ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.malaysianow.com/my/news/2023/03/28/kerajaan-pulangkan-rm2-1-juta-dikaitkan-1mdb |
| Last Crawled | 2026-04-05 09:13:53 (11 days ago) |
| First Indexed | 2023-03-28 07:52:21 (3 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Kerajaan pulangkan RM2.1 juta dikaitkan 1MDB | MalaysiaNow |
| Meta Description | Kes hari ini adalah yang terakhir daripada 41 entiti yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berusaha mendapatkan semula aset yang dikatakan telah dibayar dengan dana daripada 1MDB. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Kerajaan Malaysia akan memulangkan RM2.1 juta yang didakwa berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dilucut hak daripada dua parti politik serta keluarga bekas Ahli Parlimen Paya Besar Allahyarham Abdul Manan Ismail.
Parti politik itu ialah Badan Perhubungan MCA Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kamal Baharin Omar memberitahu Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada tiga perayu iaitu Badan Perhubungan MCA Pahang, PBRS dan keluarga Abdul Manan dan bersetuju untuk tidak mengemukakan bantahan terhadap rayuan mereka.
Beliau berkata wang dan faedah terakru yang dilucutkan hak oleh kerajaan akan diserahkan kepada ketiga-tiga perayu itu dalam tempoh dua bulan dari hari ini.
Peguam Datuk Ben Chan yang mewakili Badan Perhubungan MCA Pahang memberitahu mahkamah bahawa representasi anak guamnya adalah untuk AGC mempertimbangkan untuk membenarkan rayuannya.
Berikutan itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Kamaludin Md Said membenarkan rayuan perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Dua lagi panel hakim ialah Abu Bakar Jais dan Supang Lian.
Pada 2020, tiga Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM2.1 juta daripada Badan Perhubungan MCA Pahang, PBRS dan keluarga Abdul Manan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pihak pendakwaan melucut hak RM1 juta daripada PBRS, Badan Perhubungan MCA Pahang (RM835,258.19) dan Rohizah Ahmad dan enam yang lain (RM265,146.16).
Pada 30 Januari lepas, pihak pendakwaan menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucut hak wang berjumlah RM21.7 juta milik 11 entiti dan individu termasuk Umno Pekan dan Badan Perhubungan Umno Johor yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.
Pihak lain ialah Jakel Trading Sdn Bhd, Jakel Trading, Barisan Nasional Johor Bahru, Mediaedge CIA Malaysia Sdn Bhd, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Pengarah Strategic Engagement Media Sdn Bhd (CENSE Media) Sim Sai Hoon, AGA Touch Malaysia Sdn Bhd, Yayasan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (Yayasan PBAKM) dan bekas menteri pembangunan tanah dan koperasi Kasitah Gaddam.
Tiga kes hari ini adalah yang terakhir daripada 41 entiti yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusaha mendapatkan semula aset yang dikatakan telah dibayar menggunakan dana 1MDB.
Dalam prosiding hari ini, peguam Avinash Kamalanathan mewakili PBRS, Chan dan Sangeetha Vasanth Kumar mewakili Badan Perhubungan MCA Pahang dan Nur Jehan Abu Bakar mewakili keluarga Abdul Manan.
Turut hadir untuk pendakwaan ialah TPR Samihah Rhazali dan Nik Haslinie Hashim. |
| Markdown | \- Iklan -
Ahad, April 05, 2026
[Tentang](https://www.malaysianow.com/my/about-us)[Pengiklanan](https://www.malaysianow.com/my/advertise-with-us)[Hubungi](https://www.malaysianow.com/my/contact-us)[Pekerjaan](https://www.malaysianow.com/my/work-with-us)
EN
BM
[Search](https://www.malaysianow.com/my/search)
[Facebook](https://www.facebook.com/MNowNews/ "Facebook")
[Instagram](https://www.instagram.com/MNowNews/ "Instagram")
[Twitter](https://twitter.com/MNowNews/ "Twitter")
[LinkedIn](https://www.linkedin.com/company/malaysianow/ "LinkedIn")
[Telegram](https://t.me/malaysianow "Telegram")
[YouTube](https://www.youtube.com/channel/UC315KbRo_fiQ9fbaVUhEK0Q "YouTube")
[Home](https://www.malaysianow.com/my/)
EN
BM
[Open search](https://www.malaysianow.com/my/search)
Open menu
[Utama](https://www.malaysianow.com/my/)[Berita](https://www.malaysianow.com/my/section/news)
[Wacana](https://www.malaysianow.com/my/section/opinion)
[Multimedia](https://www.malaysianow.com/my/section/multimedia)
[Utama](https://www.malaysianow.com/my/)[Berita](https://www.malaysianow.com/my/section/news)[Wacana](https://www.malaysianow.com/my/section/opinion)[Multimedia](https://www.malaysianow.com/my/section/multimedia)
Berita
# Kerajaan pulangkan RM2.1 juta dikaitkan 1MDB
Kes hari ini adalah yang terakhir daripada 41 entiti yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berusaha mendapatkan semula aset yang dikatakan telah dibayar dengan dana daripada 1MDB.
[Bernama](https://www.malaysianow.com/my/author/bernama)
Mac 28, 2023 3:51 petang
2 minit bacaan
Kongsi

Tiga kes hari ini adalah yang terakhir daripada 41 entiti yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusaha mendapatkan semula aset yang dikatakan telah dibayar menggunakan dana 1MDB. Gambar: AFP
\- Iklan -
### Terkini
[Anwar kemuka persoalan mengenai saman Yusoff Rawther, mohon sekat media dan orang awam di mahkamah April 3, 2026 10:53 malam](https://www.malaysianow.com/my/news/2026/04/03/anwar-kemuka-persoalan-mengenai-saman-yusoff-rawther-mohon-sekat-media-dan-orang-awam-di-mahkamah)
[Bloomberg dakwa Anwar sekat dedah laporan jawatankuasa siasat saham Azam Mac 30, 2026 11:53 tengahari](https://www.malaysianow.com/my/news/2026/03/30/bloomberg-dakwa-anwar-sekat-dedah-laporan-jawatankuasa-siasat-saham-azam)
[Mengapa Iran benarkan kapal Malaysia di Selat Hormuz? Mac 28, 2026 1:34 tengahari](https://www.malaysianow.com/my/opinion/2026/03/28/mengapa-iran-benarkan-kapal-malaysia-di-selat-hormuz)
[Harga RON95 dan diesel melonjak: Adakah rakyat Malaysia tertipu? Mac 26, 2026 7:24 malam](https://www.malaysianow.com/my/opinion/2026/03/26/harga-ron95-dan-diesel-melonjak-adakah-rakyat-malaysia-tertipu)
[Kerajaan pertimbang potong kuota subsidi, pengguna bakal bayar dua kali ganda harga RON95 Mac 26, 2026 1:33 tengahari](https://www.malaysianow.com/my/news/2026/03/26/kerajaan-pertimbang-potong-kuota-subsidi-pengguna-bakal-bayar-dua-kali-ganda-harga-ron95)
Kerajaan Malaysia akan memulangkan RM2.1 juta yang didakwa berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dilucut hak daripada dua parti politik serta keluarga bekas Ahli Parlimen Paya Besar Allahyarham Abdul Manan Ismail.
Parti politik itu ialah Badan Perhubungan MCA Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kamal Baharin Omar memberitahu Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada tiga perayu iaitu Badan Perhubungan MCA Pahang, PBRS dan keluarga Abdul Manan dan bersetuju untuk tidak mengemukakan bantahan terhadap rayuan mereka.
Beliau berkata wang dan faedah terakru yang dilucutkan hak oleh kerajaan akan diserahkan kepada ketiga-tiga perayu itu dalam tempoh dua bulan dari hari ini.
Peguam Datuk Ben Chan yang mewakili Badan Perhubungan MCA Pahang memberitahu mahkamah bahawa representasi anak guamnya adalah untuk AGC mempertimbangkan untuk membenarkan rayuannya.
Berikutan itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Kamaludin Md Said membenarkan rayuan perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Dua lagi panel hakim ialah Abu Bakar Jais dan Supang Lian.
Pada 2020, tiga Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM2.1 juta daripada Badan Perhubungan MCA Pahang, PBRS dan keluarga Abdul Manan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pihak pendakwaan melucut hak RM1 juta daripada PBRS, Badan Perhubungan MCA Pahang (RM835,258.19) dan Rohizah Ahmad dan enam yang lain (RM265,146.16).
Pada 30 Januari lepas, pihak pendakwaan menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucut hak wang berjumlah RM21.7 juta milik 11 entiti dan individu termasuk Umno Pekan dan Badan Perhubungan Umno Johor yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.
Pihak lain ialah Jakel Trading Sdn Bhd, Jakel Trading, Barisan Nasional Johor Bahru, Mediaedge CIA Malaysia Sdn Bhd, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Pengarah Strategic Engagement Media Sdn Bhd (CENSE Media) Sim Sai Hoon, AGA Touch Malaysia Sdn Bhd, Yayasan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (Yayasan PBAKM) dan bekas menteri pembangunan tanah dan koperasi Kasitah Gaddam.
Tiga kes hari ini adalah yang terakhir daripada 41 entiti yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusaha mendapatkan semula aset yang dikatakan telah dibayar menggunakan dana 1MDB.
Dalam prosiding hari ini, peguam Avinash Kamalanathan mewakili PBRS, Chan dan Sangeetha Vasanth Kumar mewakili Badan Perhubungan MCA Pahang dan Nur Jehan Abu Bakar mewakili keluarga Abdul Manan.
Turut hadir untuk pendakwaan ialah TPR Samihah Rhazali dan Nik Haslinie Hashim.
### Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
[WhatsApp](https://whatsapp.com/channel/0029VadNKUwLikg8nirnlE0U)
[Telegram](https://t.me/malaysianowbm)
### Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Tag[1MDB](https://www.malaysianow.com/my/tag/1mdb)[SPRM](https://www.malaysianow.com/my/tag/sprm)[duit](https://www.malaysianow.com/my/tag/duit)
Kongsi
### Artikel Berkaitan
[  Berita 'Satu atau dua? Ada 8 lagi': Bos SPRM diingatkan jangan memilih dalam mengheret pelaku skandal Sabah ke mahkamah Jun 13, 2025 10:55 pagi](https://www.malaysianow.com/my/news/2025/06/13/satu-atau-dua-ada-8-lagi-bos-sprm-diingatkan-jangan-memilih-dalam-mengheret-pelaku-skandal-sabah-ke-mahkamah)
[  Berita Balu Daim bidas SPRM beku aset sebagai 'perbuatan mencuri', ikrar tidak akan tunduk kepada buli Jun 4, 2025 1:06 tengahari](https://www.malaysianow.com/my/news/2025/06/04/balu-daim-bidas-sprm-beku-aset-sebagai-perbuatan-mencuri-ikrar-tidak-akan-tunduk-kepada-buli)
[  Rencana Nurul Izzah, Azam dan hipokrasi Madani Mei 14, 2025 12:03 tengahari](https://www.malaysianow.com/my/opinion/2025/05/14/nurul-izzah-azam-dan-hipokrasi-madani)
\- Iklan -
### Paling Popular
[Anwar kemuka persoalan mengenai saman Yusoff Rawther, mohon sekat media dan orang awam di mahkamah April 3, 2026 10:53 malam](https://www.malaysianow.com/my/news/2026/04/03/anwar-kemuka-persoalan-mengenai-saman-yusoff-rawther-mohon-sekat-media-dan-orang-awam-di-mahkamah)
## Footer

MalaysiaNow berada di belakang tajuk utama berita dalam negara, membawakan berita, pandangan dan pendapat berkaitan isu dan maklumat terkini kepada anda.
[Facebook](https://www.facebook.com/MNowNews/ "Facebook")
[Instagram](https://www.instagram.com/MNowNews/ "Instagram")
[Twitter](https://twitter.com/MNowNews/ "Twitter")
[LinkedIn](https://www.linkedin.com/company/malaysianow/ "LinkedIn")
[Telegram](https://t.me/malaysianow "Telegram")
[YouTube](https://www.youtube.com/channel/UC315KbRo_fiQ9fbaVUhEK0Q "YouTube")
### Tentang
- [Tentang MalaysiaNow](https://www.malaysianow.com/my/about-us)
- [Pengiklanan Bersama Kami](https://www.malaysianow.com/my/advertise-with-us)
- [Hubungi Kami](https://www.malaysianow.com/my/contact-us)
- [Kerja Dengan Kami](https://www.malaysianow.com/my/work-with-us)
### Terma Penggunaan
- [Terma & Penafian](https://www.malaysianow.com/my/terms-and-disclaimer)
- [Dasar Privasi](https://www.malaysianow.com/my/privacy-policy)
### Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Copyright © 2026 MNow Media Sdn Bhd. All rights reserved. |
| Readable Markdown | Kerajaan Malaysia akan memulangkan RM2.1 juta yang didakwa berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dilucut hak daripada dua parti politik serta keluarga bekas Ahli Parlimen Paya Besar Allahyarham Abdul Manan Ismail.
Parti politik itu ialah Badan Perhubungan MCA Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kamal Baharin Omar memberitahu Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada tiga perayu iaitu Badan Perhubungan MCA Pahang, PBRS dan keluarga Abdul Manan dan bersetuju untuk tidak mengemukakan bantahan terhadap rayuan mereka.
Beliau berkata wang dan faedah terakru yang dilucutkan hak oleh kerajaan akan diserahkan kepada ketiga-tiga perayu itu dalam tempoh dua bulan dari hari ini.
Peguam Datuk Ben Chan yang mewakili Badan Perhubungan MCA Pahang memberitahu mahkamah bahawa representasi anak guamnya adalah untuk AGC mempertimbangkan untuk membenarkan rayuannya.
Berikutan itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Kamaludin Md Said membenarkan rayuan perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Dua lagi panel hakim ialah Abu Bakar Jais dan Supang Lian.
Pada 2020, tiga Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM2.1 juta daripada Badan Perhubungan MCA Pahang, PBRS dan keluarga Abdul Manan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pihak pendakwaan melucut hak RM1 juta daripada PBRS, Badan Perhubungan MCA Pahang (RM835,258.19) dan Rohizah Ahmad dan enam yang lain (RM265,146.16).
Pada 30 Januari lepas, pihak pendakwaan menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucut hak wang berjumlah RM21.7 juta milik 11 entiti dan individu termasuk Umno Pekan dan Badan Perhubungan Umno Johor yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.
Pihak lain ialah Jakel Trading Sdn Bhd, Jakel Trading, Barisan Nasional Johor Bahru, Mediaedge CIA Malaysia Sdn Bhd, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Pengarah Strategic Engagement Media Sdn Bhd (CENSE Media) Sim Sai Hoon, AGA Touch Malaysia Sdn Bhd, Yayasan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (Yayasan PBAKM) dan bekas menteri pembangunan tanah dan koperasi Kasitah Gaddam.
Tiga kes hari ini adalah yang terakhir daripada 41 entiti yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusaha mendapatkan semula aset yang dikatakan telah dibayar menggunakan dana 1MDB.
Dalam prosiding hari ini, peguam Avinash Kamalanathan mewakili PBRS, Chan dan Sangeetha Vasanth Kumar mewakili Badan Perhubungan MCA Pahang dan Nur Jehan Abu Bakar mewakili keluarga Abdul Manan.
Turut hadir untuk pendakwaan ialah TPR Samihah Rhazali dan Nik Haslinie Hashim. |
| Shard | 66 (laksa) |
| Root Hash | 18390364274506471666 |
| Unparsed URL | com,malaysianow!www,/my/news/2023/03/28/kerajaan-pulangkan-rm2-1-juta-dikaitkan-1mdb s443 |