ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/ |
| Last Crawled | 2026-04-12 00:11:21 (4 days ago) |
| First Indexed | 2017-11-17 14:06:20 (8 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 5 Risiko Pelaburan Emas Yang Ramai Tak Tahu. Silap Haribulan Boleh Rugi - Majalah Labur |
| Meta Description | Emas menawarkan satu alternatif pelaburan yang menguntungkan. Tapi, kita perlulah ada ilmu nya |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Sub Topik
1. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek
2. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul
3. Perlukan Tempat Simpanan
4. Terlibat Dengan Scam
5. Unsur Riba’
Dr.Zaharuddin Abd Rahman : Jual-Beli & Pelaburan Emas Serta Hukum Hakamnya
Ramai yang cakap, pelaburan emas adalah salah satu aset dan pelaburan yang paling stabil. Senang kata, ia tak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang.
Tapi, benarkah begitu?
Dalam setiap jenis pelaburan, tak kiralah pelaburan saham, hartanah atau unit trust, tentu saja ada risikonya dan pelaburan emas juga tidak terkecuali.
Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam emas.
1. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek
Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke tahun. Tapi, kita perlu faham bahawa emas adalah paling ideal sekiranya dijadikan simpanan dan bukannya pelaburan – kecuali untuk pelaburan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun).
Senang kata, kita boleh membeli emas sekiranya kita ada banyak
duit lebih
(yang memang tak akan dipakai dalam masa terdekat) dan nak duit kita itu ‘selamat’ buat masa yang lama. Ini kerana, nilai emas tetap ada pasang surutnya akibat
supply
dan
demand,
apatah lagi buat jangka masa pendek.
Seperkara lagi, walaupun harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan (gold bullion coin, jongkong emas, wafer, dan sebagainya), emas perhiasan terdedah kepada susut nilai sekitar 25%. Barang kemas ini juga biasanya dibuat daripada emas 916 (91.6% tulen) berbanding emas pelaburan yang diperbuat daripada
fine gold
(999.9). Tambahan pula, kos upahnya juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.
2. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul
Berbeza dengan mata wang, emas bersifat universal kerana ia boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.
Ada beberapa tempat yang kita boleh membeli emas seperti:
Kedai Emas – kalau dibeli dengan harga runcit, biasanya harganya agak tinggi. Maka seeloknya ketahui harga borong dan buat
survey
untuk dapatkan harga terbaik. Kalau nak beli dari kedai-kedai kecil boleh juga, tetapi ada risiko emas palsu atau tidak tulen.
Internet – perlu berhati-hati kerana mungkin ada unsur syubhah di situ apabila ada kelewatan di dalam penyerahan emas.
Bank – ada bank yang patuh syariah yang menjual emas fizikal. Emas atas kertas
(gold pass book)
biasanya tidak patuh syariah.
Di sini saja kita boleh lihat bahawa ia memerlukan ilmu untuk memastikan sumber emas itu benar-benar asli agar tidak dipertikaikan semasa nak menjualnya semula nanti. Di samping itu, penting untuk anda memahami syarat jualan baik atau nilai
buyback
iaitu susut nilai yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
3. Perlukan Tempat Simpanan
Kalau ada emas yang sedikit, bolehlah lagi kita nak simpan di dalam almari bilik atau di mana-mana ‘tempat rahsia’ di rumah. Tapi, kalau ia dah bertambah banyak, mesti kita rasa tak senang duduk. Nak tinggalkan emas di rumah selama 2-3 hari pun, kita dah mula gelisah.
Jadi, jangan lupa beberapa kos tambahan yang turut terlibat dalam pelaburan emas seperti insurans, sewaan peti deposit, atau tempat simpanan yang lain. Ini semua memakan kos juga.
4. Terlibat Dengan
Scam
Sukar dinafikan, dalam ledakan teknologi ini semakin banyak peluang untuk
scammer
mencari mangsa-mangsa penipuan yang bertopengkan perniagaan / pelaburan emas. Malah, tak kurang juga golongan yang menggunakan hadis lemah (dhoif) atau hadis palsu sebagai hujah untuk melariskan perniagaan emas mereka.
Apapun, sebagai pembeli, kita perlu faham bahawa emas
perlu diniagakan secara fizikal
dan keuntungannya diperolehi melalui kenaikan harga emas semasa. Bukannya skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dalam tempoh masa bulanan atau tahunan kerana ini dianggap sebagai salah satu unsur riba’. Banyak syarikat yang menawarkan skim begini telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia ataupun cabut lari.
Ambil iktibar dari kes
Tok Belagak
dengan scam Emas ETA. Skim lain yang masih bebas beroperasi sebegini adalah Zenith Gold.
5. Unsur Riba’
Terakhir sekali, emas adalah merupakan barang ribawi, maka syarat jual beli adalah sangat ketat supaya ianya tidak jatuh hukum riba. Jual beli dan pelaburan emas begitu mudah terdedah kepada unsur riba’ jika penjual dan pembeli sendiri tak
alert
terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Antaranya:
Serah dan terima dalam satu masa
(
Taqabud
)
– Pastikan berlakunya pertukaran serta merta terhadap penyerahan dan pembayaran. Menurut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan penyerahan sijil hakmilik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun hukumnya sah dan harus di sisi Islam. Dengan syarat, sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Tiada penangguhan
– Pembayaran yang terlibat dalam urusniaga ini wajib menggunakan sama ada tunai, kad debit / kad kredit, cek tempatan. Tidak boleh dibayar secara ansuran atau hutang.
Tiada unsur riba’
– Sekiranya kita mahu membuat pelaburan dalam bentuk
akaun pelaburan emas
, seeloknya terdapat satu jaminan atau pengesahan yang diiktiraf oleh Majlis Syariah tertentu. Sebarang bentuk hadiah, dividen, atau faedah adalah tidak dibenarkan syarak. Selain itu, emas tersebut juga perlu dizakatkan apabila cukup tempoh/haul.
*Prinsip Syariah oleh Fatwa Kebangsaan Malaysia selengkapnya boleh didapati di
SINI.
Pelbagaikan Pelaburan
Pokok pangkalnya, emas menawarkan salah satu alternatif pelaburan yang menguntungkan. Tapi, kita perlulah ada ilmunya. Tiada kekayaan yang datang begitu saja tanpa usaha, bukan?
Jumlah yang ideal untuk dilaburkan dalam emas adalah 20% daripada duit lebihan
(surplus).
Bukannya semua labur dekat emas, takut nanti susah bila nak pakai duit – Maklumlah, emas perlu dicairkan terlebih dahulu.
Kesimpulannya,
diversify.
Pelbagaikan sumber-sumber pelaburan anda dalam bentuk yang berlainan agar ia boleh disesuaikan dengan keperluan kita pada masa akan datang.
Dr.Zaharuddin Abd Rahman : Jual-Beli & Pelaburan Emas Serta Hukum Hakamnya
Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan
KAB Gold hari
ini juga.
Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.
Prosesnya sangat mudah:
Layari laman web
https://www.kabgold.my
Lengkapkan borang pendaftaran
Verify emel
Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.
Daftar secara percuma di
KAB Gold
sekarang. |
| Markdown | 

# [Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/ "Majalah Labur")
# [Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/ "Majalah Labur")
- [Laman Utama](https://www.majalahlabur.com/)
- [Belajar Saham](https://www.majalahlabur.com/category/saham/)
- [Beginner](https://www.majalahlabur.com/saham/intro-kepada-pelaburan-saham-di-bursa-malaysia/)
- [Teknikal Analisis (Asas)](https://www.majalahlabur.com/category/saham/technical-analysis/)
- [Teknikal Analisis (Advance)](https://thekapital.my/)
- [Saham Global](https://www.majalahlabur.com/category/saham/saham-global/)
- [E-Book Saham](https://thekapital.onpay.my/)
- [Pelaburan](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/)
- [Emas](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/emas/)
- [Unit Trust](https://www.majalahlabur.com/category/saham-amanah/)
- [Hartanah](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan-hartanah/)
- [Sukuk](https://www.majalahlabur.com/tag/sukuk/)
- [Kewangan](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/)
- [Ilmu Perancangan Harta](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/ilmu-perancangan-harta/)
- [Takaful](https://www.majalahlabur.com/category/takaful/)
- [Pembiayaan](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/pembiayaan/)
- [Bisnes](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/bisnes/)
- [Cukai](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/cukai/)
- [Zakat](https://www.majalahlabur.com/category/zakat/)
- [kad Kredit](https://www.majalahlabur.com/tag/kad-kredit/)
- [Inspirasi](https://www.majalahlabur.com/category/inspirasi/)
- [Forex](https://www.majalahlabur.com/category/forex/)
- [Kripto](https://www.majalahlabur.com/category/kripto/)
- [Laman Utama](https://www.majalahlabur.com/)
- [Tim Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/our-team/)
- [Sertai Kami](https://www.majalahlabur.com/hubungi-kami/)
- [Hubungi](https://www.majalahlabur.com/contacts/)
### Artikel Terkini
[](https://www.majalahlabur.com/saham/dulu-malaysia-kena-cantas-sekarang-kita-balas-kebangkitan-sektor-glove/)
## [Dulu Malaysia Kena Cantas, Sekarang Kita Balas! Kebangkitan Sektor ‘Glove’](https://www.majalahlabur.com/saham/dulu-malaysia-kena-cantas-sekarang-kita-balas-kebangkitan-sektor-glove/ "View Dulu Malaysia Kena Cantas, Sekarang Kita Balas! Kebangkitan Sektor ‘Glove’")
[](https://www.majalahlabur.com/ekonomi/jimat-berlebihan-boleh-melumpuhkan-ekonomi-negara/)
## [Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara](https://www.majalahlabur.com/ekonomi/jimat-berlebihan-boleh-melumpuhkan-ekonomi-negara/ "View Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara")
[](https://www.majalahlabur.com/hebahan/uob-malaysia-menyokong-pelanggan-di-tengah-ketidaktentuan-semasa/)
## [UOB Malaysia Menyokong Pelanggan Di tengah Ketidaktentuan Semasa](https://www.majalahlabur.com/hebahan/uob-malaysia-menyokong-pelanggan-di-tengah-ketidaktentuan-semasa/ "View UOB Malaysia Menyokong Pelanggan Di tengah Ketidaktentuan Semasa")
### Social Connect
##### [Emas](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/emas/), [Pelaburan](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/)
# 5 Risiko Pelaburan Emas Yang Ramai Tak Tahu. Silap Haribulan Boleh Rugi
[Nazurah](https://www.majalahlabur.com/author/nazurah/ "View all posts by Nazurah")
April 1, 2017 7:03 pm
July 26, 2021

Sub Topik
- [1\. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#1_Tak_Sesuai_Untuk_Pelaburan_Jangka_Masa_Pendek)
- [2\. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#2_Perlu_Mencari_Penjual_Pembeli_Yang_Betul)
- [3\. Perlukan Tempat Simpanan](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#3_Perlukan_Tempat_Simpanan)
- [4\. Terlibat Dengan Scam](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#4_Terlibat_Dengan_Scam)
- [5\. Unsur Riba’](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#5_Unsur_Riba)
- [Dr.Zaharuddin Abd Rahman : Jual-Beli & Pelaburan Emas Serta Hukum Hakamnya](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#DrZaharuddin_Abd_Rahman_Jual-Beli_Pelaburan_Emas_Serta_Hukum_Hakamnya)
Ramai yang cakap, pelaburan emas adalah salah satu aset dan pelaburan yang paling stabil. Senang kata, ia tak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang.
Tapi, benarkah begitu?
Dalam setiap jenis pelaburan, tak kiralah pelaburan saham, hartanah atau unit trust, tentu saja ada risikonya dan pelaburan emas juga tidak terkecuali.
Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam emas.
## **1\. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek**
Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke tahun. Tapi, kita perlu faham bahawa emas adalah paling ideal sekiranya dijadikan simpanan dan bukannya pelaburan – kecuali untuk pelaburan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun).
Senang kata, kita boleh membeli emas sekiranya kita ada banyak **duit lebih** (yang memang tak akan dipakai dalam masa terdekat) dan nak duit kita itu ‘selamat’ buat masa yang lama. Ini kerana, nilai emas tetap ada pasang surutnya akibat *supply* dan *demand,* apatah lagi buat jangka masa pendek.
Seperkara lagi, walaupun harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan (gold bullion coin, jongkong emas, wafer, dan sebagainya), emas perhiasan terdedah kepada susut nilai sekitar 25%. Barang kemas ini juga biasanya dibuat daripada emas 916 (91.6% tulen) berbanding emas pelaburan yang diperbuat daripada *fine gold* (999.9). Tambahan pula, kos upahnya juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.
## **2\. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul**
Berbeza dengan mata wang, emas bersifat universal kerana ia boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.
Ada beberapa tempat yang kita boleh membeli emas seperti:
- Kedai Emas – kalau dibeli dengan harga runcit, biasanya harganya agak tinggi. Maka seeloknya ketahui harga borong dan buat *survey* untuk dapatkan harga terbaik. Kalau nak beli dari kedai-kedai kecil boleh juga, tetapi ada risiko emas palsu atau tidak tulen.
- Internet – perlu berhati-hati kerana mungkin ada unsur syubhah di situ apabila ada kelewatan di dalam penyerahan emas.
- Bank – ada bank yang patuh syariah yang menjual emas fizikal. Emas atas kertas *(gold pass book)* biasanya tidak patuh syariah.
Di sini saja kita boleh lihat bahawa ia memerlukan ilmu untuk memastikan sumber emas itu benar-benar asli agar tidak dipertikaikan semasa nak menjualnya semula nanti. Di samping itu, penting untuk anda memahami syarat jualan baik atau nilai *buyback* iaitu susut nilai yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
## **3\. Perlukan Tempat Simpanan**
Kalau ada emas yang sedikit, bolehlah lagi kita nak simpan di dalam almari bilik atau di mana-mana ‘tempat rahsia’ di rumah. Tapi, kalau ia dah bertambah banyak, mesti kita rasa tak senang duduk. Nak tinggalkan emas di rumah selama 2-3 hari pun, kita dah mula gelisah.
Jadi, jangan lupa beberapa kos tambahan yang turut terlibat dalam pelaburan emas seperti insurans, sewaan peti deposit, atau tempat simpanan yang lain. Ini semua memakan kos juga.
## **4\. Terlibat Dengan *Scam***
Sukar dinafikan, dalam ledakan teknologi ini semakin banyak peluang untuk *scammer* mencari mangsa-mangsa penipuan yang bertopengkan perniagaan / pelaburan emas. Malah, tak kurang juga golongan yang menggunakan hadis lemah (dhoif) atau hadis palsu sebagai hujah untuk melariskan perniagaan emas mereka.
Apapun, sebagai pembeli, kita perlu faham bahawa emas **perlu diniagakan secara fizikal** dan keuntungannya diperolehi melalui kenaikan harga emas semasa. Bukannya skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dalam tempoh masa bulanan atau tahunan kerana ini dianggap sebagai salah satu unsur riba’. Banyak syarikat yang menawarkan skim begini telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia ataupun cabut lari.
Ambil iktibar dari kes [Tok Belagak](http://www.bharian.com.my/node/196733) dengan scam Emas ETA. Skim lain yang masih bebas beroperasi sebegini adalah Zenith Gold.
## **5\. Unsur Riba’**
Terakhir sekali, emas adalah merupakan barang ribawi, maka syarat jual beli adalah sangat ketat supaya ianya tidak jatuh hukum riba. Jual beli dan pelaburan emas begitu mudah terdedah kepada unsur riba’ jika penjual dan pembeli sendiri tak *alert* terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Antaranya:
- **Serah dan terima dalam satu masa *(*Taqabud*)*** – Pastikan berlakunya pertukaran serta merta terhadap penyerahan dan pembayaran. Menurut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan penyerahan sijil hakmilik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun hukumnya sah dan harus di sisi Islam. Dengan syarat, sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki.
- **Tiada penangguhan** – Pembayaran yang terlibat dalam urusniaga ini wajib menggunakan sama ada tunai, kad debit / kad kredit, cek tempatan. Tidak boleh dibayar secara ansuran atau hutang.
- **Tiada unsur riba’** – Sekiranya kita mahu membuat pelaburan dalam bentuk **akaun pelaburan emas**, seeloknya terdapat satu jaminan atau pengesahan yang diiktiraf oleh Majlis Syariah tertentu. Sebarang bentuk hadiah, dividen, atau faedah adalah tidak dibenarkan syarak. Selain itu, emas tersebut juga perlu dizakatkan apabila cukup tempoh/haul.
*\*Prinsip Syariah oleh Fatwa Kebangsaan Malaysia selengkapnya boleh didapati di* [*SINI.*](http://zaharuddin.net/pelaburan-%26-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html)

**Pelbagaikan Pelaburan**
Pokok pangkalnya, emas menawarkan salah satu alternatif pelaburan yang menguntungkan. Tapi, kita perlulah ada ilmunya. Tiada kekayaan yang datang begitu saja tanpa usaha, bukan?
Jumlah yang ideal untuk dilaburkan dalam emas adalah 20% daripada duit lebihan *(surplus).* Bukannya semua labur dekat emas, takut nanti susah bila nak pakai duit – Maklumlah, emas perlu dicairkan terlebih dahulu.
Kesimpulannya, *diversify.*
Pelbagaikan sumber-sumber pelaburan anda dalam bentuk yang berlainan agar ia boleh disesuaikan dengan keperluan kita pada masa akan datang.
## Dr.Zaharuddin Abd Rahman : Jual-Beli & Pelaburan Emas Serta Hukum Hakamnya
Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan [KAB Gold hari](https://kabgold.my/introducer/KAB13531) ini juga.
[](https://kabgold.my/introducer/KAB13531)
Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.
Prosesnya sangat mudah:
- Layari laman web [https://www.kabgold.my](https://kabgold.my/introducer/KAB13531)
- Lengkapkan borang pendaftaran
- Verify emel
Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.
Daftar secara percuma di [KAB Gold](https://kabgold.my/introducer/KAB13531) sekarang.
[](https://www.luno.com/invite/F9S7R8)
### Nak Artikel FREEmium?
Previous Article[Takaful Bukan Sekadar Insurans Yang ‘Diislamkan’. Ini 5 Perbezaannya](https://www.majalahlabur.com/takaful/5-perbezaan-takaful-dengan-insurans/)Next Article[Perbezaan Utama Pinjaman Islamik dengan Pinjaman Konvensional](https://www.majalahlabur.com/halal-haram/perbezaan-utama-pinjaman-islam-dengan-pinjaman-konvensional/)
### Baca Juga
- [](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/fcpo/fcpo-mengalami-lantunan-selepas-berlakunya-penurunan/)
[FCPO: Mengalami Lantunan Selepas Berlakunya Penurunan](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/fcpo/fcpo-mengalami-lantunan-selepas-berlakunya-penurunan/)
- [](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/emas/5-faktor-harga-emas-boleh-terus-jatuh/)
[5 Faktor Harga Emas Boleh Terus Jatuh](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/emas/5-faktor-harga-emas-boleh-terus-jatuh/)
- [](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/fcpo/fcpo-fasa-mendatar-sedang-berlangsung/)
[FCPO: Fasa Mendatar Sedang Berlangsung](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/fcpo/fcpo-fasa-mendatar-sedang-berlangsung/)
- [](https://www.majalahlabur.com/ekonomi/perladangan-lima-pertimbangan-utama-untuk-pelaksanaan-b45-b50/)
[Perladangan: Lima Pertimbangan Utama Untuk Pelaksanaan B45/B50](https://www.majalahlabur.com/ekonomi/perladangan-lima-pertimbangan-utama-untuk-pelaksanaan-b45-b50/)
- [](https://www.majalahlabur.com/ekonomi/mmc-syed-mokhtar-pacu-projek-gas-rm3-bilion-di-kedah/)
[MMC & Syed Mokhtar Pacu Projek Gas RM3 Bilion di Kedah](https://www.majalahlabur.com/ekonomi/mmc-syed-mokhtar-pacu-projek-gas-rm3-bilion-di-kedah/)
## [FCPO: Mengalami Lantunan Selepas Berlakunya Penurunan](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/fcpo/fcpo-mengalami-lantunan-selepas-berlakunya-penurunan/ "View FCPO: Mengalami Lantunan Selepas Berlakunya Penurunan")
[Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/author/majalahlabur/ "View all posts by Majalah Labur")
2 days ago
April 10, 2026

- **Kekalkan pegangan belian**
FCPO mencatat lantunan yang kukuh pada hari Khamis dengan menaik MYR57 untuk ditutup pada harga lebih tinggi iaitu MYR4,643. Ia membuka sesi dagangan pada MYR4,570 dan didagangkan dalam lingkungan yang besar, dengan mencapai paras terendah pada MYR4,553 sebelum melantun ke paras tertinggi intrahari pada MYR4,648. Komoditi ini akhirnya ditutup berhampiran paras tertinggi intrahari dengan corak lilin menaik, sekali gus memulih daripada kerugian semasa sesi lepas. Pergerakan harga terkini ini mengesahkan bahawa pedagang yang meramalkan kenaikan harga sudah kembali menguasai pasaran, dan ingin menyambung pergerakan menaik.
Komoditi ini mungkin mencatat cubaan baru untuk menguji paras rintangan terdekat pada MYR4,925. Penembusan atas paras ini akan membuka ruang untuk melanjutkan pergerakan ke arah paras MYR5,100. Bagi pergerakan menurun, paras MYR4,500 terus bertindak sebagai sokongan yang kukuh. Memandangkan struktur kenaikan tetap bertahan, kami kekalkan bias dagangan positif.
Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.
Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 yang diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,925 dan disusuli oleh paras MYR5,100.

[](https://www.luno.com/invite/F9S7R8)
### Carian
[ETHUSD Rates](https://www.tradingview.com/symbols/ETHUSD/?exchange=BITSTAMP) by TradingView
### Bursa Malaysia Stock Watch
[](https://asriahmadacademy.onpay.my/order/form/Webinar-LS-3Okt/PakTeh)
[](https://thekapital.onpay.my/order/form/SwingTradingReloaded/puteri)
### Advertorial
[](https://www.majalahlabur.com/saham/pelaburan-saham-bukan-untuk-mereka-yang-suka-stress/)
## [Pelaburan Saham Bukan Untuk Mereka Yang Suka ‘Stress’](https://www.majalahlabur.com/saham/pelaburan-saham-bukan-untuk-mereka-yang-suka-stress/ "View Pelaburan Saham Bukan Untuk Mereka Yang Suka ‘Stress’")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/swing-trading-vs-day-trading-apa-perbezaannya/)
## [Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya](https://www.majalahlabur.com/saham/swing-trading-vs-day-trading-apa-perbezaannya/ "View Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/saham-global/saham-wall-street-dah-naik-gila-gila-sejak-tariff-direhatkan-tapi-sampai-bila/)
## [Saham Wall Street Dah Naik Gila-Gila Sejak Tariff Direhatkan, Tapi Sampai Bila?](https://www.majalahlabur.com/saham/saham-global/saham-wall-street-dah-naik-gila-gila-sejak-tariff-direhatkan-tapi-sampai-bila/ "View Saham Wall Street Dah Naik Gila-Gila Sejak Tariff Direhatkan, Tapi Sampai Bila?")
### Belajar Saham
1
## [Dulu Malaysia Kena Cantas, Sekarang Kita Balas! Kebangkitan Sektor ‘Glove’](https://www.majalahlabur.com/saham/dulu-malaysia-kena-cantas-sekarang-kita-balas-kebangkitan-sektor-glove/ "View Dulu Malaysia Kena Cantas, Sekarang Kita Balas! Kebangkitan Sektor ‘Glove’")
2
## [Kenanga IB Jangka Momentum Dagangan Bursa Malaysia Kekal Positif Dalam Masa Terdekat](https://www.majalahlabur.com/saham/kenanga-ib-jangka-momentum-dagangan-bursa-malaysia-kekal-positif-dalam-masa-terdekat/ "View Kenanga IB Jangka Momentum Dagangan Bursa Malaysia Kekal Positif Dalam Masa Terdekat")
3
## [Amanah Hartanah Bumiputera Umum Agihan Pendapatan Interim 2.50 Sen Seunit](https://www.majalahlabur.com/hebahan/amanah-hartanah-bumiputera-umum-agihan-pendapatan-interim-2-50-sen-seunit/ "View Amanah Hartanah Bumiputera Umum Agihan Pendapatan Interim 2.50 Sen Seunit")
4
## [Malayan Cement: Prospek Tetap Positif Di Sebalik Ketidaktentuan Pasara](https://www.majalahlabur.com/saham/malayan-cement-prospek-tetap-positif-di-sebalik-ketidaktentuan-pasara/ "View Malayan Cement: Prospek Tetap Positif Di Sebalik Ketidaktentuan Pasara")
5
## [Tenaga – Perdagangan Karbon: Ke Arah Masa Hadapan Rendah Karbon, Daripada Dasar Kepada Pelaksanaan](https://www.majalahlabur.com/saham/tenaga-perdagangan-karbon-ke-arah-masa-hadapan-rendah-karbon-daripada-dasar-kepada-pelaksanaan/ "View Tenaga – Perdagangan Karbon: Ke Arah Masa Hadapan Rendah Karbon, Daripada Dasar Kepada Pelaksanaan")
6
## [Pharmaniaga Cadang Penggabungan Lima Saham Kepada Satu](https://www.majalahlabur.com/saham/pharmaniaga-cadang-penggabungan-lima-saham-kepada-satu/ "View Pharmaniaga Cadang Penggabungan Lima Saham Kepada Satu")
7
## [Pembinaan: Mungkin Masih Ada Peluang Untuk DC Di Malaysia](https://www.majalahlabur.com/saham/pembinaan-mungkin-masih-ada-peluang-untuk-dc-di-malaysia/ "View Pembinaan: Mungkin Masih Ada Peluang Untuk DC Di Malaysia")
8
## [Pengelasan Semula Data Dagangan Ekuiti Berkuat Kuasa Pada 6 April 2026](https://www.majalahlabur.com/saham/pengelasan-semula-data-dagangan-ekuiti-berkuat-kuasa-pada-6-april-2026/ "View Pengelasan Semula Data Dagangan Ekuiti Berkuat Kuasa Pada 6 April 2026")
9
## [Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2026](https://www.majalahlabur.com/saham/top-10-saham-patuh-syariah-paling-rugi-mac-2026/ "View Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2026")
10
## [Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2026](https://www.majalahlabur.com/saham/top-10-saham-patuh-syariah-paling-untung-mac-2026/ "View Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2026")
11
## [MTT Shipping And Logistics: Peneraju Pasaran Kontena Kabotaj Malaysia](https://www.majalahlabur.com/saham/mtt-shipping-and-logistics-peneraju-pasaran-kontena-kabotaj-malaysia/ "View MTT Shipping And Logistics: Peneraju Pasaran Kontena Kabotaj Malaysia")
12
## [Sunway Rancang Perolehan Bersama Jika Ambil Alih IJM](https://www.majalahlabur.com/saham/sunway-rancang-perolehan-bersama-jika-ambil-alih-ijm/ "View Sunway Rancang Perolehan Bersama Jika Ambil Alih IJM")
13
## [MGB: Raih Kerja Pertama Di Pulau Pinang](https://www.majalahlabur.com/saham/mgb-raih-kerja-pertama-di-pulau-pinang/ "View MGB: Raih Kerja Pertama Di Pulau Pinang")
14
## [TNB Cadang Program Sukuk RM10 Bilion Dengan Tempoh 50 Tahun](https://www.majalahlabur.com/saham/tnb-cadang-program-sukuk-rm10-bilion-dengan-tempoh-50-tahun/ "View TNB Cadang Program Sukuk RM10 Bilion Dengan Tempoh 50 Tahun")
15
## [Bursa Malaysia Dan FTSE Russell Keluarkan Kertas Konsultasi Untuk Meningkatkan FBMKLCI Dan FBM70](https://www.majalahlabur.com/saham/bursa-malaysia-dan-ftse-russell-keluarkan-kertas-konsultasi-untuk-meningkatkan-fbmklci-dan-fbm70-bagi-mencerminkan-ekonomi-yang-lebih-luas-dan-terpelbagai/ "View Bursa Malaysia Dan FTSE Russell Keluarkan Kertas Konsultasi Untuk Meningkatkan FBMKLCI Dan FBM70")
### Penafian
Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.
Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan Majalah Labur ("Penulis"); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,
Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.
### Follow Kami
### Hubungi Kami
Kami menerima banyak pertanyaan daripada media *online*, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [\[email protected\]](https://www.majalahlabur.com/cdn-cgi/l/email-protection#1a6a7b716e7f725a777b707b767b72767b786f6834797577)
### Nak Artikel FREEmium?
© 2024 Serius Kool Media (1217798M). Hakcipta Terpelihara
Menu
- [Majalah Labur – Invest in Yourself\!](https://www.majalahlabur.com/)
- [Kategori Artikel]()
- [Saham](https://www.majalahlabur.com/category/saham/)
- [Pelaburan](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/)
- [Emas](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/emas/)
- [Hartanah](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan-hartanah/)
- [Saham Amanah (Unit Trust)](https://www.majalahlabur.com/category/saham-amanah/)
- [Sukuk](https://www.majalahlabur.com/tag/sukuk/)
- [Inspirasi](https://www.majalahlabur.com/category/inspirasi/)
- [Kewangan](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/)
- [Takaful](https://www.majalahlabur.com/category/takaful/)
- [Pembiayaan](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/pembiayaan/)
- [Ilmu Perancangan Harta](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/ilmu-perancangan-harta/)
- [Lifestyle](https://www.majalahlabur.com/category/lifestyle/)
- [Bisnes](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/bisnes/)
- [Cukai](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/cukai/)
- [Zakat](https://www.majalahlabur.com/category/zakat/)
- [Forex](https://www.majalahlabur.com/category/forex/)
- [Aset Digital & Kripto](https://www.majalahlabur.com/category/kripto/)
- [E-Book & Webinar](https://thekapital.onpay.my/)
- [Advertorial](https://www.majalahlabur.com/category/advertorial/)
- [Tim Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/our-team/)
- [Hubungi](https://www.majalahlabur.com/contacts/)
Carian
Contact Info
[\[email protected\]](https://www.majalahlabur.com/cdn-cgi/l/email-protection)
### Editor Picks
[](https://www.majalahlabur.com/saham/intro-kepada-pelaburan-saham-di-bursa-malaysia/)
## [Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia](https://www.majalahlabur.com/saham/intro-kepada-pelaburan-saham-di-bursa-malaysia/ "View Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/cara-buka-akaun-saham-cds-maybank/)
## [Cara Buka Akaun Saham (CDS) Maybank](https://www.majalahlabur.com/saham/cara-buka-akaun-saham-cds-maybank/ "View Cara Buka Akaun Saham (CDS) Maybank")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/kenali-franchisee-disebalik-family-mart/)
## [Kenali Franchisee Disebalik Family Mart](https://www.majalahlabur.com/saham/kenali-franchisee-disebalik-family-mart/ "View Kenali Franchisee Disebalik Family Mart")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/11-apps-kewangan-wajib-ada-dalam-telefon/)
## [10 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Seorang Pelabur Saham](https://www.majalahlabur.com/saham/11-apps-kewangan-wajib-ada-dalam-telefon/ "View 10 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Seorang Pelabur Saham")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/syarikat-yang-beri-dividen-tertinggi-di-bursa-malaysia/)
## [Syarikat Yang Beri Dividen Tertinggi Di Bursa Malaysia (2018)](https://www.majalahlabur.com/saham/syarikat-yang-beri-dividen-tertinggi-di-bursa-malaysia/ "View Syarikat Yang Beri Dividen Tertinggi Di Bursa Malaysia (2018)")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/apa-itu-fundamental-analysis/)
## [Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu?](https://www.majalahlabur.com/saham/apa-itu-fundamental-analysis/ "View Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu?") |
| Readable Markdown | Sub Topik
- [1\. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#1_Tak_Sesuai_Untuk_Pelaburan_Jangka_Masa_Pendek)
- [2\. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#2_Perlu_Mencari_Penjual_Pembeli_Yang_Betul)
- [3\. Perlukan Tempat Simpanan](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#3_Perlukan_Tempat_Simpanan)
- [4\. Terlibat Dengan Scam](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#4_Terlibat_Dengan_Scam)
- [5\. Unsur Riba’](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#5_Unsur_Riba)
- [Dr.Zaharuddin Abd Rahman : Jual-Beli & Pelaburan Emas Serta Hukum Hakamnya](https://www.majalahlabur.com/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/#DrZaharuddin_Abd_Rahman_Jual-Beli_Pelaburan_Emas_Serta_Hukum_Hakamnya)
Ramai yang cakap, pelaburan emas adalah salah satu aset dan pelaburan yang paling stabil. Senang kata, ia tak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang.
Tapi, benarkah begitu?
Dalam setiap jenis pelaburan, tak kiralah pelaburan saham, hartanah atau unit trust, tentu saja ada risikonya dan pelaburan emas juga tidak terkecuali.
Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam emas.
## **1\. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek**
Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke tahun. Tapi, kita perlu faham bahawa emas adalah paling ideal sekiranya dijadikan simpanan dan bukannya pelaburan – kecuali untuk pelaburan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun).
Senang kata, kita boleh membeli emas sekiranya kita ada banyak **duit lebih** (yang memang tak akan dipakai dalam masa terdekat) dan nak duit kita itu ‘selamat’ buat masa yang lama. Ini kerana, nilai emas tetap ada pasang surutnya akibat *supply* dan *demand,* apatah lagi buat jangka masa pendek.
Seperkara lagi, walaupun harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan (gold bullion coin, jongkong emas, wafer, dan sebagainya), emas perhiasan terdedah kepada susut nilai sekitar 25%. Barang kemas ini juga biasanya dibuat daripada emas 916 (91.6% tulen) berbanding emas pelaburan yang diperbuat daripada *fine gold* (999.9). Tambahan pula, kos upahnya juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.
## **2\. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul**
Berbeza dengan mata wang, emas bersifat universal kerana ia boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.
Ada beberapa tempat yang kita boleh membeli emas seperti:
- Kedai Emas – kalau dibeli dengan harga runcit, biasanya harganya agak tinggi. Maka seeloknya ketahui harga borong dan buat *survey* untuk dapatkan harga terbaik. Kalau nak beli dari kedai-kedai kecil boleh juga, tetapi ada risiko emas palsu atau tidak tulen.
- Internet – perlu berhati-hati kerana mungkin ada unsur syubhah di situ apabila ada kelewatan di dalam penyerahan emas.
- Bank – ada bank yang patuh syariah yang menjual emas fizikal. Emas atas kertas *(gold pass book)* biasanya tidak patuh syariah.
Di sini saja kita boleh lihat bahawa ia memerlukan ilmu untuk memastikan sumber emas itu benar-benar asli agar tidak dipertikaikan semasa nak menjualnya semula nanti. Di samping itu, penting untuk anda memahami syarat jualan baik atau nilai *buyback* iaitu susut nilai yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
## **3\. Perlukan Tempat Simpanan**
Kalau ada emas yang sedikit, bolehlah lagi kita nak simpan di dalam almari bilik atau di mana-mana ‘tempat rahsia’ di rumah. Tapi, kalau ia dah bertambah banyak, mesti kita rasa tak senang duduk. Nak tinggalkan emas di rumah selama 2-3 hari pun, kita dah mula gelisah.
Jadi, jangan lupa beberapa kos tambahan yang turut terlibat dalam pelaburan emas seperti insurans, sewaan peti deposit, atau tempat simpanan yang lain. Ini semua memakan kos juga.
## **4\. Terlibat Dengan *Scam***
Sukar dinafikan, dalam ledakan teknologi ini semakin banyak peluang untuk *scammer* mencari mangsa-mangsa penipuan yang bertopengkan perniagaan / pelaburan emas. Malah, tak kurang juga golongan yang menggunakan hadis lemah (dhoif) atau hadis palsu sebagai hujah untuk melariskan perniagaan emas mereka.
Apapun, sebagai pembeli, kita perlu faham bahawa emas **perlu diniagakan secara fizikal** dan keuntungannya diperolehi melalui kenaikan harga emas semasa. Bukannya skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dalam tempoh masa bulanan atau tahunan kerana ini dianggap sebagai salah satu unsur riba’. Banyak syarikat yang menawarkan skim begini telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia ataupun cabut lari.
Ambil iktibar dari kes [Tok Belagak](http://www.bharian.com.my/node/196733) dengan scam Emas ETA. Skim lain yang masih bebas beroperasi sebegini adalah Zenith Gold.
## **5\. Unsur Riba’**
Terakhir sekali, emas adalah merupakan barang ribawi, maka syarat jual beli adalah sangat ketat supaya ianya tidak jatuh hukum riba. Jual beli dan pelaburan emas begitu mudah terdedah kepada unsur riba’ jika penjual dan pembeli sendiri tak *alert* terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Antaranya:
- **Serah dan terima dalam satu masa *(*Taqabud*)*** – Pastikan berlakunya pertukaran serta merta terhadap penyerahan dan pembayaran. Menurut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan penyerahan sijil hakmilik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun hukumnya sah dan harus di sisi Islam. Dengan syarat, sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki.
- **Tiada penangguhan** – Pembayaran yang terlibat dalam urusniaga ini wajib menggunakan sama ada tunai, kad debit / kad kredit, cek tempatan. Tidak boleh dibayar secara ansuran atau hutang.
- **Tiada unsur riba’** – Sekiranya kita mahu membuat pelaburan dalam bentuk **akaun pelaburan emas**, seeloknya terdapat satu jaminan atau pengesahan yang diiktiraf oleh Majlis Syariah tertentu. Sebarang bentuk hadiah, dividen, atau faedah adalah tidak dibenarkan syarak. Selain itu, emas tersebut juga perlu dizakatkan apabila cukup tempoh/haul.
*\*Prinsip Syariah oleh Fatwa Kebangsaan Malaysia selengkapnya boleh didapati di* [*SINI.*](http://zaharuddin.net/pelaburan-%26-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html)

**Pelbagaikan Pelaburan**
Pokok pangkalnya, emas menawarkan salah satu alternatif pelaburan yang menguntungkan. Tapi, kita perlulah ada ilmunya. Tiada kekayaan yang datang begitu saja tanpa usaha, bukan?
Jumlah yang ideal untuk dilaburkan dalam emas adalah 20% daripada duit lebihan *(surplus).* Bukannya semua labur dekat emas, takut nanti susah bila nak pakai duit – Maklumlah, emas perlu dicairkan terlebih dahulu.
Kesimpulannya, *diversify.*
Pelbagaikan sumber-sumber pelaburan anda dalam bentuk yang berlainan agar ia boleh disesuaikan dengan keperluan kita pada masa akan datang.
## Dr.Zaharuddin Abd Rahman : Jual-Beli & Pelaburan Emas Serta Hukum Hakamnya
Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan [KAB Gold hari](https://kabgold.my/introducer/KAB13531) ini juga.
[](https://kabgold.my/introducer/KAB13531)
Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.
Prosesnya sangat mudah:
- Layari laman web [https://www.kabgold.my](https://kabgold.my/introducer/KAB13531)
- Lengkapkan borang pendaftaran
- Verify emel
Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.
Daftar secara percuma di [KAB Gold](https://kabgold.my/introducer/KAB13531) sekarang.
[](https://www.luno.com/invite/F9S7R8) |
| Shard | 186 (laksa) |
| Root Hash | 5181761894542421186 |
| Unparsed URL | com,majalahlabur!www,/pelaburan/5-risiko-pelaburan-emas-yang-ramai-tak-tahu/ s443 |