đŸ•·ïž Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 138 (from laksa019)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

â„č Skipped - page is already crawled

đŸš«
NOT INDEXABLE
✅
CRAWLED
7 days ago
đŸ€–
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.3 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banFAILfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=705
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/
Last Crawled2026-03-31 20:46:12 (7 days ago)
First Indexed2025-05-05 10:36:56 (11 months ago)
HTTP Status Code200
Meta TitlePEMAKANAN DAN STRES - Imedikel TV
Meta Descriptionnull
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV Ada di antara kita lebih cenderung untuk mengunyah ketika dalam keadaan stres atau tekanan. Apa yang kita makan biasanya akan menentukan tahap kesihatan kita. Amalan diet yang seimbang dapat membantu menghindarkan stres. Merujuk kepada portal myhealth , stres yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita. Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Jika kita dalam keadaan stress boleh menyebabkan kehilangan/ kekurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium. Semasa stres, kita akan mudah untuk; mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat. melangkau waktu makan utama terutamanya sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta berkemungkinan besar untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat. mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan. mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan. mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan. Kita memerlukan diet yang seimbang. Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres. Kepelbagaian dan diet yang seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan. Terdapat beberapa makanan bagi mengurangkan kadar stress seseorang. Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah: Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung. Sumber ikan, terutama ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel (tenggiri, kembung) dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol). Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres. Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah. Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu. Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres. Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat Tabiat diet yang tetap Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat. Ambil diet seimbang Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan. Kurangkan pengambilan kafein Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur. Kurangkan pengambilan garam Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk. Kurangkan gula Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan. Berhenti dari pengambilan alkohol Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres. Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres. Kekalkan berat badan Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif. Hentikan tabiat merokok Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres. IMEDIKEL TV
Markdown
- [Utama](https://www.imedikeltv.com.my/) - [Buletin Semasa](https://www.imedikeltv.com.my/category/buletin-semasa/) - [Hiburan](https://www.imedikeltv.com.my/category/hiburan/) - [Luar Negara](https://www.imedikeltv.com.my/category/luar-negara/) - [Sukan](https://www.imedikeltv.com.my/category/sukan/) - [Politik](https://www.imedikeltv.com.my/category/politik/) - [Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/) - [Segmen Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/segmen-kesihatan/) - [Tip Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/tip-kesihatan/) - [Ulasan](https://www.imedikeltv.com.my/category/ulasan-wartawan/) Wednesday, April 1, 2026 - [Program](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/) - [Pengiklanan Digital LED](https://www.imedikeltv.com.my/?page_id=524) - [Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)](https://www.imedikeltv.com.my/?page_id=6039) [![](https://www.imedikeltv.com.my/wp-content/uploads/2025/04/Imedikel-TV-Logo-300x110.png) Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/) [![](https://www.imedikeltv.com.my/wp-content/uploads/2025/04/Imedikel-TV-Logo-Inverted-300x109.png)](https://www.imedikeltv.com.my/) [![](https://www.imedikeltv.com.my/wp-content/uploads/2025/04/Imedikel-TV-Logo-300x110.png)](https://www.imedikeltv.com.my/) - [Utama](https://www.imedikeltv.com.my/) - [Buletin Semasa](https://www.imedikeltv.com.my/category/buletin-semasa/) - [Hiburan](https://www.imedikeltv.com.my/category/hiburan/) - [Luar Negara](https://www.imedikeltv.com.my/category/luar-negara/) - [Sukan](https://www.imedikeltv.com.my/category/sukan/) - [Politik](https://www.imedikeltv.com.my/category/politik/) - [Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/) - [Segmen Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/segmen-kesihatan/) - [Tip Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/tip-kesihatan/) - [Ulasan](https://www.imedikeltv.com.my/category/ulasan-wartawan/) [Home](https://www.imedikeltv.com.my/) [Segmen Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/segmen-kesihatan/ "View all posts in Segmen Kesihatan") PEMAKANAN DAN STRES - [Segmen Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/segmen-kesihatan/) # PEMAKANAN DAN STRES By [Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) \- June 24, 2024 212 [0](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/#respond) [Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.imedikeltv.com.my%2Fpemakanan-dan-stres%2F "Facebook") [WhatsApp](https://api.whatsapp.com/send?text=PEMAKANAN+DAN+STRES%20%0A%0A%20https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/ "WhatsApp") [Telegram](https://telegram.me/share/url?url=https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/&text=PEMAKANAN+DAN+STRES "Telegram") [Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=PEMAKANAN+DAN+STRES&url=https%3A%2F%2Fwww.imedikeltv.com.my%2Fpemakanan-dan-stres%2F&via=ImedikelTV "Twitter") [![](https://www.imedikeltv.com.my/wp-content/uploads/2024/06/stress-eating-kecenderungan-untuk-makan-berlebihan-saat-stres-2.jpg)](https://www.imedikeltv.com.my/wp-content/uploads/2024/06/stress-eating-kecenderungan-untuk-makan-berlebihan-saat-stres-2.jpg) Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV Ada di antara kita lebih cenderung untuk mengunyah ketika dalam keadaan stres atau tekanan. Apa yang kita makan biasanya akan menentukan tahap kesihatan kita. Amalan diet yang seimbang dapat membantu menghindarkan stres. Merujuk kepada portal *myhealth*, stres yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita. Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Jika kita dalam keadaan stress boleh menyebabkan kehilangan/ kekurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium. Semasa stres, kita akan mudah untuk; 1. mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat. 2. melangkau waktu makan utama terutamanya sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta berkemungkinan besar untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat. 3. mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan. 4. mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan. 5. mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan. Kita memerlukan diet yang seimbang. Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres. Kepelbagaian dan diet yang seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan. Terdapat beberapa makanan bagi mengurangkan kadar stress seseorang. 1. Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah: 2. Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung. 3. Sumber ikan, terutama ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel (tenggiri, kembung) dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol). 4. Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres. 5. Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah. 6. Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan 7. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu. 8. Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres. Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat 1. Tabiat diet yang tetap Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat. 2. Ambil diet seimbang Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan. 3. Kurangkan pengambilan kafein Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur. 4. Kurangkan pengambilan garam Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk. 5. Kurangkan gula Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan. 6. Berhenti dari pengambilan alkohol Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres. 7. Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran segar. 8. Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres. 9. Kekalkan berat badan Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif. 10. Hentikan tabiat merokok Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres. ***IMEDIKEL TV*** [Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.imedikeltv.com.my%2Fpemakanan-dan-stres%2F "Facebook") [WhatsApp](https://api.whatsapp.com/send?text=PEMAKANAN+DAN+STRES%20%0A%0A%20https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/ "WhatsApp") [Telegram](https://telegram.me/share/url?url=https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/&text=PEMAKANAN+DAN+STRES "Telegram") [Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=PEMAKANAN+DAN+STRES&url=https%3A%2F%2Fwww.imedikeltv.com.my%2Fpemakanan-dan-stres%2F&via=ImedikelTV "Twitter") Berita sebelum ini[‘BUKAN MUDAH MAIN 10 ORANG’](https://www.imedikeltv.com.my/bukan-mudah-main-10-orang/) Berita seterusnya[SHOWCASE JIWA KACAU 2024 TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR](https://www.imedikeltv.com.my/showcase-jiwa-kacau-2024-terima-pengiktirafan-mbor/) [![Imedikel TV](https://secure.gravatar.com/avatar/66a5fddd393ece17c53b8133cab66422827f5390ecfa9bd7bc9e24f77ec4f5c3?s=96&d=mm&r=g)](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) [Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) <http://www.imedikeltv.com.my> #### [ARTIKEL BERKAITAN](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/)[DARI PENGARANG](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/) [![]()](https://www.imedikeltv.com.my/elakkan-denggi-di-musim-perayaan/ "ELAKKAN DENGGI DI MUSIM PERAYAAN") [Segmen Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/segmen-kesihatan/) ### [ELAKKAN DENGGI DI MUSIM PERAYAAN](https://www.imedikeltv.com.my/elakkan-denggi-di-musim-perayaan/ "ELAKKAN DENGGI DI MUSIM PERAYAAN") [![]()](https://www.imedikeltv.com.my/waspada-perubahan-kuku-petanda-awal-masalah-kesihatan/ "WASPADA PERUBAHAN KUKU, PETANDA AWAL MASALAH KESIHATAN") [Segmen Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/segmen-kesihatan/) ### [WASPADA PERUBAHAN KUKU, PETANDA AWAL MASALAH KESIHATAN](https://www.imedikeltv.com.my/waspada-perubahan-kuku-petanda-awal-masalah-kesihatan/ "WASPADA PERUBAHAN KUKU, PETANDA AWAL MASALAH KESIHATAN") [![]()](https://www.imedikeltv.com.my/tip-pengambilan-air-elak-letih-semasa-berpuasa/ "TIP PENGAMBILAN AIR ELAK LETIH SEMASA BERPUASA") [Segmen Kesihatan](https://www.imedikeltv.com.my/category/segmen-kesihatan/) ### [TIP PENGAMBILAN AIR ELAK LETIH SEMASA BERPUASA](https://www.imedikeltv.com.my/tip-pengambilan-air-elak-letih-semasa-berpuasa/ "TIP PENGAMBILAN AIR ELAK LETIH SEMASA BERPUASA") ### LEAVE A REPLY [Cancel reply](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/#respond) #### ARTIKEL POPULAR ### [RM28 JUTA DIPERUNTUKKAN NAIK TARAF BAZAR SITI AISYAH](https://www.imedikeltv.com.my/rm28-juta-diperuntukkan-naik-taraf-bazar-siti-aisyah/ "RM28 JUTA DIPERUNTUKKAN NAIK TARAF BAZAR SITI AISYAH") [Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) \- March 29, 2026 ### [AHMAD ASLAM, MARISSA HADIR DI MAHKAMAH SYARIAH UNTUK PENGESAHAN LAFAZ CERAI, RUJUK](https://www.imedikeltv.com.my/ahmad-aslam-marissa-hadir-di-mahkamah-syariah-untuk-pengesahan-lafaz-cerai-rujuk/ "AHMAD ASLAM, MARISSA HADIR DI MAHKAMAH SYARIAH UNTUK PENGESAHAN LAFAZ CERAI, RUJUK") [Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) \- March 30, 2026 ### [KHATAM AL-QURAN SETIAP BULAN, ANAK LINDA RAFAR DAPAT 9A DALAM SPM](https://www.imedikeltv.com.my/khatam-al-quran-setiap-bulan-anak-linda-rafar-dapat-9a-dalam-spm/ "KHATAM AL-QURAN SETIAP BULAN, ANAK LINDA RAFAR DAPAT 9A DALAM SPM") [Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) \- March 31, 2026 ### [ELAKKAN DENGGI DI MUSIM PERAYAAN](https://www.imedikeltv.com.my/elakkan-denggi-di-musim-perayaan/ "ELAKKAN DENGGI DI MUSIM PERAYAAN") [Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) \- March 30, 2026 ### [GAMBAR RANGKUL LENGAN ITU AI, SAYA JAGA BATAS – MEK YU](https://www.imedikeltv.com.my/gambar-rangkul-lengan-itu-ai-saya-jaga-batas-mek-yu/ "GAMBAR RANGKUL LENGAN ITU AI, SAYA JAGA BATAS – MEK YU") [Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) \- March 31, 2026 ### [NETANYAHU DAKWA PERANG TERHADAP IRAN SUDAH CAPAI SEPARUH MATLAMATNYA](https://www.imedikeltv.com.my/netanyahu-dakwa-perang-terhadap-iran-sudah-capai-separuh-matlamatnya/ "NETANYAHU DAKWA PERANG TERHADAP IRAN SUDAH CAPAI SEPARUH MATLAMATNYA") [Imedikel TV](https://www.imedikeltv.com.my/author/athirah-imedikel-tv/) \- March 31, 2026 [![](https://www.imedikeltv.com.my/wp-content/uploads/2025/04/Imedikel-TV-Logo-Inverted-300x109.png)](https://www.imedikeltv.com.my/) Imedikel TV merupakan portal media digital di bawah Imedikel Pharma Holding Berhad yang menyiarkan kandungan umum merangkumi kesihatan, gaya hidup, teknologi dan isu semasa untuk penonton di dalam dan luar negara. Media/news company 2026 © Imedikel TV Co. No. 201101035814 (963948-M). A part of I MEDIKEL GLOBAL SDN. BHD. #### BERITA EKSTRA [![]()](https://www.imedikeltv.com.my/nafuzi-dijangka-kemudi-skuad-di-piala-aff-cklamovski-fokus-piala-asean/ "NAFUZI DIJANGKA KEMUDI SKUAD DI PIALA AFF, CKLAMOVSKI FOKUS PIALA ASEAN") ### [NAFUZI DIJANGKA KEMUDI SKUAD DI PIALA AFF, CKLAMOVSKI FOKUS PIALA ASEAN](https://www.imedikeltv.com.my/nafuzi-dijangka-kemudi-skuad-di-piala-aff-cklamovski-fokus-piala-asean/ "NAFUZI DIJANGKA KEMUDI SKUAD DI PIALA AFF, CKLAMOVSKI FOKUS PIALA ASEAN") March 31, 2026 [![]()](https://www.imedikeltv.com.my/khatam-al-quran-setiap-bulan-anak-linda-rafar-dapat-9a-dalam-spm/ "KHATAM AL-QURAN SETIAP BULAN, ANAK LINDA RAFAR DAPAT 9A DALAM SPM") ### [KHATAM AL-QURAN SETIAP BULAN, ANAK LINDA RAFAR DAPAT 9A DALAM SPM](https://www.imedikeltv.com.my/khatam-al-quran-setiap-bulan-anak-linda-rafar-dapat-9a-dalam-spm/ "KHATAM AL-QURAN SETIAP BULAN, ANAK LINDA RAFAR DAPAT 9A DALAM SPM") March 31, 2026 [![]()](https://www.imedikeltv.com.my/421-calon-spm-2025-di-kelantan-peroleh-semua-a/ "421 CALON SPM 2025 DI KELANTAN PEROLEH SEMUA A") ### [421 CALON SPM 2025 DI KELANTAN PEROLEH SEMUA A](https://www.imedikeltv.com.my/421-calon-spm-2025-di-kelantan-peroleh-semua-a/ "421 CALON SPM 2025 DI KELANTAN PEROLEH SEMUA A") March 31, 2026 #### KATEGORI POPULAR - [Buletin Semasa3031](https://www.imedikeltv.com.my/category/buletin-semasa/) - [Sukan1993](https://www.imedikeltv.com.my/category/sukan/) - [Luar Negara1821](https://www.imedikeltv.com.my/category/luar-negara/) - [Hiburan783](https://www.imedikeltv.com.my/category/hiburan/) - [Segmen Kesihatan467](https://www.imedikeltv.com.my/category/segmen-kesihatan/) - [Politik170](https://www.imedikeltv.com.my/category/politik/) - [Ulasan Wartawan53](https://www.imedikeltv.com.my/category/ulasan-wartawan/) - [Support](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/) - [Terms & Condition](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/) - [Privacy](https://www.imedikeltv.com.my/pemakanan-dan-stres/) Hakcipta Terpelihara © 2026 Imedikel TV [![WhatsApp Logo](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/6b/WhatsApp.svg) **WhatsApp Channel** Imedikel TV](https://whatsapp.com/channel/0029Vb5XKhc2975Br1Zeu53m) ×
Readable Markdown
[![](https://www.imedikeltv.com.my/wp-content/uploads/2024/06/stress-eating-kecenderungan-untuk-makan-berlebihan-saat-stres-2.jpg)](https://www.imedikeltv.com.my/wp-content/uploads/2024/06/stress-eating-kecenderungan-untuk-makan-berlebihan-saat-stres-2.jpg) Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV Ada di antara kita lebih cenderung untuk mengunyah ketika dalam keadaan stres atau tekanan. Apa yang kita makan biasanya akan menentukan tahap kesihatan kita. Amalan diet yang seimbang dapat membantu menghindarkan stres. Merujuk kepada portal *myhealth*, stres yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita. Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Jika kita dalam keadaan stress boleh menyebabkan kehilangan/ kekurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium. Semasa stres, kita akan mudah untuk; 1. mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat. 2. melangkau waktu makan utama terutamanya sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta berkemungkinan besar untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat. 3. mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan. 4. mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan. 5. mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan. Kita memerlukan diet yang seimbang. Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres. Kepelbagaian dan diet yang seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan. Terdapat beberapa makanan bagi mengurangkan kadar stress seseorang. 1. Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah: 2. Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung. 3. Sumber ikan, terutama ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel (tenggiri, kembung) dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol). 4. Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres. 5. Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah. 6. Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan 7. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu. 8. Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres. Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat 1. Tabiat diet yang tetap Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat. 2. Ambil diet seimbang Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan. 3. Kurangkan pengambilan kafein Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur. 4. Kurangkan pengambilan garam Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk. 5. Kurangkan gula Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan. 6. Berhenti dari pengambilan alkohol Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres. 7. Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran segar. 8. Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres. 9. Kekalkan berat badan Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif. 10. Hentikan tabiat merokok Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres. ***IMEDIKEL TV***
Shard138 (laksa)
Root Hash7081599675680690338
Unparsed URLmy,com,imedikeltv!www,/pemakanan-dan-stres/ s443