Etfw)
Pembantu kanan Rumah Putih, Stephen Miller menjadi kakitangan terbaharu dijangkiti virus itu selepas beberapa pegawai tentera menjalani kuarantin susulan Laksamana Pengawal Pantai, Charles Ray didiagnos positif Covid-19.
"Sejak lima hari lalu, saya telah mengasingkan diri dan melakukan ujian saringan pada setiap hari. Hari ini, saya akhirnya disahkan positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin," katanya semalam.

Difahamkan, kakitangan Rumah Putih yang mempunyai kontak rapat dengan keluarga Trump melakukan ujian saringan setiap 48 jam malah mereka juga diminta mengenakan sut peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai langkah berjaga-jaga.
Selain staf di kediaman rasmi presiden itu, tiga wartawan termasuk Michael Shear dari New York Times yang membuat liputan di Rumah Putih turut didiagnos positif Covid-19.
Status kesihatan Trump yang masih belum disahkan pulih walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom menyebabkan pesaingnya dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020, Joe Biden meletakkan syarat menjelang sesi debat pusingan kedua yang akan berlangsung di Miami, Florida pada 15 Oktober ini.
"Saya berpendapat jika beliau masih positif virus itu, kami tidak sepatutnya meneruskan debat tersebut," ujarnya.
Sejak Isnin lalu, Trump kembali bertugas di Rumah Putih selepas beliau dibenarkan untuk discaj dari Walter Reed Medical Center di luar Washington dan keadaan kesihatannya terus dipantau pasukan perubatan. - Agensi |
| Shard | 176 (laksa) |
| Root Hash | 2499813761006547176 |
| Unparsed URL | my,com,sinarharian!www,/article/104302/global/trump-terus-pamer-sisi-bodoh s443 |