ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.6 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.isaham.my/blog/cara-beli-emas-di-bursa-malaysia |
| Last Crawled | 2026-04-02 10:41:28 (17 days ago) |
| First Indexed | 2024-01-30 13:20:36 (2 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Cara Beli Emas di Bursa Malaysia |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Emas sering dianggap sebagai pilihan bijak dalam pelaburan. Sebab apa? Antaranya ialah dapat memberikan perlindungan terhadap inflasi dan kestabilan nilai jangka panjang. Sebagai pelabur, anda boleh mengambil peluang untuk mempelbagaikan portfolio dengan melibatkan pelaburan emas, sebagai tambahan kepada pelaburan-pelaburan lain seperti ekuiti, hartanah dan sebagainya.
Terdapat beberapa cara untuk membeli atau melabur dalam emas patuh syariah, seperti membeli emas fizikal, menggunakan akaun pelaburan emas bank (Gold Investment Account), membeli menggunakan perkhidmatan lain serta membeli menggunakan akaun CDS.
Dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara untuk membeli emas di Bursa Malaysia melalui aplikasi Bursa Gold Dinar dan akaun CDS anda.
Aplikasi Bursa Gold Dinar
Bursa Malaysia baru-baru ini melancarkan platform baru untuk pelaburan emas yang patuh syariah, dikenali sebagai Bursa Gold Dinar (BGD). Jika anda belum mendaftar akaun BGD, sila rujuk blog kami
di sini
untuk panduan membuka akaun. Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli dan menjual emas melalui BGD.
Transaksi beli
1. Langkah pertama, anda perlu mendeposit atau 'top up' wang ke dalam BGD wallet.
2. Masukkan jumlah yang ingin anda deposit. Yuran tambah nilai sebanyak 0.35% akan dikenakan (minimum RM0.10, maksimum RM1.00).
3. Klik butang 'Buy' untuk pembelian emas.
4. Masukkan jumlah gram yang ingin anda labur dan klik 'continue'. Jumlah minimum untuk pembelian emas di BGD ialah RM10.
5. Semak butiran, kemudian klik 'Buy Now' untuk membuat pembelian.
Transaksi jual
1. Klik butang 'Sell' untuk menjual emas.
2. Masukkan jumlah yang ingin anda jual dan klik 'continue'. Jumlah minimum untuk penjualan emas di BGD ialah RM10.
3. Semak butiran, kemudian klik 'Sell Now' untuk teruskan proses penjualan emas.
Spread
di Bursa Gold Dinar agak rendah, namun terdapat pelbagai yuran yang perlu diambil kira, antaranya:
Yuran top up: 0.35% daripada nilai transaksi (maksimum RM1).
Yuran pengeluaran: 15 sen.
Yuran pembelian dan penjualan: 0.20% masing-masing setiap transaksi beli dan jual.
Yuran admin tahunan: 0.50%.
Yuran pendaftaran: RM5.
Untuk rujukan lanjut tentang yuran yang dikenakan, boleh rujuk
di sini
.
GOLDETF
Selain dari Bursa Gold Dinar, anda juga boleh beli emas menggunakan akaun CDS. Mungkin ramai yang ingat di akaun CDS hanya boleh beli saham, tetapi sebenarnya, anda juga boleh beli instrumen lain seperti ETF. ETF ini dianggap sebagai dana unit trust yang didagangkan dalam pasaran Bursa. ETF adalah dana yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan boleh didagang di platform dagangan. Anda cuma perlu
membuka akaun CDS
melalui broker untuk membeli ETF. Untuk memahami lebih lanjut tentang ETF, boleh rujuk blog kami
di sini
.
GOLDETF membolehkan kita melabur pada emas fizikal tanpa perlu dipegang secara fizikal. GOLDETF melabur minimum 95% fund dalam emas fizikal. Satu unit GOLDETF dianggarkan sama dengan 0.01 gram emas, berserta tunai. Sekiranya anda membeli 1 lot unit, ianya bersamaan dengan membeli 1 gram emas. Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli dan menjual GOLDETF dalam akaun CDS anda:
Transaksi beli
1. Sekiranya anda nak beli, boleh tekan butang 'Buy' berwarna hijau yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform.
2. Masukkan kuantiti saham yang ingin dibeli, harga pilihan, dan kemudian tekan 'Send Now' untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.
Transaksi jual
1. Sekiranya anda nak jual, tekan butang 'Sell' yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform.
2. Masukkan kuantiti saham yang ingin dijual, harga pilihan, dan kemudian tekan 'Send Now' untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.
Sekiranya anda membeli GOLDETF, kos yang terlibat adalah kadar broker. Antara kadar yang anda boleh lihat adalah pada 0.08% atau RM 8 minimum dengan M+ Online.
Kesimpulan
Mempelbagaikan portfolio anda dengan emas, sebagai tambahan kepada pelaburan lain seperti ekuiti dan hartanah, boleh memberi manfaat. Blog ini mengajar dua kaedah patuh Syariah untuk pelaburan emas. Kedua-dua kaedah datang dengan yuran yang dikenakan, dan pilihan antara kaedah tersebut bergantung pada keutamaan individu dan matlamat kewangan. |
| Markdown | [](https://www.isaham.my/)
- [Screeners](https://www.isaham.my/blog/cara-beli-emas-di-bursa-malaysia)
[List all screeners](https://www.isaham.my/all-screeners)
[52W High Screener](https://www.isaham.my/screener/52-week-high) [All-Time High Screener](https://www.isaham.my/screener/all-time-high) [Bullish Candlestick](https://www.isaham.my/screener/bullish-candlestick) [Jerung Fundamental](https://www.isaham.my/screener/jerung-fundamental) [MACD Cross 0 Screener](https://www.isaham.my/screener/macd-cross-0) [Smart Money Screener](https://www.isaham.my/screener/smart-money) [Stochastic Oversold](https://www.isaham.my/screener/stochastic-oversold) [T+ Screener](https://www.isaham.my/screener/tplus)
[View more](https://www.isaham.my/all-screeners)
- [Sectors](https://www.isaham.my/blog/cara-beli-emas-di-bursa-malaysia)
[List all sectors](https://www.isaham.my/all-sectors)
[Blue Chip](https://www.isaham.my/sector/blue-chip) [Health Care Equipment & Services](https://www.isaham.my/sector/health-care-equipment-services) [Oil & Gas](https://www.isaham.my/sector/oil-and-gas) [Penny Stocks](https://www.isaham.my/sector/penny-stocks) [Rubber Gloves](https://www.isaham.my/sector/rubber-gloves) [Semiconductors](https://www.isaham.my/sector/semiconductors) [Software](https://www.isaham.my/sector/software) [Steel](https://www.isaham.my/sector/steel)
[View more](https://www.isaham.my/all-sectors)
- [IPOs](https://www.isaham.my/blog/cara-beli-emas-di-bursa-malaysia)
[ Upcoming IPO Upcoming IPO open for subscriptions](https://www.isaham.my/ipo)
[ MITI & Future IPO Summary of draft IPO prospectus](https://www.isaham.my/ipo/miti)
[ IPO Calculators IPO tiers and IPO sell calculator](https://www.isaham.my/ipo/calculators)
[ IPO Statistics IPO historical performance and analysis](https://www.isaham.my/ipo/statistics)
[ IPO Compare Compare up to 4 IPO stocks](https://www.isaham.my/ipo/compare-ipos)
[ IPO Calendar All important dates](https://www.isaham.my/ipo/calendar)
- [Pro](https://www.isaham.my/blog/cara-beli-emas-di-bursa-malaysia)
##### Register
[ iSaham Pro All about our Pro features](https://www.isaham.my/pro)
[ CDS Accounts Open CDS account with our partnered Remisiers](https://www.isaham.my/cds)
##### Access
[ Pro Screeners Get access to pro screeners](https://www.isaham.my/all-screeners#pro)
[ iSaham Pro Sessions Watch iSaham Weekly Pro Sessions here](https://www.isaham.my/pro/sessions)
[ Vote iSaham Pro Weekly Vote stock for iSaham Pro Weekly](https://www.isaham.my/pro/weekly)
- [Seminar](https://www.isaham.my/blog/cara-beli-emas-di-bursa-malaysia)
##### Seminars
[ Explore All Seminars Seminars offered by iSaham team](https://www.isaham.my/seminar)
[ Asas Saham Register Kelas Asas Saham here](https://www.isaham.my/seminar/asas-saham)
[ IPO Advanced Register Kelas IPO Advanced here](https://www.isaham.my/seminar/ipo-advanced)
[ TA Advanced Register Kelas TA Advanced here](https://www.isaham.my/seminar/ta-advanced)
[ Playback Access iSaham Playback videos here](https://www.isaham.my/playback)
- [Blog](https://www.isaham.my/blog)
- [Arena](https://arena.isaham.my/?utm_source=isaham&utm_medium=tabs)
- [Support](https://www.isaham.my/support)
- [Log in (current)](https://www.isaham.my/signin)
###### Notification
Mark All Read
TUTORIAL
30-JAN-2024
# Cara Beli Emas di Bursa Malaysia
FF
***
Emas sering dianggap sebagai pilihan bijak dalam pelaburan. Sebab apa? Antaranya ialah dapat memberikan perlindungan terhadap inflasi dan kestabilan nilai jangka panjang. Sebagai pelabur, anda boleh mengambil peluang untuk mempelbagaikan portfolio dengan melibatkan pelaburan emas, sebagai tambahan kepada pelaburan-pelaburan lain seperti ekuiti, hartanah dan sebagainya.
Terdapat beberapa cara untuk membeli atau melabur dalam emas patuh syariah, seperti membeli emas fizikal, menggunakan akaun pelaburan emas bank (Gold Investment Account), membeli menggunakan perkhidmatan lain serta membeli menggunakan akaun CDS.
Dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara untuk membeli emas di Bursa Malaysia melalui aplikasi Bursa Gold Dinar dan akaun CDS anda.
### Aplikasi Bursa Gold Dinar
Bursa Malaysia baru-baru ini melancarkan platform baru untuk pelaburan emas yang patuh syariah, dikenali sebagai Bursa Gold Dinar (BGD). Jika anda belum mendaftar akaun BGD, sila rujuk blog kami [di sini](https://www.isaham.my/blog/cara-buka-akaun-bursa-gold-dinar) untuk panduan membuka akaun. Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli dan menjual emas melalui BGD.
#### Transaksi beli
1\. Langkah pertama, anda perlu mendeposit atau 'top up' wang ke dalam BGD wallet.
2\. Masukkan jumlah yang ingin anda deposit. Yuran tambah nilai sebanyak 0.35% akan dikenakan (minimum RM0.10, maksimum RM1.00).
3\. Klik butang 'Buy' untuk pembelian emas.
4\. Masukkan jumlah gram yang ingin anda labur dan klik 'continue'. Jumlah minimum untuk pembelian emas di BGD ialah RM10.
5\. Semak butiran, kemudian klik 'Buy Now' untuk membuat pembelian.

#### Transaksi jual
1\. Klik butang 'Sell' untuk menjual emas.
2\. Masukkan jumlah yang ingin anda jual dan klik 'continue'. Jumlah minimum untuk penjualan emas di BGD ialah RM10.
3\. Semak butiran, kemudian klik 'Sell Now' untuk teruskan proses penjualan emas.

*Spread* di Bursa Gold Dinar agak rendah, namun terdapat pelbagai yuran yang perlu diambil kira, antaranya:
- Yuran top up: 0.35% daripada nilai transaksi (maksimum RM1).
- Yuran pengeluaran: 15 sen.
- Yuran pembelian dan penjualan: 0.20% masing-masing setiap transaksi beli dan jual.
- Yuran admin tahunan: 0.50%.
- Yuran pendaftaran: RM5.
- Untuk rujukan lanjut tentang yuran yang dikenakan, boleh rujuk [di sini](https://bgd.bursamalaysia.com/en/help-centre.html?content=tab-fee).
### GOLDETF
Selain dari Bursa Gold Dinar, anda juga boleh beli emas menggunakan akaun CDS. Mungkin ramai yang ingat di akaun CDS hanya boleh beli saham, tetapi sebenarnya, anda juga boleh beli instrumen lain seperti ETF. ETF ini dianggap sebagai dana unit trust yang didagangkan dalam pasaran Bursa. ETF adalah dana yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan boleh didagang di platform dagangan. Anda cuma perlu [membuka akaun CDS](https://www.isaham.my/cds) melalui broker untuk membeli ETF. Untuk memahami lebih lanjut tentang ETF, boleh rujuk blog kami [di sini](https://www.isaham.my/blog/etf-menawarkan-pelaburan-berisiko-rendah).
GOLDETF membolehkan kita melabur pada emas fizikal tanpa perlu dipegang secara fizikal. GOLDETF melabur minimum 95% fund dalam emas fizikal. Satu unit GOLDETF dianggarkan sama dengan 0.01 gram emas, berserta tunai. Sekiranya anda membeli 1 lot unit, ianya bersamaan dengan membeli 1 gram emas. Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli dan menjual GOLDETF dalam akaun CDS anda:
#### Transaksi beli
1\. Sekiranya anda nak beli, boleh tekan butang 'Buy' berwarna hijau yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform.
2\. Masukkan kuantiti saham yang ingin dibeli, harga pilihan, dan kemudian tekan 'Send Now' untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.

#### Transaksi jual
1\. Sekiranya anda nak jual, tekan butang 'Sell' yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform.
2\. Masukkan kuantiti saham yang ingin dijual, harga pilihan, dan kemudian tekan 'Send Now' untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.

Sekiranya anda membeli GOLDETF, kos yang terlibat adalah kadar broker. Antara kadar yang anda boleh lihat adalah pada 0.08% atau RM 8 minimum dengan M+ Online.
### Kesimpulan
Mempelbagaikan portfolio anda dengan emas, sebagai tambahan kepada pelaburan lain seperti ekuiti dan hartanah, boleh memberi manfaat. Blog ini mengajar dua kaedah patuh Syariah untuk pelaburan emas. Kedua-dua kaedah datang dengan yuran yang dikenakan, dan pilihan antara kaedah tersebut bergantung pada keutamaan individu dan matlamat kewangan.
[\< kembali ke laman blog utama](https://www.isaham.my/blog)
[](https://www.isaham.my/)
***
##### Features
- [Portfolio Generator](https://www.isaham.my/portfolio-generator)
- [Screeners](https://www.isaham.my/all-screeners)
- [Sectors](https://www.isaham.my/all-sectors)
- [iScanner](https://www.isaham.my/iscanner)
- [IPO Analysis](https://www.isaham.my/ipo)
- [Seasonality](https://www.isaham.my/seasonality)
- [Correlations](https://www.isaham.my/correlations)
- [Calculators](https://www.isaham.my/calculators%20)
- [Trading Room](https://www.isaham.my/trading-room)
- [News Analytics](https://www.isaham.my/news-analytics)
- [Foreign Funds](https://www.isaham.my/foreign-funds)
##### Services
- [CDS Accounts](https://www.isaham.my/cds)
- [iSaham Pro](https://www.isaham.my/pro)
- [Plan Comparison](https://www.isaham.my/plan-compare)
- [iSaham Playback](https://www.isaham.my/playback)
- [iSaham Seminar](https://www.isaham.my/seminar)
- [eBook](https://www.isaham.my/ebook)
##### Others
- [Blog](https://www.isaham.my/blog)
- [Calendar](https://www.isaham.my/calendar)
- [StockWord](https://www.isaham.my/stockword)
- [Labs](https://www.isaham.my/labs)
- [Tutorials](https://www.isaham.my/tutorials)
- [FAQ](https://www.isaham.my/faq)
- [Glossary](https://www.isaham.my/glossary)
- [Rewards](https://www.isaham.my/redeem%20)
- [MyETF](https://www.isaham.my/myetf)
##### Company
- [About Us](https://www.isaham.my/about)
- [Testimonials](https://www.isaham.my/testimonials)
- [Contact Us](https://www.isaham.my/contact-us)
- [Business](https://www.isaham.my/business)
- [Career](https://www.isaham.my/career)
- [Promotions](https://www.isaham.my/trade-and-win)
- [Terms of Use](https://www.isaham.my/terms)
- [Privacy Policy](https://www.isaham.my/privacy-policy)
Risk Disclosure: iSaham will not accept any liability for loss or damage as a result of reliance on the information contained within this website including data, quotes, charts, screeners and analysis. Please be fully informed regarding the risks and costs associated with trading the financial markets, it is one of the riskiest investment forms possible.
© 2016-2026 iSaham Sdn Bhd (1257515-W). All Rights Reserved.
## Features
- [Portfolio Generator](https://www.isaham.my/portfolio-generator)
- [Screeners](https://www.isaham.my/all-screeners)
- [Sectors](https://www.isaham.my/all-sectors)
- [iScanner](https://www.isaham.my/iscanner)
- [IPO Analysis](https://www.isaham.my/ipo)
- [Seasonality](https://www.isaham.my/seasonality)
- [Correlations](https://www.isaham.my/correlations)
- [Calculators](https://www.isaham.my/calculators%20)
- [Trading Room](https://www.isaham.my/trading-room)
- [News Analytics](https://www.isaham.my/news-analytics)
- [Foreign Funds](https://www.isaham.my/foreign-funds)
## Services
- [CDS Accounts](https://www.isaham.my/cds)
- [iSaham Pro](https://www.isaham.my/pro)
- [Plan Comparison](https://www.isaham.my/plan-compare)
- [iSaham Playback](https://www.isaham.my/playback)
- [iSaham Seminar](https://www.isaham.my/seminar)
- [eBook](https://www.isaham.my/ebook)
## Others
- [Blog](https://www.isaham.my/blog)
- [Calendar](https://www.isaham.my/calendar)
- [StockWord](https://www.isaham.my/stockword)
- [Labs](https://www.isaham.my/labs)
- [Tutorials](https://www.isaham.my/tutorials)
- [FAQ](https://www.isaham.my/faq)
- [Glossary](https://www.isaham.my/glossary)
- [Rewards](https://www.isaham.my/redeem%20)
- [MyETF](https://www.isaham.my/myetf)
## Company
- [About Us](https://www.isaham.my/about)
- [Testimonials](https://www.isaham.my/testimonials)
- [Contact Us](https://www.isaham.my/contact-us)
- [Business](https://www.isaham.my/business)
- [Career](https://www.isaham.my/career)
- [Promotions](https://www.isaham.my/trade-and-win)
- [Terms of Use](https://www.isaham.my/terms)
- [Privacy Policy](https://www.isaham.my/privacy-policy)
[](https://www.isaham.my/)
***
Risk Disclosure: iSaham will not accept any liability for loss or damage as a result of reliance on the information contained within this website including data, quotes, charts, screeners and analysis. Please be fully informed regarding the risks and costs associated with trading the financial markets, it is one of the riskiest investment forms possible.
***
© 2016-2026 iSaham. All Rights Reserved.
 |
| Readable Markdown | Emas sering dianggap sebagai pilihan bijak dalam pelaburan. Sebab apa? Antaranya ialah dapat memberikan perlindungan terhadap inflasi dan kestabilan nilai jangka panjang. Sebagai pelabur, anda boleh mengambil peluang untuk mempelbagaikan portfolio dengan melibatkan pelaburan emas, sebagai tambahan kepada pelaburan-pelaburan lain seperti ekuiti, hartanah dan sebagainya.
Terdapat beberapa cara untuk membeli atau melabur dalam emas patuh syariah, seperti membeli emas fizikal, menggunakan akaun pelaburan emas bank (Gold Investment Account), membeli menggunakan perkhidmatan lain serta membeli menggunakan akaun CDS.
Dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara untuk membeli emas di Bursa Malaysia melalui aplikasi Bursa Gold Dinar dan akaun CDS anda.
### Aplikasi Bursa Gold Dinar
Bursa Malaysia baru-baru ini melancarkan platform baru untuk pelaburan emas yang patuh syariah, dikenali sebagai Bursa Gold Dinar (BGD). Jika anda belum mendaftar akaun BGD, sila rujuk blog kami [di sini](https://www.isaham.my/blog/cara-buka-akaun-bursa-gold-dinar) untuk panduan membuka akaun. Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli dan menjual emas melalui BGD.
#### Transaksi beli
1\. Langkah pertama, anda perlu mendeposit atau 'top up' wang ke dalam BGD wallet.
2\. Masukkan jumlah yang ingin anda deposit. Yuran tambah nilai sebanyak 0.35% akan dikenakan (minimum RM0.10, maksimum RM1.00).
3\. Klik butang 'Buy' untuk pembelian emas.
4\. Masukkan jumlah gram yang ingin anda labur dan klik 'continue'. Jumlah minimum untuk pembelian emas di BGD ialah RM10.
5\. Semak butiran, kemudian klik 'Buy Now' untuk membuat pembelian.

#### Transaksi jual
1\. Klik butang 'Sell' untuk menjual emas.
2\. Masukkan jumlah yang ingin anda jual dan klik 'continue'. Jumlah minimum untuk penjualan emas di BGD ialah RM10.
3\. Semak butiran, kemudian klik 'Sell Now' untuk teruskan proses penjualan emas.

*Spread* di Bursa Gold Dinar agak rendah, namun terdapat pelbagai yuran yang perlu diambil kira, antaranya:
- Yuran top up: 0.35% daripada nilai transaksi (maksimum RM1).
- Yuran pengeluaran: 15 sen.
- Yuran pembelian dan penjualan: 0.20% masing-masing setiap transaksi beli dan jual.
- Yuran admin tahunan: 0.50%.
- Yuran pendaftaran: RM5.
- Untuk rujukan lanjut tentang yuran yang dikenakan, boleh rujuk [di sini](https://bgd.bursamalaysia.com/en/help-centre.html?content=tab-fee).
### GOLDETF
Selain dari Bursa Gold Dinar, anda juga boleh beli emas menggunakan akaun CDS. Mungkin ramai yang ingat di akaun CDS hanya boleh beli saham, tetapi sebenarnya, anda juga boleh beli instrumen lain seperti ETF. ETF ini dianggap sebagai dana unit trust yang didagangkan dalam pasaran Bursa. ETF adalah dana yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan boleh didagang di platform dagangan. Anda cuma perlu [membuka akaun CDS](https://www.isaham.my/cds) melalui broker untuk membeli ETF. Untuk memahami lebih lanjut tentang ETF, boleh rujuk blog kami [di sini](https://www.isaham.my/blog/etf-menawarkan-pelaburan-berisiko-rendah).
GOLDETF membolehkan kita melabur pada emas fizikal tanpa perlu dipegang secara fizikal. GOLDETF melabur minimum 95% fund dalam emas fizikal. Satu unit GOLDETF dianggarkan sama dengan 0.01 gram emas, berserta tunai. Sekiranya anda membeli 1 lot unit, ianya bersamaan dengan membeli 1 gram emas. Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli dan menjual GOLDETF dalam akaun CDS anda:
#### Transaksi beli
1\. Sekiranya anda nak beli, boleh tekan butang 'Buy' berwarna hijau yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform.
2\. Masukkan kuantiti saham yang ingin dibeli, harga pilihan, dan kemudian tekan 'Send Now' untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.

#### Transaksi jual
1\. Sekiranya anda nak jual, tekan butang 'Sell' yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform.
2\. Masukkan kuantiti saham yang ingin dijual, harga pilihan, dan kemudian tekan 'Send Now' untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.

Sekiranya anda membeli GOLDETF, kos yang terlibat adalah kadar broker. Antara kadar yang anda boleh lihat adalah pada 0.08% atau RM 8 minimum dengan M+ Online.
### Kesimpulan
Mempelbagaikan portfolio anda dengan emas, sebagai tambahan kepada pelaburan lain seperti ekuiti dan hartanah, boleh memberi manfaat. Blog ini mengajar dua kaedah patuh Syariah untuk pelaburan emas. Kedua-dua kaedah datang dengan yuran yang dikenakan, dan pilihan antara kaedah tersebut bergantung pada keutamaan individu dan matlamat kewangan. |
| Shard | 42 (laksa) |
| Root Hash | 18355595862084507442 |
| Unparsed URL | my,isaham!www,/blog/cara-beli-emas-di-bursa-malaysia s443 |