âčïž Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/pelaburan-emas-harga-emas-terkini-malaysia-65885 |
| Last Crawled | 2026-04-04 14:21:23 (1 day ago) |
| First Indexed | 2023-02-14 06:27:27 (3 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Pelaburan emas di Malaysia: Cara beli dan harga emas terkini - iproperty.com.my |
| Meta Description | Emas masih dianggap sebagai pelaburan yang baik dan beberapa penganalisis menjangkakan harga emas akan menaik pada tahun 2023. Artikel ini memperincikan pelaburan emas di Malaysia dan bagaimana anda boleh memulakannya. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Harga emas di Malaysia telah jatuh dari paras tertinggi hampir RM280 per gram pada Ogos 2020 kepada tahap terkini RM240. Walau bagaimanapun, emas masih dianggap sebagai pelaburan yang baik dan beberapa penganalisis menjangkakan harga emas akan menaik pada tahun 2023. Artikel ini memperincikan pelaburan emas di Malaysia dan bagaimana anda boleh memulakannya
.
Artikel ini telah diterjemahkan daripada
Gold investment in Malaysia: How to start, latest gold price and more
oleh Khairul Khalid.
Walaupun harga emas jatuh ketika ekonomi sedang pulih, ia masih dianggap sebagai pelindung nilai yang baik menentang inflasi dan adalah alternatif baik untuk pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka. Harga emas diunjurkan akan melonjak pada tahun 2023 kerana Dolar AS dijangka menurun.
Pelabur baharu masih berpeluang untuk mengambil kesempatan dan memperoleh keuntungan daripada emas.
Sebelum kita membincangkan jenis-jenis pelaburan emas yang anda boleh pertimbangkan, jom kita tengok kelebihan
gold investment
ini:
Nilai emas kuat lawan inflasi
Pilihan selamat untuk pelabur. Selalunya, apabila ada krisis, harga emas selalunya naik
Mempelbagaikan portfolio pelaburan anda
Emas berkemungkinan mendapat permintaan lebih tinggi di masa akan datang
Jenis emas yang boleh dilabur di Malaysia
1.
Jongkong EmasÂ
Emas fizikal ini ada beberapa jenis seperti jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Mungkin ada segelintir daripada anda terkejut kerana ada lebih suka emas fizikal dari digital pada zaman sekarang ni? Rupa-rupanya, ada yang lebih gemar emas fizikal sebab
Â
sifatnya yang unik (saiz dan design yang menarik!).
Kebiasaannya, jongkong emas adalah pilihan pertama untuk pelabur yang berpengalaman. Kenapa, anda tanya? Sebab senang nak simpan jongkong emas (saiz dari 25g -1kg), ia sesuai untuk pelaburan yang besar dan harga boleh sampai ratusan ribu ringgit!
Cuma, jongkong emas ini bukan pilihan yang senang untuk anda jual dan dapat duit (liquidate). Katakan anda memiliki 1kg jongkong emas yang berharga RM252,909 dan berniat nak jual. Anda tidak boleh menjual sebahagian daripadanya sahaja, anda perlu mencari pembeli yang sanggup berbelanja untuk kos penuh jongkong itu.
Kelebihan Jongkong Emas
Kekurangan Jongkong Emas
Untung besar kalau jual
Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah)
Senang simpan
Bukan pilihan yang senang kalau nak jual
Kos lebih murah dari syiling emas
Kena bayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat
2. Syiling Emas
Jika nak dibandingkan dengan jongkong emas, syiling emas adalah pilihan pelaburan yang lebih sesuai dan mudah untuk dijual (liquidate) sebab lagi harga berpatutan dan mampu milik. Selalunya, berat syiling emas adalah di antara 2.5g hingga 25g emas tulen (ideal untuk pelabur baru).
Tahu tak ada syiling emas yang dinilai lebih tinggi sebab dicetak secara asing? Ini yang membuatkan kos syiling emas jadi lebih mahal â harga boleh cecah ratusan hingga ribuan ringgit!
Kelebihan Syiling Emas
Kekurangan Syiling Emas
Ideal untuk pelabur baru
Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah)
Senang simpan
Kos perbuatan lebih tinggi (design unik)
Senang jual
Kena bayar kos simpanan
Bernilai lebih tinggi kalau limited
â
Di mana saya boleh membeli jongkong dan syiling emas?Â
Ada beberapa cara untuk membeli jongkong emas dan duit syiling emas. Antaranya, beberapa syarikat serta platform dan aplikasi emas dalam talian seperti berikut:
A.
Public Gold
â Public Gold adalah syarikat perdagangan jongkong emas yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Pelanggan boleh membeli emas dengan sebut harga harian dalam Ringgit Malaysia untuk emas seberat 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.
B. Maybank
menawarkan Syiling Kijang Emas yang menampilkan kijang di sebelah duit syiling dan bunga raya di sebelah yang lain. Ia mengikut harga antarabangsa dan
anda boleh menyemak harga emas Maybank
di sini
(dikemas kini setiap hari ). Syiling Kijang Emas boleh dibeli secara individu atau dalam satu set 30 syiling di
cawangan Maybank
terpilih.
C.
HelloGold
â HelloGold adalah aplikasi patuh Shariah untuk anda membeli, menyimpan, menjual dan menebus emas fizikal. Sekiranya anda membeli emas dari HelloGold, anda tidak perlu menyimpannya di bank. HelloGold akan menyimpan emas anda di peti besi mereka. Anda boleh e-mel
[email protected]
untuk mendapatkan senarai emas terkini daripada mereka.
D.
Beberapa
platform pelaburan
seperti
Wahed
menawarkan emas sebagai salah satu daripada portfolio pelaburan mereka.
Sama ada syarikat atau platform emas dalam talian, lakukan usaha wajar dan penyelidikan anda sebelum melabur. Anda boleh menyimpan jongkong emas dan syiling emas di dalam peti keselamatan anda di rumah (tidak disyorkan) atau di bank yang boleh mengenakan caj beratus-ratus ringgit bergantung kepada saiz emas. CIMB Bank mengenakan caj storan terendah pada RM250.
3. Barang Kemas Emas
Selain untuk tujuan pelaburan, ada yang lebih suka barang kemas emas sebab siap boleh dipakai. Kebanyakan harga barang kemas emas berada dalam ratusan hingga ribuan ringgit.
Namun, bukan semua barang kemas emas ni tulen (bercampur dengan bahan lain seperti perak). Jadi, anda perlu ketahui dulu berapa karat emas yang anda nak beli tu.
Satu perkara anda kena ingat berkaitan barang kemas emas adalah nilainya tak kekal. Lagi-lagi bila dah rosak atau calar (nilai jatuh) â harga jualannya akan lebih rendah dari harga beli. Melainkan, barang kemas emas tu sepertiÂ
âPatek Philippie Super Complication Gold Pocket Watchâ
 yang dibuat pada tahun 1933 dan bernilai US$11 juta!
Di mana anda boleh beli dan simpan barang kemas emas?
Senang je, anda boleh beli dei mana-mana kedai barang kemas yang berdekatan. Selalunya, ramai akan simpan kat rumah tapi ada yang letak dalam peti simpanan dekat bank.
Kelebihan
Barang Kemas Emas
Kekurangan
Barang Kemas Emas
Boleh pakai sebagai aksesori
Nilai jual yang rendah
Senang nak beli
Berisiko tinggi untuk dicuri
â
Kos tinggi
â
Tak boleh jual ikut harga tinggi
BACA:
Lebih baik selesaikan pinjaman perumahan atau simpan duit anda untuk pelaburan?
Cara untuk mendapat untung dengan
Ar Rahnu Yapeim
Tahu tak yang anda boleh buat duit lebih dengan
Â
Ar Rahnu
Yapeim
? Selain boleh pajak emas di Ar-Rahnu untuk pinjaman, ada satu kaedah anda boleh gunakan untuk dapat keuntungan lebih. Cuma, anda mesti ingat yang strategi ini hanya berjaya kalau ia dibuat dalam tempoh pinjaman.
Bagi mereka yang tidak biasa, Ar Rahnu Yapeim adalah instrumen kredit mikro yang agak baru. Hanya emas dan barang kemas yang diperbuat daripada emas yang boleh digadaikan dan ia juga patuh syariah. Servisnya boleh digunakan oleh penduduk tempatan dan orang asing, Muslim dan bukan Muslim dan tempoh pinjaman antara 1-6 bulan. Peminjam mempunyai pilihan sama ada untuk membayar balik melalui bayaran sekaligus atau ansuran bulanan. Secara amnya, margin kewangan adalah dari minimum RM100 hingga 60-70% dari nilai emas itu.
Apa yang anda boleh lakukan:
Langkah 1:
Gadai emas anda dengan Ar-Rahnu Yapeim selama 6 bulan.
Langkah 2:
Beli jongkong emas atau syiling emas lain dengan pinjaman anda.
Langkah 3:
Semasa tempoh pinjaman, tunggu peluang terbaik untuk menjual emas.
Langkah 4:
Anda boleh menebus emas yang anda gadai. Anda akan memperolehi keuntungan dari lebihan wang anda!
© Kalkulator ar rahnu yapeim
Anda boleh menggunakan kalkulator Ar-Rahnu Yapeim untuk membuat anggaran pembiayaan anda dengan 10 gram emas 22K atau 916.
Nilai Marhun = nilai emas
Nilai pinjaman = pembiayaan tersedia (80% )
Sekiranya anda masih baru berjinak dalam pelaburan emas, kami tidak mengesyorkan cara ini
. Pelabur baharu yang tidak pasti tentang pelaburan mereka mungkin akan menangggung kerugian.
4. Saham Perlombongan Emas
Saham perlombongan emas ni lain sikit dari yang lain. Anda bukan membeli emas tapi melabur dengan
Â
syarikat yang buat perlombongan
Â
emas. Sebab tu, pulangan untuk jenis pelaburan emas ni bergantung pada prestasi syarikat â di situlah anda akan mendapat dividen.
Walaupun saham syarikat perlombongan emas mempunyai pendedahan tidak langsung kepada prestasi emas, ia tidak selalu menggambarkan pendapatan dan saham syarikat tersebut. Lain-lain faktor seperti lain-lain pasaran saham dan keadaan semasa syarikat juga akan mempengaruhi saham syarikat emas.
Beberapa syarikat perlombongan emas adalah
Borneo Oil Bhd
dan
Poh Kong Holdings Bhd
. Untuk makluman anda, harga saham syarikat-syarikat ini memuncak semasa separuh kedua tahun 2020 tetapi telah menurun sejak itu. Poh Kong menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada Borneo Oil. Semasa artikel ini ditulis, harga saham Borneo Oil dan Poh Kong masing-masing adalah RM0.025 dan RM0.710.
Kelebihan Saham Perlombongan Emas
Kekurangan Saham Perlombongan Emas
Berkait secara tak langsung dengan prestasi emas
Tak menentu & berisiko berbanding yang lain
Tidak ada emas fizikal
Ikut prestasi syarikat
Pelaburan awam yang rendah (ikut harga saham)
â
Senang dijual untuk mendapat duit
â
5. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold
Â
ETF)
Sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, jenis ni adalah ETF komoditi yang mengesan dan ikut harga emas. Gold ETF ni sesuai kalau anda baru nak mula atau nak kurangkan risiko pelaburan yang lain.
Sebagai contoh, katakan anda mempunyai beberapa portfolio pelaburan yang berisiko tinggi. Anda pun tengah usaha cari cara untuk kurangkan risiko kerugian dan melabur dalam gold ETF adalah satu opsyen yang baik.
Berikut adalah beberapa ETF emas untuk pelaburan anda:
TradePlus Shariah Gold Tracker
 (Malaysia)
SPDR Gold MiniShares Trust
 (US)
abrdn Standard Physical Gold Shares
 (US)
VanEck Merk Gold Trust
 (US)
Kelebihan Saham Perlombongan Emas
Kekurangan Saham Perlombongan Emas
Dapat tahu prestasi emas
Kena bayar yuran broker
Senang buat pelaburan
Tak sesuai untuk semua (kena ada akaun perdagangan)
Tidak ada risiko pencurian
Senang dipengaruhi oleh pasaran saham yang lain
Tidak ada kos simpanan
Tak menentu dan berisiko berbanding yang lain
Senang dijual untuk buat duit
6. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)
©strelok /123RF
Untuk jenis ni, anda perlu buka akaun pelaburan emas di bank. Ada beberapa pelabur suka cara ni sebab boleh beli 99.9% emas tulen secara digital.
Terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini, seperti yang disenaraikan di bawah.
A. Maybank:
Akaun Pelaburan Emas Maybank
Semak harga emas Maybank
di sini
.
B. Public Bank:
Akaun Pelaburan Emas / eEmas
Semak harga emas Public Bank
di sini
.
C. Kuwait Finance House:
Akaun Emas-i KFH
D. CIMB Bank:
Akaun Pelaburan e-Emas
E. UOB:
Akaun Pelaburan Emas
Terdapat dua akaun berbeza â
Akaun Emas Premier
(transaksi minimum 1kg emas ) dan
Akaun Simpanan Emas
(transaksi minimum 5 gram emas ). Semak harga emas UOB di sini.
F. HSBC:
Akaun Emas HSBC
Satu lagi kelebihan ialah ada bank yang hanya memerlukan deposit minimum serendah 1 gram atau RM250. Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan pelaburan anda secara tunai, emas fizikal atau mengkreditkannya ke dalam akaun semasa / simpanan anda yang ditentukan. Hebat kan?
Pelaburan emas jenis ini
tidak mempunyai faedah atau dividen dan tidak diinsuranskan oleh Perbadan Insurans Deposit Malaysia ( PIDM )
. Ada juga bank yang akan mengenakan yuran penukaran dan yuran servis sekiranya emas anda di bawah baki minimum yang ditetapkan.
Kelebihan Akaun Pelaburan Emas
Kekurangan Akaun Pelaburan Emas
99.9% emas tulen
Tidak ada faedah atau dividen
Senang buat pelaburan
Tidak diinsuranskan oleh PIDM
Tidak ada risiko untuk dicuri
Kena bayar upah penukaran
Tidak ada simpanan
Kena bayar upah perkhidmatan kalau bawah baki minimum
Senang dijual mendapat duit
Berapakah harga emas di Malaysia?
Sepanjang 6 bulan yang lepas,Â
harga emas berada antara RM220 hingga RM255
. Walaupun agak tidak menentu, harga emas pada bulan Ogos / September Dalam tempoh 6 bulan lalu, harga emas berada di antara RM243 sehingga RM274. Harga emas agak tidak stabil dan menunjukkan trend menurun secara keseluruhannya. Anda boleh merujuk kepada trend harga oleh Goldprice di bawah:
©
Goldprice.org
Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas semasa?
A. Ketidaktentuan ekonomi dan sentimen pasaran
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, emas dianggap sebagai pelaburan yang selamat. Apabila ada krisis ekonomi, harga emas Malaysia selalunya naik. Ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin menghadkan pendedahan mereka kepada kerugian sekiranya berlaku kegawatan ekonomi.
Sebagai contoh, waktu PKP dijalankan pada Mac 2020,
Â
aktiviti pelaburan emas meningkat. Perkara ni memang tak mengejutkan sebab pada masa tu, ekonomi negara memang lemah.
Walaupun Malaysia telah keluar daripada pandemik COVID-19 dan ekonomi negara telah dibuka sepenuhnya, terdapat banyak lagi ketidakpastian. Dengan kenaikan harga makanan, bahan bakar dan lain-lain produk pengguna, Malaysia telah mengalami peningkatan kadar inflasi.
B. Matawang Dolar US
Harga emas dengan matawang dolar US ada hubungan yang berlawanan. Selalunya, harga emas akan naik bila nilai dolar US lemah dan sebaliknya. Sebagai contoh, harga emas jatuh 5% apabila
Â
Donald Trump menang pilihanraya pada tahun 2016
Â
tapi⊠nilai dolar US naik!
C.
Penawaran dan permintaan (Supply & demand)
Menurut
Â
World Gold Council (WGC), sekurang-kurangnya 75% permintaan emas dunia datang dari aktiviti perlombongan. Baki 25% pulak datang dari emas yang dah dikitar semula dari barang kemas dan alat teknologi.
Maka, apabila penawaran lebih banyak dari permintaan, harga emas akan jadi rendah dan sebaliknya. Bekalan emas semasa tidak akan cukup untuk memenuhi permintaan pembeli.
KETAHUI:
Hartanah vs saham: Pelaburan manakah yang lebih baik di Malaysia?
Apa kebaikan dan kekurangan pelaburan emas?
Kelebihan Pelaburan Emas
Kekurangan Pelaburan Emas
Kenaikan nilai dari masa ke masa
Nilai perindustrian/komersial yang sikit
Boleh lawan inflasi & lindungi dari krisis
Nilai utiliti yang sikit
Permintaan meningkat dari masa ke masa
Satu jenis komoditi
Sifat emas yang unik
Takde hasilkan dividen/pendapatan
Risiko yang rendah
Prestasi jangka panjang yang rendah
BACAAN POPULAR:Â
đ Â
Membeli hartanah di kejiranan berhampiran sekolah antarabangsa dan swasta di Lembah Klang
đ°Â
Yuran penyelenggaraan dan sinking fund:
Panduan untuk permilik hartanah strata
Apa yang perlu pelabur emas kali pertama tanya diri sendiri?
1. Keadaan pasaran emas semasa
Berapa harga emas semasa?
 Keadaan harga emas dan pasaran di masa akan datang?
Kalau harga emas Malaysia tengah tinggi, patutkah anda tunggu dulu sebelum beli?
2. Sebab anda nak memulakan pelaburan emas
Kenapa anda nak beli emas sebagai pelaburan?
Adakah anda nak mempelbagaikan portfolio pelaburan?
Kalau ini kali pertama anda buat pelaburan, patut/sesuai ke mulakan dengan emas?
3. Apa pilihan anda untuk buat pelaburan emas:
Anda nak pilih jenis pelaburan emas yang mana?
Dah pertimbangkan semua pilihan ke untuk pelaburan emas?
Apa cara terbaik untuk anda buat pelaburan emas?
Adakah anda sedia dari segi kewangan untuk kekalkan pelaburan emas?
Anda buat pelaburan emas untuk jangka masa pendek ke panjang?
Kalau anda beli emas fizikal, di mana nak simpan?
Sanggup bayar lebih ke untuk pilihan anda (kos simpanan, broker & servis)?
Adakah sekarang masa yang sesuai untuk melabur dalam emas?
Ekonomi global sedang perlahan-lahan pulih dari pandemik dan masih banyak ketidakpastian. Salah satu punca utama kenaikan harga makanan dan minyak ialah gangguan bekalan yang disebabkan oleh perang Russia-Ukraine. Pada bulan Ogos 2022, Menteri Kewangan Malaysia telah memberi amaran mengenai kemelesetan ekonomi global yang akan mempengaruhi pertumbuhan Malaysia pada tahun 2023.
Sekiranya anda mempunyai dana dan inginkan pelaburan jangka panjang, kini mungkin masa yang sesuai untuk melabur dalam emas, kerana harga emas yang lebih rendah dan spekulasi kenaikan harga pada tahun 2023.
Namun, jika anda memutuskan untuk melabur sekarang, pastikan anda telah membuat penyelidikan yang mencukupi. Tanyakan diri sendiri, âAdakah saya sedia untuk melabur dalam emas?â, âPelabur jenis apa anda?â Dan yang paling penting, âAdakah anda seorang yang berani mengambil risiko?â. Sekiranya semua jawapan anda adalah ya, kami ucapkan selamat melabur!
*Artikel ini telah diolah semula daripada
Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan NI Terlebih Dulu!
yang ditulis oleh Faiz Rahim dan pertama kali diterbitkan di
Loanstreet.com.my.
Penafian:
Maklumat disediakan adalah maklumat umum sahaja. iProperty.com Malaysia Sdn Bhd tidak mempunyai tanggungjawab perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana dibenarkan undang-undang. Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis, maklumat disediakan di dalam artikel tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat tersebut tidak menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan. |
| Markdown | - [Beli](https://www.iproperty.com.my/bm/hartanah-dijual "Beli")
- [Hartanah Kediaman](https://www.iproperty.com.my/bm/hartanah-dijual "Hartanah Kediaman")
- [Perumahan Baru](https://www.iproperty.com.my/bm/hartanah-dijual?isNewProject=true "Perumahan Baru")
- [Hartanah Lelong](https://www.iproperty.com.my/bm/hartanah-dijual?auctionProperties=true "Hartanah Lelong")
- [Hartanah Komersial](https://www.iproperty.com.my/bm/semua-komersial-dijual "Hartanah Komersial")
- Alat-alat Hartanah
- [Kalkulator Kelayakan Pinjaman Perumahan (LoanCare)](https://www.iproperty.com.my/bm/kelayakan-pinjaman-perumahan/ "Kalkulator Kelayakan Pinjaman Perumahan (LoanCare)")
- [Kalkulator Pinjaman Rumah](https://www.iproperty.com.my/financing/mortgage-calculator/ "Kalkulator Pinjaman Rumah")
- [Pembiayaan](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-pembiayaan-perumahan "Pembiayaan")
- [Panduan Belian](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-beli-hartanah "Panduan Belian")
- [Artikel Belian](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-beli-hartanah "Artikel Belian")
- [Sewa](https://www.iproperty.com.my/bm/hartanah-disewa "Sewa")
- [Hartanah Kediaman](https://www.iproperty.com.my/bm/hartanah-disewa "Hartanah Kediaman")
- [Hartanah Komersial](https://www.iproperty.com.my/bm/semua-komersial-sewa "Hartanah Komersial")
- Alat-alat Hartanah
- [Artikel Sewaan](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-hartanah-untuk-disewa "Artikel Sewaan")
- [Perumahan Baru](https://www.iproperty.com.my/bm/hartanah-dijual?isNewProject=true "Perumahan Baru")
- [Perumahan Baru](https://www.iproperty.com.my/bm/hartanah-dijual?isNewProject=true "Perumahan Baru")
- [Hartanah Komersial Baru](https://www.iproperty.com.my/bm/semua-komersial-dijual?isNewProject=true "Hartanah Komersial Baru")
- [Lawati Pameran Hartanah](https://www.iproperty.com.my/bm/pameran "Lawati Pameran Hartanah")
- [Lawatan Maya 360 (i360)](https://www.iproperty.com.my/bm/lawatan-maya-360-galeri-hartanah "Lawatan Maya 360 (i360)")
- Alat-alat Hartanah
- [Kalkulator Kelayakan Pinjaman Perumahan (LoanCare)](https://www.iproperty.com.my/bm/kelayakan-pinjaman-perumahan/ "Kalkulator Kelayakan Pinjaman Perumahan (LoanCare)")
- [Kalkulator Pinjaman Rumah](https://www.iproperty.com.my/financing/mortgage-calculator/ "Kalkulator Pinjaman Rumah")
- [Pembiayaan](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-pembiayaan-perumahan "Pembiayaan")
- [Artikel Belian](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-beli-hartanah "Artikel Belian")
- [Panduan & Pandangan Hartanah](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah "Panduan & Pandangan Hartanah")
- [Panduan Hartanah](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah "Panduan Hartanah")
- [Pandangan Hartanah](https://www.iproperty.com.my/bm/pandangan-hartanah "Pandangan Hartanah")
- [Berita](https://www.iproperty.com.my/bm/berita "Berita")
- [Pameran](https://www.iproperty.com.my/bm/pameran "Pameran")
- [Pameran iProperty](https://www.iproperty.com.my/bm/pameran "Pameran iProperty")
- [Anugerah](https://www.iproperty.com.my/awards/ "Anugerah")
- [Untuk Ejen](https://agentofferings.iproperty.com.my/ "Untuk Ejen")
Created with Sketch.
- [EnBmZh]()
- Bahasa Malaysia
- [Kembali]()
EnBmZh
*Created with Sketch.*
*Created with Sketch.*
Ă
[Log masuk](https://accounts.iproperty.com.my/login?client_id=cb4cec3b-cbfd-4cbd-81fa-0334b8427c1b&response_type=code&redirect_uri=https://www.iproperty.com.my/consumer/auth&lang=ms_MY "Log masuk")[Daftar](https://accounts.iproperty.com.my/signup?client_id=cb4cec3b-cbfd-4cbd-81fa-0334b8427c1b&response_type=code&redirect_uri=https://www.iproperty.com.my/consumer/auth&lang=ms_MY "Daftar")
Pilihan Pengiklan[iProperty PRO](https://www.iproperty.com.my/pro/listings?lang=ms-MY "iProperty PRO")

- [Panduan](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah)
- [Beli Hartanah](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-beli-hartanah)
- [Menyewa](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-hartanah-untuk-disewa)
- [Undang-undang & Cukai](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/undang-undang-dan-cukai)
- [Jual Hartanah](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-jual-hartanah)
- [Pembiayaan Perumahan](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-pembiayaan-perumahan)
- [Pengubahsuaian Rumah](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-ubah-suai-rumah)
[Laman Utama](https://www.iproperty.com.my/)
[Panduan](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah)
[Beli Hartanah](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-beli-hartanah)
Pelaburan emas di Malaysia: Cara beli dan harga emas terkini
[Cari Panduan]()
[Batal]()
Find tips, tools and how-to guides on every aspect of property
# Pelaburan emas di Malaysia: Cara beli dan harga emas terkini
[](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/penulis/loanstreet)
[Loanstreet](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/penulis/loanstreet)
Dikemaskini: 27 Sep 2022 âą 13 minit membaca
- [Pelabur](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/pelabur)
Kongsi
Kongsi di Facebook
Kongsi di Whatsapp
Kongsi di LinkedIn
Kongsi di Twitter
Salin pautan
***Harga emas di Malaysia telah jatuh dari paras tertinggi hampir RM280 per gram pada Ogos 2020 kepada tahap terkini RM240. Walau bagaimanapun, emas masih dianggap sebagai pelaburan yang baik dan beberapa penganalisis menjangkakan harga emas akan menaik pada tahun 2023. Artikel ini memperincikan pelaburan emas di Malaysia dan bagaimana anda boleh memulakannya***.

© strelok / GettyImages
Artikel ini telah diterjemahkan daripada [Gold investment in Malaysia: How to start, latest gold price and more](https://www.iproperty.com.my/guides/gold-investment-gold-price-malaysia-65369) oleh Khairul Khalid.
Walaupun harga emas jatuh ketika ekonomi sedang pulih, ia masih dianggap sebagai pelindung nilai yang baik menentang inflasi dan adalah alternatif baik untuk pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka. Harga emas diunjurkan akan melonjak pada tahun 2023 kerana Dolar AS dijangka menurun.
Pelabur baharu masih berpeluang untuk mengambil kesempatan dan memperoleh keuntungan daripada emas.
Sebelum kita membincangkan jenis-jenis pelaburan emas yang anda boleh pertimbangkan, jom kita tengok kelebihan *gold investment* ini:
- Nilai emas kuat lawan inflasi
- Pilihan selamat untuk pelabur. Selalunya, apabila ada krisis, harga emas selalunya naik
- Mempelbagaikan portfolio pelaburan anda
- Emas berkemungkinan mendapat permintaan lebih tinggi di masa akan datang
## **Jenis emas yang boleh dilabur di Malaysia**
## **1\. **Jongkong Emas****
Emas fizikal ini ada beberapa jenis seperti jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Mungkin ada segelintir daripada anda terkejut kerana ada lebih suka emas fizikal dari digital pada zaman sekarang ni? Rupa-rupanya, ada yang lebih gemar emas fizikal sebab sifatnya yang unik (saiz dan design yang menarik!).
Kebiasaannya, jongkong emas adalah pilihan pertama untuk pelabur yang berpengalaman. Kenapa, anda tanya? Sebab senang nak simpan jongkong emas (saiz dari 25g -1kg), ia sesuai untuk pelaburan yang besar dan harga boleh sampai ratusan ribu ringgit\!
Cuma, jongkong emas ini bukan pilihan yang senang untuk anda jual dan dapat duit (liquidate). Katakan anda memiliki 1kg jongkong emas yang berharga RM252,909 dan berniat nak jual. Anda tidak boleh menjual sebahagian daripadanya sahaja, anda perlu mencari pembeli yang sanggup berbelanja untuk kos penuh jongkong itu.
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Jongkong Emas** | **Kekurangan Jongkong Emas** |
| Untung besar kalau jual | Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah) |
| Senang simpan | Bukan pilihan yang senang kalau nak jual |
| Kos lebih murah dari syiling emas | Kena bayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat |
## **2\. Syiling Emas**
Jika nak dibandingkan dengan jongkong emas, syiling emas adalah pilihan pelaburan yang lebih sesuai dan mudah untuk dijual (liquidate) sebab lagi harga berpatutan dan mampu milik. Selalunya, berat syiling emas adalah di antara 2.5g hingga 25g emas tulen (ideal untuk pelabur baru).
Tahu tak ada syiling emas yang dinilai lebih tinggi sebab dicetak secara asing? Ini yang membuatkan kos syiling emas jadi lebih mahal â harga boleh cecah ratusan hingga ribuan ringgit\!
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Syiling Emas** | **Kekurangan Syiling Emas** |
| Ideal untuk pelabur baru | Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah) |
| Senang simpan | Kos perbuatan lebih tinggi (design unik) |
| Senang jual | Kena bayar kos simpanan |
| Bernilai lebih tinggi kalau limited | â |
### **Di mana saya boleh membeli jongkong dan syiling emas?**
Ada beberapa cara untuk membeli jongkong emas dan duit syiling emas. Antaranya, beberapa syarikat serta platform dan aplikasi emas dalam talian seperti berikut:
**A. [Public Gold](https://publicgold.com.my/index.php)** â Public Gold adalah syarikat perdagangan jongkong emas yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Pelanggan boleh membeli emas dengan sebut harga harian dalam Ringgit Malaysia untuk emas seberat 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.
**B. Maybank** menawarkan Syiling Kijang Emas yang menampilkan kijang di sebelah duit syiling dan bunga raya di sebelah yang lain. Ia mengikut harga antarabangsa dan **anda boleh menyemak harga emas Maybank** [di sini](https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/rates/gold_and_silver.page) (dikemas kini setiap hari ). Syiling Kijang Emas boleh dibeli secara individu atau dalam satu set 30 syiling di [cawangan Maybank](https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/wealth/KijangEmas-branch.pdf) terpilih.
**C. [HelloGold](https://www.hellogold.com/)** â HelloGold adalah aplikasi patuh Shariah untuk anda membeli, menyimpan, menjual dan menebus emas fizikal. Sekiranya anda membeli emas dari HelloGold, anda tidak perlu menyimpannya di bank. HelloGold akan menyimpan emas anda di peti besi mereka. Anda boleh e-mel [\[email protected\]](https://www.iproperty.com.my/cdn-cgi/l/email-protection) untuk mendapatkan senarai emas terkini daripada mereka.
**D.** Beberapa **platform pelaburan** seperti [Wahed](https://www.wahed.com/my/investing) menawarkan emas sebagai salah satu daripada portfolio pelaburan mereka.
Sama ada syarikat atau platform emas dalam talian, lakukan usaha wajar dan penyelidikan anda sebelum melabur. Anda boleh menyimpan jongkong emas dan syiling emas di dalam peti keselamatan anda di rumah (tidak disyorkan) atau di bank yang boleh mengenakan caj beratus-ratus ringgit bergantung kepada saiz emas. CIMB Bank mengenakan caj storan terendah pada RM250.
## **3\. Barang Kemas Emas**

© Muhammad Sadiq Bin Mohd Jalaluddin / EyeEm \| GettyImages
Selain untuk tujuan pelaburan, ada yang lebih suka barang kemas emas sebab siap boleh dipakai. Kebanyakan harga barang kemas emas berada dalam ratusan hingga ribuan ringgit.
Namun, bukan semua barang kemas emas ni tulen (bercampur dengan bahan lain seperti perak). Jadi, anda perlu ketahui dulu berapa karat emas yang anda nak beli tu.
Satu perkara anda kena ingat berkaitan barang kemas emas adalah nilainya tak kekal. Lagi-lagi bila dah rosak atau calar (nilai jatuh) â harga jualannya akan lebih rendah dari harga beli. Melainkan, barang kemas emas tu seperti âPatek Philippie Super Complication Gold Pocket Watchâ yang dibuat pada tahun 1933 dan bernilai US\$11 juta\!
### **Di mana anda boleh beli dan simpan barang kemas emas?**
Senang je, anda boleh beli dei mana-mana kedai barang kemas yang berdekatan. Selalunya, ramai akan simpan kat rumah tapi ada yang letak dalam peti simpanan dekat bank.
| | |
|---|---|
| ****Kelebihan**** **Barang Kemas Emas** | **Kekurangan **Barang Kemas Emas**** |
| Boleh pakai sebagai aksesori | Nilai jual yang rendah |
| Senang nak beli | Berisiko tinggi untuk dicuri |
| â | Kos tinggi |
| â | Tak boleh jual ikut harga tinggi |
**BACA:** [Lebih baik selesaikan pinjaman perumahan atau simpan duit anda untuk pelaburan?](https://www.iproperty.com.my/guides/bayar-pinjaman-perumahan-atau-simpan-duit-untuk-pelaburan/)
### **Cara untuk mendapat untung dengan** **Ar Rahnu Yapeim**
Tahu tak yang anda boleh buat duit lebih dengan Ar Rahnu Yapeim? Selain boleh pajak emas di Ar-Rahnu untuk pinjaman, ada satu kaedah anda boleh gunakan untuk dapat keuntungan lebih. Cuma, anda mesti ingat yang strategi ini hanya berjaya kalau ia dibuat dalam tempoh pinjaman.
Bagi mereka yang tidak biasa, Ar Rahnu Yapeim adalah instrumen kredit mikro yang agak baru. Hanya emas dan barang kemas yang diperbuat daripada emas yang boleh digadaikan dan ia juga patuh syariah. Servisnya boleh digunakan oleh penduduk tempatan dan orang asing, Muslim dan bukan Muslim dan tempoh pinjaman antara 1-6 bulan. Peminjam mempunyai pilihan sama ada untuk membayar balik melalui bayaran sekaligus atau ansuran bulanan. Secara amnya, margin kewangan adalah dari minimum RM100 hingga 60-70% dari nilai emas itu.
Apa yang anda boleh lakukan:
**Langkah 1:** Gadai emas anda dengan Ar-Rahnu Yapeim selama 6 bulan.
**Langkah 2:** Beli jongkong emas atau syiling emas lain dengan pinjaman anda.
**Langkah 3:** Semasa tempoh pinjaman, tunggu peluang terbaik untuk menjual emas.
**Langkah 4:** Anda boleh menebus emas yang anda gadai. Anda akan memperolehi keuntungan dari lebihan wang anda\!

*© Kalkulator ar rahnu yapeim*
Anda boleh menggunakan kalkulator Ar-Rahnu Yapeim untuk membuat anggaran pembiayaan anda dengan 10 gram emas 22K atau 916.
- Nilai Marhun = nilai emas
- Nilai pinjaman = pembiayaan tersedia (80% )
**Sekiranya anda masih baru berjinak dalam pelaburan emas, kami tidak mengesyorkan cara ini**. Pelabur baharu yang tidak pasti tentang pelaburan mereka mungkin akan menangggung kerugian.
## **4\. Saham Perlombongan Emas**
Saham perlombongan emas ni lain sikit dari yang lain. Anda bukan membeli emas tapi melabur dengan syarikat yang buat perlombongan emas. Sebab tu, pulangan untuk jenis pelaburan emas ni bergantung pada prestasi syarikat â di situlah anda akan mendapat dividen.
Walaupun saham syarikat perlombongan emas mempunyai pendedahan tidak langsung kepada prestasi emas, ia tidak selalu menggambarkan pendapatan dan saham syarikat tersebut. Lain-lain faktor seperti lain-lain pasaran saham dan keadaan semasa syarikat juga akan mempengaruhi saham syarikat emas.
Beberapa syarikat perlombongan emas adalah [Borneo Oil Bhd](https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/listing_directory/company-profile?stock_code=7036) dan [Poh Kong Holdings Bhd](https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/listing_directory/company-profile?stock_code=5080). Untuk makluman anda, harga saham syarikat-syarikat ini memuncak semasa separuh kedua tahun 2020 tetapi telah menurun sejak itu. Poh Kong menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada Borneo Oil. Semasa artikel ini ditulis, harga saham Borneo Oil dan Poh Kong masing-masing adalah RM0.025 dan RM0.710.
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Saham Perlombongan Emas** | **Kekurangan Saham Perlombongan Emas** |
| Berkait secara tak langsung dengan prestasi emas | Tak menentu & berisiko berbanding yang lain |
| Tidak ada emas fizikal | Ikut prestasi syarikat |
| Pelaburan awam yang rendah (ikut harga saham) | â |
| Senang dijual untuk mendapat duit | â |
## **5\. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)**
Sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, jenis ni adalah ETF komoditi yang mengesan dan ikut harga emas. Gold ETF ni sesuai kalau anda baru nak mula atau nak kurangkan risiko pelaburan yang lain.
Sebagai contoh, katakan anda mempunyai beberapa portfolio pelaburan yang berisiko tinggi. Anda pun tengah usaha cari cara untuk kurangkan risiko kerugian dan melabur dalam gold ETF adalah satu opsyen yang baik.
Berikut adalah beberapa ETF emas untuk pelaburan anda:
- [TradePlus Shariah Gold Tracker](https://tradeplus.com.my/gold-tracker) (Malaysia)
- [SPDR Gold MiniShares Trust](https://www.spdrgoldshares.com/gldm/) (US)
- [abrdn Standard Physical Gold Shares](https://www.abrdn.com/en-us/us/investor/fund-details/aberdeen-standard-physical-gold-shares-etf/common-stock/us00326a1043) (US)
- [VanEck Merk Gold Trust](https://www.vaneck.com/us/en/investments/merk-gold-trust-etf-ounz/) (US)

| Dapat tahu prestasi emas | Kena bayar yuran broker |
| Senang buat pelaburan | Tak sesuai untuk semua (kena ada akaun perdagangan) |
| Tidak ada risiko pencurian | Senang dipengaruhi oleh pasaran saham yang lain |
| Tidak ada kos simpanan | Tak menentu dan berisiko berbanding yang lain |
| Senang dijual untuk buat duit | |
## **6\. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)**

©strelok /123RF
Untuk jenis ni, anda perlu buka akaun pelaburan emas di bank. Ada beberapa pelabur suka cara ni sebab boleh beli 99.9% emas tulen secara digital.
Terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini, seperti yang disenaraikan di bawah.
### **A. Maybank: [Akaun Pelaburan Emas Maybank](https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/wealth/gold_silver/maybank_gold_investment_account.page)**
Semak harga emas Maybank [di sini](https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/rates/gold_and_silver.page).
### **B. Public Bank: [Akaun Pelaburan Emas / eEmas](https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Invest/Gold-eGold-Investment-Account/Gold-eGold-Investment-Account.aspx)**
Semak harga emas Public Bank [di sini](https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Rates-Charges/Gold-Investment-Account/Gold-Investment-Account.aspx).
### **C. Kuwait Finance House: [Akaun Emas-i KFH](https://www.kfh.com.my/malaysia/corporate-banking/investment/gold-account-i.html)**
### **D. CIMB Bank: [Akaun Pelaburan e-Emas](https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/investments/e-gold-investment-account-egia.html)**
### **E. UOB: [Akaun Pelaburan Emas](https://www.uob.com.my/corporate/gmim/gmim-pga.page)**
Terdapat dua akaun berbeza â [Akaun Emas Premier](https://www.uob.com.my/assets/pdf/tnc/disclosure-biz/PDS-PGA-ENG.pdf) (transaksi minimum 1kg emas ) dan [Akaun Simpanan Emas](https://www.uob.com.my/assets/pdf/tnc/disclosure-biz/PDS-GSA-ENG.pdf) (transaksi minimum 5 gram emas ). Semak harga emas UOB di sini.
### **F. HSBC: [Akaun Emas HSBC](https://www.hsbc.com.my/accounts/products/gold/)**
Satu lagi kelebihan ialah ada bank yang hanya memerlukan deposit minimum serendah 1 gram atau RM250. Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan pelaburan anda secara tunai, emas fizikal atau mengkreditkannya ke dalam akaun semasa / simpanan anda yang ditentukan. Hebat kan?
Pelaburan emas jenis ini **tidak mempunyai faedah atau dividen dan tidak diinsuranskan oleh Perbadan Insurans Deposit Malaysia ( PIDM )**. Ada juga bank yang akan mengenakan yuran penukaran dan yuran servis sekiranya emas anda di bawah baki minimum yang ditetapkan.
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Akaun Pelaburan Emas** | **Kekurangan Akaun Pelaburan Emas** |
| 99\.9% emas tulen | Tidak ada faedah atau dividen |
| Senang buat pelaburan | Tidak diinsuranskan oleh PIDM |
| Tidak ada risiko untuk dicuri | Kena bayar upah penukaran |
| Tidak ada simpanan | Kena bayar upah perkhidmatan kalau bawah baki minimum |
| Senang dijual mendapat duit | |
## **Berapakah harga emas di Malaysia?**
Sepanjang 6 bulan yang lepas, [harga emas berada antara RM220 hingga RM255](https://goldprice.org/gold-price-malaysia.html). Walaupun agak tidak menentu, harga emas pada bulan Ogos / September Dalam tempoh 6 bulan lalu, harga emas berada di antara RM243 sehingga RM274. Harga emas agak tidak stabil dan menunjukkan trend menurun secara keseluruhannya. Anda boleh merujuk kepada trend harga oleh Goldprice di bawah:

© [Goldprice.org](https://goldprice.org/spot-gold.html)
## **Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas semasa?**
### **A. Ketidaktentuan ekonomi dan sentimen pasaran**
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, emas dianggap sebagai pelaburan yang selamat. Apabila ada krisis ekonomi, harga emas Malaysia selalunya naik. Ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin menghadkan pendedahan mereka kepada kerugian sekiranya berlaku kegawatan ekonomi.
Sebagai contoh, waktu PKP dijalankan pada Mac 2020, aktiviti pelaburan emas meningkat. Perkara ni memang tak mengejutkan sebab pada masa tu, ekonomi negara memang lemah.
Walaupun Malaysia telah keluar daripada pandemik COVID-19 dan ekonomi negara telah dibuka sepenuhnya, terdapat banyak lagi ketidakpastian. Dengan kenaikan harga makanan, bahan bakar dan lain-lain produk pengguna, Malaysia telah mengalami peningkatan kadar inflasi.
### **B. Matawang Dolar US**
Harga emas dengan matawang dolar US ada hubungan yang berlawanan. Selalunya, harga emas akan naik bila nilai dolar US lemah dan sebaliknya. Sebagai contoh, harga emas jatuh 5% apabila Donald Trump menang pilihanraya pada tahun 2016 tapi⊠nilai dolar US naik\!
### **C.** **Penawaran dan permintaan (Supply & demand)**
Menurut World Gold Council (WGC), sekurang-kurangnya 75% permintaan emas dunia datang dari aktiviti perlombongan. Baki 25% pulak datang dari emas yang dah dikitar semula dari barang kemas dan alat teknologi.
Maka, apabila penawaran lebih banyak dari permintaan, harga emas akan jadi rendah dan sebaliknya. Bekalan emas semasa tidak akan cukup untuk memenuhi permintaan pembeli.
**KETAHUI:** [Hartanah vs saham: Pelaburan manakah yang lebih baik di Malaysia?](https://www.iproperty.com.my/guides/hartanah-atau-saham-pelaburan-malaysia/)
## **Apa kebaikan dan kekurangan pelaburan emas?**

© zakokor \| 123rf
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Pelaburan Emas** | **Kekurangan Pelaburan Emas** |
| Kenaikan nilai dari masa ke masa | Nilai perindustrian/komersial yang sikit |
| Boleh lawan inflasi & lindungi dari krisis | Nilai utiliti yang sikit |
| Permintaan meningkat dari masa ke masa | Satu jenis komoditi |
| Sifat emas yang unik | Takde hasilkan dividen/pendapatan |
| Risiko yang rendah | Prestasi jangka panjang yang rendah |
***BACAAN POPULAR:***
đ *[Membeli hartanah di kejiranan berhampiran sekolah antarabangsa dan swasta di Lembah Klang](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/membeli-hartanah-di-kejiranan-berhampiran-sekolah-antarabangsa-dan-swasta-di-lembah-klang-77086)*
đ° *Yuran penyelenggaraan dan sinking fund: [Panduan untuk permilik hartanah strata](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/yuran-penyelenggaraan-sinking-fund-hartanah-strata-malaysia-56791)*
## **Apa yang perlu pelabur emas kali pertama tanya diri sendiri?**
### **1\. Keadaan pasaran emas semasa**
- Berapa harga emas semasa?
- Keadaan harga emas dan pasaran di masa akan datang?
- Kalau harga emas Malaysia tengah tinggi, patutkah anda tunggu dulu sebelum beli?
### **2\. Sebab anda nak memulakan pelaburan emas**
- Kenapa anda nak beli emas sebagai pelaburan?
- Adakah anda nak mempelbagaikan portfolio pelaburan?
- Kalau ini kali pertama anda buat pelaburan, patut/sesuai ke mulakan dengan emas?
### **3\. Apa pilihan anda untuk buat pelaburan emas:**
- Anda nak pilih jenis pelaburan emas yang mana?
- Dah pertimbangkan semua pilihan ke untuk pelaburan emas?
- Apa cara terbaik untuk anda buat pelaburan emas?
- Adakah anda sedia dari segi kewangan untuk kekalkan pelaburan emas?
- Anda buat pelaburan emas untuk jangka masa pendek ke panjang?
- Kalau anda beli emas fizikal, di mana nak simpan?
- Sanggup bayar lebih ke untuk pilihan anda (kos simpanan, broker & servis)?
## **Adakah sekarang masa yang sesuai untuk melabur dalam emas?**
Ekonomi global sedang perlahan-lahan pulih dari pandemik dan masih banyak ketidakpastian. Salah satu punca utama kenaikan harga makanan dan minyak ialah gangguan bekalan yang disebabkan oleh perang Russia-Ukraine. Pada bulan Ogos 2022, Menteri Kewangan Malaysia telah memberi amaran mengenai kemelesetan ekonomi global yang akan mempengaruhi pertumbuhan Malaysia pada tahun 2023.
Sekiranya anda mempunyai dana dan inginkan pelaburan jangka panjang, kini mungkin masa yang sesuai untuk melabur dalam emas, kerana harga emas yang lebih rendah dan spekulasi kenaikan harga pada tahun 2023.
Namun, jika anda memutuskan untuk melabur sekarang, pastikan anda telah membuat penyelidikan yang mencukupi. Tanyakan diri sendiri, âAdakah saya sedia untuk melabur dalam emas?â, âPelabur jenis apa anda?â Dan yang paling penting, âAdakah anda seorang yang berani mengambil risiko?â. Sekiranya semua jawapan anda adalah ya, kami ucapkan selamat melabur\!
**\*Artikel ini telah diolah semula daripada [Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan NI Terlebih Dulu\!](https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/panduan-pelaburan-emas)** **yang ditulis oleh Faiz Rahim dan pertama kali diterbitkan di [Loanstreet.com.my.](https://loanstreet.com.my/learning-centre)**
***Penafian:** Maklumat disediakan adalah maklumat umum sahaja. iProperty.com Malaysia Sdn Bhd tidak mempunyai tanggungjawab perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana dibenarkan undang-undang. Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis, maklumat disediakan di dalam artikel tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat tersebut tidak menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.*
Kongsi
Kongsi di Facebook
Kongsi di Whatsapp
Kongsi di LinkedIn
Kongsi di Twitter
Salin pautan
## Daftar Sekarang
Dapatkan pandangan pasaran hartanah terkini daripada pakar industri dan panduan hartanah di Malaysia.
Dengan mendaftar, anda bersetuju untuk menerima pemasaran langsung daripada iProperty.com Malaysia Sdn Bhd (iProperty), [kumpulan syarikat](https://www.iproperty.com.my/terms-of-use/) dan [rakan kongsinya](https://www.iproperty.com.my/privacy-policy/). Anda juga menerima Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi iProperty termasuk pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemprosesan, penyimpanan dan pengendalian maklumat peribadi anda.
### Ikut kami
## Bacaan Paling Popular
1
[13 tanda-tanda makhluk halus ada dalam rumah](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/tanda-tanda-makhluk-halus-ada-dalam-rumah-63600)
2
[Perbezaan ASB, ASM, dan ASN: Panduan Pelaburan Unit Amanah ASNB](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/beza-asb-asn-asm-pelaburan-unit-amanah-asnb-69956)
3
[Pindah Milik Tanah di Malaysia : Cara Tukar Nama Geran Tanah, Borang 14A & Bayaran](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/pindah-milik-tanah-tukar-nama-geran-tanah-borang-14a-kos-terlibat-81933)
4
[13 Cara halau tikus dari rumah dengan berkesan](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/petua-halau-tikus-dengan-berkesan-ms-37072)
5
[12 cara elak kucing kencing merata dan hapuskan bau hancing](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/cara-elak-kucing-kencing-merata-dan-hapuskan-bau-hancing-60119)
## Artikel Lain
- [Mengenai Kami](https://www.propertygurugroup.com/ "Mengenai Kami")
- [Bilik berita](https://www.iproperty.com.my/newsroom/ "Bilik berita")
- [Kerjaya](https://www.propertygurugroup.com/joinus "Kerjaya")
- [Hubungi kami](https://www.propertygurugroup.com/contact-us/ "Hubungi kami")
- [Dasar Privasi](https://www.iproperty.com.my/bm/dasar-privasi/ "Dasar Privasi")
- [Terma Penggunaan](https://www.iproperty.com.my/bm/terma-penggunaan/ "Terma Penggunaan")
- [Terma Syarat](https://www.iproperty.com.my/bm/terma-syarat/ "Terma Syarat")
### LAMAN WEB TERGABUNG:
- [propertyguru.com.my](https://www.propertyguru.com.my/)
- [propertyguru.com.sg](https://www.propertyguru.com.sg/)
- [batdongsan.com.vn](https://www.batdongsan.com.vn/)
- [ddproperty.com](https://www.ddproperty.com/)
- [thinkofliving.com](http://www.thinkofliving.com/)
© 2026 iProperty.com Malaysia Sdn. Bhd. 200201033185 (600850-K). Semua hak cipta terpelihara. |
| Readable Markdown | ***Harga emas di Malaysia telah jatuh dari paras tertinggi hampir RM280 per gram pada Ogos 2020 kepada tahap terkini RM240. Walau bagaimanapun, emas masih dianggap sebagai pelaburan yang baik dan beberapa penganalisis menjangkakan harga emas akan menaik pada tahun 2023. Artikel ini memperincikan pelaburan emas di Malaysia dan bagaimana anda boleh memulakannya***.
Artikel ini telah diterjemahkan daripada [Gold investment in Malaysia: How to start, latest gold price and more](https://www.iproperty.com.my/guides/gold-investment-gold-price-malaysia-65369) oleh Khairul Khalid.
Walaupun harga emas jatuh ketika ekonomi sedang pulih, ia masih dianggap sebagai pelindung nilai yang baik menentang inflasi dan adalah alternatif baik untuk pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka. Harga emas diunjurkan akan melonjak pada tahun 2023 kerana Dolar AS dijangka menurun.
Pelabur baharu masih berpeluang untuk mengambil kesempatan dan memperoleh keuntungan daripada emas.
Sebelum kita membincangkan jenis-jenis pelaburan emas yang anda boleh pertimbangkan, jom kita tengok kelebihan *gold investment* ini:
- Nilai emas kuat lawan inflasi
- Pilihan selamat untuk pelabur. Selalunya, apabila ada krisis, harga emas selalunya naik
- Mempelbagaikan portfolio pelaburan anda
- Emas berkemungkinan mendapat permintaan lebih tinggi di masa akan datang
## **Jenis emas yang boleh dilabur di Malaysia**
## **1\. **Jongkong Emas****
Emas fizikal ini ada beberapa jenis seperti jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Mungkin ada segelintir daripada anda terkejut kerana ada lebih suka emas fizikal dari digital pada zaman sekarang ni? Rupa-rupanya, ada yang lebih gemar emas fizikal sebab sifatnya yang unik (saiz dan design yang menarik!).
Kebiasaannya, jongkong emas adalah pilihan pertama untuk pelabur yang berpengalaman. Kenapa, anda tanya? Sebab senang nak simpan jongkong emas (saiz dari 25g -1kg), ia sesuai untuk pelaburan yang besar dan harga boleh sampai ratusan ribu ringgit\!
Cuma, jongkong emas ini bukan pilihan yang senang untuk anda jual dan dapat duit (liquidate). Katakan anda memiliki 1kg jongkong emas yang berharga RM252,909 dan berniat nak jual. Anda tidak boleh menjual sebahagian daripadanya sahaja, anda perlu mencari pembeli yang sanggup berbelanja untuk kos penuh jongkong itu.
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Jongkong Emas** | **Kekurangan Jongkong Emas** |
| Untung besar kalau jual | Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah) |
| Senang simpan | Bukan pilihan yang senang kalau nak jual |
| Kos lebih murah dari syiling emas | Kena bayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat |
## **2\. Syiling Emas**
Jika nak dibandingkan dengan jongkong emas, syiling emas adalah pilihan pelaburan yang lebih sesuai dan mudah untuk dijual (liquidate) sebab lagi harga berpatutan dan mampu milik. Selalunya, berat syiling emas adalah di antara 2.5g hingga 25g emas tulen (ideal untuk pelabur baru).
Tahu tak ada syiling emas yang dinilai lebih tinggi sebab dicetak secara asing? Ini yang membuatkan kos syiling emas jadi lebih mahal â harga boleh cecah ratusan hingga ribuan ringgit\!
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Syiling Emas** | **Kekurangan Syiling Emas** |
| Ideal untuk pelabur baru | Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah) |
| Senang simpan | Kos perbuatan lebih tinggi (design unik) |
| Senang jual | Kena bayar kos simpanan |
| Bernilai lebih tinggi kalau limited | â |
### **Di mana saya boleh membeli jongkong dan syiling emas?**
Ada beberapa cara untuk membeli jongkong emas dan duit syiling emas. Antaranya, beberapa syarikat serta platform dan aplikasi emas dalam talian seperti berikut:
**A. [Public Gold](https://publicgold.com.my/index.php)** â Public Gold adalah syarikat perdagangan jongkong emas yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Pelanggan boleh membeli emas dengan sebut harga harian dalam Ringgit Malaysia untuk emas seberat 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.
**B. Maybank** menawarkan Syiling Kijang Emas yang menampilkan kijang di sebelah duit syiling dan bunga raya di sebelah yang lain. Ia mengikut harga antarabangsa dan **anda boleh menyemak harga emas Maybank** [di sini](https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/rates/gold_and_silver.page) (dikemas kini setiap hari ). Syiling Kijang Emas boleh dibeli secara individu atau dalam satu set 30 syiling di [cawangan Maybank](https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/wealth/KijangEmas-branch.pdf) terpilih.
**C. [HelloGold](https://www.hellogold.com/)** â HelloGold adalah aplikasi patuh Shariah untuk anda membeli, menyimpan, menjual dan menebus emas fizikal. Sekiranya anda membeli emas dari HelloGold, anda tidak perlu menyimpannya di bank. HelloGold akan menyimpan emas anda di peti besi mereka. Anda boleh e-mel [\[email protected\]](https://www.iproperty.com.my/cdn-cgi/l/email-protection) untuk mendapatkan senarai emas terkini daripada mereka.
**D.** Beberapa **platform pelaburan** seperti [Wahed](https://www.wahed.com/my/investing) menawarkan emas sebagai salah satu daripada portfolio pelaburan mereka.
Sama ada syarikat atau platform emas dalam talian, lakukan usaha wajar dan penyelidikan anda sebelum melabur. Anda boleh menyimpan jongkong emas dan syiling emas di dalam peti keselamatan anda di rumah (tidak disyorkan) atau di bank yang boleh mengenakan caj beratus-ratus ringgit bergantung kepada saiz emas. CIMB Bank mengenakan caj storan terendah pada RM250.
## **3\. Barang Kemas Emas**
Selain untuk tujuan pelaburan, ada yang lebih suka barang kemas emas sebab siap boleh dipakai. Kebanyakan harga barang kemas emas berada dalam ratusan hingga ribuan ringgit.
Namun, bukan semua barang kemas emas ni tulen (bercampur dengan bahan lain seperti perak). Jadi, anda perlu ketahui dulu berapa karat emas yang anda nak beli tu.
Satu perkara anda kena ingat berkaitan barang kemas emas adalah nilainya tak kekal. Lagi-lagi bila dah rosak atau calar (nilai jatuh) â harga jualannya akan lebih rendah dari harga beli. Melainkan, barang kemas emas tu seperti âPatek Philippie Super Complication Gold Pocket Watchâ yang dibuat pada tahun 1933 dan bernilai US\$11 juta\!
### **Di mana anda boleh beli dan simpan barang kemas emas?**
Senang je, anda boleh beli dei mana-mana kedai barang kemas yang berdekatan. Selalunya, ramai akan simpan kat rumah tapi ada yang letak dalam peti simpanan dekat bank.
| | |
|---|---|
| ****Kelebihan**** **Barang Kemas Emas** | **Kekurangan **Barang Kemas Emas**** |
| Boleh pakai sebagai aksesori | Nilai jual yang rendah |
| Senang nak beli | Berisiko tinggi untuk dicuri |
| â | Kos tinggi |
| â | Tak boleh jual ikut harga tinggi |
**BACA:** [Lebih baik selesaikan pinjaman perumahan atau simpan duit anda untuk pelaburan?](https://www.iproperty.com.my/guides/bayar-pinjaman-perumahan-atau-simpan-duit-untuk-pelaburan/)
### **Cara untuk mendapat untung dengan** **Ar Rahnu Yapeim**
Tahu tak yang anda boleh buat duit lebih dengan Ar Rahnu Yapeim? Selain boleh pajak emas di Ar-Rahnu untuk pinjaman, ada satu kaedah anda boleh gunakan untuk dapat keuntungan lebih. Cuma, anda mesti ingat yang strategi ini hanya berjaya kalau ia dibuat dalam tempoh pinjaman.
Bagi mereka yang tidak biasa, Ar Rahnu Yapeim adalah instrumen kredit mikro yang agak baru. Hanya emas dan barang kemas yang diperbuat daripada emas yang boleh digadaikan dan ia juga patuh syariah. Servisnya boleh digunakan oleh penduduk tempatan dan orang asing, Muslim dan bukan Muslim dan tempoh pinjaman antara 1-6 bulan. Peminjam mempunyai pilihan sama ada untuk membayar balik melalui bayaran sekaligus atau ansuran bulanan. Secara amnya, margin kewangan adalah dari minimum RM100 hingga 60-70% dari nilai emas itu.
Apa yang anda boleh lakukan:
**Langkah 1:** Gadai emas anda dengan Ar-Rahnu Yapeim selama 6 bulan.
**Langkah 2:** Beli jongkong emas atau syiling emas lain dengan pinjaman anda.
**Langkah 3:** Semasa tempoh pinjaman, tunggu peluang terbaik untuk menjual emas.
**Langkah 4:** Anda boleh menebus emas yang anda gadai. Anda akan memperolehi keuntungan dari lebihan wang anda\!

*© Kalkulator ar rahnu yapeim*
Anda boleh menggunakan kalkulator Ar-Rahnu Yapeim untuk membuat anggaran pembiayaan anda dengan 10 gram emas 22K atau 916.
- Nilai Marhun = nilai emas
- Nilai pinjaman = pembiayaan tersedia (80% )
**Sekiranya anda masih baru berjinak dalam pelaburan emas, kami tidak mengesyorkan cara ini**. Pelabur baharu yang tidak pasti tentang pelaburan mereka mungkin akan menangggung kerugian.
## **4\. Saham Perlombongan Emas**
Saham perlombongan emas ni lain sikit dari yang lain. Anda bukan membeli emas tapi melabur dengan syarikat yang buat perlombongan emas. Sebab tu, pulangan untuk jenis pelaburan emas ni bergantung pada prestasi syarikat â di situlah anda akan mendapat dividen.
Walaupun saham syarikat perlombongan emas mempunyai pendedahan tidak langsung kepada prestasi emas, ia tidak selalu menggambarkan pendapatan dan saham syarikat tersebut. Lain-lain faktor seperti lain-lain pasaran saham dan keadaan semasa syarikat juga akan mempengaruhi saham syarikat emas.
Beberapa syarikat perlombongan emas adalah [Borneo Oil Bhd](https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/listing_directory/company-profile?stock_code=7036) dan [Poh Kong Holdings Bhd](https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/listing_directory/company-profile?stock_code=5080). Untuk makluman anda, harga saham syarikat-syarikat ini memuncak semasa separuh kedua tahun 2020 tetapi telah menurun sejak itu. Poh Kong menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada Borneo Oil. Semasa artikel ini ditulis, harga saham Borneo Oil dan Poh Kong masing-masing adalah RM0.025 dan RM0.710.
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Saham Perlombongan Emas** | **Kekurangan Saham Perlombongan Emas** |
| Berkait secara tak langsung dengan prestasi emas | Tak menentu & berisiko berbanding yang lain |
| Tidak ada emas fizikal | Ikut prestasi syarikat |
| Pelaburan awam yang rendah (ikut harga saham) | â |
| Senang dijual untuk mendapat duit | â |
## **5\. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)**
Sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, jenis ni adalah ETF komoditi yang mengesan dan ikut harga emas. Gold ETF ni sesuai kalau anda baru nak mula atau nak kurangkan risiko pelaburan yang lain.
Sebagai contoh, katakan anda mempunyai beberapa portfolio pelaburan yang berisiko tinggi. Anda pun tengah usaha cari cara untuk kurangkan risiko kerugian dan melabur dalam gold ETF adalah satu opsyen yang baik.
Berikut adalah beberapa ETF emas untuk pelaburan anda:
- [TradePlus Shariah Gold Tracker](https://tradeplus.com.my/gold-tracker) (Malaysia)
- [SPDR Gold MiniShares Trust](https://www.spdrgoldshares.com/gldm/) (US)
- [abrdn Standard Physical Gold Shares](https://www.abrdn.com/en-us/us/investor/fund-details/aberdeen-standard-physical-gold-shares-etf/common-stock/us00326a1043) (US)
- [VanEck Merk Gold Trust](https://www.vaneck.com/us/en/investments/merk-gold-trust-etf-ounz/) (US)
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Saham Perlombongan Emas** | **Kekurangan Saham Perlombongan Emas** |
| Dapat tahu prestasi emas | Kena bayar yuran broker |
| Senang buat pelaburan | Tak sesuai untuk semua (kena ada akaun perdagangan) |
| Tidak ada risiko pencurian | Senang dipengaruhi oleh pasaran saham yang lain |
| Tidak ada kos simpanan | Tak menentu dan berisiko berbanding yang lain |
| Senang dijual untuk buat duit | |
## **6\. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)**

©strelok /123RF
Untuk jenis ni, anda perlu buka akaun pelaburan emas di bank. Ada beberapa pelabur suka cara ni sebab boleh beli 99.9% emas tulen secara digital.
Terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini, seperti yang disenaraikan di bawah.
### **A. Maybank: [Akaun Pelaburan Emas Maybank](https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/wealth/gold_silver/maybank_gold_investment_account.page)**
Semak harga emas Maybank [di sini](https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/rates/gold_and_silver.page).
### **B. Public Bank: [Akaun Pelaburan Emas / eEmas](https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Invest/Gold-eGold-Investment-Account/Gold-eGold-Investment-Account.aspx)**
Semak harga emas Public Bank [di sini](https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Rates-Charges/Gold-Investment-Account/Gold-Investment-Account.aspx).
### **C. Kuwait Finance House: [Akaun Emas-i KFH](https://www.kfh.com.my/malaysia/corporate-banking/investment/gold-account-i.html)**
### **D. CIMB Bank: [Akaun Pelaburan e-Emas](https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/investments/e-gold-investment-account-egia.html)**
### **E. UOB: [Akaun Pelaburan Emas](https://www.uob.com.my/corporate/gmim/gmim-pga.page)**
Terdapat dua akaun berbeza â [Akaun Emas Premier](https://www.uob.com.my/assets/pdf/tnc/disclosure-biz/PDS-PGA-ENG.pdf) (transaksi minimum 1kg emas ) dan [Akaun Simpanan Emas](https://www.uob.com.my/assets/pdf/tnc/disclosure-biz/PDS-GSA-ENG.pdf) (transaksi minimum 5 gram emas ). Semak harga emas UOB di sini.
### **F. HSBC: [Akaun Emas HSBC](https://www.hsbc.com.my/accounts/products/gold/)**
Satu lagi kelebihan ialah ada bank yang hanya memerlukan deposit minimum serendah 1 gram atau RM250. Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan pelaburan anda secara tunai, emas fizikal atau mengkreditkannya ke dalam akaun semasa / simpanan anda yang ditentukan. Hebat kan?
Pelaburan emas jenis ini **tidak mempunyai faedah atau dividen dan tidak diinsuranskan oleh Perbadan Insurans Deposit Malaysia ( PIDM )**. Ada juga bank yang akan mengenakan yuran penukaran dan yuran servis sekiranya emas anda di bawah baki minimum yang ditetapkan.
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Akaun Pelaburan Emas** | **Kekurangan Akaun Pelaburan Emas** |
| 99\.9% emas tulen | Tidak ada faedah atau dividen |
| Senang buat pelaburan | Tidak diinsuranskan oleh PIDM |
| Tidak ada risiko untuk dicuri | Kena bayar upah penukaran |
| Tidak ada simpanan | Kena bayar upah perkhidmatan kalau bawah baki minimum |
| Senang dijual mendapat duit | |
## **Berapakah harga emas di Malaysia?**
Sepanjang 6 bulan yang lepas, [harga emas berada antara RM220 hingga RM255](https://goldprice.org/gold-price-malaysia.html). Walaupun agak tidak menentu, harga emas pada bulan Ogos / September Dalam tempoh 6 bulan lalu, harga emas berada di antara RM243 sehingga RM274. Harga emas agak tidak stabil dan menunjukkan trend menurun secara keseluruhannya. Anda boleh merujuk kepada trend harga oleh Goldprice di bawah:

© [Goldprice.org](https://goldprice.org/spot-gold.html)
## **Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas semasa?**
### **A. Ketidaktentuan ekonomi dan sentimen pasaran**
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, emas dianggap sebagai pelaburan yang selamat. Apabila ada krisis ekonomi, harga emas Malaysia selalunya naik. Ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin menghadkan pendedahan mereka kepada kerugian sekiranya berlaku kegawatan ekonomi.
Sebagai contoh, waktu PKP dijalankan pada Mac 2020, aktiviti pelaburan emas meningkat. Perkara ni memang tak mengejutkan sebab pada masa tu, ekonomi negara memang lemah.
Walaupun Malaysia telah keluar daripada pandemik COVID-19 dan ekonomi negara telah dibuka sepenuhnya, terdapat banyak lagi ketidakpastian. Dengan kenaikan harga makanan, bahan bakar dan lain-lain produk pengguna, Malaysia telah mengalami peningkatan kadar inflasi.
### **B. Matawang Dolar US**
Harga emas dengan matawang dolar US ada hubungan yang berlawanan. Selalunya, harga emas akan naik bila nilai dolar US lemah dan sebaliknya. Sebagai contoh, harga emas jatuh 5% apabila Donald Trump menang pilihanraya pada tahun 2016 tapi⊠nilai dolar US naik\!
### **C.** **Penawaran dan permintaan (Supply & demand)**
Menurut World Gold Council (WGC), sekurang-kurangnya 75% permintaan emas dunia datang dari aktiviti perlombongan. Baki 25% pulak datang dari emas yang dah dikitar semula dari barang kemas dan alat teknologi.
Maka, apabila penawaran lebih banyak dari permintaan, harga emas akan jadi rendah dan sebaliknya. Bekalan emas semasa tidak akan cukup untuk memenuhi permintaan pembeli.
**KETAHUI:** [Hartanah vs saham: Pelaburan manakah yang lebih baik di Malaysia?](https://www.iproperty.com.my/guides/hartanah-atau-saham-pelaburan-malaysia/)
## **Apa kebaikan dan kekurangan pelaburan emas?**
| | |
|---|---|
| **Kelebihan Pelaburan Emas** | **Kekurangan Pelaburan Emas** |
| Kenaikan nilai dari masa ke masa | Nilai perindustrian/komersial yang sikit |
| Boleh lawan inflasi & lindungi dari krisis | Nilai utiliti yang sikit |
| Permintaan meningkat dari masa ke masa | Satu jenis komoditi |
| Sifat emas yang unik | Takde hasilkan dividen/pendapatan |
| Risiko yang rendah | Prestasi jangka panjang yang rendah |
***BACAAN POPULAR:***
đ *[Membeli hartanah di kejiranan berhampiran sekolah antarabangsa dan swasta di Lembah Klang](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/membeli-hartanah-di-kejiranan-berhampiran-sekolah-antarabangsa-dan-swasta-di-lembah-klang-77086)*
đ° *Yuran penyelenggaraan dan sinking fund: [Panduan untuk permilik hartanah strata](https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/yuran-penyelenggaraan-sinking-fund-hartanah-strata-malaysia-56791)*
## **Apa yang perlu pelabur emas kali pertama tanya diri sendiri?**
### **1\. Keadaan pasaran emas semasa**
- Berapa harga emas semasa?
- Keadaan harga emas dan pasaran di masa akan datang?
- Kalau harga emas Malaysia tengah tinggi, patutkah anda tunggu dulu sebelum beli?
### **2\. Sebab anda nak memulakan pelaburan emas**
- Kenapa anda nak beli emas sebagai pelaburan?
- Adakah anda nak mempelbagaikan portfolio pelaburan?
- Kalau ini kali pertama anda buat pelaburan, patut/sesuai ke mulakan dengan emas?
### **3\. Apa pilihan anda untuk buat pelaburan emas:**
- Anda nak pilih jenis pelaburan emas yang mana?
- Dah pertimbangkan semua pilihan ke untuk pelaburan emas?
- Apa cara terbaik untuk anda buat pelaburan emas?
- Adakah anda sedia dari segi kewangan untuk kekalkan pelaburan emas?
- Anda buat pelaburan emas untuk jangka masa pendek ke panjang?
- Kalau anda beli emas fizikal, di mana nak simpan?
- Sanggup bayar lebih ke untuk pilihan anda (kos simpanan, broker & servis)?
## **Adakah sekarang masa yang sesuai untuk melabur dalam emas?**
Ekonomi global sedang perlahan-lahan pulih dari pandemik dan masih banyak ketidakpastian. Salah satu punca utama kenaikan harga makanan dan minyak ialah gangguan bekalan yang disebabkan oleh perang Russia-Ukraine. Pada bulan Ogos 2022, Menteri Kewangan Malaysia telah memberi amaran mengenai kemelesetan ekonomi global yang akan mempengaruhi pertumbuhan Malaysia pada tahun 2023.
Sekiranya anda mempunyai dana dan inginkan pelaburan jangka panjang, kini mungkin masa yang sesuai untuk melabur dalam emas, kerana harga emas yang lebih rendah dan spekulasi kenaikan harga pada tahun 2023.
Namun, jika anda memutuskan untuk melabur sekarang, pastikan anda telah membuat penyelidikan yang mencukupi. Tanyakan diri sendiri, âAdakah saya sedia untuk melabur dalam emas?â, âPelabur jenis apa anda?â Dan yang paling penting, âAdakah anda seorang yang berani mengambil risiko?â. Sekiranya semua jawapan anda adalah ya, kami ucapkan selamat melabur\!
**\*Artikel ini telah diolah semula daripada [Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan NI Terlebih Dulu\!](https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/panduan-pelaburan-emas)** **yang ditulis oleh Faiz Rahim dan pertama kali diterbitkan di [Loanstreet.com.my.](https://loanstreet.com.my/learning-centre)**
***Penafian:** Maklumat disediakan adalah maklumat umum sahaja. iProperty.com Malaysia Sdn Bhd tidak mempunyai tanggungjawab perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana dibenarkan undang-undang. Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis, maklumat disediakan di dalam artikel tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat tersebut tidak menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.* |
| Shard | 136 (laksa) |
| Root Hash | 8216665728745724336 |
| Unparsed URL | my,com,iproperty!www,/bm/panduan-hartanah/pelaburan-emas-harga-emas-terkini-malaysia-65885 s443 |