ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value | ||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| URL | https://www.hmetro.com.my/hati/2017/10/272368/mendaki-sebagai-senaman-terbaik | ||||||||||||||||||
| Last Crawled | 2026-04-21 23:55:57 (2 days ago) | ||||||||||||||||||
| First Indexed | 2018-12-17 08:18:21 (7 years ago) | ||||||||||||||||||
| HTTP Status Code | 200 | ||||||||||||||||||
| Content | |||||||||||||||||||
| Meta Title | Mendaki sebagai senaman terbaik | ||||||||||||||||||
| Meta Description | Pernahkah anda berasa semput ketika menaiki tangga atau ‘pancit’ apabila berlari di padang. Ramai orang sering mengadu tiada stamina atau ‘tidak fit’ ketika bersenam. | ||||||||||||||||||
| Meta Canonical | null | ||||||||||||||||||
| Boilerpipe Text | Pernahkah anda berasa semput ketika menaiki tangga atau ‘pancit’ apabila berlari di padang. Ramai orang sering mengadu tiada stamina atau ‘tidak fit’ ketika bersenam.
Dalam situasi harian, seseorang dikatakan mempunyai stamina tinggi jika dia mampu melakukan pergerakan fizikal dalam tempoh yang lama, tanpa menunjukkan tanda mudah letih atau semput. Stamina boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman secara konsisten.
Membabitkan diri dalam sukan yang memerlukan stamina tinggi seperti berlari jarak jauh (maraton), tinju, tenis, bola sepak dan berenang memerlukan seseorang itu bersenam. Aktiviti mendaki bukit dan gunung juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio.
Menurut juruterapi senaman, Adasandha Anuar, 32, mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius.
“Sebab itu mereka yang sering mendaki bukit mempunyai kaki yang kuat dan pinggul anjal disebabkan pergerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang,” katanya.
Senaman berintensiti tinggi berkala atau High Intensity Interval Training (HIIT) adalah contoh senaman kardio yang sangat bagus untuk jantung. Ia dilakukan menerusi beberapa aktiviti seperti berjalan pantas untuk tempoh tertentu, kemudian berlari perlahan diikuti berlari pecut sekuatnya untuk tempoh tertentu. Senaman ini dilakukan dalam satu set dan kebiasaannya satu sesi HIIT mengandungi dua atau tiga pergerakan berbeza.
UNTUK kesan optimum cuba berlari dan rasai ketegangan pada otot kaki.
Sekalipun mendaki adalah senaman terbaik, namun ia tidak bermakna anda memanjat bukit atau gunung sebenar. Memilih kawasan tinggi dengan ketinggian 10 meter dan puncak rata sudah memadai. Berjalan perlahan, mendaki dengan cara berlari dan menuruni bukit membuatkan jantung bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah seluruh ke badan.
“Dengan cara ini badan akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Selain membantu menurunkan berat badan, latihan kardiovaskular yang konsisten meningkatkan stamina dan badan menjadi lebih sihat.
“Sudah pasti anda boleh melakukan kerja berat atau bergerak aktif dalam tempoh yang lama tanpa mengalami masalah cepat penat atau termengah-mengah,” katanya yang mengakui latihan kardiovaskular turut membantu menstabilkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi.
Untuk mereka yang baru saja bermula, boleh memilih kawasan setinggi 10 meter kemudian dimulakan dengan berjalan perlahan diikuti berlari sama ada ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit. UIang sebanyak 10 kali diselang-selikan dengan rehat dalam masa beberapa saat bagi menurunkan kadar degupan jantung sebelum meneruskannya semula.
Selain berjalan arah hadapan, pergerakan (berjalan) ke tepi atau sisi juga turut membantu menggerakkan semua otot dan membuatkan degupan jantung bergerak pantas sekali gus melancarkan aliran darah ke seluruh badan.
MENDAKI bukit menyebabkan jantung bergerak lebih pantas dan peluh mengalir lebih banyak.
“Apa yang penting, senaman berintensiti tinggi perlu dilakukan dalam masa tidak kurang 20 minit untuk mendapatkan kesan optimum. Ini kerana dalam tempoh ini barulah proses pembakaran lemak bermula. Senaman sebegini tidak sama dengan latihan di gimnasium kerana ia lebih berkesan dan menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat berlaku. Kelajuan pula bergantung kepada ketahanan diri masing-masing,” katanya.
Selain itu, anda juga boleh cuba berjalan mengiring menuruni dan mendaki bukit selama 40 saat. Tahap kelajuan mengikut kemampuan masing-masing. Ulangan sebanyak empat hingga lapan set dan setiap satunya diselang-selikan dengan rehat selama tiga saat.
Untuk larian pula lakukan dalam masa 60 saat diikuti pengulangan dalam empat hingga lapan kali diselang-selikan dengan rehat selama minit. Kepayahan berlari mendaki bukit akan menyebabkan individu berada dalam keadaan tercungap-cungap. Otot pula akan bertindak balas dan seseorang akan merasai ketegangan pada bahagian betis dan paha. | ||||||||||||||||||
| Markdown | 
[](https://www.hmetro.com.my/)




[](https://www.tiktok.com/@hmetromy)
Selasa, 21 April 2026, 11:55pm
Waktu Solat Kuala Lumpur
- [Utama](https://www.hmetro.com.my/)
- [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir)
- [Global](https://www.hmetro.com.my/global)
- [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena)
- [Rap/RapXtra](https://www.hmetro.com.my/rap)
- [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes)
- [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin)
- [WM](https://www.hmetro.com.my/wm)
- [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv)
- [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html)
- [Radio](https://www.hmetro.com.my/hati/2017/10/272368/mendaki-sebagai-senaman-terbaik)
- [ Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/)
- [ HOT FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm)
- [ KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101)
- [ Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm)
- [ FLY FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm)
- [ MOLEK FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm)
- [Lain Lain](https://www.hmetro.com.my/hati/2017/10/272368/mendaki-sebagai-senaman-terbaik)
- [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto)
- [\#MariLokal](https://www.hmetro.com.my/marilokal)
- [1Klassifieds](https://www.1k.com.my/)
- [Baucer](https://promo.hmetro.com.my/)
- [Ziarah Berkat](https://www.hmetro.com.my/ziarahberkat/index.html)
[Log Masuk](https://oauth.revmedia.my/authorize?client_id=704437730768136&response_type=code&redirect_uri=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Fcallback)
- [Utama](https://www.hmetro.com.my/utama)
- [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir)
- [Global](https://www.hmetro.com.my/global)
- [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena)
- [Rap/Rapxtra](https://www.hmetro.com.my/rap)
- [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes)
- [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv)
- [Akademia](https://www.hmetro.com.my/akademia)
- [\#ITMetro](https://www.hmetro.com.my/itmetro)
- [Ku Bela](https://www.hmetro.com.my/ku-bela)
- [Santai](https://www.hmetro.com.my/santai)
- [P\&P](https://www.hmetro.com.my/pnp)
- [Dekotaman](https://www.hmetro.com.my/dekotaman)
- [WM](https://www.hmetro.com.my/wm)
- [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin)
- [Rencana](https://www.hmetro.com.my/rencana)
- [Sihat](https://www.hmetro.com.my/sihat)
- [Xpresi](https://www.hmetro.com.my/xpresi)
- [Vroom](https://www.hmetro.com.my/vroom)
- [PKS](https://www.hmetro.com.my/pks)
- [Agro](https://www.hmetro.com.my/agro)
- [Spektrum](https://www.hmetro.com.my/spektrum)
- [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto)
- [Infografik](https://www.hmetro.com.my/infografik)
- [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html)
- [Radio](https://www.hmetro.com.my/hati/2017/10/272368/mendaki-sebagai-senaman-terbaik)
[ Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/)
[ HOT FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm)
[ KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101)
[ Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm)
[ FLY FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm)
[ MOLEK FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm)
- [Hubungi Kami](https://www.hmetro.com.my/hubungi-kami)
- [Team myMetro](https://www.hmetro.com.my/sidang-pengarang-harian-metro)
- [RSS Feed](https://www.hmetro.com.my/RSS)
- [Disclaimer](https://www.hmetro.com.my/disclaimer)
- [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.hmetro.com.my/privasi)
# Mendaki sebagai senaman terbaik
[Siti Zarinah Sahib](https://www.hmetro.com.my/authors/siti-zarinah-sahib)
[sitizarinah@hmetro.com.my](mailto:sitizarinah@hmetro.com.my)

BERJALAN dari arah sisi menuruni bukit satu bentuk pergerakan yang membantu pembakaran kalori dengan cepat.
Pernahkah anda berasa semput ketika menaiki tangga atau ‘pancit’ apabila berlari di padang. Ramai orang sering mengadu tiada stamina atau ‘tidak fit’ ketika bersenam.
Dalam situasi harian, seseorang dikatakan mempunyai stamina tinggi jika dia mampu melakukan pergerakan fizikal dalam tempoh yang lama, tanpa menunjukkan tanda mudah letih atau semput. Stamina boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman secara konsisten.
Membabitkan diri dalam sukan yang memerlukan stamina tinggi seperti berlari jarak jauh (maraton), tinju, tenis, bola sepak dan berenang memerlukan seseorang itu bersenam. Aktiviti mendaki bukit dan gunung juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio.
Menurut juruterapi senaman, Adasandha Anuar, 32, mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius.
“Sebab itu mereka yang sering mendaki bukit mempunyai kaki yang kuat dan pinggul anjal disebabkan pergerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang,” katanya.
Senaman berintensiti tinggi berkala atau High Intensity Interval Training (HIIT) adalah contoh senaman kardio yang sangat bagus untuk jantung. Ia dilakukan menerusi beberapa aktiviti seperti berjalan pantas untuk tempoh tertentu, kemudian berlari perlahan diikuti berlari pecut sekuatnya untuk tempoh tertentu. Senaman ini dilakukan dalam satu set dan kebiasaannya satu sesi HIIT mengandungi dua atau tiga pergerakan berbeza.

UNTUK kesan optimum cuba berlari dan rasai ketegangan pada otot kaki.
Sekalipun mendaki adalah senaman terbaik, namun ia tidak bermakna anda memanjat bukit atau gunung sebenar. Memilih kawasan tinggi dengan ketinggian 10 meter dan puncak rata sudah memadai. Berjalan perlahan, mendaki dengan cara berlari dan menuruni bukit membuatkan jantung bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah seluruh ke badan.
“Dengan cara ini badan akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Selain membantu menurunkan berat badan, latihan kardiovaskular yang konsisten meningkatkan stamina dan badan menjadi lebih sihat.
“Sudah pasti anda boleh melakukan kerja berat atau bergerak aktif dalam tempoh yang lama tanpa mengalami masalah cepat penat atau termengah-mengah,” katanya yang mengakui latihan kardiovaskular turut membantu menstabilkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi.
Untuk mereka yang baru saja bermula, boleh memilih kawasan setinggi 10 meter kemudian dimulakan dengan berjalan perlahan diikuti berlari sama ada ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit. UIang sebanyak 10 kali diselang-selikan dengan rehat dalam masa beberapa saat bagi menurunkan kadar degupan jantung sebelum meneruskannya semula.
Selain berjalan arah hadapan, pergerakan (berjalan) ke tepi atau sisi juga turut membantu menggerakkan semua otot dan membuatkan degupan jantung bergerak pantas sekali gus melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

MENDAKI bukit menyebabkan jantung bergerak lebih pantas dan peluh mengalir lebih banyak.
“Apa yang penting, senaman berintensiti tinggi perlu dilakukan dalam masa tidak kurang 20 minit untuk mendapatkan kesan optimum. Ini kerana dalam tempoh ini barulah proses pembakaran lemak bermula. Senaman sebegini tidak sama dengan latihan di gimnasium kerana ia lebih berkesan dan menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat berlaku. Kelajuan pula bergantung kepada ketahanan diri masing-masing,” katanya.
Selain itu, anda juga boleh cuba berjalan mengiring menuruni dan mendaki bukit selama 40 saat. Tahap kelajuan mengikut kemampuan masing-masing. Ulangan sebanyak empat hingga lapan set dan setiap satunya diselang-selikan dengan rehat selama tiga saat.
Untuk larian pula lakukan dalam masa 60 saat diikuti pengulangan dalam empat hingga lapan kali diselang-selikan dengan rehat selama minit. Kepayahan berlari mendaki bukit akan menyebabkan individu berada dalam keadaan tercungap-cungap. Otot pula akan bertindak balas dan seseorang akan merasai ketegangan pada bahagian betis dan paha.
**Disiarkan pada: Oktober 12, 2017 @ 4:46am**
[Sorotan Video](https://www.hmetro.com.my/HMvideo)

Seleweng dana zakat RM230 juta, Timbalan Pengerusi NGO antara tiga ditahan
▶︎ 1:21

JIM tumpaskan sindiket manipulasi ePASS dan pelekat palsu
▶︎ 1:10

Hidup mewah jual dadah, selindung di sebalik perniagaan penggurup wang
▶︎ 1:37

Wanita memandu mabuk, langgar lampu isyarat hingga kemalangan dipenjara sehari dan denda
▶︎ 1:22

Dadah 'zombi' sudah masuk pasaran vape
▶︎ 1:24

Krisis bekalan global: Kerajaan bakal umum langkah tambahan bantu golongan tersisih
▶︎ 1:29

Aksi laju, penganggur kantoi bawa dadah RM600,000
▶︎ 1:02
[Lagi Video](https://www.hmetro.com.my/HMvideo)
Trending
[ Bekas pemain import derita di penjara Indonesia April 21, 2026 @ 3:17pm](https://www.hmetro.com.my/arena/gosip/2026/04/1348863/bekas-pemain-import-derita-di-penjara-indonesia)
[ 'Duit ni saya infak balik pada abang...' April 21, 2026 @ 1:55pm](https://www.hmetro.com.my/utama/2026/04/1348839/duit-ni-saya-infak-balik-pada-abang)
[ 'Kalau Pak Su tak kahwin pun tak apa, asalkan Kak Long dan Nursofea tak terabai' April 21, 2026 @ 12:16pm](https://www.hmetro.com.my/utama/2026/04/1348809/kalau-pak-su-tak-kahwin-pun-tak-apa-asalkan-kak-long-dan-nursofea-tak-terabai)
[ Seleweng dana zakat RM230 juta, Timbalan Pengerusi NGO antara tiga ditahan April 21, 2026 @ 11:26am](https://www.hmetro.com.my/utama/2026/04/1348793/seleweng-dana-zakat-rm230-juta-timbalan-pengerusi-ngo-antara-tiga-ditahan)
Mutakhir
[ 'Ibu nak Imani membesar sihat'](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1348909/ibu-nak-imani-membesar-sihat)
[ Anggota penguat kuasa ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM11,000](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1348869/anggota-penguat-kuasa-ditahan-sprm-disyaki-terima-rasuah-rm11000)
[ Duit gaji lesap dilarikan pencuri](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1348865/duit-gaji-lesap-dilarikan-pencuri)
[ PM Anwar santuni mangsa kebakaran di Sandakan esok](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1348845/pm-anwar-santuni-mangsa-kebakaran-di-sandakan-esok)
[ Pemandu lori ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1348841/pemandu-lori-ditahan-memandu-di-bawah-pengaruh-alkohol)
[ KP Jupem dituduh di mahkamah esok](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1348821/kp-jupem-dituduh-di-mahkamah-esok)
MyResipi
[ Resipi Jeruk Mangga Rangup Kruk Krak Tak Cukup Sebalang, Sekali Buat Confirm Nak Ulang Lagi\!](https://myresipi.com/cara-buat-jeruk-mangga-rangup/)
[ Harga Mi Kuning & Kuetiau Mungkin Akan ‘Naik’ Tak Lama Lagi, Rupanya Ini Punca Utama](https://myresipi.com/harga-mee-kuning-kuey-teow-naik/)
[ Resipi Mihun Goreng Anti Gagal & Tak Putus, Tips ‘1 Sudu Cuka’ Ini Rahsia Sedap Luar Biasa\!](https://myresipi.com/resipi-mihun-goreng-anti-gagal/)
Seismik
[ 5 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Berbaloi & Menguntungkan](https://says.com/my/seismik/5-tempat-simpan-duit-raya-anak-yang-berbaloi-menguntungkan)
[ Rakyat Malaysia Berisiko Dinafikan Naik Pesawat Di Bawah Peraturan Perjalanan...](https://says.com/my/seismik/rakyat-malaysia-berisiko-dinafikan-naik-pesawat-di-bawah-peraturan-perjalanan-baharu-2026)
[ Isu ‘Office Wife-Husband’ Mufti Perak Beri Garis Panduan Elak...](https://says.com/my/seismik/isu-office-wife-husband-mufti-perak-beri-garis-panduan-elak-hubungan-emosi-di-tempat-kerja)
Waktu Solat Malaysia
[ Hukum dalam 7 jam Haram Beli Jaminan Tambahan Gajet Secara Konvensional Kerana Ia Melibatkan...](https://www.waktusolat.digital/hukum/jaminan-tambahan-gajet/)
[ Berita dalam 4 minit Zakat Selangor Tawar Sumbangan Pendidikan RM100 Dalam SSPN Prime, Rancang...](https://www.waktusolat.digital/berita/zakat-sumbangan-pendidikan/)
[ Hukum dalam 4 minit Jangan Makan Lebih Had Masa Bufet, Bimbang Jadi Haram Jika Langgar Janji &...](https://www.waktusolat.digital/hukum/had-masa-makan-bufet/)
[](https://www.tiktok.com/@hmetromy)
© 2026 Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd (Co. No. 196101000449 / 4485 H).
A part of Media Prima Group.
- [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html)
- [Ziarah Berkat](https://www.hmetro.com.my/ziarahberkat/index.html)
- [Laman Haramain](https://www.hmetro.com.my/lamanharamain/index.html)
- [Hubungi Kami](https://www.hmetro.com.my/hubungi-kami)
- [Team myMetro](https://www.hmetro.com.my/sidang-pengarang-harian-metro)
- [RSS Feed](https://www.hmetro.com.my/RSS)
- [Disclaimer](https://www.hmetro.com.my/disclaimer)
- [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.hmetro.com.my/privasi)
- [Utama](https://www.hmetro.com.my/)
- [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir)
- [Global](https://www.hmetro.com.my/global)
- [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena)
- [Rap/Rapxtra](https://www.hmetro.com.my/rap)
- [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes)
- [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv)
- [Akademia](https://www.hmetro.com.my/akademia)
- [\#ITMetro](https://www.hmetro.com.my/itmetro)
- [Ku Bela](https://www.hmetro.com.my/ku-bela)
- [Santai](https://www.hmetro.com.my/santai)
- [P\&P](https://www.hmetro.com.my/pnp)
- [Dekotaman](https://www.hmetro.com.my/dekotaman)
- [WM](https://www.hmetro.com.my/wm)
- [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin)
- [Rencana](https://www.hmetro.com.my/rencana)
- [Sihat](https://www.hmetro.com.my/sihat)
- [Xpresi](https://www.hmetro.com.my/xpresi)
- [Vroom](https://www.hmetro.com.my/vroom)
- [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto)
- [Infografik](https://www.hmetro.com.my/infografik)
Radio
- [Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/)
- [Hot FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm)
- [KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101)
- [Fly FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm)
- [Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm)
- [Molek FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm)



 | ||||||||||||||||||
| Readable Markdown | Pernahkah anda berasa semput ketika menaiki tangga atau ‘pancit’ apabila berlari di padang. Ramai orang sering mengadu tiada stamina atau ‘tidak fit’ ketika bersenam.
Dalam situasi harian, seseorang dikatakan mempunyai stamina tinggi jika dia mampu melakukan pergerakan fizikal dalam tempoh yang lama, tanpa menunjukkan tanda mudah letih atau semput. Stamina boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman secara konsisten.
Membabitkan diri dalam sukan yang memerlukan stamina tinggi seperti berlari jarak jauh (maraton), tinju, tenis, bola sepak dan berenang memerlukan seseorang itu bersenam. Aktiviti mendaki bukit dan gunung juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio.
Menurut juruterapi senaman, Adasandha Anuar, 32, mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius.
“Sebab itu mereka yang sering mendaki bukit mempunyai kaki yang kuat dan pinggul anjal disebabkan pergerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang,” katanya.
Senaman berintensiti tinggi berkala atau High Intensity Interval Training (HIIT) adalah contoh senaman kardio yang sangat bagus untuk jantung. Ia dilakukan menerusi beberapa aktiviti seperti berjalan pantas untuk tempoh tertentu, kemudian berlari perlahan diikuti berlari pecut sekuatnya untuk tempoh tertentu. Senaman ini dilakukan dalam satu set dan kebiasaannya satu sesi HIIT mengandungi dua atau tiga pergerakan berbeza.

UNTUK kesan optimum cuba berlari dan rasai ketegangan pada otot kaki.
Sekalipun mendaki adalah senaman terbaik, namun ia tidak bermakna anda memanjat bukit atau gunung sebenar. Memilih kawasan tinggi dengan ketinggian 10 meter dan puncak rata sudah memadai. Berjalan perlahan, mendaki dengan cara berlari dan menuruni bukit membuatkan jantung bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah seluruh ke badan.
“Dengan cara ini badan akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Selain membantu menurunkan berat badan, latihan kardiovaskular yang konsisten meningkatkan stamina dan badan menjadi lebih sihat.
“Sudah pasti anda boleh melakukan kerja berat atau bergerak aktif dalam tempoh yang lama tanpa mengalami masalah cepat penat atau termengah-mengah,” katanya yang mengakui latihan kardiovaskular turut membantu menstabilkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi.
Untuk mereka yang baru saja bermula, boleh memilih kawasan setinggi 10 meter kemudian dimulakan dengan berjalan perlahan diikuti berlari sama ada ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit. UIang sebanyak 10 kali diselang-selikan dengan rehat dalam masa beberapa saat bagi menurunkan kadar degupan jantung sebelum meneruskannya semula.
Selain berjalan arah hadapan, pergerakan (berjalan) ke tepi atau sisi juga turut membantu menggerakkan semua otot dan membuatkan degupan jantung bergerak pantas sekali gus melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

MENDAKI bukit menyebabkan jantung bergerak lebih pantas dan peluh mengalir lebih banyak.
“Apa yang penting, senaman berintensiti tinggi perlu dilakukan dalam masa tidak kurang 20 minit untuk mendapatkan kesan optimum. Ini kerana dalam tempoh ini barulah proses pembakaran lemak bermula. Senaman sebegini tidak sama dengan latihan di gimnasium kerana ia lebih berkesan dan menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat berlaku. Kelajuan pula bergantung kepada ketahanan diri masing-masing,” katanya.
Selain itu, anda juga boleh cuba berjalan mengiring menuruni dan mendaki bukit selama 40 saat. Tahap kelajuan mengikut kemampuan masing-masing. Ulangan sebanyak empat hingga lapan set dan setiap satunya diselang-selikan dengan rehat selama tiga saat.
Untuk larian pula lakukan dalam masa 60 saat diikuti pengulangan dalam empat hingga lapan kali diselang-selikan dengan rehat selama minit. Kepayahan berlari mendaki bukit akan menyebabkan individu berada dalam keadaan tercungap-cungap. Otot pula akan bertindak balas dan seseorang akan merasai ketegangan pada bahagian betis dan paha. | ||||||||||||||||||
| ML Classification | |||||||||||||||||||
| ML Categories |
Raw JSON{
"/Sports": 894,
"/Sports/Individual_Sports": 823,
"/Sports/Individual_Sports/Running_and_Walking": 756,
"/Health": 465,
"/Health/Public_Health": 212,
"/Health/Public_Health/Other": 138
} | ||||||||||||||||||
| ML Page Types |
Raw JSON{
"/Article": 997,
"/Article/Tutorial_or_Guide": 613
} | ||||||||||||||||||
| ML Intent Types |
Raw JSON{
"Informational": 999
} | ||||||||||||||||||
| Content Metadata | |||||||||||||||||||
| Language | en | ||||||||||||||||||
| Author | Siti Zarinah Sahib | ||||||||||||||||||
| Publish Time | 2017-10-12 04:46:28 (8 years ago) | ||||||||||||||||||
| Original Publish Time | 2017-10-12 04:46:28 (8 years ago) | ||||||||||||||||||
| Republished | No | ||||||||||||||||||
| Word Count (Total) | 1,104 | ||||||||||||||||||
| Word Count (Content) | 583 | ||||||||||||||||||
| Links | |||||||||||||||||||
| External Links | 20 | ||||||||||||||||||
| Internal Links | 54 | ||||||||||||||||||
| Technical SEO | |||||||||||||||||||
| Meta Nofollow | No | ||||||||||||||||||
| Meta Noarchive | No | ||||||||||||||||||
| JS Rendered | Yes | ||||||||||||||||||
| Redirect Target | null | ||||||||||||||||||
| Performance | |||||||||||||||||||
| Download Time (ms) | 651 | ||||||||||||||||||
| TTFB (ms) | 651 | ||||||||||||||||||
| Download Size (bytes) | 13,595 | ||||||||||||||||||
| Shard | 124 (laksa) | ||||||||||||||||||
| Root Hash | 5127622306763423724 | ||||||||||||||||||
| Unparsed URL | my,com,hmetro!www,/hati/2017/10/272368/mendaki-sebagai-senaman-terbaik s443 | ||||||||||||||||||