🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 124 (from laksa021)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

🚫
NOT INDEXABLE
CRAWLED
6 months ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffFAILdownload_stamp > now() - 6 MONTH6.1 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.hmetro.com.my/ekspresi/2017/12/296467/hidup-bebas-dalam-air
Last Crawled2025-10-13 18:47:25 (6 months ago)
First Indexed2018-06-16 18:41:59 (7 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleHidup bebas dalam air
Meta DescriptionBerada dalam lautan kebiruan, menyaksikan gemalai tarian fauna lautan dan keindahan warna-warni batu karang membuka dimensi baru dalam kehidupan Riza Faisal Mohammed Kandar yang disahkan orang kurang upaya (OKU) sejak 16 tahun lalu.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Berada dalam lautan kebiruan, menyaksikan gemalai tarian fauna lautan dan keindahan warna-warni batu karang membuka dimensi baru dalam kehidupan Riza Faisal Mohammed Kandar yang disahkan orang kurang upaya (OKU) sejak 16 tahun lalu. Berada dalam keadaan graviti sifar di dalam laut memberi kepuasan kepada pemegang Lesen Professional Association of Diving Intructors (PADI) Scuba Diver ini untuk bergerak bebas seperti insan normal lain. Berpeluang mengikuti Program OKU DiveHeart di Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, Sabah pada 4 hingga 11 Disember lalu, lelaki berusia 34 tahun ini menyifatkan peluang menyelam skuba di destinasi popular dunia seakan mimpi jadi kenyataan. Berkongsi persediaan dilakukan lelaki berasal dari Sungai Besar, Selangor ini, mula mengikuti kursus menyelam skuba sejak April 2016 selama empat bulan. RIZA Faisal. “Disebabkan kekangan keupayaan diri membuatkan saya serta 12 rakan lain mengambil masa agak lama. Tambahan pula, latihan diadakan setiap dua minggu sekali. “Sebenarnya saya tidak pernah terfikir melakukan sukan ekstrem ini. Apabila ditawarkan, saya melihat ia satu cabaran untuk keluar dari zon selesa. “Permulaannya, saya agak gusar untuk turun ke kolam renang sedalam enam meter kerana saya tidak mampu menggerakkan separuh badan dari pinggang ke bawah. Sebelum ini, aktiviti saya bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda. PASUKAN yang mengiringi program OKU DiveHeart Malaysia baru-baru ini. “Apabila diajar mengenai peralatan menyelam skuba, teknik pernafasan, kaedah mengimbangkan badan dan mengawal tekanan ketika berada di dalam air, perlahan-lahan saya berjaya menepis ketakutan itu,” katanya. Pengalaman menyelam skuba di Pulau Tioman pada November 2016 memberi kelebihan kepada Riza Faisal untuk beraksi di Pulau Mabul dan Sipadan. Andai orang normal menuruni bot secara terlentang, sebaliknya pula OKU yang perlu turun sama ada badan menghadap laut ataupun menjatuhkan badan dari tepi. Diiringi tiga penyelam skuba yang lain bagi memastikan keselamatan Riza Faisal, pada sesi selaman skuba pertama, dia mengakui agak gugup namun berbeza bagi sesi seterusnya di Pulau Sipadan. PERLUKAN bantuan daripada jurulatih di dalam laut. “Sesi menyelam skuba kedua, saya mula rasa selesa dan seronok apabila menyaksikan keunikan flora dan fauna yang terdapat di kedalaman 20 meter. “Selain melihat kumpulan ikan yang jarang ditemui dan pelbagai saiz, saya turut teruja apabila dapat bertembung dengan penyu dan ikan jerung bersaiz besar di hadapan mata. “Berada di dalam air membuatkan saya lupa diri. Saya boleh bergerak tanpa memerlukan bantuan kerusi roda atau orang lain,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini. Mengalami kecederaan tulang belakang dan menderita masalah saraf, Riza Faisal turut mengakui kesakitan ditanggungnya hilang sebaik berada di dalam laut sekali gus membuktikan menyelam skuba antara satu terapi bagi masalah itu. Berkongsi inspirasi, Riza Faisal berkata setiap manusia perlu berani cabar keupayaan diri dan ia bermula dengan perkataan ‘mencuba’. MENYELAM di lokasi skuba popular dunia. Menurut Duta DiveHeart Malaysia, Syed Abdul Rahman Syed Hassan, DiveHeart diasaskan Jim Elliott berpusat Illinois, Amerika Syarikat adalah sebuah badan bukan bermotif keuntungan. “Program DiveHeart diperkenalkan untuk membina keyakinan dan pembentukan peribadi kanak-kanak, golongan dewasa, warga emas dan OKU menerusi sukan menyelam skuba dan terapi skuba. “DiveHeart direka khas untuk OKU bagi membolehkan mereka merasai pengalaman graviti sifar di bawah air tanpa rasa berat. “Kami juga menyediakan program kursus dan latihan menyelam skuba oleh PADI termasuk Lesen ‘Open Water Diver’, PADI Seal, ‘Open Water PADI’ Junior sejak tiga tahun lalu,” katanya. SYED Abdul Rahman Dia yang juga Pengarah Kids Scuba ini mengakui DiveHeart Malaysia turut menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk membantu golongan OKU dari perspektif nilai terapeutik dan psikologi. Menanam keyakinan atas keupayaan diri tanpa batasan, Syed Abdul Rahman berkata menyelam skuba memberi keajaiban kepada OKU untuk melakukan sesuatu dalam persekitaran graviti sifar di laut dalam. Menurut Syed Abdul Rahman, sejak program DiveHeart diperkenalkan di Malaysia, pihaknya berjaya mentauliahkan seramai 12 OKU dengan Lesen PADI Scuba Diver. Menariknya, 12 penyelam skuba OKU ini turut menerima tajaan sepenuhnya daripada PADI dan mendapat latihan intensif daripada jurulatih Kids Scuba. SYED Abdul Rahman bersama Riza Faisal.
Markdown
![](https://www.facebook.com/tr?id=345487640551169&ev=PageView&noscript=1) [![](https://assets.hmetro.com.my/assets/logo1.png?id=de515989c72d9dd190ec)](https://www.hmetro.com.my/) ![](https://assets.hmetro.com.my/assets/Sustainability-CSR-Malaysia-Awards-Logo.png?id=df5f6a43efa019629464) ![](https://assets.hmetro.com.my/assets/akhbar-pilihan-pembaca.png?id=eeb3fd4c177c1284a6a7) ![](https://assets.hmetro.com.my/assets/hadiah-kajai.png?id=1c25a16ad7abd2685262) ![](https://assets.hmetro.com.my/assets/lg_SAM24.png?id=ffd2d7a6f29a5490a969) [![](https://assets.hmetro.com.my/assets/tiktok.svg?id=ec2f069c0ca2df2ab919)](https://www.tiktok.com/@hmetromy) Isnin, 13 Oktober 2025, 6:47pm Waktu Solat Kuala Lumpur - [Utama](https://www.hmetro.com.my/) - [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir) - [Global](https://www.hmetro.com.my/global) - [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena) - [Rap/RapXtra](https://www.hmetro.com.my/rap) - [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes) - [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin) - [WM](https://www.hmetro.com.my/wm) - [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv) - [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html) - [Radio](https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2017/12/296467/hidup-bebas-dalam-air) - [![audio-plus](https://assets.hmetro.com.my/assets/audio_plus_master.png?id=633a170063b43a648dd8) Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/) - [![hotfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/hotfm_red.png?id=7e2926041831b258e1a2) HOT FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm) - [![kool101](https://assets.hmetro.com.my/assets/kool101.png?id=62e5d4276526d7e8d5bd) KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101) - [![8fm](https://assets.hmetro.com.my/assets/logo_eightfm_master-01.png?id=b62c250e1378c15a25b1) Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm) - [![flyfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/flyfm_master.png?id=80f32289c944efe8d3af) FLY FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm) - [![molekfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/molekfm_master.png?id=5bee3440a1332d730f51) MOLEK FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm) - [Lain Lain](https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2017/12/296467/hidup-bebas-dalam-air) - [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto) - [Banjir](https://www.hmetro.com.my/banjir/index.html) - [1Klassifieds](https://www.1k.com.my/) - [\#MariLokal](https://www.hmetro.com.my/marilokal) [Log Masuk](https://oauth.revmedia.my/authorize?client_id=704437730768136&response_type=code&redirect_uri=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Fcallback) - [Utama](https://www.hmetro.com.my/utama) - [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir) - [Global](https://www.hmetro.com.my/global) - [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena) - [Rap/Rapxtra](https://www.hmetro.com.my/rap) - [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes) - [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv) - [Akademia](https://www.hmetro.com.my/akademia) - [\#ITMetro](https://www.hmetro.com.my/itmetro) - [Ku Bela](https://www.hmetro.com.my/ku-bela) - [Santai](https://www.hmetro.com.my/santai) - [P\&P](https://www.hmetro.com.my/pnp) - [Dekotaman](https://www.hmetro.com.my/dekotaman) - [WM](https://www.hmetro.com.my/wm) - [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin) - [Rencana](https://www.hmetro.com.my/rencana) - [Sihat](https://www.hmetro.com.my/sihat) - [Xpresi](https://www.hmetro.com.my/xpresi) - [Vroom](https://www.hmetro.com.my/vroom) - [PKS](https://www.hmetro.com.my/pks) - [Agro](https://www.hmetro.com.my/agro) - [Spektrum](https://www.hmetro.com.my/spektrum) - [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto) - [Infografik](https://www.hmetro.com.my/infografik) - [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html) - [Radio](https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2017/12/296467/hidup-bebas-dalam-air) [![audio-plus](https://assets.hmetro.com.my/assets/audio_plus_master.png?id=633a170063b43a648dd8) Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/) [![hotfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/hotfm_red.png?id=7e2926041831b258e1a2) HOT FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm) [![kool101](https://assets.hmetro.com.my/assets/kool101.png?id=62e5d4276526d7e8d5bd) KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101) [![8fm](https://assets.hmetro.com.my/assets/logo_eightfm_master-01.png?id=b62c250e1378c15a25b1) Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm) [![flyfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/flyfm_master.png?id=80f32289c944efe8d3af) FLY FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm) [![molekfm](https://assets.hmetro.com.my/assets/molekfm_master.png?id=5bee3440a1332d730f51) MOLEK FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm) - [Hubungi Kami](https://www.hmetro.com.my/hubungi-kami) - [Team myMetro](https://www.hmetro.com.my/sidang-pengarang-harian-metro) - [RSS Feed](https://www.hmetro.com.my/RSS) - [Disclaimer](https://www.hmetro.com.my/disclaimer) - [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.hmetro.com.my/privasi) # Hidup bebas dalam air [Aniza Zainudin](https://www.hmetro.com.my/authors/aniza-zainudin) [anizazainudin@hmetro.com.my](mailto:anizazainudin@hmetro.com.my) ![KEBEBASAN dimiliki Riza Faisal.](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bebasi01.jpg_1514056489.jpg) KEBEBASAN dimiliki Riza Faisal. Berada dalam lautan kebiruan, menyaksikan gemalai tarian fauna lautan dan keindahan warna-warni batu karang membuka dimensi baru dalam kehidupan Riza Faisal Mohammed Kandar yang disahkan orang kurang upaya (OKU) sejak 16 tahun lalu. Berada dalam keadaan graviti sifar di dalam laut memberi kepuasan kepada pemegang Lesen Professional Association of Diving Intructors (PADI) Scuba Diver ini untuk bergerak bebas seperti insan normal lain. Berpeluang mengikuti Program OKU DiveHeart di Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, Sabah pada 4 hingga 11 Disember lalu, lelaki berusia 34 tahun ini menyifatkan peluang menyelam skuba di destinasi popular dunia seakan mimpi jadi kenyataan. Berkongsi persediaan dilakukan lelaki berasal dari Sungai Besar, Selangor ini, mula mengikuti kursus menyelam skuba sejak April 2016 selama empat bulan. ![RIZA Faisal.](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bebasi04.jpg_1514056500.jpg) RIZA Faisal. “Disebabkan kekangan keupayaan diri membuatkan saya serta 12 rakan lain mengambil masa agak lama. Tambahan pula, latihan diadakan setiap dua minggu sekali. “Sebenarnya saya tidak pernah terfikir melakukan sukan ekstrem ini. Apabila ditawarkan, saya melihat ia satu cabaran untuk keluar dari zon selesa. “Permulaannya, saya agak gusar untuk turun ke kolam renang sedalam enam meter kerana saya tidak mampu menggerakkan separuh badan dari pinggang ke bawah. Sebelum ini, aktiviti saya bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda. ![PASUKAN yang mengiringi program OKU DiveHeart Malaysia baru-baru ini.](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bebasi05.jpg_1514056505.jpg) PASUKAN yang mengiringi program OKU DiveHeart Malaysia baru-baru ini. “Apabila diajar mengenai peralatan menyelam skuba, teknik pernafasan, kaedah mengimbangkan badan dan mengawal tekanan ketika berada di dalam air, perlahan-lahan saya berjaya menepis ketakutan itu,” katanya. Pengalaman menyelam skuba di Pulau Tioman pada November 2016 memberi kelebihan kepada Riza Faisal untuk beraksi di Pulau Mabul dan Sipadan. Andai orang normal menuruni bot secara terlentang, sebaliknya pula OKU yang perlu turun sama ada badan menghadap laut ataupun menjatuhkan badan dari tepi. Diiringi tiga penyelam skuba yang lain bagi memastikan keselamatan Riza Faisal, pada sesi selaman skuba pertama, dia mengakui agak gugup namun berbeza bagi sesi seterusnya di Pulau Sipadan. ![PERLUKAN bantuan daripada jurulatih di dalam laut.](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bebasi06.jpg_1514056509.jpg) PERLUKAN bantuan daripada jurulatih di dalam laut. “Sesi menyelam skuba kedua, saya mula rasa selesa dan seronok apabila menyaksikan keunikan flora dan fauna yang terdapat di kedalaman 20 meter. “Selain melihat kumpulan ikan yang jarang ditemui dan pelbagai saiz, saya turut teruja apabila dapat bertembung dengan penyu dan ikan jerung bersaiz besar di hadapan mata. “Berada di dalam air membuatkan saya lupa diri. Saya boleh bergerak tanpa memerlukan bantuan kerusi roda atau orang lain,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini. Mengalami kecederaan tulang belakang dan menderita masalah saraf, Riza Faisal turut mengakui kesakitan ditanggungnya hilang sebaik berada di dalam laut sekali gus membuktikan menyelam skuba antara satu terapi bagi masalah itu. Berkongsi inspirasi, Riza Faisal berkata setiap manusia perlu berani cabar keupayaan diri dan ia bermula dengan perkataan ‘mencuba’. ![MENYELAM di lokasi skuba popular dunia.](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bebasi07.jpg_1514056518.jpg) MENYELAM di lokasi skuba popular dunia. Menurut Duta DiveHeart Malaysia, Syed Abdul Rahman Syed Hassan, DiveHeart diasaskan Jim Elliott berpusat Illinois, Amerika Syarikat adalah sebuah badan bukan bermotif keuntungan. “Program DiveHeart diperkenalkan untuk membina keyakinan dan pembentukan peribadi kanak-kanak, golongan dewasa, warga emas dan OKU menerusi sukan menyelam skuba dan terapi skuba. “DiveHeart direka khas untuk OKU bagi membolehkan mereka merasai pengalaman graviti sifar di bawah air tanpa rasa berat. “Kami juga menyediakan program kursus dan latihan menyelam skuba oleh PADI termasuk Lesen ‘Open Water Diver’, PADI Seal, ‘Open Water PADI’ Junior sejak tiga tahun lalu,” katanya. ![SYED Abdul Rahman](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bebasi03.jpg_1514056497.jpg) SYED Abdul Rahman Dia yang juga Pengarah Kids Scuba ini mengakui DiveHeart Malaysia turut menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk membantu golongan OKU dari perspektif nilai terapeutik dan psikologi. Menanam keyakinan atas keupayaan diri tanpa batasan, Syed Abdul Rahman berkata menyelam skuba memberi keajaiban kepada OKU untuk melakukan sesuatu dalam persekitaran graviti sifar di laut dalam. Menurut Syed Abdul Rahman, sejak program DiveHeart diperkenalkan di Malaysia, pihaknya berjaya mentauliahkan seramai 12 OKU dengan Lesen PADI Scuba Diver. Menariknya, 12 penyelam skuba OKU ini turut menerima tajaan sepenuhnya daripada PADI dan mendapat latihan intensif daripada jurulatih Kids Scuba. ![SYED Abdul Rahman bersama Riza Faisal.](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bebasi02.jpg_1514056493.jpg) SYED Abdul Rahman bersama Riza Faisal. **Disiarkan pada: Disember 23, 2017 @ 7:15pm** [Sorotan Video](https://www.hmetro.com.my/HMvideo) ![Penduduk Pos Gob Idamkan Balai Rawatan Baru](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/CV2atKNX/poster.jpg?width=720) Penduduk Pos Gob Idamkan Balai Rawatan Baru ▶︎ 1:13 ![Kakitangan MPHS Meninggal Dunia Ketika Aktiviti Berbasikal](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/n49YWWYk/poster.jpg?width=720) Kakitangan MPHS Meninggal Dunia Ketika Aktiviti Berbasikal ▶︎ 0:51 !['Saya Akan Pertahankan Pegawai Penguat Kuasa Yang Tegas, Berani' - Anwar](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/OCGNoaMQ/poster.jpg?width=720) 'Saya Akan Pertahankan Pegawai Penguat Kuasa Yang Tegas, Berani' - Anwar ▶︎ 0:54 ![Sistem Pendidikan Negara 'Cacat', Perlu Tekankan Aspek Nilai Dan Moral - PM](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/X7EyrVQ8/poster.jpg?width=720) Sistem Pendidikan Negara 'Cacat', Perlu Tekankan Aspek Nilai Dan Moral - PM ▶︎ 1:48 ![Bukan Pelancong Tulen, AKPS Tolak Kemasukan 11 Warga Asing](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/kvWcTBfI/poster.jpg?width=720) Bukan Pelancong Tulen, AKPS Tolak Kemasukan 11 Warga Asing ▶︎ 0:52 ![Pearly-Thinaah mudah juarai Terbuka Artik](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/ujRL95Mz/poster.jpg?width=720) Pearly-Thinaah mudah juarai Terbuka Artik ▶︎ 1:05 ![Wira FFC x TMTG ke Gaza tiba di KLIA](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/cEZZrGR6/poster.jpg?width=720) Wira FFC x TMTG ke Gaza tiba di KLIA ▶︎ 1:29 [Lagi Video](https://www.hmetro.com.my/HMvideo) Trending [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/berkunci_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760326984.jpg) Calon SPM ditemui maut dalam bilik berkunci Oktober 13, 2025 @ 3:33am](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1274953/calon-spm-ditemui-maut-dalam-bilik-berkunci) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/%E2%80%9CTidak_pernah_nampak_kakak_%E2%80%98sehappy%E2%80%99_ini%E2%80%9D_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760325380.jpg) "Tidak pernah nampak kakak 'sehappy' ini" Oktober 12, 2025 @ 10:00pm](https://www.hmetro.com.my/utama/2025/10/1274854/tidak-pernah-nampak-kakak-sehappy-ini) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/anak12-o_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760271203.jpg) Pensyarah UiTM lemas: 'Tak sampai seminit berpaling, anak saya sudah tenggelam' Oktober 12, 2025 @ 12:13pm](https://www.hmetro.com.my/utama/2025/10/1274802/pensyarah-uitm-lemas-tak-sampai-seminit-berpaling-anak-saya-sudah-tenggelam) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/UTA_Jeddah_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760224220.jpg) Tiga kali ganda lagi tinggi dari Eiffel Oktober 11, 2025 @ 11:10pm](https://www.hmetro.com.my/utama/2025/10/1274565/tiga-kali-ganda-lagi-tinggi-dari-eiffel) Mutakhir [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sab-zaraforensik_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760328765.jpg) Inkues Zara Qairina: Pakar forensik dokumen hadir hari ini](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1274976/inkues-zara-qairina-pakar-forensik-dokumen-hadir-hari-ini) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sufi3947_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760328650.jpg) Penjawat awam diingatkan khidmat penuh jujur, pastikan hasil pendapatan halal](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1274973/penjawat-awam-diingatkan-khidmat-penuh-jujur-pastikan-hasil-pendapatan) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/timbang-o_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760326548.jpg) Sidang Kemuncak Asean: Ketua Jabatan dibenar pertimbang permohonan kerja dari rumah](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1274955/sidang-kemuncak-asean-ketua-jabatan-dibenar-pertimbang-permohonan-kerja) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/berkunci_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760326984.jpg) Calon SPM ditemui maut dalam bilik berkunci](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1274953/calon-spm-ditemui-maut-dalam-bilik-berkunci) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tembokselamat_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760326310.jpg) Pembinaan tembok keselamatan di Sungai Golok satu keperluan strategik - KP](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1274951/pembinaan-tembok-keselamatan-di-sungai-golok-satu-keperluan-strategik-kp) [![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lola-o_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1760325525.jpg) Belanjawan 2026: Kerajaan mampu beri lebih manfaat hasil tatakelola baik - PM](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1274945/belanjawan-2026-kerajaan-mampu-beri-lebih-manfaat-hasil-tatakelola-baik-pm) MyResipi [![](https://myresipi.com/resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-api/resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-api-2/) Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Ikut Cara Masak Ini Hilang Segala Lumpur & Lendir\!](https://myresipi.com/resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-api/) [![](https://myresipi.com/udang-goreng-butter-sarang-telur/udang-goreng-butter-3/) Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai\!](https://myresipi.com/udang-goreng-butter-sarang-telur/) [![](https://myresipi.com/resepi-kuih-bom-manis/resepi-kuih-bom-manis/) Resepi Kuih Bom Manis Kegemaran Anak, Rangupnya Tahan Sampai Ke Petang\!](https://myresipi.com/resepi-kuih-bom-manis/) Seismik [![](https://media.says.com/2025/10/pcin-scaled.jpg) \[VIDEO\] Penyu Diganggu, Dipegang & Dipijak Oleh Pelancong Di Pulau Redang](https://says.com/my/seismik/video-penyu-diganggu-dipegang-dipijak-oleh-pelancong-di-pulau-redang) [![](https://media.says.com/2025/10/photo-collage.png-1.png) Penjawat Awam Boleh Kerja Dari Rumah Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Dari 23...](https://says.com/my/seismik/penjawat-awam-boleh-kerja-dari-rumah-sempena-sidang-kemuncak-asean-dari-23-hingga-28-oktober-ini) [![](https://media.says.com/2025/10/tokticin-scaled.jpg) Datuk Seri Siti Nurhaliza Mohon Jangan Timbulkan Spekulasi Susulan Kejadian...](https://says.com/my/seismik/datuk-seri-siti-nurhaliza-mohon-jangan-timbulkan-spekulasi-susulan-kejadian-menimpa-anak-buah) Waktu Solat Malaysia [![Jenayah Seksual Remaja: Antara Hukuman Dunia dan Kerosakan Akhlak Umat](https://www.waktusolat.digital/wp-content/uploads/2025/10/pexels-kindelmedia-7785046-1-1024x768.jpg) Kehidupan 3 jam yang lepas Jenayah Seksual Remaja: Antara Hukuman Dunia dan Kerosakan Akhlak Umat](https://www.waktusolat.digital/kehidupan/jenayah-seksual-remaja/) [![Janji Pemimpin dan Neraca Amanah: Perspektif Islam Terhadap Kemelut Dunia](https://www.waktusolat.digital/wp-content/uploads/2025/10/pexels-markus-winkler-1430818-19891033-1024x683.jpg) Kehidupan 5 jam yang lepas Janji Pemimpin dan Neraca Amanah: Perspektif Islam Terhadap Kemelut Dunia](https://www.waktusolat.digital/kehidupan/janji-pemimpin-dan-neraca-amanah/) [![ANAK DARA DATANG HAID USIA 10 TAHUN? PENGARUH KOSMETIK \& CABARAN IBU BAPA ZAMAN MODEN](https://www.waktusolat.digital/wp-content/uploads/2025/10/pexels-cottonbro-7581085-683x1024.jpg) Hukum Figh \& Fardu Ain 8 jam yang lepas ANAK DARA DATANG HAID USIA 10 TAHUN? PENGARUH KOSMETIK & CABARAN IBU BAPA...](https://www.waktusolat.digital/hukum-figh-fardu-ain/anak-dara-datang-haid-usia-10/) [![](https://assets.hmetro.com.my/assets/tiktok.svg?id=ec2f069c0ca2df2ab919)](https://www.tiktok.com/@hmetromy) © 2025 Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd (Co. No. 196101000449 / 4485 H). A part of Media Prima Group. - [Titipan Kasih](https://www.hmetro.com.my/titipankasih/index.html) - [Banjir](https://www.hmetro.com.my/banjir/index.html) - [Laman Haramain](https://www.hmetro.com.my/lamanharamain/index.html) - [Hubungi Kami](https://www.hmetro.com.my/hubungi-kami) - [Team myMetro](https://www.hmetro.com.my/sidang-pengarang-harian-metro) - [RSS Feed](https://www.hmetro.com.my/RSS) - [Disclaimer](https://www.hmetro.com.my/disclaimer) - [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.hmetro.com.my/privasi) - [Utama](https://www.hmetro.com.my/) - [Mutakhir](https://www.hmetro.com.my/mutakhir) - [Global](https://www.hmetro.com.my/global) - [Arena](https://www.hmetro.com.my/arena) - [Rap/Rapxtra](https://www.hmetro.com.my/rap) - [Bisnes](https://www.hmetro.com.my/bisnes) - [MetroTV](https://www.hmetro.com.my/mymetrotv) - [Akademia](https://www.hmetro.com.my/akademia) - [\#ITMetro](https://www.hmetro.com.my/itmetro) - [Ku Bela](https://www.hmetro.com.my/ku-bela) - [Santai](https://www.hmetro.com.my/santai) - [P\&P](https://www.hmetro.com.my/pnp) - [Dekotaman](https://www.hmetro.com.my/dekotaman) - [WM](https://www.hmetro.com.my/wm) - [Addin](https://www.hmetro.com.my/addin) - [Rencana](https://www.hmetro.com.my/rencana) - [Sihat](https://www.hmetro.com.my/sihat) - [Xpresi](https://www.hmetro.com.my/xpresi) - [Vroom](https://www.hmetro.com.my/vroom) - [Galeri](https://www.hmetro.com.my/foto) - [Infografik](https://www.hmetro.com.my/infografik) Radio - [Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/) - [Hot FM](https://www.hmetro.com.my/hotfm) - [KOOL 101](https://www.hmetro.com.my/kool101) - [Fly FM](https://www.hmetro.com.my/flyfm) - [Eight FM](https://www.hmetro.com.my/eight-fm) - [Molek FM](https://www.hmetro.com.my/molekfm) ![](https://sb.scorecardresearch.com/p?c1=2&c2=6034955&cv=2.0&cj=1) ![](https://www.facebook.com/tr?id=232088944879946&ev=PageView&noscript=1) ![](https://www.facebook.com/tr?id=345487640551169&ev=PageView&noscript=1) ![](https://www.facebook.com/tr?id=962126005202380&ev=PageView&noscript=1)
Readable Markdownnull
Shard124 (laksa)
Root Hash5127622306763423724
Unparsed URLmy,com,hmetro!www,/ekspresi/2017/12/296467/hidup-bebas-dalam-air s443