šŸ•·ļø Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 60 (from laksa134)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ā„¹ļø Skipped - page is already crawled

🚫
NOT INDEXABLE
āœ…
CRAWLED
6 months ago
šŸ¤–
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffFAILdownload_stamp > now() - 6 MONTH6.9 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.malaysiakini.com/news/156315
Last Crawled2025-09-15 02:31:36 (6 months ago)
First Indexed2017-10-05 09:06:30 (8 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleSultan Johor mansuh kuasa Jaksa Pendamai
Meta DescriptionKeputusan itu dibuat kerana JP yang mempunyai kuasa bersamaan dengan Majistret Kelas Kedua tidak lagi relevan pada masa ini.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, memutuskan untuk memansuhkan jawatan dan kuasa Jaksa Pendamai (JP) di negeri ini serta merta dan tidak akan menganugerahkan tauliah itu. Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata keputusan itu dibuat kerana JP yang mempunyai kuasa bersamaan dengan Majistret Kelas Kedua tidak lagi relevan pada masa ini. "Fungsi Jaksa Pendamai pada ketika ini tidak lagi relevan dan oleh kerana itu Tuanku Sultan Johor memutuskan jawatan terbabit dimansuhkan dengan serta merta dan tauliah mereka dikembali ke Istana," katanya dalam sidang akhbar di Istana Besar di Johor Bahru, hari ini. Beliau berkata, sejak penganugerahan tauliah JP bermula pada 1948 sehingga 1980 seramai 55 individu telah menerimanya, tetapi hanya empat penerima yang masih hidup sehingga hari ini. Menurut Abdul Rahim, penganugerahan JP itu dilakukan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948, dengan penerima hanya mengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300. Katanya, penerima JP Johor kebanyakannya terdiri daripada pegawai tadbir negeri yang menjalankan tugas sebagai JP disebabkan masalah kekurangan majistret di negeri ini tidak lama dulu. Bagaimanapun, ketika ini, katanya, dengan bilangan majistret yang mencukupi di setiap daerah telah menjadikan tugas sebagai JP tidak lagi relevan mengikut peredaran waktu. Sementara itu, Abdul Rahim juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi Sultanah Zanariah Iskandar telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku." Beliau juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi Sultanah Nora Ismail digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku." "Kedua-dua Tunku Puan itu tidak dibenarkan menggunakan gelaran Sultanah," katanya sambil menambah, keistimewaan yang diberikan selari dengan gelaran Sultanah itu turut ditarik balik. Gelaran Diraja Johor bagi Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, disebut sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith di dalam ucapan serta persuratan dan dibahasakan "Tuanku," katanya. - Bernama
Markdown
[EN](https://www.malaysiakini.com/) [BM](https://www.malaysiakini.com/my) [ZH](https://www.malaysiakini.com/zh) [TA](https://malaysiaindru.my/) [![malaysiakini logo](https://static01.newscdn.net/img/mk-logo/mk-logo-my.svg)](https://www.malaysiakini.com/my) [MENU]() Berita [Terkini]() [Global]() Pendapat [Kolum]() [Surat]() [Ulasan]() [CartoonKini]() [Kini Morning Brief]() Lain-lain [Makmal Berita]() [Laporan Khas]() [Wawancara]() [Parlimen]() [KiniTV]() [Kinihalal]() Lagi Hubungi Kami Paling Popular Terkini Lagi berita seperti ini [\#](https://www.malaysiakini.com/my/tag) ![mk-logo](https://static01.newscdn.net/desktop/img/mk-small-logo-50.png) Berita Sultan Johor mansuh kuasa Jaksa Pendamai Diterbitkan: Feb 17, 2011 6:26 PM ā‹… Dikemaskini: 10:29 AM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, memutuskan untuk memansuhkan jawatan dan kuasa Jaksa Pendamai (JP) di negeri ini serta merta dan tidak akan menganugerahkan tauliah itu. ![NONE](https://i.malaysiakini.com/266/101d8e0b2648818b0003114933b7bd1d.jpg) Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata keputusan itu dibuat kerana JP yang mempunyai kuasa bersamaan dengan Majistret Kelas Kedua tidak lagi relevan pada masa ini. "Fungsi Jaksa Pendamai pada ketika ini tidak lagi relevan dan oleh kerana itu Tuanku Sultan Johor memutuskan jawatan terbabit dimansuhkan dengan serta merta dan tauliah mereka dikembali ke Istana," katanya dalam sidang akhbar di Istana Besar di Johor Bahru, hari ini. Beliau berkata, sejak penganugerahan tauliah JP bermula pada 1948 sehingga 1980 seramai 55 individu telah menerimanya, tetapi hanya empat penerima yang masih hidup sehingga hari ini. Menurut Abdul Rahim, penganugerahan JP itu dilakukan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948, dengan penerima hanya mengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300. Katanya, penerima JP Johor kebanyakannya terdiri daripada pegawai tadbir negeri yang menjalankan tugas sebagai JP disebabkan masalah kekurangan majistret di negeri ini tidak lama dulu. Bagaimanapun, ketika ini, katanya, dengan bilangan majistret yang mencukupi di setiap daerah telah menjadikan tugas sebagai JP tidak lagi relevan mengikut peredaran waktu. Sementara itu, Abdul Rahim juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi Sultanah Zanariah Iskandar telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku." Beliau juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi Sultanah Nora Ismail digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku." "Kedua-dua Tunku Puan itu tidak dibenarkan menggunakan gelaran Sultanah," katanya sambil menambah, keistimewaan yang diberikan selari dengan gelaran Sultanah itu turut ditarik balik. Gelaran Diraja Johor bagi Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, disebut sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith di dalam ucapan serta persuratan dan dibahasakan "Tuanku," katanya. *\- Bernama* *** *Sertai saluran [WhatsApp Malaysiakini BM](https://www.whatsapp.com/channel/0029VacruLO8kyyJBsdBYN20) sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini\!* ADS malaysiakini Tentang [Tentang Malaysiakini](https://about.malaysiakini.com/) [Staf](https://about.malaysiakini.com/people) [Jawatan Kosong](https://www.malaysiakini.com/en/jobs) [Pengiklanan](https://fgmedia.my/) [Daftar](https://membership.malaysiakini.com/membership/start?lang=my) Digital Network [KiniTV](https://www.kinitv.com/) [VOIZ Asia](https://voiz.asia/) [FG Media](https://fgmedia.my/) [Undi.info](https://undi.info/) [Kini Academy](https://www.kiniacademy.com/) [News Metrics](https://metrics.news/) Terms of use [Syarat Penggunaan](https://about.malaysiakini.com/terms-of-service) [Dasar Privasi](https://about.malaysiakini.com/privacy-policy) Subscription / Tech Support [\+60 17-323 0707](tel:+60173230707) [\[email protected\]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection#fc8f899e8f9f8e959e99bc919d909d858f959d97959295d29f9391) Editorial [\[email protected\]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection#6a080b020b190b470f0e031e05182a070b060b1319030b0103040344090507) Pengiklanan [\[email protected\]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection#6e0f0a180b1c1a071d0b2e030f020f171d070f05070007400d0103) [\[email protected\]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection#7f1e1b091a0d0b160c1a3f1918121a1b161e511206) Hubungi Mkini Dotcom Sdn Bhd (199901014818 / 489718-U) [No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor](https://goo.gl/maps/tA47UvqT2Tz) RSS Feeds [Berita](https://www.malaysiakini.com/rss/my/news.rss) [Kolum](https://www.malaysiakini.com/rss/my/columns.rss) [Surat](https://www.malaysiakini.com/rss/my/letters.rss) MK-7.1.2
Readable Markdownnull
Shard60 (laksa)
Root Hash4156652669417989260
Unparsed URLcom,malaysiakini!www,/news/156315 s443