šŸ•·ļø Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 49 (from laksa000)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ā„¹ļø Skipped - page is already crawled

šŸ“„
INDEXABLE
āœ…
CRAWLED
1 month ago
🚫
ROBOTS BLOCKED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH1.6 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html
Last Crawled2026-03-03 14:44:04 (1 month ago)
First Indexed2021-08-15 15:57:11 (4 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleFaedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)
Meta DescriptionFaedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan. Contoh karangan Kebaikan dan manfaat sertai program sukarelawan dan buat kerja amal.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
contoh karangan kebaikan menyertai sukarelawan kerja amal Para pelajar sebenarnya mempunyai kelebihan sekiranya tajuk soalan atau tema bagi karangan penulisan yang dipilih berkait dengan hidup anda sebagai seorang pelajar. Hal ini kerana pelbagai idea atau isi-isi penting dapat disenaraikan dan seterusnya dihuraikan dengan contoh-contoh terbaik. Oleh itu, memilih tajuk atau tema yang mudah memberi kelebihan kepada pelajar untuk menulis karangan yang cemerlang. Berikut dikongsikan contoh karangan Kebaikan Kerja Amal/ Sukarela (Faedah) untuk rujukan semua. Kerja amal atau sukarelawan adalah satu aktiviti yang melibatkan masyarakat dalam membantu mereka yang memerlukan. Pelajar boleh memberikan contoh seperti aktiviti bergotong-royong atau menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir misalnya. Tambahan pula, anda pasti dapat menghuraikan nilai-nilai yang diperoleh apabila menyertai aktiviti-aktiviti sukarela ataupun kerja amal. Isi-isi penting Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat Membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu Memupuk perpaduan antara masyarakat Melahirkan individu yang bersikap empati Contoh Karangan Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan) Pendahuluan ā€œKecil tapak tangan, nyiru ditadahkanā€. Peribahasa Melayu ini bermaksud orang yang mengharapkan bantuan pasti akan berasa gembira jika ada insan yang ikhlas membantunya. Ungkapan tersebut sejajar dengan kerja amal atau kesukarelawan yang lazimnya dianjurkan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Contohnya apabila musim banjir melanda bahagian pantai timur negara ini, ramai individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan menjalankan aktiviti sukarelawan bagi menyampaikan bantuan. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita bertuah kerana ramai di antara kita yang suka rela untuk menyertai kerja-kerja amal apabila berkesempatan khususnya golongan belia. Hal ini kerana pelbagai kebaikan dan faedah yang mampu mereka peroleh sekiranya menyertai aktiviti ini. Wajar untuk kita bincang dan huraikan apakah kebaikan yang diperoleh sesorang sekiranya menyertai atau menjalankan aktiviti kesukarelawan. Isi 1 Antara kebaikan utama menyertai kerja amal adalah ia dapat memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat kepada mereka yang lebih bernasib baik. Misalnya, kejadian banjir yang melanda kawasan perkampungan banyak memusnahkan atau merosakkan kebajikan penduduk kampung seperti perkakas rumah dan pakaian. Oleh itu, sukarelawan yang datang membantu dapat menyumbang kepada kebajikan penduduk terjejas agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. Secara tidak langsung, situasi ini akan membuka mata pelbagai pihak khususnya peserta aktiviti dalam memahami keadaan yang sukar terhadap mangsa. Ia juga dapat mengelakkan masyarakat daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelasnya, faedah kerja amal atau aktiviti sukarelawan dapat membantu meluaskan kesedaran terhadap kesusahan atau masalah yang dialami oleh sebahagian masyarakat. Isi 2 Manfaat lain aktiviti sukarelawan adalah membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik. Apabila kita menyertai aktiviti sukarelawan, pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh. Seseorang individu akan didedahkan kepada cara untuk berkomunikasi dengan lebih empati, menguruskan logistik dan sebagainya. Mereka akan terlibat dengan organisasi yang mempunyai ketua untuk menurut arahan, golongan penerima yang akan mendapat bantuan dan rakan sukarelawan yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Persis kata mutiara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dengan menyelami kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh penerima bantuan, ia akan membentuk kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Tegasnya, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan ini dapat membentuk ketrampilan diri yang baik. Isi 3 Selain itu, kerja amal dan sukarelawan dapat membantu kita untuk mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sejak kebelakangan ini, banyak laporan di dada akhbar dan televisyen yang memaparkan ahli masyarakat yang terjebak dengan gejala negatif seperti dadah dan gangsterisme. Perkara ini seharusnya dibendung agar masyarakat yang bermutu dan negara yang maju dapat dicapai. Oleh itu, dengan menganjurkan aktiviti sukarelawan atau kerja amal dan memastikan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian mampu memenuhkan masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita perlu menggalakkan generasi muda pada hari ini untuk menyertai aktiviti sukarelawan atau kerja amal agar sikap tanggungjawab dan merendah diri dapat dipupuk. Izharnya golongan muda perlu lebih aktif dalam aktiviti sukarelawan untuk membendung gejala negatif berkembang dalam masyarakat. Isi 4 Akhir sekali, kebaikan melaksanakan kerja amal adalah mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu. Setelah kita melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan seperti menjalankan gotong-royong untuk mangsa banjir, kita pasti akan disayangi dan dihargai oleh mangsa yang terjejas. Bantuan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali pasti akan melahirkan hubungan persaudaraan yang lebih baik. Semangat bermasyarakat dan bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat akan terjalin. Situasi ini penting agar mereka yang tidak bernasib baik dapat manfaat untuk meneruskan hidup manakala yang membantu dapat mengambil iktibar. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang bersikap sepertiĀ anak di pangkuan kelaparan, kera di hutan disusukan. Tuntasnya, masyarakat yang menyertai kerja amal adalah masyarakat yang cakna dan harmoni. Penutup Kesimpulannya, banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya kita melibatkan diri atau menganjurkan kerja-kerja amal untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Setiap di antara kita seharusnya mencari peluang untuk menyertai aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya sekali untuk merasai pengalaman dan tidak buta hati. Golongan berkuasa dan barisan pemimpin masyarakat sepatutnya menghabiskan lebih masa dalam aktiviti seperti ini agar masyarakat yang lebih baik dapat dilahirkan. Ahli falsafah tersohor, Samuel Johnson pernah mengungĀ­kapkan ā€œMasa depan dibeli oleh masa sekarangā€. Ungkapan tersebut jelas mengatakan bahawa jika kita ingin mendapatkan manfaat kerja amal atau sukarela, kita perlu bertindak sekarang agar masa hadapan kita dan generasi akan datang terjamin. Seterusnya dapat menjadi contoh atau model kepada masyarakat antarabangsa dalam menjadi prihatin serta penyayang antara satu sama lain. Related : rakyat malaysia, orang orang, menjadi sukarelawan, untuk mendapatkan, terlibat dengan aktiviti, untuk membuat, anggota masyarakat, salah satu, ditimpa musibah,
Markdown
[Menu](https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html) [![Ipendidikan](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/mylogo-ipendidikan.png)![Ipendidikan](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/mylogo-ipendidikan.png)![Ipendidikan](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns=%22http://www.w3.org/2000/svg%22%20viewBox=%220%200%20254%2061%22%3E%3C/svg%3E)](https://www.ipendidikan.my/ "Ipendidikan") - [Result](https://www.ipendidikan.my/category/keputusan-peperiksaan) - [BPKP](https://www.ipendidikan.my/category/upu) - [Contoh Karangan](https://www.ipendidikan.my/contoh-karangan-bahasa-melayu-spm.html) ##### [Karangan](https://www.ipendidikan.my/category/karangan) # Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan Share [Facebook](http://www.facebook.com/sharer.php?u=https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html)[Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan&url=https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html)[LinkedIn](http://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html&title=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan)[Pinterest](http://pinterest.com/pin/create/button/?url=https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html&description=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan&media=https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/contoh-karangan-kebaikan-menyertai-sukarelawan-kerja-amal.png)[WhatsApp](<whatsapp://send?text=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan - https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html>)[Telegram](<tg://msg?text=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan - https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html>) ![contoh karangan kebaikan menyertai sukarelawan kerja amal](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/contoh-karangan-kebaikan-menyertai-sukarelawan-kerja-amal.png) ![contoh karangan kebaikan menyertai sukarelawan kerja amal](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/contoh-karangan-kebaikan-menyertai-sukarelawan-kerja-amal.png) contoh karangan kebaikan menyertai sukarelawan kerja amal [Ipendidikan](https://www.ipendidikan.my/) Ā» [Karangan](https://www.ipendidikan.my/category/karangan) Ā» Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan Para pelajar sebenarnya mempunyai kelebihan sekiranya tajuk [soalan atau tema](https://www.ipendidikan.my/novel-hempasan-ombak.html) bagi karangan penulisan yang dipilih [berkait dengan hidup](https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-usia-ramaja.html) anda sebagai seorang pelajar. Hal ini kerana pelbagai idea atau isi-isi penting dapat disenaraikan dan seterusnya dihuraikan dengan contoh-contoh terbaik. Oleh itu, memilih tajuk atau tema yang mudah memberi kelebihan kepada [pelajar](https://www.ipendidikan.my/peranan-pengawas-sekolah.html) untuk menulis karangan yang cemerlang. Berikut dikongsikan contoh karangan Kebaikan Kerja Amal/ Sukarela (Faedah) untuk rujukan semua. Kerja amal atau sukarelawan adalah satu aktiviti yang melibatkan masyarakat dalam membantu mereka yang memerlukan. Pelajar boleh memberikan contoh seperti aktiviti [bergotong-royong](https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.html) atau menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir misalnya. Tambahan pula, anda pasti dapat menghuraikan nilai-nilai yang diperoleh apabila menyertai aktiviti-aktiviti sukarela ataupun kerja amal. ![peta minda faedah kerja amal kebaikan menyertai aktiviti sukarelawan Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/peta-minda-faedah-kerja-amal-kebaikan-menyertai-aktiviti-sukarelawan.png)![peta minda faedah kerja amal kebaikan menyertai aktiviti sukarelawan Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/peta-minda-faedah-kerja-amal-kebaikan-menyertai-aktiviti-sukarelawan.png) Isi Kandungan - [Kebaikan Kerja Amal/ Sukarela (Faedah)](https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html#Kebaikan_Kerja_Amal_Sukarela_Faedah) - [Contoh Karangan Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)](https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html#Contoh_Karangan_Faedah_Menyertai_Kerja_Amal_Dan_Sukarelawan_Kebaikan) ## **Kebaikan Kerja Amal/ Sukarela (Faedah)** **Isi-isi penting** 1. Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat 2. Membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik 3. Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah 4. Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu 5. Memupuk perpaduan antara masyarakat 6. Melahirkan individu yang bersikap empati ### **Contoh Karangan Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)** #### **Pendahuluan** ā€œKecil tapak tangan, nyiru ditadahkanā€. Peribahasa Melayu ini bermaksud orang yang mengharapkan bantuan pasti akan berasa gembira jika ada insan yang ikhlas membantunya. Ungkapan tersebut sejajar dengan kerja amal atau kesukarelawan yang lazimnya dianjurkan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Contohnya apabila musim banjir melanda bahagian pantai timur negara ini, ramai individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan menjalankan aktiviti sukarelawan bagi menyampaikan bantuan. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita bertuah kerana ramai di antara kita yang suka rela untuk menyertai kerja-kerja amal apabila berkesempatan khususnya golongan belia. Hal ini kerana pelbagai kebaikan dan faedah yang mampu mereka peroleh sekiranya menyertai aktiviti ini. Wajar untuk kita bincang dan huraikan apakah kebaikan yang diperoleh sesorang sekiranya menyertai atau menjalankan aktiviti kesukarelawan. #### **Isi 1** Antara kebaikan utama menyertai kerja amal adalah ia dapat memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat kepada mereka yang lebih bernasib baik. Misalnya, kejadian banjir yang melanda kawasan perkampungan banyak memusnahkan atau merosakkan kebajikan penduduk kampung seperti perkakas rumah dan pakaian. Oleh itu, sukarelawan yang datang membantu dapat menyumbang kepada kebajikan penduduk terjejas agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. Secara tidak langsung, situasi ini akan membuka mata pelbagai pihak khususnya peserta aktiviti dalam memahami keadaan yang sukar terhadap mangsa. Ia juga dapat mengelakkan masyarakat daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelasnya, faedah kerja amal atau aktiviti sukarelawan dapat membantu meluaskan kesedaran terhadap kesusahan atau masalah yang dialami oleh sebahagian masyarakat. #### **Isi 2** Manfaat lain aktiviti sukarelawan adalah membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik. Apabila kita menyertai aktiviti sukarelawan, pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh. Seseorang individu akan didedahkan kepada cara untuk berkomunikasi dengan lebih empati, menguruskan logistik dan sebagainya. Mereka akan terlibat dengan organisasi yang mempunyai ketua untuk menurut arahan, golongan penerima yang akan mendapat bantuan dan rakan sukarelawan yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Persis kata mutiara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dengan menyelami kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh penerima bantuan, ia akan membentuk kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Tegasnya, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan ini dapat membentuk ketrampilan diri yang baik. #### **Isi 3** Selain itu, kerja amal dan sukarelawan dapat membantu kita untuk mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sejak kebelakangan ini, banyak laporan di dada akhbar dan televisyen yang memaparkan ahli masyarakat yang terjebak dengan gejala negatif seperti dadah dan gangsterisme. Perkara ini seharusnya dibendung agar masyarakat yang bermutu dan negara yang maju dapat dicapai. Oleh itu, dengan menganjurkan aktiviti sukarelawan atau kerja amal dan memastikan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian mampu memenuhkan masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita perlu menggalakkan generasi muda pada hari ini untuk menyertai aktiviti sukarelawan atau kerja amal agar sikap tanggungjawab dan merendah diri dapat dipupuk. Izharnya golongan muda perlu lebih aktif dalam aktiviti sukarelawan untuk membendung gejala negatif berkembang dalam masyarakat. #### **Isi 4** Akhir sekali, kebaikan melaksanakan kerja amal adalah mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu. Setelah kita melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan seperti menjalankan gotong-royong untuk mangsa banjir, kita pasti akan disayangi dan dihargai oleh mangsa yang terjejas. Bantuan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali pasti akan melahirkan hubungan persaudaraan yang lebih baik. Semangat bermasyarakat dan bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat akan terjalin. Situasi ini penting agar mereka yang tidak bernasib baik dapat manfaat untuk meneruskan hidup manakala yang membantu dapat mengambil iktibar. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang bersikap seperti anak di pangkuan kelaparan, kera di hutan disusukan. Tuntasnya, masyarakat yang menyertai kerja amal adalah masyarakat yang cakna dan harmoni. #### **Penutup** Kesimpulannya, banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya kita melibatkan diri atau menganjurkan kerja-kerja amal untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Setiap di antara kita seharusnya mencari peluang untuk menyertai aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya sekali untuk merasai pengalaman dan tidak buta hati. Golongan berkuasa dan barisan pemimpin masyarakat sepatutnya menghabiskan lebih masa dalam aktiviti seperti ini agar masyarakat yang lebih baik dapat dilahirkan. Ahli falsafah tersohor, Samuel Johnson pernah mengungĀ­kapkan ā€œMasa depan dibeli oleh masa sekarangā€. Ungkapan tersebut jelas mengatakan bahawa jika kita ingin mendapatkan manfaat kerja amal atau sukarela, kita perlu bertindak sekarang agar masa hadapan kita dan generasi akan datang terjamin. Seterusnya dapat menjadi contoh atau model kepada masyarakat antarabangsa dalam menjadi prihatin serta penyayang antara satu sama lain. Related : rakyat malaysia, orang orang, menjadi sukarelawan, untuk mendapatkan, terlibat dengan aktiviti, untuk membuat, anggota masyarakat, salah satu, ditimpa musibah, Share [Facebook](http://www.facebook.com/sharer.php?u=https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html)[Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan&url=https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html)[LinkedIn](http://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html&title=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan)[Pinterest](http://pinterest.com/pin/create/button/?url=https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html&description=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan&media=https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/contoh-karangan-kebaikan-menyertai-sukarelawan-kerja-amal.png)[WhatsApp](<whatsapp://send?text=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan - https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html>)[Telegram](<tg://msg?text=Faedah+Menyertai+Kerja+Amal+Dan+Sukarelawan - https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html>) ### INFORMASI BERKAITAN [![contoh karangan kepentingan perlembagaan malaysia](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2020/07/contoh-karangan-kepentingan-perlembagaan-malaysia-390x220.png)![contoh karangan kepentingan perlembagaan malaysia](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2020/07/contoh-karangan-kepentingan-perlembagaan-malaysia-390x220.png)](https://www.ipendidikan.my/kepentingan-perlembagaan-malaysia.html "Apakah Kepentingan Perlembagaan Malaysia") ### [Apakah Kepentingan Perlembagaan Malaysia](https://www.ipendidikan.my/kepentingan-perlembagaan-malaysia.html "Apakah Kepentingan Perlembagaan Malaysia") [![karangan faedah menggunakan laman sosial](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/karangan-faedah-menggunakan-laman-sosial-390x220.png)![karangan faedah menggunakan laman sosial](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/karangan-faedah-menggunakan-laman-sosial-390x220.png)](https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-sosial.html "Kebaikan Dan Faedah Menggunakan Laman Sosial") ### [Kebaikan Dan Faedah Menggunakan Laman Sosial](https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-sosial.html "Kebaikan Dan Faedah Menggunakan Laman Sosial") [![contoh karangan ciri ciri pelajar cemerlang](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/contoh-karangan-ciri-ciri-pelajar-cemerlang-390x220.png)![contoh karangan ciri ciri pelajar cemerlang](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/contoh-karangan-ciri-ciri-pelajar-cemerlang-390x220.png)](https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pelajar-cemerlang.html "Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Contoh Karangan)") ### [Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Contoh Karangan)](https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pelajar-cemerlang.html "Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Contoh Karangan)") [![contoh karangan kelebihan pendidikan maya](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/06/contoh-karangan-kelebihan-pendidikan-maya-390x220.png)![contoh karangan kelebihan pendidikan maya](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/06/contoh-karangan-kelebihan-pendidikan-maya-390x220.png)](https://www.ipendidikan.my/pendidikan-maya.html "Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian)") ### [Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian)](https://www.ipendidikan.my/pendidikan-maya.html "Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian)") [![contoh karangan punca remaja terjebak dengan dadah](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2020/11/contoh-karangan-punca-remaja-terjebak-dengan-dadah-390x220.png)![contoh karangan punca remaja terjebak dengan dadah](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2020/11/contoh-karangan-punca-remaja-terjebak-dengan-dadah-390x220.png)](https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html "Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah (Contoh Karangan)") ### [Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah (Contoh Karangan)](https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html "Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah (Contoh Karangan)") [![karangan membendung jenayah negara](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/karangan-membendung-jenayah-negara-390x220.png)![karangan membendung jenayah negara](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/karangan-membendung-jenayah-negara-390x220.png)](https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-membendung-jenayah-negara.html "Tanggungjawab Masyarakat Dalam Membanteras Jenayah Negara") ### [Tanggungjawab Masyarakat Dalam Membanteras Jenayah Negara](https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-membendung-jenayah-negara.html "Tanggungjawab Masyarakat Dalam Membanteras Jenayah Negara") #### Terkini - [![cara daftar murid tahun 1](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/cara-daftar-murid-tahun-1-220x150.png)![cara daftar murid tahun 1](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/cara-daftar-murid-tahun-1-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/daftar-murid-tahun-1-online.html "Cara Daftar Kemasukan Murid Ke Tahun 1 2027 Online (Darjah Satu)") ### [Cara Daftar Kemasukan Murid Ke Tahun 1 2027 Online (Darjah Satu)](https://www.ipendidikan.my/daftar-murid-tahun-1-online.html "Cara Daftar Kemasukan Murid Ke Tahun 1 2027 Online (Darjah Satu)") - [![permohonan asrama felda asbf semai bakti](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2020/10/permohonan-asrama-felda-asbf-semai-bakti-220x150.png)![permohonan asrama felda asbf semai bakti](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2020/10/permohonan-asrama-felda-asbf-semai-bakti-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/permohonan-asrama-semai-bakti-felda.html "Permohonan Asrama Semai Bakti Felda 2026 Online (ASBFELDA)") ### [Permohonan Asrama Semai Bakti Felda 2026 Online (ASBFELDA)](https://www.ipendidikan.my/permohonan-asrama-semai-bakti-felda.html "Permohonan Asrama Semai Bakti Felda 2026 Online (ASBFELDA)") - [![jadual peperiksaan spm](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/jadual-peperiksaan-spm-220x150.png)![jadual peperiksaan spm](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/jadual-peperiksaan-spm-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/jadual-waktu-peperiksaan-spm.html "Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 (Ujian Bertulis)") ### [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 (Ujian Bertulis)](https://www.ipendidikan.my/jadual-waktu-peperiksaan-spm.html "Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 (Ujian Bertulis)") #### Info Berkaitan - [![contoh karangan cara memanfaatkan usia remaja](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/09/contoh-karangan-cara-memanfaatkan-usia-remaja-220x150.png)![contoh karangan cara memanfaatkan usia remaja](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/09/contoh-karangan-cara-memanfaatkan-usia-remaja-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-usia-ramaja.html "Cara-Cara Memanfaatkan Usia Remaja") ### [Cara-Cara Memanfaatkan Usia Remaja](https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-usia-ramaja.html "Cara-Cara Memanfaatkan Usia Remaja") - [![Langkah-Langkah Menguruskan Sisa Elektronik](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2024/11/Contoh-Karangan-Langkah-Langkah-Menguruskan-Sisa-Elektronik-220x150.png)![Langkah-Langkah Menguruskan Sisa Elektronik](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2024/11/Contoh-Karangan-Langkah-Langkah-Menguruskan-Sisa-Elektronik-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/langkah-menguruskan-sisa-elektronik.html "Langkah-Langkah Menguruskan Sisa Elektronik") ### [Langkah-Langkah Menguruskan Sisa Elektronik](https://www.ipendidikan.my/langkah-menguruskan-sisa-elektronik.html "Langkah-Langkah Menguruskan Sisa Elektronik") - [![Contoh-Karangan-Punca-Punca-Berlakunya-Penderaan-Kanak-Kanak](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2023/12/Contoh-Karangan-Punca-Punca-Berlakunya-Penderaan-Kanak-Kanak-220x150.png)![Contoh-Karangan-Punca-Punca-Berlakunya-Penderaan-Kanak-Kanak](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2023/12/Contoh-Karangan-Punca-Punca-Berlakunya-Penderaan-Kanak-Kanak-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/penderaan-kanak-kanak.html "Punca-Punca Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak") ### [Punca-Punca Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak](https://www.ipendidikan.my/penderaan-kanak-kanak.html "Punca-Punca Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak") #### Trending - [![cerpen munsyi sinopsis tema persoalan nilai pengajaran](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/02/cerpen-munsyi-sinopsis-tema-persoalan-nilai-pengajaran-220x150.png)![cerpen munsyi sinopsis tema persoalan nilai pengajaran](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/02/cerpen-munsyi-sinopsis-tema-persoalan-nilai-pengajaran-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/cerpen-munsyi.html "Cerpen Munsyi : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran") ### [Cerpen Munsyi : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran](https://www.ipendidikan.my/cerpen-munsyi.html "Cerpen Munsyi : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran") - [![sajak gelanggang tema persoalan nilai pengajaran](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/sajak-gelanggang-tema-persoalan-nilai-pengajaran-220x150.png)![sajak gelanggang tema persoalan nilai pengajaran](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/sajak-gelanggang-tema-persoalan-nilai-pengajaran-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/sajak-gelanggang.html "Sajak Gelanggang : Tema, Persoalan, Bentuk, Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran") ### [Sajak Gelanggang : Tema, Persoalan, Bentuk, Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran](https://www.ipendidikan.my/sajak-gelanggang.html "Sajak Gelanggang : Tema, Persoalan, Bentuk, Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran") - [![nota biologi tingkatan 5 4 bahasa melayu](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/02/nota-biologi-tingkatan-5-4-bahasa-melayu-220x150.png)![nota biologi tingkatan 5 4 bahasa melayu](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/02/nota-biologi-tingkatan-5-4-bahasa-melayu-220x150.png)](https://www.ipendidikan.my/nota-biologi-spm.html "Nota Biologi SPM Tingkatan 5 & 4 (Download)") ### [Nota Biologi SPM Tingkatan 5 & 4 (Download)](https://www.ipendidikan.my/nota-biologi-spm.html "Nota Biologi SPM Tingkatan 5 & 4 (Download)") Ipendidikan.MY Copyright 2026 \| Hakcipta Terpelihara. [Close](https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html)
Readable Markdown
![contoh karangan kebaikan menyertai sukarelawan kerja amal](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/contoh-karangan-kebaikan-menyertai-sukarelawan-kerja-amal.png) contoh karangan kebaikan menyertai sukarelawan kerja amal Para pelajar sebenarnya mempunyai kelebihan sekiranya tajuk [soalan atau tema](https://www.ipendidikan.my/novel-hempasan-ombak.html) bagi karangan penulisan yang dipilih [berkait dengan hidup](https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-usia-ramaja.html) anda sebagai seorang pelajar. Hal ini kerana pelbagai idea atau isi-isi penting dapat disenaraikan dan seterusnya dihuraikan dengan contoh-contoh terbaik. Oleh itu, memilih tajuk atau tema yang mudah memberi kelebihan kepada [pelajar](https://www.ipendidikan.my/peranan-pengawas-sekolah.html) untuk menulis karangan yang cemerlang. Berikut dikongsikan contoh karangan Kebaikan Kerja Amal/ Sukarela (Faedah) untuk rujukan semua. Kerja amal atau sukarelawan adalah satu aktiviti yang melibatkan masyarakat dalam membantu mereka yang memerlukan. Pelajar boleh memberikan contoh seperti aktiviti [bergotong-royong](https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.html) atau menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir misalnya. Tambahan pula, anda pasti dapat menghuraikan nilai-nilai yang diperoleh apabila menyertai aktiviti-aktiviti sukarela ataupun kerja amal. ![peta minda faedah kerja amal kebaikan menyertai aktiviti sukarelawan Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan](https://www.ipendidikan.my/wp-content/uploads/2021/08/peta-minda-faedah-kerja-amal-kebaikan-menyertai-aktiviti-sukarelawan.png) **Isi-isi penting** 1. Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat 2. Membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik 3. Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah 4. Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu 5. Memupuk perpaduan antara masyarakat 6. Melahirkan individu yang bersikap empati ### **Contoh Karangan Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)** #### **Pendahuluan** ā€œKecil tapak tangan, nyiru ditadahkanā€. Peribahasa Melayu ini bermaksud orang yang mengharapkan bantuan pasti akan berasa gembira jika ada insan yang ikhlas membantunya. Ungkapan tersebut sejajar dengan kerja amal atau kesukarelawan yang lazimnya dianjurkan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Contohnya apabila musim banjir melanda bahagian pantai timur negara ini, ramai individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan menjalankan aktiviti sukarelawan bagi menyampaikan bantuan. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita bertuah kerana ramai di antara kita yang suka rela untuk menyertai kerja-kerja amal apabila berkesempatan khususnya golongan belia. Hal ini kerana pelbagai kebaikan dan faedah yang mampu mereka peroleh sekiranya menyertai aktiviti ini. Wajar untuk kita bincang dan huraikan apakah kebaikan yang diperoleh sesorang sekiranya menyertai atau menjalankan aktiviti kesukarelawan. #### **Isi 1** Antara kebaikan utama menyertai kerja amal adalah ia dapat memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat kepada mereka yang lebih bernasib baik. Misalnya, kejadian banjir yang melanda kawasan perkampungan banyak memusnahkan atau merosakkan kebajikan penduduk kampung seperti perkakas rumah dan pakaian. Oleh itu, sukarelawan yang datang membantu dapat menyumbang kepada kebajikan penduduk terjejas agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. Secara tidak langsung, situasi ini akan membuka mata pelbagai pihak khususnya peserta aktiviti dalam memahami keadaan yang sukar terhadap mangsa. Ia juga dapat mengelakkan masyarakat daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelasnya, faedah kerja amal atau aktiviti sukarelawan dapat membantu meluaskan kesedaran terhadap kesusahan atau masalah yang dialami oleh sebahagian masyarakat. #### **Isi 2** Manfaat lain aktiviti sukarelawan adalah membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik. Apabila kita menyertai aktiviti sukarelawan, pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh. Seseorang individu akan didedahkan kepada cara untuk berkomunikasi dengan lebih empati, menguruskan logistik dan sebagainya. Mereka akan terlibat dengan organisasi yang mempunyai ketua untuk menurut arahan, golongan penerima yang akan mendapat bantuan dan rakan sukarelawan yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Persis kata mutiara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dengan menyelami kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh penerima bantuan, ia akan membentuk kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Tegasnya, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan ini dapat membentuk ketrampilan diri yang baik. #### **Isi 3** Selain itu, kerja amal dan sukarelawan dapat membantu kita untuk mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sejak kebelakangan ini, banyak laporan di dada akhbar dan televisyen yang memaparkan ahli masyarakat yang terjebak dengan gejala negatif seperti dadah dan gangsterisme. Perkara ini seharusnya dibendung agar masyarakat yang bermutu dan negara yang maju dapat dicapai. Oleh itu, dengan menganjurkan aktiviti sukarelawan atau kerja amal dan memastikan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian mampu memenuhkan masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita perlu menggalakkan generasi muda pada hari ini untuk menyertai aktiviti sukarelawan atau kerja amal agar sikap tanggungjawab dan merendah diri dapat dipupuk. Izharnya golongan muda perlu lebih aktif dalam aktiviti sukarelawan untuk membendung gejala negatif berkembang dalam masyarakat. #### **Isi 4** Akhir sekali, kebaikan melaksanakan kerja amal adalah mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu. Setelah kita melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan seperti menjalankan gotong-royong untuk mangsa banjir, kita pasti akan disayangi dan dihargai oleh mangsa yang terjejas. Bantuan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali pasti akan melahirkan hubungan persaudaraan yang lebih baik. Semangat bermasyarakat dan bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat akan terjalin. Situasi ini penting agar mereka yang tidak bernasib baik dapat manfaat untuk meneruskan hidup manakala yang membantu dapat mengambil iktibar. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang bersikap seperti anak di pangkuan kelaparan, kera di hutan disusukan. Tuntasnya, masyarakat yang menyertai kerja amal adalah masyarakat yang cakna dan harmoni. #### **Penutup** Kesimpulannya, banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya kita melibatkan diri atau menganjurkan kerja-kerja amal untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Setiap di antara kita seharusnya mencari peluang untuk menyertai aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya sekali untuk merasai pengalaman dan tidak buta hati. Golongan berkuasa dan barisan pemimpin masyarakat sepatutnya menghabiskan lebih masa dalam aktiviti seperti ini agar masyarakat yang lebih baik dapat dilahirkan. Ahli falsafah tersohor, Samuel Johnson pernah mengungĀ­kapkan ā€œMasa depan dibeli oleh masa sekarangā€. Ungkapan tersebut jelas mengatakan bahawa jika kita ingin mendapatkan manfaat kerja amal atau sukarela, kita perlu bertindak sekarang agar masa hadapan kita dan generasi akan datang terjamin. Seterusnya dapat menjadi contoh atau model kepada masyarakat antarabangsa dalam menjadi prihatin serta penyayang antara satu sama lain. Related : rakyat malaysia, orang orang, menjadi sukarelawan, untuk mendapatkan, terlibat dengan aktiviti, untuk membuat, anggota masyarakat, salah satu, ditimpa musibah,
Shard49 (laksa)
Root Hash7984733709986985249
Unparsed URLmy,ipendidikan!www,/kerja-amal.html s443