ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.pubiperak.com/5-perkara-yang-anda-perlu-buat-setiap-hari-untuk-kekal-motivasi/ |
| Last Crawled | 2026-04-14 08:02:55 (3 days ago) |
| First Indexed | 2018-11-25 23:02:03 (7 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 5 PERKARA YANG ANDA PERLU BUAT SETIAP HARI UNTUK KEKAL MOTIVASI - PUBI Perak |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | ORANG YANG BERJAYA ADALAH MEREKA YANG BERUPAYA MENGEKALKAN TAHAP MOTIVASI MEREKA PADA TAHAP MAKSIMA SETIAP HARI
Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.
Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau.. hari ini PUBI Perak akan kongsikan 5 perkara yang anda perlu buat setiap hari untuk kekal motivasi dan semangat untuk terus berjaya.
Kita sebagai manusia memang sudah menjadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.
Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Berikut adalah 5 cara terhebat yang anda boleh cuba.
Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga – sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari” Zig Ziglar
5 PERKARA YANG ANDA PERLU BUAT SETIAP HARI UNTUK KEKAL MOTIVASI;
1. Pandang Vision Board Setiap Kali Bangun tidur dan Sebelum Tidur
Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah
satu jenis koleksi gambar yang merujuk kepada perkara-perkara yang anda ingin capai dalam hidup atau
IMPIAN.
Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi/bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.
Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai,
carilah gambarnya
dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda itu. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.
Teknik ni sangat berkesan kerana
ia bantu untuk cipta keinginan
kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.
Dengan membayangkan anda
memandu kereta idaman anda
dan
tinggal dalam rumah idaman,
anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.
Contoh ‘Vision Board’ yang perlu ada untuk kita berjaya
2. Tuliskan Matlamat Kecil Anda SETIAP HARI
Jika nak berjaya, anda perlu menulis matlamat kecil anda setiap hari. Matlamat kecil sangat penting kerana dengan mencapai matlamat kecil anda secara harian maka matlamat yang lebih besar akan mudah tercapai. Ramai yang tahu bagaimana hendak meletakkan matlamat. Tetapi hanya meletakkan matlamat di dalam kepala sahaja tidak cukup. Untuk kekal motivasi tuliskan matlamat kecil mahupun besar setiap hari. Ini akan sentiasa membuat diri anda termotivasi selalu.
Apa yang anda boleh buat adalah
tulis matlamat kecil yang anda ingin lakukan besok hari sebelum anda masuk tidur.
Lakukan setiap malam tanpa gagal. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya dengan tanpa banyak berfikir. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.
Anda boleh lihat kesannya apabila aktiviti ini menjadi rutin. Tanpa anda sedari maltlamat besar anda akan tercapai dengan mudah. jadi mulakan sekarang juga. Banyakkan tindakan.. bukan banyakkan berfikir. Lihat sendiri kesannya nanti.
Mula anda menulis matlamat anda memang akan terasa kekok. Tak mengapa teruskan dengan konsisten.
3. Reward Diri Sendiri
Guna Hadiah atau reward diri sendiri sebagai cara untuk memotivasikan diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah atau reward untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target atau matlamat untuk hari tersebut maka
anda boleh hadiahkan diri
anda dengan aktiviti riadah seperti menonton wayang, main game, keluar dengan kawan dan sebagainya.
Apabila anda menggunakan strategi ini, anda sudah mula set kan di dalam minda anda bahawa
ada hadiah yang menanti
jika anda berjaya capai matlamt atau target. Bermacam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti dan kemampuan masing-masing.
Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.
Setelah penat berusaha mencapai matlamat anda apa kata anda berehat dan menenangkan fikiran bersama teman-teman seperjuangan.
4. Membaca Kisah Kejayaan Orang sekurang-kurangnya 20 MINIT SEHARI
Ia adalah cara efektif dan sangat terbukti untuk memotivasikan diri sendiri.
Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya.
Sebab tu membaca adalah penting kerana apabila anda membaca cara mereka mengatasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung akan termotivasi.
Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.
Anda juga boleh
temuramah orang-orang berjaya
dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.
Ramai yang mengkritik Dato Aliff Sukri tetapi beliau adalah salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia dan boleh dijadikan sumber Inspirasi.
5. Berfikiran Positif dan Fokus Kepada Tindakan
Apa yang anda fikir akan menjadi tindakan oleh itu fikirlah yang baik-baik setiap hari dan fokus kepada tindakan. Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk mencapai apa sahaja yang kita henda di dalam kehidupan kita. Ia bergantung bagaimana cara anda berfikir. Jika anda fikir perkara yang positif, maka perkara positif akan datang kepada anda dan sudah pasti tindakan anda juga akan positif. Sebaliknya, jika anda fikir tentang kesusahan dan nasib anda yang teruk, maka minda anda akan cari menjalan untuk membuktikan bahawa benarkah anda bernasib malang.
Jadi, bagaimana anda mahu gunakan minda untuk kekal termotivasi? Jawapannya mudah, anda perlu berfikiran positif dan fokus kepada tindakan. Pada peringkat awal memang nampak susah hendak laksanakan kerana paada peringkat awal sebab anda belum terbiasa lagi.
Apa yang perlu anda buat adalah
fikir apa hasil yang anda nak dapat
. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.
Yang memberi motivasi adalah
HASIL apa yang kita hendak
,
bukan proses mendapatnya.
Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.
Fikir tentang
ayat-ayat membina
yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat, minda kita lah yang akan menjadikan hidup kita seperti apa yang kita fikirkan. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.
Minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif. Tindakan yang positif akan menghasilkan hasil yang positif.
Begitulah peerkongsian PUBI Perak hari ini. Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Cuba amalkan tips ini dan kongsikan kepada teman-teman anda.
Lihatlah sendiri perubahan di dalam kehidupan anda, sudah pasti akan bertambah lebih baik.
Insyallah..
On 20 May 2018
/
Blog
,
Tips Usahawan
|
| Markdown | [feedback](https://www.pubiperak.com/?page_id=5)
[](https://www.mwa.my/2021)
- [Shop](https://www.pubiperak.com/shop)
- [About](https://www.pubiperak.com/profil-persatuan/)
- [Contact Us](https://www.pubiperak.com/hubungi-kami/)
[05 322 7297](<tel:05 322 7297>) [pubiperak@gmail.com](mailto:pubiperak@gmail.com)
[PUBI Perak](https://www.pubiperak.com/ "PUBI Perak")
- [Home](https://www.pubiperak.com/)
- [Organisasi](https://www.pubiperak.com/5-perkara-yang-anda-perlu-buat-setiap-hari-untuk-kekal-motivasi/)
- [Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak](https://www.pubiperak.com/organisasi-kumpulan-pubi/persatuan-usahawan-bersatu-ipoh-perak/)
- [Profil Persatuan](https://www.pubiperak.com/organisasi-kumpulan-pubi/persatuan-usahawan-bersatu-ipoh-perak/profil-persatuan/)
- [Perancangan Strategik](https://www.pubiperak.com/organisasi-kumpulan-pubi/persatuan-usahawan-bersatu-ipoh-perak/perancangan-strategik/)
- [Manfaat Sebagai Ahli Persatuan](https://www.pubiperak.com/organisasi-kumpulan-pubi/persatuan-usahawan-bersatu-ipoh-perak/manfaat-sebagai-ahli-persatuan/)
- [Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd](https://www.pubiperak.com/organisasi-kumpulan-pubi/koperasi-usahawan-bersatu-ipoh-perak-bhd/)
- [Sejarah Penubuhan](https://www.pubiperak.com/koperasi/sejarah-penubuhan/)
- [Pendaftaran Keanggotaan KOPUBI Perak Bhd](https://www.pubiperak.com/pendaftaran-keanggotaan-kopubi-perak-bhd/)
- [Aktiviti](https://www.pubiperak.com/5-perkara-yang-anda-perlu-buat-setiap-hari-untuk-kekal-motivasi/)
- [Aktiviti Persatuan](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/aktiviti-persatuan/)
- [Aktiviti Koperasi](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/koperasi/)
- [Latihan & Kursus Usahawan](https://www.pubiperak.com/category/latihan-kursus-usahawan/)
- [Pasar Malam / Bazar Ramadan](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/pasar-malam-bazar-ramadan/)
- [Program Amal](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/program-amal/)
- [MyAngkasa Amanah Berhad](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/myangkasa-amanah-berhad/)
- [Blog](https://www.pubiperak.com/blog/)
- [Artikel](https://www.pubiperak.com/category/blog/artikel/)
- [Berita](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/)
- [Info](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/)
- [Kisah Kejayaan](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/kisah-kejayaan/)
- [Tips Usahawan](https://www.pubiperak.com/category/blog/blog-tips-usahawan/)
- [Hubungi Kami](https://www.pubiperak.com/hubungi-kami/)
[](https://www.pubiperak.com/ "PUBI Perak")
# 5 PERKARA YANG ANDA PERLU BUAT SETIAP HARI UNTUK KEKAL MOTIVASI
[Home](https://www.pubiperak.com/) → [Blog](https://www.pubiperak.com/category/blog/) → 5 PERKARA YANG ANDA PERLU BUAT SETIAP HARI UNTUK KEKAL MOTIVASI
## ORANG YANG BERJAYA ADALAH MEREKA YANG BERUPAYA MENGEKALKAN TAHAP MOTIVASI MEREKA PADA TAHAP MAKSIMA SETIAP HARI
Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.
Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau.. hari ini PUBI Perak akan kongsikan 5 perkara yang anda perlu buat setiap hari untuk kekal motivasi dan semangat untuk terus berjaya.
Kita sebagai manusia memang sudah menjadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.
Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Berikut adalah 5 cara terhebat yang anda boleh cuba.
> *Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga – sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari” Zig Ziglar*
### 5 PERKARA YANG ANDA PERLU BUAT SETIAP HARI UNTUK KEKAL MOTIVASI;
#### **1\. Pandang Vision Board Setiap Kali Bangun tidur dan Sebelum Tidur**
Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah **satu jenis koleksi gambar yang merujuk kepada perkara-perkara yang anda ingin capai dalam hidup atau *IMPIAN.*** Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi/bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.
Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai, **carilah gambarnya** dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda itu. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.
Teknik ni sangat berkesan kerana **ia bantu untuk cipta keinginan** kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.
Dengan membayangkan anda **memandu kereta idaman anda** dan **tinggal dalam rumah idaman,** anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.

Contoh ‘Vision Board’ yang perlu ada untuk kita berjaya
#### **2\. Tuliskan Matlamat Kecil Anda SETIAP HARI**
Jika nak berjaya, anda perlu menulis matlamat kecil anda setiap hari. Matlamat kecil sangat penting kerana dengan mencapai matlamat kecil anda secara harian maka matlamat yang lebih besar akan mudah tercapai. Ramai yang tahu bagaimana hendak meletakkan matlamat. Tetapi hanya meletakkan matlamat di dalam kepala sahaja tidak cukup. Untuk kekal motivasi tuliskan matlamat kecil mahupun besar setiap hari. Ini akan sentiasa membuat diri anda termotivasi selalu.
Apa yang anda boleh buat adalah **tulis matlamat kecil yang anda ingin lakukan besok hari sebelum anda masuk tidur.** Lakukan setiap malam tanpa gagal. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya dengan tanpa banyak berfikir. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.
Anda boleh lihat kesannya apabila aktiviti ini menjadi rutin. Tanpa anda sedari maltlamat besar anda akan tercapai dengan mudah. jadi mulakan sekarang juga. Banyakkan tindakan.. bukan banyakkan berfikir. Lihat sendiri kesannya nanti.

Mula anda menulis matlamat anda memang akan terasa kekok. Tak mengapa teruskan dengan konsisten.
#### **3\. Reward Diri Sendiri**
Guna Hadiah atau reward diri sendiri sebagai cara untuk memotivasikan diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah atau reward untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target atau matlamat untuk hari tersebut maka **anda boleh hadiahkan diri** anda dengan aktiviti riadah seperti menonton wayang, main game, keluar dengan kawan dan sebagainya.
Apabila anda menggunakan strategi ini, anda sudah mula set kan di dalam minda anda bahawa **ada hadiah yang menanti** jika anda berjaya capai matlamt atau target. Bermacam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti dan kemampuan masing-masing.
Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.

Setelah penat berusaha mencapai matlamat anda apa kata anda berehat dan menenangkan fikiran bersama teman-teman seperjuangan.
#### **4\. Membaca Kisah Kejayaan Orang sekurang-kurangnya 20 MINIT SEHARI**
Ia adalah cara efektif dan sangat terbukti untuk memotivasikan diri sendiri. **Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya.** Sebab tu membaca adalah penting kerana apabila anda membaca cara mereka mengatasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung akan termotivasi.
Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.
Anda juga boleh **temuramah orang-orang berjaya** dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.

Ramai yang mengkritik Dato Aliff Sukri tetapi beliau adalah salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia dan boleh dijadikan sumber Inspirasi.
#### **5\. Berfikiran Positif dan Fokus Kepada Tindakan**
Apa yang anda fikir akan menjadi tindakan oleh itu fikirlah yang baik-baik setiap hari dan fokus kepada tindakan. Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk mencapai apa sahaja yang kita henda di dalam kehidupan kita. Ia bergantung bagaimana cara anda berfikir. Jika anda fikir perkara yang positif, maka perkara positif akan datang kepada anda dan sudah pasti tindakan anda juga akan positif. Sebaliknya, jika anda fikir tentang kesusahan dan nasib anda yang teruk, maka minda anda akan cari menjalan untuk membuktikan bahawa benarkah anda bernasib malang.
Jadi, bagaimana anda mahu gunakan minda untuk kekal termotivasi? Jawapannya mudah, anda perlu berfikiran positif dan fokus kepada tindakan. Pada peringkat awal memang nampak susah hendak laksanakan kerana paada peringkat awal sebab anda belum terbiasa lagi.
Apa yang perlu anda buat adalah **fikir apa hasil yang anda nak dapat**. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.
Yang memberi motivasi adalah **HASIL apa yang kita hendak**, **bukan proses mendapatnya.** Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.
Fikir tentang **ayat-ayat membina** yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat, minda kita lah yang akan menjadikan hidup kita seperti apa yang kita fikirkan. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.

Minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif. Tindakan yang positif akan menghasilkan hasil yang positif.
Begitulah peerkongsian PUBI Perak hari ini. Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Cuba amalkan tips ini dan kongsikan kepada teman-teman anda.
Lihatlah sendiri perubahan di dalam kehidupan anda, sudah pasti akan bertambah lebih baik.
Insyallah..
[Back to Top](https://www.pubiperak.com/5-perkara-yang-anda-perlu-buat-setiap-hari-untuk-kekal-motivasi/#top "Top of Page")
### *Artikel Berkaitan*
On 20 May 2018 / [Blog](https://www.pubiperak.com/category/blog/), [Tips Usahawan](https://www.pubiperak.com/category/blog/blog-tips-usahawan/)
Tags: [Business](https://www.pubiperak.com/tag/business/), [Inspirasi Berjaya](https://www.pubiperak.com/tag/inspirasi-berjaya/), [Kejayaan](https://www.pubiperak.com/tag/kejayaan/), [Motivasi](https://www.pubiperak.com/tag/motivasi/), [Motivasi Diri](https://www.pubiperak.com/tag/motivasi-diri/), [Pubi](https://www.pubiperak.com/tag/pubi/), [Pubi Perak](https://www.pubiperak.com/tag/pubi-perak/), [Semangat](https://www.pubiperak.com/tag/semangat/), [Tips Usahawan](https://www.pubiperak.com/tag/tips-usahawan/)
[](https://www.pubiperak.com/tips-hebat-berniaga-di-bulan-ramadhan-mengikut-syarak/ "TIPS HEBAT BERNIAGA DI BULAN RAMADHAN MENGIKUT SYARAK")
[Previous Post](https://www.pubiperak.com/tips-hebat-berniaga-di-bulan-ramadhan-mengikut-syarak/ "Go to previous post")
[TIPS HEBAT BERNIAGA DI BULAN RAMADHAN MENGIKUT SYARAK](https://www.pubiperak.com/tips-hebat-berniaga-di-bulan-ramadhan-mengikut-syarak/ "TIPS HEBAT BERNIAGA DI BULAN RAMADHAN MENGIKUT SYARAK")
[](https://www.pubiperak.com/11-kesilapan-ini-selalu-dilakukan-usahawan-yang-baru-berniaga/ "11 KESILAPAN INI SELALU DILAKUKAN USAHAWAN YANG BARU BERNIAGA")
[Next Post](https://www.pubiperak.com/11-kesilapan-ini-selalu-dilakukan-usahawan-yang-baru-berniaga/ "Go to next post")
[11 KESILAPAN INI SELALU DILAKUKAN USAHAWAN YANG BARU BERNIAGA](https://www.pubiperak.com/11-kesilapan-ini-selalu-dilakukan-usahawan-yang-baru-berniaga/ "11 KESILAPAN INI SELALU DILAKUKAN USAHAWAN YANG BARU BERNIAGA")
[](https://t.me/joinchat/AAAAAE8kKE2UtcjkvTqISQ)
### Terkini dari PUBI Perak
- [](https://www.pubiperak.com/sesi-temuduga-jawatan-pengurus-kumpulan-dan-pengurus-pemasaran-my-angkasa-amanah-berhad-maab/ "SESI TEMUDUGA JAWATAN PENGURUS KUMPULAN DAN PENGURUS PEMASARAN MY ANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB)")
[SESI TEMUDUGA JAWATAN PENGURUS KUMPULAN DAN PENGURUS PEMASARAN MY ANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB)](https://www.pubiperak.com/sesi-temuduga-jawatan-pengurus-kumpulan-dan-pengurus-pemasaran-my-angkasa-amanah-berhad-maab/ "SESI TEMUDUGA JAWATAN PENGURUS KUMPULAN DAN PENGURUS PEMASARAN MY ANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB)")
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG...
- [](https://www.pubiperak.com/perjumpaan-bersama-team-myangkasa-amanah-bhd-15/ "PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD")
[PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD](https://www.pubiperak.com/perjumpaan-bersama-team-myangkasa-amanah-bhd-15/ "PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD")
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG...
- [](https://www.pubiperak.com/perjumpaan-bersama-team-myangkasa-amanah-bhd-14/ "PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD")
[PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD](https://www.pubiperak.com/perjumpaan-bersama-team-myangkasa-amanah-bhd-14/ "PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD")

### Kategori Blog
- [Artikel ( 467 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/artikel/)
- [Bantuan Kerajaan ( 223 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/bantuan-kerajaan/)
- [Bantuan Perniagaan ( 102 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/bantuan-perniagaan/)
- [Berita ( 876 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/)
- [Aktiviti Ahli Jawatankuasa ( 281 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/aktiviti-ahli-jawatankuasa/)
- [Aktiviti Kelab Belia ( 19 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/aktiviti-kelab-belia/)
- [Aktiviti Koperasi ( 356 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/koperasi/)
- [Aktiviti Persatuan ( 429 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/aktiviti-persatuan/)
- [Kumpulan PUBI ( 80 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/kumpulan-pubi/)
- [MyAngkasa Amanah Berhad ( 26 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/myangkasa-amanah-berhad/)
- [Pasar Malam / Bazar Ramadan ( 41 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/pasar-malam-bazar-ramadan/)
- [Program Amal ( 31 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/program-amal/)
- [Usahawan PUBI Perak ( 20 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/berita/usahawan-pubi-perak/)
- [Covid-19 ( 201 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/covid-19/)
- [Info ( 990 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/)
- [Agama ( 41 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/agama/)
- [Bisnes ( 208 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/bisnes/)
- [Dalam Negara ( 603 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/info-dalam-negara/)
- [Dunia ( 7 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/dunia/)
- [Ekonomi ( 236 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/ekonomi/)
- [Hiburan ( 8 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/info-hiburan/)
- [Jenayah ( 16 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/jenayah/)
- [Kebakaran ( 3 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/kebakaran/)
- [Keluarga ( 56 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/keluarga/)
- [Kemalangan ( 50 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/kemalangan/)
- [Kesihatan ( 100 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/kesihatan/)
- [Kewangan ( 25 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/kewangan/)
- [Kisah Kehidupan ( 73 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/kisah-kehidupan/)
- [Kisah Kejayaan ( 60 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/kisah-kejayaan/)
- [Luar Negara ( 55 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/luar-negara/)
- [Pendidikan ( 23 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/pendidikan/)
- [Saja Kongsi & Pendapat ( 35 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/saja-kongsi-pendapat/)
- [Sukan ( 13 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/info-sukan/)
- [Teknologi ( 4 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/info/teknologi/)
- [Inspirasi OKU ( 5 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/inspirasi-oku/)
- [Peluang Bisnes ( 31 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/peluang-business/)
- [Peluang Kerjaya ( 29 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/peluang-kerjaya-blog/)
- [Tips Usahawan ( 31 )](https://www.pubiperak.com/category/blog/blog-tips-usahawan/)
### Kalendar Aktiviti
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | | | |
[« Oct](https://www.pubiperak.com/2025/10/)
### BLOG POSTS
- [](https://www.pubiperak.com/perjumpaan-bersama-team-myangkasa-amanah-bhd-14/ "PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD")
[PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD](https://www.pubiperak.com/perjumpaan-bersama-team-myangkasa-amanah-bhd-14/ "PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD")
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI...
- [](https://www.pubiperak.com/mesyuarat-ajk-induk-pubi-perak-bil-03-2025/ "MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL. 03/2025")
[MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL. 03/2025](https://www.pubiperak.com/mesyuarat-ajk-induk-pubi-perak-bil-03-2025/ "MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL. 03/2025")
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK...
### POST TEKINI
- [SESI TEMUDUGA JAWATAN PENGURUS KUMPULAN DAN PENGURUS PEMASARAN MY ANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB)](https://www.pubiperak.com/sesi-temuduga-jawatan-pengurus-kumpulan-dan-pengurus-pemasaran-my-angkasa-amanah-berhad-maab/)
- [PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD](https://www.pubiperak.com/perjumpaan-bersama-team-myangkasa-amanah-bhd-15/)
### KOMEN TERKINI
### ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI
No.83A, Medan Stesen 18/1
Stesen 18, 31650 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Phone: 05-322 7297
Hotline: 019-577 3924
Website: https://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com
### PERINGATAN
**Penting**: Laman web ini adalah hakmilik ***PUBI Perak.*** Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 019-577 3924.
All images are copyrighted to their respective owners.
[Back to Top](https://www.pubiperak.com/5-perkara-yang-anda-perlu-buat-setiap-hari-untuk-kekal-motivasi/)
 |
| Readable Markdown | ## ORANG YANG BERJAYA ADALAH MEREKA YANG BERUPAYA MENGEKALKAN TAHAP MOTIVASI MEREKA PADA TAHAP MAKSIMA SETIAP HARI
Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.
Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau.. hari ini PUBI Perak akan kongsikan 5 perkara yang anda perlu buat setiap hari untuk kekal motivasi dan semangat untuk terus berjaya.
Kita sebagai manusia memang sudah menjadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.
Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Berikut adalah 5 cara terhebat yang anda boleh cuba.
> *Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga – sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari” Zig Ziglar*
### 5 PERKARA YANG ANDA PERLU BUAT SETIAP HARI UNTUK KEKAL MOTIVASI;
#### **1\. Pandang Vision Board Setiap Kali Bangun tidur dan Sebelum Tidur**
Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah **satu jenis koleksi gambar yang merujuk kepada perkara-perkara yang anda ingin capai dalam hidup atau *IMPIAN.*** Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi/bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.
Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai, **carilah gambarnya** dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda itu. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.
Teknik ni sangat berkesan kerana **ia bantu untuk cipta keinginan** kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.
Dengan membayangkan anda **memandu kereta idaman anda** dan **tinggal dalam rumah idaman,** anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.

Contoh ‘Vision Board’ yang perlu ada untuk kita berjaya
#### **2\. Tuliskan Matlamat Kecil Anda SETIAP HARI**
Jika nak berjaya, anda perlu menulis matlamat kecil anda setiap hari. Matlamat kecil sangat penting kerana dengan mencapai matlamat kecil anda secara harian maka matlamat yang lebih besar akan mudah tercapai. Ramai yang tahu bagaimana hendak meletakkan matlamat. Tetapi hanya meletakkan matlamat di dalam kepala sahaja tidak cukup. Untuk kekal motivasi tuliskan matlamat kecil mahupun besar setiap hari. Ini akan sentiasa membuat diri anda termotivasi selalu.
Apa yang anda boleh buat adalah **tulis matlamat kecil yang anda ingin lakukan besok hari sebelum anda masuk tidur.** Lakukan setiap malam tanpa gagal. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya dengan tanpa banyak berfikir. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.
Anda boleh lihat kesannya apabila aktiviti ini menjadi rutin. Tanpa anda sedari maltlamat besar anda akan tercapai dengan mudah. jadi mulakan sekarang juga. Banyakkan tindakan.. bukan banyakkan berfikir. Lihat sendiri kesannya nanti.

Mula anda menulis matlamat anda memang akan terasa kekok. Tak mengapa teruskan dengan konsisten.
#### **3\. Reward Diri Sendiri**
Guna Hadiah atau reward diri sendiri sebagai cara untuk memotivasikan diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah atau reward untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target atau matlamat untuk hari tersebut maka **anda boleh hadiahkan diri** anda dengan aktiviti riadah seperti menonton wayang, main game, keluar dengan kawan dan sebagainya.
Apabila anda menggunakan strategi ini, anda sudah mula set kan di dalam minda anda bahawa **ada hadiah yang menanti** jika anda berjaya capai matlamt atau target. Bermacam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti dan kemampuan masing-masing.
Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.

Setelah penat berusaha mencapai matlamat anda apa kata anda berehat dan menenangkan fikiran bersama teman-teman seperjuangan.
#### **4\. Membaca Kisah Kejayaan Orang sekurang-kurangnya 20 MINIT SEHARI**
Ia adalah cara efektif dan sangat terbukti untuk memotivasikan diri sendiri. **Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya.** Sebab tu membaca adalah penting kerana apabila anda membaca cara mereka mengatasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung akan termotivasi.
Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.
Anda juga boleh **temuramah orang-orang berjaya** dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.

Ramai yang mengkritik Dato Aliff Sukri tetapi beliau adalah salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia dan boleh dijadikan sumber Inspirasi.
#### **5\. Berfikiran Positif dan Fokus Kepada Tindakan**
Apa yang anda fikir akan menjadi tindakan oleh itu fikirlah yang baik-baik setiap hari dan fokus kepada tindakan. Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk mencapai apa sahaja yang kita henda di dalam kehidupan kita. Ia bergantung bagaimana cara anda berfikir. Jika anda fikir perkara yang positif, maka perkara positif akan datang kepada anda dan sudah pasti tindakan anda juga akan positif. Sebaliknya, jika anda fikir tentang kesusahan dan nasib anda yang teruk, maka minda anda akan cari menjalan untuk membuktikan bahawa benarkah anda bernasib malang.
Jadi, bagaimana anda mahu gunakan minda untuk kekal termotivasi? Jawapannya mudah, anda perlu berfikiran positif dan fokus kepada tindakan. Pada peringkat awal memang nampak susah hendak laksanakan kerana paada peringkat awal sebab anda belum terbiasa lagi.
Apa yang perlu anda buat adalah **fikir apa hasil yang anda nak dapat**. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.
Yang memberi motivasi adalah **HASIL apa yang kita hendak**, **bukan proses mendapatnya.** Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.
Fikir tentang **ayat-ayat membina** yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat, minda kita lah yang akan menjadikan hidup kita seperti apa yang kita fikirkan. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.

Minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif. Tindakan yang positif akan menghasilkan hasil yang positif.
Begitulah peerkongsian PUBI Perak hari ini. Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Cuba amalkan tips ini dan kongsikan kepada teman-teman anda.
Lihatlah sendiri perubahan di dalam kehidupan anda, sudah pasti akan bertambah lebih baik.
Insyallah..
On 20 May 2018 / [Blog](https://www.pubiperak.com/category/blog/), [Tips Usahawan](https://www.pubiperak.com/category/blog/blog-tips-usahawan/)
[](https://www.pubiperak.com/tips-hebat-berniaga-di-bulan-ramadhan-mengikut-syarak/ "TIPS HEBAT BERNIAGA DI BULAN RAMADHAN MENGIKUT SYARAK")
[](https://www.pubiperak.com/11-kesilapan-ini-selalu-dilakukan-usahawan-yang-baru-berniaga/ "11 KESILAPAN INI SELALU DILAKUKAN USAHAWAN YANG BARU BERNIAGA") |
| Shard | 136 (laksa) |
| Root Hash | 16313383879648192136 |
| Unparsed URL | com,pubiperak!www,/5-perkara-yang-anda-perlu-buat-setiap-hari-untuk-kekal-motivasi/ s443 |