ā¹ļø Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 2.9 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.buletintv3.my/mahkamah/seorang-lagi-pegawai-penguat-kuasa-klia-ditahan-sprm/ |
| Last Crawled | 2026-01-08 20:21:08 (2 months ago) |
| First Indexed | 2025-09-11 09:13:50 (6 months ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Seorang lagi pegawai penguat kuasa KLIA ditahan SPRM | BULETIN TV3 Malaysia |
| Meta Description | KUALA LUMPUR: Seorang lagi pegawai agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket ācounter settingā yang bertujuan melepaskan warga asing masuk ke negara ini tanpa mengikut prosedur dite... |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Mahkamah
Pegawai penguat kuasa wanita antara tangkapan terbaHAru Op Rentas susulan kegiatan sindiket ācounter settingā. ā Foto SPRM
KUALA LUMPUR:
Seorang lagi pegawai agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket ācounter settingā yang bertujuan melepaskan warga asing masuk ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
Wanita berusia lingkungan 40-an itu yang bertugas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan kira-kira jam 10 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Menurut sumber, suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket ācounter settingā di mana mereka dipercayai terbabit kegiatan rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga negara asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
āTangkapan terhadap suspek ini adalah susulan kepada Op Rentas yang dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM pada Selasa,ā katanya.
Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Dalam pada itu, Majistret Nurul Aāin Faqihah Mohd Yusof membenarkan suspek direman lima hari sehingga 15 September ini, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.
Menerusi Op Rentas, seramai 30 individu ditahan dan 27 daripada mereka membabitkan 18 pegawai agensi penguat kuasa, lima pemilik syarikat dan tiga orang awam.
Mereka kini ditahan reman antara empat hingga tujuh hari bermula Rabu.
Susulan operasi itu juga, SPRM menyita pelbagai jenis aset seperti kereta dan motosikal, barangan kemas, kepingan emas, peranti telekomunikasi, beg tangan serta jam tangan yang belum dianggarkan nilai keseluruhannya.
SPRM turut menyita wang tunai lebih RM200,000 dan membekukan 57 akaun perbankan membabitkan 48 akaun individu dan sembilan akaun syarikat dengan nilai lebih RM2.7 juta.
Berita berkaitan |
| Markdown | Tumpuan :
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
[](https://www.buletintv3.my/)
[](https://www.buletintv3.my/)
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
Terkini
Nasional\+
JENAYAH & MAHKAMAH\+
Tragedi
Laporan Khas\+
Seantero
Sukan
Hiburan
LAIN-LAIN\+
Mahkamah
# Seorang lagi pegawai penguat kuasa KLIA ditahan SPRM

Pegawai penguat kuasa wanita antara tangkapan terbaHAru Op Rentas susulan kegiatan sindiket ācounter settingā. ā Foto SPRM
**KUALA LUMPUR:** Seorang lagi pegawai agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket ācounter settingā yang bertujuan melepaskan warga asing masuk ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
Wanita berusia lingkungan 40-an itu yang bertugas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan kira-kira jam 10 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Menurut sumber, suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket ācounter settingā di mana mereka dipercayai terbabit kegiatan rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga negara asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
āTangkapan terhadap suspek ini adalah susulan kepada Op Rentas yang dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM pada Selasa,ā katanya.
Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Dalam pada itu, Majistret Nurul Aāin Faqihah Mohd Yusof membenarkan suspek direman lima hari sehingga 15 September ini, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.
Menerusi Op Rentas, seramai 30 individu ditahan dan 27 daripada mereka membabitkan 18 pegawai agensi penguat kuasa, lima pemilik syarikat dan tiga orang awam.
Mereka kini ditahan reman antara empat hingga tujuh hari bermula Rabu.
Susulan operasi itu juga, SPRM menyita pelbagai jenis aset seperti kereta dan motosikal, barangan kemas, kepingan emas, peranti telekomunikasi, beg tangan serta jam tangan yang belum dianggarkan nilai keseluruhannya.
SPRM turut menyita wang tunai lebih RM200,000 dan membekukan 57 akaun perbankan membabitkan 48 akaun individu dan sembilan akaun syarikat dengan nilai lebih RM2.7 juta.
Berita berkaitan
[![\[VIDEO\] The Voice of Hind Rajab kini ditayangkan di 29 pawagam seluruh negara](https://media.buletintv3.my/2026/01/788F4A2D-250A-465E-88E6-5D9B6D0869D6.jpeg)](https://www.buletintv3.my/nasional/video-the-voice-of-hind-rajab-kini-ditayangkan-di-29-pawagam-seluruh-negara/ "[VIDEO] The Voice of Hind Rajab kini ditayangkan di 29 pawagam seluruh negara")
[Dunia Seni](https://www.buletintv3.my/dunia-seni/ "Dunia Seni")
[\[VIDEO\] The Voice of Hind Rajab kini ditayangkan di 29 pawagam seluruh negara](https://www.buletintv3.my/nasional/video-the-voice-of-hind-rajab-kini-ditayangkan-di-29-pawagam-seluruh-negara/ "[VIDEO] The Voice of Hind Rajab kini ditayangkan di 29 pawagam seluruh negara")
[![\[VIDEO\] Hind telah tiada, namun suara perjuangannya masih bergema](https://media.buletintv3.my/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-08-at-19.03.11.jpeg)](https://www.buletintv3.my/nasional/hind-telah-tiada-namun-suara-perjuangannya-masih-bergema/ "[VIDEO] Hind telah tiada, namun suara perjuangannya masih bergema")
[Dunia Seni](https://www.buletintv3.my/dunia-seni/ "Dunia Seni")
[\[VIDEO\] Hind telah tiada, namun suara perjuangannya masih bergema](https://www.buletintv3.my/nasional/hind-telah-tiada-namun-suara-perjuangannya-masih-bergema/ "[VIDEO] Hind telah tiada, namun suara perjuangannya masih bergema")
[](https://www.buletintv3.my/nasional/tiada-tindakan-lanjut-terhadap-47-pertuduhan-rasuah-zahid-agc/ "Tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan rasuah Zahid ā AGC")
[Nasional](https://www.buletintv3.my/nasional/ "Nasional")
[Tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan rasuah Zahid ā AGC](https://www.buletintv3.my/nasional/tiada-tindakan-lanjut-terhadap-47-pertuduhan-rasuah-zahid-agc/ "Tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan rasuah Zahid ā AGC")
[](https://www.buletintv3.my/nasional/jbpm-bantu-wanita-cedera-di-kawasan-pedalaman-dapatkan-rawatan/ "JBPM bantu wanita cedera di kawasan pedalaman dapatkan rawatan")
[Nasional](https://www.buletintv3.my/nasional/ "Nasional")
[JBPM bantu wanita cedera di kawasan pedalaman dapatkan rawatan](https://www.buletintv3.my/nasional/jbpm-bantu-wanita-cedera-di-kawasan-pedalaman-dapatkan-rawatan/ "JBPM bantu wanita cedera di kawasan pedalaman dapatkan rawatan")
Loading...
Terkini
[](https://www.buletintv3.my/)
[LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/Buletin_TV3?utm_source=Buletin_TV3&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
- [Mengenai Kami](https://www.buletintv3.my/mengenai-kami/)
- \|
- [Hubungi Kami](https://www.buletintv3.my/hubungi-kami/)
- \|
- [Notis Perlindungan Peribadi](https://www.buletintv3.my/notis-perlindungan-peribadi/)
Ā© Copyright 2026 - Buletin TV3 by REV Media Group, a part of Media Prima Group
Didaftarkan dibawah SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (198301011326) |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 142 (laksa) |
| Root Hash | 14876165385893883342 |
| Unparsed URL | my,buletintv3!www,/mahkamah/seorang-lagi-pegawai-penguat-kuasa-klia-ditahan-sprm/ s443 |