ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.malaysiakini.com/news/487091 |
| Last Crawled | 2025-12-09 08:23:22 (4 months ago) |
| First Indexed | 2019-08-07 12:13:48 (6 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Comel muka pencipta lagu 'Malu Apa Bossku', kata Najib |
| Meta Description | Bekas perdana menteri itu juga memuji suara gadis berkenaan sebagai merdu. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Najib Razak hari ini mendedahkan wajah pencipta lagu yang menggunakan slogan 'Malu Apa Bossku' dalam liriknya, yang dimuat naik di laman Youtube sejak 19 Julai lalu. Dalam satu klip video yang dikongsi Najib di Facebooknya, pencipta lagu dikenali sebagai Nurfazz yang turut bertindak sebagai penulis lirik dan penyanyi itu dilihat mendedangkan petikan lagu tersebut. “Malu Apa Bossku, kita naik Ysuku, kita lawan fitnah tiga suku. "Malu Apa Bossku, ramai yang tertipu, akhirnya kini mulai menyatu. "Malu Apa Bossku, Kita lawan kita radu,” nyanyi Nurfazz dalam rakaman berdurasi 28 saat itu. Najib tidak melepaskan peluang memuji penyanyi itu sebagai “bermuka comel” dan “bersuara merdu”. “Ini wajah pencipta lagu 'Malu apa bossku' versi Nurfazz. Muka comel suara merdu. Mantap!” kata Najib dalam keterangan kiriman Facebook itu yang turut disertakan pautan ke rangkaian Youtube milik Nurfazz yang mengandungi versi penuh lagu tersebut. Di bahagian awal lagu itu, turut diselitkan tentang populariti yang dinikmati Najib kini, berbeza dengan reaksi yang diterima bekas perdana menteri itu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu. “Dulu benci, kini suka, dulu tak tahu mana benar. "Kian hari kian sedar, mereka hanya berdusta "Yang disangka durjana, dialah pembela”. Setakat berita ini ditulis, versi asal lagu tersebut telah mendapat 51,098 tontonan, dengan 1,500 reaksi suka di rangkaian Youtube milik Nurfazz. Dijangkakan video lagu tersebut akan mendapat tontonan lebih tinggi selepas dipromosi oleh Najib di laman sosialnya. |
| Markdown | [EN](https://www.malaysiakini.com/)
[BM](https://www.malaysiakini.com/my)
[ZH](https://www.malaysiakini.com/zh)
[TA](https://malaysiaindru.my/)
[](https://www.malaysiakini.com/my)
[MENU]()
Berita
[Terkini]()
[Global]()
Pendapat
[Kolum]()
[Surat]()
[Ulasan]()
[CartoonKini]()
[Kini Morning Brief]()
Lain-lain
[Makmal Berita]()
[Laporan Khas]()
[Wawancara]()
[Parlimen]()
[KiniTV]()
[Kinihalal]()
Lagi
Hubungi Kami
Paling Popular
Terkini



Berita
Comel muka pencipta lagu 'Malu Apa Bossku', kata Najib
Diterbitkan: Aug 7, 2019 8:04 PM
â‹…
Dikemaskini: 12:04 PM
Najib Razak hari ini mendedahkan wajah pencipta lagu yang menggunakan slogan 'Malu Apa Bossku' dalam liriknya, yang dimuat naik di laman Youtube sejak 19 Julai lalu.
Dalam satu klip video yang dikongsi Najib di Facebooknya, pencipta lagu dikenali sebagai Nurfazz yang turut bertindak sebagai penulis lirik dan penyanyi itu dilihat mendedangkan petikan lagu tersebut.
“Malu Apa Bossku, kita naik Ysuku, kita lawan fitnah tiga suku.
"Malu Apa Bossku, ramai yang tertipu, akhirnya kini mulai menyatu.
"Malu Apa Bossku, Kita lawan kita radu,” nyanyi Nurfazz dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.
Najib tidak melepaskan peluang memuji penyanyi itu sebagai “bermuka comel” dan “bersuara merdu”.
“Ini wajah pencipta lagu 'Malu apa bossku' versi Nurfazz. Muka comel suara merdu. Mantap!” kata Najib dalam keterangan kiriman Facebook itu yang turut disertakan pautan ke rangkaian Youtube milik Nurfazz yang mengandungi versi penuh lagu tersebut.
Di bahagian awal lagu itu, turut diselitkan tentang populariti yang dinikmati Najib kini, berbeza dengan reaksi yang diterima bekas perdana menteri itu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
“Dulu benci, kini suka, dulu tak tahu mana benar.
"Kian hari kian sedar, mereka hanya berdusta
"Yang disangka durjana, dialah pembela”.
Setakat berita ini ditulis, versi asal lagu tersebut telah mendapat 51,098 tontonan, dengan 1,500 reaksi suka di rangkaian Youtube milik Nurfazz.
Dijangkakan video lagu tersebut akan mendapat tontonan lebih tinggi selepas dipromosi oleh Najib di laman sosialnya.
***
*Sertai saluran [WhatsApp Malaysiakini BM](https://www.whatsapp.com/channel/0029VacruLO8kyyJBsdBYN20) sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini\!*
Lihat Komen
ADS
malaysiakini
Tentang
[Tentang Malaysiakini](https://about.malaysiakini.com/)
[Staf](https://about.malaysiakini.com/people)
[Jawatan Kosong](https://www.malaysiakini.com/en/jobs)
[Pengiklanan](https://fgmedia.my/)
[Daftar](https://membership.malaysiakini.com/membership/start?lang=my)
Digital Network
[KiniTV](https://www.kinitv.com/)
[VOIZ Asia](https://voiz.asia/)
[FG Media](https://fgmedia.my/)
[Undi.info](https://undi.info/)
[Kini Academy](https://www.kiniacademy.com/)
[News Metrics](https://metrics.news/)
Terms of use
[Syarat Penggunaan](https://about.malaysiakini.com/terms-of-service)
[Dasar Privasi](https://about.malaysiakini.com/privacy-policy)
Subscription / Tech Support
[\+60 17-323 0707](tel:+60173230707)
[\[email protected\]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection#bccfc9decfdfced5ded9fcd1ddd0ddc5cfd5ddd7d5d2d592dfd3d1)
Editorial
[\[email protected\]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection#4a282b222b392b672f2e233e25380a272b262b3339232b2123242364292527)
Pengiklanan
[\[email protected\]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection#523336243720263b2137123f333e332b213b33393b3c3b7c313d3f)
[\[email protected\]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection#81e0e5f7e4f3f5e8f2e4c1e7e6ece4e5e8e0afecf8)
Hubungi
Mkini Dotcom Sdn Bhd
(199901014818 / 489718-U)
[No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor](https://goo.gl/maps/tA47UvqT2Tz)
RSS Feeds
[Berita](https://www.malaysiakini.com/rss/my/news.rss)
[Kolum](https://www.malaysiakini.com/rss/my/columns.rss)
[Surat](https://www.malaysiakini.com/rss/my/letters.rss)
MK-7.1.2 |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 60 (laksa) |
| Root Hash | 4156652669417989260 |
| Unparsed URL | com,malaysiakini!www,/news/487091 s443 |