🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 171 (from laksa075)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
1 month ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH1.4 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/
Last Crawled2026-03-08 23:41:25 (1 month ago)
First Indexed2024-07-16 16:50:53 (1 year ago)
HTTP Status Code200
Meta Title4 Jenis Pelaburan Emas untuk Anda Cuba - Pesan by Qoala
Meta DescriptionKetahui empat jenis pelaburan emas serta kelebihan-kelebihan melakukan jenis pelaburan ini yang anda perlu tahu.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Baru-baru ini, populariti pelaburan emas semakin meningkat dan anda mungkin sudah ada beberapa kenalan anda yang sudah mula melibatkan diri dalam pelaburan ini. Adakah ini masanya untuk anda ikut trend dan mula buat pelaburan emas? Artikel ini akan menjelaskan kelebihan pelaburan emas, jenis pelaburan emas yang anda boleh cuba dan juga faktor-faktor mempengaruhi harga emas . Table of Contents Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas 3 Kebaikan Pelaburan Emas 4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia 1. Emas Fizikal 2. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account) 3. Saham Perlombongan Emas 4. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF) Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas? Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas Pertama sekali, apa itu pelaburan emas? Selain menjadi satu bentuk perhiasan, emas juga merupakan pelaburan alternatif yang mempunyai reputasi sebagai kelas aset yang dipandang tinggi oleh pelabur-pelabur di serata dunia. Secara ringkasnya, pelaburan emas menjadi pilihan ramai pelabur kerana emas merupakan satu aset yang biasanya terlindung daripada inflasi atau kemelesetan ekonomi. Sejak berabad yang lalu lagi, emas memang sudah dikenali sebagai sumber kekayaan manusia dan ia juga pernah digunakan sebagai mata wang pada suatu ketika dahulu. Kini, ramai yang suka simpan duit dalam bentuk pelaburan emas. 3 Kebaikan Pelaburan Emas Semakin ramai pelabur baru yang mula berjinak di dalam dunia pelaburan emas ini. Berikut adalah tiga kebaikan pelaburan pelaburan emas yang anda perlu tahu: 1. Nilai yang Stabil dan Berupaya Lawan Inflasi Secara tradisinya, nilai emas cenderung stabil atau meningkat semasa kadar inflasi meningkat tinggi. Disebabkan ini, ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin mengurangkan risiko terhadap kerugian sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Contohnya, sewaktu musim PKP pada Mac 2020, aktiviti pelaburan emas meningkat walaupun ekonomi sedang mengalami krisis. Namun begitu, ini bukanlah satu kepastian atau guarantee kerana ada masanya korelasi di antara inflasi dan harga emas ini tidak sama seperti yang dinyatakan di atas. Contohnya, terdapat juga kemungkinan nilai emas boleh merosot apabila kadar inflasi meningkat. 2. Aset Mudah Cair Kecairan atau liquidity merupakan salah satu kelebihan melabur dalam emas. Sama ada anda melabur emas online atau membelinya dalam bentuk fizikal, anda akan mendapati yang jual emas ini sebenarnya tidak sukar. Katakanlah anda tiba-tiba memerlukan wang dan mendapati simpanan anda tidak mencukupi, anda boleh memajak atau menjual emas untuk dapatkan duit. Anda juga akan mendapati emas ini mudah dijual kerana sentiasa ada pembeli yang sedang cari emas fizikal atau emas yang anda miliki dalam bentuk digital. Jadi, tidak akan menjadi masalah sekiranya anda mahu menjual emas dengan kadar segera. 3. Pelbagai Pilihan untuk Anda Cuba Selain melabur emas fizikal, anda boleh memilih untuk membuat pelaburan emas secara online juga. Untuk pelaburan emas fizikal, pilihannya terdiri daripada barang kemas, syiling atau jongkong emas. Bagi pelaburan emas online, anda adalah pilihan anda ialah emas digital, ETF Emas atau dana Gold Mutual. Setiap pilihan pelaburan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Anda bebas membuat pilihan yang sesuai mengikut risiko dan polisi pelaburan dan simpanan anda. 4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia Ramai pakar berpendapat emas merupakan satu bentuk pelaburan yang selamat dan sangat sesuai bagi pelabur-pelabur baru di luar sana. Anda boleh mula melabur melalui empat jenis pelaburan emas yang anda boleh cuba di Malaysia: 1. Emas Fizikal Pelaburan emas fizikal masih lagi satu pilihan yang popular dalam kalangan pelabur walaupun terdapat pilihan melabur emas secara digital. Anda boleh membeli emas fizikal dalam bentuk jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Berikut adalah tiga jenis emas fizikal yang anda perlu tahu: a. Jongkong Emas Jika anda tanya mana-mana pelabur yang berpengalaman, kebanyakan mereka akan menyarankan jongkong emas sebagai pilihan pelaburan emas fizikal nombor satu.  Jongkong emas ini juga mudah disimpan kerana saiznya yang besar dan anda boleh dapati saiz jongkong emas ini dari 25g sehingga 1kg. Harga satu jongkong emas boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan ini sangat sesuai untuk anda membuat pelaburan jika anda mahu menjualnya pada harga yang tinggi.  Walau bagaimanapun, jongkong emas ini mempunyai kelemahan yang tersendiri disebakan nilainya yang begitu tinggi. Contohnya, anda mahu menjual 1kg jongkong emas yang berharga RM250,000. Selagi anda tidak jumpa pembeli yang sanggup membayar harga permintaan, selagi itulah anda patut teruskan menyimpan jongkong emas tersebut. Sekiranya anda bersetuju untuk jual pada harga bawah nilai pasaran, anda sendiri yang akan rugi.  Kelebihan Jongkong Emas Kekurangan Jongkong Emas Potensi besar untuk mendapat keuntungan yang lumayan Risiko kecurian kerana disimpan di rumah Mempunyai kos lebih murah berbanding emas Mungkin sukar dijual kerana harganya yang tinggi Mudah untuk anda simpan di rumah Perlu membayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat b. Syiling Emas Berbanding dengan jongkong emas, syiling emas ini jauh lebih ringan dengan berat di antara 2.5g sehingga 25g emas tulen. Kenapa beli syiling emas? Bagi pelabur baru, ini merupakan satu pilihan yang ideal kerana pilihan ini lebih mudah untuk urusan jual beli kerana harganya yang berpatutan dan mampu milik. Harga bagi satu syiling emas berada dalam anggaran ratusan sehingga beribu ringgit. Tahukah anda, terdapat juga syiling emas yang dinilai lebih tinggi kerana ia dicetak secara berasingan atau dengan kata lainnya, individually . Disebabkan ini, terdapat juga syiling emas yang harganya boleh mencecah ratusan ribuan ringgit disebabkan keistimewaan dan ketulenannya. Kelebihan Syiling Emas Kekurangan Syiling Emas Mudah disimpan Risiko kecurian kerana disimpan di rumah Pilihan yang ideal untuk pelabur baru Harga atau kos lebih tinggi bergantung kepada design Senang untuk dijual Perlu membayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat Nilainya makin tinggi sekiranya sukar dicari atau dengan kata lain syiling emas limited – c. Barang Kemas Emas Barang kemas emas bukan sahaja boleh dipakai atau diberi sebagai hantaran perkahwinan , anda juga boleh mendapatkannya untuk tujuan pelaburan emas. Dari segi harga, barang kemas emas berada dalam anggaran harga sekitar ratusan sehingga ribuan ringgit. Sebelum anda membeli barang kemas emas, anda disarankan untuk memeriksa jumlah karat emas yang hendak dibeli itu. Hal ini kerana, tidak semua barang kemas emas adalah emas tulen. Contohnya, ada emas yang telah bercampur dengan bahan lain seperti perak. Selain itu, apabila anda memiliki barang kemas emas, anda perlu menjaganya dengan baik supaya ia tidak rosak atau calar kerana nilai emas tersebut boleh jatuh jika terdapat sebarang bentuk kerosakan. Kelebihan Barang Kemas Emas Kekurangan Barang Kemas Emas Boleh dijadikan sebagai aksesori Nilai jual yang rendah dan tidak boleh dijual ikut harga tinggi Mudah untuk dibeli  Risiko kecurian kerana disimpan di rumah – Kos yang tinggi 2. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account) Pada zaman sekarang, anda boleh membuat pelaburan emas secara digital dengan membuka akaun pelaburan di bank. Berikut merupakan antara bank-bank yang menawarkan servis buka akaun pelaburan emas: Maybank CIMB Bank HSBC Bank Public Bank Kuwait Finance House Berapa yang anda perlukan untuk membuka akaun pelaburan emas? Jawapannya, ia bergantung kepada bank yang anda pilih. Contohnya, terdapat beberapa bank yang hanya memerlukan deposit awal serendah 1g sahaja yang memerlukan anda untuk membelanjakan sekitar RM250. Anda boleh mengeluarkan pelaburan ini dalam pelbagai bentuk sama ada secara tunai, emas fizikal atau pindah wang ke dalam akaun simpanan anda. Akaun pelaburan emas ini berbeza dengan akaun pelaburan lain seperti akaun ASB kerana tidak ada faedah atau dividen yang anda akan perolehi. Selain itu, pelaburan ini juga tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit (PIDM). Sesetengah bank juga akan mengenakan caj untuk bayar upah penukaran dan perkhidmatan. Kelebihan Akaun Pelaburan Emas Kekurangan Akaun Pelaburan Emas Mudah buat pelaburan emas tulen Tidak diinsurankan oleh PIDM Tidak perlu menyimpan emas fizikal Tidak ada pulangan dividen Mudah dijual sekiranya anda memerlukan dui Perlu bayar upah penukaran – Perlu bayar caj perkhidmatan sekiranya bawah baki minimum yang ditetapkan 3. Saham Perlombongan Emas Seterusnya, anda juga boleh membuat pelaburan saham perlombongan emas. Apabila anda melabur melalui kaedah ini, anda bukannya membeli emas tetapi anda sebenarnya melabur dengan syarikat yang melakukan kerja perlombongan atau mining emas. Disebabkan ini, hasil yang anda akan terima adalah dalam bentuk pulangan dividen dan jumlah yang akan diterima adalah bergantung kepada prestasi tahunan syarikat. Satu perkara penting yang anda perlu tahu tentang saham perlombongan emas ini adalah ia bukan sahaja dipengaruhi oleh prestasi semasa emas, ia juga dipengaruhi oleh prestasi pasaran saham dan prestasi syarikat itu sendiri. Sebagai contoh, sejak Ogos 2020 yang lepas, prestasi saham kebanyakan syarikat perlombongan emas seperti Poh Kong Holdings Berhad dan Borneo Oil Berhad mengalami penurunan. Dengan kata lain, pulangan bagi saham perlombongan emas ini tidak menentu dan berisiko berbanding pilihan yang lain. Kelebihan Saham Perlombongan Emas Kekurangan Saham Perlombongan Emas Tidak bergantung sepenuhnya dengan prestasi emas Prestasi yang tidak konsisten atau tidak menentu berbanding yang lain Tidak perlu simpan emas fizikal, risiko kecurian rendah Bergantung kepada prestasi syarikat Pelaburan awam yang rendah yang mengikut harga saham Lebih berisiko berbanding pilihan pelaburan emas yang lain Mudah dijual sekiranya anda memerlukan duit – 4. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF) Pilihan keempat dan terakhir dalam artikel yang anda boleh pertimbangkan adalah melalui pelaburan Gold ETF. Sekiranya anda merupakan pelabur yang baru hendak mula membuat pelaburan emas, ini merupakan pilihan yang baik kerana anda boleh kawal dan kurangkan risiko pelaburan anda.  Contohnya, katakanlah anda telah melabur dalam beberapa portfolio berisiko tinggi yang dipengaruhi oleh mata wang US dollar misalnya, anda boleh kurangkan risiko kerugian dengan membuat penukaran bagi meminimumkan risiko atau kerugian. Konsepnya lebih kurang sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, ini merupakan salah satu jenis ETF komoditi yang bergantung kepada prestasi dan nilai semasa harga emas.  Anda boleh membuat pelaburan Gold ETF melalui Bursa Malaysia. Untuk berbuat demikian, anda perlu buka akaun CDS dan akaun trading untuk mulakan urusan jual beli saham di platform tersebut.  Kelebihan Gold ETF Kekurangan Gold ETF Boleh mengetahui prestasi emas semasa Perlu bayar yuran broker Mudah dijual sekiranya anda memerlukan duit Perlu membuka akaun CDS dan Trading Tidak perlu simpan emas fizikal, risiko kecurian rendah Dipengaruhi pasaran saham yang tidak menentu dan menjadikannya berisiko Tidak memerlukan kos simpanan – Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas? Kesimpulannya, pelaburan emas adalah pilihan pelaburan yang anda boleh pertimbangkan. Walaupun harganya berubah-ubah naik dan turun, tetapi dalam masa jangka panjang, anda boleh mendapatkan pulangan yang anda inginkan. Emas juga mempunyai kecairan yang tinggi dan ini bermakna anda boleh menjual emas anda pada bila-bila masa apabila anda memerlukan wang. Anda mungkin tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk mula melabur emas? Soalan ini hanya anda sahaja yang anda jawapannya. Pastikan anda bersedia dengan ilmu dan dan pengetahuan emas yang mencukupi. Tentukan objektif pelaburan anda kerana ini akan membantu anda untuk membuat keputusan semasa anda melabur nanti. Bagi yang beragama Islam, anda perlu menjelaskan zakat emas bila anda memiliki emas. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk beli insurans kereta terbaik atau insurans motor murah , layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan beberapa pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbai k bergantung pada keperluan dan bajet anda.
Markdown
[![Pesan by Qoala](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20186%2077'%3E%3C/svg%3E)![Pesan by Qoala](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/logo-pesan-by-qoala.svg)](https://www.qoala.my/ms/blog "Pesan by Qoala") [Perlindungan Diri](https://www.qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/ "Perlindungan Diri") [Pengurusan Kewangan](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/ "Pengurusan Kewangan") [Pengurusan Aset](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/ "Pengurusan Aset") [Berita](https://www.qoala.my/ms/blog/berita/ "Berita") [保险和金融](https://www.qoala.my/ms/blog/zh/ "保险和金融") [![icon-EN](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2018%2018'%3E%3C/svg%3E)![icon-EN](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/united-kingdom-flag.svg) EN](https://qoala.my/en/blog/financial-management/gold-investment-malaysia/) ![icon-MY](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2018%2018'%3E%3C/svg%3E) ![icon-MY](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/malaysia-flag.svg) MY [Minta Sebut Harga](https://qoala.my/ms?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=button_navbar_my) » [Pengurusan Kewangan](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/) » 4 Jenis Pelaburan Emas untuk Anda Cuba [![Pesan by Qoala Banner](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%202560%20512'%3E%3C/svg%3E)![Pesan by Qoala Banner](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/uploads/2023/12/Blog-Title-Banner-HoliDeals_BM-scaled.jpg)](https://qoalaholideals.qoala.my/?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=title_banner_ms_qoala_holideals&utm_content=terpantas-termurah-terbaik) # 4 Jenis Pelaburan Emas untuk Anda Cuba ![Hariz Hafiz](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2056%2056'%3E%3C/svg%3E) ![Hariz Hafiz](https://secure.gravatar.com/avatar/c737609de36d0a90c159287d86923a19a701c8f1dad2f474f10b26b189103b47?s=56&d=wavatar&r=g) Hariz Hafiz Jun 16, 2022 ⦿ 8 mins read 0 **Kali terakhir diperbaharui** Aug 11, 2023 **oleh** Shafiq Wahab ![4 Jenis Pelaburan Emas untuk Anda Cuba](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%205000%203334'%3E%3C/svg%3E) ![4 Jenis Pelaburan Emas untuk Anda Cuba](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/uploads/2022/06/Jenis-Pelaburan-Emas-di-Malaysia.png) Baru-baru ini, populariti pelaburan emas semakin meningkat dan anda mungkin sudah ada beberapa kenalan anda yang sudah mula melibatkan diri dalam pelaburan ini. Adakah ini masanya untuk anda ikut *trend* dan mula buat pelaburan emas? Artikel ini akan menjelaskan kelebihan pelaburan emas, jenis pelaburan emas yang anda boleh cuba dan juga faktor-faktor mempengaruhi [harga emas](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/harga-emas-hari-ini-di-malaysia/). Table of Contents [Toggle](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/) - [Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#Maksud_Pelaburan_Emas_Kelebihan_Pelaburan_Emas "Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas") - [3 Kebaikan Pelaburan Emas](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#3_Kebaikan_Pelaburan_Emas "3 Kebaikan Pelaburan Emas") - [4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#4_Jenis_Pelaburan_Emas_yang_Anda_Boleh_Lakukan_di_Malaysia "4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia") - [1\. Emas Fizikal](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#1_Emas_Fizikal "1. Emas Fizikal") - [2\. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#2_Akaun_Pelaburan_Emas_Gold_Investment_Account "2. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)") - [3\. Saham Perlombongan Emas](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#3_Saham_Perlombongan_Emas "3. Saham Perlombongan Emas") - [4\. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#4_Pertukaran_Dana_Dagangan_Emas_Gold_ETF "4. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)") - [Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas?](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#Adakah_Anda_Bersedia_untuk_Membuat_Pelaburan_Emas "Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas?") ## **Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas** Pertama sekali, apa itu pelaburan emas? Selain menjadi satu bentuk perhiasan, emas juga merupakan [pelaburan alternatif](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/pelaburan-risiko-rendah/) yang mempunyai reputasi sebagai kelas aset yang dipandang tinggi oleh pelabur-pelabur di serata dunia. Secara ringkasnya, pelaburan emas menjadi pilihan ramai pelabur kerana emas merupakan satu aset yang biasanya terlindung daripada inflasi atau kemelesetan ekonomi. Sejak berabad yang lalu lagi, emas memang sudah dikenali sebagai sumber kekayaan manusia dan ia juga pernah digunakan sebagai mata wang pada suatu ketika dahulu. Kini, ramai yang suka simpan duit dalam bentuk pelaburan emas. ### **3 Kebaikan Pelaburan Emas** Semakin ramai pelabur baru yang mula berjinak di dalam dunia pelaburan emas ini. Berikut adalah tiga kebaikan pelaburan pelaburan emas yang anda perlu tahu: #### **1\. Nilai yang Stabil dan Berupaya Lawan Inflasi** Secara tradisinya, nilai emas cenderung stabil atau meningkat semasa kadar inflasi meningkat tinggi. Disebabkan ini, ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin mengurangkan risiko terhadap kerugian sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Contohnya, sewaktu musim PKP pada Mac 2020, aktiviti pelaburan emas meningkat walaupun ekonomi sedang mengalami krisis. Namun begitu, ini bukanlah satu kepastian atau *guarantee* kerana ada masanya korelasi di antara inflasi dan harga emas ini tidak sama seperti yang dinyatakan di atas. Contohnya, terdapat juga kemungkinan nilai emas boleh merosot apabila kadar inflasi meningkat. #### **2\. Aset Mudah Cair** Kecairan atau *liquidity* merupakan salah satu kelebihan melabur dalam emas. Sama ada anda melabur emas online atau membelinya dalam bentuk fizikal, anda akan mendapati yang jual emas ini sebenarnya tidak sukar. Katakanlah anda tiba-tiba memerlukan wang dan mendapati simpanan anda tidak mencukupi, anda boleh memajak atau menjual emas untuk dapatkan duit. Anda juga akan mendapati emas ini mudah dijual kerana sentiasa ada pembeli yang sedang cari emas fizikal atau emas yang anda miliki dalam bentuk digital. Jadi, tidak akan menjadi masalah sekiranya anda mahu menjual emas dengan kadar segera. #### **3\. Pelbagai Pilihan untuk Anda Cuba** Selain melabur emas fizikal, anda boleh memilih untuk membuat pelaburan emas secara online juga. Untuk pelaburan emas fizikal, pilihannya terdiri daripada barang kemas, syiling atau jongkong emas. Bagi pelaburan emas online, anda adalah pilihan anda ialah emas digital, ETF Emas atau dana Gold Mutual. Setiap pilihan pelaburan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Anda bebas membuat pilihan yang sesuai mengikut risiko dan polisi pelaburan dan simpanan anda. ![jenis pelaburan emas](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%201000%20500'%3E%3C/svg%3E)![jenis pelaburan emas](https://www.qoala.app/my/blog/wp-content/uploads/2022/06/shutterstock_1414326323.jpg) ## **4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia** Ramai pakar berpendapat emas merupakan satu bentuk pelaburan yang selamat dan sangat sesuai bagi pelabur-pelabur baru di luar sana. Anda boleh mula melabur melalui empat jenis pelaburan emas yang anda boleh cuba di Malaysia: ### **1\. Emas Fizikal** Pelaburan emas fizikal masih lagi satu pilihan yang popular dalam kalangan pelabur walaupun terdapat pilihan melabur emas secara digital. Anda boleh membeli emas fizikal dalam bentuk jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Berikut adalah tiga jenis emas fizikal yang anda perlu tahu: #### **a. Jongkong Emas** Jika anda tanya mana-mana pelabur yang berpengalaman, kebanyakan mereka akan menyarankan jongkong emas sebagai pilihan pelaburan emas fizikal nombor satu. Jongkong emas ini juga mudah disimpan kerana saiznya yang besar dan anda boleh dapati saiz jongkong emas ini dari 25g sehingga 1kg. Harga satu jongkong emas boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan ini sangat sesuai untuk anda membuat pelaburan jika anda mahu menjualnya pada harga yang tinggi. Walau bagaimanapun, jongkong emas ini mempunyai kelemahan yang tersendiri disebakan nilainya yang begitu tinggi. Contohnya, anda mahu menjual 1kg jongkong emas yang berharga RM250,000. Selagi anda tidak jumpa pembeli yang sanggup membayar harga permintaan, selagi itulah anda patut teruskan menyimpan jongkong emas tersebut. Sekiranya anda bersetuju untuk jual pada harga bawah nilai pasaran, anda sendiri yang akan rugi. | | | |---|---| | **Kelebihan Jongkong Emas** | **Kekurangan Jongkong Emas** | | Potensi besar untuk mendapat keuntungan yang lumayan | Risiko kecurian kerana disimpan di rumah | | Mempunyai kos lebih murah berbanding emas | Mungkin sukar dijual kerana harganya yang tinggi | | Mudah untuk anda simpan di rumah | Perlu membayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat | #### **b. Syiling Emas** Berbanding dengan jongkong emas, syiling emas ini jauh lebih ringan dengan berat di antara 2.5g sehingga 25g emas tulen. Kenapa beli syiling emas? Bagi pelabur baru, ini merupakan satu pilihan yang ideal kerana pilihan ini lebih mudah untuk urusan jual beli kerana harganya yang berpatutan dan mampu milik. Harga bagi satu syiling emas berada dalam anggaran ratusan sehingga beribu ringgit. Tahukah anda, terdapat juga syiling emas yang dinilai lebih tinggi kerana ia dicetak secara berasingan atau dengan kata lainnya, *individually*. Disebabkan ini, terdapat juga syiling emas yang harganya boleh mencecah ratusan ribuan ringgit disebabkan keistimewaan dan ketulenannya. | | | |---|---| | **Kelebihan Syiling Emas** | **Kekurangan Syiling Emas** | | Mudah disimpan | Risiko kecurian kerana disimpan di rumah | | Pilihan yang ideal untuk pelabur baru | Harga atau kos lebih tinggi bergantung kepada *design* | | Senang untuk dijual | Perlu membayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat | | Nilainya makin tinggi sekiranya sukar dicari atau dengan kata lain syiling emas limited | – | #### **c. Barang Kemas Emas** Barang kemas emas bukan sahaja boleh dipakai atau diberi sebagai [hantaran perkahwinan](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/mas-kahwin/), anda juga boleh mendapatkannya untuk tujuan pelaburan emas. Dari segi harga, barang kemas emas berada dalam anggaran harga sekitar ratusan sehingga ribuan ringgit. Sebelum anda membeli barang kemas emas, anda disarankan untuk memeriksa jumlah karat emas yang hendak dibeli itu. Hal ini kerana, tidak semua barang kemas emas adalah emas tulen. Contohnya, ada emas yang telah bercampur dengan bahan lain seperti perak. Selain itu, apabila anda memiliki barang kemas emas, anda perlu menjaganya dengan baik supaya ia tidak rosak atau calar kerana nilai emas tersebut boleh jatuh jika terdapat sebarang bentuk kerosakan. | | | |---|---| | **Kelebihan Barang Kemas Emas** | **Kekurangan Barang Kemas Emas** | | Boleh dijadikan sebagai aksesori | Nilai jual yang rendah dan tidak boleh dijual ikut harga tinggi | | Mudah untuk dibeli | Risiko kecurian kerana disimpan di rumah | | – | Kos yang tinggi | ### **2\. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)** Pada zaman sekarang, anda boleh membuat pelaburan emas secara digital dengan membuka akaun pelaburan di bank. Berikut merupakan antara bank-bank yang menawarkan servis buka akaun pelaburan emas: - Maybank - CIMB Bank - HSBC Bank - Public Bank - Kuwait Finance House Berapa yang anda perlukan untuk membuka akaun pelaburan emas? Jawapannya, ia bergantung kepada bank yang anda pilih. Contohnya, terdapat beberapa bank yang hanya memerlukan deposit awal serendah 1g sahaja yang memerlukan anda untuk membelanjakan sekitar RM250. Anda boleh mengeluarkan pelaburan ini dalam pelbagai bentuk sama ada secara tunai, emas fizikal atau pindah wang ke dalam akaun simpanan anda. Akaun pelaburan emas ini berbeza dengan akaun pelaburan lain seperti [akaun ASB](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/asb-online/) kerana tidak ada faedah atau dividen yang anda akan perolehi. Selain itu, pelaburan ini juga tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit (PIDM). Sesetengah bank juga akan mengenakan caj untuk bayar upah penukaran dan perkhidmatan. | | | |---|---| | **Kelebihan Akaun Pelaburan Emas** | **Kekurangan Akaun Pelaburan Emas** | | Mudah buat pelaburan emas tulen | Tidak diinsurankan oleh PIDM | | Tidak perlu menyimpan emas fizikal | Tidak ada pulangan dividen | | Mudah dijual sekiranya anda memerlukan dui | Perlu bayar upah penukaran | | – | Perlu bayar caj perkhidmatan sekiranya bawah baki minimum yang ditetapkan | ### **3\. Saham Perlombongan Emas** Seterusnya, anda juga boleh membuat [pelaburan saham](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/pelaburan-saham-patuh-syariah/) perlombongan emas. Apabila anda melabur melalui kaedah ini, anda bukannya membeli emas tetapi anda sebenarnya melabur dengan syarikat yang melakukan kerja perlombongan atau *mining* emas. Disebabkan ini, hasil yang anda akan terima adalah dalam bentuk [pulangan dividen](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/dividen-kwsp/) dan jumlah yang akan diterima adalah bergantung kepada prestasi tahunan syarikat. Satu perkara penting yang anda perlu tahu tentang saham perlombongan emas ini adalah ia bukan sahaja dipengaruhi oleh prestasi semasa emas, ia juga dipengaruhi oleh prestasi pasaran saham dan prestasi syarikat itu sendiri. Sebagai contoh, sejak Ogos 2020 yang lepas, prestasi saham kebanyakan syarikat perlombongan emas seperti Poh Kong Holdings Berhad dan Borneo Oil Berhad mengalami penurunan. Dengan kata lain, pulangan bagi saham perlombongan emas ini tidak menentu dan berisiko berbanding pilihan yang lain. | | | |---|---| | **Kelebihan Saham Perlombongan Emas** | **Kekurangan Saham Perlombongan Emas** | | Tidak bergantung sepenuhnya dengan prestasi emas | Prestasi yang tidak konsisten atau tidak menentu berbanding yang lain | | Tidak perlu simpan emas fizikal, risiko kecurian rendah | Bergantung kepada prestasi syarikat | | Pelaburan awam yang rendah yang mengikut harga saham | Lebih berisiko berbanding pilihan pelaburan emas yang lain | | Mudah dijual sekiranya anda memerlukan duit | – | ### **4\. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)** Pilihan keempat dan terakhir dalam artikel yang anda boleh pertimbangkan adalah melalui pelaburan Gold ETF. Sekiranya anda merupakan pelabur yang baru hendak mula membuat pelaburan emas, ini merupakan pilihan yang baik kerana anda boleh kawal dan kurangkan risiko pelaburan anda. Contohnya, katakanlah anda telah melabur dalam beberapa portfolio berisiko tinggi yang dipengaruhi oleh mata wang US dollar misalnya, anda boleh kurangkan risiko kerugian dengan membuat penukaran bagi meminimumkan risiko atau kerugian. Konsepnya lebih kurang sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, ini merupakan salah satu jenis ETF komoditi yang bergantung kepada prestasi dan nilai semasa harga emas. Anda boleh membuat pelaburan Gold ETF melalui Bursa Malaysia. Untuk berbuat demikian, anda perlu [buka akaun CDS](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/buka-akaun-cds-online/) dan akaun *trading* untuk mulakan urusan jual beli saham di platform tersebut. | | | |---|---| | **Kelebihan Gold ETF** | **Kekurangan Gold ETF** | | Boleh mengetahui prestasi emas semasa | Perlu bayar yuran *broker* | | Mudah dijual sekiranya anda memerlukan duit | Perlu membuka akaun CDS dan *Trading* | | Tidak perlu simpan emas fizikal, risiko kecurian rendah | Dipengaruhi pasaran saham yang tidak menentu dan menjadikannya berisiko | | Tidak memerlukan kos simpanan | – | ![labur emas](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%201000%20668'%3E%3C/svg%3E)![labur emas](https://www.qoala.app/my/blog/wp-content/uploads/2022/05/shutterstock_1680311416.jpg) ## **Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas?** Kesimpulannya, pelaburan emas adalah pilihan pelaburan yang anda boleh pertimbangkan. Walaupun harganya berubah-ubah naik dan turun, tetapi dalam masa jangka panjang, anda boleh mendapatkan pulangan yang anda inginkan. Emas juga mempunyai kecairan yang tinggi dan ini bermakna anda boleh menjual emas anda pada bila-bila masa apabila anda memerlukan wang. Anda mungkin tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk mula melabur emas? Soalan ini hanya anda sahaja yang anda jawapannya. Pastikan anda bersedia dengan ilmu dan dan pengetahuan emas yang mencukupi. Tentukan objektif pelaburan anda kerana ini akan membantu anda untuk membuat keputusan semasa anda melabur nanti. Bagi yang beragama Islam, anda perlu menjelaskan [zakat emas](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/zakat-harta/) bila anda memiliki emas. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk beli [insurans kereta terbaik](https://www.qoala.my/my/insurans/kereta?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=article_link_my-insurans_kereta&utm_content=kewangan_simpanan) atau [insurans motor murah](https://www.qoala.my/my/insurans/motorsikal?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=article_link_my-insurans_motosikal&utm_content=kewangan_simpanan), layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan beberapa pilihan insurans daripada beberapa [syarikat insurans terbai](https://www.qoala.app/my/blog/insurans/insurans-kereta/insurans-kereta-terbaik/)k bergantung pada keperluan dan bajet anda. Kongsi: Tags: [Aset dan Liabiliti](https://www.qoala.my/ms/blog/tag/aset-dan-liabiliti/) [Simpanan dan Pelaburan](https://www.qoala.my/ms/blog/tag/simpanan-dan-pelaburan/) About Writer ![Hariz Hafiz](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2080%2080'%3E%3C/svg%3E) ![Hariz Hafiz](https://secure.gravatar.com/avatar/c737609de36d0a90c159287d86923a19a701c8f1dad2f474f10b26b189103b47?s=80&d=mm&r=g) [Hariz Hafiz](https://www.qoala.my/ms/blog/penulis/hariz/ "Hariz Hafiz") Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans. [![Qoala Timer](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2020%2021'%3E%3C/svg%3E)![Qoala Timer](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/icon-timer.svg) Beli Insurans untuk Perlindungan Menyeluruh](https://qoala.my/ms?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=button_floating_my-insurans_home "Beli Insurans untuk Perlindungan Menyeluruh") ## One comment 1. ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2056%2056'%3E%3C/svg%3E) ![](https://secure.gravatar.com/avatar/5b622357f713fe172e2549846e6dee60a66e4388dfb1981f62044dc43c22eada?s=56&d=mm&r=g) **Syahadah** says: [May 7, 2023 at 6:16 PM](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#comment-13299) Mudah difahami artikel Tuan ni.Terima kadih atas perkongsian. Semoga terus sukses\! [Reply](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#comment-13299) ### Leave a Reply [Cancel reply](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#respond) Dapatkan Khidmat Nasihat Percuma Jadualkan panggilan dengan kami. ![Qoala Malaysia Telegram](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20390%20273'%3E%3C/svg%3E) ![Qoala Malaysia Telegram](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/qoala-telegram.png) Ikuti Telegram Kami [Sertai Sekarang\!](https://t.me/pesanbyqoala) [![Pesan by Qoala Banner](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20300%20624'%3E%3C/svg%3E)![Pesan by Qoala Banner](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/uploads/2023/04/PESAN-April-2023-BM_Skyscraper-scaled-e1700208123441.jpg)](https://www.qoala.my/ms?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=banner_skyscraper_my-insurans_home&utm_content=perlindungan_terbaik_bermula_disini) Related by Category [![Cara Daftar ASB Online untuk Pengguna Kali Pertama 2024](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%202560%201706'%3E%3C/svg%3E)![Cara Daftar ASB Online untuk Pengguna Kali Pertama 2024](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/uploads/2024/10/Cara-Daftar-ASB-Online-scaled.jpg)](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-daftar-asb-online/ "Cara Daftar ASB Online untuk Pengguna Kali Pertama 2024") [Pengurusan Kewangan](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/ "Pengurusan Kewangan") 2 mins read [Cara Daftar ASB Online untuk Pengguna Kali Pertama 2024](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-daftar-asb-online/ "Cara Daftar ASB Online untuk Pengguna Kali Pertama 2024") ![Shafiq Wahab](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2028%2028'%3E%3C/svg%3E) ![Shafiq Wahab](https://secure.gravatar.com/avatar/dc5a908ddb8820ca301a93999f1b07f8e0da2568e87b52a63dd31fef3949dad0?s=28&d=wavatar&r=g) Shafiq Wahab Oct 10, 2024 [![Apa Kesan Kenaikan dan Penurunan OPR Malaysia 2024 kepada Anda?](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%202560%201706'%3E%3C/svg%3E)![Apa Kesan Kenaikan dan Penurunan OPR Malaysia 2024 kepada Anda?](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/uploads/2024/10/OPR-Malaysia-scaled.jpg)](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/naik-turun-opr-malaysia/ "Apa Kesan Kenaikan dan Penurunan OPR Malaysia 2024 kepada Anda?") [Pengurusan Kewangan](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/ "Pengurusan Kewangan") 3 mins read [Apa Kesan Kenaikan dan Penurunan OPR Malaysia 2024 kepada Anda?](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/naik-turun-opr-malaysia/ "Apa Kesan Kenaikan dan Penurunan OPR Malaysia 2024 kepada Anda?") ![Shafiq Wahab](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2028%2028'%3E%3C/svg%3E) ![Shafiq Wahab](https://secure.gravatar.com/avatar/dc5a908ddb8820ca301a93999f1b07f8e0da2568e87b52a63dd31fef3949dad0?s=28&d=wavatar&r=g) Shafiq Wahab Oct 4, 2024 [![Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS Malaysia 2024](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%202560%201706'%3E%3C/svg%3E)![Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS Malaysia 2024](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/uploads/2024/09/Cara-Nak-Clear-CTOS-dan-CCRIS-scaled.jpg)](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-nak-clear-ctos-dan-ccris/ "Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS Malaysia 2024") [Pengurusan Kewangan](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/ "Pengurusan Kewangan") 4 mins read [Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS Malaysia 2024](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-nak-clear-ctos-dan-ccris/ "Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS Malaysia 2024") ![Shafiq Wahab](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2028%2028'%3E%3C/svg%3E) ![Shafiq Wahab](https://secure.gravatar.com/avatar/dc5a908ddb8820ca301a93999f1b07f8e0da2568e87b52a63dd31fef3949dad0?s=28&d=wavatar&r=g) Shafiq Wahab Sep 30, 2024 [![Pesan by Qoala Banner](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%201200%20350'%3E%3C/svg%3E)![Pesan by Qoala Banner](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/uploads/2024/04/Blog-Homepage-Banner-PESAN-Qoala-Add-Ons-BM-e1712043348992.jpg)](https://www.qoala.my/ms?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=footer_my-insurans_home&utm_content=campaign_raya_2024) ![Pesan by Qoala](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20186%2077'%3E%3C/svg%3E) ![Pesan by Qoala](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/logo-pesan-by-qoala.svg) Pesan by Qoala komited dalam menggalakkan dan memperkasa kecelikan kewangan dalam kalangan generasi muda di Malaysia terutamanya berkaitan perlindungan insurans, pengurusan aset, kredit dan liabiliti secara holistik. - [Insurans Kereta](https://www.qoala.my/ms/insurans/kereta?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=footer_my-insurans_kereta&utm_content=pesan) - [Insurans Motosikal](https://www.qoala.my/ms/insurans/motorsikal?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=footer_my-insurans_motosikal&utm_content=pesan) - [Insurans Kesihatan](https://www.qoala.my/ms/insurans/kesihatan?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=footer_my-insurans_kesihatan&utm_content=pesan) - [Insurans Perjalanan](https://www.qoala.my/ms?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=footer_my-insurans_home&utm_content=pesan) - [Insurans Hartanah](https://www.qoala.my/ms/insurans/rumah?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=footer_my-insurans_hartanah&utm_content=pesan) - [Insurans Kemalangan Diri](https://www.qoala.my/ms/insurans/kemalangan-diri/produk/perincian?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=footer_my-insurans_kemalangan_diri&utm_content=pesan) - [Terma & Syarat](https://www.qoala.app/my/blog/terma-syarat/) - [Privasi Polisi](https://www.qoala.app/my/blog/polisi-privasi/) - [Tentang Kami](https://www.qoala.app/my/blog/tentang-kami/) - [Kerjaya](https://apply.workable.com/qoala/) ![Change Language](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2024%2024'%3E%3C/svg%3E) ![Change Language](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/icon-language.svg) Bahasa [Unit A-30-13, Tower A, Menara UOA Bangsar ![Google Maps Qoala Malaysia](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2016%2017'%3E%3C/svg%3E)![Google Maps Qoala Malaysia](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/icon-new-tab.svg)](https://g.page/QoalaMalaysia) No.5, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur. [![Qoala Phone](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2024%2024'%3E%3C/svg%3E)![Qoala Phone](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/icon-phone.svg) 03-8605-3353 ![Google Maps Qoala Malaysia](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2016%2017'%3E%3C/svg%3E)![Google Maps Qoala Malaysia](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/icon-new-tab.svg)](tel:+60386053353) [![Qoala Email](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2018%2019'%3E%3C/svg%3E)![Qoala Email](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/icon-info.svg) pesan@qoala.my ![Google Maps Qoala Malaysia](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2016%2017'%3E%3C/svg%3E)![Google Maps Qoala Malaysia](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/icon-new-tab.svg)](mailto:cs@qoala.my) Sebarang Pertanyaan [Talian Hotline Qoala](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/) Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2026 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara. ![Qoala Hotline](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20555%20432'%3E%3C/svg%3E) ![Qoala Hotline](https://www.qoala.my/ms/blog/wp-content/themes/pesan/img/qoala-hotline.png) Talian Hotline Qoala Talian hotline Qoala membolehkan anda mendapatkan akses kepada penasihat insurans dan kewangan terbaik. Tinggalkan PESANan anda dan kami akan menjawab persoalan dan kemusykilan anda secepat mungkin. Hak Cipta Terpelihara © Pesan by Qoala
Readable Markdown
Baru-baru ini, populariti pelaburan emas semakin meningkat dan anda mungkin sudah ada beberapa kenalan anda yang sudah mula melibatkan diri dalam pelaburan ini. Adakah ini masanya untuk anda ikut *trend* dan mula buat pelaburan emas? Artikel ini akan menjelaskan kelebihan pelaburan emas, jenis pelaburan emas yang anda boleh cuba dan juga faktor-faktor mempengaruhi [harga emas](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/harga-emas-hari-ini-di-malaysia/). Table of Contents - [Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#Maksud_Pelaburan_Emas_Kelebihan_Pelaburan_Emas "Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas") - [3 Kebaikan Pelaburan Emas](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#3_Kebaikan_Pelaburan_Emas "3 Kebaikan Pelaburan Emas") - [4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#4_Jenis_Pelaburan_Emas_yang_Anda_Boleh_Lakukan_di_Malaysia "4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia") - [1\. Emas Fizikal](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#1_Emas_Fizikal "1. Emas Fizikal") - [2\. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#2_Akaun_Pelaburan_Emas_Gold_Investment_Account "2. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)") - [3\. Saham Perlombongan Emas](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#3_Saham_Perlombongan_Emas "3. Saham Perlombongan Emas") - [4\. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#4_Pertukaran_Dana_Dagangan_Emas_Gold_ETF "4. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)") - [Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas?](https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/#Adakah_Anda_Bersedia_untuk_Membuat_Pelaburan_Emas "Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas?") ## **Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas** Pertama sekali, apa itu pelaburan emas? Selain menjadi satu bentuk perhiasan, emas juga merupakan [pelaburan alternatif](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/pelaburan-risiko-rendah/) yang mempunyai reputasi sebagai kelas aset yang dipandang tinggi oleh pelabur-pelabur di serata dunia. Secara ringkasnya, pelaburan emas menjadi pilihan ramai pelabur kerana emas merupakan satu aset yang biasanya terlindung daripada inflasi atau kemelesetan ekonomi. Sejak berabad yang lalu lagi, emas memang sudah dikenali sebagai sumber kekayaan manusia dan ia juga pernah digunakan sebagai mata wang pada suatu ketika dahulu. Kini, ramai yang suka simpan duit dalam bentuk pelaburan emas. ### **3 Kebaikan Pelaburan Emas** Semakin ramai pelabur baru yang mula berjinak di dalam dunia pelaburan emas ini. Berikut adalah tiga kebaikan pelaburan pelaburan emas yang anda perlu tahu: #### **1\. Nilai yang Stabil dan Berupaya Lawan Inflasi** Secara tradisinya, nilai emas cenderung stabil atau meningkat semasa kadar inflasi meningkat tinggi. Disebabkan ini, ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin mengurangkan risiko terhadap kerugian sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Contohnya, sewaktu musim PKP pada Mac 2020, aktiviti pelaburan emas meningkat walaupun ekonomi sedang mengalami krisis. Namun begitu, ini bukanlah satu kepastian atau *guarantee* kerana ada masanya korelasi di antara inflasi dan harga emas ini tidak sama seperti yang dinyatakan di atas. Contohnya, terdapat juga kemungkinan nilai emas boleh merosot apabila kadar inflasi meningkat. #### **2\. Aset Mudah Cair** Kecairan atau *liquidity* merupakan salah satu kelebihan melabur dalam emas. Sama ada anda melabur emas online atau membelinya dalam bentuk fizikal, anda akan mendapati yang jual emas ini sebenarnya tidak sukar. Katakanlah anda tiba-tiba memerlukan wang dan mendapati simpanan anda tidak mencukupi, anda boleh memajak atau menjual emas untuk dapatkan duit. Anda juga akan mendapati emas ini mudah dijual kerana sentiasa ada pembeli yang sedang cari emas fizikal atau emas yang anda miliki dalam bentuk digital. Jadi, tidak akan menjadi masalah sekiranya anda mahu menjual emas dengan kadar segera. #### **3\. Pelbagai Pilihan untuk Anda Cuba** Selain melabur emas fizikal, anda boleh memilih untuk membuat pelaburan emas secara online juga. Untuk pelaburan emas fizikal, pilihannya terdiri daripada barang kemas, syiling atau jongkong emas. Bagi pelaburan emas online, anda adalah pilihan anda ialah emas digital, ETF Emas atau dana Gold Mutual. Setiap pilihan pelaburan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Anda bebas membuat pilihan yang sesuai mengikut risiko dan polisi pelaburan dan simpanan anda. ![jenis pelaburan emas](https://www.qoala.app/my/blog/wp-content/uploads/2022/06/shutterstock_1414326323.jpg) ## **4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia** Ramai pakar berpendapat emas merupakan satu bentuk pelaburan yang selamat dan sangat sesuai bagi pelabur-pelabur baru di luar sana. Anda boleh mula melabur melalui empat jenis pelaburan emas yang anda boleh cuba di Malaysia: ### **1\. Emas Fizikal** Pelaburan emas fizikal masih lagi satu pilihan yang popular dalam kalangan pelabur walaupun terdapat pilihan melabur emas secara digital. Anda boleh membeli emas fizikal dalam bentuk jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Berikut adalah tiga jenis emas fizikal yang anda perlu tahu: #### **a. Jongkong Emas** Jika anda tanya mana-mana pelabur yang berpengalaman, kebanyakan mereka akan menyarankan jongkong emas sebagai pilihan pelaburan emas fizikal nombor satu. Jongkong emas ini juga mudah disimpan kerana saiznya yang besar dan anda boleh dapati saiz jongkong emas ini dari 25g sehingga 1kg. Harga satu jongkong emas boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan ini sangat sesuai untuk anda membuat pelaburan jika anda mahu menjualnya pada harga yang tinggi. Walau bagaimanapun, jongkong emas ini mempunyai kelemahan yang tersendiri disebakan nilainya yang begitu tinggi. Contohnya, anda mahu menjual 1kg jongkong emas yang berharga RM250,000. Selagi anda tidak jumpa pembeli yang sanggup membayar harga permintaan, selagi itulah anda patut teruskan menyimpan jongkong emas tersebut. Sekiranya anda bersetuju untuk jual pada harga bawah nilai pasaran, anda sendiri yang akan rugi. | | | |---|---| | **Kelebihan Jongkong Emas** | **Kekurangan Jongkong Emas** | | Potensi besar untuk mendapat keuntungan yang lumayan | Risiko kecurian kerana disimpan di rumah | | Mempunyai kos lebih murah berbanding emas | Mungkin sukar dijual kerana harganya yang tinggi | | Mudah untuk anda simpan di rumah | Perlu membayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat | #### **b. Syiling Emas** Berbanding dengan jongkong emas, syiling emas ini jauh lebih ringan dengan berat di antara 2.5g sehingga 25g emas tulen. Kenapa beli syiling emas? Bagi pelabur baru, ini merupakan satu pilihan yang ideal kerana pilihan ini lebih mudah untuk urusan jual beli kerana harganya yang berpatutan dan mampu milik. Harga bagi satu syiling emas berada dalam anggaran ratusan sehingga beribu ringgit. Tahukah anda, terdapat juga syiling emas yang dinilai lebih tinggi kerana ia dicetak secara berasingan atau dengan kata lainnya, *individually*. Disebabkan ini, terdapat juga syiling emas yang harganya boleh mencecah ratusan ribuan ringgit disebabkan keistimewaan dan ketulenannya. | | | |---|---| | **Kelebihan Syiling Emas** | **Kekurangan Syiling Emas** | | Mudah disimpan | Risiko kecurian kerana disimpan di rumah | | Pilihan yang ideal untuk pelabur baru | Harga atau kos lebih tinggi bergantung kepada *design* | | Senang untuk dijual | Perlu membayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat | | Nilainya makin tinggi sekiranya sukar dicari atau dengan kata lain syiling emas limited | – | #### **c. Barang Kemas Emas** Barang kemas emas bukan sahaja boleh dipakai atau diberi sebagai [hantaran perkahwinan](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/mas-kahwin/), anda juga boleh mendapatkannya untuk tujuan pelaburan emas. Dari segi harga, barang kemas emas berada dalam anggaran harga sekitar ratusan sehingga ribuan ringgit. Sebelum anda membeli barang kemas emas, anda disarankan untuk memeriksa jumlah karat emas yang hendak dibeli itu. Hal ini kerana, tidak semua barang kemas emas adalah emas tulen. Contohnya, ada emas yang telah bercampur dengan bahan lain seperti perak. Selain itu, apabila anda memiliki barang kemas emas, anda perlu menjaganya dengan baik supaya ia tidak rosak atau calar kerana nilai emas tersebut boleh jatuh jika terdapat sebarang bentuk kerosakan. | | | |---|---| | **Kelebihan Barang Kemas Emas** | **Kekurangan Barang Kemas Emas** | | Boleh dijadikan sebagai aksesori | Nilai jual yang rendah dan tidak boleh dijual ikut harga tinggi | | Mudah untuk dibeli | Risiko kecurian kerana disimpan di rumah | | – | Kos yang tinggi | ### **2\. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)** Pada zaman sekarang, anda boleh membuat pelaburan emas secara digital dengan membuka akaun pelaburan di bank. Berikut merupakan antara bank-bank yang menawarkan servis buka akaun pelaburan emas: - Maybank - CIMB Bank - HSBC Bank - Public Bank - Kuwait Finance House Berapa yang anda perlukan untuk membuka akaun pelaburan emas? Jawapannya, ia bergantung kepada bank yang anda pilih. Contohnya, terdapat beberapa bank yang hanya memerlukan deposit awal serendah 1g sahaja yang memerlukan anda untuk membelanjakan sekitar RM250. Anda boleh mengeluarkan pelaburan ini dalam pelbagai bentuk sama ada secara tunai, emas fizikal atau pindah wang ke dalam akaun simpanan anda. Akaun pelaburan emas ini berbeza dengan akaun pelaburan lain seperti [akaun ASB](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/asb-online/) kerana tidak ada faedah atau dividen yang anda akan perolehi. Selain itu, pelaburan ini juga tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit (PIDM). Sesetengah bank juga akan mengenakan caj untuk bayar upah penukaran dan perkhidmatan. | | | |---|---| | **Kelebihan Akaun Pelaburan Emas** | **Kekurangan Akaun Pelaburan Emas** | | Mudah buat pelaburan emas tulen | Tidak diinsurankan oleh PIDM | | Tidak perlu menyimpan emas fizikal | Tidak ada pulangan dividen | | Mudah dijual sekiranya anda memerlukan dui | Perlu bayar upah penukaran | | – | Perlu bayar caj perkhidmatan sekiranya bawah baki minimum yang ditetapkan | ### **3\. Saham Perlombongan Emas** Seterusnya, anda juga boleh membuat [pelaburan saham](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/pelaburan-saham-patuh-syariah/) perlombongan emas. Apabila anda melabur melalui kaedah ini, anda bukannya membeli emas tetapi anda sebenarnya melabur dengan syarikat yang melakukan kerja perlombongan atau *mining* emas. Disebabkan ini, hasil yang anda akan terima adalah dalam bentuk [pulangan dividen](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/dividen-kwsp/) dan jumlah yang akan diterima adalah bergantung kepada prestasi tahunan syarikat. Satu perkara penting yang anda perlu tahu tentang saham perlombongan emas ini adalah ia bukan sahaja dipengaruhi oleh prestasi semasa emas, ia juga dipengaruhi oleh prestasi pasaran saham dan prestasi syarikat itu sendiri. Sebagai contoh, sejak Ogos 2020 yang lepas, prestasi saham kebanyakan syarikat perlombongan emas seperti Poh Kong Holdings Berhad dan Borneo Oil Berhad mengalami penurunan. Dengan kata lain, pulangan bagi saham perlombongan emas ini tidak menentu dan berisiko berbanding pilihan yang lain. | | | |---|---| | **Kelebihan Saham Perlombongan Emas** | **Kekurangan Saham Perlombongan Emas** | | Tidak bergantung sepenuhnya dengan prestasi emas | Prestasi yang tidak konsisten atau tidak menentu berbanding yang lain | | Tidak perlu simpan emas fizikal, risiko kecurian rendah | Bergantung kepada prestasi syarikat | | Pelaburan awam yang rendah yang mengikut harga saham | Lebih berisiko berbanding pilihan pelaburan emas yang lain | | Mudah dijual sekiranya anda memerlukan duit | – | ### **4\. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)** Pilihan keempat dan terakhir dalam artikel yang anda boleh pertimbangkan adalah melalui pelaburan Gold ETF. Sekiranya anda merupakan pelabur yang baru hendak mula membuat pelaburan emas, ini merupakan pilihan yang baik kerana anda boleh kawal dan kurangkan risiko pelaburan anda. Contohnya, katakanlah anda telah melabur dalam beberapa portfolio berisiko tinggi yang dipengaruhi oleh mata wang US dollar misalnya, anda boleh kurangkan risiko kerugian dengan membuat penukaran bagi meminimumkan risiko atau kerugian. Konsepnya lebih kurang sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, ini merupakan salah satu jenis ETF komoditi yang bergantung kepada prestasi dan nilai semasa harga emas. Anda boleh membuat pelaburan Gold ETF melalui Bursa Malaysia. Untuk berbuat demikian, anda perlu [buka akaun CDS](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/buka-akaun-cds-online/) dan akaun *trading* untuk mulakan urusan jual beli saham di platform tersebut. | | | |---|---| | **Kelebihan Gold ETF** | **Kekurangan Gold ETF** | | Boleh mengetahui prestasi emas semasa | Perlu bayar yuran *broker* | | Mudah dijual sekiranya anda memerlukan duit | Perlu membuka akaun CDS dan *Trading* | | Tidak perlu simpan emas fizikal, risiko kecurian rendah | Dipengaruhi pasaran saham yang tidak menentu dan menjadikannya berisiko | | Tidak memerlukan kos simpanan | – | ![labur emas](https://www.qoala.app/my/blog/wp-content/uploads/2022/05/shutterstock_1680311416.jpg) ## **Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas?** Kesimpulannya, pelaburan emas adalah pilihan pelaburan yang anda boleh pertimbangkan. Walaupun harganya berubah-ubah naik dan turun, tetapi dalam masa jangka panjang, anda boleh mendapatkan pulangan yang anda inginkan. Emas juga mempunyai kecairan yang tinggi dan ini bermakna anda boleh menjual emas anda pada bila-bila masa apabila anda memerlukan wang. Anda mungkin tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk mula melabur emas? Soalan ini hanya anda sahaja yang anda jawapannya. Pastikan anda bersedia dengan ilmu dan dan pengetahuan emas yang mencukupi. Tentukan objektif pelaburan anda kerana ini akan membantu anda untuk membuat keputusan semasa anda melabur nanti. Bagi yang beragama Islam, anda perlu menjelaskan [zakat emas](https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/zakat-harta/) bila anda memiliki emas. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk beli [insurans kereta terbaik](https://www.qoala.my/my/insurans/kereta?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=article_link_my-insurans_kereta&utm_content=kewangan_simpanan) atau [insurans motor murah](https://www.qoala.my/my/insurans/motorsikal?utm_source=blog_my&utm_medium=organic&utm_campaign=article_link_my-insurans_motosikal&utm_content=kewangan_simpanan), layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan beberapa pilihan insurans daripada beberapa [syarikat insurans terbai](https://www.qoala.app/my/blog/insurans/insurans-kereta/insurans-kereta-terbaik/)k bergantung pada keperluan dan bajet anda.
Shard171 (laksa)
Root Hash15176010786730861571
Unparsed URLmy,qoala!www,/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-emas/ s443