🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 124 (from laksa081)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
15 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.5 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.hmetro.com.my/rap/2025/06/1226893/di-sebalik-jarum-halus
Last Crawled2026-04-04 04:10:13 (15 days ago)
First Indexed2025-08-11 06:23:55 (8 months ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleDi sebalik Jarum Halus
Meta DescriptionDI sebalik kehidupan sebagai warga asing yang menetap dan bekerja di Malaysia, ada pelbagai kisah hitam yang mungkin tidak diketahui umum.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
DI sebalik kehidupan sebagai warga asing yang menetap dan bekerja di Malaysia, ada pelbagai kisah hitam yang mungkin tidak diketahui umum. Kisah itu kini diterjemah ke dalam bentuk drama bersiri, Jarum Halus arahan pengarah Ng Ken Kin hasil tulisan skrip oleh penulis, Ken Kin. Ken ketika ditemui di set penggambaran Jarum Halus baru-baru ini berkata, pengalaman peribadinya menjadi antara rujukan utama sebelum dia menulis naskhah ini. "Cerita ini mengenai penculikan seorang gadis. Rujukan saya bermula sejak zaman sekolah menengah. Saya ada seorang kawan, seorang pembantu rumah. "Dia juga menjual mi di tepi jalan. Saya sangat rapat dengan dia. Dia pernah bercerita mengenai asal usul keluarganya dan banyak lagi. "Apabila saya sudah dewasa, saya cuba mencari dia semula. Tapi dia sudah hilang. Saya hubungi majikannya, dan dari situlah segala rahsia terbongkar. "Rupa-rupanya, dia tidak sebaik yang saya sangka. Dia sebenarnya melarikan diri bersama wang dan ada sindiket di sebalik semua itu, membabitkan beberapa individu," katanya. Kent yang mengambil masa setahun untuk mengembangkan isu itu bagaimanapun menegaskan bahawa Jarum Halus bukanlah karya yang bertujuan untuk memberi persepsi buruk terhadap warga asing. "Namun, saya bukan mahu memburukkan warga Indonesia atau sesiapa pun. Kadangkala, ia berpunca daripada masalah individu. Dari pengalaman inilah saya dapat idea. "Saya juga memang suka bergaul dengan warga asing, sebab saya selalu tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh datang ke Malaysia? "Saya pernah ke Plaza Pudu dan di satu bangunan itu dipenuhi warga asing. Mereka banyak berkongsi kisah hidup yang menarik. Ia sangat relevan untuk dijadikan bahan cerita dalam drama," katanya. Pelakon, Alif Hadi yang membawa watak Figo pula berkata, cabaran terbesarnya adalah untuk melontarkan dialog dalam Bahasa Indonesia. "Saya memegang watak sebagai warga Indonesia dan ini adalah kali pertama buat saya. Sejujurnya, saya agak gementar. Ada tiga pelakon dalam drama ini yang membawa watak sebagai orang Indonesia. "Ketika menerima skrip, saya perasan ada banyak dialog dalam Bahasa Indonesia. Pengarah pula mahu kami melontarkan dialog itu dengan semula jadi, tidak nampak dibuat-buat," katanya. Solusinya, Alif banyak meluangkan masa untuk mengkaji dialog daripada karya-karya tanah seberang itu. "Saya banyak menonton filem dan drama Indonesia sebagai persediaan. Kami juga menjalani penggambaran di Jogjakarta. "Kru di sana pun tidak banyak mengubah dialog kami, dan semasa 'rehearsal' (latihan), kami akan rujuk mereka untuk sebutan yang betul," katanya. Bagi seorang lagi pelakon, Mathni Razak berkata, cabaran utamanya adalah kerana ini menjadi watak antagonis terberat yang pernah diterajuinya. "Saya membawa watak Soni, seorang yang narsistik (puja atau kagumi diri sendiri), berpunca daripada isu kekeluargaan dan kurang mendapat perhatian. "Dia seorang yang pentingkan diri dan hanya melakukan perkara yang menguntungkan dirinya. Jika tidak, dia akan mengkhianati orang di sekelilingnya termasuk kekasihnya sendiri. "Jarang saya diberikan watak antagonis. Kalau ada pun, sebelum ini lebih kepada antagonis ringan. Tapi kali ini, wataknya lebih berat. "Mula-mula memang sukar sedikit untuk melakonkan watak ini sebab ada kekeliruan mengenai skrip. Hanya ketika berada di set, barulah saya benar-benar faham dan perlu menukar karakter secara serta-merta pada hari penggambaran. "Saya terus rujuk kepada pengarah dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penulis skrip pun kemudian memberi taklimat lanjut," katanya. Lia Natalia yang membawa watak wanita Indonesia bernama Dewi pula berkongsi pengalaman bekerja di bawah arahan Ken sangat berharga. "Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan pengarah, Abang Kent. Malah, ramai dalam pasukan produksi ini pun pertama kali bekerja bersama. "Semasa sesi bacaan skrip, saya agak risau sebab pengarah sangat diam. Saya fikir, 'alamak, susah juga nak ambil hati dia ni.' "Tapi bila di set, dia sangat profesional, sangat mudah untuk bekerjasama dan tahu apa yang dia mahu. Kerja pun cepat. Itu yang saya suka," katanya. Wakil RTM yang turut hadir di set penggambaran menggambarkan kehadiran naskhah ini mampu menarik minat penonton dalam kalangan Gen Z. Jarum Halus mengisahkan mengenai Datin Zainab lakonan Emelda Rosmila, yang juga seorang usahawan wanita ternama dan bakal bertanding sebagai Datuk Bandar bersama parti mereka iaitu Parti Kebangsaan Sejaga (PKS). Kehidupan keluarganya hancur akibat penculikan anak tirinya, Nurul (Shasha Abedul). Konflik bermula apabila Nurul diculik oleh Sonny (Mathni Razak) dan Rizal (Hazeeq Dean), dua lelaki yang terbabit dalam dunia gelap. Namun, penculikan ini ternyata hanyalah puncak gunung dari muslihat yang lebih besar membabitkan dendam, pengkhianatan dan persaingan politik.
Markdown
![](https://www.facebook.com/tr?id=345487640551169&ev=PageView&noscript=1) [![](https://assets.hmetro.com.my/assets/logo1.png?id=de515989c72d9dd190ec)](https://www.hmetro.com.my/) ![](https://assets.hmetro.com.my/assets/Sustainability-CSR-Malaysia-Awards-Logo.png?id=df5f6a43efa019629464) ![](https://assets.hmetro.com.my/assets/akhbar-pilihan-pembaca.png?id=eeb3fd4c177c1284a6a7) ![](https://assets.hmetro.com.my/assets/hadiah-kajai.png?id=1c25a16ad7abd2685262) ![](https://assets.hmetro.com.my/assets/lg_SAM24.png?id=ffd2d7a6f29a5490a969) [![](https://assets.hmetro.com.my/assets/tiktok.svg?id=ec2f069c0ca2df2ab919)](https://www.tiktok.com/@hmetromy) Sabtu, 4 April 2026, 4:10am Waktu Solat Kuala Lumpur - [Utama](https://www.hmetro.com.my/) - [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir) - [Global](https://www.hmetro.com.my/global) - [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena) - [Rap/RapXtra](https://www.hmetro.com.my/rap) - [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes) - [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin) - [WM](https://www.hmetro.com.my/wm) - [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv) - [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html) - [Radio](https://www.hmetro.com.my/rap/2025/06/1226893/di-sebalik-jarum-halus) - [![audio-plus](https://assets.hmetro.com.my/assets/audio_plus_master.png?id=633a170063b43a648dd8) Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/) - [![hotfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/hotfm_red.png?id=7e2926041831b258e1a2) HOT FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm) - [![kool101](https://assets.hmetro.com.my/assets/kool101.png?id=62e5d4276526d7e8d5bd) KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101) - [![8fm](https://assets.hmetro.com.my/assets/logo_eightfm_master-01.png?id=b62c250e1378c15a25b1) Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm) - [![flyfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/flyfm_master.png?id=80f32289c944efe8d3af) FLY FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm) - [![molekfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/molekfm_master.png?id=5bee3440a1332d730f51) MOLEK FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm) - [Lain Lain](https://www.hmetro.com.my/rap/2025/06/1226893/di-sebalik-jarum-halus) - [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto) - [\#MariLokal](https://www.hmetro.com.my/marilokal) - [1Klassifieds](https://www.1k.com.my/) - [Baucer](https://promo.hmetro.com.my/) - [Ziarah Berkat](https://www.hmetro.com.my/ziarahberkat/index.html) [Log Masuk](https://oauth.revmedia.my/authorize?client_id=704437730768136&response_type=code&redirect_uri=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Fcallback) - [Utama](https://www.hmetro.com.my/utama) - [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir) - [Global](https://www.hmetro.com.my/global) - [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena) - [Rap/Rapxtra](https://www.hmetro.com.my/rap) - [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes) - [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv) - [Akademia](https://www.hmetro.com.my/akademia) - [\#ITMetro](https://www.hmetro.com.my/itmetro) - [Ku Bela](https://www.hmetro.com.my/ku-bela) - [Santai](https://www.hmetro.com.my/santai) - [P\&P](https://www.hmetro.com.my/pnp) - [Dekotaman](https://www.hmetro.com.my/dekotaman) - [WM](https://www.hmetro.com.my/wm) - [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin) - [Rencana](https://www.hmetro.com.my/rencana) - [Sihat](https://www.hmetro.com.my/sihat) - [Xpresi](https://www.hmetro.com.my/xpresi) - [Vroom](https://www.hmetro.com.my/vroom) - [PKS](https://www.hmetro.com.my/pks) - [Agro](https://www.hmetro.com.my/agro) - [Spektrum](https://www.hmetro.com.my/spektrum) - [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto) - [Infografik](https://www.hmetro.com.my/infografik) - [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html) - [Radio](https://www.hmetro.com.my/rap/2025/06/1226893/di-sebalik-jarum-halus) [![audio-plus](https://assets.hmetro.com.my/assets/audio_plus_master.png?id=633a170063b43a648dd8) Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/) [![hotfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/hotfm_red.png?id=7e2926041831b258e1a2) HOT FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm) [![kool101](https://assets.hmetro.com.my/assets/kool101.png?id=62e5d4276526d7e8d5bd) KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101) [![8fm](https://assets.hmetro.com.my/assets/logo_eightfm_master-01.png?id=b62c250e1378c15a25b1) Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm) [![flyfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/flyfm_master.png?id=80f32289c944efe8d3af) FLY FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm) [![molekfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/molekfm_master.png?id=5bee3440a1332d730f51) MOLEK FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm) - [Hubungi Kami](https://www.hmetro.com.my/hubungi-kami) - [Team myMetro](https://www.hmetro.com.my/sidang-pengarang-harian-metro) - [RSS Feed](https://www.hmetro.com.my/RSS) - [Disclaimer](https://www.hmetro.com.my/disclaimer) - [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.hmetro.com.my/privasi) [Rap/RapXtra](https://www.hmetro.com.my/rap/rapextra) [Di Sebalik Cerita](https://www.hmetro.com.my/rap/di-sebalik-cerita) # Di sebalik Jarum Halus [Syafil Syazwan Jefri](https://www.hmetro.com.my/authors/syafil-syazwan-jefri) [syafil.syazwan@hmetro.com.my](mailto:syafil.syazwan@hmetro.com.my) ![BARISAN pelakon yang menjayakan drama Jarum Halus.](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/JARUM_HALUS_PELAKON_1749162014.jpg) BARISAN pelakon yang menjayakan drama Jarum Halus. DI sebalik kehidupan sebagai warga asing yang menetap dan bekerja di Malaysia, ada pelbagai kisah hitam yang mungkin tidak diketahui umum. Kisah itu kini diterjemah ke dalam bentuk drama bersiri, Jarum Halus arahan pengarah Ng Ken Kin hasil tulisan skrip oleh penulis, Ken Kin. Ken ketika ditemui di set penggambaran Jarum Halus baru-baru ini berkata, pengalaman peribadinya menjadi antara rujukan utama sebelum dia menulis naskhah ini. "Cerita ini mengenai penculikan seorang gadis. Rujukan saya bermula sejak zaman sekolah menengah. Saya ada seorang kawan, seorang pembantu rumah. "Dia juga menjual mi di tepi jalan. Saya sangat rapat dengan dia. Dia pernah bercerita mengenai asal usul keluarganya dan banyak lagi. "Apabila saya sudah dewasa, saya cuba mencari dia semula. Tapi dia sudah hilang. Saya hubungi majikannya, dan dari situlah segala rahsia terbongkar. "Rupa-rupanya, dia tidak sebaik yang saya sangka. Dia sebenarnya melarikan diri bersama wang dan ada sindiket di sebalik semua itu, membabitkan beberapa individu," katanya. Kent yang mengambil masa setahun untuk mengembangkan isu itu bagaimanapun menegaskan bahawa Jarum Halus bukanlah karya yang bertujuan untuk memberi persepsi buruk terhadap warga asing. "Namun, saya bukan mahu memburukkan warga Indonesia atau sesiapa pun. Kadangkala, ia berpunca daripada masalah individu. Dari pengalaman inilah saya dapat idea. "Saya juga memang suka bergaul dengan warga asing, sebab saya selalu tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh datang ke Malaysia? "Saya pernah ke Plaza Pudu dan di satu bangunan itu dipenuhi warga asing. Mereka banyak berkongsi kisah hidup yang menarik. Ia sangat relevan untuk dijadikan bahan cerita dalam drama," katanya. Pelakon, Alif Hadi yang membawa watak Figo pula berkata, cabaran terbesarnya adalah untuk melontarkan dialog dalam Bahasa Indonesia. "Saya memegang watak sebagai warga Indonesia dan ini adalah kali pertama buat saya. Sejujurnya, saya agak gementar. Ada tiga pelakon dalam drama ini yang membawa watak sebagai orang Indonesia. "Ketika menerima skrip, saya perasan ada banyak dialog dalam Bahasa Indonesia. Pengarah pula mahu kami melontarkan dialog itu dengan semula jadi, tidak nampak dibuat-buat," katanya. Solusinya, Alif banyak meluangkan masa untuk mengkaji dialog daripada karya-karya tanah seberang itu. "Saya banyak menonton filem dan drama Indonesia sebagai persediaan. Kami juga menjalani penggambaran di Jogjakarta. "Kru di sana pun tidak banyak mengubah dialog kami, dan semasa 'rehearsal' (latihan), kami akan rujuk mereka untuk sebutan yang betul," katanya. Bagi seorang lagi pelakon, Mathni Razak berkata, cabaran utamanya adalah kerana ini menjadi watak antagonis terberat yang pernah diterajuinya. "Saya membawa watak Soni, seorang yang narsistik (puja atau kagumi diri sendiri), berpunca daripada isu kekeluargaan dan kurang mendapat perhatian. "Dia seorang yang pentingkan diri dan hanya melakukan perkara yang menguntungkan dirinya. Jika tidak, dia akan mengkhianati orang di sekelilingnya termasuk kekasihnya sendiri. "Jarang saya diberikan watak antagonis. Kalau ada pun, sebelum ini lebih kepada antagonis ringan. Tapi kali ini, wataknya lebih berat. "Mula-mula memang sukar sedikit untuk melakonkan watak ini sebab ada kekeliruan mengenai skrip. Hanya ketika berada di set, barulah saya benar-benar faham dan perlu menukar karakter secara serta-merta pada hari penggambaran. "Saya terus rujuk kepada pengarah dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penulis skrip pun kemudian memberi taklimat lanjut," katanya. Lia Natalia yang membawa watak wanita Indonesia bernama Dewi pula berkongsi pengalaman bekerja di bawah arahan Ken sangat berharga. "Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan pengarah, Abang Kent. Malah, ramai dalam pasukan produksi ini pun pertama kali bekerja bersama. "Semasa sesi bacaan skrip, saya agak risau sebab pengarah sangat diam. Saya fikir, 'alamak, susah juga nak ambil hati dia ni.' "Tapi bila di set, dia sangat profesional, sangat mudah untuk bekerjasama dan tahu apa yang dia mahu. Kerja pun cepat. Itu yang saya suka," katanya. Wakil RTM yang turut hadir di set penggambaran menggambarkan kehadiran naskhah ini mampu menarik minat penonton dalam kalangan Gen Z. Jarum Halus mengisahkan mengenai Datin Zainab lakonan Emelda Rosmila, yang juga seorang usahawan wanita ternama dan bakal bertanding sebagai Datuk Bandar bersama parti mereka iaitu Parti Kebangsaan Sejaga (PKS). Kehidupan keluarganya hancur akibat penculikan anak tirinya, Nurul (Shasha Abedul). Konflik bermula apabila Nurul diculik oleh Sonny (Mathni Razak) dan Rizal (Hazeeq Dean), dua lelaki yang terbabit dalam dunia gelap. Namun, penculikan ini ternyata hanyalah puncak gunung dari muslihat yang lebih besar membabitkan dendam, pengkhianatan dan persaingan politik. **Disiarkan pada: Jun 5, 2025 @ 10:20pm** [Sorotan Video](https://www.hmetro.com.my/HMvideo) ![Pemandu Mabuk Dipenjara 7 Hari, Denda RM10,000](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/hcCb5i0P/poster.jpg?width=720) Pemandu Mabuk Dipenjara 7 Hari, Denda RM10,000 ▶︎ 1:19 ![Lima Lagi Tonggak Liverpool Tinggalkan Anfield](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/r9CLcILX/poster.jpg?width=720) Lima Lagi Tonggak Liverpool Tinggalkan Anfield ▶︎ 1:01 ![Wanita Tersepit Bawah LRT Berjaya Diselamatkan Bomba](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/T5OO2Wss/poster.jpg?width=720) Wanita Tersepit Bawah LRT Berjaya Diselamatkan Bomba ▶︎ 1:00 ![Balu, anak Allahyarham Amirul layak terima Pencen Penakat - PERKESO](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/mGfeJAQc/poster.jpg?width=720) Balu, anak Allahyarham Amirul layak terima Pencen Penakat - PERKESO ▶︎ 1:14 ![Cuaca panas tapi Pasar Besar Seremban 'banjir'](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/667Ar6hx/poster.jpg?width=720) Cuaca panas tapi Pasar Besar Seremban 'banjir' ▶︎ 0:54 ![Jurujual didenda RM5,500 simbah cat pada 2 kenderaan, dinding rumah](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/4mNk6tjk/poster.jpg?width=720) Jurujual didenda RM5,500 simbah cat pada 2 kenderaan, dinding rumah ▶︎ 1:17 ![Rexy 'tegur' mentaliti beregu](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/pDE8mOVq/poster.jpg?width=720) Rexy 'tegur' mentaliti beregu ▶︎ 1:07 [Lagi Video](https://www.hmetro.com.my/HMvideo) Trending [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/for-bridge-o_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775275140.jpg) 2 tahun Iran bina jambatan tertinggi, musnah dalam masa 3 jam April 4, 2026 @ 3:59am](https://www.hmetro.com.my/global/asia/2026/04/1341358/2-tahun-iran-bina-jambatan-tertinggi-musnah-dalam-masa-3-jam) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/o-zura_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775272281.jpg) Fattah Amin tuntut hak bapa, dakwa enam kali dihalang jumpa anak April 4, 2026 @ 3:11am](https://www.hmetro.com.my/rap/rapextra/2026/04/1341339/fattah-amin-tuntut-hak-bapa-dakwa-enam-kali-dihalang-jumpa-anak) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/danacukop_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775271188.jpg) 'Hanya Allah yang mampu balas jasa penderma' - Bapa minta henti sumbangan, kutipan cecah sasaran kurang 24 jam April 4, 2026 @ 2:43am](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1341333/hanya-allah-yang-mampu-balas-jasa-penderma-bapa-minta-henti-sumbangan) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ukur_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775269370.jpg) Niat ukur kedalaman sungai berakhir tragedi, dua remaja dipercayai lemas di Sungai Pahang April 4, 2026 @ 2:22am](https://www.hmetro.com.my/utama/2026/04/1341324/niat-ukur-kedalaman-sungai-berakhir-tragedi-dua-remaja-dipercayai-lemas-di) Mutakhir [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kl-parah_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775275628.jpg) Anggota tentera parah dipukul kini bergantung mesin sokongan hayat](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1341361/anggota-tentera-parah-dipukul-kini-bergantung-mesin-sokongan-hayat) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kl4f-o_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775272072.jpg) Guru diseru berjimat cermat demi kesejahteraan kewangan](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1341337/guru-diseru-berjimat-cermat-demi-kesejahteraan-kewangan) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/danacukop_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775271188.jpg) 'Hanya Allah yang mampu balas jasa penderma' - Bapa minta henti sumbangan, kutipan cecah sasaran kurang 24 jam](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1341333/hanya-allah-yang-mampu-balas-jasa-penderma-bapa-minta-henti-sumbangan) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/listing-featured/mag%20hm.jpg) Rancang percutian idaman bersama Malaysia Airlines dengan tawaran istimewa](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1341331/rancang-percutian-idaman-bersama-malaysia-airlines-dengan-tawaran-istimewa) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/salah4-o_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775269488.jpg) JPN siasat individu guna IC orang beli petrol bersubsidi](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1341327/jpn-siasat-individu-guna-ic-orang-beli-petrol-bersubsidi) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Copy_Of_az571_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1775268589.jpg) Usia bukan halangan Ayin jadi 'abang sado'](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1341322/usia-bukan-halangan-ayin-jadi-abang-sado) MyResipi [![](https://myresipi.com/resepi-spageti-karbonara/resepi-spageti-karbonara-2/) Resipi Kuah Karbonara Guna ‘Bahan Bajet’ Untuk Jamuan 20 Orang Makan, Creamy & Confirm Licin\!](https://myresipi.com/resepi-spageti-karbonara/) [![](https://myresipi.com/resepi-ayam-susu-thai-homemade/resepi-ayam-susu-thai-2/) Resipi Ayam Susu Thai Homemade Lembut & Berjus, Cicah Dengan Sos Pedas Manis Lagi Syok\!](https://myresipi.com/resepi-ayam-susu-thai-homemade/) [![](https://myresipi.com/menu-hari-raya-aidilfitri-buffet-rumah-terbuka/menu-hari-raya-aidilfitri/) Idea Menu Hari Raya Aidilfitri Paling Trending, Buffet Santai Tapi Tetap Meriah & Sedap](https://myresipi.com/menu-hari-raya-aidilfitri-buffet-rumah-terbuka/) Seismik [![](https://media.says.com/2026/04/wcrci-scaled.jpg) FIFA Perkenal 5 Peraturan Baharu Bagi Elak Pembaziran Masa Di World Cup 2026](https://says.com/my/seismik/fifa-perkenal-5-peraturan-baharu-bagi-elak-pembaziran-masa-di-world-cup-2026) [![](https://media.says.com/2026/04/sZiiUf9t-download.png) Kerajaan Lancar MADANI Mart Pertama Bagi Ringankan Beban Kos Sara Hidup Rakyat](https://says.com/my/seismik/kerajaan-lancar-madani-mart-pertama-bagi-ringankan-beban-kos-sara-hidup-rakyat) [![](https://media.says.com/2026/04/cmcfnci-scaled.jpg) CMCF Gesa Rakyat Malaysia Berhenti Sebar Video Kemalangan Ada Unsur Visual...](https://says.com/my/seismik/cmcf-gesa-rakyat-malaysia-berhenti-sebar-video-kemalangan-ada-unsur-visual-grafik) Waktu Solat Malaysia [![MB Selangor Ketuai Misi Sumud Flotilla 2.0 Ke Gaza, Bawa 374 Tan Bantuan Demi Kelangsungan Rakyat Palestin](https://assets.waktusolat.digital/2026/04/hm30amirudins_1734188974.webp) Berita 8 jam yang lepas MB Selangor Ketuai Misi Sumud Flotilla 2.0 Ke Gaza, Bawa 374 Tan Bantuan Demi...](https://www.waktusolat.digital/berita/mb-selangor-sumud-flotilla/) [![Rambut Wanita Sudah Dipotong Tetap Aurat \& Haram Dilihat Lelaki, Sebaiknya Ditanam Demi Jaga Maruah](https://assets.waktusolat.digital/2026/04/unnamed-37-1024x559.jpg) Hukum 14 jam yang lepas Rambut Wanita Sudah Dipotong Tetap Aurat & Haram Dilihat Lelaki, Sebaiknya...](https://www.waktusolat.digital/hukum/rambut-wanita-sudah-dipotong/) [![JAKIM Dedah Dua Syarikat Ditarik Sijil Halal \& Senarai Produk Terlibat, Awas Isu Berus Bulu B\*bi](https://assets.waktusolat.digital/2026/04/sijil-halal-dua-syarikat-1024x538.jpg) Berita 15 jam yang lepas JAKIM Dedah Dua Syarikat Ditarik Sijil Halal & Senarai Produk Terlibat,...](https://www.waktusolat.digital/berita/syarikat-ditarik-sijil-halal/) [![](https://assets.hmetro.com.my/assets/tiktok.svg?id=ec2f069c0ca2df2ab919)](https://www.tiktok.com/@hmetromy) © 2026 Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd (Co. No. 196101000449 / 4485 H). A part of Media Prima Group. - [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html) - [Ziarah Berkat](https://www.hmetro.com.my/ziarahberkat/index.html) - [Laman Haramain](https://www.hmetro.com.my/lamanharamain/index.html) - [Hubungi Kami](https://www.hmetro.com.my/hubungi-kami) - [Team myMetro](https://www.hmetro.com.my/sidang-pengarang-harian-metro) - [RSS Feed](https://www.hmetro.com.my/RSS) - [Disclaimer](https://www.hmetro.com.my/disclaimer) - [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.hmetro.com.my/privasi) - [Utama](https://www.hmetro.com.my/) - [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir) - [Global](https://www.hmetro.com.my/global) - [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena) - [Rap/Rapxtra](https://www.hmetro.com.my/rap) - [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes) - [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv) - [Akademia](https://www.hmetro.com.my/akademia) - [\#ITMetro](https://www.hmetro.com.my/itmetro) - [Ku Bela](https://www.hmetro.com.my/ku-bela) - [Santai](https://www.hmetro.com.my/santai) - [P\&P](https://www.hmetro.com.my/pnp) - [Dekotaman](https://www.hmetro.com.my/dekotaman) - [WM](https://www.hmetro.com.my/wm) - [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin) - [Rencana](https://www.hmetro.com.my/rencana) - [Sihat](https://www.hmetro.com.my/sihat) - [Xpresi](https://www.hmetro.com.my/xpresi) - [Vroom](https://www.hmetro.com.my/vroom) - [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto) - [Infografik](https://www.hmetro.com.my/infografik) Radio - [Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/) - [Hot FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm) - [KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101) - [Fly FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm) - [Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm) - [Molek FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm) [![](https://www.hmetro.com.my/assets/summary-home-btn.png)](https://www.hmetro.com.my/ringkasanberita/1226893?ringkasan=1226893&d=1749162032) ![](https://sb.scorecardresearch.com/p?c1=2&c2=6034955&cv=2.0&cj=1) ![](https://www.facebook.com/tr?id=232088944879946&ev=PageView&noscript=1) ![](https://www.facebook.com/tr?id=345487640551169&ev=PageView&noscript=1) ![](https://www.facebook.com/tr?id=962126005202380&ev=PageView&noscript=1)
Readable Markdown
DI sebalik kehidupan sebagai warga asing yang menetap dan bekerja di Malaysia, ada pelbagai kisah hitam yang mungkin tidak diketahui umum. Kisah itu kini diterjemah ke dalam bentuk drama bersiri, Jarum Halus arahan pengarah Ng Ken Kin hasil tulisan skrip oleh penulis, Ken Kin. Ken ketika ditemui di set penggambaran Jarum Halus baru-baru ini berkata, pengalaman peribadinya menjadi antara rujukan utama sebelum dia menulis naskhah ini. "Cerita ini mengenai penculikan seorang gadis. Rujukan saya bermula sejak zaman sekolah menengah. Saya ada seorang kawan, seorang pembantu rumah. "Dia juga menjual mi di tepi jalan. Saya sangat rapat dengan dia. Dia pernah bercerita mengenai asal usul keluarganya dan banyak lagi. "Apabila saya sudah dewasa, saya cuba mencari dia semula. Tapi dia sudah hilang. Saya hubungi majikannya, dan dari situlah segala rahsia terbongkar. "Rupa-rupanya, dia tidak sebaik yang saya sangka. Dia sebenarnya melarikan diri bersama wang dan ada sindiket di sebalik semua itu, membabitkan beberapa individu," katanya. Kent yang mengambil masa setahun untuk mengembangkan isu itu bagaimanapun menegaskan bahawa Jarum Halus bukanlah karya yang bertujuan untuk memberi persepsi buruk terhadap warga asing. "Namun, saya bukan mahu memburukkan warga Indonesia atau sesiapa pun. Kadangkala, ia berpunca daripada masalah individu. Dari pengalaman inilah saya dapat idea. "Saya juga memang suka bergaul dengan warga asing, sebab saya selalu tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh datang ke Malaysia? "Saya pernah ke Plaza Pudu dan di satu bangunan itu dipenuhi warga asing. Mereka banyak berkongsi kisah hidup yang menarik. Ia sangat relevan untuk dijadikan bahan cerita dalam drama," katanya. Pelakon, Alif Hadi yang membawa watak Figo pula berkata, cabaran terbesarnya adalah untuk melontarkan dialog dalam Bahasa Indonesia. "Saya memegang watak sebagai warga Indonesia dan ini adalah kali pertama buat saya. Sejujurnya, saya agak gementar. Ada tiga pelakon dalam drama ini yang membawa watak sebagai orang Indonesia. "Ketika menerima skrip, saya perasan ada banyak dialog dalam Bahasa Indonesia. Pengarah pula mahu kami melontarkan dialog itu dengan semula jadi, tidak nampak dibuat-buat," katanya. Solusinya, Alif banyak meluangkan masa untuk mengkaji dialog daripada karya-karya tanah seberang itu. "Saya banyak menonton filem dan drama Indonesia sebagai persediaan. Kami juga menjalani penggambaran di Jogjakarta. "Kru di sana pun tidak banyak mengubah dialog kami, dan semasa 'rehearsal' (latihan), kami akan rujuk mereka untuk sebutan yang betul," katanya. Bagi seorang lagi pelakon, Mathni Razak berkata, cabaran utamanya adalah kerana ini menjadi watak antagonis terberat yang pernah diterajuinya. "Saya membawa watak Soni, seorang yang narsistik (puja atau kagumi diri sendiri), berpunca daripada isu kekeluargaan dan kurang mendapat perhatian. "Dia seorang yang pentingkan diri dan hanya melakukan perkara yang menguntungkan dirinya. Jika tidak, dia akan mengkhianati orang di sekelilingnya termasuk kekasihnya sendiri. "Jarang saya diberikan watak antagonis. Kalau ada pun, sebelum ini lebih kepada antagonis ringan. Tapi kali ini, wataknya lebih berat. "Mula-mula memang sukar sedikit untuk melakonkan watak ini sebab ada kekeliruan mengenai skrip. Hanya ketika berada di set, barulah saya benar-benar faham dan perlu menukar karakter secara serta-merta pada hari penggambaran. "Saya terus rujuk kepada pengarah dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penulis skrip pun kemudian memberi taklimat lanjut," katanya. Lia Natalia yang membawa watak wanita Indonesia bernama Dewi pula berkongsi pengalaman bekerja di bawah arahan Ken sangat berharga. "Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan pengarah, Abang Kent. Malah, ramai dalam pasukan produksi ini pun pertama kali bekerja bersama. "Semasa sesi bacaan skrip, saya agak risau sebab pengarah sangat diam. Saya fikir, 'alamak, susah juga nak ambil hati dia ni.' "Tapi bila di set, dia sangat profesional, sangat mudah untuk bekerjasama dan tahu apa yang dia mahu. Kerja pun cepat. Itu yang saya suka," katanya. Wakil RTM yang turut hadir di set penggambaran menggambarkan kehadiran naskhah ini mampu menarik minat penonton dalam kalangan Gen Z. Jarum Halus mengisahkan mengenai Datin Zainab lakonan Emelda Rosmila, yang juga seorang usahawan wanita ternama dan bakal bertanding sebagai Datuk Bandar bersama parti mereka iaitu Parti Kebangsaan Sejaga (PKS). Kehidupan keluarganya hancur akibat penculikan anak tirinya, Nurul (Shasha Abedul). Konflik bermula apabila Nurul diculik oleh Sonny (Mathni Razak) dan Rizal (Hazeeq Dean), dua lelaki yang terbabit dalam dunia gelap. Namun, penculikan ini ternyata hanyalah puncak gunung dari muslihat yang lebih besar membabitkan dendam, pengkhianatan dan persaingan politik.
Shard124 (laksa)
Root Hash5127622306763423724
Unparsed URLmy,com,hmetro!www,/rap/2025/06/1226893/di-sebalik-jarum-halus s443