🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 156 (from laksa096)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
4 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.2 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19
Last Crawled2026-04-15 16:05:02 (4 days ago)
First Indexed2023-09-15 04:50:24 (2 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleAdakah Vaksin COVID-19 Menyebabkan Alahan Serius? - DoctorOnCall
Meta DescriptionPemberian vaksin COVID-19 di Malaysia fasa pertama telah bermula. Ketahui jawapan persoalan adakah vaksin COVID-19 menyebabkan alahan di laman web DoctorOnCall.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Tujuan Vaksin COVID-19 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari 2021 sebagai langkah untuk menghentikan dan mencegah penularan COVID-19 di negara kita. Program ini dibahagikan kepada tiga fasa dan dijangka akan siap pada Februari 2022 di mana kira-kira 80% penduduk Malaysia dijangka akan selesai divaksinasi. Vaksin COVID-19 ini diberi dengan tujuan untuk mengaktifkan sistem imun terhadap virus COVID-19 sebelum anda menunjukkan gejala sistemik sekiranya anda dijangkiti oleh virus sebenar pada masa hadapan. Vaksin melatih badan untuk menghasilkan protein yang dikenali sebagai antibodi yang berfungsi untuk melindungi tubuh daripada jangkitan.  Sebagaimana ubat-ubatan dan rawatan lain, terdapat kesan sampingan yang boleh berlaku dengan pengambilan vaksin seperti reaksi alahan, Namun, risiko untuk seseorang mendapat kesan sampingan reaksi alahan selepas vaksin adalah rendah, sekitar 1 dalam 100,000 suntikan. Kesan Sampingan Vaksin Vaksin ini akan disuntik pada otot deltoid, sama ada di sebelah kiri atau kanan. Selepas disuntik, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit untuk melihat sama ada anda mengalami sebarang kesan sampingan ataupun tidak. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala selepas menerima vaksin tersebut, anda tidak perlu risau kerana gejala tersebut biasanya adalah tidak serius dan akan sembuh dalam jangka masa singkat. Berikut merupakan beberapa kesan sampingan vaksin COVID-19 secara umum: Lokal (Pada Bahagian Suntikan): Sakit Kemerahan Bengkak Gatal Jangkitan Sistemik (Sistem Badan): Demam Lemah dan lesu Cirit-birit Sakit kepala Pening kepala Salah satu kesan sampingan yang jarang dialami oleh seseorang yang menerima vaksin adalah reaksi alahan ataupun anafilaksis iaitu alahan yang lebih teruk dan boleh mengancam nyawa sekiranya tidak ditangani dengan segera. Antara gejala reaksi alahan adalah seperti berikut: Reaksi kulit seperti timbul ruam dan gatal-gatal Kesukaran bernafas akibat pengecilan saluran pernafasan Nadi yang lemah dan laju Sakit dan pening kepala Loya, muntah dan cirit-birit Pitam Pengecualian Vaksin Oleh itu sekiranya anda memenuhi salah satu daripada kriteria di bawah, anda dikecualikan untuk menerima vaksin: Sejarah kemasukan hospital disebabkan jangkitan COVID-19 Mempunyai sejarah alahan terhadap vaksin sebelumnya Mempunyai alahan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam vaksin yang diterima Mengalami reaksi alahan selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Sedang hamil Sedang menyusukan bayi Cara Menangani Reaksi Alahan Walaupun reaksi alahan ini berbahaya sekiranya terjadi, namun ia mudah untuk ditangani sekiranya gejala dapat dikesan pada peringkat awal. Secara purata, kebanyakan individu yang mengalami reaksi alahan akan menunjukkan gejala sekitar 15 minit selepas mendapat suntikan apabila sistem imun telah mula aktif membina imuniti terhadap vaksin tersebut. Bergantung kepada gejala yang dialami, setiap gejala akan ditangani dan dirawat dengan cara yang berbeza. Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengalami Reaksi Alahan? Reaksi Alahan Yang Serius: Sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang serius selepas menerima suntikan dos pertama, anda tidak perlu mendapatkan dos kedua. Menurut Center for Disease Control (CDC) seseorang yang mengalami reaksi alahan yang serius (anafilaksis) perlu dirawat dengan segera di hospital menggunakan epinefrin dan beberapa rawatan sokongan lain untuk melegakan gejala yang dialami. Reaksi Alahan Yang Kurang Serius: Walaupun anda mengalami reaksi alahan yang kurang serius dan tidak memerlukan perhatian segera oleh doktor dan rawatan kecemasan dalam beberapa keadaan, anda juga tidak perlu mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19. Kebanyakan reaksi alahan berlaku sekitar empat jam selepas suntikan diberikan. Antara reaksi alahan yang kurang serius tetapi perlu diberikan perhatian adalah apabila nafas anda berbunyi (disebabkan pengecilan saluran pernafasan), timbul ruam gatal dan bengkak. Anda akan diletakkan di ruang pengawasan atau dihantar ke hospital dengan segera sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan. Mengalami Ruam   Sekiranya terdapat ruam di sekitar kawasan suntikan vaksin tersebut, anda boleh mengambil dos kedua tetapi di kawasan berlainan pada waktu yang telah dijadualkan. Kesan ruam di tempat suntikan boleh berlangsung selama beberapa hari atau minggu.  Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di bahagian yang disuntik, anda boleh lakukan beberapa perkara di bawah: Mengenakan tuala bersih yang lembap di kawasan suntikan Melakukan senaman ringan bahagian lengan untuk mengurangkan rasa sakit Mengambil ubat tahan sakit sekiranya tidak selesa Mengambil ubat tahan gatal sekiranya terdapat gatal-gatal di kawasan suntikan Bilakah Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor? Anda dikehendaki untuk pergi ke hospital atau klinik berdekatan sekiranya anda: Masih mengalami ketidakselesaan walaupun ubat-ubatan telah diambil Kawasan suntikan menjadi semakin sakit dan terdapat reaksi inflamasi seperti bengkak dan bernanah Mengalami masalah pernafasan seperti sukar bernafas dan sakit dada Sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau reaksi alahan setelah mendapat suntikan pertama atau kedua vaksin COVID-19, anda perlulah menghubungi doktor atau klinik di mana anda mendapat suntikan tersebut supaya rekod mengenai kesan sampingan vaksin dapat diambil dan rawatan dapat diberikan oleh anda. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh anda adalah penting untuk pemantauan keselamatan vaksin tersebut dan data tersebut akan dikemaskini dari masa ke masa untuk penambahbaikan vaksin COVID-19 yang akan dihasilkan pada masa hadapan. Anda tidak perlu risau kerana kesan sampingan vaksin kebanyakannya adalah ringan dan doktor juga sentiasa bersedia untuk merawat sekiranya anda menunjukkan kesan sampingan daripada vaksin tersebut.  Rujukan: 1. SOALAN LAZIM VAKSIN COVID-19 2. SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN COMIRNATY 3. Allergic Reactions Including Anaphylaxis After Receipt of the First Dose of Pfizer-BioNTech COVID-19 Vaccine — United States, December 14–23, 2020 4. Interim Considerations: Preparing for the Potential Management of Anaphylaxis after COVID-19 Vaccination 5. What Are the Side Effects of COVID-19 Vaccines? 6. Should You Get the COVID-19 Vaccine If You Have Allergies? 7. Vaccinating against covid-19 in people who report allergies 8. What to Do if You Have an Allergic Reaction After Getting A COVID-19 Vaccine
Markdown
## Want tailored product and coverage recommendations? There is a protection plan that suits every lifestyle and budget. Share your contact details to get a personalised session with FWD Takaful’s products advisors. Doktor dan Farmasi atas Talian Anda [Corporate](https://www.doctoroncall.com.my/corporate)[Become a Seller](https://www.doctoroncall.com/marketplace/seller/login) [English](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/covid-19-vaccine/corona-vaccine/covid19-vaccine-allergy) [![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/doc-logo.png) ![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/doc-health-centre.png)](https://www.doctoroncall.com.my/) [Account](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/account) [Need Help?](https://www.help.doctoroncall.com.my/) [![Talk to a Doctor Icon](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/images/talk-to-a-doctor-icon.png) Talk to a Doctor](https://link.doctoroncall.com.my/weight-loss) ![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/avatar.svg) **Hello, Guest\!** [Log In](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19) [Sign Up](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19) *** [Utama](https://www.doctoroncall.com.my/) Online PharmacyHOT\! - [Medicine](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/drugs) - [Vitamins](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements) - [Medical Devices](https://www.doctoroncall.com.my/medicine) - [Food & Drinks](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/health-food-drinks) - [Personal Care](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/hygiene) Talk To A Doctor - [Online GP](https://www.doctoroncall.com.my/online-doctor) - [Book Specialists](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor) Health Centre - [Berhenti Merokok](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok) - [Vaksinasi](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksinasi) - [Nutrisi](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi) - [Kanser](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kanser) - [Vaksin COVID-19](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19) - [Kesihatan Jantung](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kesihatan-jantung) - [AIDS & HIV](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/aids-hiv) - [Perancang Keluarga](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/perancang-keluarga) - [Kencing Manis](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kencing-manis) - [Penyakit Hepatitis C](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penyakit-hepatitis-c) - [Asma](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penyakit-asma) - [Penyakit Endometriosis](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penyakit-endometriosis) - [Perkhidmatan Kesihatan](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/perkhidmatan-kesihatan) - [Penyakit Mata](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penyakit-mata) [Forum](https://www.doctoroncall.com.my/tanya/en) *** [Corporate](https://www.doctoroncall.com.my/corporate) [About Us](https://www.doctoroncall.com.my/about-us) [Frequently Asked Questions](https://www.doctoroncall.com.my/help) [Media](https://www.doctoroncall.com.my/media) [Careers](https://www.doctoroncall.com.my/careers) [Panel Doctors](https://www.doctoroncall.com.my/panel-doctor) [Contact Us](https://www.doctoroncall.com.my/contact-us) [![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-fb.svg)](https://www.facebook.com/doctoroncallMY/)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-ig.svg)](https://www.instagram.com/doctoroncallmy/)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-yt.svg)](https://www.youtube.com/@DoctorOnCallMalaysia)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-in.svg)](https://www.linkedin.com/company/doctoroncall.com.my/mycompany/) [Referrals]() [Pharmacy](https://www.doctoroncall.com.my/medicine) [![Talk to a Doctor Icon](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/images/talk-to-a-doctor-icon.png) Talk to a Doctor](https://link.doctoroncall.com.my/weight-loss) [Online PharmacyHOT\!]() ## Explore By - [ENT](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/drugs/ear-nose-throat-ent) - [Brain & Eyes](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/hygiene/eye-care) - [Heart](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/brain-heart-health) - [Joint & Muscle](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/drugs/bone-joint-pain) - [Lungs](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/drugs/respiratory-breathing-problems) - [Kidney](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/drugs/other-medicines) - [Liver](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/liver-health) - [Medicines](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/drugs) - [Vitamins](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements) - [Medical Devices](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/all-devices) - [Food & Drinks](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/health-food-drinks) - [Personal Care](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/hygiene) ## Trending Categories - [Beauty, Antioxidant & Anti-Aging](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/beauty-antioxidant-anti-aging) - [Bone, Joint & Cartilage](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/bone-joint-cartilage) - [Brain & Heart Health](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/brain-heart-health) - [Children's Health](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/children-health) - [Cold, Flu & Immunity](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/cold-flu-immunity) - [Digestive Health](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/digestive-health) - [Eye Health](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/eye-health) - [Fish Oil & Omegas](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/fish-oil-omegas) - [General Health](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/general-health) - [Hair, Skin & Nails](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/hair-skin-nails) - [Liver Health](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/liver-health) - [Men's Health](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/men-health) - [Vitamins](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/vitamin) - [Women's Health](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/supplements/women-health) [DealsSPECIAL OFFERS\!](https://www.doctoroncall.com.my/promos/) [Health ServicesNEW\!]() ## Categories - [Promotions](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/hs-category-promotion) - [Men](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/men) - [Women](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/women) - [Senior](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/senior) - [Working Adults](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/working-adults) - [Pre Marital](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/pre-marital) - [Cancer Screening](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/cancer-screening) - [Sexual Wellness](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/sexual-wellness-packages) - [Heart Screening](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/heart-screening) - [Wellness](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/hs-category-wellness) - [Standalone](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/hs-category-standalone) - [Dentistry](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening/hs-category-dentistry) [Talk To A Doctor]() [ONLINEDoctor Consultation (GP)](https://www.doctoroncall.com.my/online-doctor) [APPOINTMENTSpecialist Consultation](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor) ## All Specialists - [Obstetrician & Gynaecologist](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/search?searchkey=obstetrician%20gynaecologist) - [Fertility Specialist](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/search?searchkey=Fertility%20specialist) - [Neurosurgeon](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/search?searchkey=neurosurgeon) - [Urologist](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/search?searchkey=urologist) - [Ear Nose Throat Specialist](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/search?searchkey=ent) - [General Practitioner](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/search?searchkey=general%20practitioner) [Health Centre]() ## Featured - [Smoking Cessation](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/smoking-cessation) - [Pneumococcal Vaccination](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaccination) - [Heart Health](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/heart-health) - [Hepatitis C](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/hepatitis-c) - [Endometriosis](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/endometriosis) ## Health Conditions [SEE ALL ![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/go.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/conditions) - [Nutrition](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrition) - [COVID-19 Vaccine](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/covid-19-vaccine) - [HIV & AIDS](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/hiv-aids) - [Diabetes](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/diabetes) - [Asthma](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/asthma) - [Cancer](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/health-services/cancer) - [Women's Health](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/health-services/womens-health) - [Vaccine Services](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/health-services/vaccine-services) - [Health Screening](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/health-services/health-screening) [Forum](https://www.doctoroncall.com.my/tanya/en) [More](https://www.doctoroncall.com.my/) [Home](https://www.doctoroncall.com.my/) ![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/next-white.svg)[Info Kesihatan](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre) ![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/next-white.svg)[Vaksin COVID-19](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19) ![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/next-white.svg)[Vaksin Corona](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona) ![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/next-white.svg)[Benarkah Vaksin COVID-19 Menyebabkan Reaksi Alahan Serius?](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19) # Benarkah Vaksin COVID-19 Menyebabkan Reaksi Alahan Serius? ![Adakah Vaksin COVID-19 Menyebabkan Alahan Serius? - DoctorOnCall](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340618599?alt=media&token=932dc41f-cd91-4e96-9537-ad852fee9910) Tujuan Vaksin COVID-19 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari 2021 sebagai langkah untuk menghentikan dan mencegah penularan COVID-19 di negara kita. Program ini dibahagikan kepada tiga fasa dan dijangka akan siap pada Februari 2022 di mana kira-kira 80% penduduk Malaysia dijangka akan selesai divaksinasi. Vaksin COVID-19 ini diberi dengan tujuan untuk mengaktifkan sistem imun terhadap virus COVID-19 sebelum anda menunjukkan gejala sistemik sekiranya anda dijangkiti oleh virus sebenar pada masa hadapan. Vaksin melatih badan untuk menghasilkan protein yang dikenali sebagai antibodi yang berfungsi untuk melindungi tubuh daripada jangkitan. Sebagaimana ubat-ubatan dan rawatan lain, terdapat kesan sampingan yang boleh berlaku dengan pengambilan vaksin seperti reaksi alahan, Namun, risiko untuk seseorang mendapat kesan sampingan reaksi alahan selepas vaksin adalah rendah, sekitar 1 dalam 100,000 suntikan. Kesan Sampingan Vaksin ![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340612717?alt=media&token=7ba45542-7622-4d80-b81b-88b2bf7629d6) Vaksin ini akan disuntik pada otot deltoid, sama ada di sebelah kiri atau kanan. Selepas disuntik, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit untuk melihat sama ada anda mengalami sebarang kesan sampingan ataupun tidak. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala selepas menerima vaksin tersebut, anda tidak perlu risau kerana gejala tersebut biasanya adalah tidak serius dan akan sembuh dalam jangka masa singkat. Berikut merupakan beberapa kesan sampingan vaksin COVID-19 secara umum: Lokal (Pada Bahagian Suntikan): - Sakit - Kemerahan - Bengkak - Gatal - Jangkitan Sistemik (Sistem Badan): - Demam - Lemah dan lesu - Cirit-birit - Sakit kepala - Pening kepala Salah satu kesan sampingan yang jarang dialami oleh seseorang yang menerima vaksin adalah reaksi alahan ataupun anafilaksis iaitu alahan yang lebih teruk dan boleh mengancam nyawa sekiranya tidak ditangani dengan segera. Antara gejala reaksi alahan adalah seperti berikut: - Reaksi kulit seperti timbul ruam dan gatal-gatal - Kesukaran bernafas akibat pengecilan saluran pernafasan - Nadi yang lemah dan laju - Sakit dan pening kepala - Loya, muntah dan cirit-birit - Pitam Pengecualian Vaksin ![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340607913?alt=media&token=090c06f0-cbfa-4819-b434-4e1fc3d17a9b) Oleh itu sekiranya anda memenuhi salah satu daripada kriteria di bawah, anda dikecualikan untuk menerima vaksin: - Sejarah kemasukan hospital disebabkan jangkitan COVID-19 - Mempunyai sejarah alahan terhadap vaksin sebelumnya - Mempunyai alahan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam vaksin yang diterima - Mengalami reaksi alahan selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 - [Sedang hamil](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/vaksin-ketika-hamil) - Sedang menyusukan bayi Cara Menangani Reaksi Alahan Walaupun reaksi alahan ini berbahaya sekiranya terjadi, namun ia mudah untuk ditangani sekiranya gejala dapat dikesan pada peringkat awal. Secara purata, kebanyakan individu yang mengalami reaksi alahan akan menunjukkan gejala sekitar 15 minit selepas mendapat suntikan apabila sistem imun telah mula aktif membina imuniti terhadap vaksin tersebut. Bergantung kepada gejala yang dialami, setiap gejala akan ditangani dan dirawat dengan cara yang berbeza. Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengalami Reaksi Alahan? Reaksi Alahan Yang Serius: ![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340602995?alt=media&token=9616cb5f-d405-439c-a77a-24ed992be116) Sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang serius selepas menerima suntikan dos pertama, anda tidak perlu mendapatkan dos kedua. Menurut Center for Disease Control (CDC) seseorang yang mengalami reaksi alahan yang serius (anafilaksis) perlu dirawat dengan segera di hospital menggunakan epinefrin dan beberapa rawatan sokongan lain untuk melegakan gejala yang dialami. Reaksi Alahan Yang Kurang Serius: Walaupun anda mengalami reaksi alahan yang kurang serius dan tidak memerlukan perhatian segera oleh doktor dan rawatan kecemasan dalam beberapa keadaan, anda juga tidak perlu mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19. Kebanyakan reaksi alahan berlaku sekitar empat jam selepas suntikan diberikan. Antara reaksi alahan yang kurang serius tetapi perlu diberikan perhatian adalah apabila nafas anda berbunyi (disebabkan pengecilan saluran pernafasan), timbul ruam gatal dan bengkak. Anda akan diletakkan di ruang pengawasan atau dihantar ke hospital dengan segera sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan. Mengalami Ruam Sekiranya terdapat ruam di sekitar kawasan suntikan vaksin tersebut, anda boleh mengambil dos kedua tetapi di kawasan berlainan pada waktu yang telah dijadualkan. Kesan ruam di tempat suntikan boleh berlangsung selama beberapa hari atau minggu. Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di bahagian yang disuntik, anda boleh lakukan beberapa perkara di bawah: - Mengenakan tuala bersih yang lembap di kawasan suntikan - Melakukan senaman ringan bahagian lengan untuk mengurangkan rasa sakit - Mengambil ubat tahan sakit sekiranya tidak selesa - Mengambil ubat tahan gatal sekiranya terdapat gatal-gatal di kawasan suntikan Bilakah Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor? ![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340711659?alt=media&token=d25718d9-fd0e-45ef-9537-31dc2c5482cd) Anda dikehendaki untuk pergi ke hospital atau klinik berdekatan sekiranya anda: - Masih mengalami ketidakselesaan walaupun ubat-ubatan telah diambil - Kawasan suntikan menjadi semakin sakit dan terdapat reaksi inflamasi seperti bengkak dan bernanah - Mengalami masalah pernafasan seperti sukar bernafas dan sakit dada Sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau reaksi alahan setelah mendapat suntikan pertama atau kedua vaksin COVID-19, anda perlulah menghubungi doktor atau klinik di mana anda mendapat suntikan tersebut supaya rekod mengenai kesan sampingan vaksin dapat diambil dan rawatan dapat diberikan oleh anda. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh anda adalah penting untuk pemantauan keselamatan vaksin tersebut dan data tersebut akan dikemaskini dari masa ke masa untuk penambahbaikan vaksin COVID-19 yang akan dihasilkan pada masa hadapan. Anda tidak perlu risau kerana kesan sampingan vaksin kebanyakannya adalah ringan dan doktor juga sentiasa bersedia untuk merawat sekiranya anda menunjukkan kesan sampingan daripada vaksin tersebut. Rujukan: 1\. SOALAN LAZIM VAKSIN COVID-19 2\. SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN COMIRNATY 3\. Allergic Reactions Including Anaphylaxis After Receipt of the First Dose of Pfizer-BioNTech COVID-19 Vaccine — United States, December 14–23, 2020 4\. Interim Considerations: Preparing for the Potential Management of Anaphylaxis after COVID-19 Vaccination 5\. What Are the Side Effects of COVID-19 Vaccines? 6\. Should You Get the COVID-19 Vaccine If You Have Allergies? 7\. Vaccinating against covid-19 in people who report allergies 8\. What to Do if You Have an Allergic Reaction After Getting A COVID-19 Vaccine [![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/authors%2F1602851593077-1602851611299?alt=media&token=a7f8e4f3-d282-4d65-af9b-0c70c345df97)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penulis/nabil-nur-aiman-jasman) Ditulis oleh [Nabil Nur Aiman Jasman](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penulis/nabil-nur-aiman-jasman), Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) SEGi University on Disemak oleh [DoctorOnCall Panel Doctor](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penulis/doctoroncall-panel-doctor) ## Related Articles [Adakah Bekas Pesakit COVID-19 Tidak Akan Dijangkiti Semula?](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/bekas-pesakit-dijangkiti) [Kenali Kit Ujian Kendiri COVID-19 & Ujian Saringan Yang Lain](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/ujian-covid19) [COVID-19 Meragut Nyawa Lebih Ramai Lelaki Berbanding Wanita, Mengapa?](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/faktor-kematian-lelaki) [Ketahui Proses Pemberian Vaksin COVID-19 Yang Akan Anda Lalui](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/proses-vaksinasi) [Disebalik Pengendalian Logistik Vaksin Coronavirus (COVID-19)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/cabaran-logistik-vaksin) [Anda Ragu Tentang Vaksin COVID-19? Ketahui Bagaimana Ia Dihasilkan](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/proses-penghasilan-vaksin) [![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/google-banner-02.jpg)](https://www.doctoroncall.com.my/online-doctor) [UBAT Lihatlah katalog e-farmasi kami Beli Sekarang](https://www.doctoroncall.com.my/medicine) [KESIHATAN SEKSUAL Tingkatkan Hubungan Intim Anda Beli Sekarang](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/search-v2?searchTerm=sexual%20health) [VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN Tingkatkan Imunisasi Anda Beli Sekarang](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/search-v2?searchTerm=vitamin&page=0) ![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/doc-logo.png) DoctorOnCall is Malaysia's most complete digital healthcare platform to access clinics, pharmacies, hospitals and health laboratories online. DoctorOnCall provides online doctor and specialist consultation via video-call, voice-call, chat, e-pharmacy, health screening, vaccinations, health tests, health forum and health content. ## Our Services [Order Medicine](https://www.doctoroncall.com.my/medicine) [Consult A Doctor](https://www.doctoroncall.com.my/online-doctor) [Search Hospitals](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/kuala-lumpur/hospitals) [Umrah & Hajj Vaccination](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/umrah-hajj-vaccination-packages) [Book Appointment](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor) [Health Screening](https://www.doctoroncall.com.my/health-screening) [Promotions](https://www.doctoroncall.com.my/promos) [Rewards](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/account) [Vaccine Services](https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/vaccination-services) [Ask A Question](https://www.doctoroncall.com.my/tanya/en) ## Health Content [Health Centre](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre) [Health Forum](https://www.doctoroncall.com.my/tanya/en) [Health Articles](https://www.doctoroncall.com.my/penyakit-a-z) ## COVID-19 Services [COVID-19 Testing](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/coronavirus-covid-19-test-kit) [COVID-19 Vaccine](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/covid-19-vaccine) [COVID-19 Portal](https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus?lang=en) [Bulk On-Site Testing](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/coronavirus-covid-19-test-kit/on-site-office-factory-testing-service) [Bulk On-Site Vaccine](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/coronavirus-covid-19-test-kit/on-site-office-factory-testing-service) ## DoctorOnCall [Contact Us](https://www.doctoroncall.com.my/contact-us) [About Us](https://www.doctoroncall.com.my/about-us) [Privacy](https://www.doctoroncall.com.my/privacyPolicy) [FAQ](https://www.doctoroncall.com.my/help) [Terms of Use](https://www.doctoroncall.com.my/termsOfService) [Doctors Login](https://www.doctoroncall.com.my/doctor#/signin) [Media](https://www.doctoroncall.com.my/media) [Dispensation Policy](https://www.doctoroncall.com.my/medicine/dispensation-policy) [Careers](https://www.doctoroncall.com.my/careers) [Corporate Partners](https://www.doctoroncall.com.my/corporate-partnership) ## DOC Network [DoctorOnCall Global](https://www.doctoroncall.com/) [DoctorOnCall Marketplace](https://www.doctoroncall.com/) [DoctorOnCall B2B](https://www.doctoroncall.com/marketplace) [DoctorOnCall AI](https://www.doctoroncall.com.my/healthcare-ai) [DoctorOnCall Indonesia](https://www.doctoroncall.com/id)[DoctorOnCall Singapore](https://www.doctoroncall.com/sg)[Corporate Service](https://www.doctoroncall.com.my/corporate) ## Follow Us [![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-fb.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-ig.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-yt.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-in.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19) ## Follow Us [![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-fb.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-ig.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-yt.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19)[![](https://doc-cdn.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/health-center/hc-revamp/socmed-in.svg)](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19) ×
Readable Markdown
Tujuan Vaksin COVID-19 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari 2021 sebagai langkah untuk menghentikan dan mencegah penularan COVID-19 di negara kita. Program ini dibahagikan kepada tiga fasa dan dijangka akan siap pada Februari 2022 di mana kira-kira 80% penduduk Malaysia dijangka akan selesai divaksinasi. Vaksin COVID-19 ini diberi dengan tujuan untuk mengaktifkan sistem imun terhadap virus COVID-19 sebelum anda menunjukkan gejala sistemik sekiranya anda dijangkiti oleh virus sebenar pada masa hadapan. Vaksin melatih badan untuk menghasilkan protein yang dikenali sebagai antibodi yang berfungsi untuk melindungi tubuh daripada jangkitan. Sebagaimana ubat-ubatan dan rawatan lain, terdapat kesan sampingan yang boleh berlaku dengan pengambilan vaksin seperti reaksi alahan, Namun, risiko untuk seseorang mendapat kesan sampingan reaksi alahan selepas vaksin adalah rendah, sekitar 1 dalam 100,000 suntikan. Kesan Sampingan Vaksin ![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340612717?alt=media&token=7ba45542-7622-4d80-b81b-88b2bf7629d6) Vaksin ini akan disuntik pada otot deltoid, sama ada di sebelah kiri atau kanan. Selepas disuntik, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit untuk melihat sama ada anda mengalami sebarang kesan sampingan ataupun tidak. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala selepas menerima vaksin tersebut, anda tidak perlu risau kerana gejala tersebut biasanya adalah tidak serius dan akan sembuh dalam jangka masa singkat. Berikut merupakan beberapa kesan sampingan vaksin COVID-19 secara umum: Lokal (Pada Bahagian Suntikan): - Sakit - Kemerahan - Bengkak - Gatal - Jangkitan Sistemik (Sistem Badan): - Demam - Lemah dan lesu - Cirit-birit - Sakit kepala - Pening kepala Salah satu kesan sampingan yang jarang dialami oleh seseorang yang menerima vaksin adalah reaksi alahan ataupun anafilaksis iaitu alahan yang lebih teruk dan boleh mengancam nyawa sekiranya tidak ditangani dengan segera. Antara gejala reaksi alahan adalah seperti berikut: - Reaksi kulit seperti timbul ruam dan gatal-gatal - Kesukaran bernafas akibat pengecilan saluran pernafasan - Nadi yang lemah dan laju - Sakit dan pening kepala - Loya, muntah dan cirit-birit - Pitam Pengecualian Vaksin ![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340607913?alt=media&token=090c06f0-cbfa-4819-b434-4e1fc3d17a9b) Oleh itu sekiranya anda memenuhi salah satu daripada kriteria di bawah, anda dikecualikan untuk menerima vaksin: - Sejarah kemasukan hospital disebabkan jangkitan COVID-19 - Mempunyai sejarah alahan terhadap vaksin sebelumnya - Mempunyai alahan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam vaksin yang diterima - Mengalami reaksi alahan selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 - [Sedang hamil](https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/vaksin-ketika-hamil) - Sedang menyusukan bayi Cara Menangani Reaksi Alahan Walaupun reaksi alahan ini berbahaya sekiranya terjadi, namun ia mudah untuk ditangani sekiranya gejala dapat dikesan pada peringkat awal. Secara purata, kebanyakan individu yang mengalami reaksi alahan akan menunjukkan gejala sekitar 15 minit selepas mendapat suntikan apabila sistem imun telah mula aktif membina imuniti terhadap vaksin tersebut. Bergantung kepada gejala yang dialami, setiap gejala akan ditangani dan dirawat dengan cara yang berbeza. Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengalami Reaksi Alahan? Reaksi Alahan Yang Serius: ![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340602995?alt=media&token=9616cb5f-d405-439c-a77a-24ed992be116) Sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang serius selepas menerima suntikan dos pertama, anda tidak perlu mendapatkan dos kedua. Menurut Center for Disease Control (CDC) seseorang yang mengalami reaksi alahan yang serius (anafilaksis) perlu dirawat dengan segera di hospital menggunakan epinefrin dan beberapa rawatan sokongan lain untuk melegakan gejala yang dialami. Reaksi Alahan Yang Kurang Serius: Walaupun anda mengalami reaksi alahan yang kurang serius dan tidak memerlukan perhatian segera oleh doktor dan rawatan kecemasan dalam beberapa keadaan, anda juga tidak perlu mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19. Kebanyakan reaksi alahan berlaku sekitar empat jam selepas suntikan diberikan. Antara reaksi alahan yang kurang serius tetapi perlu diberikan perhatian adalah apabila nafas anda berbunyi (disebabkan pengecilan saluran pernafasan), timbul ruam gatal dan bengkak. Anda akan diletakkan di ruang pengawasan atau dihantar ke hospital dengan segera sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan. Mengalami Ruam Sekiranya terdapat ruam di sekitar kawasan suntikan vaksin tersebut, anda boleh mengambil dos kedua tetapi di kawasan berlainan pada waktu yang telah dijadualkan. Kesan ruam di tempat suntikan boleh berlangsung selama beberapa hari atau minggu. Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di bahagian yang disuntik, anda boleh lakukan beberapa perkara di bawah: - Mengenakan tuala bersih yang lembap di kawasan suntikan - Melakukan senaman ringan bahagian lengan untuk mengurangkan rasa sakit - Mengambil ubat tahan sakit sekiranya tidak selesa - Mengambil ubat tahan gatal sekiranya terdapat gatal-gatal di kawasan suntikan Bilakah Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor? ![](https://firebasestorage.googleapis.com/v0/b/doctoroncall-cms.appspot.com/o/articles%2F1615340711659?alt=media&token=d25718d9-fd0e-45ef-9537-31dc2c5482cd) Anda dikehendaki untuk pergi ke hospital atau klinik berdekatan sekiranya anda: - Masih mengalami ketidakselesaan walaupun ubat-ubatan telah diambil - Kawasan suntikan menjadi semakin sakit dan terdapat reaksi inflamasi seperti bengkak dan bernanah - Mengalami masalah pernafasan seperti sukar bernafas dan sakit dada Sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau reaksi alahan setelah mendapat suntikan pertama atau kedua vaksin COVID-19, anda perlulah menghubungi doktor atau klinik di mana anda mendapat suntikan tersebut supaya rekod mengenai kesan sampingan vaksin dapat diambil dan rawatan dapat diberikan oleh anda. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh anda adalah penting untuk pemantauan keselamatan vaksin tersebut dan data tersebut akan dikemaskini dari masa ke masa untuk penambahbaikan vaksin COVID-19 yang akan dihasilkan pada masa hadapan. Anda tidak perlu risau kerana kesan sampingan vaksin kebanyakannya adalah ringan dan doktor juga sentiasa bersedia untuk merawat sekiranya anda menunjukkan kesan sampingan daripada vaksin tersebut. Rujukan: 1\. SOALAN LAZIM VAKSIN COVID-19 2\. SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN COMIRNATY 3\. Allergic Reactions Including Anaphylaxis After Receipt of the First Dose of Pfizer-BioNTech COVID-19 Vaccine — United States, December 14–23, 2020 4\. Interim Considerations: Preparing for the Potential Management of Anaphylaxis after COVID-19 Vaccination 5\. What Are the Side Effects of COVID-19 Vaccines? 6\. Should You Get the COVID-19 Vaccine If You Have Allergies? 7\. Vaccinating against covid-19 in people who report allergies 8\. What to Do if You Have an Allergic Reaction After Getting A COVID-19 Vaccine
Shard156 (laksa)
Root Hash4197747398372344156
Unparsed URLmy,com,doctoroncall!www,/health-centre/vaksin-covid-19/vaksin-corona/alahan-vaksin-covid19 s443