🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 108 (from laksa119)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đźš«
NOT INDEXABLE
âś…
CRAWLED
23 hours ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalFAILmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedmy,gov,kwsp!www,/en/others/resource-centre/dividend s443

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen
Last Crawled2026-04-27 12:44:36 (23 hours ago)
First Indexed2024-02-02 09:34:21 (2 years ago)
HTTP Status Code200
Content
Meta TitleDividen KWSP 2025 - KWSP Malaysia
Meta DescriptionSemak kadar dividen EPF terkini dan ketahui bagaimana dividen tahunan KWSP membantu menjamin persaraan anda. Baca Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.
Meta Canonicalmy,gov,kwsp!www,/en/others/resource-centre/dividend s443
Boilerpipe Text
Skip to Main Content Bagi Simpanan Konvensional, kadar dividen minimum adalah 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP. Kadar dividen Simpanan Shariah pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP. Penyata tahunan 2023 dan maklumat dividen anda kini tersedia dalam KWSP i‑Akaun. Log masuk untuk melihat butiran terkini: EPF Dividend Rates Kadar Dividen KWSP 2025 6.15% Simpanan Konvensional 6.15% Simpanan Shariah Bagi Simpanan Konvensional (SK), kadar dividen minimum adalah 2.50%. Kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan sebenar portfolio SK. Manakala bagi Simpanan Shariah (SS) pula, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi pelaburan sebenar portfolio SS. Penyata tahunan 2025 dan maklumat dividen anda tersedia di portal web i-Akaun (Ahli) dan aplikasi KWSP i‑Akaun. Log masuk untuk melihat butiran terkini: Kadar Dividen Soalan Lazim Kadar Dividen KWSP Tahun Simpanan Konvensional (Tahunan) Simpanan Shariah (Tahunan) 2025 6.15 6.15 2024 6.30 6.30 2023 5.50 5.40 2022 5.35 4.75 2021 6.10 5.65 2020 5.20 4.90 2019 5.45 5.00 2018 6.15 5.90 2017 6.90 6.40 2016 5.70 - 2015 6.40 - 2014 6.75 - 2013 6.35 - 2012 6.15 - 2011 6.00 - 2010 5.80 - 2009 5.65 - 2008 4.50 - 2007 5.80 - 2006 5.15 - 2005 5.00 - 2004 4.75 - 2003 4.50 - 2002 4.25 - 2001 5.00 - 2000 6.00 - 1999 6.84 - 1997-1998 6.70 - 1996 7.70 - 1995 7.50 - 1988-1994 8.00 - 1983-1987 8.50 - 1980-1982 8.00 - 1979 7.25 - 1976-1978 7.00 - 1974-1975 6.60 - 1972-1973 5.85 - 1971 5.80 - 1968-1970 5.75 - 1965-1967 5.50 - 1964 5.25 - 1963 5.00 - 1960-1962 4.00 - 1952-1959 2.50 - Latar Belakang Dividen KWSP  Kadar dividen Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional ditentukan berdasarkan kepada prestasi sebenar portfolio pelaburan masing-masing.  Bermula 1 Januari 2024, pelaburan Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional yang sebelum ini diuruskan di bawah portfolio pelaburan yang sama telah diasingkan. Pelaburan di bawah portfolio Simpanan Shariah terdiri daripada pelaburan patuh syariah manakala pelaburan di bawah portfolio Simpanan Konvensional terdiri daripada pelaburan patuh syariah dan tidak patuh syariah. Maklumat lanjut boleh dirujuk di Soalan Lazim di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah . Kadar dividen bagi tahun-tahun sebelumnya untuk Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional adalah seperti dalam jadual di bawah. Tahun Simpanan Shariah (Tahunan) [%] Simpanan Konvensional (Tahunan) [%] 2025 6.15 6.15 2024 6.30 6.30 2023 5.40 5.50 2022 4.75 5.35 2021 5.65 6.10 2020 4.90 5.20 2019 5.00 5.45 2018 5.90 6.15 2017 6.40 6.90 2016 - 5.70 Nota: Kadar dividen Simpanan Konvensional adalah tertakluk kepada kadar minimum 2.50%. Tidak, ahli yang telah memilih Simpanan Shariah tidak dibenarkan kembali kepada Simpanan Konvensional, s elepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. Namun, ahli boleh membatalkan pendaftaran Simpanan Shariah sebelum tarikh kuat kuasa pilihan tersebut. PEMBATALAN SIMPANAN SHARIAH TARIKH KUAT KUASA SIMPANAN SHARIAH (i) Ahli boleh membuat pembatalan di mana-mana pejabat KWSP dengan membawa MyKad (bagi warganegara Malaysia), MyPR (bagi Pemastautin Tetap) atau pasport (bagi bukan warganegara Malaysia). Selain itu, ahli juga boleh membuat pembatalan melalui aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli) atau Self-Service Terminal (SST) (SST tidak terpakai bagi pemegang pasport), namun pembatalan melalui kaedah ini hanya dibenarkan sekali sahaja. (ii) Pembatalan tidak dibenarkan selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. (i) Selepas pendaftaran Simpanan Shariah, ahli akan menerima makluman tarikh kuat kuasa akaun Simpanan Shariah. (ii) Mulai 1 April 2025, tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah telah ditambah baik daripada secara tahunan (1 Januari setiap tahun) kepada secara bulanan (1 haribulan berikutnya) selepas pendaftaran pilihan Simpanan Shariah dibuat, tertakluk kepada peruntukan tahunan dana syariah mengikut giliran dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh KWSP. (iii) Bagi pendaftaran pilihan Simpanan Shariah yang dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari terakhir pada setiap bulan, tarikh kuat kuasa akan melangkau satu (1) bulan dari tarikh pendaftaran. Contohnya, ahli yang memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 15 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Mei 2025. Jika ahli memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 25 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Jun 2025 dan bukannya 1 Mei 2025, setelah mengambil kira tempoh tangguh selama tujuh hari tersebut. Maklumat lanjut mengenai Simpanan Shariah boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui pautan berikut:  https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah   Pengkreditan Dividen Boleh, penyata Ahli 2026 boleh dicetak. Namun, baki pembuka tahun 2025 belum dimuktamadkan sehingga dividen diisytiharkan dan dikreditkan ke dalam akaun. Penyata Ahli 2026 boleh didapati di aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli), Self-Service Terminal (SST), dan pejabat-pejabat KWSP. Senarai pejabat KWSP dan SST boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui  https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami . Ahli digalakkan untuk mendapatkan Penyata Ahli 2026 melalui i-Akaun (Ahli). Panduan pendaftaran i-Akaun boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui  https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/e-kyc-via-kwsp-i-akaun_v6 Ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli melalui kemudahan aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). Sekiranya ahli tiada kemudahan ini, Penyata Ahli boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian +603-89226000 atau mengemukakan permohonan di laman web KWSP melalui  https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami/pertanyaan Pengiraan Dividen Dividen dikira berdasarkan baki simpanan yang ada dalam setiap akaun dari Januari 2025 hingga Disember 2025 berdasarkan caruman baru yang diterima serta pengeluaran yang telah dibuat dalam bulan tersebut. Pengiraan dikira berdasarkan konsep Modified Aggregate Daily Balance (MADB) yang mana caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2025. Berikut adalah contoh pengiraan Dividen Tahunan berdasarkan MADB dengan kadar dividen 5.50%: (i)    Contoh 1 – Terdapat caruman bulanan tetapi tiada pengeluaran;   Baki Akaun Dividen (5.50%) Bulan Transaksi Tarikh Efektif Amaun Transaksi (RM)  Akaun 1  Akaun 2   Akaun 3   Akaun 1  Akaun 2   Akaun 3  Januari Baki Pembuka 01/01/2025 - 7,500 1,500 1,000 35.15 7.03 4.69 Caruman – Jan 2025 31/01/2025 1,000 8,250 1,650 1,100 Februari Caruman – Feb 2025 28/02/2025 1,000 9,000 1,800 1,200 34.92 6.98 4.66 Mac Caruman – Mac 2025 31/03/2025 1,000 9,750 1,950 1,300 42.15 8.43 5.62 April Caruman – Apr 2025 30/04/2025 1,000 10,500 2,100 1,400 44.19 8.84 5.89 Mei Caruman – Mei 2025 31/05/2025 1,000 11,250 2,250 1,500 49.16 9.83 6.55 Jun Caruman – Jun 2025 30/06/2025 1,000 12,000 2,400 1,600 50.97 10.19 6.80 Julai Caruman – Jul 2025 31/07/2025 1,000 12,750 2,550 1,700 56.17 11.23 7.49 Ogos Caruman – Ogos 2025 31/08/2025 1,000 13,500 2,700 1,800 59.67 11.93 7.96 September Caruman – Sept 2025 30/09/2025 1,000 14,250 2,850 1,900 61.14 12.23 8.15 Oktober Caruman – Okt 2025 31/10/2025 1,000 15,000 3,000 2,000 66.68 13.34 8.89 November Caruman – Nov 2025 30/11/2025 1,000 15,750 3,150 2,100 67.92 13.58 9.06 Disember Caruman – Dis 2025 31/12/2025 1,000 16,500 3,300 2,200 73.68 14.74 9.82 Jumlah Dividen 2025 641.80 128.35 85.58 Note:  Kadar dividen berdasarkan 5.50%. (ii)    Contoh 2 – Terdapat caruman bulanan dan mempunyai pengeluaran.   Baki Akaun Dividen (5.50%) Bulan Transaksi Tarikh Efektif Amaun Transaksi (RM)  Akaun 1  Akaun 2   Akaun 3   Akaun 1  Akaun 2   Akaun 3  Januari Baki Pembuka 01/01/2025 - 7,500 1,500 1,000 35.15 7.03 4.69 Caruman – Jan 2025 31/01/2025 1,000 8,250 1,650 1,100 Februari Caruman – Feb 2025 28/02/2025 1,000 9,000 1,800 1,200 34.92 6.98 3.15 Pengeluaran Fleksibel 20/02/2025 -1,200 9,000 1,800 1,200 Mac Caruman – Mac 2025 31/03/2025 1,000 9,750 1,950 1,300 42.15 8.43 5.62 April Caruman – Apr 2025 30/04/2025 1,000 10,500 2,100 1,400 44.19 8.84 5.89 Mei Caruman – May 2025 31/05/2025 1,000 11,250 2,250 1,500 49.16 9.83 0.57 Pengeluaran Fleksibel 20/05/2025 -300 9,000 1,800 1,200 Jun Caruman – Jun 2025 30/06/2025 1,000 12,000 2,400 1,600 50.97 10.19 0.01 Pengeluaran Fleksibel 20/06/2025 -50 9,000 1,800 1,200 Julai Caruman – Jul 2025 31/07/2025 1,000 12,750 2,550 1,700 56.17 11.23 0.15 Pengeluaran Fleksibel 20/07/2025 -100 9,000 1,800 1,200 Ogos Caruman – Aug 2025 31/08/2025 1,000 13,500 2,700 1,800 59.67 11.93 0.11 Pengeluaran Fleksibel 20/08/2025 -100 9,000 1,800 1,200 September Caruman – Sept 2025 30/09/2025 1,000 14,250 2,850 1,900 61.14 12.23 0.16 Pengeluaran Fleksibel 20/09/2025 -50 9,000 1,800 1,200 Oktober Caruman – Okt 2025 31/10/2025 1,000 15,000 3,000 2,000 66.68 13.34 0.30 Pengeluaran Fleksibel 20/10/2025 -100 9,000 1,800 1,200 November Caruman – Nov 2025 30/11/2025 1,000 15,750 3,150 2,100 67.92 13.58 0.38 Pengeluaran Fleksibel 20/11/2025 -50 9,000 1,800 1,200 Disember Caruman – Dec 2025 31/12/2025 1,000 16,500 3,300 2,200 73.68 14.74 0.43 Pengeluaran Fleksibel 20/12/2025 -250 9,000 1,800 1,200 Jumlah Dividen 2025 641.80 128.35 10.44 Note: Kadar dividen berdasarkan 5.50%. Konsep Pembayaran Dividen (a)    Ahli yang telah membuat Pengeluaran Pra-Persaraan pada 2025 (seperti Pengeluaran Perumahan, Umur 50 Tahun, Pendidikan, Kesihatan, Haji, Pelaburan Ahli, Simpanan Melebihi RM1 Juta dan Pengeluaran Akaun Fleksibel): (i)    Dividen bagi amaun simpanan yang telah dikeluarkan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan dividen tahun 2025. (b)    Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi): (i)    Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara sebahagian, dividen ke atas amaun pengeluaran adalah seperti kaedah (1)(a)(i). (ii)    Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara  bulanan, dividen ke atas pengeluaran yang dibuat mengikut kaedah ini akan dibayar ke akaun bank ahli selepas pengkreditan dividen tahun 2025. Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b): (a)    Bayaran Pengeluaran dibuat SELEPAS pengkreditan Dividen Tahunan 2024 hingga 31 Disember 2025.  (i)    Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2024 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad .  (b)    Bayaran Pengeluaran dibuat SEBELUM pengkreditan Dividen Tahunan 2025 (1 Januari 2026 sehingga sebelum tarikh dividen 2025 dikreditkan)  (i)    Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%. (ii)    Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2025 dikreditkan. Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b): (a)   Bayaran Pengeluaran dibuat SELEPAS pengkreditan Dividen Tahunan 2024 hingga 31 Disember 2025  (i)    Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2024 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad. (b)    Bayaran Pengeluaran SEBELUM pengkreditan Dividen Tahunan 2025 (1 Januari 2026 sehingga sebelum tarikh dividen 2025 dikreditkan)  (i)    Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%. (ii)    Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2025 dikreditkan. Baki bayaran tambahan dividen (supplementary dividend) pengeluaran SPPB/SPP akan dibayar kepada akaun bank ahli dan/atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), KWAP tanpa ahli perlu membuat permohonan semula. Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum pengkreditan dividen tahun 2025, ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen terakhir diisytiharkan dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad. Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Penuh selepas pengkreditan dividen tahun 2025, ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2025 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad. Nota: Tarikh bayaran adalah merujuk kepada tarikh transaksi yang dipaparkan dalam Penyata Ahli. Ya, semua caruman di atas adalah layak untuk menerima dividen yang dikira mengikut bulan caruman. Oleh itu, ahli tidak akan kehilangan atau kerugian dividen bagi semua transaksi seperti di atas. Contoh 1 Jika ahli membuat caruman i-Simpan pada 25 Disember 2025, tetapi caruman tersebut dikreditkan di dalam akaun KWSP ahli pada 02 Januari 2026, ahli tersebut layak mendapat dividen bermula 31 Disember 2025. Contoh 2 Majikan membuat bayaran untuk Caruman Lewat Bayar atau Caruman Tertunggak bagi bulan April 2024 pada 15 Disember 2025. Ahli layak mendapat dividen bermula 30 April 2024. Contoh 3 Majikan membayar bulan Caruman bagi Februari 2025 tetapi caruman tidak dapat dikreditkan dan dimasukkan ke CTML. Penyelesaian CTML dibuat pada Januari 2026. Ahli layak mendapat dividen bermula 28 Februari 2025. Contoh 4 Ahli membuat caruman i-Simpan bagi bulan bayaran Mac 2025 tetapi tidak dapat dikreditkan dan dimasukkan ke akaun rejek ahli. Penyelesaian rejek ini telah dibuat pada Januari 2026. Ahli layak mendapat dividen bermula 31 Mac 2025. Rujuk Lampiran di Muka Surat 24 sehingga 31. *Nota: Kadar yang dipaparkan di dalam Lampiran adalah sebagai contoh sahaja dan t idak merujuk kepada kadar dividen yang sebenar . Bagi ahli Simpanan Konvensional yang bertukar kepada Simpanan Shariah dan telah berkuat kuasa bermula antara 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025, pembayaran dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah adalah tertakluk kepada tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah tersebut. Sebagai contoh, ahli Simpanan Konvensional telah membuat pilihan Simpanan Shariah pada 3 Oktober 2025. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 November 2025. (i)    Dividen Simpanan Konvensional tahun 2025 akan dibayar bagi tempoh 1 Januari 2025 sehingga 31 Oktober 2025. (ii)    Manakala dividen Simpanan Shariah tahun 2025 akan dibayar bagi tempoh 1 November 2025 sehingga 31 Disember 2025.  Penyucian Dividen Ahli Beragama Islam Ahli yang belum bertukar ke Simpanan Shariah, simpanan mereka akan diuruskan di bawah Simpanan Konvensional dan dividen yang diterima setiap tahun adalah hasil daripada pelaburan bercampur antara yang patuh syariah dan tidak patuh syariah. Dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah tidak boleh dimanfaatkan, dan perlu dibersihkan seperti yang diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia seperti berikut:  “Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: (a)    Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya; (b)    Diserah kepada golongan fakir miskin”. Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran diri ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan:  “Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan...”.  Harta yang diperolehi dengan cara tidak mematuhi syariah, termasuk dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah (haram). Penyucian dividen hanya perlu dilakukan ke atas dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.  Sebagai contoh, sekiranya ahli telah menjadi ahli KWSP sejak tahun 2017 dan memilih Simpanan Shariah pada 3 Oktober 2025 yang berkuat kuasa pada 1 November 2025, maka penyucian dividen perlu dilakukan bagi dividen Simpanan Konvensional yang diterima dari tahun 2017 hingga 2024, serta dividen Simpanan Konvensional yang diterima bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2025. Penyucian dividen boleh dilakukan sama ada menggunakan simpanan KWSP yang layak dikeluarkan (sekiranya ada), atau menggunakan sumber kewangan lain yang dimiliki oleh ahli.  Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing. PENGECUALIAN PENYUCIAN DIVIDEN SIMPANAN KONVENSIONAL:  Sebarang dividen yang diterima sebelum wujudnya pilihan Simpanan Shariah iaitu dividen 2016 dan sebelumnya kerana Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli tidak mempunyai Haq Tasarruf, iaitu hak untuk memilih simpanan mereka diuruskan mengikut prinsip syariah (tiada pilihan akaun patuh syariah). Kadar penyucian dividen Simpanan Konvensional untuk 2025 adalah 60% daripada jumlah dividen dikreditkan ke akaun ahli. Manakala kadar penyucian dividen bagi tahun sebelum 2025 adalah seperti berikut: Tahun Jumlah Penyucian Dividen [%] 2025 60% 2024 61% 2023 66% 2022 73% 2021 69% 2020 69% 2019 71% 2018 68% 2017 64% 2016 - i.    Buat masa ini, KWSP tidak mengeluarkan zakat perniagaan atau membayar zakat simpanan KWSP bagi pihak ahli. ii.    Dividen KWSP yang dikreditkan ke dalam akaun ahli tidak mengambil kira sebarang bayaran zakat. Ahli KWSP beragama Islam bertanggungjawab membayar zakat 2.50% ke atas (a) simpanan KWSP yang dikeluarkan tanpa perlu menunggu haul setahun; dan (b) baki simpanan yang telah layak dikeluarkan dan boleh digunakan tanpa sebarang sekatan yang telah melebihi tempoh haul setahun, tertakluk kepada nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas) yang ditentukan oleh pihak berkuasa Zakat negeri masing-masing. iii.    Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat adalah: a.    Pengeluaran Akaun Fleksibel; b.    Pengeluaran Umur 50 daripada Akaun Sejahtera; c.    Pengeluaran Umur 55 daripada Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel; d.    Pengeluaran Umur 60 daripada Akaun Emas; e.    Pengeluaran Meninggalkan Negara; f.    Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan; dan g.    Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta. iv.    Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa Zakat negeri masing-masing berhubung apa-apa perkara berkaitan zakat. Pembayaran zakat dan penyucian dividen merupakan dua perkara yang berbeza.  Zakat dikenakan ke atas harta yang halal yang memenuhi syarat wajib zakat, manakala penyucian harta pula dilakukan ke atas harta yang diperolehi dengan cara tidak patuh syariah yang tidak boleh dimanfaatkan dan perlu diserahkan kepada Baitulmal atau fakir miskin. Sekiranya ahli tidak bertukar ke Simpanan Shariah, simpanannya itu telah termasuk dengan dividen yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah. Oleh itu ahli beragama Islam dinasihatkan untuk mengasingkan simpanan tersebut daripada jumlah yang perlu dibersihkan mengikut kadar penyucian dividen setiap tahun sebelum menentukan jumlah simpanan yang diwajibkan zakat. Ahli beragama Islam tidak perlu menyucikan dividen Syer Kerajaan yang telah disalurkan kepada KWAP.  Ahli  hanya bertanggungjawab melakukan penyucian ke atas dividen Simpanan Konvensional (Syer Pekerja) yang telah diterima oleh ahli sahaja (sekiranya ada) tertakluk kepada perincian yang dijelaskan pada Soalan 3 di atas.  Dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan ke akaun ahli terhasil daripada pelaburan patuh syariah dan pelaburan tidak patuh syariah di dalam portfolio Simpanan Konvensional. Pelaburan tidak patuh syariah yang terdiri daripada aset dan instrumen tidak patuh syariah yang antaranya terlibat dengan riba (faedah) seperti pelaburan di dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon dan syarikat yang terlibat dengan sektor kewangan konvensional atau yang melabur dan meminjam menggunakan instrumen kewangan konvensional melebihi tanda aras yang ditetapkan. Hanya dividen yang terhasil daripada pelaburan tidak patuh syariah di dalam portfolio Simpanan Konvensional yang perlu disucikan. Lampiran 1 - Cara Pengiraan Dividen bagi Akaun Emas Pengiraan dividen bagi Akaun Emas adalah bermula SELEPAS pindahan ke Akaun 55 (ahli telah mencapai umur 55 tahun). Contoh di bawah menunjukkan pengiraan dividen adalah bermula pada bulan caruman Ogos 2025. (a)     Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 dengan Akaun Emas (b)     Contoh Pengiraan Dividen Akaun Emas Lampiran 2 - Cara Pengiraan Dividen bagi Pengeluaran Penuh 55 Tahun Ahli membuat Pengeluaran 55 Tahun (Penuh) pada 13 Disember 2025. Ahli dibayar dividen penuh berdasarkan Kadar Dividen Tahunan 2024 iaitu 6.30% (Simpanan Shariah) (a)     Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran Penuh 55 Tahun (b)     Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55 Lampiran 3 - Cara Pengiraan Dividen bagi Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) Ahli membuat Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) pada tahun 2025 (a)     Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) (b)     Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55 (Kombinasi) Lampiran 4 - Cara Pengiraan Dividen bagi Dual Dividen (Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah) Ahli telah membuat pilihan Simpanan Shariah pada 3 Mei 2025. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 Jun 2025. Kadar dividen Simpanan Konvensional adalah 5.50% manakala kadar dividen Simpanan Shariah ialah 5.00%. (a)     Contoh Penyata Ahli Tahun 2025  (b)     Contoh Pengiraan Dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah Year Simpanan Konvensional (Per Annum) Simpanan Shariah (Per Annum) 2024 6.30 6.30 2023 5.50 5.40 2022 5.35 4.75 2021 6.10 5.65 2020 5.20 4.90 2019 5.45 5.00 2018 6.15 5.90 2017 6.90 6.40 2016 5.70 - 2015 6.40 - 2014 6.75 - 2013 6.35 - 2012 6.15 - 2011 6.00 - 2010 5.80 - 2009 5.65 - 2008 4.50 - 2007 5.80 - 2006 5.15 - 2005 5.00 - 2004 4.75 - 2003 4.50 - 2002 4.25 - 2001 5.00 - 2000 6.00 - 1999 6.84 - 1997-1998 6.70 - 1996 7.70 - 1995 7.50 - 1988-1994 8.00 - 1983-1987 8.50 - 1980-1982 8.00 - 1979 7.25 - 1976-1978 7.00 - 1974-1975 6.60 - 1972-1973 5.85 - 1971 5.80 - 1968-1970 5.75 - 1965-1967 5.50 - 1964 5.25 - 1963 5.00 - 1960-1962 4.00 - 1952-1959 2.50 -
Markdown
- [Skip to Main Content](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen#main-content) [![](https://www.kwsp.gov.my/o/kwsp-theme/images/main_logo.png)](https://www.kwsp.gov.my/) ## Menu Display [Ahli](https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli) [Log masuk ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/profile-main11)](https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login) ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more) ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more) [Majikan](https://www.kwsp.gov.my/ms/majikan) [Log masuk ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/profile-main11)](https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login) ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more) ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more) [Korporat](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat) [Log masuk ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/profile-main11)](https://secure.kwsp.gov.my/thirdparty/login) ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more) ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more) [![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/frame-9780-1)](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen) ## Pemilih Bahasa BM [![](https://www.kwsp.gov.my/o/kwsp-theme/images/logo_link.png)](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen) [![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/profile-main11)](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen) ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/hamburger-menu11) ## Dividen KWSP 2025 ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/pdp-member-dividend-banner-bm?download=true) ## Breadcrumb 1. [Lain-lain](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain) 2. [Sumber Maklumat](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat) 3. Dividen #### Dividen Pengisytiharan Dividen KWSP Bagi Simpanan Konvensional, kadar dividen minimum adalah 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP. Kadar dividen Simpanan Shariah pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP. *** Penyata tahunan 2023 dan maklumat dividen anda kini tersedia dalam KWSP i‑Akaun. Log masuk untuk melihat butiran terkini: ## Kadar Dividen KWSP 2025 6\.15% Simpanan Konvensional 6\.15% Simpanan Shariah Bagi Simpanan Konvensional (SK), kadar dividen minimum adalah 2.50%. Kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan sebenar portfolio SK. Manakala bagi Simpanan Shariah (SS) pula, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi pelaburan sebenar portfolio SS. Penyata tahunan 2025 dan maklumat dividen anda tersedia di portal web i-Akaun (Ahli) dan aplikasi KWSP i‑Akaun. Log masuk untuk melihat butiran terkini: [Log Masuk i‑Akaun (Ahli)](https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login) [Muat Turun Aplikasi KWSP i‑Akaun](https://www.kwsp.gov.my/mobile/i-Akaun/i-Akaun.html) - [Kadar Dividen](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen) - [Soalan Lazim](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen) #### Kadar Dividen KWSP | Tahun | Simpanan Konvensional (Tahunan) | Simpanan Shariah (Tahunan) | |---|---|---| | 2025 | 6\.15 | 6\.15 | | 2024 | 6\.30 | 6\.30 | | 2023 | 5\.50 | 5\.40 | | 2022 | 5\.35 | 4\.75 | | 2021 | 6\.10 | 5\.65 | | 2020 | 5\.20 | 4\.90 | | 2019 | 5\.45 | 5\.00 | | 2018 | 6\.15 | 5\.90 | | 2017 | 6\.90 | 6\.40 | | 2016 | 5\.70 | \- | | 2015 | 6\.40 | \- | | 2014 | 6\.75 | \- | | 2013 | 6\.35 | \- | | 2012 | 6\.15 | \- | | 2011 | 6\.00 | \- | | 2010 | 5\.80 | \- | | 2009 | 5\.65 | \- | | 2008 | 4\.50 | \- | | 2007 | 5\.80 | \- | | 2006 | 5\.15 | \- | | 2005 | 5\.00 | \- | | 2004 | 4\.75 | \- | | 2003 | 4\.50 | \- | | 2002 | 4\.25 | \- | | 2001 | 5\.00 | \- | | 2000 | 6\.00 | \- | | 1999 | 6\.84 | \- | | 1997-1998 | 6\.70 | \- | | 1996 | 7\.70 | \- | | 1995 | 7\.50 | \- | | 1988-1994 | 8\.00 | \- | | 1983-1987 | 8\.50 | \- | | 1980-1982 | 8\.00 | \- | | 1979 | 7\.25 | \- | | 1976-1978 | 7\.00 | \- | | 1974-1975 | 6\.60 | \- | | 1972-1973 | 5\.85 | \- | | 1971 | 5\.80 | \- | | 1968-1970 | 5\.75 | \- | | 1965-1967 | 5\.50 | \- | | 1964 | 5\.25 | \- | | 1963 | 5\.00 | \- | | 1960-1962 | 4\.00 | \- | | 1952-1959 | 2\.50 | \- | #### #### #### Latar Belakang Dividen KWSP #### ## A) LATAR BELAKANG DIVIDEN KWSP ### 1\. Adakah kadar dividen bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional adalah sama? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Kadar dividen Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional ditentukan berdasarkan kepada prestasi sebenar portfolio pelaburan masing-masing. Bermula 1 Januari 2024, pelaburan Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional yang sebelum ini diuruskan di bawah portfolio pelaburan yang sama telah diasingkan. Pelaburan di bawah portfolio Simpanan Shariah terdiri daripada pelaburan patuh syariah manakala pelaburan di bawah portfolio Simpanan Konvensional terdiri daripada pelaburan patuh syariah dan tidak patuh syariah. Maklumat lanjut boleh dirujuk di Soalan Lazim di Laman Web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah>. Kadar dividen bagi tahun-tahun sebelumnya untuk Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional adalah seperti dalam jadual di bawah. | Tahun | Simpanan Shariah (Tahunan) \[%\] | Simpanan Konvensional (Tahunan) \[%\] | |---|---|---| | 2025 | 6\.15 | 6\.15 | | 2024 | 6\.30 | 6\.30 | | 2023 | 5\.40 | 5\.50 | | 2022 | 4\.75 | 5\.35 | | 2021 | 5\.65 | 6\.10 | | 2020 | 4\.90 | 5\.20 | | 2019 | 5\.00 | 5\.45 | | 2018 | 5\.90 | 6\.15 | | 2017 | 6\.40 | 6\.90 | | 2016 | \- | 5\.70 | Nota: Kadar dividen Simpanan Konvensional adalah tertakluk kepada kadar minimum 2.50%. *** ### 2\. Bolehkah ahli membatalkan pilihan Simpanan Shariah dan bertukar semula kepada Simpanan Konvensional? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Tidak, ahli yang telah memilih Simpanan Shariah **tidak dibenarkan** kembali kepada Simpanan Konvensional, s**elepas tarikh kuat kuasa** pilihan Simpanan Shariah. Namun, ahli **boleh membatalkan** pendaftaran Simpanan Shariah **sebelum tarikh kuat kuasa** pilihan tersebut. | PEMBATALAN SIMPANAN SHARIAH | TARIKH KUAT KUASA SIMPANAN SHARIAH | |---|---| | (i) Ahli boleh membuat pembatalan di mana-mana pejabat KWSP dengan membawa MyKad (bagi warganegara Malaysia), MyPR (bagi Pemastautin Tetap) atau pasport (bagi bukan warganegara Malaysia). Selain itu, ahli juga boleh membuat pembatalan melalui aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli) atau Self-Service Terminal (SST) (SST tidak terpakai bagi pemegang pasport), namun pembatalan melalui kaedah ini hanya dibenarkan sekali sahaja. (ii) Pembatalan tidak dibenarkan selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. | (i) Selepas pendaftaran Simpanan Shariah, ahli akan menerima makluman tarikh kuat kuasa akaun Simpanan Shariah. (ii) Mulai 1 April 2025, tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah telah ditambah baik daripada secara tahunan (1 Januari setiap tahun) kepada secara bulanan (1 haribulan berikutnya) selepas pendaftaran pilihan Simpanan Shariah dibuat, tertakluk kepada peruntukan tahunan dana syariah mengikut giliran dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh KWSP. (iii) Bagi pendaftaran pilihan Simpanan Shariah yang dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari terakhir pada setiap bulan, tarikh kuat kuasa akan melangkau satu (1) bulan dari tarikh pendaftaran. Contohnya, ahli yang memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 15 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Mei 2025. Jika ahli memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 25 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Jun 2025 dan bukannya 1 Mei 2025, setelah mengambil kira tempoh tangguh selama tujuh hari tersebut. | **Maklumat lanjut mengenai Simpanan Shariah** boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui pautan berikut: <https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah> *** #### Pengkreditan Dividen ## B) PENGKREDITAN DIVIDEN ### 1\. Di manakah ahli boleh menyemak amaun dividen yang diisytiharkan bagi tahun 2025? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Ahli boleh menyemak amaun dividen melalui Penyata Ahli 2025 yang boleh didapati di aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli), Self-Service Terminal (SST), dan pejabat-pejabat KWSP selepas dividen diisytiharkan. Senarai pejabat KWSP dan SST boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami>. Ahli **digalakkan** untuk mendapatkan Penyata Ahli 2025 melalui i-Akaun (Ahli). Panduan pendaftaran i-Akaun boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/e-kyc-via-kwsp-i-akaun_v6> *** ### 2\. Bolehkah Penyata Ahli 2026 dicetak sebelum Dividen Tahun 2025 diisytiharkan? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Boleh, penyata Ahli 2026 boleh dicetak. Namun, baki pembuka tahun 2025 belum dimuktamadkan sehingga dividen diisytiharkan dan dikreditkan ke dalam akaun. Penyata Ahli 2026 boleh didapati di aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli), Self-Service Terminal (SST), dan pejabat-pejabat KWSP. Senarai pejabat KWSP dan SST boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami>. Ahli **digalakkan** untuk mendapatkan Penyata Ahli 2026 melalui i-Akaun (Ahli). Panduan pendaftaran i-Akaun boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/e-kyc-via-kwsp-i-akaun_v6> *** ### 3\. Bagaimanakah ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli melalui kemudahan aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). Sekiranya ahli tiada kemudahan ini, Penyata Ahli boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian +603-89226000 atau mengemukakan permohonan di laman web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami/pertanyaan> *** #### Pengiraan Dividen ## C) PENGIRAAN DIVIDEN ### 1\. Bagaimanakah Dividen Tahunan 2025 dikira? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Dividen dikira berdasarkan baki simpanan yang ada dalam setiap akaun dari Januari 2025 hingga Disember 2025 berdasarkan caruman baru yang diterima serta pengeluaran yang telah dibuat dalam bulan tersebut. Pengiraan dikira berdasarkan konsep ***Modified Aggregate Daily Balance (MADB)*** yang mana caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2025. Berikut adalah **contoh pengiraan Dividen Tahunan berdasarkan *MADB* dengan kadar dividen 5.50%:** ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/-my-madb_pengiraan-dividend-tahunan) (i) Contoh 1 – Terdapat caruman bulanan tetapi tiada pengeluaran; | | Baki Akaun | Dividen (5.50%) | | | | | | | | |---|---|---|---|---|---|---|---|---|---| | Bulan | Transaksi | Tarikh Efektif | Amaun Transaksi (RM) | Akaun 1 | Akaun 2 | Akaun 3 | Akaun 1 | Akaun 2 | Akaun 3 | | Januari | Baki Pembuka | 01/01/2025 | \- | 7,500 | 1,500 | 1,000 | 35\.15 | 7\.03 | 4\.69 | | Caruman – Jan 2025 | 31/01/2025 | 1,000 | 8,250 | 1,650 | 1,100 | | | | | | Februari | Caruman – Feb 2025 | 28/02/2025 | 1,000 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | 34\.92 | 6\.98 | 4\.66 | | Mac | Caruman – Mac 2025 | 31/03/2025 | 1,000 | 9,750 | 1,950 | 1,300 | 42\.15 | 8\.43 | 5\.62 | | April | Caruman – Apr 2025 | 30/04/2025 | 1,000 | 10,500 | 2,100 | 1,400 | 44\.19 | 8\.84 | 5\.89 | | Mei | Caruman – Mei 2025 | 31/05/2025 | 1,000 | 11,250 | 2,250 | 1,500 | 49\.16 | 9\.83 | 6\.55 | | Jun | Caruman – Jun 2025 | 30/06/2025 | 1,000 | 12,000 | 2,400 | 1,600 | 50\.97 | 10\.19 | 6\.80 | | Julai | Caruman – Jul 2025 | 31/07/2025 | 1,000 | 12,750 | 2,550 | 1,700 | 56\.17 | 11\.23 | 7\.49 | | Ogos | Caruman – Ogos 2025 | 31/08/2025 | 1,000 | 13,500 | 2,700 | 1,800 | 59\.67 | 11\.93 | 7\.96 | | September | Caruman – Sept 2025 | 30/09/2025 | 1,000 | 14,250 | 2,850 | 1,900 | 61\.14 | 12\.23 | 8\.15 | | Oktober | Caruman – Okt 2025 | 31/10/2025 | 1,000 | 15,000 | 3,000 | 2,000 | 66\.68 | 13\.34 | 8\.89 | | November | Caruman – Nov 2025 | 30/11/2025 | 1,000 | 15,750 | 3,150 | 2,100 | 67\.92 | 13\.58 | 9\.06 | | Disember | Caruman – Dis 2025 | 31/12/2025 | 1,000 | 16,500 | 3,300 | 2,200 | 73\.68 | 14\.74 | 9\.82 | | Jumlah Dividen 2025 | 641\.80 | 128\.35 | 85\.58 | | | | | | | **Note:** Kadar dividen berdasarkan 5.50%. (ii) Contoh 2 – Terdapat caruman bulanan dan mempunyai pengeluaran. | | Baki Akaun | Dividen (5.50%) | | | | | | | | |---|---|---|---|---|---|---|---|---|---| | Bulan | Transaksi | Tarikh Efektif | Amaun Transaksi (RM) | Akaun 1 | Akaun 2 | Akaun 3 | Akaun 1 | Akaun 2 | Akaun 3 | | Januari | Baki Pembuka | 01/01/2025 | \- | 7,500 | 1,500 | 1,000 | 35\.15 | 7\.03 | 4\.69 | | Caruman – Jan 2025 | 31/01/2025 | 1,000 | 8,250 | 1,650 | 1,100 | | | | | | Februari | Caruman – Feb 2025 | 28/02/2025 | 1,000 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | 34\.92 | 6\.98 | 3\.15 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/02/2025 | \-1,200 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Mac | Caruman – Mac 2025 | 31/03/2025 | 1,000 | 9,750 | 1,950 | 1,300 | 42\.15 | 8\.43 | 5\.62 | | April | Caruman – Apr 2025 | 30/04/2025 | 1,000 | 10,500 | 2,100 | 1,400 | 44\.19 | 8\.84 | 5\.89 | | Mei | Caruman – May 2025 | 31/05/2025 | 1,000 | 11,250 | 2,250 | 1,500 | 49\.16 | 9\.83 | 0\.57 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/05/2025 | \-300 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Jun | Caruman – Jun 2025 | 30/06/2025 | 1,000 | 12,000 | 2,400 | 1,600 | 50\.97 | 10\.19 | 0\.01 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/06/2025 | \-50 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Julai | Caruman – Jul 2025 | 31/07/2025 | 1,000 | 12,750 | 2,550 | 1,700 | 56\.17 | 11\.23 | 0\.15 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/07/2025 | \-100 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Ogos | Caruman – Aug 2025 | 31/08/2025 | 1,000 | 13,500 | 2,700 | 1,800 | 59\.67 | 11\.93 | 0\.11 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/08/2025 | \-100 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | September | Caruman – Sept 2025 | 30/09/2025 | 1,000 | 14,250 | 2,850 | 1,900 | 61\.14 | 12\.23 | 0\.16 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/09/2025 | \-50 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Oktober | Caruman – Okt 2025 | 31/10/2025 | 1,000 | 15,000 | 3,000 | 2,000 | 66\.68 | 13\.34 | 0\.30 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/10/2025 | \-100 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | November | Caruman – Nov 2025 | 30/11/2025 | 1,000 | 15,750 | 3,150 | 2,100 | 67\.92 | 13\.58 | 0\.38 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/11/2025 | \-50 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Disember | Caruman – Dec 2025 | 31/12/2025 | 1,000 | 16,500 | 3,300 | 2,200 | 73\.68 | 14\.74 | 0\.43 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/12/2025 | \-250 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Jumlah Dividen 2025 | 641\.80 | 128\.35 | 10\.44 | | | | | | | **Note:** Kadar dividen berdasarkan 5.50%. *** #### Konsep Pembayaran Dividen ## D) KONSEP PEMBAYARAN DIVIDEN ### 1\. Bagaimanakah konsep bayaran Dividen Tahunan bagi ahli yang membuat Pengeluaran Pra-Persaraan & Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi) pada tahun 2025? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) **(a) Ahli yang telah membuat Pengeluaran Pra-Persaraan pada 2025 (seperti Pengeluaran Perumahan, Umur 50 Tahun, Pendidikan, Kesihatan, Haji, Pelaburan Ahli, Simpanan Melebihi RM1 Juta dan Pengeluaran Akaun Fleksibel):** (i) Dividen bagi amaun simpanan yang telah dikeluarkan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan dividen tahun 2025. **(b) Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi):** (i) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih **kaedah bayaran secara sebahagian, dividen ke atas amaun pengeluaran adalah seperti kaedah (1)(a)(i).** (ii) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih **kaedah bayaran secara bulanan, dividen ke atas pengeluaran** yang dibuat mengikut kaedah ini **akan dibayar ke akaun bank ahli** selepas pengkreditan dividen tahun 2025. *** ### 2\. Bagaimanakah pembayaran dividen bagi ahli yang memohon Pengeluaran Penuh (55/60 Tahun, Hilang Upaya, dan Kematian) sebelum pengkreditan Dividen Tahunan 2025? Adakah ahli layak untuk mendapat dividen 2025? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b): **(a) Bayaran Pengeluaran dibuat SELEPAS pengkreditan Dividen Tahunan 2024 hingga 31 Disember 2025.** (i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan **dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2024** dan bayaran dividen tersebut adalah **muktamad**. **(b) Bayaran Pengeluaran dibuat SEBELUM pengkreditan Dividen Tahunan 2025 (1 Januari 2026 sehingga sebelum tarikh dividen 2025 dikreditkan)** (i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%. (ii) Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2025 dikreditkan. *** ### 3\. Bagaimanakah pembayaran dividen bagi ahli yang memohon Pengeluaran Penuh (Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) atau Pesara Pilihan (SPP)) sebelum pengkreditan Dividen Tahunan 2025? Adakah ahli layak untuk mendapat dividen 2025? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b): **(a) Bayaran Pengeluaran dibuat SELEPAS pengkreditan Dividen Tahunan 2024 hingga 31 Disember 2025** (i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan **dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2024** dan bayaran dividen tersebut adalah **muktamad.** **(b) Bayaran Pengeluaran SEBELUM pengkreditan Dividen Tahunan 2025 (1 Januari 2026 sehingga sebelum tarikh dividen 2025 dikreditkan)** (i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%. (ii) Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2025 dikreditkan. Baki bayaran tambahan dividen (supplementary dividend) pengeluaran SPPB/SPP akan dibayar kepada akaun bank ahli dan/atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), KWAP **tanpa ahli perlu membuat permohonan semula.** *** ### 4\. Bagaimanakah konsep pembayaran dividen bagi ahli yang memohon Pengeluaran Penuh (Meninggalkan Negara) sebelum pengkreditan dividen tahun 2025? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum pengkreditan dividen tahun 2025, **ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen terakhir diisytiharkan** dan bayaran dividen tersebut adalah **muktamad.** *** ### 5\. Bagaimanakah konsep pembayaran dividen bagi ahli yang ingin memohon Pengeluaran Penuh (55/60 Tahun, Hilang Upaya, Kematian dan Meninggalkan Negara) selepas pengkreditan dividen tahun 2025? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Penuh selepas pengkreditan dividen tahun 2025, **ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2025** dan bayaran dividen tersebut adalah **muktamad.** Nota: Tarikh bayaran adalah merujuk kepada tarikh transaksi yang dipaparkan dalam Penyata Ahli. *** ### 6\. Adakah caruman bagi i-Simpan (Caruman Sukarela), Caruman Lewat Bayar, Penyelesaian Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML) dan Rejek Perakaunan akan menerima dividen? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Ya, semua caruman di atas adalah layak untuk menerima dividen yang dikira mengikut bulan caruman. Oleh itu, ahli tidak akan kehilangan atau kerugian dividen bagi semua transaksi seperti di atas. **Contoh 1** Jika ahli membuat caruman **i-Simpan** pada 25 Disember 2025, tetapi caruman tersebut dikreditkan di dalam akaun KWSP ahli pada 02 Januari 2026, ahli tersebut layak mendapat dividen bermula 31 Disember 2025. **Contoh 2** Majikan membuat bayaran untuk **Caruman Lewat Bayar** atau **Caruman Tertunggak** bagi bulan April 2024 pada 15 Disember 2025. Ahli layak mendapat dividen bermula 30 April 2024. **Contoh 3** Majikan membayar bulan Caruman bagi Februari 2025 tetapi caruman tidak dapat dikreditkan dan dimasukkan ke CTML. **Penyelesaian CTML** dibuat pada Januari 2026. Ahli layak mendapat dividen bermula 28 Februari 2025. **Contoh 4** Ahli membuat caruman **i-Simpan** bagi bulan bayaran Mac 2025 tetapi tidak dapat dikreditkan dan dimasukkan ke akaun rejek ahli. **Penyelesaian rejek** ini telah dibuat pada Januari 2026. Ahli layak mendapat dividen bermula 31 Mac 2025. *** ### 7\. Bagaimanakah pengiraan dividen bagi Akaun Emas, Pengeluaran Penuh 55 Tahun dan Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi)? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Rujuk Lampiran di Muka Surat 24 sehingga 31. \*Nota: Kadar yang dipaparkan di dalam Lampiran adalah sebagai **contoh** sahaja dan t**idak merujuk kepada kadar dividen yang sebenar**. *** ### 8\. Bagaimanakah pembayaran dividen dilaksanakan bagi ahli Simpanan Konvensional yang bertukar kepada Simpanan Shariah dalam tahun yang sama? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Bagi ahli Simpanan Konvensional yang bertukar kepada Simpanan Shariah dan telah berkuat kuasa bermula antara 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025, pembayaran dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah adalah tertakluk kepada tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah tersebut. Sebagai contoh, ahli Simpanan Konvensional telah membuat pilihan Simpanan Shariah pada 3 Oktober 2025. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 November 2025. (i) Dividen Simpanan Konvensional tahun 2025 akan dibayar bagi tempoh 1 Januari 2025 sehingga 31 Oktober 2025. (ii) Manakala dividen Simpanan Shariah tahun 2025 akan dibayar bagi tempoh 1 November 2025 sehingga 31 Disember 2025. *** #### Penyucian Dividen Ahli Beragama Islam ## E) PENYUCIAN DIVIDEN AHLI BERAGAMA ISLAM ### 1\. Saya seorang beragama Islam dan belum bertukar ke Simpanan Shariah. Apakah status dividen yang saya terima dan perlukah saya melakukan penyucian dividen? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Ahli yang belum bertukar ke Simpanan Shariah, simpanan mereka akan diuruskan di bawah Simpanan Konvensional dan dividen yang diterima setiap tahun adalah hasil daripada pelaburan bercampur antara yang patuh syariah dan tidak patuh syariah. Dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah tidak boleh dimanfaatkan, dan perlu dibersihkan seperti yang diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia seperti berikut: “Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: (a) Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya; (b) Diserah kepada golongan fakir miskin”. Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran diri ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing. *** ### 2\. Saya baru bertukar ke Simpanan Shariah. Adakah saya perlu melakukan penyucian ke atas dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan ke akaun saya bagi tahun-tahun sebelum ini? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan: “Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan...”. Harta yang diperolehi dengan cara tidak mematuhi syariah, termasuk dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah (haram). Penyucian dividen hanya perlu dilakukan ke atas dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. Sebagai contoh, sekiranya ahli telah menjadi ahli KWSP sejak tahun 2017 dan memilih Simpanan Shariah pada 3 Oktober 2025 yang berkuat kuasa pada 1 November 2025, maka penyucian dividen perlu dilakukan bagi dividen Simpanan Konvensional yang diterima dari tahun 2017 hingga 2024, serta dividen Simpanan Konvensional yang diterima bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2025. Penyucian dividen boleh dilakukan sama ada menggunakan simpanan KWSP yang layak dikeluarkan (sekiranya ada), atau menggunakan sumber kewangan lain yang dimiliki oleh ahli. Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing. **PENGECUALIAN PENYUCIAN DIVIDEN SIMPANAN KONVENSIONAL:** Sebarang dividen yang diterima sebelum wujudnya pilihan Simpanan Shariah iaitu dividen 2016 dan sebelumnya kerana Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli tidak mempunyai Haq Tasarruf, iaitu hak untuk memilih simpanan mereka diuruskan mengikut prinsip syariah (tiada pilihan akaun patuh syariah). *** ### 3\. Bagaimanakah menentukan jumlah dividen Simpanan Konvensional yang perlu disucikan? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Kadar penyucian dividen Simpanan Konvensional untuk 2025 adalah **60%** daripada jumlah dividen dikreditkan ke akaun ahli. Manakala kadar penyucian dividen bagi tahun sebelum 2025 adalah seperti berikut: | Tahun | Jumlah Penyucian Dividen \[%\] | |---|---| | 2025 | 60% | | 2024 | 61% | | 2023 | 66% | | 2022 | 73% | | 2021 | 69% | | 2020 | 69% | | 2019 | 71% | | 2018 | 68% | | 2017 | 64% | | 2016 | \- | | | | |---|---| | **Contoh Pengiraan** | Jumlah dividen Simpanan Konvensional 2025: RM1,000 Jumlah dividen yang perlu dibersihkan/disucikan: RM1,000 x 60% = RM600. | *** ### 4\. Adakah pihak KWSP membayar zakat pada setiap tahun? Adakah dividen KWSP yang dikreditkan ke akaun ahli sudah mengambil kira bayaran zakat KWSP? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) i. Buat masa ini, KWSP tidak mengeluarkan zakat perniagaan atau membayar zakat simpanan KWSP bagi pihak ahli. ii. Dividen KWSP yang dikreditkan ke dalam akaun ahli tidak mengambil kira sebarang bayaran zakat. Ahli KWSP beragama Islam bertanggungjawab membayar zakat 2.50% ke atas (a) simpanan KWSP yang dikeluarkan tanpa perlu menunggu haul setahun; dan (b) baki simpanan yang telah layak dikeluarkan dan boleh digunakan tanpa sebarang sekatan yang telah melebihi tempoh haul setahun, tertakluk kepada nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas) yang ditentukan oleh pihak berkuasa Zakat negeri masing-masing. iii. Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat adalah: a. Pengeluaran Akaun Fleksibel; b. Pengeluaran Umur 50 daripada Akaun Sejahtera; c. Pengeluaran Umur 55 daripada Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel; d. Pengeluaran Umur 60 daripada Akaun Emas; e. Pengeluaran Meninggalkan Negara; f. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan; dan g. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta. iv. Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa Zakat negeri masing-masing berhubung apa-apa perkara berkaitan zakat. *** ### 5\. Saya sudah membayar zakat KWSP, adakah saya masih perlu melakukan penyucian dividen Simpanan Konvensional? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Pembayaran zakat dan penyucian dividen merupakan dua perkara yang berbeza. Zakat dikenakan ke atas harta yang halal yang memenuhi syarat wajib zakat, manakala penyucian harta pula dilakukan ke atas harta yang diperolehi dengan cara tidak patuh syariah yang tidak boleh dimanfaatkan dan perlu diserahkan kepada Baitulmal atau fakir miskin. Sekiranya ahli tidak bertukar ke Simpanan Shariah, simpanannya itu telah termasuk dengan dividen yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah. Oleh itu ahli beragama Islam dinasihatkan untuk mengasingkan simpanan tersebut daripada jumlah yang perlu dibersihkan mengikut kadar penyucian dividen setiap tahun sebelum menentukan jumlah simpanan yang diwajibkan zakat. *** ### 6\. Saya adalah kakitangan Kerajaan yang telah memilih Skim Pencen Perkhidmatan Awam dan telah membuat pengeluaran di bawah Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB), adakah saya perlu menyucikan dividen Syer Kerajaan yang telah disalurkan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Ahli beragama Islam **tidak perlu menyucikan dividen Syer Kerajaan** yang telah disalurkan kepada KWAP. Ahli hanya bertanggungjawab melakukan **penyucian ke atas dividen Simpanan Konvensional (Syer Pekerja)** yang telah diterima oleh ahli sahaja (sekiranya ada) tertakluk kepada perincian yang dijelaskan pada Soalan 3 di atas. *** ### 7\. Mengapakah hanya 60% daripada dividen Simpanan Konvensional 2025 yang perlu disucikan? ![back chevron](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/more-1) Dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan ke akaun ahli terhasil daripada pelaburan patuh syariah dan pelaburan tidak patuh syariah di dalam portfolio Simpanan Konvensional. Pelaburan tidak patuh syariah yang terdiri daripada aset dan instrumen tidak patuh syariah yang antaranya terlibat dengan riba (faedah) seperti pelaburan di dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon dan syarikat yang terlibat dengan sektor kewangan konvensional atau yang melabur dan meminjam menggunakan instrumen kewangan konvensional melebihi tanda aras yang ditetapkan. Hanya dividen yang terhasil daripada pelaburan tidak patuh syariah di dalam portfolio Simpanan Konvensional yang perlu disucikan. **Lampiran 1** - Cara Pengiraan Dividen bagi Akaun Emas Pengiraan dividen bagi Akaun Emas adalah bermula SELEPAS pindahan ke Akaun 55 (ahli telah mencapai umur 55 tahun). Contoh di bawah menunjukkan pengiraan dividen adalah bermula pada bulan caruman Ogos 2025. (a) Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 dengan Akaun Emas ![Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 dengan Akaun Emas](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-1_akaun-emas) (b) Contoh Pengiraan Dividen Akaun Emas ![Contoh Pengiraan Dividen Akaun Emas](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-1_example-akaun-emas) **Lampiran 2** - Cara Pengiraan Dividen bagi Pengeluaran Penuh 55 Tahun Ahli membuat Pengeluaran 55 Tahun (Penuh) pada 13 Disember 2025. Ahli dibayar dividen penuh berdasarkan Kadar Dividen Tahunan 2024 iaitu 6.30% (Simpanan Shariah) (a) Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran Penuh 55 Tahun ![Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran Penuh 55 Tahun](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-2_age-55-full-withdrawal) (b) Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55 ![Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-2_example-age-55-full-withdrawal) **Lampiran 3** - Cara Pengiraan Dividen bagi Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) Ahli membuat Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) pada tahun 2025 (a) Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) ![Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi)](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-3_age-55-combination) (b) Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55 (Kombinasi) ![Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55 (Kombinasi)](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-3_example-age-55-combination) **Lampiran 4** - Cara Pengiraan Dividen bagi Dual Dividen (Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah) Ahli telah membuat pilihan Simpanan Shariah pada 3 Mei 2025. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 Jun 2025. Kadar dividen Simpanan Konvensional adalah 5.50% manakala kadar dividen Simpanan Shariah ialah 5.00%. (a) Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 ![Contoh Penyata Ahli Tahun 2025](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-4_dual-dividend) (b) Contoh Pengiraan Dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah ![Contoh Pengiraan Dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-4_example-dual-dividend) *** | Year | Simpanan Konvensional (Per Annum) | Simpanan Shariah (Per Annum) | |---|---|---| | 2024 | 6\.30 | 6\.30 | | 2023 | 5\.50 | 5\.40 | | 2022 | 5\.35 | 4\.75 | | 2021 | 6\.10 | 5\.65 | | 2020 | 5\.20 | 4\.90 | | 2019 | 5\.45 | 5\.00 | | 2018 | 6\.15 | 5\.90 | | 2017 | 6\.90 | 6\.40 | | 2016 | 5\.70 | \- | | 2015 | 6\.40 | \- | | 2014 | 6\.75 | \- | | 2013 | 6\.35 | \- | | 2012 | 6\.15 | \- | | 2011 | 6\.00 | \- | | 2010 | 5\.80 | \- | | 2009 | 5\.65 | \- | | 2008 | 4\.50 | \- | | 2007 | 5\.80 | \- | | 2006 | 5\.15 | \- | | 2005 | 5\.00 | \- | | 2004 | 4\.75 | \- | | 2003 | 4\.50 | \- | | 2002 | 4\.25 | \- | | 2001 | 5\.00 | \- | | 2000 | 6\.00 | \- | | 1999 | 6\.84 | \- | | 1997-1998 | 6\.70 | \- | | 1996 | 7\.70 | \- | | 1995 | 7\.50 | \- | | 1988-1994 | 8\.00 | \- | | 1983-1987 | 8\.50 | \- | | 1980-1982 | 8\.00 | \- | | 1979 | 7\.25 | \- | | 1976-1978 | 7\.00 | \- | | 1974-1975 | 6\.60 | \- | | 1972-1973 | 5\.85 | \- | | 1971 | 5\.80 | \- | | 1968-1970 | 5\.75 | \- | | 1965-1967 | 5\.50 | \- | | 1964 | 5\.25 | \- | | 1963 | 5\.00 | \- | | 1960-1962 | 4\.00 | \- | | 1952-1959 | 2\.50 | \- | ![](https://www.kwsp.gov.my/o/kwsp-theme/images/Arrow-main.png) Take control on your financial future. ![](https://www.kwsp.gov.my/o/kwsp-theme/images/app-download.png) ![](https://www.kwsp.gov.my/o/kwsp-theme/images/logo-main.png) Ahli ## Menu Display - [Daftar Sebagai Ahli](https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/gambaran-keseluruhan) - [Tambah Simpanan Anda](https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan) - [Urus Akaun KWSP Anda](https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna) - [Pemilikan Rumah](https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/pengeluaran-rumah) - [Perancangan Kewangan](https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan) - [Perlindungan Kesihatan](https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/kesihatan) - [Aplikasi KWSP i-Akaun](https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/kwsp-i-akaun) Majikan ## Menu Display - [Pendahuluan](https://www.kwsp.gov.my/ms/majikan/pendahuluan) - [Tanggungjawab](https://www.kwsp.gov.my/ms/majikan/tanggungjawab) - [Platform Dalam Talian](https://www.kwsp.gov.my/ms/majikan/platform-online) - [Program Pendidikan Majikan](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/epf-learning-campus) Korporat ## Menu Display - [Kenali Kami](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/tentang-kwsp) - [Struktur Organisasi](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/tentang-kami/struktur-organisasi) - [Berita & Sorotan](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/berita-sorotan) - [Pelaburan](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/pelaburan) - [Kelestarian](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/kelestarian) - [Tadbir Urus Korporat](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/tentang-kami/tadbir-urus) - [Kerjaya](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/kerjaya) - [Perolehan](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/perolehan) - [Rakan Niaga](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/rakan-niaga) - [Pemberi Maklumat & Anti‑Fraud](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/anti-fraud) - [Hubungi Kami](https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami) Lain-lain ## Menu Display - [Terma & Syarat](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/terma-dan-syarat) - [Dasar Privasi](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/dasar-privasi) - [Dasar Keselamatan](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/dasar-keselamatan) - [Penafian](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/penafian) - [Tips Keselamatan Dalam Talian](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/tips-keselamatan) - [Pautan Lain](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/pautan-lain) - [Borang](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/borang) - [Sumber Maklumat](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat) - [Pencapaian](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/pencapaian) ![WhatsApp Us](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/whatsapp)![Connect With Us](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/contact-us)
Readable Markdown
- [Skip to Main Content](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen#main-content) Bagi Simpanan Konvensional, kadar dividen minimum adalah 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP. Kadar dividen Simpanan Shariah pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP. Penyata tahunan 2023 dan maklumat dividen anda kini tersedia dalam KWSP i‑Akaun. Log masuk untuk melihat butiran terkini: ## Kadar Dividen KWSP 2025 6\.15% Simpanan Konvensional 6\.15% Simpanan Shariah Bagi Simpanan Konvensional (SK), kadar dividen minimum adalah 2.50%. Kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan sebenar portfolio SK.Manakala bagi Simpanan Shariah (SS) pula, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi pelaburan sebenar portfolio SS.Penyata tahunan 2025 dan maklumat dividen anda tersedia di portal web i-Akaun (Ahli) dan aplikasi KWSP i‑Akaun.Log masuk untuk melihat butiran terkini: - [Kadar Dividen](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen) - [Soalan Lazim](https://www.kwsp.gov.my/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen) #### Kadar Dividen KWSP | Tahun | Simpanan Konvensional (Tahunan) | Simpanan Shariah (Tahunan) | |---|---|---| | 2025 | 6\.15 | 6\.15 | | 2024 | 6\.30 | 6\.30 | | 2023 | 5\.50 | 5\.40 | | 2022 | 5\.35 | 4\.75 | | 2021 | 6\.10 | 5\.65 | | 2020 | 5\.20 | 4\.90 | | 2019 | 5\.45 | 5\.00 | | 2018 | 6\.15 | 5\.90 | | 2017 | 6\.90 | 6\.40 | | 2016 | 5\.70 | \- | | 2015 | 6\.40 | \- | | 2014 | 6\.75 | \- | | 2013 | 6\.35 | \- | | 2012 | 6\.15 | \- | | 2011 | 6\.00 | \- | | 2010 | 5\.80 | \- | | 2009 | 5\.65 | \- | | 2008 | 4\.50 | \- | | 2007 | 5\.80 | \- | | 2006 | 5\.15 | \- | | 2005 | 5\.00 | \- | | 2004 | 4\.75 | \- | | 2003 | 4\.50 | \- | | 2002 | 4\.25 | \- | | 2001 | 5\.00 | \- | | 2000 | 6\.00 | \- | | 1999 | 6\.84 | \- | | 1997-1998 | 6\.70 | \- | | 1996 | 7\.70 | \- | | 1995 | 7\.50 | \- | | 1988-1994 | 8\.00 | \- | | 1983-1987 | 8\.50 | \- | | 1980-1982 | 8\.00 | \- | | 1979 | 7\.25 | \- | | 1976-1978 | 7\.00 | \- | | 1974-1975 | 6\.60 | \- | | 1972-1973 | 5\.85 | \- | | 1971 | 5\.80 | \- | | 1968-1970 | 5\.75 | \- | | 1965-1967 | 5\.50 | \- | | 1964 | 5\.25 | \- | | 1963 | 5\.00 | \- | | 1960-1962 | 4\.00 | \- | | 1952-1959 | 2\.50 | \- | Latar Belakang Dividen KWSP Kadar dividen Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional ditentukan berdasarkan kepada prestasi sebenar portfolio pelaburan masing-masing. Bermula 1 Januari 2024, pelaburan Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional yang sebelum ini diuruskan di bawah portfolio pelaburan yang sama telah diasingkan. Pelaburan di bawah portfolio Simpanan Shariah terdiri daripada pelaburan patuh syariah manakala pelaburan di bawah portfolio Simpanan Konvensional terdiri daripada pelaburan patuh syariah dan tidak patuh syariah. Maklumat lanjut boleh dirujuk di Soalan Lazim di Laman Web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah>. Kadar dividen bagi tahun-tahun sebelumnya untuk Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional adalah seperti dalam jadual di bawah. | Tahun | Simpanan Shariah (Tahunan) \[%\] | Simpanan Konvensional (Tahunan) \[%\] | |---|---|---| | 2025 | 6\.15 | 6\.15 | | 2024 | 6\.30 | 6\.30 | | 2023 | 5\.40 | 5\.50 | | 2022 | 4\.75 | 5\.35 | | 2021 | 5\.65 | 6\.10 | | 2020 | 4\.90 | 5\.20 | | 2019 | 5\.00 | 5\.45 | | 2018 | 5\.90 | 6\.15 | | 2017 | 6\.40 | 6\.90 | | 2016 | \- | 5\.70 | Nota: Kadar dividen Simpanan Konvensional adalah tertakluk kepada kadar minimum 2.50%. *** Tidak, ahli yang telah memilih Simpanan Shariah **tidak dibenarkan** kembali kepada Simpanan Konvensional, s**elepas tarikh kuat kuasa** pilihan Simpanan Shariah. Namun, ahli **boleh membatalkan** pendaftaran Simpanan Shariah **sebelum tarikh kuat kuasa** pilihan tersebut. | PEMBATALAN SIMPANAN SHARIAH | TARIKH KUAT KUASA SIMPANAN SHARIAH | |---|---| | (i) Ahli boleh membuat pembatalan di mana-mana pejabat KWSP dengan membawa MyKad (bagi warganegara Malaysia), MyPR (bagi Pemastautin Tetap) atau pasport (bagi bukan warganegara Malaysia). Selain itu, ahli juga boleh membuat pembatalan melalui aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli) atau Self-Service Terminal (SST) (SST tidak terpakai bagi pemegang pasport), namun pembatalan melalui kaedah ini hanya dibenarkan sekali sahaja. (ii) Pembatalan tidak dibenarkan selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. | (i) Selepas pendaftaran Simpanan Shariah, ahli akan menerima makluman tarikh kuat kuasa akaun Simpanan Shariah. (ii) Mulai 1 April 2025, tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah telah ditambah baik daripada secara tahunan (1 Januari setiap tahun) kepada secara bulanan (1 haribulan berikutnya) selepas pendaftaran pilihan Simpanan Shariah dibuat, tertakluk kepada peruntukan tahunan dana syariah mengikut giliran dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh KWSP. (iii) Bagi pendaftaran pilihan Simpanan Shariah yang dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari terakhir pada setiap bulan, tarikh kuat kuasa akan melangkau satu (1) bulan dari tarikh pendaftaran. Contohnya, ahli yang memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 15 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Mei 2025. Jika ahli memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 25 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Jun 2025 dan bukannya 1 Mei 2025, setelah mengambil kira tempoh tangguh selama tujuh hari tersebut. | **Maklumat lanjut mengenai Simpanan Shariah** boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui pautan berikut: <https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah> *** Pengkreditan Dividen Boleh, penyata Ahli 2026 boleh dicetak. Namun, baki pembuka tahun 2025 belum dimuktamadkan sehingga dividen diisytiharkan dan dikreditkan ke dalam akaun. Penyata Ahli 2026 boleh didapati di aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli), Self-Service Terminal (SST), dan pejabat-pejabat KWSP. Senarai pejabat KWSP dan SST boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami>. Ahli **digalakkan** untuk mendapatkan Penyata Ahli 2026 melalui i-Akaun (Ahli). Panduan pendaftaran i-Akaun boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/e-kyc-via-kwsp-i-akaun_v6> *** Ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli melalui kemudahan aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). Sekiranya ahli tiada kemudahan ini, Penyata Ahli boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian +603-89226000 atau mengemukakan permohonan di laman web KWSP melalui <https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami/pertanyaan> *** Pengiraan Dividen Dividen dikira berdasarkan baki simpanan yang ada dalam setiap akaun dari Januari 2025 hingga Disember 2025 berdasarkan caruman baru yang diterima serta pengeluaran yang telah dibuat dalam bulan tersebut. Pengiraan dikira berdasarkan konsep ***Modified Aggregate Daily Balance (MADB)*** yang mana caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2025. Berikut adalah **contoh pengiraan Dividen Tahunan berdasarkan *MADB* dengan kadar dividen 5.50%:** ![](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/-my-madb_pengiraan-dividend-tahunan) (i) Contoh 1 – Terdapat caruman bulanan tetapi tiada pengeluaran; | | Baki Akaun | Dividen (5.50%) | | | | | | | | |---|---|---|---|---|---|---|---|---|---| | Bulan | Transaksi | Tarikh Efektif | Amaun Transaksi (RM) | Akaun 1 | Akaun 2 | Akaun 3 | Akaun 1 | Akaun 2 | Akaun 3 | | Januari | Baki Pembuka | 01/01/2025 | \- | 7,500 | 1,500 | 1,000 | 35\.15 | 7\.03 | 4\.69 | | Caruman – Jan 2025 | 31/01/2025 | 1,000 | 8,250 | 1,650 | 1,100 | | | | | | Februari | Caruman – Feb 2025 | 28/02/2025 | 1,000 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | 34\.92 | 6\.98 | 4\.66 | | Mac | Caruman – Mac 2025 | 31/03/2025 | 1,000 | 9,750 | 1,950 | 1,300 | 42\.15 | 8\.43 | 5\.62 | | April | Caruman – Apr 2025 | 30/04/2025 | 1,000 | 10,500 | 2,100 | 1,400 | 44\.19 | 8\.84 | 5\.89 | | Mei | Caruman – Mei 2025 | 31/05/2025 | 1,000 | 11,250 | 2,250 | 1,500 | 49\.16 | 9\.83 | 6\.55 | | Jun | Caruman – Jun 2025 | 30/06/2025 | 1,000 | 12,000 | 2,400 | 1,600 | 50\.97 | 10\.19 | 6\.80 | | Julai | Caruman – Jul 2025 | 31/07/2025 | 1,000 | 12,750 | 2,550 | 1,700 | 56\.17 | 11\.23 | 7\.49 | | Ogos | Caruman – Ogos 2025 | 31/08/2025 | 1,000 | 13,500 | 2,700 | 1,800 | 59\.67 | 11\.93 | 7\.96 | | September | Caruman – Sept 2025 | 30/09/2025 | 1,000 | 14,250 | 2,850 | 1,900 | 61\.14 | 12\.23 | 8\.15 | | Oktober | Caruman – Okt 2025 | 31/10/2025 | 1,000 | 15,000 | 3,000 | 2,000 | 66\.68 | 13\.34 | 8\.89 | | November | Caruman – Nov 2025 | 30/11/2025 | 1,000 | 15,750 | 3,150 | 2,100 | 67\.92 | 13\.58 | 9\.06 | | Disember | Caruman – Dis 2025 | 31/12/2025 | 1,000 | 16,500 | 3,300 | 2,200 | 73\.68 | 14\.74 | 9\.82 | | Jumlah Dividen 2025 | 641\.80 | 128\.35 | 85\.58 | | | | | | | **Note:** Kadar dividen berdasarkan 5.50%. (ii) Contoh 2 – Terdapat caruman bulanan dan mempunyai pengeluaran. | | Baki Akaun | Dividen (5.50%) | | | | | | | | |---|---|---|---|---|---|---|---|---|---| | Bulan | Transaksi | Tarikh Efektif | Amaun Transaksi (RM) | Akaun 1 | Akaun 2 | Akaun 3 | Akaun 1 | Akaun 2 | Akaun 3 | | Januari | Baki Pembuka | 01/01/2025 | \- | 7,500 | 1,500 | 1,000 | 35\.15 | 7\.03 | 4\.69 | | Caruman – Jan 2025 | 31/01/2025 | 1,000 | 8,250 | 1,650 | 1,100 | | | | | | Februari | Caruman – Feb 2025 | 28/02/2025 | 1,000 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | 34\.92 | 6\.98 | 3\.15 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/02/2025 | \-1,200 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Mac | Caruman – Mac 2025 | 31/03/2025 | 1,000 | 9,750 | 1,950 | 1,300 | 42\.15 | 8\.43 | 5\.62 | | April | Caruman – Apr 2025 | 30/04/2025 | 1,000 | 10,500 | 2,100 | 1,400 | 44\.19 | 8\.84 | 5\.89 | | Mei | Caruman – May 2025 | 31/05/2025 | 1,000 | 11,250 | 2,250 | 1,500 | 49\.16 | 9\.83 | 0\.57 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/05/2025 | \-300 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Jun | Caruman – Jun 2025 | 30/06/2025 | 1,000 | 12,000 | 2,400 | 1,600 | 50\.97 | 10\.19 | 0\.01 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/06/2025 | \-50 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Julai | Caruman – Jul 2025 | 31/07/2025 | 1,000 | 12,750 | 2,550 | 1,700 | 56\.17 | 11\.23 | 0\.15 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/07/2025 | \-100 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Ogos | Caruman – Aug 2025 | 31/08/2025 | 1,000 | 13,500 | 2,700 | 1,800 | 59\.67 | 11\.93 | 0\.11 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/08/2025 | \-100 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | September | Caruman – Sept 2025 | 30/09/2025 | 1,000 | 14,250 | 2,850 | 1,900 | 61\.14 | 12\.23 | 0\.16 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/09/2025 | \-50 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Oktober | Caruman – Okt 2025 | 31/10/2025 | 1,000 | 15,000 | 3,000 | 2,000 | 66\.68 | 13\.34 | 0\.30 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/10/2025 | \-100 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | November | Caruman – Nov 2025 | 30/11/2025 | 1,000 | 15,750 | 3,150 | 2,100 | 67\.92 | 13\.58 | 0\.38 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/11/2025 | \-50 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Disember | Caruman – Dec 2025 | 31/12/2025 | 1,000 | 16,500 | 3,300 | 2,200 | 73\.68 | 14\.74 | 0\.43 | | Pengeluaran Fleksibel | 20/12/2025 | \-250 | 9,000 | 1,800 | 1,200 | | | | | | Jumlah Dividen 2025 | 641\.80 | 128\.35 | 10\.44 | | | | | | | **Note:** Kadar dividen berdasarkan 5.50%. *** Konsep Pembayaran Dividen **(a) Ahli yang telah membuat Pengeluaran Pra-Persaraan pada 2025 (seperti Pengeluaran Perumahan, Umur 50 Tahun, Pendidikan, Kesihatan, Haji, Pelaburan Ahli, Simpanan Melebihi RM1 Juta dan Pengeluaran Akaun Fleksibel):** (i) Dividen bagi amaun simpanan yang telah dikeluarkan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan dividen tahun 2025. **(b) Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi):** (i) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih **kaedah bayaran secara sebahagian, dividen ke atas amaun pengeluaran adalah seperti kaedah (1)(a)(i).** (ii) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih **kaedah bayaran secara bulanan, dividen ke atas pengeluaran** yang dibuat mengikut kaedah ini **akan dibayar ke akaun bank ahli** selepas pengkreditan dividen tahun 2025. *** Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b): **(a) Bayaran Pengeluaran dibuat SELEPAS pengkreditan Dividen Tahunan 2024 hingga 31 Disember 2025.** (i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan **dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2024** dan bayaran dividen tersebut adalah **muktamad**. **(b) Bayaran Pengeluaran dibuat SEBELUM pengkreditan Dividen Tahunan 2025 (1 Januari 2026 sehingga sebelum tarikh dividen 2025 dikreditkan)** (i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%. (ii) Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2025 dikreditkan. *** Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b): **(a) Bayaran Pengeluaran dibuat SELEPAS pengkreditan Dividen Tahunan 2024 hingga 31 Disember 2025** (i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan **dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2024** dan bayaran dividen tersebut adalah **muktamad.** **(b) Bayaran Pengeluaran SEBELUM pengkreditan Dividen Tahunan 2025 (1 Januari 2026 sehingga sebelum tarikh dividen 2025 dikreditkan)** (i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%. (ii) Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2025 dikreditkan. Baki bayaran tambahan dividen (supplementary dividend) pengeluaran SPPB/SPP akan dibayar kepada akaun bank ahli dan/atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), KWAP **tanpa ahli perlu membuat permohonan semula.** *** Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum pengkreditan dividen tahun 2025, **ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen terakhir diisytiharkan** dan bayaran dividen tersebut adalah **muktamad.** *** Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Penuh selepas pengkreditan dividen tahun 2025, **ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2025** dan bayaran dividen tersebut adalah **muktamad.** Nota: Tarikh bayaran adalah merujuk kepada tarikh transaksi yang dipaparkan dalam Penyata Ahli. *** Ya, semua caruman di atas adalah layak untuk menerima dividen yang dikira mengikut bulan caruman. Oleh itu, ahli tidak akan kehilangan atau kerugian dividen bagi semua transaksi seperti di atas. **Contoh 1** Jika ahli membuat caruman **i-Simpan** pada 25 Disember 2025, tetapi caruman tersebut dikreditkan di dalam akaun KWSP ahli pada 02 Januari 2026, ahli tersebut layak mendapat dividen bermula 31 Disember 2025. **Contoh 2** Majikan membuat bayaran untuk **Caruman Lewat Bayar** atau **Caruman Tertunggak** bagi bulan April 2024 pada 15 Disember 2025. Ahli layak mendapat dividen bermula 30 April 2024. **Contoh 3** Majikan membayar bulan Caruman bagi Februari 2025 tetapi caruman tidak dapat dikreditkan dan dimasukkan ke CTML. **Penyelesaian CTML** dibuat pada Januari 2026. Ahli layak mendapat dividen bermula 28 Februari 2025. **Contoh 4** Ahli membuat caruman **i-Simpan** bagi bulan bayaran Mac 2025 tetapi tidak dapat dikreditkan dan dimasukkan ke akaun rejek ahli. **Penyelesaian rejek** ini telah dibuat pada Januari 2026. Ahli layak mendapat dividen bermula 31 Mac 2025. *** Rujuk Lampiran di Muka Surat 24 sehingga 31. \*Nota: Kadar yang dipaparkan di dalam Lampiran adalah sebagai **contoh** sahaja dan t**idak merujuk kepada kadar dividen yang sebenar**. *** Bagi ahli Simpanan Konvensional yang bertukar kepada Simpanan Shariah dan telah berkuat kuasa bermula antara 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025, pembayaran dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah adalah tertakluk kepada tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah tersebut. Sebagai contoh, ahli Simpanan Konvensional telah membuat pilihan Simpanan Shariah pada 3 Oktober 2025. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 November 2025. (i) Dividen Simpanan Konvensional tahun 2025 akan dibayar bagi tempoh 1 Januari 2025 sehingga 31 Oktober 2025. (ii) Manakala dividen Simpanan Shariah tahun 2025 akan dibayar bagi tempoh 1 November 2025 sehingga 31 Disember 2025. *** Penyucian Dividen Ahli Beragama Islam Ahli yang belum bertukar ke Simpanan Shariah, simpanan mereka akan diuruskan di bawah Simpanan Konvensional dan dividen yang diterima setiap tahun adalah hasil daripada pelaburan bercampur antara yang patuh syariah dan tidak patuh syariah. Dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah tidak boleh dimanfaatkan, dan perlu dibersihkan seperti yang diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia seperti berikut: “Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: (a) Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya; (b) Diserah kepada golongan fakir miskin”. Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran diri ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing. *** Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan: “Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan...”. Harta yang diperolehi dengan cara tidak mematuhi syariah, termasuk dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah (haram). Penyucian dividen hanya perlu dilakukan ke atas dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. Sebagai contoh, sekiranya ahli telah menjadi ahli KWSP sejak tahun 2017 dan memilih Simpanan Shariah pada 3 Oktober 2025 yang berkuat kuasa pada 1 November 2025, maka penyucian dividen perlu dilakukan bagi dividen Simpanan Konvensional yang diterima dari tahun 2017 hingga 2024, serta dividen Simpanan Konvensional yang diterima bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2025. Penyucian dividen boleh dilakukan sama ada menggunakan simpanan KWSP yang layak dikeluarkan (sekiranya ada), atau menggunakan sumber kewangan lain yang dimiliki oleh ahli. Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing. **PENGECUALIAN PENYUCIAN DIVIDEN SIMPANAN KONVENSIONAL:** Sebarang dividen yang diterima sebelum wujudnya pilihan Simpanan Shariah iaitu dividen 2016 dan sebelumnya kerana Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli tidak mempunyai Haq Tasarruf, iaitu hak untuk memilih simpanan mereka diuruskan mengikut prinsip syariah (tiada pilihan akaun patuh syariah). *** Kadar penyucian dividen Simpanan Konvensional untuk 2025 adalah **60%** daripada jumlah dividen dikreditkan ke akaun ahli. Manakala kadar penyucian dividen bagi tahun sebelum 2025 adalah seperti berikut: | Tahun | Jumlah Penyucian Dividen \[%\] | |---|---| | 2025 | 60% | | 2024 | 61% | | 2023 | 66% | | 2022 | 73% | | 2021 | 69% | | 2020 | 69% | | 2019 | 71% | | 2018 | 68% | | 2017 | 64% | | 2016 | \- | *** i. Buat masa ini, KWSP tidak mengeluarkan zakat perniagaan atau membayar zakat simpanan KWSP bagi pihak ahli. ii. Dividen KWSP yang dikreditkan ke dalam akaun ahli tidak mengambil kira sebarang bayaran zakat. Ahli KWSP beragama Islam bertanggungjawab membayar zakat 2.50% ke atas (a) simpanan KWSP yang dikeluarkan tanpa perlu menunggu haul setahun; dan (b) baki simpanan yang telah layak dikeluarkan dan boleh digunakan tanpa sebarang sekatan yang telah melebihi tempoh haul setahun, tertakluk kepada nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas) yang ditentukan oleh pihak berkuasa Zakat negeri masing-masing. iii. Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat adalah: a. Pengeluaran Akaun Fleksibel; b. Pengeluaran Umur 50 daripada Akaun Sejahtera; c. Pengeluaran Umur 55 daripada Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel; d. Pengeluaran Umur 60 daripada Akaun Emas; e. Pengeluaran Meninggalkan Negara; f. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan; dan g. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta. iv. Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa Zakat negeri masing-masing berhubung apa-apa perkara berkaitan zakat. *** Pembayaran zakat dan penyucian dividen merupakan dua perkara yang berbeza. Zakat dikenakan ke atas harta yang halal yang memenuhi syarat wajib zakat, manakala penyucian harta pula dilakukan ke atas harta yang diperolehi dengan cara tidak patuh syariah yang tidak boleh dimanfaatkan dan perlu diserahkan kepada Baitulmal atau fakir miskin. Sekiranya ahli tidak bertukar ke Simpanan Shariah, simpanannya itu telah termasuk dengan dividen yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah. Oleh itu ahli beragama Islam dinasihatkan untuk mengasingkan simpanan tersebut daripada jumlah yang perlu dibersihkan mengikut kadar penyucian dividen setiap tahun sebelum menentukan jumlah simpanan yang diwajibkan zakat. *** Ahli beragama Islam **tidak perlu menyucikan dividen Syer Kerajaan** yang telah disalurkan kepada KWAP. Ahli hanya bertanggungjawab melakukan **penyucian ke atas dividen Simpanan Konvensional (Syer Pekerja)** yang telah diterima oleh ahli sahaja (sekiranya ada) tertakluk kepada perincian yang dijelaskan pada Soalan 3 di atas. *** Dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan ke akaun ahli terhasil daripada pelaburan patuh syariah dan pelaburan tidak patuh syariah di dalam portfolio Simpanan Konvensional. Pelaburan tidak patuh syariah yang terdiri daripada aset dan instrumen tidak patuh syariah yang antaranya terlibat dengan riba (faedah) seperti pelaburan di dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon dan syarikat yang terlibat dengan sektor kewangan konvensional atau yang melabur dan meminjam menggunakan instrumen kewangan konvensional melebihi tanda aras yang ditetapkan. Hanya dividen yang terhasil daripada pelaburan tidak patuh syariah di dalam portfolio Simpanan Konvensional yang perlu disucikan. **Lampiran 1** - Cara Pengiraan Dividen bagi Akaun Emas Pengiraan dividen bagi Akaun Emas adalah bermula SELEPAS pindahan ke Akaun 55 (ahli telah mencapai umur 55 tahun). Contoh di bawah menunjukkan pengiraan dividen adalah bermula pada bulan caruman Ogos 2025. (a) Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 dengan Akaun Emas ![Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 dengan Akaun Emas](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-1_akaun-emas) (b) Contoh Pengiraan Dividen Akaun Emas ![Contoh Pengiraan Dividen Akaun Emas](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-1_example-akaun-emas) **Lampiran 2** - Cara Pengiraan Dividen bagi Pengeluaran Penuh 55 Tahun Ahli membuat Pengeluaran 55 Tahun (Penuh) pada 13 Disember 2025. Ahli dibayar dividen penuh berdasarkan Kadar Dividen Tahunan 2024 iaitu 6.30% (Simpanan Shariah) (a) Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran Penuh 55 Tahun ![Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran Penuh 55 Tahun](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-2_age-55-full-withdrawal) (b) Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55 ![Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-2_example-age-55-full-withdrawal) **Lampiran 3** - Cara Pengiraan Dividen bagi Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) Ahli membuat Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) pada tahun 2025 (a) Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi) ![Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 Pengeluaran 55 Tahun (Kombinasi)](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-3_age-55-combination) (b) Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55 (Kombinasi) ![Contoh Pengiraan Dividen Pengeluaran Penuh Akaun 55 (Kombinasi)](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-3_example-age-55-combination) **Lampiran 4** - Cara Pengiraan Dividen bagi Dual Dividen (Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah) Ahli telah membuat pilihan Simpanan Shariah pada 3 Mei 2025. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 Jun 2025. Kadar dividen Simpanan Konvensional adalah 5.50% manakala kadar dividen Simpanan Shariah ialah 5.00%. (a) Contoh Penyata Ahli Tahun 2025 ![Contoh Penyata Ahli Tahun 2025](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-4_dual-dividend) (b) Contoh Pengiraan Dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah ![Contoh Pengiraan Dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/appendix-4_example-dual-dividend) *** | Year | Simpanan Konvensional (Per Annum) | Simpanan Shariah (Per Annum) | |---|---|---| | 2024 | 6\.30 | 6\.30 | | 2023 | 5\.50 | 5\.40 | | 2022 | 5\.35 | 4\.75 | | 2021 | 6\.10 | 5\.65 | | 2020 | 5\.20 | 4\.90 | | 2019 | 5\.45 | 5\.00 | | 2018 | 6\.15 | 5\.90 | | 2017 | 6\.90 | 6\.40 | | 2016 | 5\.70 | \- | | 2015 | 6\.40 | \- | | 2014 | 6\.75 | \- | | 2013 | 6\.35 | \- | | 2012 | 6\.15 | \- | | 2011 | 6\.00 | \- | | 2010 | 5\.80 | \- | | 2009 | 5\.65 | \- | | 2008 | 4\.50 | \- | | 2007 | 5\.80 | \- | | 2006 | 5\.15 | \- | | 2005 | 5\.00 | \- | | 2004 | 4\.75 | \- | | 2003 | 4\.50 | \- | | 2002 | 4\.25 | \- | | 2001 | 5\.00 | \- | | 2000 | 6\.00 | \- | | 1999 | 6\.84 | \- | | 1997-1998 | 6\.70 | \- | | 1996 | 7\.70 | \- | | 1995 | 7\.50 | \- | | 1988-1994 | 8\.00 | \- | | 1983-1987 | 8\.50 | \- | | 1980-1982 | 8\.00 | \- | | 1979 | 7\.25 | \- | | 1976-1978 | 7\.00 | \- | | 1974-1975 | 6\.60 | \- | | 1972-1973 | 5\.85 | \- | | 1971 | 5\.80 | \- | | 1968-1970 | 5\.75 | \- | | 1965-1967 | 5\.50 | \- | | 1964 | 5\.25 | \- | | 1963 | 5\.00 | \- | | 1960-1962 | 4\.00 | \- | | 1952-1959 | 2\.50 | \- | ![WhatsApp Us](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/whatsapp)![Connect With Us](https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/contact-us)
ML Classification
ML Categories
/Finance
98.1%
/Finance/Investing
93.3%
/Finance/Investing/Stocks_and_Bonds
49.4%
Raw JSON
{
    "/Finance": 981,
    "/Finance/Investing": 933,
    "/Finance/Investing/Stocks_and_Bonds": 494
}
ML Page Types
/Core_Page
45.6%
/Core_Page/Services_Page
35.6%
Raw JSON
{
    "/Core_Page": 456,
    "/Core_Page/Services_Page": 356
}
ML Intent Types
Informational
93.8%
Commercial
18.1%
Raw JSON
{
    "Informational": 938,
    "Commercial": 181
}
Content Metadata
Languagems-my
Authornull
Publish Timenot set
Original Publish Time2024-02-02 09:34:21 (2 years ago)
RepublishedNo
Word Count (Total)4,160
Word Count (Content)3,287
Links
External Links0
Internal Links1
Technical SEO
Meta NofollowNo
Meta NoarchiveNo
JS RenderedYes
Redirect Targetnull
Performance
Download Time (ms)372
TTFB (ms)364
Download Size (bytes)39,132
Shard108 (laksa)
Root Hash12461608833254736308
Unparsed URLmy,gov,kwsp!www,/ms/lain-lain/sumber-maklumat/dividen s443