ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/7-cara-macammana-nak-berjaya-dalam-hidup.html |
| Last Crawled | 2026-04-08 00:39:17 (13 days ago) |
| First Indexed | 2021-11-17 04:48:50 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 7 CARA MACAMMANA NAK BERJAYA DALAM HIDUP! | ProAdvice |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Kejayaan dapat di capai apabila seseorang itu berada dalam landasan yang tepat dalam perancangannya.
Kejayaan adalah
impian bagi setiap manusia di dunia ini. Semua orang ingin mengecapi kejayaan
tak kira dalam apa jua perkara yang mereka lakukan. Miskin atau kaya juga
berhak berjaya dan tidak boleh dinafikan sekiranya mereka berusaha dengan
sekerasnya tanpa mengenal erti letih dan mengalah.
Disini saya akan kongsikan tujuh cara bagaimana untuk kita berjaya dalam hidup, cuba praktikkan sebaik mungkin.
Kejayaan tidak datang bergolek sekiranya hanya duduk berdiam diri.
1- Sesuaikan
Diri Dahulu Dengan Perubahan Sekeliling
– Perkara pertama
untuk mengecapi perjalanan menuju kejayaan adalah sesuaikan diri kita dahulu
dengan perubahan sekeliling. Maksudnya adalah kita harus berubah dari segi
corak kehidupan yang biasa kepada luar biasa, sekiranya kita telah terbiasa
untuk melepak di kedai mamak tengah malam bersama kawan hanya bertujuan sembang
kosong. Ubah terus untuk tidak melepak lagi dan gunakan masa yang ada itu untuk
belajar tentang kehidupan dan sentiasalah berfikiran positif.
2-
Berkawanlah Dengan Orang Yang Berjaya
– Untuk mendapatkan
aura kejayaan, kita haruslah banyakkan berkawan dengan orang-orang yang
sentiasa berfikiran positif dan tidak menghabiskan waktunya hanya untuk
membuang masa dan berfoya-foya. Ambil sedikit tips dari mereka yang telah
berjaya dan gunakan tips tersebut sebagai pembakar semangat untuk kita mulakan
kesungguhan dalam mengecapi kejayaan.
3- Banyakkan
Membaca Tentang Ilmu Kewangan
– Dengan membaca kita akan mendapat ilmu dari sesuatu perkara yang boleh medorong untuk kita berubah jika kena dengan caranya. Ilmu kewangan adalah contoh terbaik untuk kita pelajari selok-beloknya kerana segala yang digunapakai dalam kehidupan seharian kita adalah penggunaan duit. Andai kita tidak tahu menguruskan dengan cara yang betul, kita akan gagal dan menyebabkan permasalahan yang lain mungkin akan timbul.
Pemakanan yang seimbang akan memberikan kesan yang positif untuk tingkatkan sistem imunisasi badan.
4- Menjaga
Pemakanan Yang Sihat
– Faktor
kegagalan perolehh kejayaan adalah dari pemakanan juga kerana kita mestilah
sentiasa dalam keadaan yang sihat dan makan dengan seimbang agar tidak mudah
jatuh sakit. Sekiranya kita menghadapi kemerosotan kesihatan akibat pemakanan,
ianya akan membataskan perjalanan dalam misi kita untuk berjaya. Jadi, elakkan
makan secara tidak sihat yang boleh memudaratkan kesihatan.
5- Buangkan
Negatif, Tingkatkan Positif
– Kita mestilah
sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang kita lalu dan hadapi. Dalam
perjalanan ingin berjaya ni, pelbagai unsur negatif dalam diri kita yang telah
ada secara semulajadi lagi. Maka haruslah lah kita sentiasa berubah dan
berfikir secara lebih matang dalam apa jua perkara yang kita hadapi agar ianya
tidak akan menjadi halangan yang sukar bagi diri kita untuk berjaya.
6- Tahu Hala
Tuju Yang Diinginkan
– Perkara yang
penting bagi sesuatu matlamat adalah tahu hala tuju yang kita mahukan, kerana
itulah perjalanan yang kita inginkan berjaya dan akan membuatkan kita puas
andainya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap perancangan harus
dilakukan dengan rapi dan tersusun agar matlamat hala tuju yang kita mahukan
berjalan tanpa adanya masalah lain.
7- Sentiasa
Mara Ke Hadapan Tanpa Berhenti
– Orang yang
berjaya adalah orang yang “pekakkan” telinga tentang sekeliling yang berkata
negatif tentang mereka. Abaikan apa yang berlaku dibelakang namun ambil sedikit
kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat dalam misi mencapai kejayaan.
Dari situ kita akan mengetahui kekuatan sebenar diri dan kita dapat mengubah
segala kesilapan yang ada dan teruskan dengan pembetulan yang telah dilakukan. |
| Markdown | [Skip to content](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/7-cara-macammana-nak-berjaya-dalam-hidup.html#content)
- Wednesday, April 8, 2026
[](https://www.proadvice.my/)
## [ProAdvice](https://www.proadvice.my/)
Professional Advice Portal
- [Home](https://www.proadvice.my/)
- [Kewangan Peribadi](https://www.proadvice.my/kategori/kewangan-peribadi)
- 7 CARA MACAMMANA NAK BERJAYA DALAM HIDUP\!
[Kewangan Peribadi](https://www.proadvice.my/kategori/kewangan-peribadi)
# 7 CARA MACAMMANA NAK BERJAYA DALAM HIDUP\!
[25 February 2020](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/7-cara-macammana-nak-berjaya-dalam-hidup.html "7 CARA MACAMMANA NAK BERJAYA DALAM HIDUP!")
[Hares Ridzuan](https://www.proadvice.my/author/aresridzuan)

Kejayaan dapat di capai apabila seseorang itu berada dalam landasan yang tepat dalam perancangannya.
Kejayaan adalah impian bagi setiap manusia di dunia ini. Semua orang ingin mengecapi kejayaan tak kira dalam apa jua perkara yang mereka lakukan. Miskin atau kaya juga berhak berjaya dan tidak boleh dinafikan sekiranya mereka berusaha dengan sekerasnya tanpa mengenal erti letih dan mengalah.
Disini saya akan kongsikan tujuh cara bagaimana untuk kita berjaya dalam hidup, cuba praktikkan sebaik mungkin.

Kejayaan tidak datang bergolek sekiranya hanya duduk berdiam diri.
## **1- Sesuaikan Diri Dahulu Dengan Perubahan Sekeliling**
– Perkara pertama untuk mengecapi perjalanan menuju kejayaan adalah sesuaikan diri kita dahulu dengan perubahan sekeliling. Maksudnya adalah kita harus berubah dari segi corak kehidupan yang biasa kepada luar biasa, sekiranya kita telah terbiasa untuk melepak di kedai mamak tengah malam bersama kawan hanya bertujuan sembang kosong. Ubah terus untuk tidak melepak lagi dan gunakan masa yang ada itu untuk belajar tentang kehidupan dan sentiasalah berfikiran positif.
## **2- Berkawanlah Dengan Orang Yang Berjaya**
– Untuk mendapatkan aura kejayaan, kita haruslah banyakkan berkawan dengan orang-orang yang sentiasa berfikiran positif dan tidak menghabiskan waktunya hanya untuk membuang masa dan berfoya-foya. Ambil sedikit tips dari mereka yang telah berjaya dan gunakan tips tersebut sebagai pembakar semangat untuk kita mulakan kesungguhan dalam mengecapi kejayaan.
## **3- Banyakkan Membaca Tentang Ilmu Kewangan**
– Dengan membaca kita akan mendapat ilmu dari sesuatu perkara yang boleh medorong untuk kita berubah jika kena dengan caranya. Ilmu kewangan adalah contoh terbaik untuk kita pelajari selok-beloknya kerana segala yang digunapakai dalam kehidupan seharian kita adalah penggunaan duit. Andai kita tidak tahu menguruskan dengan cara yang betul, kita akan gagal dan menyebabkan permasalahan yang lain mungkin akan timbul.

Pemakanan yang seimbang akan memberikan kesan yang positif untuk tingkatkan sistem imunisasi badan.
## **4- Menjaga Pemakanan Yang Sihat**
– Faktor kegagalan perolehh kejayaan adalah dari pemakanan juga kerana kita mestilah sentiasa dalam keadaan yang sihat dan makan dengan seimbang agar tidak mudah jatuh sakit. Sekiranya kita menghadapi kemerosotan kesihatan akibat pemakanan, ianya akan membataskan perjalanan dalam misi kita untuk berjaya. Jadi, elakkan makan secara tidak sihat yang boleh memudaratkan kesihatan.
## **5- Buangkan Negatif, Tingkatkan Positif**
– Kita mestilah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang kita lalu dan hadapi. Dalam perjalanan ingin berjaya ni, pelbagai unsur negatif dalam diri kita yang telah ada secara semulajadi lagi. Maka haruslah lah kita sentiasa berubah dan berfikir secara lebih matang dalam apa jua perkara yang kita hadapi agar ianya tidak akan menjadi halangan yang sukar bagi diri kita untuk berjaya.
## **6- Tahu Hala Tuju Yang Diinginkan**
– Perkara yang penting bagi sesuatu matlamat adalah tahu hala tuju yang kita mahukan, kerana itulah perjalanan yang kita inginkan berjaya dan akan membuatkan kita puas andainya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap perancangan harus dilakukan dengan rapi dan tersusun agar matlamat hala tuju yang kita mahukan berjalan tanpa adanya masalah lain.
## **7- Sentiasa Mara Ke Hadapan Tanpa Berhenti**
– Orang yang berjaya adalah orang yang “pekakkan” telinga tentang sekeliling yang berkata negatif tentang mereka. Abaikan apa yang berlaku dibelakang namun ambil sedikit kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat dalam misi mencapai kejayaan. Dari situ kita akan mengetahui kekuatan sebenar diri dan kita dapat mengubah segala kesilapan yang ada dan teruskan dengan pembetulan yang telah dilakukan.
Tags: [berjaya](https://www.proadvice.my/tag/berjaya), [Financial](https://www.proadvice.my/tag/financial), [health](https://www.proadvice.my/tag/health), [kehidupan](https://www.proadvice.my/tag/kehidupan), [kesihatan](https://www.proadvice.my/tag/kesihatan)
## Post navigation
[ADAKAH HARTA MENJADI BEBAN ?](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/adakah-harta-menjadi-beban.html)
[8 Cara Untuk Menghabiskan Hutang Dengan Cepat](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/8-cara-untuk-menghabiskan-hutang-dengan-cepat.html)
### Leave a Reply [Cancel reply](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/7-cara-macammana-nak-berjaya-dalam-hidup.html#respond)
## You may Missed
[Kewangan Peribadi](https://www.proadvice.my/kategori/kewangan-peribadi)
### [Adakah Anda Mempunyai Masalah Kewangan ?](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/adakah-anda-mempunyai-masalah-kewangan.html)
[15 May 2020](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/adakah-anda-mempunyai-masalah-kewangan.html "Adakah Anda Mempunyai Masalah Kewangan ?")
[Afiqah](https://www.proadvice.my/author/afiqahmohdin97)
[Kewangan Peribadi](https://www.proadvice.my/kategori/kewangan-peribadi)
### [Kerana Wang, Keluarga Binasa](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/kerana-wang-keluarga-binasa.html)
[15 May 2020](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/kerana-wang-keluarga-binasa.html "Kerana Wang, Keluarga Binasa")
[Afiqah](https://www.proadvice.my/author/afiqahmohdin97)
[Kewangan Peribadi](https://www.proadvice.my/kategori/kewangan-peribadi)
### [Bagaimana Seorang Pelajar Dapat Urus Kewangan Dengan Baik](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/bagaimana-seorang-pelajar-dapat-urus-kewangan-dengan-baik.html)
[14 May 2020](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/bagaimana-seorang-pelajar-dapat-urus-kewangan-dengan-baik.html "Bagaimana Seorang Pelajar Dapat Urus Kewangan Dengan Baik")
[Afiqah](https://www.proadvice.my/author/afiqahmohdin97)
[Kewangan Peribadi](https://www.proadvice.my/kategori/kewangan-peribadi)
### [Kenapa Kita Perlu Merancang Kewangan Untuk Masa Depan ?](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/kenapa-kita-perlu-merancang-kewangan-untuk-masa-depan.html)
[14 May 2020](https://www.proadvice.my/kewangan-peribadi/kenapa-kita-perlu-merancang-kewangan-untuk-masa-depan.html "Kenapa Kita Perlu Merancang Kewangan Untuk Masa Depan ?")
[Afiqah](https://www.proadvice.my/author/afiqahmohdin97)
Copyright © 2026 [ProAdvice](https://www.proadvice.my/ "ProAdvice")
Theme by: [Theme Horse](https://www.themehorse.com/ "Theme Horse")
Proudly Powered by: [WordPress](http://wordpress.org/ "WordPress") |
| Readable Markdown | 
Kejayaan dapat di capai apabila seseorang itu berada dalam landasan yang tepat dalam perancangannya.
Kejayaan adalah impian bagi setiap manusia di dunia ini. Semua orang ingin mengecapi kejayaan tak kira dalam apa jua perkara yang mereka lakukan. Miskin atau kaya juga berhak berjaya dan tidak boleh dinafikan sekiranya mereka berusaha dengan sekerasnya tanpa mengenal erti letih dan mengalah.
Disini saya akan kongsikan tujuh cara bagaimana untuk kita berjaya dalam hidup, cuba praktikkan sebaik mungkin.

Kejayaan tidak datang bergolek sekiranya hanya duduk berdiam diri.
## **1- Sesuaikan Diri Dahulu Dengan Perubahan Sekeliling**
– Perkara pertama untuk mengecapi perjalanan menuju kejayaan adalah sesuaikan diri kita dahulu dengan perubahan sekeliling. Maksudnya adalah kita harus berubah dari segi corak kehidupan yang biasa kepada luar biasa, sekiranya kita telah terbiasa untuk melepak di kedai mamak tengah malam bersama kawan hanya bertujuan sembang kosong. Ubah terus untuk tidak melepak lagi dan gunakan masa yang ada itu untuk belajar tentang kehidupan dan sentiasalah berfikiran positif.
## **2- Berkawanlah Dengan Orang Yang Berjaya**
– Untuk mendapatkan aura kejayaan, kita haruslah banyakkan berkawan dengan orang-orang yang sentiasa berfikiran positif dan tidak menghabiskan waktunya hanya untuk membuang masa dan berfoya-foya. Ambil sedikit tips dari mereka yang telah berjaya dan gunakan tips tersebut sebagai pembakar semangat untuk kita mulakan kesungguhan dalam mengecapi kejayaan.
## **3- Banyakkan Membaca Tentang Ilmu Kewangan**
– Dengan membaca kita akan mendapat ilmu dari sesuatu perkara yang boleh medorong untuk kita berubah jika kena dengan caranya. Ilmu kewangan adalah contoh terbaik untuk kita pelajari selok-beloknya kerana segala yang digunapakai dalam kehidupan seharian kita adalah penggunaan duit. Andai kita tidak tahu menguruskan dengan cara yang betul, kita akan gagal dan menyebabkan permasalahan yang lain mungkin akan timbul.

Pemakanan yang seimbang akan memberikan kesan yang positif untuk tingkatkan sistem imunisasi badan.
## **4- Menjaga Pemakanan Yang Sihat**
– Faktor kegagalan perolehh kejayaan adalah dari pemakanan juga kerana kita mestilah sentiasa dalam keadaan yang sihat dan makan dengan seimbang agar tidak mudah jatuh sakit. Sekiranya kita menghadapi kemerosotan kesihatan akibat pemakanan, ianya akan membataskan perjalanan dalam misi kita untuk berjaya. Jadi, elakkan makan secara tidak sihat yang boleh memudaratkan kesihatan.
## **5- Buangkan Negatif, Tingkatkan Positif**
– Kita mestilah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang kita lalu dan hadapi. Dalam perjalanan ingin berjaya ni, pelbagai unsur negatif dalam diri kita yang telah ada secara semulajadi lagi. Maka haruslah lah kita sentiasa berubah dan berfikir secara lebih matang dalam apa jua perkara yang kita hadapi agar ianya tidak akan menjadi halangan yang sukar bagi diri kita untuk berjaya.
## **6- Tahu Hala Tuju Yang Diinginkan**
– Perkara yang penting bagi sesuatu matlamat adalah tahu hala tuju yang kita mahukan, kerana itulah perjalanan yang kita inginkan berjaya dan akan membuatkan kita puas andainya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap perancangan harus dilakukan dengan rapi dan tersusun agar matlamat hala tuju yang kita mahukan berjalan tanpa adanya masalah lain.
## **7- Sentiasa Mara Ke Hadapan Tanpa Berhenti**
– Orang yang berjaya adalah orang yang “pekakkan” telinga tentang sekeliling yang berkata negatif tentang mereka. Abaikan apa yang berlaku dibelakang namun ambil sedikit kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat dalam misi mencapai kejayaan. Dari situ kita akan mengetahui kekuatan sebenar diri dan kita dapat mengubah segala kesilapan yang ada dan teruskan dengan pembetulan yang telah dilakukan. |
| Shard | 3 (laksa) |
| Root Hash | 14493880528953821603 |
| Unparsed URL | my,proadvice!www,/kewangan-peribadi/7-cara-macammana-nak-berjaya-dalam-hidup.html s443 |