🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 106 (from laksa152)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
7 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.3 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.mekanika.com.my/berbaloi-ke-toyota-camry-hev-rm-248000/
Last Crawled2026-04-12 15:25:40 (7 days ago)
First Indexed2025-09-09 08:01:53 (7 months ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleBERBALOI KE TOYOTA CAMRY HEV RM 248,000? | Mekanika
Meta DescriptionCamry XV80 ini ibarat atok umur 65 tahun, baru pencen, tapi tak nak kalah dengan dunia. Dia buang kain pelikat terus pakai skinny jeans dengan kasut sneakers putih. Lepas hitamkan rambu dengan dye, spray minyak wangi, atok terus ajak awek umur 23 keluar dating. Bezanya, sebab atok ada duit pencen KWSP yang lebat, awek muda, Camry XV80 ini ibarat atok umur 65 tahun, baru pencen, tapi tak nak kalah dengan dunia. Dia buang kain pelikat terus pakai skinny jeans dengan kasut s
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Camry XV80 ini ibarat atok umur 65 tahun, baru pencen, tapi tak nak kalah dengan dunia. Dia buang kain pelikat terus pakai skinny jeans dengan kasut sneakers putih. Lepas hitamkan rambu dengan dye, spray minyak wangi, atok terus ajak awek umur 23 keluar dating. Bezanya, sebab atok ada duit pencen KWSP yang lebat, awek muda memang tak kisah langsung. Kalau dulu Camry adalah kereta yang sinonim dengan bos untuk dipandu balik kampung dan ke pejabat tapi sekarang Toyota Camry seakan menjadi lebih muda. Toyota merombak balik rekaan Camry dengan konsep hammerhead sporty, dashboard Lexus style, skrin besar, dan kusyen dengan ciri ventilasi. Camry boleh diibaratkan sebagai Tom Cruise, semakin tua semakin ranggi. Dengan generasi terbaru, Camry XV80, Toyota nampak macam sudah ambil keputusan untuk buang imej tua itu terus ke longkang, dan bina semula jenama Camry sebagai sport-luxury sedan. Lampu depan direka nipis lengkap dengan LED DRL yang tajam, seolah-olah mata seekor jerung hammerhead. Rekaan korporat baru ini telah digunakan dari Prius baharu sampai Crown, dan kini Camry, semuanya menggunakan bahasa rekaan yang sama. Hasilnya, muka depan Camry ni nampak lebih agresif, moden, dan ada karakter yang betul-betul fresh. Gril bawah pula direka lebar penuh dalam bentuk trapezoid, tapi kali ni tak nampak canggung. Ia lebih berintegrasi dengan bumper, tidak macam dulu yang nampak besar untuk suka-suka. Sekali pandang, boleh kata Camry ni ada aura kereta konsep yang dah masuk production. Sisi badan Camry XV80 lebih clean berbanding generasi XV70. Kalau dulu ada garisan fancy dan chrome yang agak banyak, kali ni Toyota pilih jalan lebih smooth dan minimalis, tapi perumah diberi bentuk lebih berotot. Jadi dari jauh nampak elegan, tapi bila dekat nampak berotot. Macam pakai suit tailor-made tapi ada six-pack tersorok di dalam. Berbeza dengan varian luar negara yang menggunakan LED bar, lampu LED belakang direka dengan huruf C memberikan identiti moden. Namun pada masa sama bahasa badan membawa sedikit DNA Lexus, terutamanya model IS dan ES. Kalau XV70 dulu nampak elegan tapi agak selamat , XV80 ni datang dengan visual lebih tajam, lebih garang, dan lebih yakin. Senang cerita, ini bukan lagi kereta bos yang balik kerja terus pergi main golf. Ini kereta bos yang balik kerja, terus tukar sneakers, lepak kafe hipster, sambil orang muda pun respect. Di bawah bonet, Camry XV80 memperkenalkan trenkuasa hibrid baru iaitu Toyota Hybrid System generasi ke 5 yang terdiri daripada enjin 2500cc 4-silinder dengan kod A25A-FXS. Enjin yang beroperasi dengan kitaran Atkinson ini menjana 188 PS dan 221 Nm. Itu baru dari enjin. Di sebelahnya ada motor elektrik yang menghasilkan136 PS dan 208 Nm. Gabungan kuasa adalah sekitar 230 PS dan 275 Nm. Atas kertas nampak OK, tapi di atas jalan raya, trenkuasa hybrid Toyota ni lebih kepada menghantar kuasa yang lancar, linear, dan efisyen. Sistem hibrid ini beroperasi dalam 3 mode iaitu Parallel Mode – Enjin petrol dan motor elektrik sama-sama menhgerakkan tayar. Series Mode – Enjin petrol hidup semata-mata untuk menjadi “generator bergerak”, menjana elektrik untuk motor. EV Mode – Kalau bateri cukup, motor elektrik je yang kerja. Senyap, lancar, dan sesuai short distance dalam bandar. Walaupun angka kuasa nampak sederhana, hybrid Camry ni terkenal dengan respons awal yang segera sebab motor elektrik terus supply torque. Bila cruising pula, enjin petrol masuk dengan senyap tanpa drama. Transisi antara elektrik dan petrol pun smooth, sampai kadang kau tak sedar bila Camry menukar mode pemanduan. Kalau kau pernah masuk Camry XV70 dulu, dashboard dia memang pelik. Ada garisan melengkung ke arah pemandu, penuh lekuk seperti designer tengah boring bermain dengan garisan. Infotainment screen pulak seolah-olah skrin TV ditampal dan nampak janggal, seperti komponen aftermarket yang dipaksa masuk. Lapisan papan pemuka memang ada soft-touch, tapi dicampur dengan corak kayu palsu yang menghasilkan suasana mewah untuk atok 70an. Paparan meter pun masih menggunakan analog dengan skrin kecil, membuatkan Camry nampak tua berbanding pesaing. Dashboard Camry XV80 kali ini lebih kemas, dengan tema bentangan secara mendatar ala Lexus ES/IS. Rekaan nampak ringkas tapi rasa mahal dan timeless . Skrin multimedia sekarang dibesarkan menjadi 12.3 inci, dan diintegrasikan terus dalam panel. Tak ada lagi rupa TV CRT. Paparan skrin grafik lebih sharp, respons cepat, dan user interface lebih premium. Secara keseluruhan, interior Camry baru ni dah betul-betul naik kelas. Dari “old-school executive” terus jadi junior Lexus. Kalau design dan trenkuasa dah buat orang pandang semula Camry, interior generasi XV80 ni pula confirm buat pesaing gelabah. Toyota memang berusaha keras kali ni, bawa masuk ciri-ciri yang biasanya khas untuk Lexus. Sistem penyaman udara mengunakan butang fizikal dengan paparan digital, mudah untuk digunakan dan “touch hell” macam trend sesetengah brand sekarang. Kemasan kulit atau material lembut dibalut kemas, lengkap dengan kemasan benang, siap dengan pencahayaan kabin yang menaikkan suasana premium. Sistem multimedia turut menggunakan skrin bersaiz 12.3 inci, (dengan wireless Apple Car Play & Android Auto). Lantunan bunyi ini disalurkan menerusi 9 pembesar suara JBL lengkap dengan sistem Subwoofer Plus Paparan meter sekarang menggunakan paparan digital penuh bersaiz 12.3 inci dan Camry mengekalkan ciri Head-Up Display (HUD). Jauh berbeza dengan meter analog zaman XV70 dulu. Namun ciri terbaru yang dipasang pada Camry XV80 HEV ialah bumbung panaromik Sebagai jenama konservatif, jarang sekali Toyota memasang bumbung kaca di bumbung melainkan terpaksa memenuhi permintaan pelanggan. Kusyen depan pula diberikan ciri ventilasi selain bantuan kuasa elektrik dengan ciri memori. Pemandu juga boleh melaras kedudukan stering dengan ciri bantuan kuasa elektrik Camry bukan lupa penumpang belakang. Ada 3 zon Auto Climate Control, di mana penumpang belakang boleh melaras suhu sendiri. Dari perehat tangan tengah, mereka juga boleh mengawal kekuatan penyaman udara, sunshade, sistem audio, malah mengubah sudut sandar kerusi untuk lebih selesa. Memang ala-ala chauffeur-driven Terdapat 2 poin USB Type C dibahagian belakang, 1 di bahagian depan dan 1 pengecaj telefon tanpa wayar di sebelah tombol gear. Ruang kargo sekitar 427 liter cukup luas untuk keluar bekerja atau membawa anak-anak bercuri Dengan semua ni, jelas Toyota nak pastikan Camry bukan sekadar sedan besar seles”, tapi betul-betul satu pakej luxury sporty sedan yang boleh bagi pengalaman setaraf premium brand. Pengalaman Pemanduan – Hybrid Tapi Masih Ada Jiwa Camry HEV bukan kereta drag, tapi ia boleh memecut dari 0–100 km/j dalam 7.8 saat dan mencapai halaju maksima 190 km/j. Limit tu datang dari sistem hybrid, bukan sebab enjin malas. Dengan penggunaan minyak sekitar 18–19 km/l, anda boleh dapat lebih kurang 720 km untuk sekali isi penuh, walaupun teorinya mampu sampai 775 km jika anda pandu dengan iman Ada tiga mode yang disediakan iaitu Eco, Normal, Power yang ubah respon pedal mengikut situasi, respon enjin dan juga kawalan penyaman udara apabila digunakan. Camry menggunakan sistem Power Split Device (PSD), iaitu kombinasi 2 motor elektrik dan input enjin dalam satu set planetry gear, Secara teknikal ia bukan CVT tapi ia dinamakan sebagai e-CVT bagi memudahkan pengguna. Tapi Toyota sudah memprogram ECU supaya Power Split Devoce ini menghasilkan rasa seperti gear auto 6 kelajuan. Apabila paddle shift digunakan, komputer lock ratio tertentu dalam PSD, menjadikan seolah-olah gear sedang bertukar. Lagi best apabila Toyota Camry berupaya menghasilkan bunyi enjin dan memberi respon throttle supaya matching dengan “gear” tu. Hasilnya, anda rasa dan dengar macam ada gear sebenar. Malah ia membuatkan anda berfikir ini adalah gear 6 AT yang sebenar Pedal brake bukan sporty seperti GR Yaris, tapi cukup yakin. Dalam situasi kecemasan, brek memang menggigit dengan konsisten. Malah dalam situasi brek kecemasan Camry kekal straight dan tiada isu dive walaupun tayar sudah mula berkokok kuat. Ini part yang Toyota betul-betul polish. Camry XV80 dapat tuning suspensi yang lagi keras berbanding XV70, tapi masih kekal selesa. Versi XV70 2020 dulu lembut, manakala 2022 jadi keras sikit. Tapi versi XV80 2025 menjadi lebih keras, tapi sangat seimbang. Analogi dia macam kek cheese dimana XV70 dulu sangat lembut. Namun XV80 ni berubah menjadi cheesecake dengan lapisan biskut premium. Bila Camry dipandu laju memasuki selekoh, kereta tak membuai. Ia stabil dan meyakinkan, tapi tak sampai tahap kereta sport. Suspension & Handling – TNGA-K Versi Updated Toyota memang tak buang asas TNGA-K platform, tapi untuk Camry XV80 sistem suspensi diperhalusi sampai terasa berbeza. Toyota menambah poin spot welding dan menggunakan lebih banyak structural adhesive pada platform. Hasilnya casis jadi jauh lebih tegar dan suspension boleh kerja dengan lebih tepat, jadi kereta tak ada rasa membuai bila cruising atau bila masuk selekoh laju. Suspensi McPherson di roda depan juga turut ditala semula. Strut angle dan lower arm geometry direka semula untuk mendapat camber gain yang lebih konsisten masa cornering. Dalam bahasa mudah, tayar depan maintain lebih contact patch bila Camry dipandu dalam selekoh. Hasilnya steering jadi lebih linear. Suspensi Double Wishbone belakang turut menerima pembaharian dengan penggunaan pelapik getah baru yang lebih keras, supaya kereta kurang squat masa anda pijak pedal minyak. Dan kurang dive bila brek kecemasan dibuat. Penyerap hentak belakang direka dengan injap baru, bagi menjadikan serapan terasa lebih natural dan tidak melantun-lantun macam model lama. Suspension sekarang ada dua karakter. Initial stroke adalah lembut untuk menyerap permukaan jalan rosak dan menjadikan selesa. Tapi apabila suspensi ditekan lebih, ia terasa semakin keras, memberi rasa stabil dan yakin Toyota Safety Sense 3.0 Dalam aspek keselamatan, Camry generasi baru menerima sistem TSS 3.0 berbanding model lama XV70 yang menggunakan Toyota Safety Sense (TSS 2.5+). Versi ni bukan sekadar peningkatan software, tapi merangkumi pakej perkakasan terkini seperti kamera dan radar resolusi lebih tinggi. Ia menawarkan: Pre-Collision System (PCS) – lebih bijak mengesan pejalan kaki & penunggang basikal, termasuk dalam keadaan gelap. Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) – ikut kereta depan lebih lancar dan boleh handle stop-and-go traffic tanpa tersentap. Lane Tracing Assist (LTA) – lane centering lebih naturalseperti dipandu manusia tak macam robot cuba rampas stereng. Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist akan elak terkeluar lorong kalau terleka. Road Sign Assist (RSA) – baca papan tanda jalan tunjuk pada meter. TSS 3.0 juga dipasang dengan ciri Panoramic View Monitor 360° . Uniknya, sistem ini menawarkan ciri 540° wide angle view yang lebih luas (termasuk di bawah kereta), gambar lebih jelas, warna lebih natural, dan kualiti waktu malam lebih baik. Toyota Camry XV80 Hybrid ni ibarat seorang atok yang tiba-tiba keluar rumah dengan seluar baggy, menari breakdance depan cucu, dan siap buat pembedahan plastik supaya nampak muda lagi. Camry HEV 2025 masih ada aura matang, tapi dalam masa sama nak tunjuk yang dia boleh join budak muda . Bezanya kali ni, dia bukan sekadar bergaya kosong, Camry ada otot, ada stamina, dan ada teknologi bijak yang buatkan dia relevan dalam dunia penuh Tesla, BYD dan geng EV baru. Apa pendapat anda dengan harga Toyota Camry HEV 2025 mencapai RM 248,000?
Markdown
- [Menu](https://www.mekanika.com.my/berbaloi-ke-toyota-camry-hev-rm-248000/) [![Mekanika](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2017/03/logo-mekanika-v7.png)](https://www.mekanika.com.my/ "Mekanika") - [UTAMA](https://www.mekanika.com.my/) - [BULETIN](https://www.mekanika.com.my/category/buletin/) - [ARTIKEL PILIHAN](https://www.mekanika.com.my/category/artikel-pilihan/) - [MODIFIKASI](https://www.mekanika.com.my/category/modifikasi/) - [MOTOSIKAL](https://www.mekanika.com.my/category/motosikal/) - [PANDU UJI](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) - [PERANTI](https://www.mekanika.com.my/category/peranti/) - [IKLAN PILIHAN](https://www.mekanika.com.my/category/iklan-pilihan/) - [HUBUNGI KAMI](https://www.mekanika.com.my/hubungi-kami/) - [DISCLAIMER](https://www.mekanika.com.my/privacy-policy/) ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/2-1-700x470.jpg) [Home](https://www.mekanika.com.my/)*/*[Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/)*/*BERBALOI KE TOYOTA CAMRY HEV RM 248,000? [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) # BERBALOI KE TOYOTA CAMRY HEV RM 248,000? [Mohd Farhan Alias](https://www.mekanika.com.my/author/farhan/ "Mohd Farhan Alias")09/09/2025 Camry XV80 ini ibarat atok umur 65 tahun, baru pencen, tapi tak nak kalah dengan dunia. Dia buang kain pelikat terus pakai *skinny* jeans dengan kasut sneakers putih. Lepas hitamkan rambu dengan dye, spray minyak wangi, atok terus ajak awek umur 23 keluar dating. Bezanya, sebab atok ada duit pencen KWSP yang lebat, awek muda memang tak kisah langsung. Kalau dulu Camry adalah kereta yang sinonim dengan bos untuk dipandu balik kampung dan ke pejabat tapi sekarang Toyota Camry seakan menjadi lebih muda. Toyota merombak balik rekaan Camry dengan konsep hammerhead sporty, dashboard Lexus style, skrin besar, dan kusyen dengan ciri ventilasi. Camry boleh diibaratkan sebagai Tom Cruise, semakin tua semakin ranggi. Dengan generasi terbaru, Camry XV80, Toyota nampak macam sudah ambil keputusan untuk buang imej tua itu terus ke longkang, dan bina semula jenama Camry sebagai sport-luxury sedan. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/1-1.jpg) Lampu depan direka nipis lengkap dengan LED DRL yang tajam, seolah-olah mata seekor jerung hammerhead. Rekaan korporat baru ini telah digunakan dari Prius baharu sampai Crown, dan kini Camry, semuanya menggunakan bahasa rekaan yang sama. Hasilnya, muka depan Camry ni nampak lebih agresif, moden, dan ada karakter yang betul-betul fresh. Gril bawah pula direka lebar penuh dalam bentuk trapezoid, tapi kali ni tak nampak canggung. Ia lebih berintegrasi dengan bumper, tidak macam dulu yang nampak besar untuk suka-suka. Sekali pandang, boleh kata Camry ni ada aura kereta konsep yang dah masuk production. Sisi badan Camry XV80 lebih *clean* berbanding generasi XV70. Kalau dulu ada garisan *fancy* dan chrome yang agak banyak, kali ni Toyota pilih jalan lebih *smooth* dan minimalis, tapi perumah diberi bentuk lebih berotot. Jadi dari jauh nampak elegan, tapi bila dekat nampak berotot. Macam pakai suit tailor-made tapi ada six-pack tersorok di dalam. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/3-1.jpg) Berbeza dengan varian luar negara yang menggunakan LED bar, lampu LED belakang direka dengan huruf C memberikan identiti moden. Namun pada masa sama bahasa badan membawa sedikit DNA Lexus, terutamanya model IS dan ES. Kalau XV70 dulu nampak elegan tapi agak selamat , XV80 ni datang dengan visual lebih tajam, lebih garang, dan lebih yakin. Senang cerita, ini bukan lagi kereta bos yang balik kerja terus pergi main golf. Ini kereta bos yang balik kerja, terus tukar sneakers, lepak kafe hipster, sambil orang muda pun respect. Di bawah bonet, Camry XV80 memperkenalkan trenkuasa hibrid baru iaitu Toyota Hybrid System generasi ke 5 yang terdiri daripada enjin 2500cc 4-silinder dengan kod A25A-FXS. Enjin yang beroperasi dengan kitaran Atkinson ini menjana 188 PS dan 221 Nm. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/4-1.jpg) Itu baru dari enjin. Di sebelahnya ada motor elektrik yang menghasilkan136 PS dan 208 Nm. Gabungan kuasa adalah sekitar 230 PS dan 275 Nm. Atas kertas nampak OK, tapi di atas jalan raya, trenkuasa hybrid Toyota ni lebih kepada menghantar kuasa yang lancar, linear, dan efisyen. Sistem hibrid ini beroperasi dalam 3 mode iaitu - **Parallel Mode** – Enjin petrol dan motor elektrik sama-sama menhgerakkan tayar. - **Series Mode** – Enjin petrol hidup semata-mata untuk menjadi “generator bergerak”, menjana elektrik untuk motor. - **EV Mode** – Kalau bateri cukup, motor elektrik je yang kerja. Senyap, lancar, dan sesuai short distance dalam bandar. Walaupun angka kuasa nampak sederhana, hybrid Camry ni terkenal dengan **respons awal yang segera** sebab motor elektrik terus supply torque. Bila cruising pula, enjin petrol masuk dengan senyap tanpa drama. Transisi antara elektrik dan petrol pun smooth, sampai kadang kau tak sedar bila Camry menukar mode pemanduan. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/5-1.jpg) Kalau kau pernah masuk Camry XV70 dulu, dashboard dia memang pelik. Ada garisan melengkung ke arah pemandu, penuh lekuk seperti *designer* tengah boring bermain dengan garisan. Infotainment screen pulak seolah-olah skrin TV ditampal dan nampak janggal, seperti komponen *aftermarket* yang dipaksa masuk. Lapisan papan pemuka memang ada soft-touch, tapi dicampur dengan corak kayu palsu yang menghasilkan suasana mewah untuk atok 70an. Paparan meter pun masih menggunakan analog dengan skrin kecil, membuatkan Camry nampak tua berbanding pesaing. Dashboard Camry XV80 kali ini lebih kemas, dengan tema bentangan secara mendatar ala Lexus ES/IS. Rekaan nampak ringkas tapi rasa mahal dan *timeless*. Skrin multimedia sekarang dibesarkan menjadi 12.3 inci, dan diintegrasikan terus dalam panel. Tak ada lagi rupa TV CRT. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/6-1.jpg) Paparan skrin grafik lebih sharp, respons cepat, dan user interface lebih premium. Secara keseluruhan, interior Camry baru ni dah betul-betul naik kelas. Dari “old-school executive” terus jadi junior Lexus. Kalau design dan trenkuasa dah buat orang pandang semula Camry, interior generasi XV80 ni pula confirm buat pesaing gelabah. Toyota memang berusaha keras kali ni, bawa masuk ciri-ciri yang biasanya khas untuk Lexus. Sistem penyaman udara mengunakan butang fizikal dengan paparan digital, mudah untuk digunakan dan “touch hell” macam trend sesetengah brand sekarang. Kemasan kulit atau material lembut dibalut kemas, lengkap dengan kemasan benang, siap dengan pencahayaan kabin yang menaikkan suasana premium. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/7-1.jpg) Sistem multimedia turut menggunakan skrin bersaiz 12.3 inci, (dengan wireless Apple Car Play & Android Auto). Lantunan bunyi ini disalurkan menerusi 9 pembesar suara JBL lengkap dengan sistem Subwoofer Plus Paparan meter sekarang menggunakan paparan digital penuh bersaiz 12.3 inci dan Camry mengekalkan ciri Head-Up Display (HUD). Jauh berbeza dengan meter analog zaman XV70 dulu. Namun ciri terbaru yang dipasang pada Camry XV80 HEV ialah bumbung panaromik Sebagai jenama konservatif, jarang sekali Toyota memasang bumbung kaca di bumbung melainkan terpaksa memenuhi permintaan pelanggan. Kusyen depan pula diberikan ciri ventilasi selain bantuan kuasa elektrik dengan ciri memori. Pemandu juga boleh melaras kedudukan stering dengan ciri bantuan kuasa elektrik ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/8.jpg) Camry bukan lupa penumpang belakang. Ada 3 zon Auto Climate Control, di mana penumpang belakang boleh melaras suhu sendiri. Dari perehat tangan tengah, mereka juga boleh mengawal kekuatan penyaman udara, sunshade, sistem audio, malah mengubah sudut sandar kerusi untuk lebih selesa. Memang ala-ala chauffeur-driven Terdapat 2 poin USB Type C dibahagian belakang, 1 di bahagian depan dan 1 pengecaj telefon tanpa wayar di sebelah tombol gear. Ruang kargo sekitar 427 liter cukup luas untuk keluar bekerja atau membawa anak-anak bercuri Dengan semua ni, jelas Toyota nak pastikan Camry bukan sekadar sedan besar seles”, tapi betul-betul satu pakej luxury sporty sedan yang boleh bagi pengalaman setaraf premium brand. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/9.jpg) #### **Pengalaman Pemanduan – Hybrid Tapi Masih Ada Jiwa** Camry HEV bukan kereta drag, tapi ia boleh memecut dari 0–100 km/j dalam 7.8 saat dan mencapai halaju maksima 190 km/j. Limit tu datang dari sistem hybrid, bukan sebab enjin malas. Dengan penggunaan minyak sekitar 18–19 km/l, anda boleh dapat lebih kurang 720 km untuk sekali isi penuh, walaupun teorinya mampu sampai 775 km jika anda pandu dengan iman Ada tiga mode yang disediakan iaitu Eco, Normal, Power yang ubah respon pedal mengikut situasi, respon enjin dan juga kawalan penyaman udara apabila digunakan. Camry menggunakan sistem Power Split Device (PSD), iaitu kombinasi 2 motor elektrik dan input enjin dalam satu set planetry gear, Secara teknikal ia bukan CVT tapi ia dinamakan sebagai e-CVT bagi memudahkan pengguna. Tapi Toyota sudah memprogram ECU supaya Power Split Devoce ini menghasilkan rasa seperti gear auto 6 kelajuan. Apabila paddle shift digunakan, komputer lock ratio tertentu dalam PSD, menjadikan seolah-olah gear sedang bertukar. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/10.jpg) Lagi best apabila Toyota Camry berupaya menghasilkan bunyi enjin dan memberi respon throttle supaya matching dengan “gear” tu. Hasilnya, anda rasa dan dengar macam ada gear sebenar. Malah ia membuatkan anda berfikir ini adalah gear 6 AT yang sebenar Pedal brake bukan sporty seperti GR Yaris, tapi cukup yakin. Dalam situasi kecemasan, brek memang menggigit dengan konsisten. Malah dalam situasi brek kecemasan Camry kekal straight dan tiada isu dive walaupun tayar sudah mula berkokok kuat. Ini part yang Toyota betul-betul polish. Camry XV80 dapat tuning suspensi yang lagi keras berbanding XV70, tapi masih kekal selesa. Versi XV70 2020 dulu lembut, manakala 2022 jadi keras sikit. Tapi versi XV80 2025 menjadi lebih keras, tapi sangat seimbang. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/11.jpg) Analogi dia macam kek cheese dimana XV70 dulu sangat lembut. Namun XV80 ni berubah menjadi cheesecake dengan lapisan biskut premium. Bila Camry dipandu laju memasuki selekoh, kereta tak membuai. Ia stabil dan meyakinkan, tapi tak sampai tahap kereta sport. #### **Suspension & Handling – TNGA-K Versi Updated** Toyota memang tak buang asas TNGA-K platform, tapi untuk Camry XV80 sistem suspensi diperhalusi sampai terasa berbeza. Toyota menambah poin spot welding dan menggunakan lebih banyak structural adhesive pada platform. Hasilnya casis jadi jauh lebih tegar dan suspension boleh kerja dengan lebih tepat, jadi kereta tak ada rasa membuai bila cruising atau bila masuk selekoh laju. Suspensi McPherson di roda depan juga turut ditala semula. Strut angle dan lower arm geometry direka semula untuk mendapat camber gain yang lebih konsisten masa cornering. Dalam bahasa mudah, tayar depan maintain lebih *contact patch* bila Camry dipandu dalam selekoh. Hasilnya steering jadi lebih linear. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/12.jpg) Suspensi Double Wishbone belakang turut menerima pembaharian dengan penggunaan pelapik getah baru yang lebih keras, supaya kereta kurang squat masa anda pijak pedal minyak. Dan kurang dive bila brek kecemasan dibuat. Penyerap hentak belakang direka dengan injap baru, bagi menjadikan serapan terasa lebih natural dan tidak melantun-lantun macam model lama. Suspension sekarang ada dua karakter. Initial stroke adalah lembut untuk menyerap permukaan jalan rosak dan menjadikan selesa. Tapi apabila suspensi ditekan lebih, ia terasa semakin keras, memberi rasa stabil dan yakin #### **Toyota Safety Sense 3.0** Dalam aspek keselamatan, Camry generasi baru menerima sistem TSS 3.0 berbanding model lama XV70 yang menggunakan Toyota Safety Sense (TSS 2.5+). Versi ni bukan sekadar peningkatan software, tapi merangkumi pakej perkakasan terkini seperti kamera dan radar resolusi lebih tinggi. Ia menawarkan: - **Pre-Collision System (PCS)** – lebih bijak mengesan pejalan kaki & penunggang basikal, termasuk dalam keadaan gelap. - **Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)** – ikut kereta depan lebih lancar dan boleh handle stop-and-go traffic tanpa tersentap. - **Lane Tracing Assist (LTA)** – lane centering lebih naturalseperti dipandu manusia tak macam robot cuba rampas stereng. - **Lane Departure Alert (LDA)** dengan Steering Assist akan elak terkeluar lorong kalau terleka. - **Road Sign Assist (RSA)** – baca papan tanda jalan tunjuk pada meter. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/13.jpg) TSS 3.0 juga dipasang dengan ciri **Panoramic View Monitor 360°**. Uniknya, sistem ini menawarkan ciri **540° wide angle view** yang lebih luas (termasuk di bawah kereta), gambar lebih jelas, warna lebih natural, dan kualiti waktu malam lebih baik. Toyota Camry XV80 Hybrid ni ibarat seorang atok yang tiba-tiba keluar rumah dengan seluar baggy, menari breakdance depan cucu, dan siap buat pembedahan plastik supaya nampak muda lagi. Camry HEV 2025 masih ada aura matang, tapi dalam masa sama nak tunjuk yang dia *boleh join budak muda*. Bezanya kali ni, dia bukan sekadar bergaya kosong, Camry ada otot, ada stamina, dan ada teknologi bijak yang buatkan dia relevan dalam dunia penuh Tesla, BYD dan geng EV baru. Apa pendapat anda dengan harga Toyota Camry HEV 2025 mencapai RM 248,000? ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/14.jpg) Tags [BERBALOI KE TOYOTA CAMRY HEV RM 248](https://www.mekanika.com.my/tag/berbaloi-ke-toyota-camry-hev-rm-248/) [Mohd Farhan Alias](https://www.mekanika.com.my/author/farhan/ "Mohd Farhan Alias")09/09/2025 [Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https://www.mekanika.com.my/?p=261103 "Facebook") [X](https://x.com/intent/post?text=BERBALOI%20KE%20TOYOTA%20CAMRY%20HEV%20RM%20248%2C000%3F&url=https://www.mekanika.com.my/?p=261103 "X") [WhatsApp](https://api.whatsapp.com/send?text=BERBALOI%20KE%20TOYOTA%20CAMRY%20HEV%20RM%20248%2C000%3F%20https://www.mekanika.com.my/?p=261103 "WhatsApp") Google ads ### [Mohd Farhan Alias](https://www.mekanika.com.my/author/farhan/) ## Read Next [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 10/04/2026 ## [HYUNDAI SANTA FE, EVOLUSI REKAAN YANG KONTREVERSI](https://www.mekanika.com.my/hyundai-santa-fe-evolusi-rekaan-yang-kontreversi/) [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 05/04/2026 ## [VOLVO XC90 – FACELIFT & FACELIFT. TETAP SEGAK BERGAYA](https://www.mekanika.com.my/volvo-xc90-facelift-facelift-tetap-segak-bergaya/) [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 27/03/2026 ## [VW GOLF 1.5 MHEV, KEMBALINYA KOMPAK PRAKTIKAL & POWER](https://www.mekanika.com.my/vw-golf-1-5-mhev-kembalinya-kompak-praktikal-power/) [Artikel Pilihan](https://www.mekanika.com.my/category/artikel-pilihan/) 16/03/2026 ## [BRIDGESTONE POTENZA ADRENALIN RE005: TAYAR SPORTY UNTUK HARIAN DAN TREK](https://www.mekanika.com.my/bridgestone-potenza-adrenalin-re005-tayar-sporty-untuk-harian-dan-trek/) [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 07/03/2026 ## [LEAPMOTOR B10- DARI RM 99,800 SAHAJA](https://www.mekanika.com.my/leapmotor-b10-dari-rm-99800-sahaja/) [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 24/02/2026 ## [NISSAN KICK IMPUL – GAYA TRACK DAY, PARKING AEON](https://www.mekanika.com.my/nissan-kick-impul-gaya-track-day-parking-aeon/) [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 19/02/2026 ## [PERODUA TRAZ – SUV “TOYOTA” MAMPU MILIK?](https://www.mekanika.com.my/perodua-traz-suv-toyota-mampu-milik/) [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 06/02/2026 ## [MITSUBISHI XFORCE – BERI SAINGAN SENGIT SUV SEGMEN B](https://www.mekanika.com.my/mitsubishi-xforce-beri-saingan-sengit-suv-segmen-b/) [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 02/02/2026 ## [SUHU -30 CELCIUS? ZEEKR 7X KATA KACANG JE….](https://www.mekanika.com.my/zeekr-buktikan-kemampuan-dalam-cuaca-sejuk-ekstrim-suhu-30-celcius/) [Pandu Uji](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) 26/01/2026 ## [TRAK PIKAP BT-50 TAK PERLU WUJUD? TAK CUKUP FEEL MAZDA?](https://www.mekanika.com.my/trak-pikap-bt-50-tak-perlu-wujud-tak-cukup-feel-mazda/) 10/04/2026 ### HYUNDAI SANTA FE, EVOLUSI REKAAN YANG KONTREVERSI 05/04/2026 ### VOLVO XC90 – FACELIFT & FACELIFT. TETAP SEGAK BERGAYA 27/03/2026 ### VW GOLF 1.5 MHEV, KEMBALINYA KOMPAK PRAKTIKAL & POWER 16/03/2026 ### BRIDGESTONE POTENZA ADRENALIN RE005: TAYAR SPORTY UNTUK HARIAN DAN TREK 07/03/2026 ### LEAPMOTOR B10- DARI RM 99,800 SAHAJA 24/02/2026 ### NISSAN KICK IMPUL – GAYA TRACK DAY, PARKING AEON 19/02/2026 ### PERODUA TRAZ – SUV “TOYOTA” MAMPU MILIK? 06/02/2026 ### MITSUBISHI XFORCE – BERI SAINGAN SENGIT SUV SEGMEN B 02/02/2026 ### SUHU -30 CELCIUS? ZEEKR 7X KATA KACANG JE…. 26/01/2026 ### TRAK PIKAP BT-50 TAK PERLU WUJUD? TAK CUKUP FEEL MAZDA? [TQ WULING BINGO SERTAI KERETAPI SARONG 2025 PADA 13 SEPTEMBER INI](https://www.mekanika.com.my/tq-wuling-bingo-sertai-keretapi-sarong-2025-pada-13-september-ini/) [TQ WULING BINGO SERTAI KERETAPI SARONG 2025 PADA 13 SEPTEMBER INI](https://www.mekanika.com.my/tq-wuling-bingo-sertai-keretapi-sarong-2025-pada-13-september-ini/) [ICAUR 03 RASMI MASUK PASARAN TEMPATAN, HARGA DARI RM119K](https://www.mekanika.com.my/icaur-03-rasmi-masuk-pasaran-tempatan-harga-dari-rm119k/) [ICAUR 03 RASMI MASUK PASARAN TEMPATAN, HARGA DARI RM119K](https://www.mekanika.com.my/icaur-03-rasmi-masuk-pasaran-tempatan-harga-dari-rm119k/) Check Also [Close](https://www.mekanika.com.my/berbaloi-ke-toyota-camry-hev-rm-248000/) - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/01/1-1-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/mpv-separa-elektrik-nissan-serena-c28-tak-perlu-caj-beb/) [MPV SEPARA ELEKTRIK – NISSAN SERENA C28. TAK PERLU CAJ BEB](https://www.mekanika.com.my/mpv-separa-elektrik-nissan-serena-c28-tak-perlu-caj-beb/) 21/01/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/01/1-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/honda-en1-elektrik-tapi-dengan-jiwa-kanjo-honda/) [HONDA e:N1 – ELEKTRIK TAPI DENGAN JIWA KANJO HONDA](https://www.mekanika.com.my/honda-en1-elektrik-tapi-dengan-jiwa-kanjo-honda/) 15/01/2026 [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/Mekanika-Style-Banner_BM_336x280.jpg)](https://www.mitsubishi-motors.com.my/model/xforce/?gad_source=1&gad_campaignid=23450188007&gbraid=0AAAAAoxCVuBpmPYjhHOe2DtCBfJ9x2Bdj&gclid=CjwKCAjw-dfOBhAjEiwAq0RwI8g2L3pV4co9sG4ibpzlTb-CWSwqlJn1wc-3zTOEnB28sMbhk0hXnRoCUrUQAvD_BwE) [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/03/Mekanika_DesktopMobile_MREC_Jetour-T2-RAYA.jpg)](https://models.jetour.com.my/t2/) [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/11/380485030_122098138508048855_548004900384406076_n.jpg)](https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fbit.ly%2FCoverlineRoadtaxInsuranceKapcai%3Ffbclid%3DIwZXh0bgNhZW0CMTAAAR0XnBWcTmhxrDnYYnum9bq_Nm2MZxwkZUkj7qkYz41ZSDQjA_DAXBiNEJw_aem_mYHUa9E0y0heZZqw7kcYLQ&h=AT26E2bFnYSQYVlfCTvyqTpvliGcGpbUzAeUiExorEUDjV2oSYHlBGEc4nzEW68wbrE2LJ_z7k3Q4AxIqxPdA2Lj-7AQcAtKhipopaG8juRls4xc9yP4ElZQ-DAAb2XOeF-IzfRD6FfvnqcHAwW_&__tn__=-UK-R&c%5B0%5D=AT06AdemecW8VU-6mXpU97H4zaSP3KyTZQmH82Wx7UAxHqlMFLNMpUJ3c-zRT4rum6C2eIxjEjXK4o53ISM98JySpzoszLR9RVhQOTgTCMME2bFyxa37u2h_ogeVhiSBquBks5dxcaTjwPMKaqjtK6sdqV06sqvOGpotAWjvIqfu6A3EC6k0pGqFYiE-ZhVgNORWcsf9q2MfGY-v3N6tJhM5QNFPVUBCsE5LsWdT_q3rKPm-yo77Ug) KHONDA RAYA 2025 <https://www.youtube.com/watch?v=YR5LdmlXRrw> Sorok Sorok Raya <https://www.youtube.com/watch?v=iiawIivr73Y> Find us on Facebook [Find us on Facebook](http://www.facebook.com/MekanikaMalaysia) Ikuti Kami di Instagram The Instagram Access Token is expired, Go to the Theme options page \> Integrations, to to refresh it. [Follow us](https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/) Subscribe to our channel [Ikuti Kami di Twitter](https://twitter.com/mekanika_my) - [Recent](https://www.mekanika.com.my/berbaloi-ke-toyota-camry-hev-rm-248000/#widget_tabs-6-recent) - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/02/suzuki-dr-z4-2025-mekanika-19-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/rasmi-suzuki-dr-z4s-dr-z4sm-tiba-di-malaysia-rm39888/) [RASMI: SUZUKI DR-Z4S, DR-Z4SM TIBA DI MALAYSIA – RM39,888](https://www.mekanika.com.my/rasmi-suzuki-dr-z4s-dr-z4sm-tiba-di-malaysia-rm39888/) 12/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/tesla-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/cybertruck-hampir-terjun-jambatan-ketika-autopilot-aktif-tesla-disaman-1-juta-usd/) [CYBERTRUCK HAMPIR TERJUN JAMBATAN KETIKA AUTOPILOT AKTIF. TESLA DISAMAN 1 JUTA USD](https://www.mekanika.com.my/cybertruck-hampir-terjun-jambatan-ketika-autopilot-aktif-tesla-disaman-1-juta-usd/) 12/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/kia-corporate-milan-design-week-EV2-concept-mekanika-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/kia-sasar-1-juta-jualan-ev-ev1-jadi-model-mampu-milik-pertama/) [KIA SASAR 1 JUTA JUALAN EV, EV1 JADI MODEL MAMPU MILIK PERTAMA](https://www.mekanika.com.my/kia-sasar-1-juta-jualan-ev-ev1-jadi-model-mampu-milik-pertama/) 10/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/2025-06-2025-byd-shark-6-mekanika-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/byd-shark-6-cab-chassis-2026-diperkenalkan-harga-mula-rm157k/) [BYD SHARK 6 CAB-CHASSIS 2026 DIPERKENALKAN – HARGA MULA RM157K](https://www.mekanika.com.my/byd-shark-6-cab-chassis-2026-diperkenalkan-harga-mula-rm157k/) 10/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/LEAPMOTOR-B05-ULTRA-CHINA-MEKANIKA-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/leapmotor-b05-ultra-debut-di-china-hadir-dengan-gaya-sporty-jarak-gerak-hingga-605km/) [LEAPMOTOR B05 ULTRA DEBUT DI CHINA – HADIR DENGAN GAYA SPORTY, JARAK GERAK HINGGA 605KM](https://www.mekanika.com.my/leapmotor-b05-ultra-debut-di-china-hadir-dengan-gaya-sporty-jarak-gerak-hingga-605km/) 10/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/1-1-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/hyundai-santa-fe-evolusi-rekaan-yang-kontreversi/) [HYUNDAI SANTA FE, EVOLUSI REKAAN YANG KONTREVERSI](https://www.mekanika.com.my/hyundai-santa-fe-evolusi-rekaan-yang-kontreversi/) 10/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/changan-deepal-s05-reev-indo-mekanika-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/deepal-s05-reev-jadi-taruhan-baharu-changan-di-indonesia/) [DEEPAL S05 REEV JADI TARUHAN BAHARU CHANGAN DI INDONESIA](https://www.mekanika.com.my/deepal-s05-reev-jadi-taruhan-baharu-changan-di-indonesia/) 10/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2024/07/E-HAILING-OKU-MEKANIKA-2-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/mot-galak-budaya-carpool-untuk-e-hailing-anthony-loke/) [MOT GALAK BUDAYA ‘CARPOOL’ UNTUK E-HAILING – ANTHONY LOKE](https://www.mekanika.com.my/mot-galak-budaya-carpool-untuk-e-hailing-anthony-loke/) 10/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/honda-vario-125-street-mekanika-3-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/rasmi-honda-vario-125-street-lancar-di-malaysia-rm7468/) [RASMI: HONDA VARIO 125 STREET LANCAR DI MALAYSIA – RM7,468](https://www.mekanika.com.my/rasmi-honda-vario-125-street-lancar-di-malaysia-rm7468/) 09/04/2026 - [![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2026/04/EV-technician-1-Mekanika-220x150.jpg)](https://www.mekanika.com.my/jpj-perkenal-sop-baharu-untuk-bengkel-ev-di-p-pinang/) [JPJ PERKENAL SOP BAHARU UNTUK BENGKEL EV DI P. PINANG](https://www.mekanika.com.my/jpj-perkenal-sop-baharu-untuk-bengkel-ev-di-p-pinang/) 09/04/2026 © Copyright 2026, All Rights Reserved \| [Permotoran Gaya Baru](https://www.mekanika.com.my/) - [Facebook](https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/) - [X](https://twitter.com/mekanika_my) - [YouTube](https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ) - [Instagram](https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/) - [TikTok](https://vt.tiktok.com/ZSRdcSrAM/) [Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https://www.mekanika.com.my/?p=261103 "Facebook") [WhatsApp](https://api.whatsapp.com/send?text=BERBALOI%20KE%20TOYOTA%20CAMRY%20HEV%20RM%20248%2C000%3F%20https://www.mekanika.com.my/?p=261103 "WhatsApp") [Back to top button](https://www.mekanika.com.my/berbaloi-ke-toyota-camry-hev-rm-248000/#go-to-tie-body) [Close](https://www.mekanika.com.my/berbaloi-ke-toyota-camry-hev-rm-248000/) - [UTAMA](https://www.mekanika.com.my/) - [BULETIN](https://www.mekanika.com.my/category/buletin/) - [ARTIKEL PILIHAN](https://www.mekanika.com.my/category/artikel-pilihan/) - [MODIFIKASI](https://www.mekanika.com.my/category/modifikasi/) - [MOTOSIKAL](https://www.mekanika.com.my/category/motosikal/) - [PANDU UJI](https://www.mekanika.com.my/category/pandu-uji/) - [PERANTI](https://www.mekanika.com.my/category/peranti/) - [IKLAN PILIHAN](https://www.mekanika.com.my/category/iklan-pilihan/) - [HUBUNGI KAMI](https://www.mekanika.com.my/hubungi-kami/) - [DISCLAIMER](https://www.mekanika.com.my/privacy-policy/) - [Facebook](https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/) - [X](https://twitter.com/mekanika_my) - [YouTube](https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ) - [Instagram](https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/) - [TikTok](https://vt.tiktok.com/ZSRdcSrAM/)
Readable Markdown
Camry XV80 ini ibarat atok umur 65 tahun, baru pencen, tapi tak nak kalah dengan dunia. Dia buang kain pelikat terus pakai *skinny* jeans dengan kasut sneakers putih. Lepas hitamkan rambu dengan dye, spray minyak wangi, atok terus ajak awek umur 23 keluar dating. Bezanya, sebab atok ada duit pencen KWSP yang lebat, awek muda memang tak kisah langsung. Kalau dulu Camry adalah kereta yang sinonim dengan bos untuk dipandu balik kampung dan ke pejabat tapi sekarang Toyota Camry seakan menjadi lebih muda. Toyota merombak balik rekaan Camry dengan konsep hammerhead sporty, dashboard Lexus style, skrin besar, dan kusyen dengan ciri ventilasi. Camry boleh diibaratkan sebagai Tom Cruise, semakin tua semakin ranggi. Dengan generasi terbaru, Camry XV80, Toyota nampak macam sudah ambil keputusan untuk buang imej tua itu terus ke longkang, dan bina semula jenama Camry sebagai sport-luxury sedan. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/1-1.jpg) Lampu depan direka nipis lengkap dengan LED DRL yang tajam, seolah-olah mata seekor jerung hammerhead. Rekaan korporat baru ini telah digunakan dari Prius baharu sampai Crown, dan kini Camry, semuanya menggunakan bahasa rekaan yang sama. Hasilnya, muka depan Camry ni nampak lebih agresif, moden, dan ada karakter yang betul-betul fresh. Gril bawah pula direka lebar penuh dalam bentuk trapezoid, tapi kali ni tak nampak canggung. Ia lebih berintegrasi dengan bumper, tidak macam dulu yang nampak besar untuk suka-suka. Sekali pandang, boleh kata Camry ni ada aura kereta konsep yang dah masuk production. Sisi badan Camry XV80 lebih *clean* berbanding generasi XV70. Kalau dulu ada garisan *fancy* dan chrome yang agak banyak, kali ni Toyota pilih jalan lebih *smooth* dan minimalis, tapi perumah diberi bentuk lebih berotot. Jadi dari jauh nampak elegan, tapi bila dekat nampak berotot. Macam pakai suit tailor-made tapi ada six-pack tersorok di dalam. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/3-1.jpg) Berbeza dengan varian luar negara yang menggunakan LED bar, lampu LED belakang direka dengan huruf C memberikan identiti moden. Namun pada masa sama bahasa badan membawa sedikit DNA Lexus, terutamanya model IS dan ES. Kalau XV70 dulu nampak elegan tapi agak selamat , XV80 ni datang dengan visual lebih tajam, lebih garang, dan lebih yakin. Senang cerita, ini bukan lagi kereta bos yang balik kerja terus pergi main golf. Ini kereta bos yang balik kerja, terus tukar sneakers, lepak kafe hipster, sambil orang muda pun respect. Di bawah bonet, Camry XV80 memperkenalkan trenkuasa hibrid baru iaitu Toyota Hybrid System generasi ke 5 yang terdiri daripada enjin 2500cc 4-silinder dengan kod A25A-FXS. Enjin yang beroperasi dengan kitaran Atkinson ini menjana 188 PS dan 221 Nm. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/4-1.jpg) Itu baru dari enjin. Di sebelahnya ada motor elektrik yang menghasilkan136 PS dan 208 Nm. Gabungan kuasa adalah sekitar 230 PS dan 275 Nm. Atas kertas nampak OK, tapi di atas jalan raya, trenkuasa hybrid Toyota ni lebih kepada menghantar kuasa yang lancar, linear, dan efisyen. Sistem hibrid ini beroperasi dalam 3 mode iaitu - **Parallel Mode** – Enjin petrol dan motor elektrik sama-sama menhgerakkan tayar. - **Series Mode** – Enjin petrol hidup semata-mata untuk menjadi “generator bergerak”, menjana elektrik untuk motor. - **EV Mode** – Kalau bateri cukup, motor elektrik je yang kerja. Senyap, lancar, dan sesuai short distance dalam bandar. Walaupun angka kuasa nampak sederhana, hybrid Camry ni terkenal dengan **respons awal yang segera** sebab motor elektrik terus supply torque. Bila cruising pula, enjin petrol masuk dengan senyap tanpa drama. Transisi antara elektrik dan petrol pun smooth, sampai kadang kau tak sedar bila Camry menukar mode pemanduan. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/5-1.jpg) Kalau kau pernah masuk Camry XV70 dulu, dashboard dia memang pelik. Ada garisan melengkung ke arah pemandu, penuh lekuk seperti *designer* tengah boring bermain dengan garisan. Infotainment screen pulak seolah-olah skrin TV ditampal dan nampak janggal, seperti komponen *aftermarket* yang dipaksa masuk. Lapisan papan pemuka memang ada soft-touch, tapi dicampur dengan corak kayu palsu yang menghasilkan suasana mewah untuk atok 70an. Paparan meter pun masih menggunakan analog dengan skrin kecil, membuatkan Camry nampak tua berbanding pesaing. Dashboard Camry XV80 kali ini lebih kemas, dengan tema bentangan secara mendatar ala Lexus ES/IS. Rekaan nampak ringkas tapi rasa mahal dan *timeless*. Skrin multimedia sekarang dibesarkan menjadi 12.3 inci, dan diintegrasikan terus dalam panel. Tak ada lagi rupa TV CRT. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/6-1.jpg) Paparan skrin grafik lebih sharp, respons cepat, dan user interface lebih premium. Secara keseluruhan, interior Camry baru ni dah betul-betul naik kelas. Dari “old-school executive” terus jadi junior Lexus. Kalau design dan trenkuasa dah buat orang pandang semula Camry, interior generasi XV80 ni pula confirm buat pesaing gelabah. Toyota memang berusaha keras kali ni, bawa masuk ciri-ciri yang biasanya khas untuk Lexus. Sistem penyaman udara mengunakan butang fizikal dengan paparan digital, mudah untuk digunakan dan “touch hell” macam trend sesetengah brand sekarang. Kemasan kulit atau material lembut dibalut kemas, lengkap dengan kemasan benang, siap dengan pencahayaan kabin yang menaikkan suasana premium. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/7-1.jpg) Sistem multimedia turut menggunakan skrin bersaiz 12.3 inci, (dengan wireless Apple Car Play & Android Auto). Lantunan bunyi ini disalurkan menerusi 9 pembesar suara JBL lengkap dengan sistem Subwoofer Plus Paparan meter sekarang menggunakan paparan digital penuh bersaiz 12.3 inci dan Camry mengekalkan ciri Head-Up Display (HUD). Jauh berbeza dengan meter analog zaman XV70 dulu. Namun ciri terbaru yang dipasang pada Camry XV80 HEV ialah bumbung panaromik Sebagai jenama konservatif, jarang sekali Toyota memasang bumbung kaca di bumbung melainkan terpaksa memenuhi permintaan pelanggan. Kusyen depan pula diberikan ciri ventilasi selain bantuan kuasa elektrik dengan ciri memori. Pemandu juga boleh melaras kedudukan stering dengan ciri bantuan kuasa elektrik ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/8.jpg) Camry bukan lupa penumpang belakang. Ada 3 zon Auto Climate Control, di mana penumpang belakang boleh melaras suhu sendiri. Dari perehat tangan tengah, mereka juga boleh mengawal kekuatan penyaman udara, sunshade, sistem audio, malah mengubah sudut sandar kerusi untuk lebih selesa. Memang ala-ala chauffeur-driven Terdapat 2 poin USB Type C dibahagian belakang, 1 di bahagian depan dan 1 pengecaj telefon tanpa wayar di sebelah tombol gear. Ruang kargo sekitar 427 liter cukup luas untuk keluar bekerja atau membawa anak-anak bercuri Dengan semua ni, jelas Toyota nak pastikan Camry bukan sekadar sedan besar seles”, tapi betul-betul satu pakej luxury sporty sedan yang boleh bagi pengalaman setaraf premium brand. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/9.jpg) #### **Pengalaman Pemanduan – Hybrid Tapi Masih Ada Jiwa** Camry HEV bukan kereta drag, tapi ia boleh memecut dari 0–100 km/j dalam 7.8 saat dan mencapai halaju maksima 190 km/j. Limit tu datang dari sistem hybrid, bukan sebab enjin malas. Dengan penggunaan minyak sekitar 18–19 km/l, anda boleh dapat lebih kurang 720 km untuk sekali isi penuh, walaupun teorinya mampu sampai 775 km jika anda pandu dengan iman Ada tiga mode yang disediakan iaitu Eco, Normal, Power yang ubah respon pedal mengikut situasi, respon enjin dan juga kawalan penyaman udara apabila digunakan. Camry menggunakan sistem Power Split Device (PSD), iaitu kombinasi 2 motor elektrik dan input enjin dalam satu set planetry gear, Secara teknikal ia bukan CVT tapi ia dinamakan sebagai e-CVT bagi memudahkan pengguna. Tapi Toyota sudah memprogram ECU supaya Power Split Devoce ini menghasilkan rasa seperti gear auto 6 kelajuan. Apabila paddle shift digunakan, komputer lock ratio tertentu dalam PSD, menjadikan seolah-olah gear sedang bertukar. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/10.jpg) Lagi best apabila Toyota Camry berupaya menghasilkan bunyi enjin dan memberi respon throttle supaya matching dengan “gear” tu. Hasilnya, anda rasa dan dengar macam ada gear sebenar. Malah ia membuatkan anda berfikir ini adalah gear 6 AT yang sebenar Pedal brake bukan sporty seperti GR Yaris, tapi cukup yakin. Dalam situasi kecemasan, brek memang menggigit dengan konsisten. Malah dalam situasi brek kecemasan Camry kekal straight dan tiada isu dive walaupun tayar sudah mula berkokok kuat. Ini part yang Toyota betul-betul polish. Camry XV80 dapat tuning suspensi yang lagi keras berbanding XV70, tapi masih kekal selesa. Versi XV70 2020 dulu lembut, manakala 2022 jadi keras sikit. Tapi versi XV80 2025 menjadi lebih keras, tapi sangat seimbang. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/11.jpg) Analogi dia macam kek cheese dimana XV70 dulu sangat lembut. Namun XV80 ni berubah menjadi cheesecake dengan lapisan biskut premium. Bila Camry dipandu laju memasuki selekoh, kereta tak membuai. Ia stabil dan meyakinkan, tapi tak sampai tahap kereta sport. #### **Suspension & Handling – TNGA-K Versi Updated** Toyota memang tak buang asas TNGA-K platform, tapi untuk Camry XV80 sistem suspensi diperhalusi sampai terasa berbeza. Toyota menambah poin spot welding dan menggunakan lebih banyak structural adhesive pada platform. Hasilnya casis jadi jauh lebih tegar dan suspension boleh kerja dengan lebih tepat, jadi kereta tak ada rasa membuai bila cruising atau bila masuk selekoh laju. Suspensi McPherson di roda depan juga turut ditala semula. Strut angle dan lower arm geometry direka semula untuk mendapat camber gain yang lebih konsisten masa cornering. Dalam bahasa mudah, tayar depan maintain lebih *contact patch* bila Camry dipandu dalam selekoh. Hasilnya steering jadi lebih linear. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/12.jpg) Suspensi Double Wishbone belakang turut menerima pembaharian dengan penggunaan pelapik getah baru yang lebih keras, supaya kereta kurang squat masa anda pijak pedal minyak. Dan kurang dive bila brek kecemasan dibuat. Penyerap hentak belakang direka dengan injap baru, bagi menjadikan serapan terasa lebih natural dan tidak melantun-lantun macam model lama. Suspension sekarang ada dua karakter. Initial stroke adalah lembut untuk menyerap permukaan jalan rosak dan menjadikan selesa. Tapi apabila suspensi ditekan lebih, ia terasa semakin keras, memberi rasa stabil dan yakin #### **Toyota Safety Sense 3.0** Dalam aspek keselamatan, Camry generasi baru menerima sistem TSS 3.0 berbanding model lama XV70 yang menggunakan Toyota Safety Sense (TSS 2.5+). Versi ni bukan sekadar peningkatan software, tapi merangkumi pakej perkakasan terkini seperti kamera dan radar resolusi lebih tinggi. Ia menawarkan: - **Pre-Collision System (PCS)** – lebih bijak mengesan pejalan kaki & penunggang basikal, termasuk dalam keadaan gelap. - **Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)** – ikut kereta depan lebih lancar dan boleh handle stop-and-go traffic tanpa tersentap. - **Lane Tracing Assist (LTA)** – lane centering lebih naturalseperti dipandu manusia tak macam robot cuba rampas stereng. - **Lane Departure Alert (LDA)** dengan Steering Assist akan elak terkeluar lorong kalau terleka. - **Road Sign Assist (RSA)** – baca papan tanda jalan tunjuk pada meter. ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/13.jpg) TSS 3.0 juga dipasang dengan ciri **Panoramic View Monitor 360°**. Uniknya, sistem ini menawarkan ciri **540° wide angle view** yang lebih luas (termasuk di bawah kereta), gambar lebih jelas, warna lebih natural, dan kualiti waktu malam lebih baik. Toyota Camry XV80 Hybrid ni ibarat seorang atok yang tiba-tiba keluar rumah dengan seluar baggy, menari breakdance depan cucu, dan siap buat pembedahan plastik supaya nampak muda lagi. Camry HEV 2025 masih ada aura matang, tapi dalam masa sama nak tunjuk yang dia *boleh join budak muda*. Bezanya kali ni, dia bukan sekadar bergaya kosong, Camry ada otot, ada stamina, dan ada teknologi bijak yang buatkan dia relevan dalam dunia penuh Tesla, BYD dan geng EV baru. Apa pendapat anda dengan harga Toyota Camry HEV 2025 mencapai RM 248,000? ![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2025/09/14.jpg)
Shard106 (laksa)
Root Hash4717195351840831706
Unparsed URLmy,com,mekanika!www,/berbaloi-ke-toyota-camry-hev-rm-248000/ s443