ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.3 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.kosmo.com.my/2024/09/19/glasgow-selamat-maruah-sukan-komanwel/ |
| Last Crawled | 2026-04-20 06:36:22 (7 days ago) |
| First Indexed | 2024-09-19 04:13:34 (1 year ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Content | |
| Meta Title | Glasgow selamat maruah Sukan Komanwel |
| Meta Description | LONDON - Scotland Sukan Komanwel 2026, namun dalam versi yang lebih sederhana selain turut mendapat sokongan kewangan daripada Australia. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | LONDON – Scotland tampil sebagai penyelamat apabila menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026, namun dalam versi yang lebih sederhana selain turut mendapat sokongan kewangan daripada Australia.
Keputusan tersebut terpaksa dibuat setelah Victoria, Australia, menarik diri sebagai tuan rumah kerana peningkatan kos yang mendadak sekali gus menyebabkan anggaran perbelanjaan melambung kepada NZ$6.6 bilion (RM17.4 bilion).
Sebagai pampasan, Victoria terpaksa membayar NZ$415 juta (RM1.09 bilion) kepada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dengan NZ$219 juta (RM578.37 juta) daripadanya disalurkan ke Scotland untuk menampung kos penganjuran.
Menteri Kesihatan dan Sukan Scotland, Neil Gray dalam jawapan bertulis kepada Parlimen Scotland menyatakan bahawa kerajaan telah menilai dengan teliti cadangan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.
“Kerjasama ini sangat produktif dan telah menghasilkan cadangan acara yang kukuh yang berpotensi menyokong masa depan Sukan Komanwel dan menawarkan manfaat ekonomi serta sukan kepada Scotland,” katanya.
Sukan Komanwel 2026 ini dijangka menjadi lebih kecil dengan hanya 10 acara sukan diadakan di empat lokasi sekitar Glasgow, berbeza dengan edisi 2014 yang menampilkan 17 sukan dengan kos yang lebih tinggi sebanyak NZ$1.2 bilion (RM3.1 bilion).
Meskipun butiran tentang sukan yang akan dikurangkan belum diumumkan sepenuhnya, acara utama seperti olahraga dan renang hampir pasti berada dalam senarai. – AGENSI |
| Markdown | 

[Skip to content](https://www.kosmo.com.my/2024/09/19/glasgow-selamat-maruah-sukan-komanwel/#content "Skip to content")
[](https://www.kosmo.com.my/)
[Facebook](https://www.facebook.com/kosmo.online/) [Twitter](https://twitter.com/kosmo_online?lang=en) [Tiktok](https://www.tiktok.com/@kosmoonline) [Instagram](https://instagram.com/kosmo_online?igshid=u99segvk7unb) [Youtube](https://www.youtube.com/@MediaMuliaTV/videos)
- [Log Masuk](https://www.kosmo.com.my/akaun/)
- [Langgan](https://www.kosmo.com.my/register/)
Menu
- [Log Masuk](https://www.kosmo.com.my/akaun/)
- [Langgan](https://www.kosmo.com.my/register/)
[](https://arah.my/)
- [TERKINI](https://www.kosmo.com.my/terkini/)
- [NEGARA](https://www.kosmo.com.my/negara/)
- [ANALISIS SEMASA](https://www.kosmo.com.my/category/negara/analisis-semasa/)
- [KATA EDITOR](https://www.kosmo.com.my/category/negara/kata-editor/)
- [KATA SAYA](https://www.kosmo.com.my/category/negara/kata-saya/)
- [KOMUNITI](https://www.kosmo.com.my/category/negara/komuniti/)
- [PESONA AHAD](https://www.kosmo.com.my/category/negara/pesona-ahad/)
- [HALAL NIAGA](https://www.kosmo.com.my/halal-niaga/)
- [SOKONG LOKAL](https://www.kosmo.com.my/sokong-lokal/)
- [KAMPUS](https://www.kosmo.com.my/kampus/)
- [TEKNO](https://www.kosmo.com.my/tekno/)
- [REMAJA](https://www.kosmo.com.my/remaja/)
- [GEWANG](https://www.kosmo.com.my/gewang/)
- [WANITA](https://www.kosmo.com.my/wanita/)
- [HIBGLAM](https://www.kosmo.com.my/hib-glam/)
- [CITA RASA](https://www.kosmo.com.my/cita-rasa/)
- [PR NEWSWIRE](https://www.kosmo.com.my/2024/09/19/glasgow-selamat-maruah-sukan-komanwel/)
- [PR NEWSWIRE (BM)](https://www.kosmo.com.my/category/pr-newswire-bm/)
- [PR NEWSWIRE (EN)](https://www.kosmo.com.my/category/pr-newswire-en/)

- [LOG MASUK](https://www.kosmo.com.my/akaun/)
- [LANGGAN](https://www.kosmo.com.my/register)
[](https://arah.my/)

GLASGOW sebelum ini memiliki pengalaman untuk menganjurkan acara temasya sukan apabila turun menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2014 lalu. - AFP
## [Podium](https://www.kosmo.com.my/category/sukan/podium/) [Sukan](https://www.kosmo.com.my/category/sukan/)
# Glasgow selamat maruah Sukan Komanwel
- Oleh MEJA SUKAN KOSMO\!
- 19 September 2024, 10:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LONDON – Scotland tampil sebagai penyelamat apabila menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026, namun dalam versi yang lebih sederhana selain turut mendapat sokongan kewangan daripada Australia.
Keputusan tersebut terpaksa dibuat setelah Victoria, Australia, menarik diri sebagai tuan rumah kerana peningkatan kos yang mendadak sekali gus menyebabkan anggaran perbelanjaan melambung kepada NZ\$6.6 bilion (RM17.4 bilion).
Sebagai pampasan, Victoria terpaksa membayar NZ\$415 juta (RM1.09 bilion) kepada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dengan NZ\$219 juta (RM578.37 juta) daripadanya disalurkan ke Scotland untuk menampung kos penganjuran.
Menteri Kesihatan dan Sukan Scotland, Neil Gray dalam jawapan bertulis kepada Parlimen Scotland menyatakan bahawa kerajaan telah menilai dengan teliti cadangan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.
“Kerjasama ini sangat produktif dan telah menghasilkan cadangan acara yang kukuh yang berpotensi menyokong masa depan Sukan Komanwel dan menawarkan manfaat ekonomi serta sukan kepada Scotland,” katanya.
Sukan Komanwel 2026 ini dijangka menjadi lebih kecil dengan hanya 10 acara sukan diadakan di empat lokasi sekitar Glasgow, berbeza dengan edisi 2014 yang menampilkan 17 sukan dengan kos yang lebih tinggi sebanyak NZ\$1.2 bilion (RM3.1 bilion).
Meskipun butiran tentang sukan yang akan dikurangkan belum diumumkan sepenuhnya, acara utama seperti olahraga dan renang hampir pasti berada dalam senarai. – AGENSI
Tags: [Australia](https://www.kosmo.com.my/tag/australia/)[glasgow](https://www.kosmo.com.my/tag/glasgow/)[Scotland](https://www.kosmo.com.my/tag/scotland/)[Sukan Komanwel](https://www.kosmo.com.my/tag/sukan-komanwel/)[Victoria](https://www.kosmo.com.my/tag/victoria/)
###### ***Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di***
[](https://www.facebook.com/kosmo.online/) [](https://instagram.com/kosmo_online?igshid=u99segvk7unb) [](https://www.tiktok.com/@kosmoonline) [](https://www.whatsapp.com/channel/0029VaGzR7bEKyZ8JBpMku0W) [](https://twitter.com/kosmo_online?lang=en) [](https://www.youtube.com/@MediaMuliaTV/videos)
### TERKINI
### [\[VIDEO\] ‘Bukit Tangga kalau hujan memang licin jalannya’](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/video-bukit-tangga-kalau-hujan-memang-licin-jalannya/)
[20 April 2026, 2:26 pm](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/video-bukit-tangga-kalau-hujan-memang-licin-jalannya/)
### [DSA kekal relevan, himpun pemimpin pertahanan dunia](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/dsa-kekal-relevan-himpun-pemimpin-pertahanan-dunia/)
[20 April 2026, 2:18 pm](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/dsa-kekal-relevan-himpun-pemimpin-pertahanan-dunia/)
### [Kes ‘manhole’ meningkat di Perak](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/kes-manhole-meningkat-di-perak/)
[20 April 2026, 2:10 pm](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/kes-manhole-meningkat-di-perak/)
### [‘Kenapa Uji Rashid reka cerita tentang Ahmad Nawab, kami terkilan’](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/kenapa-uji-rashid-reka-cerita-tentang-ahmad-nawab-kami-terkilan/)
[20 April 2026, 2:05 pm](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/kenapa-uji-rashid-reka-cerita-tentang-ahmad-nawab-kami-terkilan/)
### [Jurusolek lelaki ‘Che Ros’ didakwa berpakaian tidur wanita](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/jurusolek-lelaki-che-ros-didakwa-berpakaian-tidur-wanita/)
[20 April 2026, 2:04 pm](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/jurusolek-lelaki-che-ros-didakwa-berpakaian-tidur-wanita/)
### [Penunggang motosikal maut, diseret selepas dilanggar MPV](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/penunggang-motosikal-maut-diseret-selepas-dilanggar-mpv/)
[20 April 2026, 1:58 pm](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/penunggang-motosikal-maut-diseret-selepas-dilanggar-mpv/)
### [10,000 pengguna air tidak terjejas sambungan paip Sungai Perai](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/10000-pengguna-air-tidak-terjejas-sambungan-paip-sungai-perai/)
[20 April 2026, 1:54 pm](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/10000-pengguna-air-tidak-terjejas-sambungan-paip-sungai-perai/)
### [Selangor teliti, tunggu perbahasan ADUN tangguh Sukma](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/selangor-teliti-tunggu-perbahasan-adun-tangguh-sukma/)
[20 April 2026, 1:51 pm](https://www.kosmo.com.my/2026/04/20/selangor-teliti-tunggu-perbahasan-adun-tangguh-sukma/)
### BERITA BERKAITAN
[](https://www.kosmo.com.my/2026/04/16/pendirian-australia-penting-henti-keganasan-di-palestin/)
### [Pendirian Australia penting henti keganasan di Palestin](https://www.kosmo.com.my/2026/04/16/pendirian-australia-penting-henti-keganasan-di-palestin/)
16 April 2026, 2:44 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2026/04/16/malaysia-australia-komited-saling-menyokong-bekalan-sumber-tenaga/)
### [Malaysia, Australia komited saling menyokong bekalan sumber tenaga](https://www.kosmo.com.my/2026/04/16/malaysia-australia-komited-saling-menyokong-bekalan-sumber-tenaga/)
16 April 2026, 2:12 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2026/04/16/kilang-penapis-utama-di-geelong-terbakar-meletup/)
### [Kilang penapis minyak utama Australia terbakar, meletup](https://www.kosmo.com.my/2026/04/16/kilang-penapis-utama-di-geelong-terbakar-meletup/)
16 April 2026, 11:14 am
[](https://www.kosmo.com.my/2026/04/16/perdana-menteri-australia-diberi-sambutan-rasmi-negara-di-putrajaya/)
### [Perdana Menteri Australia diberi sambutan rasmi negara di Putrajaya](https://www.kosmo.com.my/2026/04/16/perdana-menteri-australia-diberi-sambutan-rasmi-negara-di-putrajaya/)
16 April 2026, 10:50 am
[](https://www.kosmo.com.my/2026/04/15/isu-krisis-tenaga-agenda-pertemuan-anwar-albanese-esok/)
### [Isu krisis tenaga agenda pertemuan Anwar, Albanese esok](https://www.kosmo.com.my/2026/04/15/isu-krisis-tenaga-agenda-pertemuan-anwar-albanese-esok/)
15 April 2026, 9:30 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2026/03/29/penduduk-ketakutan-lihat-langit-bertukar-merah-darah/)
### [Penduduk ketakutan lihat langit bertukar merah darah](https://www.kosmo.com.my/2026/03/29/penduduk-ketakutan-lihat-langit-bertukar-merah-darah/)
29 Mac 2026, 8:00 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2026/03/12/f1-mercedes-belum-rasa-selamat/)
### [F1: Mercedes belum rasa selamat](https://www.kosmo.com.my/2026/03/12/f1-mercedes-belum-rasa-selamat/)
12 Mac 2026, 11:00 am
[](https://www.kosmo.com.my/2026/03/10/f1-hamilton-reda-strategi-ferrari/)
### [F1: Hamilton ‘reda’ strategi Ferrari](https://www.kosmo.com.my/2026/03/10/f1-hamilton-reda-strategi-ferrari/)
10 Mac 2026, 11:02 am
- [Terma dan Syarat](https://www.kosmo.com.my/terma-dan-syarat/)
- [Polisi Editor](https://www.kosmo.com.my/polisi-editorial/)
- [Senarai Kedai Akhbar](https://www.kosmo.com.my/senarai-kedai/)
- [Hubungi Kami](https://www.kosmo.com.my/hubungi-kami/)
Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)
Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

×[](https://www.whatsapp.com/channel/0029VaGzR7bEKyZ8JBpMku0W) |
| Readable Markdown | LONDON – Scotland tampil sebagai penyelamat apabila menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026, namun dalam versi yang lebih sederhana selain turut mendapat sokongan kewangan daripada Australia.
Keputusan tersebut terpaksa dibuat setelah Victoria, Australia, menarik diri sebagai tuan rumah kerana peningkatan kos yang mendadak sekali gus menyebabkan anggaran perbelanjaan melambung kepada NZ\$6.6 bilion (RM17.4 bilion).
Sebagai pampasan, Victoria terpaksa membayar NZ\$415 juta (RM1.09 bilion) kepada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dengan NZ\$219 juta (RM578.37 juta) daripadanya disalurkan ke Scotland untuk menampung kos penganjuran.
Menteri Kesihatan dan Sukan Scotland, Neil Gray dalam jawapan bertulis kepada Parlimen Scotland menyatakan bahawa kerajaan telah menilai dengan teliti cadangan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.
“Kerjasama ini sangat produktif dan telah menghasilkan cadangan acara yang kukuh yang berpotensi menyokong masa depan Sukan Komanwel dan menawarkan manfaat ekonomi serta sukan kepada Scotland,” katanya.
Sukan Komanwel 2026 ini dijangka menjadi lebih kecil dengan hanya 10 acara sukan diadakan di empat lokasi sekitar Glasgow, berbeza dengan edisi 2014 yang menampilkan 17 sukan dengan kos yang lebih tinggi sebanyak NZ\$1.2 bilion (RM3.1 bilion).
Meskipun butiran tentang sukan yang akan dikurangkan belum diumumkan sepenuhnya, acara utama seperti olahraga dan renang hampir pasti berada dalam senarai. – AGENSI |
| ML Classification | |
| ML Categories | null |
| ML Page Types | null |
| ML Intent Types | null |
| Content Metadata | |
| Language | ms-my |
| Author | null |
| Publish Time | 2024-09-18 08:57:55 (1 year ago) |
| Original Publish Time | 2024-09-18 08:57:55 (1 year ago) |
| Republished | No |
| Word Count (Total) | 650 |
| Word Count (Content) | 200 |
| Links | |
| External Links | 8 |
| Internal Links | 51 |
| Technical SEO | |
| Meta Nofollow | No |
| Meta Noarchive | No |
| JS Rendered | No |
| Redirect Target | null |
| Performance | |
| Download Time (ms) | 216 |
| TTFB (ms) | 205 |
| Download Size (bytes) | 50,891 |
| Shard | 27 (laksa) |
| Root Hash | 12147736357940223627 |
| Unparsed URL | my,com,kosmo!www,/2024/09/19/glasgow-selamat-maruah-sukan-komanwel/ s443 |