🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 43 (from laksa128)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đź“„
INDEXABLE
âś…
CRAWLED
6 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.2 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/06/30/regatta-lepa-semporna-bukti-kukuh-warisan-budaya-sabah/
Last Crawled2026-04-12 01:09:16 (6 days ago)
First Indexed2025-07-01 00:58:28 (9 months ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleREGATTA LEPA SEMPORNA BUKTI KUKUH WARISAN BUDAYA SABAH - Laman Web MKN
Meta DescriptionLaman Web MKN REGATTA LEPA SEMPORNA BUKTI KUKUH WARISAN BUDAYA SABAH TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur,
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur, Alexander Liew. SEMPORNA: Penganjuran Regatta Lepa Semporna ke-30 tahun ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memartabatkan warisan budaya serta memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan budaya utama di negara ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, sambutan meriah acara itu bukan sahaja mencerminkan kekayaan tradisi etnik Bajau Semporna, malah turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Katanya, kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh penganjuran acara kebudayaan seperti Regatta Lepa kerana ia bukan sahaja memperlihatkan keindahan warisan negeri, tetapi juga menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. “Antara sorotan utama edisi kali ini termasuk persembahan strategik oleh pasukan keselamatan yang berjaya menonjolkan kesiapsiagaan dan tahap keselamatan di Semporna sebagai destinasi pelancongan. “Persembahan ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pelancong bahawa Semporna adalah kawasan yang selamat dan bersedia menerima kehadiran pelawat,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Regatta Lepa Semporna 2025 di sini, semalam. Sementara itu katanya, penyertaan semula Lepa Tradisi yang menampilkan lapan perahu tradisional telah mencuri tumpuan ramai dan memberi nafas baharu kepada tradisi masyarakat Bajau Laut. Katanya, ini satu perkembangan yang cukup membanggakan kerana usaha menghidupkan kembali Lepa Tradisi berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. “Regatta kali ini turut mencipta sejarah apabila program tarian IgalTon yang melibatkan lebih 1,500 peserta berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai tarian Igal-Igal terbesar yang pernah diadakan. “Lebih membanggakan, pelancong luar negara turut serta dalam program ini, menjadikan ia simbol perpaduan budaya yang sebenar,” katanya. Menurutnya, dalam usaha memperluaskan pengaruh warisan budaya, satu lagi inisiatif julung kali diadakan iaitu Simposium Busana Tradisi Bajau yang menjadi platform kepada golongan beliawanis untuk meneroka bidang pembuatan pakaian tradisional. “Kita mahu belia, khususnya wanita muda, melihat bidang ini bukan sekadar warisan tetapi juga peluang ekonomi dalam industri pelancongan dan kreatif,” katanya. Sehubungan itu, Christina menegaskan kementeriannya akan terus memperkukuh usaha menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan budaya melalui penglibatan masyarakat dan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi serta penggiat industri. #MalaysiaMadani #taatsetia #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #mknsabah Sumber: Utusan Borneo Online
Markdown
- [INTRANET](https://www.mkn.gov.my/intranet/) - [WEBMAIL](https://mail.mkn.gov.my/) [Facebook](https://www.facebook.com/MKNJPM "Facebook")[Twitter](https://twitter.com/MKNJPM "Twitter")[Instagram](https://www.instagram.com/mkn_rasmi "Instagram")[Rss](https://www.mkn.gov.my/web/ms/feed/ "Rss") ## [![Laman Web MKN](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/Logo-bm-1.png)](https://www.mkn.gov.my/?v=1) - [Laman Utama](https://www.mkn.gov.my/) - [KORPORAT]() - [Sejarah](https://www.mkn.gov.my/web/ms/sejarah-mkn/) - [Visi & Misi](https://www.mkn.gov.my/web/ms/visi-misi/) - [Pengurusan Tertinggi](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-tertinggi/) - [Objektif Strategik MKN](https://www.mkn.gov.my/web/ms/objektif-stategik-mkn/) - [Nilai Teras](https://www.mkn.gov.my/web/ms/nilai-teras/) - [Ketua Pegawai Maklumat (CIO)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/ketua-pegawai-maklumat-cio/) - [AWAM]() - [SISPAA](https://mkn.spab.gov.my/eApps/login/LoginAccount/login.do) - [10 Langkah Mudah Kesedaran Siber](https://www.mkn.gov.my/web/ms/10-langkah-mudah-kesedaran-siber/http://www.mkn.gov.my/web/ms/10-langkah-mudah-kesedaran-siber/) - [Akta MKN 2016](https://www.mkn.gov.my/web/ms/akta-mkn/) - [Penyelidikan Saintifik Marin](https://www.mkn.gov.my/web/ms/penyelidikan-saintifik-marin/) - [MKN Negeri](https://www.mkn.gov.my/web/hubungi-kami/) - [Prosedur Tapisan Keselamatan Perunding Asing](https://www.mkn.gov.my/web/ms/prosedur-tapisan-keselamatan-perunding-asing/) - [Dasar Keselamatan Negara](https://www.mkn.gov.my/web/ms/dasar-keselamatan-negara/) - [Dasar Keselamatan Perlindungan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/dasar-keselamatan-perlindungan/) - [Muat Turun Dokumen](https://www.mkn.gov.my/web/ms/muat-turun-dokumen/) - [WARGA]() - [Intranet](https://www.mkn.gov.my/intranet) - [eTempahan](http://etempahan.mkn.gov.my/) - [Aplikasi Kerajaan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/06/30/regatta-lepa-semporna-bukti-kukuh-warisan-budaya-sabah/) - [HRMIS](http://www.eghrmis.gov.my/) - [e-Penyata Gaji](http://www.anm.gov.my/index.html) - [e-Filing](https://ez.hasil.gov.my/) - [e-Perolehan](https://www.eperolehan.gov.my/) - [COVID-19](https://www.mkn.gov.my/web/ms/covid-19/) - [Parameter Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Berfasa](https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/27-Jun-2021-Parameter-Pelaksanaan-Pelan-Pemulihan-Negara-Berfasa.pdf) - [Fasa Peralihan ke Endemik](https://www.mkn.gov.my/web/ms/fasa-peralihan-ke-endemik/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA](https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-perintah-kawalan-pergerakan/) - [SOP PKPD](https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpd/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 1](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-1/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 2](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-2/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 3](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-3/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 4](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-4/) - [Arkib SOP](https://www.mkn.gov.my/web/ms/arkib-sop/) - [WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN](https://www.mkn.gov.my/web/ms/warta-kerajaan-persekutuan/) - [Talian Hotline COVID-19 Agensi Kerajaan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/talian-hotline-covid-19-agensi-kerajaan/) - [Hospital Rujukan Bagi Mengendalikan Kes Yang Disyaki (PUI) Dan Sahih COVID-19](https://www.mkn.gov.my/web/ms/hospital-rujukan-covid-19/) - [Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/bilik-gerakan-jabatan-kebajikan-masyarakat-jkm/) - [PROKLAMASI DARURAT 2021](https://www.mkn.gov.my/web/ms/proklamasi-darurat-2021/) Primary Menu [![Laman Web MKN](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/Logo-bm-1.png)](https://www.mkn.gov.my/?v=1) # REGATTA LEPA SEMPORNA BUKTI KUKUH WARISAN BUDAYA SABAH 30 Jun 2025 ![](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2025/06/MKNS2-9-960x540.jpg) Facebook 0 Twitter 0 WhatsApp **TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur, Alexander Liew.** SEMPORNA: Penganjuran Regatta Lepa Semporna ke-30 tahun ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memartabatkan warisan budaya serta memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan budaya utama di negara ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, sambutan meriah acara itu bukan sahaja mencerminkan kekayaan tradisi etnik Bajau Semporna, malah turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Katanya, kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh penganjuran acara kebudayaan seperti Regatta Lepa kerana ia bukan sahaja memperlihatkan keindahan warisan negeri, tetapi juga menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. “Antara sorotan utama edisi kali ini termasuk persembahan strategik oleh pasukan keselamatan yang berjaya menonjolkan kesiapsiagaan dan tahap keselamatan di Semporna sebagai destinasi pelancongan. “Persembahan ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pelancong bahawa Semporna adalah kawasan yang selamat dan bersedia menerima kehadiran pelawat,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Regatta Lepa Semporna 2025 di sini, semalam. Sementara itu katanya, penyertaan semula Lepa Tradisi yang menampilkan lapan perahu tradisional telah mencuri tumpuan ramai dan memberi nafas baharu kepada tradisi masyarakat Bajau Laut. Katanya, ini satu perkembangan yang cukup membanggakan kerana usaha menghidupkan kembali Lepa Tradisi berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. “Regatta kali ini turut mencipta sejarah apabila program tarian IgalTon yang melibatkan lebih 1,500 peserta berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai tarian Igal-Igal terbesar yang pernah diadakan. “Lebih membanggakan, pelancong luar negara turut serta dalam program ini, menjadikan ia simbol perpaduan budaya yang sebenar,” katanya. Menurutnya, dalam usaha memperluaskan pengaruh warisan budaya, satu lagi inisiatif julung kali diadakan iaitu Simposium Busana Tradisi Bajau yang menjadi platform kepada golongan beliawanis untuk meneroka bidang pembuatan pakaian tradisional. “Kita mahu belia, khususnya wanita muda, melihat bidang ini bukan sekadar warisan tetapi juga peluang ekonomi dalam industri pelancongan dan kreatif,” katanya. Sehubungan itu, Christina menegaskan kementeriannya akan terus memperkukuh usaha menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan budaya melalui penglibatan masyarakat dan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi serta penggiat industri. **\#MalaysiaMadani \#taatsetia \#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama \#mknsabah** Sumber: Utusan Borneo Online #### Artikel/Berita Terkini [![](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2026/04/Poster-Artikel-2025-22-150x150.jpg)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/fakta-impak-krisis-tenaga-global-terhadap-malaysia/) #### [FAKTA IMPAK KRISIS TENAGA GLOBAL TERHADAP MALAYSIA](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/fakta-impak-krisis-tenaga-global-terhadap-malaysia/) Malaysia ialah pengimport minyak mentah untuk menampung keperluan domestik: 🚗 Penggunaan minyak mentah domestik: ±700,000 tong sehari 🛳️ Pengeluaran minyak … [Maklumat Lanjut](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/fakta-impak-krisis-tenaga-global-terhadap-malaysia/) [![](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2026/04/Poster-Artikel-2025-21-150x150.jpg)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/penjara-tiga-tahun-jika-guna-mykad-orang-lain-untuk-beli-petrol/) #### [PENJARA TIGA TAHUN JIKA GUNA MYKAD ORANG LAIN UNTUK BELI PETROL](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/penjara-tiga-tahun-jika-guna-mykad-orang-lain-untuk-beli-petrol/) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain termasuk milik ahli keluarga sendiri … [Maklumat Lanjut](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/penjara-tiga-tahun-jika-guna-mykad-orang-lain-untuk-beli-petrol/) [![](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2026/04/jpj-1-150x150.jpg)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/program-mylesen-jpj-negeri-melaka-peringkat-ujian-bertulis-dan-kelas-kpp/) #### [PROGRAM MYLESEN JPJ NEGERI MELAKA PERINGKAT UJIAN BERTULIS DAN KELAS KPP](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/program-mylesen-jpj-negeri-melaka-peringkat-ujian-bertulis-dan-kelas-kpp/) Melaka – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka telah melaksanakan Program MyLesen JPJ Negeri Melaka yang melibatkan sesi Kelas Kurikulum … [Maklumat Lanjut](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/04/06/program-mylesen-jpj-negeri-melaka-peringkat-ujian-bertulis-dan-kelas-kpp/) [![](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2025/06/Laman-Web-35-150x150.png)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/06/30/%F0%9D%97%A3%F0%9D%97%A5%F0%9D%97%A2%F0%9D%97%9A%F0%9D%97%A5%F0%9D%97%94%F0%9D%97%A0-%F0%9D%97%9D%F0%9D%97%A8%F0%9D%97%94%F0%9D%97%9F%F0%9D%97%94%F0%9D%97%A1-%F0%9D%97%A5%F0%9D%97%94%F0%9D%97%9B-211/) previous post ##### [𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/06/30/%F0%9D%97%A3%F0%9D%97%A5%F0%9D%97%A2%F0%9D%97%9A%F0%9D%97%A5%F0%9D%97%94%F0%9D%97%A0-%F0%9D%97%9D%F0%9D%97%A8%F0%9D%97%94%F0%9D%97%9F%F0%9D%97%94%F0%9D%97%A1-%F0%9D%97%A5%F0%9D%97%94%F0%9D%97%9B-211/) [![](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2025/07/MKNS1-150x150.jpg)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/07/01/lelaki-dikhuatiri-terjun-sungai-ditemukan-lemas/) next post ##### [LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/07/01/lelaki-dikhuatiri-terjun-sungai-ditemukan-lemas/) #### PENGUMUMAN **Cegah dan Kawal** \- Penyakit Demam Denggi di Musim Banjir **Cerita 71** \- Dengar dan langgan secara PERCUMA podcast MKN bagi mengikuti perkembangan keselamatan negara di platform Apple Podcast, Spotify & Google Podcast Anda mangsa scam? Sila hubungi NSRC (Pusat Respons Scam Kebangsaan) di talian **997** **SEMASA BANJIR** - Dapatkan maklumat situasi terkini yang sahih & Berpindah SEGERA apabila diarahkan #### TAG [Keselamatan Siber](https://www.mkn.gov.my/web/ms/keselamatan-siber/) [Keselamatan Wilayah Darat, Maritim & Udara](https://www.mkn.gov.my/web/ms/keselamatan-wilayah-darat-maritim-udara/) [Komunikasi Strategik](https://www.mkn.gov.my/web/ms/komunikasi-strategik/) [Pembangunan Kapasiti dan Pembangunan Modal Insan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-organisasi-pembangunan-keselamatan/pembangunan-kapasiti-dan-pembangunan-modal-insan-ms/) [Pembangunan Keselamatan Strategik](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-organisasi-pembangunan-keselamatan/pembangunan-keselamatan-strategik/) [Pengurusan Keselamatan & Geostrategi](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-keselamatan-geostrategi/) [Pengurusan Keselamatan Negeri](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengursan-keselamatan-negeri/) [Pengurusan Kewangan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-organisasi-pembangunan-keselamatan/pengurusan-kewangan/) [Pengurusan Organisasi & Pembangunan Keselamatan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-organisasi-pembangunan-keselamatan/) [Pengurusan Teknologi Maklumat](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-organisasi-pembangunan-keselamatan/pengurusan-teknologi-maklumat/) [Persatuan & Rekreasi](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-organisasi-pembangunan-keselamatan/persatuan-rekreasi/) ![](https://www.mkn.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/mkn-web.png) Sila imbas kod QR untuk paparan mudah alih Tarikh Kemaskini: #### Majlis Keselamatan Negara **Jabatan Perdana Menteri, Aras LG & G, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya, Malaysia Tel : 603-8872 6817 (Urusan Am Pejabat) & 603-8888 2010 (Pertanyaan SOP) \|** **Fax : 603-8888 3021 \| e-mel: webmaster\[at\]mkn\[dot\]gov\[dot\]my** **[PENAFIAN](https://www.mkn.gov.my/web/ms/penafian/) [DASAR PRIVASI](https://www.mkn.gov.my/web/ms/dasar-privasi/) [DASAR KESELAMATAN](https://www.mkn.gov.my/web/ms/dasar-keselamatan/) [ARKIB](https://www.mkn.gov.my/web/ms/arkib/)** #### PAUTAN LUAR [Pejabat Perdana Menteri](https://www.pmo.gov.my/) [Pejabat Timbalan Perdana Menteri](https://dpmo.jpm.gov.my/) [Pejabat Ketua Setiausaha Negara](https://www.ksn.gov.my/) [Suruhanjaya Perkhidmatan Awam](http://www.spa.gov.my/) [Jabatan Perkhidmatan Awam](https://www.jpa.gov.my/) [MAMPU](https://www.mampu.gov.my/) [MyGovernment](https://www.malaysia.gov.my/portal/index/) Hak Cipta Terpelihara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Malaysia. [![Laman Web MKN](https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/Logo-bm-1.png)](https://www.mkn.gov.my/?v=1) [Facebook](https://www.facebook.com/MKNJPM "Facebook")[Twitter](https://twitter.com/MKNJPM "Twitter")[Instagram](https://www.instagram.com/mkn_rasmi "Instagram")[Rss](https://www.mkn.gov.my/web/ms/feed/ "Rss") - [Laman Utama](https://www.mkn.gov.my/) - [KORPORAT]() - [Sejarah](https://www.mkn.gov.my/web/ms/sejarah-mkn/) - [Visi & Misi](https://www.mkn.gov.my/web/ms/visi-misi/) - [Pengurusan Tertinggi](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pengurusan-tertinggi/) - [Objektif Strategik MKN](https://www.mkn.gov.my/web/ms/objektif-stategik-mkn/) - [Nilai Teras](https://www.mkn.gov.my/web/ms/nilai-teras/) - [Ketua Pegawai Maklumat (CIO)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/ketua-pegawai-maklumat-cio/) - [AWAM]() - [SISPAA](https://mkn.spab.gov.my/eApps/login/LoginAccount/login.do) - [10 Langkah Mudah Kesedaran Siber](https://www.mkn.gov.my/web/ms/10-langkah-mudah-kesedaran-siber/http://www.mkn.gov.my/web/ms/10-langkah-mudah-kesedaran-siber/) - [Akta MKN 2016](https://www.mkn.gov.my/web/ms/akta-mkn/) - [Penyelidikan Saintifik Marin](https://www.mkn.gov.my/web/ms/penyelidikan-saintifik-marin/) - [MKN Negeri](https://www.mkn.gov.my/web/hubungi-kami/) - [Prosedur Tapisan Keselamatan Perunding Asing](https://www.mkn.gov.my/web/ms/prosedur-tapisan-keselamatan-perunding-asing/) - [Dasar Keselamatan Negara](https://www.mkn.gov.my/web/ms/dasar-keselamatan-negara/) - [Dasar Keselamatan Perlindungan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/dasar-keselamatan-perlindungan/) - [Muat Turun Dokumen](https://www.mkn.gov.my/web/ms/muat-turun-dokumen/) - [WARGA]() - [Intranet](https://www.mkn.gov.my/intranet) - [eTempahan](http://etempahan.mkn.gov.my/) - [Aplikasi Kerajaan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/06/30/regatta-lepa-semporna-bukti-kukuh-warisan-budaya-sabah/) - [HRMIS](http://www.eghrmis.gov.my/) - [e-Penyata Gaji](http://www.anm.gov.my/index.html) - [e-Filing](https://ez.hasil.gov.my/) - [e-Perolehan](https://www.eperolehan.gov.my/) - [COVID-19](https://www.mkn.gov.my/web/ms/covid-19/) - [Parameter Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Berfasa](https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/27-Jun-2021-Parameter-Pelaksanaan-Pelan-Pemulihan-Negara-Berfasa.pdf) - [Fasa Peralihan ke Endemik](https://www.mkn.gov.my/web/ms/fasa-peralihan-ke-endemik/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA](https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-perintah-kawalan-pergerakan/) - [SOP PKPD](https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpd/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 1](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-1/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 2](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-2/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 3](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-3/) - [PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 4](https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-4/) - [Arkib SOP](https://www.mkn.gov.my/web/ms/arkib-sop/) - [WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN](https://www.mkn.gov.my/web/ms/warta-kerajaan-persekutuan/) - [Talian Hotline COVID-19 Agensi Kerajaan](https://www.mkn.gov.my/web/ms/talian-hotline-covid-19-agensi-kerajaan/) - [Hospital Rujukan Bagi Mengendalikan Kes Yang Disyaki (PUI) Dan Sahih COVID-19](https://www.mkn.gov.my/web/ms/hospital-rujukan-covid-19/) - [Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)](https://www.mkn.gov.my/web/ms/bilik-gerakan-jabatan-kebajikan-masyarakat-jkm/) - [PROKLAMASI DARURAT 2021](https://www.mkn.gov.my/web/ms/proklamasi-darurat-2021/)
Readable Markdown
**TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur, Alexander Liew.** SEMPORNA: Penganjuran Regatta Lepa Semporna ke-30 tahun ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memartabatkan warisan budaya serta memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan budaya utama di negara ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, sambutan meriah acara itu bukan sahaja mencerminkan kekayaan tradisi etnik Bajau Semporna, malah turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Katanya, kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh penganjuran acara kebudayaan seperti Regatta Lepa kerana ia bukan sahaja memperlihatkan keindahan warisan negeri, tetapi juga menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. “Antara sorotan utama edisi kali ini termasuk persembahan strategik oleh pasukan keselamatan yang berjaya menonjolkan kesiapsiagaan dan tahap keselamatan di Semporna sebagai destinasi pelancongan. “Persembahan ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pelancong bahawa Semporna adalah kawasan yang selamat dan bersedia menerima kehadiran pelawat,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Regatta Lepa Semporna 2025 di sini, semalam. Sementara itu katanya, penyertaan semula Lepa Tradisi yang menampilkan lapan perahu tradisional telah mencuri tumpuan ramai dan memberi nafas baharu kepada tradisi masyarakat Bajau Laut. Katanya, ini satu perkembangan yang cukup membanggakan kerana usaha menghidupkan kembali Lepa Tradisi berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. “Regatta kali ini turut mencipta sejarah apabila program tarian IgalTon yang melibatkan lebih 1,500 peserta berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai tarian Igal-Igal terbesar yang pernah diadakan. “Lebih membanggakan, pelancong luar negara turut serta dalam program ini, menjadikan ia simbol perpaduan budaya yang sebenar,” katanya. Menurutnya, dalam usaha memperluaskan pengaruh warisan budaya, satu lagi inisiatif julung kali diadakan iaitu Simposium Busana Tradisi Bajau yang menjadi platform kepada golongan beliawanis untuk meneroka bidang pembuatan pakaian tradisional. “Kita mahu belia, khususnya wanita muda, melihat bidang ini bukan sekadar warisan tetapi juga peluang ekonomi dalam industri pelancongan dan kreatif,” katanya. Sehubungan itu, Christina menegaskan kementeriannya akan terus memperkukuh usaha menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan budaya melalui penglibatan masyarakat dan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi serta penggiat industri. **\#MalaysiaMadani \#taatsetia \#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama \#mknsabah** Sumber: Utusan Borneo Online
Shard43 (laksa)
Root Hash10220004067384979243
Unparsed URLmy,gov,mkn!www,/web/ms/2025/06/30/regatta-lepa-semporna-bukti-kukuh-warisan-budaya-sabah/ s443