ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 3.5 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.buletintv3.my/nasional/2-ditahan-bantu-siasatan-kes-godam-kad-tng/ |
| Last Crawled | 2026-01-08 02:26:37 (3 months ago) |
| First Indexed | 2025-09-12 07:06:40 (7 months ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Content | |
| Meta Title | 2 ditahan bantu siasatan kes godam kad TnG | BULETIN TV3 Malaysia |
| Meta Description | Oleh: Ahmad Hasbi SEREMBAN: Syarikat pengangkutan di daerah ini yang mempunyai 160 lori dikesan menggunakan kad Touch n Go (TnG) yang dipercayai digodam untuk membayar tol sejak lebih setahun lalu. Difahamkan, kad itu adalah kad TnG yang asli, nam... |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Alzafny menunjukkan barang rampasan daripada syarikat pengangkutan pada sidang media, hari ini. – Foto NSTP
Oleh: Ahmad Hasbi
SEREMBAN:
Syarikat pengangkutan di daerah ini yang mempunyai 160 lori dikesan menggunakan kad Touch n Go (TnG) yang dipercayai digodam untuk membayar tol sejak lebih setahun lalu.
Difahamkan, kad itu adalah kad TnG yang asli, namun digodam seorang lelaki dengan memasukkan nilai sehingga RM300 sebelum menjualnya kepada syarikat berkenaan pada kadar RM150 ke RM200 sekeping.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, susulan aduan daripada pihak TnG, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan isterinya seorang wanita warga China di daerah ini, pada 9 September lalu.
“Pada 18 Julai lalu pihak TnG mengenalpasti tiada keseimbangan hasil kutipan dan tuntutan daripada beberapa plaza tol sebelum menjalankan siasatan dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) plaza tol terbabit.
“Beberapa lori milik sebuah syarikat dipercayai melakukan transaksi tidak sah. Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Seremban membuat serbuan di sebuah syarikat di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Beliau berkata, pemilik syarikat seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang wanita warga China berusia 33 tahun ditahan kerana disyaki menggunakan kad TnG yang digodam dengan tambah nilai tidak sah.
“Turut dirampas adalah tiga telefon bimbit, 304 kad TnG, seunit CVTV dan wang tunai berjumlah RM400,000.
“Hasil siasatan awal mendapati kad TnG digodam dengan tambah nilai tidak sah untuk kegunaan syarikat bagi mengelak membayar kos tol sepanjang perjalanan lori syarikat,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai modus operandi, beliau berkata, kad berkenaan dibeli daripada seorang lelaki tempatan yang masih bebas yang mana menggunakan perisian khas yang boleh dibeli secara atas talian.
“Kad ini adalah asli, namun digodam menggunakan dua perisian khas oleh lelaki berkenaan. Kami tidak nafikan yang suspek ini mungkin menjual kad ini kepada pihak lain juga.
“Sebanyak 213 kad disahkan pihak TnG dengan jumlah kerugian mencecah RM59,920 bagi Julai dan Ogos akibat syarikat ini sahaja, namun masih terdapat kerugian lain yang sedang disiasat,” katanya.
Menurutnya, suspek lelaki adalah pemilik syarikat, manakala suspek wanita berperanan memeriksa kad yang diterima sekiranya ia bermasalah sebelum diedarkan kepada pemandu lori bagi melepasi plaza tol.
Alzafny berkata, pihaknya sedang memburu pembekal kad berkenaan, manakala dua suspek direman selama empat hari bermula 10 hingga 13 September bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis mengingatkan kepada orang awam sebarang penggunaan kad TnG yang digodam adalah salah di sisi undang-undang.
“Ini adalah kes kedua seumpama ini di negara ini,” katanya. |
| Markdown | Tumpuan :
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
[](https://www.buletintv3.my/)
[](https://www.buletintv3.my/)
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
Terkini
Nasional\+
JENAYAH & MAHKAMAH\+
Tragedi
Laporan Khas\+
Seantero
Sukan
Hiburan
LAIN-LAIN\+
Nasional
# 2 ditahan bantu siasatan kes godam kad TnG

Alzafny menunjukkan barang rampasan daripada syarikat pengangkutan pada sidang media, hari ini. – Foto NSTP
**Oleh: Ahmad Hasbi**
**SEREMBAN:** Syarikat pengangkutan di daerah ini yang mempunyai 160 lori dikesan menggunakan kad Touch n Go (TnG) yang dipercayai digodam untuk membayar tol sejak lebih setahun lalu.
Difahamkan, kad itu adalah kad TnG yang asli, namun digodam seorang lelaki dengan memasukkan nilai sehingga RM300 sebelum menjualnya kepada syarikat berkenaan pada kadar RM150 ke RM200 sekeping.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, susulan aduan daripada pihak TnG, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan isterinya seorang wanita warga China di daerah ini, pada 9 September lalu.
“Pada 18 Julai lalu pihak TnG mengenalpasti tiada keseimbangan hasil kutipan dan tuntutan daripada beberapa plaza tol sebelum menjalankan siasatan dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) plaza tol terbabit.
“Beberapa lori milik sebuah syarikat dipercayai melakukan transaksi tidak sah. Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Seremban membuat serbuan di sebuah syarikat di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Beliau berkata, pemilik syarikat seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang wanita warga China berusia 33 tahun ditahan kerana disyaki menggunakan kad TnG yang digodam dengan tambah nilai tidak sah.
“Turut dirampas adalah tiga telefon bimbit, 304 kad TnG, seunit CVTV dan wang tunai berjumlah RM400,000.
“Hasil siasatan awal mendapati kad TnG digodam dengan tambah nilai tidak sah untuk kegunaan syarikat bagi mengelak membayar kos tol sepanjang perjalanan lori syarikat,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai modus operandi, beliau berkata, kad berkenaan dibeli daripada seorang lelaki tempatan yang masih bebas yang mana menggunakan perisian khas yang boleh dibeli secara atas talian.
“Kad ini adalah asli, namun digodam menggunakan dua perisian khas oleh lelaki berkenaan. Kami tidak nafikan yang suspek ini mungkin menjual kad ini kepada pihak lain juga.
“Sebanyak 213 kad disahkan pihak TnG dengan jumlah kerugian mencecah RM59,920 bagi Julai dan Ogos akibat syarikat ini sahaja, namun masih terdapat kerugian lain yang sedang disiasat,” katanya.
Menurutnya, suspek lelaki adalah pemilik syarikat, manakala suspek wanita berperanan memeriksa kad yang diterima sekiranya ia bermasalah sebelum diedarkan kepada pemandu lori bagi melepasi plaza tol.
Alzafny berkata, pihaknya sedang memburu pembekal kad berkenaan, manakala dua suspek direman selama empat hari bermula 10 hingga 13 September bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis mengingatkan kepada orang awam sebarang penggunaan kad TnG yang digodam adalah salah di sisi undang-undang.
“Ini adalah kes kedua seumpama ini di negara ini,” katanya.
Berita berkaitan
[](https://www.buletintv3.my/nasional/kes-rasuah-tender-bekas-ptd-2-isteri-tiba-di-mahkamah-bagi-proses-reman/ "Kes rasuah tender: Bekas PTD, 2 isteri tiba di mahkamah bagi proses reman")
[Nasional](https://www.buletintv3.my/nasional/ "Nasional")
[Kes rasuah tender: Bekas PTD, 2 isteri tiba di mahkamah bagi proses reman](https://www.buletintv3.my/nasional/kes-rasuah-tender-bekas-ptd-2-isteri-tiba-di-mahkamah-bagi-proses-reman/ "Kes rasuah tender: Bekas PTD, 2 isteri tiba di mahkamah bagi proses reman")
[](https://www.buletintv3.my/nasional/gps-lori-sengaja-dimatikan-untuk-elak-ditahan-jpj/ "GPS lori sengaja dimatikan untuk elak ditahan JPJ")
[Nasional](https://www.buletintv3.my/nasional/ "Nasional")
[GPS lori sengaja dimatikan untuk elak ditahan JPJ](https://www.buletintv3.my/nasional/gps-lori-sengaja-dimatikan-untuk-elak-ditahan-jpj/ "GPS lori sengaja dimatikan untuk elak ditahan JPJ")
[](https://www.buletintv3.my/nasional/malaysia-airlines-sahkan-mh21-berpatah-balik-akibat-isu-teknikal/ "Malaysia Airlines sahkan MH21 berpatah balik akibat isu teknikal")
[Nasional](https://www.buletintv3.my/nasional/ "Nasional")
[Malaysia Airlines sahkan MH21 berpatah balik akibat isu teknikal](https://www.buletintv3.my/nasional/malaysia-airlines-sahkan-mh21-berpatah-balik-akibat-isu-teknikal/ "Malaysia Airlines sahkan MH21 berpatah balik akibat isu teknikal")
[](https://www.buletintv3.my/nasional/1569-mangsa-banjir-berlindung-di-pps-di-3-negeri/ "1,569 mangsa banjir berlindung di PPS di 3 negeri")
[Nasional](https://www.buletintv3.my/nasional/ "Nasional")
[1,569 mangsa banjir berlindung di PPS di 3 negeri](https://www.buletintv3.my/nasional/1569-mangsa-banjir-berlindung-di-pps-di-3-negeri/ "1,569 mangsa banjir berlindung di PPS di 3 negeri")
Loading...
Terkini
[](https://www.buletintv3.my/)
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
- [Mengenai Kami](https://www.buletintv3.my/mengenai-kami/)
- \|
- [Hubungi Kami](https://www.buletintv3.my/hubungi-kami/)
- \|
- [Notis Perlindungan Peribadi](https://www.buletintv3.my/notis-perlindungan-peribadi/)
© Copyright 2026 - Buletin TV3 by REV Media Group, a part of Media Prima Group
Didaftarkan dibawah SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (198301011326) |
| Readable Markdown | null |
| ML Classification | |
| ML Categories | null |
| ML Page Types | null |
| ML Intent Types | null |
| Content Metadata | |
| Language | en-us |
| Author | null |
| Publish Time | 2025-09-12 06:42:21 (7 months ago) |
| Original Publish Time | 2025-09-12 06:42:21 (7 months ago) |
| Republished | No |
| Word Count (Total) | 537 |
| Word Count (Content) | 401 |
| Links | |
| External Links | 6 |
| Internal Links | 17 |
| Technical SEO | |
| Meta Nofollow | No |
| Meta Noarchive | No |
| JS Rendered | No |
| Redirect Target | null |
| Performance | |
| Download Time (ms) | 866 |
| TTFB (ms) | 853 |
| Download Size (bytes) | 14,352 |
| Shard | 142 (laksa) |
| Root Hash | 14876165385893883342 |
| Unparsed URL | my,buletintv3!www,/nasional/2-ditahan-bantu-siasatan-kes-godam-kad-tng/ s443 |