âšď¸ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/ |
| Last Crawled | 2026-04-14 16:03:31 (1 day ago) |
| First Indexed | 2022-09-13 10:12:12 (3 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 8 Tips Untuk Sentiasa Bermotivasi - Majalah Labur |
| Meta Description | Apabila kita bermotivasi, kita lebih cenderung mempunyai etika kerja yang positif, menjadi produktif, dan mempunyai sikap positif |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Sub Topik
1. Tetapkan Sasaran
2. Pilih Sasaran/Matlamat Yang Menarik Minat Anda
3. Jadikan Matlamat Anda Diketahui Umum
4. Merangka Strategi Untuk Mencapai Matlamat Anda
5. Semak Matlamat Dan Kemajuan Anda Secara Berkala
6. Mengekalkan Momentum
7. Dapatkan Mentor
8. Kelilingi Diri Anda dengan Individu Positif
Motivasi adalah apa yang membuat kita terus berusaha apabila segala-galanya kelihatan rumit. Ia adalah dorongan yang membawa kita ke hadapan untuk mencapai matlamat kita. Motivasi adalah penting kerana ia membolehkan kita menangani halangan dan ujian. Apabila kita bermotivasi, kita lebih cenderung mempunyai etika kerja yang positif, menjadi produktif, dan mempunyai sikap positif yang membawa kepada kejayaan.
Untuk kekal bermotivasi sepanjang masa adalah sedikit sukar. Kita tidak dapat mengawal
mood
atau perasaan kita dan kadang-kadang ia berubah dengan cepat tanpa disedari. Artikel ini akan membimbing anda melalui 8 tindakan yang akan membantu anda kekal bermotivasi sepanjang masa.
1.
Tetapkan Sasaran
Apabila anda menetapkan sasaran, anda memutuskan untuk bertindak melakukan perkara-perkara yang akan membantu anda mencapai hasil yang anda inginkan. Sasaran membimbing perhatian anda ke arah tertentu yang boleh diukur dan mempunyai matlamat akhir. Ini akan membantu anda kekal bermotivasi. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila jurujual menetapkan sasaran, mereka mampu membuat lebih banyak jualan dan apabila seseorang membuat komitmen untuk kuruskan badan (sebanyak 30 kilogram sebagai contoh), mereka akan lebih cenderung untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka setiap hari.
2.
Pilih Sasaran/Matlamat Yang Menarik Minat Anda
Anda lebih cenderung untuk kekal bermotivasi jika anda melakukan sesuatu yang anda minat daripada melakukan sesuatu yang orang lain inginkan untuk anda. Orang lain boleh memberikan kita matlamat atau objektif yang kita dapati tidak menarik untuk dilaksanakan. Oleh itu, dalam mencapai matlamat, cuba cari sesuatu yang menarik minat anda untuk capai.
3.
Jadikan Matlamat Anda Diketahui Umum
Anda harus nyatakn matlamat anda secara terbuka. Jika anda memberitahu semua orang tentang matlamat dan sasaran anda, mereka akan terus mengingatkan anda tentang matlamat anda. Anda akan berasa malu jika anda tidak mencapai matlamat tersebut dan ini akan meningkatkan motivasi anda untuk bekerja keras ke arah mencapai matlamat tersebut. Kebanyakan orang disekeliling anda mempunytai sikap ingin membantu orang lain. Apabila anda nyatakan matlamat anda, mereka akan membantu anda apabila anda menghadapi kesukaran.
4.
Merangka Strategi Untuk Mencapai Matlamat Anda
Merangka strategi adalah langkah seterusnya ke arah mencapai matlamat anda. Anda perlu menetapkan visi dan misi yang jelas tentang apa yang anda mahukan dan memikirkan bagaimana ia akan dilaksanakan. Pecahkan matlamat anda kepada aktiviti-aktiviti kecil yang boleh diurus dan tetapkan tempoh masa yang sesuai untuk setiap aktiviti tersebut. Gariskan pelan tindakan terperinci  untuk mencapai objektif anda.
5.
Semak Matlamat Dan Kemajuan Anda Secara
Berkala
Memantau kemajuan sendiri adalah penting untuk mencapai matlamat. Kita harus bertanya kepada diri sendiri sama ada kita berada di landasan yang betul atau tidak. Sekiranya tidak, bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan? Kita perlu sedar apa yang sedang berlaku terhadap rancangan kita, apa yang salah, di mana kita terpesong dan bagaimana kita boleh membetulkannya. Jadikan amalan menyemak pencapaian matlamat kita sebagai sebahagian daripada rutin harian dengan menyimpan jurnal atau menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.
6.
Mengekalkan Momentum
Mulakan pelaksanaan matlamat anda dengan langkah-langkah mudah dan kecil. Anda mesti sentiasa bermula dengan langkah-langkah kecil dan mudah supaya anda senang mendapatkan momentum. Raikan diri sendiri atas pencapaian anda. Senaraikan perkara-perkara yang âtelah siapâ. Ini akan mendorong anda untuk bekerja lebih kuat dan bersungguh-sungguh.
7.
Dapatkan Mentor
Perbincangan dengan mentor boleh membantu anda mengenal pasti peluang baru, membuka minda anda kepada idea-idea baru, menasihati anda tentang cara menavigasi objektif, dan menjadi komponen penting dalam proses mencapai matlamat anda. Seorang mentor boleh membantu anda memahami apa yang diperlukan berdasarkan kedudukan dan persekitaran anda, mengenal pasti kemahiran yang anda perlukan dan menetapkan objektif bersama-sama. Apabila anda mempunyai visi yang jelas tentang ke mana anda mahu pergi, anda akan lebih didorong untuk mencapai objektif tersebut.
8.
Kelilingi Diri Anda dengan Individu Positif
Mengekalkan fokus pada matlamat akhir anda adalah lebih mudah apabila anda mengelilingi diri anda dengan pengaruh yang baik. Anda akan berasa lebih yakin dengan diri sendir apabila dikelilingi individu-individu yang positif. Apabila anda menghabiskan masa dengan individu yang positif, anda akan berasa bertenaga dan bersemangat. Orang yang gembira, sihat, dan optimis dalam pandangan mereka terhadap kehidupan adalah seorang yang berjaya.
Artikel ini ditulis oleh Dr. Ahmad Monir bin Abdullah. Beliau kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus & Akauntabiliti (Grace). Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai ahli akademik dan juga pengamal perakaunan dalam industri. Penulis boleh dihubungi di
[email protected]
Baca juga:
Tips Jimat Bercuti Dalam Dan Luar Negara
5 Simbol Baru Kekayaan Rakyat Malaysia
Merdeka Ini, Bebaskan Diri Dari Perangkap Penipuan Pihak Ketiga
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perluÂ
complicatedÂ
sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
Kita tak perlu melekat di screen
Kita boleh bekerja seperti biasa
Kurang risiko untuk rugi
Set siap-siap bila nak jual saham tu
Kurang stress
Insya-Allah berbaloiâŚâŚ
Sesi baharu BAKAL dibuka!!
Pra-daftar dahulu
untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info. |
| Markdown | 

# [Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/ "Majalah Labur")

- [Laman Utama](https://www.majalahlabur.com/)
- [Belajar Saham](https://www.majalahlabur.com/category/saham/)
- [Beginner](https://www.majalahlabur.com/saham/intro-kepada-pelaburan-saham-di-bursa-malaysia/)
- [Teknikal Analisis (Asas)](https://www.majalahlabur.com/category/saham/technical-analysis/)
- [Teknikal Analisis (Advance)](https://thekapital.my/)
- [Saham Global](https://www.majalahlabur.com/category/saham/saham-global/)
- [E-Book Saham](https://thekapital.onpay.my/)
- [Pelaburan](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/)
- [Emas](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/emas/)
- [Unit Trust](https://www.majalahlabur.com/category/saham-amanah/)
- [Hartanah](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan-hartanah/)
- [Sukuk](https://www.majalahlabur.com/tag/sukuk/)
- [Kewangan](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/)
- [Ilmu Perancangan Harta](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/ilmu-perancangan-harta/)
- [Takaful](https://www.majalahlabur.com/category/takaful/)
- [Pembiayaan](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/pembiayaan/)
- [Bisnes](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/bisnes/)
- [Cukai](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/cukai/)
- [Zakat](https://www.majalahlabur.com/category/zakat/)
- [kad Kredit](https://www.majalahlabur.com/tag/kad-kredit/)
- [Inspirasi](https://www.majalahlabur.com/category/inspirasi/)
- [Forex](https://www.majalahlabur.com/category/forex/)
- [Kripto](https://www.majalahlabur.com/category/kripto/)
- [Laman Utama](https://www.majalahlabur.com/)
- [Tim Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/our-team/)
- [Sertai Kami](https://www.majalahlabur.com/hubungi-kami/)
- [Hubungi](https://www.majalahlabur.com/contacts/)
### Artikel Terkini
[](https://www.majalahlabur.com/hebahan/pelancaran-awal-international-sustainability-week-2026-menandakan-peralihan-daripada-aspirasi-kemampanan-kepada-pelaksanaan-sebenar/)
## [Pelancaran Awal International Sustainability Week 2026 Menandakan Peralihan Daripada Aspirasi Kemampanan Kepada Pelaksanaan Sebenar](https://www.majalahlabur.com/hebahan/pelancaran-awal-international-sustainability-week-2026-menandakan-peralihan-daripada-aspirasi-kemampanan-kepada-pelaksanaan-sebenar/ "View Pelancaran Awal International Sustainability Week 2026 Menandakan Peralihan Daripada Aspirasi Kemampanan Kepada Pelaksanaan Sebenar")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/minyak-gas-bersepadu-gangguan-bekalan-bakal-sokong-harga/)
## [Minyak & Gas Bersepadu: Gangguan Bekalan Bakal Sokong Harga](https://www.majalahlabur.com/saham/minyak-gas-bersepadu-gangguan-bekalan-bakal-sokong-harga/ "View Minyak & Gas Bersepadu: Gangguan Bekalan Bakal Sokong Harga")
[](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tp-link-dan-uitm-bekerjasama-tangani-jurang-bakat-rangkaian-enterprise/)
## [TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tp-link-dan-uitm-bekerjasama-tangani-jurang-bakat-rangkaian-enterprise/ "View TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise")
### Social Connect
##### [Inspirasi](https://www.majalahlabur.com/category/inspirasi/), [Lifestyle](https://www.majalahlabur.com/category/lifestyle/)
# 8 Tips Untuk Sentiasa Bermotivasi
[Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/author/majalahlabur/ "View all posts by Majalah Labur")
September 13, 2022 6:10 pm
September 13, 2022

Sub Topik
- [1\. Tetapkan Sasaran](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#1_Tetapkan_Sasaran)
- [2\. Pilih Sasaran/Matlamat Yang Menarik Minat Anda](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#2_Pilih_SasaranMatlamat_Yang_Menarik_Minat_Anda)
- [3\. Jadikan Matlamat Anda Diketahui Umum](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#3_Jadikan_Matlamat_Anda_Diketahui_Umum)
- [4\. Merangka Strategi Untuk Mencapai Matlamat Anda](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#4_Merangka_Strategi_Untuk_Mencapai_Matlamat_Anda)
- [5\. Semak Matlamat Dan Kemajuan Anda Secara Berkala](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#5_Semak_Matlamat_Dan_Kemajuan_Anda_Secara_Berkala)
- [6\. Mengekalkan Momentum](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#6_Mengekalkan_Momentum)
- [7\. Dapatkan Mentor](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#7_Dapatkan_Mentor)
- [8\. Kelilingi Diri Anda dengan Individu Positif](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#8_Kelilingi_Diri_Anda_dengan_Individu_Positif)
Motivasi adalah apa yang membuat kita terus berusaha apabila segala-galanya kelihatan rumit. Ia adalah dorongan yang membawa kita ke hadapan untuk mencapai matlamat kita. Motivasi adalah penting kerana ia membolehkan kita menangani halangan dan ujian. Apabila kita bermotivasi, kita lebih cenderung mempunyai etika kerja yang positif, menjadi produktif, dan mempunyai sikap positif yang membawa kepada kejayaan.
Untuk kekal bermotivasi sepanjang masa adalah sedikit sukar. Kita tidak dapat mengawal *mood* atau perasaan kita dan kadang-kadang ia berubah dengan cepat tanpa disedari. Artikel ini akan membimbing anda melalui 8 tindakan yang akan membantu anda kekal bermotivasi sepanjang masa.
## 1\. **Tetapkan Sasaran**

Apabila anda menetapkan sasaran, anda memutuskan untuk bertindak melakukan perkara-perkara yang akan membantu anda mencapai hasil yang anda inginkan. Sasaran membimbing perhatian anda ke arah tertentu yang boleh diukur dan mempunyai matlamat akhir. Ini akan membantu anda kekal bermotivasi. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila jurujual menetapkan sasaran, mereka mampu membuat lebih banyak jualan dan apabila seseorang membuat komitmen untuk kuruskan badan (sebanyak 30 kilogram sebagai contoh), mereka akan lebih cenderung untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka setiap hari.
## 2\. **Pilih Sasaran/Matlamat Yang Menarik Minat Anda**

Anda lebih cenderung untuk kekal bermotivasi jika anda melakukan sesuatu yang anda minat daripada melakukan sesuatu yang orang lain inginkan untuk anda. Orang lain boleh memberikan kita matlamat atau objektif yang kita dapati tidak menarik untuk dilaksanakan. Oleh itu, dalam mencapai matlamat, cuba cari sesuatu yang menarik minat anda untuk capai.
## 3\. **Jadikan Matlamat Anda Diketahui Umum**

Anda harus nyatakn matlamat anda secara terbuka. Jika anda memberitahu semua orang tentang matlamat dan sasaran anda, mereka akan terus mengingatkan anda tentang matlamat anda. Anda akan berasa malu jika anda tidak mencapai matlamat tersebut dan ini akan meningkatkan motivasi anda untuk bekerja keras ke arah mencapai matlamat tersebut. Kebanyakan orang disekeliling anda mempunytai sikap ingin membantu orang lain. Apabila anda nyatakan matlamat anda, mereka akan membantu anda apabila anda menghadapi kesukaran.
## 4\. **Merangka Strategi Untuk Mencapai Matlamat Anda**

Merangka strategi adalah langkah seterusnya ke arah mencapai matlamat anda. Anda perlu menetapkan visi dan misi yang jelas tentang apa yang anda mahukan dan memikirkan bagaimana ia akan dilaksanakan. Pecahkan matlamat anda kepada aktiviti-aktiviti kecil yang boleh diurus dan tetapkan tempoh masa yang sesuai untuk setiap aktiviti tersebut. Gariskan pelan tindakan terperinci untuk mencapai objektif anda.
## 5\. **Semak Matlamat Dan Kemajuan Anda Secara** Berkala

Memantau kemajuan sendiri adalah penting untuk mencapai matlamat. Kita harus bertanya kepada diri sendiri sama ada kita berada di landasan yang betul atau tidak. Sekiranya tidak, bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan? Kita perlu sedar apa yang sedang berlaku terhadap rancangan kita, apa yang salah, di mana kita terpesong dan bagaimana kita boleh membetulkannya. Jadikan amalan menyemak pencapaian matlamat kita sebagai sebahagian daripada rutin harian dengan menyimpan jurnal atau menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.
## 6\. **Mengekalkan Momentum**

Mulakan pelaksanaan matlamat anda dengan langkah-langkah mudah dan kecil. Anda mesti sentiasa bermula dengan langkah-langkah kecil dan mudah supaya anda senang mendapatkan momentum. Raikan diri sendiri atas pencapaian anda. Senaraikan perkara-perkara yang âtelah siapâ. Ini akan mendorong anda untuk bekerja lebih kuat dan bersungguh-sungguh.
## 7\. **Dapatkan Mentor**

Perbincangan dengan mentor boleh membantu anda mengenal pasti peluang baru, membuka minda anda kepada idea-idea baru, menasihati anda tentang cara menavigasi objektif, dan menjadi komponen penting dalam proses mencapai matlamat anda. Seorang mentor boleh membantu anda memahami apa yang diperlukan berdasarkan kedudukan dan persekitaran anda, mengenal pasti kemahiran yang anda perlukan dan menetapkan objektif bersama-sama. Apabila anda mempunyai visi yang jelas tentang ke mana anda mahu pergi, anda akan lebih didorong untuk mencapai objektif tersebut.
## 8\. **Kelilingi Diri Anda dengan Individu Positif**

Mengekalkan fokus pada matlamat akhir anda adalah lebih mudah apabila anda mengelilingi diri anda dengan pengaruh yang baik. Anda akan berasa lebih yakin dengan diri sendir apabila dikelilingi individu-individu yang positif. Apabila anda menghabiskan masa dengan individu yang positif, anda akan berasa bertenaga dan bersemangat. Orang yang gembira, sihat, dan optimis dalam pandangan mereka terhadap kehidupan adalah seorang yang berjaya.
Artikel ini ditulis oleh Dr. Ahmad Monir bin Abdullah. Beliau kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus & Akauntabiliti (Grace). Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai ahli akademik dan juga pengamal perakaunan dalam industri. Penulis boleh dihubungi di [\[email protected\]](https://www.majalahlabur.com/cdn-cgi/l/email-protection#aacbc2c7cbcec7c5c4c3d8cbc8cedfc6c6cbc2eadfc1c784cfcedf84c7d3)
Baca juga:
- [Tips Jimat Bercuti Dalam Dan Luar Negara](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tips-jimat-bercuti-dalam-dan-luar-negara/)
- [5 Simbol Baru Kekayaan Rakyat Malaysia](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/5-simbol-baru-kekayaan-rakyat-malaysia/)
- [Merdeka Ini, Bebaskan Diri Dari Perangkap Penipuan Pihak Ketiga](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/merdeka-ini-bebaskan-diri-dari-perangkap-penipuan-pihak-ketiga/)
**Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.**
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu *complicated* sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloiâŚâŚ
Sesi baharu BAKAL dibuka!! **Pra-daftar dahulu** untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.
[**SAYA NAK PRA-DAFTAR\!**](https://thekapital.onpay.my/order/form/pradaftar-webinarswingtrading)
[](https://www.luno.com/invite/F9S7R8)
### Nak Artikel FREEmium?
Previous Article[Kerajaan Beri Tumpuan Kepada Dasar Sokong Perniagaan, Bank Akan Terus Bantu PKS Dalam Isu Pembayaran Balik â Tengku Zafrul](https://www.majalahlabur.com/ekonomi/kerajaan-beri-tumpuan-kepada-dasar-sokong-perniagaan-bank-akan-terus-bantu-pks-dalam-isu-pembayaran-balik-tengku-zafrul/)Next Article[India Import 353,556 Tan Minyak Sawit Malaysia Pada Ogos 2022](https://www.majalahlabur.com/ekonomi/india-import-353556-tan-minyak-sawit-malaysia-pada-ogos-2022/)
### Baca Juga
- [](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tp-link-dan-uitm-bekerjasama-tangani-jurang-bakat-rangkaian-enterprise/)
[TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tp-link-dan-uitm-bekerjasama-tangani-jurang-bakat-rangkaian-enterprise/)
- [](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tips-elak-kena-scam-untuk-pakej-umrah-dan-haji/)
[Tips Elak Kena Scam Untuk Pakej Umrah & Pakej Haji (TERKINI)](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tips-elak-kena-scam-untuk-pakej-umrah-dan-haji/)
- [](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/boat-memasuki-malaysia-merancakkan-pengembangan-asia-tenggara-melalui-kerjasama-dengan-opptra/)
[boAt Memasuki Malaysia, Merancakkan Pengembangan Asia Tenggara Melalui Kerjasama Dengan Opptra](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/boat-memasuki-malaysia-merancakkan-pengembangan-asia-tenggara-melalui-kerjasama-dengan-opptra/)
- [](https://www.majalahlabur.com/kewangan/dari-gaji-cukup-cukup-kini-ada-duit-lebih-apa-yang-kita-buat-untuk-upgrade-hidup/)
[Dari Gaji Cukup-Cukup Makan, Kini Ada Duit Lebih. Apa Yang Kita Perlu Buat?](https://www.majalahlabur.com/kewangan/dari-gaji-cukup-cukup-kini-ada-duit-lebih-apa-yang-kita-buat-untuk-upgrade-hidup/)
- [](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/pusat-perubatan-subang-jaya-tersenarai-dalam-250-hospital-terbaik-di-dunia-dan-10-terbaik-serantau-dalam-penarafan-newsweek-2026/)
[Pusat Perubatan Subang Jaya Tersenarai Dalam 250 Hospital Terbaik Di Dunia Dan 10 Terbaik Serantau Dalam Penarafan Newsweek 2026](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/pusat-perubatan-subang-jaya-tersenarai-dalam-250-hospital-terbaik-di-dunia-dan-10-terbaik-serantau-dalam-penarafan-newsweek-2026/)
## [TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tp-link-dan-uitm-bekerjasama-tangani-jurang-bakat-rangkaian-enterprise/ "View TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise")
[Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/author/majalahlabur/ "View all posts by Majalah Labur")
15 hours ago
April 14, 2026

SHAH ALAM â TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (âTP-Link Malaysiaâ) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran rangkaian yang relevan dengan industri, pengalaman praktikal enterprise serta pensijilan bertaraf global.
Kerjasama selama tiga tahun ini direka untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan sebenar industri, membolehkan pelajar UiTM menamatkan pengajian dengan keupayaan praktikal yang selari dengan keperluan semasa enterprise, sekali gus mengukuhkan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan.
Di teras kerjasama ini ialah pelaksanaan penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link di makmal UiTM, yang memberikan pendedahan langsung kepada pelajar terhadap infrastruktur yang sama digunakan dalam persekitaran perniagaan. Inisiatif ini turut disokong dengan program latihan berstruktur, bengkel teknikal serta akses kepada laluan pensijilan Omada Certified Network Administrator (OCNA).
Pelajar juga akan mendapat manfaat daripada peluang latihan industri dan praktikal bersama TP-Link, sekali gus membuka laluan yang lebih jelas daripada universiti ke alam pekerjaan dalam ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.
Inisiatif ini membina kerjasama terdahulu TP-Link Malaysia dengan Universiti Malaya, di mana lebih 500 pelajar telah menyertai program pensijilan pada tahun 2025, menunjukkan permintaan tinggi terhadap kemahiran rangkaian dan pensijilan yang selari dengan kehendak industri.
Hugo Cai, Pengarah Serantau TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. berkata, âDalam pelbagai industri, organisasi sedang memperluaskan infrastruktur digital mereka, namun ketersediaan profesional dengan kepakaran rangkaian enterprise tidak berkembang seiring. Kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang tersebut dengan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal yang disokong pensijilan dan relevan dengan keperluan industri sejak hari pertama.â
âMemastikan graduan kami dilengkapi dengan pengetahuan akademik serta kemahiran praktikal yang relevan dengan industri adalah sangat penting dalam landskap digital yang berkembang pesat hari ini. Kerjasama seperti ini membolehkan kami menyelaraskan program dengan lebih dekat kepada kemajuan teknologi dan jangkaan industri,â tambah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.
Selain pembangunan bakat, kedua-dua organisasi juga akan meneroka inisiatif bersama dalam penyelidikan, perundingan dan perkongsian ilmu, sekali gus mengukuhkan kerjasama antara jurutera TP-Link dan tenaga pengajar UiTM.
Seiring Malaysia terus memperkukuh aspirasi ekonomi digital, inisiatif yang menghubungkan pendidikan dengan keperluan industri secara langsung akan memainkan peranan penting dalam memastikan negara kekal kompetitif dalam membangunkan serta mengekalkan infrastruktur digital moden.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link, sila layari:
<https://www.omadanetworks.com/us/business-networking/consult/>
[](https://www.luno.com/invite/F9S7R8)
### Carian
[ETHUSD Rates](https://www.tradingview.com/symbols/ETHUSD/?exchange=BITSTAMP) by TradingView
### Bursa Malaysia Stock Watch
[](https://asriahmadacademy.onpay.my/order/form/Webinar-LS-3Okt/PakTeh)
[](https://thekapital.onpay.my/order/form/SwingTradingReloaded/puteri)
### Advertorial
[](https://www.majalahlabur.com/saham/pelaburan-saham-bukan-untuk-mereka-yang-suka-stress/)
## [Pelaburan Saham Bukan Untuk Mereka Yang Suka âStressâ](https://www.majalahlabur.com/saham/pelaburan-saham-bukan-untuk-mereka-yang-suka-stress/ "View Pelaburan Saham Bukan Untuk Mereka Yang Suka âStressâ")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/swing-trading-vs-day-trading-apa-perbezaannya/)
## [Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya](https://www.majalahlabur.com/saham/swing-trading-vs-day-trading-apa-perbezaannya/ "View Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/saham-global/saham-wall-street-dah-naik-gila-gila-sejak-tariff-direhatkan-tapi-sampai-bila/)
## [Saham Wall Street Dah Naik Gila-Gila Sejak Tariff Direhatkan, Tapi Sampai Bila?](https://www.majalahlabur.com/saham/saham-global/saham-wall-street-dah-naik-gila-gila-sejak-tariff-direhatkan-tapi-sampai-bila/ "View Saham Wall Street Dah Naik Gila-Gila Sejak Tariff Direhatkan, Tapi Sampai Bila?")
### Belajar Saham
1
## [Dulu Malaysia Kena Cantas, Sekarang Kita Balas! Kebangkitan Sektor âGloveâ](https://www.majalahlabur.com/saham/dulu-malaysia-kena-cantas-sekarang-kita-balas-kebangkitan-sektor-glove/ "View Dulu Malaysia Kena Cantas, Sekarang Kita Balas! Kebangkitan Sektor âGloveâ")
2
## [Minyak & Gas Bersepadu: Gangguan Bekalan Bakal Sokong Harga](https://www.majalahlabur.com/saham/minyak-gas-bersepadu-gangguan-bekalan-bakal-sokong-harga/ "View Minyak & Gas Bersepadu: Gangguan Bekalan Bakal Sokong Harga")
3
## [Membedah Prestasi Gergasi Solar di Bursa Malaysia 2026](https://www.majalahlabur.com/saham/membedah-prestasi-gergasi-solar-di-bursa-malaysia-2026/ "View Membedah Prestasi Gergasi Solar di Bursa Malaysia 2026")
4
## [Perladangan: Inventori Susut Kepada 2.2 Juta Tan Apabila Eksport Menaik](https://www.majalahlabur.com/saham/perladangan-inventori-susut-kepada-2-2-juta-tan-apabila-eksport-menaik/ "View Perladangan: Inventori Susut Kepada 2.2 Juta Tan Apabila Eksport Menaik")
5
## [âKaki Shoppingâ Kini Boleh Jadi âOwnerâ Mall: Kenali IOI REIT RM7.58 Bilion](https://www.majalahlabur.com/saham/kaki-shopping-kini-boleh-jadi-owner-mall-kenali-ioi-reit-rm7-58-bilion/ "View âKaki Shoppingâ Kini Boleh Jadi âOwnerâ Mall: Kenali IOI REIT RM7.58 Bilion")
6
## [Kenanga IB Jangka Momentum Dagangan Bursa Malaysia Kekal Positif Dalam Masa Terdekat](https://www.majalahlabur.com/saham/kenanga-ib-jangka-momentum-dagangan-bursa-malaysia-kekal-positif-dalam-masa-terdekat/ "View Kenanga IB Jangka Momentum Dagangan Bursa Malaysia Kekal Positif Dalam Masa Terdekat")
7
## [Amanah Hartanah Bumiputera Umum Agihan Pendapatan Interim 2.50 Sen Seunit](https://www.majalahlabur.com/hebahan/amanah-hartanah-bumiputera-umum-agihan-pendapatan-interim-2-50-sen-seunit/ "View Amanah Hartanah Bumiputera Umum Agihan Pendapatan Interim 2.50 Sen Seunit")
8
## [Malayan Cement: Prospek Tetap Positif Di Sebalik Ketidaktentuan Pasara](https://www.majalahlabur.com/saham/malayan-cement-prospek-tetap-positif-di-sebalik-ketidaktentuan-pasara/ "View Malayan Cement: Prospek Tetap Positif Di Sebalik Ketidaktentuan Pasara")
9
## [Tenaga â Perdagangan Karbon: Ke Arah Masa Hadapan Rendah Karbon, Daripada Dasar Kepada Pelaksanaan](https://www.majalahlabur.com/saham/tenaga-perdagangan-karbon-ke-arah-masa-hadapan-rendah-karbon-daripada-dasar-kepada-pelaksanaan/ "View Tenaga â Perdagangan Karbon: Ke Arah Masa Hadapan Rendah Karbon, Daripada Dasar Kepada Pelaksanaan")
10
## [Pharmaniaga Cadang Penggabungan Lima Saham Kepada Satu](https://www.majalahlabur.com/saham/pharmaniaga-cadang-penggabungan-lima-saham-kepada-satu/ "View Pharmaniaga Cadang Penggabungan Lima Saham Kepada Satu")
11
## [Pembinaan: Mungkin Masih Ada Peluang Untuk DC Di Malaysia](https://www.majalahlabur.com/saham/pembinaan-mungkin-masih-ada-peluang-untuk-dc-di-malaysia/ "View Pembinaan: Mungkin Masih Ada Peluang Untuk DC Di Malaysia")
12
## [Pengelasan Semula Data Dagangan Ekuiti Berkuat Kuasa Pada 6 April 2026](https://www.majalahlabur.com/saham/pengelasan-semula-data-dagangan-ekuiti-berkuat-kuasa-pada-6-april-2026/ "View Pengelasan Semula Data Dagangan Ekuiti Berkuat Kuasa Pada 6 April 2026")
13
## [Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2026](https://www.majalahlabur.com/saham/top-10-saham-patuh-syariah-paling-rugi-mac-2026/ "View Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2026")
14
## [Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2026](https://www.majalahlabur.com/saham/top-10-saham-patuh-syariah-paling-untung-mac-2026/ "View Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2026")
15
## [MTT Shipping And Logistics: Peneraju Pasaran Kontena Kabotaj Malaysia](https://www.majalahlabur.com/saham/mtt-shipping-and-logistics-peneraju-pasaran-kontena-kabotaj-malaysia/ "View MTT Shipping And Logistics: Peneraju Pasaran Kontena Kabotaj Malaysia")
### Penafian
Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.
Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan Majalah Labur ("Penulis"); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,
Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.
### Follow Kami
### Hubungi Kami
Kami menerima banyak pertanyaan daripada media *online*, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [\[email protected\]](https://www.majalahlabur.com/cdn-cgi/l/email-protection#5a2a3b312e3f321a373b303b363b32363b382f2874393537)
### Nak Artikel FREEmium?
Š 2024 Serius Kool Media (1217798M). Hakcipta Terpelihara
Menu
- [Majalah Labur â Invest in Yourself\!](https://www.majalahlabur.com/)
- [Kategori Artikel]()
- [Saham](https://www.majalahlabur.com/category/saham/)
- [Pelaburan](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/)
- [Emas](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan/emas/)
- [Hartanah](https://www.majalahlabur.com/category/pelaburan-hartanah/)
- [Saham Amanah (Unit Trust)](https://www.majalahlabur.com/category/saham-amanah/)
- [Sukuk](https://www.majalahlabur.com/tag/sukuk/)
- [Inspirasi](https://www.majalahlabur.com/category/inspirasi/)
- [Kewangan](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/)
- [Takaful](https://www.majalahlabur.com/category/takaful/)
- [Pembiayaan](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/pembiayaan/)
- [Ilmu Perancangan Harta](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/ilmu-perancangan-harta/)
- [Lifestyle](https://www.majalahlabur.com/category/lifestyle/)
- [Bisnes](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/bisnes/)
- [Cukai](https://www.majalahlabur.com/category/kewangan/cukai/)
- [Zakat](https://www.majalahlabur.com/category/zakat/)
- [Forex](https://www.majalahlabur.com/category/forex/)
- [Aset Digital & Kripto](https://www.majalahlabur.com/category/kripto/)
- [E-Book & Webinar](https://thekapital.onpay.my/)
- [Advertorial](https://www.majalahlabur.com/category/advertorial/)
- [Tim Majalah Labur](https://www.majalahlabur.com/our-team/)
- [Hubungi](https://www.majalahlabur.com/contacts/)
Carian
Contact Info
[\[email protected\]](https://www.majalahlabur.com/cdn-cgi/l/email-protection)
### Editor Picks
[](https://www.majalahlabur.com/saham/intro-kepada-pelaburan-saham-di-bursa-malaysia/)
## [Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia](https://www.majalahlabur.com/saham/intro-kepada-pelaburan-saham-di-bursa-malaysia/ "View Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/cara-buka-akaun-saham-cds-maybank/)
## [Cara Buka Akaun Saham (CDS) Maybank](https://www.majalahlabur.com/saham/cara-buka-akaun-saham-cds-maybank/ "View Cara Buka Akaun Saham (CDS) Maybank")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/kenali-franchisee-disebalik-family-mart/)
## [Kenali Franchisee Disebalik Family Mart](https://www.majalahlabur.com/saham/kenali-franchisee-disebalik-family-mart/ "View Kenali Franchisee Disebalik Family Mart")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/11-apps-kewangan-wajib-ada-dalam-telefon/)
## [10 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Seorang Pelabur Saham](https://www.majalahlabur.com/saham/11-apps-kewangan-wajib-ada-dalam-telefon/ "View 10 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Seorang Pelabur Saham")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/syarikat-yang-beri-dividen-tertinggi-di-bursa-malaysia/)
## [Syarikat Yang Beri Dividen Tertinggi Di Bursa Malaysia (2018)](https://www.majalahlabur.com/saham/syarikat-yang-beri-dividen-tertinggi-di-bursa-malaysia/ "View Syarikat Yang Beri Dividen Tertinggi Di Bursa Malaysia (2018)")
[](https://www.majalahlabur.com/saham/apa-itu-fundamental-analysis/)
## [Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu?](https://www.majalahlabur.com/saham/apa-itu-fundamental-analysis/ "View Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu?") |
| Readable Markdown | Sub Topik
- [1\. Tetapkan Sasaran](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#1_Tetapkan_Sasaran)
- [2\. Pilih Sasaran/Matlamat Yang Menarik Minat Anda](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#2_Pilih_SasaranMatlamat_Yang_Menarik_Minat_Anda)
- [3\. Jadikan Matlamat Anda Diketahui Umum](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#3_Jadikan_Matlamat_Anda_Diketahui_Umum)
- [4\. Merangka Strategi Untuk Mencapai Matlamat Anda](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#4_Merangka_Strategi_Untuk_Mencapai_Matlamat_Anda)
- [5\. Semak Matlamat Dan Kemajuan Anda Secara Berkala](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#5_Semak_Matlamat_Dan_Kemajuan_Anda_Secara_Berkala)
- [6\. Mengekalkan Momentum](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#6_Mengekalkan_Momentum)
- [7\. Dapatkan Mentor](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#7_Dapatkan_Mentor)
- [8\. Kelilingi Diri Anda dengan Individu Positif](https://www.majalahlabur.com/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/#8_Kelilingi_Diri_Anda_dengan_Individu_Positif)
Motivasi adalah apa yang membuat kita terus berusaha apabila segala-galanya kelihatan rumit. Ia adalah dorongan yang membawa kita ke hadapan untuk mencapai matlamat kita. Motivasi adalah penting kerana ia membolehkan kita menangani halangan dan ujian. Apabila kita bermotivasi, kita lebih cenderung mempunyai etika kerja yang positif, menjadi produktif, dan mempunyai sikap positif yang membawa kepada kejayaan.
Untuk kekal bermotivasi sepanjang masa adalah sedikit sukar. Kita tidak dapat mengawal *mood* atau perasaan kita dan kadang-kadang ia berubah dengan cepat tanpa disedari. Artikel ini akan membimbing anda melalui 8 tindakan yang akan membantu anda kekal bermotivasi sepanjang masa.
## 1\. **Tetapkan Sasaran**

Apabila anda menetapkan sasaran, anda memutuskan untuk bertindak melakukan perkara-perkara yang akan membantu anda mencapai hasil yang anda inginkan. Sasaran membimbing perhatian anda ke arah tertentu yang boleh diukur dan mempunyai matlamat akhir. Ini akan membantu anda kekal bermotivasi. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila jurujual menetapkan sasaran, mereka mampu membuat lebih banyak jualan dan apabila seseorang membuat komitmen untuk kuruskan badan (sebanyak 30 kilogram sebagai contoh), mereka akan lebih cenderung untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka setiap hari.
## 2\. **Pilih Sasaran/Matlamat Yang Menarik Minat Anda**

Anda lebih cenderung untuk kekal bermotivasi jika anda melakukan sesuatu yang anda minat daripada melakukan sesuatu yang orang lain inginkan untuk anda. Orang lain boleh memberikan kita matlamat atau objektif yang kita dapati tidak menarik untuk dilaksanakan. Oleh itu, dalam mencapai matlamat, cuba cari sesuatu yang menarik minat anda untuk capai.
## 3\. **Jadikan Matlamat Anda Diketahui Umum**

Anda harus nyatakn matlamat anda secara terbuka. Jika anda memberitahu semua orang tentang matlamat dan sasaran anda, mereka akan terus mengingatkan anda tentang matlamat anda. Anda akan berasa malu jika anda tidak mencapai matlamat tersebut dan ini akan meningkatkan motivasi anda untuk bekerja keras ke arah mencapai matlamat tersebut. Kebanyakan orang disekeliling anda mempunytai sikap ingin membantu orang lain. Apabila anda nyatakan matlamat anda, mereka akan membantu anda apabila anda menghadapi kesukaran.
## 4\. **Merangka Strategi Untuk Mencapai Matlamat Anda**

Merangka strategi adalah langkah seterusnya ke arah mencapai matlamat anda. Anda perlu menetapkan visi dan misi yang jelas tentang apa yang anda mahukan dan memikirkan bagaimana ia akan dilaksanakan. Pecahkan matlamat anda kepada aktiviti-aktiviti kecil yang boleh diurus dan tetapkan tempoh masa yang sesuai untuk setiap aktiviti tersebut. Gariskan pelan tindakan terperinci untuk mencapai objektif anda.
## 5\. **Semak Matlamat Dan Kemajuan Anda Secara** Berkala

Memantau kemajuan sendiri adalah penting untuk mencapai matlamat. Kita harus bertanya kepada diri sendiri sama ada kita berada di landasan yang betul atau tidak. Sekiranya tidak, bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan? Kita perlu sedar apa yang sedang berlaku terhadap rancangan kita, apa yang salah, di mana kita terpesong dan bagaimana kita boleh membetulkannya. Jadikan amalan menyemak pencapaian matlamat kita sebagai sebahagian daripada rutin harian dengan menyimpan jurnal atau menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.
## 6\. **Mengekalkan Momentum**

Mulakan pelaksanaan matlamat anda dengan langkah-langkah mudah dan kecil. Anda mesti sentiasa bermula dengan langkah-langkah kecil dan mudah supaya anda senang mendapatkan momentum. Raikan diri sendiri atas pencapaian anda. Senaraikan perkara-perkara yang âtelah siapâ. Ini akan mendorong anda untuk bekerja lebih kuat dan bersungguh-sungguh.
## 7\. **Dapatkan Mentor**

Perbincangan dengan mentor boleh membantu anda mengenal pasti peluang baru, membuka minda anda kepada idea-idea baru, menasihati anda tentang cara menavigasi objektif, dan menjadi komponen penting dalam proses mencapai matlamat anda. Seorang mentor boleh membantu anda memahami apa yang diperlukan berdasarkan kedudukan dan persekitaran anda, mengenal pasti kemahiran yang anda perlukan dan menetapkan objektif bersama-sama. Apabila anda mempunyai visi yang jelas tentang ke mana anda mahu pergi, anda akan lebih didorong untuk mencapai objektif tersebut.
## 8\. **Kelilingi Diri Anda dengan Individu Positif**

Mengekalkan fokus pada matlamat akhir anda adalah lebih mudah apabila anda mengelilingi diri anda dengan pengaruh yang baik. Anda akan berasa lebih yakin dengan diri sendir apabila dikelilingi individu-individu yang positif. Apabila anda menghabiskan masa dengan individu yang positif, anda akan berasa bertenaga dan bersemangat. Orang yang gembira, sihat, dan optimis dalam pandangan mereka terhadap kehidupan adalah seorang yang berjaya.
Artikel ini ditulis oleh Dr. Ahmad Monir bin Abdullah. Beliau kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus & Akauntabiliti (Grace). Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai ahli akademik dan juga pengamal perakaunan dalam industri. Penulis boleh dihubungi di [\[email protected\]](https://www.majalahlabur.com/cdn-cgi/l/email-protection#aacbc2c7cbcec7c5c4c3d8cbc8cedfc6c6cbc2eadfc1c784cfcedf84c7d3)
Baca juga:
- [Tips Jimat Bercuti Dalam Dan Luar Negara](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/tips-jimat-bercuti-dalam-dan-luar-negara/)
- [5 Simbol Baru Kekayaan Rakyat Malaysia](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/5-simbol-baru-kekayaan-rakyat-malaysia/)
- [Merdeka Ini, Bebaskan Diri Dari Perangkap Penipuan Pihak Ketiga](https://www.majalahlabur.com/lifestyle/merdeka-ini-bebaskan-diri-dari-perangkap-penipuan-pihak-ketiga/)
**Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.**
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu *complicated* sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloiâŚâŚ
Sesi baharu BAKAL dibuka!! **Pra-daftar dahulu** untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.
[](https://www.luno.com/invite/F9S7R8) |
| Shard | 186 (laksa) |
| Root Hash | 5181761894542421186 |
| Unparsed URL | com,majalahlabur!www,/inspirasi/8-tips-untuk-sentiasa-bermotivasi/ s443 |