ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 2.9 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.buletintv3.my/nasional/jpj-sita-73-motosikal-terlibat-pengubahsuaian-kenderaan-haram/ |
| Last Crawled | 2026-01-22 19:35:29 (2 months ago) |
| First Indexed | not set |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | JPJ sita 73 motosikal terlibat pengubahsuaian kenderaan haram | BULETIN TV3 Malaysia |
| Meta Description | KUALA LUMPUR: Sejumlah 73 motosikal disita kerana didapati diubah suai secara ekstrem dalam Operasi Sepadu Motosikal di sekitar ibu negara semalam dan di Plaza Tol Gombak, di sini awal pagi hari ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur d... |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Nasional
FOTO: Ihsan JPJ
KUALA LUMPUR:
Sejumlah 73 motosikal disita kerana didapati diubah suai secara ekstrem dalam Operasi Sepadu Motosikal di sekitar ibu negara semalam dan di Plaza Tol Gombak, di sini awal pagi hari ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, sebanyak 4,545 kenderaan diperiksa manakala 1,353 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi yang bermula 3 petang hingga tengah malam itu.
“Operasi ini memfokuskan kepada pengubahsuaian ekstrem pada motosikal yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
“Antara kesalahan dikesan ubah suai casis sehingga menjejaskan kestabilan dan keselamatan.
“Selain itu, penggunaan ekzos aftermarket yang menghasilkan bunyi terlalu kuat melebihi had dibenarkan dan penggunaan tayar bersaiz terlalu kecil,”kata kenyataan itu semalam.
Dalam kenyataan sama, JPJ Kuala Lumpur berkata, pihaknya turut menjalankan advokasi berhubung keselamatan topi keledar dan mengedarkan topi keledar mempunyai perakuan Institut Piawaian dan Penyelidikan (SIRIM).
Katanya, operasi itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Dalam operasi sama, 19 warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (Pati) terdiri daripada sembilan warga Indonesia, Bangladesh (3), India (4) dan lain-lain ditahan dalam operasi itu.
Katanya, pihak AADK membuat saringan air kencing ke atas 141 individu dan menahan 16 individu yang didapati positif penggunaan dadah.
Sementara itu, pihak JSPT mengeluarkan 134 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi berkenaan.
Ikuti sekarang!
WhatsApp Channel
rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
Berita berkaitan |
| Markdown | Tumpuan :
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
[](https://www.buletintv3.my/)
[](https://www.buletintv3.my/)
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
Terkini
Nasional\+
JENAYAH & MAHKAMAH\+
Tragedi
Laporan Khas\+
Seantero
Sukan
Hiburan
LAIN-LAIN\+
Nasional
# JPJ sita 73 motosikal terlibat pengubahsuaian kenderaan haram

FOTO: Ihsan JPJ
**KUALA LUMPUR:** Sejumlah 73 motosikal disita kerana didapati diubah suai secara ekstrem dalam Operasi Sepadu Motosikal di sekitar ibu negara semalam dan di Plaza Tol Gombak, di sini awal pagi hari ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, sebanyak 4,545 kenderaan diperiksa manakala 1,353 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi yang bermula 3 petang hingga tengah malam itu.
“Operasi ini memfokuskan kepada pengubahsuaian ekstrem pada motosikal yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
“Antara kesalahan dikesan ubah suai casis sehingga menjejaskan kestabilan dan keselamatan.
“Selain itu, penggunaan ekzos aftermarket yang menghasilkan bunyi terlalu kuat melebihi had dibenarkan dan penggunaan tayar bersaiz terlalu kecil,”kata kenyataan itu semalam.
Dalam kenyataan sama, JPJ Kuala Lumpur berkata, pihaknya turut menjalankan advokasi berhubung keselamatan topi keledar dan mengedarkan topi keledar mempunyai perakuan Institut Piawaian dan Penyelidikan (SIRIM).
Katanya, operasi itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Dalam operasi sama, 19 warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (Pati) terdiri daripada sembilan warga Indonesia, Bangladesh (3), India (4) dan lain-lain ditahan dalam operasi itu.
Katanya, pihak AADK membuat saringan air kencing ke atas 141 individu dan menahan 16 individu yang didapati positif penggunaan dadah.
Sementara itu, pihak JSPT mengeluarkan 134 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi berkenaan.
***Ikuti sekarang! [WhatsApp Channel](https://whatsapp.com/channel/0029Va6QQiT77qVNa0kMjS2Z) rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.***
Berita berkaitan
[](https://www.buletintv3.my/jenayah/enggan-benarkan-isteri-bermalam-suami-ugut-bapa-mentua-dengan-samurai/ "Enggan benarkan isteri bermalam, suami ugut bapa mentua dengan samurai")
[Jenayah](https://www.buletintv3.my/jenayah/ "Jenayah")
[Enggan benarkan isteri bermalam, suami ugut bapa mentua dengan samurai](https://www.buletintv3.my/jenayah/enggan-benarkan-isteri-bermalam-suami-ugut-bapa-mentua-dengan-samurai/ "Enggan benarkan isteri bermalam, suami ugut bapa mentua dengan samurai")
[](https://www.buletintv3.my/nasional/pelajar-ipt-cedera-teruk-disondol-babi-hutan/ "Pelajar IPT cedera teruk disondol babi hutan")
[Nasional](https://www.buletintv3.my/nasional/ "Nasional")
[Pelajar IPT cedera teruk disondol babi hutan](https://www.buletintv3.my/nasional/pelajar-ipt-cedera-teruk-disondol-babi-hutan/ "Pelajar IPT cedera teruk disondol babi hutan")
[](https://www.buletintv3.my/mahkamah/bekas-pegawai-mara-didakwa-25-pertuduhan-pecah-amanah-lebih-rm15000/ "Bekas pegawai MARA didakwa 25 pertuduhan pecah amanah lebih RM15,000")
[Mahkamah](https://www.buletintv3.my/mahkamah/ "Mahkamah")
[Bekas pegawai MARA didakwa 25 pertuduhan pecah amanah lebih RM15,000](https://www.buletintv3.my/mahkamah/bekas-pegawai-mara-didakwa-25-pertuduhan-pecah-amanah-lebih-rm15000/ "Bekas pegawai MARA didakwa 25 pertuduhan pecah amanah lebih RM15,000")
[](https://www.buletintv3.my/nasional/sindiket-migran-tumpas-2-tekong-dan-43-pati-ditahan/ "Sindiket migran tumpas, 2 tekong dan 43 PATI ditahan")
[Jenayah](https://www.buletintv3.my/jenayah/ "Jenayah")
[Sindiket migran tumpas, 2 tekong dan 43 PATI ditahan](https://www.buletintv3.my/nasional/sindiket-migran-tumpas-2-tekong-dan-43-pati-ditahan/ "Sindiket migran tumpas, 2 tekong dan 43 PATI ditahan")
Loading...
Terkini
[](https://www.buletintv3.my/)
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
- [Mengenai Kami](https://www.buletintv3.my/mengenai-kami/)
- \|
- [Hubungi Kami](https://www.buletintv3.my/hubungi-kami/)
- \|
- [Notis Perlindungan Peribadi](https://www.buletintv3.my/notis-perlindungan-peribadi/)
© Copyright 2026 - Buletin TV3 by REV Media Group, a part of Media Prima Group
Didaftarkan dibawah SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (198301011326) |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 142 (laksa) |
| Root Hash | 14876165385893883342 |
| Unparsed URL | my,buletintv3!www,/nasional/jpj-sita-73-motosikal-terlibat-pengubahsuaian-kenderaan-haram/ s443 |