🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 141 (from laksa022)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đź“„
INDEXABLE
âś…
CRAWLED
11 hours ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.dagangnews.com/article/malaysia-berpotensi-sebagai-hab-pengeluaran-vaksin-halal-6928
Last Crawled2026-04-16 17:24:36 (11 hours ago)
First Indexed2023-06-29 06:42:50 (2 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleMalaysia berpotensi sebagai hab pengeluaran vaksin halal | DagangNews - Berita Bisnes Anda
Meta Descriptionnull
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Terkini 29 Jun 2021 11:41 AM DagangNews.com Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi membangunkan program pembiayaan Go Halal SME antara Bank Islam dan HDC secara maya hari ini.  Oleh ZUNAIDAH ZAINON [email protected] KUALA LUMPUR 29 Jun - Malaysia mempunyai potensi menjadi hab kepada pengeluaran vaksin dan peranti perubatan halal di rantau ini memandangkan negara memiliki ekosistem yang lengkap bagi menyokong industri berkenaan. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagi mencapai matlamat itu, Malaysia memerlukan pelaburan langsung asing (FDI) untuk pengeluaran vaksin serta peranti perubatan halal.  Katanya, industri halal merupakan salah satu sumber baharu pertumbuhan negara yang mana pasaran halal global amat besar dianggar mencecah AS$3 trilion menjelang 2030. "Sehubungan itu, Halal Development Corporation (HDC) perlu mengambil langkah stategik dan menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan penglibatan syarikat multinasional dalam industi halal demi upscaling serta menarik FDI dan rantaian bekalan halal.  "Saya juga yakin industri halal mempunyai peranan dalam menjayakan strategi kerajaan untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19," katanya.  Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi membangunkan program pembiayaan Go Halal SME antara Bank Islam dan HDC secara maya hari ini.  Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari.  Dana Go Halal SME dengan permulaan saiz portfolio berjumlah RM100 juta ditawarkan dengan kerjasama antara HDC dan Bank Islam. Baca : Bank Islam-HDC perkenal dana Go Halal SME berjumlah RM100 juta Mohamed Azmin berkata, sebagai pengeksport terbesar produk halal dalam kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia juga menjadi Pusat Pengetahuan Halal Global dan peneraju global dalam pengeluaran, perdagangan dan inovasi halal. Tahun lalu, katanya, jumlah eksport halal negara mencecah RM31 bilion melangkaui sasaran RM19 bilion yang ditetapkan di dalam Pelan Induk Industri Halal yang pertama. "Berdasarkan potensinya, kerajaan mahu menjadikan industri halal sebagai industri strategik untuk menjayakan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dengan merancakkan pertumbuhan PKS dalam kalangan bumiputera," katanya.  Menurut beliau, sebanyak 200,000 syarikat PKS terlibat secara langsung dalam aktiviti berkaitan halal. Sehingga Disember 2020, sebanyak 6,727 syarikat PKS telah mempunyai sijil halal. Daripada jumlah itu, hanya 1,507 syarikat PKS terlibat dalam aktiviti mengeksport.  "Ini menunjukkan potensi pertumbuhan untuk industri halal negara kita masih amat luas," tambahnya. - DagangNews.com
Markdown
![](https://www.facebook.com/tr?id=579860583460061&ev=PageView&noscript=1) [Skip to main content](https://www.dagangnews.com/article/malaysia-berpotensi-sebagai-hab-pengeluaran-vaksin-halal-6928#main-content) [![Home](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/dagangnews_logo.png)](https://www.dagangnews.com/index.php/ "Home") ## Main navigation - [Home](https://www.dagangnews.com/index.php/) - [Pilihan Editor](https://www.dagangnews.com/index.php/pilihan-editor) - [Terkini](https://www.dagangnews.com/index.php/Terkini) - [Video](https://www.dagangnews.com/index.php/videos) - [Merrepak](https://www.dagangnews.com/index.php/Merrepak) - [Kolumnis](https://www.dagangnews.com/index.php/kolumnis) - [Anekdot Mawarith](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Anekdot-mawarith) - [APA KATA MEDIA CINA](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Apa-kata-media-cina) - [BUAH PIKIOR](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Buah-pikior) - [DARI HIKAYAT KITA](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Dari-hikayat-kita) - [Eksponen](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/eksponen) - [Idea Digital](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Idea-digital) - [Iktisad](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Iktisad) - [Industri Kreatif](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Industri-kreatif) - [Infiniti](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/infiniti) - [Irsyad](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/irsyad) - [Jiwo Niago](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Jiwo-niago) - [MULANYA DISINI](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Mulanya-di-sini) - [SENsor RINGGIT](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Sensor-ringgit) - [Volatiliti](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/Volatiliti) - [WAINUIOMATA](https://www.dagangnews.com/index.php/Kolumnis/WAINUIOMATA) - [Parafrasa](https://www.dagangnews.com/index.php/parafrasa) - [Sukan](https://www.dagangnews.com/index.php/Sukan) - [English](https://www.dagangnews.com/index.php/english) ## ## Breadcrumb 1. [Home](https://www.dagangnews.com/) / 2. [Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) / 3. Malaysia berpotensi sebagai hab pengeluaran vaksin halal [Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) 29 Jun 2021 11:41 AM ![](https://www.dagangnews.com/themes/dagangnews-circle.png) **DagangNews.com** # Malaysia berpotensi sebagai hab pengeluaran vaksin halal ![](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/styles/medium_2/public/articles/hdc-bank%20islam-jemin.png?itok=ptzZ-UjE) **Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi membangunkan program pembiayaan Go Halal SME antara Bank Islam dan HDC secara maya hari ini.** Oleh ZUNAIDAH ZAINON *[\[email protected\]](https://www.dagangnews.com/cdn-cgi/l/email-protection)* **KUALA LUMPUR 29 Jun** - Malaysia mempunyai potensi menjadi hab kepada pengeluaran vaksin dan peranti perubatan halal di rantau ini memandangkan negara memiliki ekosistem yang lengkap bagi menyokong industri berkenaan. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagi mencapai matlamat itu, Malaysia memerlukan pelaburan langsung asing (FDI) untuk pengeluaran vaksin serta peranti perubatan halal. Katanya, industri halal merupakan salah satu sumber baharu pertumbuhan negara yang mana pasaran halal global amat besar dianggar mencecah AS\$3 trilion menjelang 2030. "Sehubungan itu, Halal Development Corporation (HDC) perlu mengambil langkah stategik dan menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan penglibatan syarikat multinasional dalam industi halal demi upscaling serta menarik FDI dan rantaian bekalan halal. "Saya juga yakin industri halal mempunyai peranan dalam menjayakan strategi kerajaan untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19," katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi membangunkan program pembiayaan Go Halal SME antara Bank Islam dan HDC secara maya hari ini. Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari. Dana Go Halal SME dengan permulaan saiz portfolio berjumlah RM100 juta ditawarkan dengan kerjasama antara HDC dan Bank Islam. ### [Baca : Bank Islam-HDC perkenal dana Go Halal SME berjumlah RM100 juta](https://dagangnews.com/bank-islam-hdc-perkenal-dana-go-halal-sme-berjumlah-rm100-juta-6925) Mohamed Azmin berkata, sebagai pengeksport terbesar produk halal dalam kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia juga menjadi Pusat Pengetahuan Halal Global dan peneraju global dalam pengeluaran, perdagangan dan inovasi halal. Tahun lalu, katanya, jumlah eksport halal negara mencecah RM31 bilion melangkaui sasaran RM19 bilion yang ditetapkan di dalam Pelan Induk Industri Halal yang pertama. "Berdasarkan potensinya, kerajaan mahu menjadikan industri halal sebagai industri strategik untuk menjayakan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dengan merancakkan pertumbuhan PKS dalam kalangan bumiputera," katanya. Menurut beliau, sebanyak 200,000 syarikat PKS terlibat secara langsung dalam aktiviti berkaitan halal. Sehingga Disember 2020, sebanyak 6,727 syarikat PKS telah mempunyai sijil halal. Daripada jumlah itu, hanya 1,507 syarikat PKS terlibat dalam aktiviti mengeksport. "Ini menunjukkan potensi pertumbuhan untuk industri halal negara kita masih amat luas," tambahnya. - ***DagangNews.com*** > ![DagangNews logo](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/inline-images/dagangnews-crop.jpg) > > ### *Layari kami terus di [DagangNews.com](https://www.dagangnews.com/)* #### [SYARAT & TERMA PENGHANTARAN ARTIKEL KLIK DI SINI](https://www.dagangnews.com/article/malaysia-berpotensi-sebagai-hab-pengeluaran-vaksin-halal-6928#accordion-npafo-1) Orang ramai dipelawa menghantar artikel ke ruangan PARAFRASA di [\[email protected\]](https://www.dagangnews.com/cdn-cgi/l/email-protection#12616760736662777f7073717352767375737c757c7765613c717d7f) mengikut ketetapan berikut: 1\. Berbentuk analisis peribadi (Op-Ed) mengenai sesuatu isu atau topik, bukan plagiat 2\. Topik yang mendapat perhatian segera dan utama ialah a. berkaitan perniagaan, perdagangan, keusahawanan, pelaburan b. Ekonomi MADANI c. Pembangunan ekonomi negara dan negeri khusus d. Sektor industri khusus seperti minyak sawit, getah, penerbangan, minyak dan gas e. ESG f. Hak pekerja, hak majikan, hak asasi manusia 3\. Sains & Teknologi a. Penemuan penyelidikan Sains & Teknologi serta teori dan konsep b. Langkah mengkomersialkan produk berasaskan R\&D 4\. Kaedah penulisan a) Sebaiknya seorang penulis sahaja pada penama. b) Berbahasa Malaysia c) Bahasa Inggeris diterima tetapi akan diterjemah ke Bahasa Malaysia d) Editor akan memutuskan jika mahu mengekalkan Bahasa Inggeris e) Tidak melebihi 1,000 patah perkataan dan tidak kurang daripada 600. f) Jika disertakan gambar, juga amat digalakkan tetapi jangan guna Google (elak langgar hakcipta) 5\. Hantar HANYA kepada [DagangNews.com](https:www.dagangnews.com) a) Jika didapati artikel sama disiarkan di media lain kerana penulis menghantar merata-rata, nama penulis akan disenaraihitamkan. b) Sila kemukakan Nama sebenar, Cadangan nama siaran dan emel untuk dihubungi (untuk rekod). ## Yang Hangat Sekarang \! [![](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/styles/normal_size/public/articles/VictorChin3%20%281%29%20%281%29.jpg?itok=bBnVpQ8m)](https://www.dagangnews.com/article/terkini/mahkamah-tinggi-tolak-permohonan-victor-chin-beri-keterangan-dalam-talian-67728) [Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) \- 16 Apr 2026 06:39 PM ### [Mahkamah Tinggi tolak permohonan Victor Chin beri keterangan dalam talian](https://www.dagangnews.com/article/terkini/mahkamah-tinggi-tolak-permohonan-victor-chin-beri-keterangan-dalam-talian-67728) [![](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/styles/normal_size/public/articles/AMS-Advanced-IPO.jpg?itok=p-JJQvOn)](https://www.dagangnews.com/article/terkini/ams-catat-hasil-rm349-juta-bagi-q1fye2026-pencapaian-baik-menjelang-penyenaraian-di-pasaran-ace-pada-23-april-2026-67725) [Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) \- 16 Apr 2026 06:20 PM ### [AMS catat hasil RM34.9 juta bagi Q1FYE2026, pencapaian baik menjelang penyenaraian di Pasaran ACE pada 23 April 2026](https://www.dagangnews.com/article/terkini/ams-catat-hasil-rm349-juta-bagi-q1fye2026-pencapaian-baik-menjelang-penyenaraian-di-pasaran-ace-pada-23-april-2026-67725) [![](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/styles/normal_size/public/articles/Biodiesel%20sawit%20DagangNews.jpg?itok=Bi7PpUCY)](https://www.dagangnews.com/article/terkini/campuran-biodiesel-lebih-tinggi-penggunaan-minyak-sawit-dijangka-naik-300000-tan-setahun-mpob-67726) [Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) \- 16 Apr 2026 06:11 PM ### [Campuran biodiesel lebih tinggi: Penggunaan minyak sawit dijangka naik 300,000 tan setahun – MPOB](https://www.dagangnews.com/article/terkini/campuran-biodiesel-lebih-tinggi-penggunaan-minyak-sawit-dijangka-naik-300000-tan-setahun-mpob-67726) [![](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/styles/normal_size/public/articles/JcbNext_DagangNews.jpg?itok=YdRFSze2)](https://www.dagangnews.com/article/terkini/jcbnext-raih-hampir-rm20-juta-hasil-pelupusan-saham-syarikat-bersekutu-104-corporation-di-taiwan-67724) [Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) \- 16 Apr 2026 06:10 PM ### [JcbNext raih hampir RM20 juta hasil pelupusan saham syarikat bersekutu, 104 Corporation di Taiwan](https://www.dagangnews.com/article/terkini/jcbnext-raih-hampir-rm20-juta-hasil-pelupusan-saham-syarikat-bersekutu-104-corporation-di-taiwan-67724) [![](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/styles/normal_size/public/articles/Gulfstream%20G650ER.jpeg?itok=INWhQii3)](https://www.dagangnews.com/article/terkini/vietnam-luluskan-execujet-mro-services-malaysia-menyelenggara-pesawat-gulfstream-g650er-67723) [Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) \- 16 Apr 2026 06:00 PM ### [Vietnam luluskan ExecuJet MRO Services Malaysia menyelenggara pesawat Gulfstream G650ER](https://www.dagangnews.com/article/terkini/vietnam-luluskan-execujet-mro-services-malaysia-menyelenggara-pesawat-gulfstream-g650er-67723) [![](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/styles/normal_size/public/articles/Johor%20Plantations%20DagangNews.jpg?itok=t-y4Yfdt)](https://www.dagangnews.com/article/terkini/johor-plantations-catat-hasil-rm172-bilion-untung-naik-kepada-rm34364-juta-pada-fy2025-67722) [Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) \- 16 Apr 2026 05:58 PM ### [Johor Plantations catat hasil RM1.72 bilion, untung naik kepada RM343.64 juta pada FY2025](https://www.dagangnews.com/article/terkini/johor-plantations-catat-hasil-rm172-bilion-untung-naik-kepada-rm34364-juta-pada-fy2025-67722) [![](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/banner/Emailbannerskyscrapper%20300px.gif)](https://www.dagangnews.com/cdn-cgi/l/email-protection#9efbfaf7eaf1ecdefafff9fff0f9f0fbe9edb0fdf1f3) ## Berita - 01 [The 17th China Children’s Film Dubbing Promotion and Exhibition Event Officially Kicks Off](https://www.dagangnews.com/article/english/17th-china-childrens-film-dubbing-promotion-and-exhibition-event-officially-kicks-67738) - 02 [Mahkamah Tinggi tolak permohonan Victor Chin beri keterangan dalam talian](https://www.dagangnews.com/article/terkini/mahkamah-tinggi-tolak-permohonan-victor-chin-beri-keterangan-dalam-talian-67728) - 03 [AMS catat hasil RM34.9 juta bagi Q1FYE2026, pencapaian baik menjelang penyenaraian di Pasaran ACE pada 23 April 2026](https://www.dagangnews.com/article/terkini/ams-catat-hasil-rm349-juta-bagi-q1fye2026-pencapaian-baik-menjelang-penyenaraian-di-pasaran-ace-pada-23-april-2026-67725) - 04 [Campuran biodiesel lebih tinggi: Penggunaan minyak sawit dijangka naik 300,000 tan setahun – MPOB](https://www.dagangnews.com/article/terkini/campuran-biodiesel-lebih-tinggi-penggunaan-minyak-sawit-dijangka-naik-300000-tan-setahun-mpob-67726) - 05 [JcbNext raih hampir RM20 juta hasil pelupusan saham syarikat bersekutu, 104 Corporation di Taiwan](https://www.dagangnews.com/article/terkini/jcbnext-raih-hampir-rm20-juta-hasil-pelupusan-saham-syarikat-bersekutu-104-corporation-di-taiwan-67724) - 06 [Vietnam luluskan ExecuJet MRO Services Malaysia menyelenggara pesawat Gulfstream G650ER](https://www.dagangnews.com/article/terkini/vietnam-luluskan-execujet-mro-services-malaysia-menyelenggara-pesawat-gulfstream-g650er-67723) ## Link - [Home](https://www.dagangnews.com/) - [Pilihan Editor](https://www.dagangnews.com/article/pilihan-editor) - [Terkini](https://www.dagangnews.com/terkini) - [Video](https://www.dagangnews.com/video) - [Merrepak](https://www.dagangnews.com/merrepak) - [Kolumnis](https://www.dagangnews.com/kolumnis) - [Parafrasa](https://www.dagangnews.com/parafrasa) - [Sukan](https://www.dagangnews.com/sukan) - [English](https://www.dagangnews.com/en-my) ## Contact info ![DagangNews logo](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/inline-images/dagangnews_new%20-%20white%20font.png) - Dagang News Sdn Bhd 06-06, Pusat Perdagangan, Plaza Azalea, 10, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor - [\[email protected\]](https://www.dagangnews.com/cdn-cgi/l/email-protection#8ce9e8e5f8e3fecce8edebede2ebe2e9fbffa2efe3e1) **[DagangNews.com](https://dagangnews.com/) is a proud member of** ![MPI logo](https://www.dagangnews.com/sites/default/files/inline-images/MPI-LOGO.jpg) icons by [icons8.com](https://icons8.com/) © Copyright [DagangNews.com](https://dagangnews.com/) 2025. All Rights Reserved.
Readable Markdown
[Terkini](https://www.dagangnews.com/Terkini) 29 Jun 2021 11:41 AM ![](https://www.dagangnews.com/themes/dagangnews-circle.png) **DagangNews.com** **Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi membangunkan program pembiayaan Go Halal SME antara Bank Islam dan HDC secara maya hari ini.** Oleh ZUNAIDAH ZAINON *[\[email protected\]](https://www.dagangnews.com/cdn-cgi/l/email-protection)* **KUALA LUMPUR 29 Jun** - Malaysia mempunyai potensi menjadi hab kepada pengeluaran vaksin dan peranti perubatan halal di rantau ini memandangkan negara memiliki ekosistem yang lengkap bagi menyokong industri berkenaan. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagi mencapai matlamat itu, Malaysia memerlukan pelaburan langsung asing (FDI) untuk pengeluaran vaksin serta peranti perubatan halal. Katanya, industri halal merupakan salah satu sumber baharu pertumbuhan negara yang mana pasaran halal global amat besar dianggar mencecah AS\$3 trilion menjelang 2030. "Sehubungan itu, Halal Development Corporation (HDC) perlu mengambil langkah stategik dan menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan penglibatan syarikat multinasional dalam industi halal demi upscaling serta menarik FDI dan rantaian bekalan halal. "Saya juga yakin industri halal mempunyai peranan dalam menjayakan strategi kerajaan untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19," katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi membangunkan program pembiayaan Go Halal SME antara Bank Islam dan HDC secara maya hari ini. Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari. Dana Go Halal SME dengan permulaan saiz portfolio berjumlah RM100 juta ditawarkan dengan kerjasama antara HDC dan Bank Islam. ### [Baca : Bank Islam-HDC perkenal dana Go Halal SME berjumlah RM100 juta](https://dagangnews.com/bank-islam-hdc-perkenal-dana-go-halal-sme-berjumlah-rm100-juta-6925) Mohamed Azmin berkata, sebagai pengeksport terbesar produk halal dalam kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia juga menjadi Pusat Pengetahuan Halal Global dan peneraju global dalam pengeluaran, perdagangan dan inovasi halal. Tahun lalu, katanya, jumlah eksport halal negara mencecah RM31 bilion melangkaui sasaran RM19 bilion yang ditetapkan di dalam Pelan Induk Industri Halal yang pertama. "Berdasarkan potensinya, kerajaan mahu menjadikan industri halal sebagai industri strategik untuk menjayakan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dengan merancakkan pertumbuhan PKS dalam kalangan bumiputera," katanya. Menurut beliau, sebanyak 200,000 syarikat PKS terlibat secara langsung dalam aktiviti berkaitan halal. Sehingga Disember 2020, sebanyak 6,727 syarikat PKS telah mempunyai sijil halal. Daripada jumlah itu, hanya 1,507 syarikat PKS terlibat dalam aktiviti mengeksport. "Ini menunjukkan potensi pertumbuhan untuk industri halal negara kita masih amat luas," tambahnya. - ***DagangNews.com***
Shard141 (laksa)
Root Hash15056177289345983141
Unparsed URLcom,dagangnews!www,/article/malaysia-berpotensi-sebagai-hab-pengeluaran-vaksin-halal-6928 s443