ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.2 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.kosmo.com.my/2022/09/07/mendaki-beri-kesan-positif-mental-fizikal-dan-rohani/ |
| Last Crawled | 2026-04-07 03:54:56 (7 days ago) |
| First Indexed | 2022-09-07 00:31:18 (3 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Mendaki beri kesan positif mental, fizikal dan rohani - Kosmo Digital |
| Meta Description | Malaysia mempunyai lebih 240 gunung dan bukit yang boleh didaki berketinggian 339 hingga 4,095 meter. Mendaki sesuai untuk pengembaraan, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta meningkatkan rembesan adrenalin di samping merasai anugerah alam ciptaan Maha Esa.Semasa kecil, Saidina Umar Al-Khattab juga dilatih bapanya mendaki bukit dan menuruni lembah sambil menggembala unta dan kambing supaya beliau menjadi pahlawan yang kuat dan gagah.Mendaki membantu membina otot dan tulang yang kuat serta sihat. Ia adalah senaman yang membantu membina jisim otot dalam meningkatkan keseimbangan dan mencegah osteoporosis. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Malaysia mempunyai lebih 240 gunung dan bukit yang boleh didaki berketinggian 339 hingga 4,095 meter. Mendaki sesuai untuk pengembaraan, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta meningkatkan rembesan adrenalin di samping merasai anugerah alam ciptaan Maha Esa.
Semasa kecil, Saidina Umar Al-Khattab juga dilatih bapanya mendaki bukit dan menuruni lembah sambil menggembala unta dan kambing supaya beliau menjadi pahlawan yang kuat dan gagah.
Mendaki membantu membina otot dan tulang yang kuat serta sihat. Ia adalah senaman yang membantu membina jisim otot dalam meningkatkan keseimbangan dan mencegah osteoporosis.
Apabila ketinggian meningkat dan suhu persekitaran menurun, otot akan berfungsi menjana haba untuk mengekalkan suhu badan pendaki sekitar 36.5 darjah Celsius.
Setiap denai memerlukan pendaki menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi dan sudut cerun yang berbeza, jadi kumpulan otot yang berbeza digunakan.
Menuruni bukit juga baik untuk menguatkan lutut dan kelenturan otot fleksor di pinggul di samping menguatkan teras dan bahagian bawah badan. Kajian menunjukkan mendaki pada waktu pagi meningkatkan pendedahan terhadap sumber nutrien vitamin D yang baik untuk tulang.
Senaman kardio termasuk mendaki dan menuruni bukit membuatkan jantung berdegup kencang, lalu meningkatkan aliran darah ke saluran kecil di sekeliling jantung.
Peningkatan aliran darah ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, gula darah dan beberapa jenis kanser. Ia juga akan membantu mencegah penyakit berkaitan gaya hidup seperti hiperlipidemia dan diabetes.
Mendaki juga boleh meningkatkan imuniti. Kajian mendapati sel darah putih meningkat sebanyak 40 peratus dan kekal 15 peratus lebih tinggi sebulan kemudian selepas aktiviti mendaki dilakukan dua kali sehari selama tiga hari. Ini kerana, menggerakkan otot sepanjang hari semasa mendaki menyebabkan banyak darah mengalir ke dalam usus. Ia penting untuk mengaktifkan fungsi usus dalam menghasilkan bakteria baik untuk meningkatkan imuniti semula jadi.
Mendaki juga adalah senaman aerobik yang menggerakkan seluruh badan untuk masa yang lama. Hasilnya, banyak kalori digunakan dan menjadikan berat badan berkurang dengan membakar lemak. Jumlah metabolisme setiap individu adalah berbeza.
KAJIAN mendapati berada dalam persekitaran semula jadi selama 90 minit boleh mengurangkan ruminasi iaitu berfikir yang keterlaluan dan bimbang yang berterusan.
Apabila kadar denyutan jantung berada dalam julat Zon 2 senaman, iaitu 60 hingga 70 peratus daripada kadar denyutan maksimum, badan pendaki membina asas aerobik dengan cekap dan meningkatkan daya tahan.
Kajian menunjukkan mendaki pada waktu pagi membantu menghasilkan melatonin iaitu hormon tidur pada waktu malam. Seorang profesor perubatan di Harvard Medical School mendapati pendedahan cahaya pagi membantu mengawal irama sirkadian, iaitu kitaran tidur-bangun dalam 24 jam.
Mendaki juga menjadikan deria pancaindera lebih sensitif dengan persekitaran. Ia membuatkan pendaki lebih berwaspada terhadap bahaya, penanda jejak atau haiwan liar yang mungkin melintasi laluan.
Kesedaran mental ini mengaktifkan hipokampus dan korteks retrosplenial iaitu bahagian otak yang mengawal memori ruang dan navigasi.
Mendaki juga membantu meningkatkan propriosepsi iaitu kesedaran minda tentang kedudukan dan pergerakan badan berhubung dengan persekitarannya.
Ketika mendaki, otak memproses setiap batu dan akar untuk melepasi halangan. Dengan latihan, otak menjadi lebih mahir dalam menilai halangan ini dan hasilnya, keseimbangan bertambah baik.
Aktiviti menguji mental seperti membaca peta, menavigasi denai dan mengharungi pendakian yang mencabar turut dilakukan ketika di bukit. Namun, dengan menggunakan peranti elektronik terkini, proses pendakian menjadi mudah dan seronok.
Jam pintar masa kini dilengkapi sistem kedudukan sejagat, pengesan kadar denyutan, pengukur ketinggian dan tekanan. Di samping itu, walkie-talkie juga dibawa untuk berhubung di kawasan tiada isyarat telefon bimbit.
Pendaki juga mengawal kelajuan dan rentak mengikut kemampuan sendiri tanpa perlu tergesa-gesa. Masa yang diluangkan di alam semula jadi boleh membangkitkan rasa tenang dan damai. Kajian menunjukkan aktiviti dalam persekitaran semula jadi selama 90 minit boleh membantu mengurangkan ruminasi iaitu berfikir yang keterlaluan dan bimbang yang berterusan.
Menurut pengarang bersama Your Brain On Nature, berada di alam semula jadi digambarkan seperti setitis morfin di dalam otak, di mana tindak balas dan hormon tekanan dikurangkan bersama, dengan hormon penenang seperti dopamin dan endorfin meningkat.
Mendaki juga adalah salah satu aktiviti ekopelancongan popular di Malaysia. Ia membolehkan pengembara mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai ciri warisan dan etnografi, yang terletak di sekeliling denai kembara.
Kesimpulannya, aktiviti mendaki gunung memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan diri serta menyumbang pendapatan setempat. Biarpun tujuan mendaki berlainan untuk setiap individu, aktiviti ini memberikan kesan positif kepada fizikal, mental, rohani, sosioemosi dan ekonomi.
Prof. Madya Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan ialah Pensyarah Kanan (Kejuruteraan Bioperubatan), Fakulti Kejuruteran & Alam Bina serta Felo Penyelidik Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM. |
| Markdown | 

[Skip to content](https://www.kosmo.com.my/2022/09/07/mendaki-beri-kesan-positif-mental-fizikal-dan-rohani/#content "Skip to content")
[](https://www.kosmo.com.my/)
[Facebook](https://www.facebook.com/kosmo.online/) [Twitter](https://twitter.com/kosmo_online?lang=en) [Tiktok](https://www.tiktok.com/@kosmoonline) [Instagram](https://instagram.com/kosmo_online?igshid=u99segvk7unb) [Youtube](https://www.youtube.com/@MediaMuliaTV/videos)
- [Log Masuk](https://www.kosmo.com.my/akaun/)
- [Langgan](https://www.kosmo.com.my/register/)
Menu

[](https://arah.my/)
- [TERKINI](https://www.kosmo.com.my/terkini/)
- [NEGARA](https://www.kosmo.com.my/negara/)
- [ANALISIS SEMASA](https://www.kosmo.com.my/category/negara/analisis-semasa/)
- [KATA EDITOR](https://www.kosmo.com.my/category/negara/kata-editor/)
- [KATA SAYA](https://www.kosmo.com.my/category/negara/kata-saya/)
- [KOMUNITI](https://www.kosmo.com.my/category/negara/komuniti/)
- [PESONA AHAD](https://www.kosmo.com.my/category/negara/pesona-ahad/)
- [HALAL NIAGA](https://www.kosmo.com.my/halal-niaga/)
- [SOKONG LOKAL](https://www.kosmo.com.my/sokong-lokal/)
- [KAMPUS](https://www.kosmo.com.my/kampus/)
- [TEKNO](https://www.kosmo.com.my/tekno/)
- [REMAJA](https://www.kosmo.com.my/remaja/)
- [GEWANG](https://www.kosmo.com.my/gewang/)
- [WANITA](https://www.kosmo.com.my/wanita/)
- [HIBGLAM](https://www.kosmo.com.my/hib-glam/)
- [CITA RASA](https://www.kosmo.com.my/cita-rasa/)
- [PR NEWSWIRE](https://www.kosmo.com.my/2022/09/07/mendaki-beri-kesan-positif-mental-fizikal-dan-rohani/)
- [PR NEWSWIRE (BM)](https://www.kosmo.com.my/category/pr-newswire-bm/)
- [PR NEWSWIRE (EN)](https://www.kosmo.com.my/category/pr-newswire-en/)

- [LOG MASUK](https://www.kosmo.com.my/akaun/)
- [LANGGAN](https://www.kosmo.com.my/register)
[](https://arah.my/)

AKTIVITI mendaki gunung atau bukit membantu membina otot dan tulang yang kuat. – GAMBAR HIASAN
## [Horizon](https://www.kosmo.com.my/category/k2/horizon/) [K2](https://www.kosmo.com.my/category/k2/)
# Mendaki beri kesan positif mental, fizikal dan rohani
- Oleh PROF. MADYA IR. DR. NAZRUL ANUAR NAYAN
- 7 September 2022, 8:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia mempunyai lebih 240 gunung dan bukit yang boleh didaki berketinggian 339 hingga 4,095 meter. Mendaki sesuai untuk pengembaraan, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta meningkatkan rembesan adrenalin di samping merasai anugerah alam ciptaan Maha Esa.
Semasa kecil, Saidina Umar Al-Khattab juga dilatih bapanya mendaki bukit dan menuruni lembah sambil menggembala unta dan kambing supaya beliau menjadi pahlawan yang kuat dan gagah.
Mendaki membantu membina otot dan tulang yang kuat serta sihat. Ia adalah senaman yang membantu membina jisim otot dalam meningkatkan keseimbangan dan mencegah osteoporosis.
Apabila ketinggian meningkat dan suhu persekitaran menurun, otot akan berfungsi menjana haba untuk mengekalkan suhu badan pendaki sekitar 36.5 darjah Celsius.
Setiap denai memerlukan pendaki menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi dan sudut cerun yang berbeza, jadi kumpulan otot yang berbeza digunakan.
Menuruni bukit juga baik untuk menguatkan lutut dan kelenturan otot fleksor di pinggul di samping menguatkan teras dan bahagian bawah badan. Kajian menunjukkan mendaki pada waktu pagi meningkatkan pendedahan terhadap sumber nutrien vitamin D yang baik untuk tulang.
Senaman kardio termasuk mendaki dan menuruni bukit membuatkan jantung berdegup kencang, lalu meningkatkan aliran darah ke saluran kecil di sekeliling jantung.
Peningkatan aliran darah ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, gula darah dan beberapa jenis kanser. Ia juga akan membantu mencegah penyakit berkaitan gaya hidup seperti hiperlipidemia dan diabetes.
Mendaki juga boleh meningkatkan imuniti. Kajian mendapati sel darah putih meningkat sebanyak 40 peratus dan kekal 15 peratus lebih tinggi sebulan kemudian selepas aktiviti mendaki dilakukan dua kali sehari selama tiga hari. Ini kerana, menggerakkan otot sepanjang hari semasa mendaki menyebabkan banyak darah mengalir ke dalam usus. Ia penting untuk mengaktifkan fungsi usus dalam menghasilkan bakteria baik untuk meningkatkan imuniti semula jadi.
Mendaki juga adalah senaman aerobik yang menggerakkan seluruh badan untuk masa yang lama. Hasilnya, banyak kalori digunakan dan menjadikan berat badan berkurang dengan membakar lemak. Jumlah metabolisme setiap individu adalah berbeza.

KAJIAN mendapati berada dalam persekitaran semula jadi selama 90 minit boleh mengurangkan ruminasi iaitu berfikir yang keterlaluan dan bimbang yang berterusan.
Apabila kadar denyutan jantung berada dalam julat Zon 2 senaman, iaitu 60 hingga 70 peratus daripada kadar denyutan maksimum, badan pendaki membina asas aerobik dengan cekap dan meningkatkan daya tahan.
Kajian menunjukkan mendaki pada waktu pagi membantu menghasilkan melatonin iaitu hormon tidur pada waktu malam. Seorang profesor perubatan di Harvard Medical School mendapati pendedahan cahaya pagi membantu mengawal irama sirkadian, iaitu kitaran tidur-bangun dalam 24 jam.
Mendaki juga menjadikan deria pancaindera lebih sensitif dengan persekitaran. Ia membuatkan pendaki lebih berwaspada terhadap bahaya, penanda jejak atau haiwan liar yang mungkin melintasi laluan.
Kesedaran mental ini mengaktifkan hipokampus dan korteks retrosplenial iaitu bahagian otak yang mengawal memori ruang dan navigasi.
Mendaki juga membantu meningkatkan propriosepsi iaitu kesedaran minda tentang kedudukan dan pergerakan badan berhubung dengan persekitarannya.
Ketika mendaki, otak memproses setiap batu dan akar untuk melepasi halangan. Dengan latihan, otak menjadi lebih mahir dalam menilai halangan ini dan hasilnya, keseimbangan bertambah baik.
Aktiviti menguji mental seperti membaca peta, menavigasi denai dan mengharungi pendakian yang mencabar turut dilakukan ketika di bukit. Namun, dengan menggunakan peranti elektronik terkini, proses pendakian menjadi mudah dan seronok.
Jam pintar masa kini dilengkapi sistem kedudukan sejagat, pengesan kadar denyutan, pengukur ketinggian dan tekanan. Di samping itu, walkie-talkie juga dibawa untuk berhubung di kawasan tiada isyarat telefon bimbit.
Pendaki juga mengawal kelajuan dan rentak mengikut kemampuan sendiri tanpa perlu tergesa-gesa. Masa yang diluangkan di alam semula jadi boleh membangkitkan rasa tenang dan damai. Kajian menunjukkan aktiviti dalam persekitaran semula jadi selama 90 minit boleh membantu mengurangkan ruminasi iaitu berfikir yang keterlaluan dan bimbang yang berterusan.
Menurut pengarang bersama Your Brain On Nature, berada di alam semula jadi digambarkan seperti setitis morfin di dalam otak, di mana tindak balas dan hormon tekanan dikurangkan bersama, dengan hormon penenang seperti dopamin dan endorfin meningkat.
Mendaki juga adalah salah satu aktiviti ekopelancongan popular di Malaysia. Ia membolehkan pengembara mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai ciri warisan dan etnografi, yang terletak di sekeliling denai kembara.
Kesimpulannya, aktiviti mendaki gunung memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan diri serta menyumbang pendapatan setempat. Biarpun tujuan mendaki berlainan untuk setiap individu, aktiviti ini memberikan kesan positif kepada fizikal, mental, rohani, sosioemosi dan ekonomi.
Prof. Madya Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan ialah Pensyarah Kanan (Kejuruteraan Bioperubatan), Fakulti Kejuruteran & Alam Bina serta Felo Penyelidik Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM.
Tags: [daki gunung](https://www.kosmo.com.my/tag/daki-gunung/)[kebaikan mendaki](https://www.kosmo.com.my/tag/kebaikan-mendaki/)[mendaki](https://www.kosmo.com.my/tag/mendaki/)
###### ***Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di***
[](https://www.facebook.com/kosmo.online/) [](https://instagram.com/kosmo_online?igshid=u99segvk7unb) [](https://www.tiktok.com/@kosmoonline) [](https://www.whatsapp.com/channel/0029VaGzR7bEKyZ8JBpMku0W) [](https://twitter.com/kosmo_online?lang=en) [](https://www.youtube.com/@MediaMuliaTV/videos)
### TERKINI
### [‘Ibu Ardell dah sembuh, minta doa tapi isteri saya dihina’](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/ibu-ardell-dah-sembuh-minta-doa-tapi-isteri-saya-dihina/)
[7 April 2026, 11:43 am](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/ibu-ardell-dah-sembuh-minta-doa-tapi-isteri-saya-dihina/)
### [2 bot tunda Indonesia ditahan ceroboh perairan negara](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/2-bot-tunda-indonesia-ditahan-ceroboh-perairan-negara/)
[7 April 2026, 11:41 am](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/2-bot-tunda-indonesia-ditahan-ceroboh-perairan-negara/)
### [Tidak serik, kilang kitar semula diserbu lagi babit rampasan RM376,000](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/tidak-serik-kilang-kitar-semula-diserbu-lagi-babit-rampasan-rm376000/)
[7 April 2026, 11:39 am](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/tidak-serik-kilang-kitar-semula-diserbu-lagi-babit-rampasan-rm376000/)
### [‘Tahniah, anda pilih untuk tidak tinggalkan impian’](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/tahniah-anda-pilih-untuk-tidak-tinggalkan-impian/)
[7 April 2026, 11:36 am](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/tahniah-anda-pilih-untuk-tidak-tinggalkan-impian/)
### [‘Kalau mabuk, jangan memandu, tolong guna e-hailing’](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/kalau-mabuk-jangan-memandu-tolong-guna-e-hailing/)
[7 April 2026, 11:35 am](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/kalau-mabuk-jangan-memandu-tolong-guna-e-hailing/)
### [Rakan maut, adik cedera nahas selepas hantar kasut abang](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/rakan-maut-adik-cedera-nahas-selepas-hantar-kasut-abang/)
[7 April 2026, 11:32 am](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/rakan-maut-adik-cedera-nahas-selepas-hantar-kasut-abang/)
### [Lelaki maut dalam stor bukan kakitangan UPSI](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/lelaki-maut-dalam-stor-bukan-kakitangan-upsi/)
[7 April 2026, 11:30 am](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/lelaki-maut-dalam-stor-bukan-kakitangan-upsi/)
### [Dua lelaki Singapura didenda RM1,000 buang puntung rokok merata](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/dua-lelaki-singapura-didenda-rm1000-buang-puntung-rokok-merata/)
[7 April 2026, 11:23 am](https://www.kosmo.com.my/2026/04/07/dua-lelaki-singapura-didenda-rm1000-buang-puntung-rokok-merata/)
### BERITA BERKAITAN
[](https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/wanita-melecur-tahap-dua-ketika-mendaki-bukit-ketumbar/)
### [Wanita melecur tahap dua ketika mendaki Bukit Ketumbar](https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/wanita-melecur-tahap-dua-ketika-mendaki-bukit-ketumbar/)
28 Disember 2025, 9:49 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2025/11/01/wanita-patah-jari-kaki-sewaktu-mendaki-air-terjun-janda-mandi/)
### [Wanita patah jari kaki daki Air Terjun Janda Mandi](https://www.kosmo.com.my/2025/11/01/wanita-patah-jari-kaki-sewaktu-mendaki-air-terjun-janda-mandi/)
1 November 2025, 6:01 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2025/10/22/gunung-liang-ditutup-sementara-untuk-aktiviti-pendakian/)
### [Gunung Liang ditutup sementara untuk aktiviti pendakian](https://www.kosmo.com.my/2025/10/22/gunung-liang-ditutup-sementara-untuk-aktiviti-pendakian/)
22 Oktober 2025, 10:14 am
[](https://www.kosmo.com.my/2025/10/19/day6-nirvana-ajar-nana-petik-gitar/)
### [Day6, Nirvana ‘ajar’ Nana petik gitar](https://www.kosmo.com.my/2025/10/19/day6-nirvana-ajar-nana-petik-gitar/)
19 Oktober 2025, 8:25 am
[](https://www.kosmo.com.my/2025/10/16/lelaki-hilang-ketika-daki-gunung-ditemui-maut/)
### [Lelaki hilang ketika daki gunung ditemui maut](https://www.kosmo.com.my/2025/10/16/lelaki-hilang-ketika-daki-gunung-ditemui-maut/)
16 Oktober 2025, 8:33 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2025/10/16/lelaki-hilang-ketika-mendaki-gunung-liang/)
### [Lelaki hilang ketika mendaki Gunung Liang](https://www.kosmo.com.my/2025/10/16/lelaki-hilang-ketika-mendaki-gunung-liang/)
16 Oktober 2025, 4:37 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2025/10/12/tiap-titis-peluh-terbayar-sepanjang-daki-mardi-himal/)
### [Tiap titis peluh ‘terbayar’ sepanjang daki Mardi Himal](https://www.kosmo.com.my/2025/10/12/tiap-titis-peluh-terbayar-sepanjang-daki-mardi-himal/)
12 Oktober 2025, 1:35 pm
[](https://www.kosmo.com.my/2025/09/14/lelaki-maut-ketika-daki-bukit-di-sungai-long/)
### [Lelaki maut ketika daki bukit di Sungai Long](https://www.kosmo.com.my/2025/09/14/lelaki-maut-ketika-daki-bukit-di-sungai-long/)
14 September 2025, 9:08 pm
- [Terma dan Syarat](https://www.kosmo.com.my/terma-dan-syarat/)
- [Polisi Editor](https://www.kosmo.com.my/polisi-editorial/)
- [Senarai Kedai Akhbar](https://www.kosmo.com.my/senarai-kedai/)
- [Hubungi Kami](https://www.kosmo.com.my/hubungi-kami/)
Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)
Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

×[](https://www.whatsapp.com/channel/0029VaGzR7bEKyZ8JBpMku0W) |
| Readable Markdown | Malaysia mempunyai lebih 240 gunung dan bukit yang boleh didaki berketinggian 339 hingga 4,095 meter. Mendaki sesuai untuk pengembaraan, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta meningkatkan rembesan adrenalin di samping merasai anugerah alam ciptaan Maha Esa.
Semasa kecil, Saidina Umar Al-Khattab juga dilatih bapanya mendaki bukit dan menuruni lembah sambil menggembala unta dan kambing supaya beliau menjadi pahlawan yang kuat dan gagah.
Mendaki membantu membina otot dan tulang yang kuat serta sihat. Ia adalah senaman yang membantu membina jisim otot dalam meningkatkan keseimbangan dan mencegah osteoporosis.
Apabila ketinggian meningkat dan suhu persekitaran menurun, otot akan berfungsi menjana haba untuk mengekalkan suhu badan pendaki sekitar 36.5 darjah Celsius.
Setiap denai memerlukan pendaki menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi dan sudut cerun yang berbeza, jadi kumpulan otot yang berbeza digunakan.
Menuruni bukit juga baik untuk menguatkan lutut dan kelenturan otot fleksor di pinggul di samping menguatkan teras dan bahagian bawah badan. Kajian menunjukkan mendaki pada waktu pagi meningkatkan pendedahan terhadap sumber nutrien vitamin D yang baik untuk tulang.
Senaman kardio termasuk mendaki dan menuruni bukit membuatkan jantung berdegup kencang, lalu meningkatkan aliran darah ke saluran kecil di sekeliling jantung.
Peningkatan aliran darah ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, gula darah dan beberapa jenis kanser. Ia juga akan membantu mencegah penyakit berkaitan gaya hidup seperti hiperlipidemia dan diabetes.
Mendaki juga boleh meningkatkan imuniti. Kajian mendapati sel darah putih meningkat sebanyak 40 peratus dan kekal 15 peratus lebih tinggi sebulan kemudian selepas aktiviti mendaki dilakukan dua kali sehari selama tiga hari. Ini kerana, menggerakkan otot sepanjang hari semasa mendaki menyebabkan banyak darah mengalir ke dalam usus. Ia penting untuk mengaktifkan fungsi usus dalam menghasilkan bakteria baik untuk meningkatkan imuniti semula jadi.
Mendaki juga adalah senaman aerobik yang menggerakkan seluruh badan untuk masa yang lama. Hasilnya, banyak kalori digunakan dan menjadikan berat badan berkurang dengan membakar lemak. Jumlah metabolisme setiap individu adalah berbeza.

KAJIAN mendapati berada dalam persekitaran semula jadi selama 90 minit boleh mengurangkan ruminasi iaitu berfikir yang keterlaluan dan bimbang yang berterusan.
Apabila kadar denyutan jantung berada dalam julat Zon 2 senaman, iaitu 60 hingga 70 peratus daripada kadar denyutan maksimum, badan pendaki membina asas aerobik dengan cekap dan meningkatkan daya tahan.
Kajian menunjukkan mendaki pada waktu pagi membantu menghasilkan melatonin iaitu hormon tidur pada waktu malam. Seorang profesor perubatan di Harvard Medical School mendapati pendedahan cahaya pagi membantu mengawal irama sirkadian, iaitu kitaran tidur-bangun dalam 24 jam.
Mendaki juga menjadikan deria pancaindera lebih sensitif dengan persekitaran. Ia membuatkan pendaki lebih berwaspada terhadap bahaya, penanda jejak atau haiwan liar yang mungkin melintasi laluan.
Kesedaran mental ini mengaktifkan hipokampus dan korteks retrosplenial iaitu bahagian otak yang mengawal memori ruang dan navigasi.
Mendaki juga membantu meningkatkan propriosepsi iaitu kesedaran minda tentang kedudukan dan pergerakan badan berhubung dengan persekitarannya.
Ketika mendaki, otak memproses setiap batu dan akar untuk melepasi halangan. Dengan latihan, otak menjadi lebih mahir dalam menilai halangan ini dan hasilnya, keseimbangan bertambah baik.
Aktiviti menguji mental seperti membaca peta, menavigasi denai dan mengharungi pendakian yang mencabar turut dilakukan ketika di bukit. Namun, dengan menggunakan peranti elektronik terkini, proses pendakian menjadi mudah dan seronok.
Jam pintar masa kini dilengkapi sistem kedudukan sejagat, pengesan kadar denyutan, pengukur ketinggian dan tekanan. Di samping itu, walkie-talkie juga dibawa untuk berhubung di kawasan tiada isyarat telefon bimbit.
Pendaki juga mengawal kelajuan dan rentak mengikut kemampuan sendiri tanpa perlu tergesa-gesa. Masa yang diluangkan di alam semula jadi boleh membangkitkan rasa tenang dan damai. Kajian menunjukkan aktiviti dalam persekitaran semula jadi selama 90 minit boleh membantu mengurangkan ruminasi iaitu berfikir yang keterlaluan dan bimbang yang berterusan.
Menurut pengarang bersama Your Brain On Nature, berada di alam semula jadi digambarkan seperti setitis morfin di dalam otak, di mana tindak balas dan hormon tekanan dikurangkan bersama, dengan hormon penenang seperti dopamin dan endorfin meningkat.
Mendaki juga adalah salah satu aktiviti ekopelancongan popular di Malaysia. Ia membolehkan pengembara mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai ciri warisan dan etnografi, yang terletak di sekeliling denai kembara.
Kesimpulannya, aktiviti mendaki gunung memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan diri serta menyumbang pendapatan setempat. Biarpun tujuan mendaki berlainan untuk setiap individu, aktiviti ini memberikan kesan positif kepada fizikal, mental, rohani, sosioemosi dan ekonomi.
Prof. Madya Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan ialah Pensyarah Kanan (Kejuruteraan Bioperubatan), Fakulti Kejuruteran & Alam Bina serta Felo Penyelidik Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM. |
| Shard | 27 (laksa) |
| Root Hash | 12147736357940223627 |
| Unparsed URL | my,com,kosmo!www,/2022/09/07/mendaki-beri-kesan-positif-mental-fizikal-dan-rohani/ s443 |