🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 168 (from laksa141)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
✅
CRAWLED
10 hours ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.budiey.com/ayai-ilusi-dedah-syamel-ciplak-lagu-hidup-dalam-mati/
Last Crawled2026-04-14 04:57:42 (10 hours ago)
First Indexed2020-05-12 19:11:38 (5 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleAyai Ilusi Dedah Syamel Ciplak Lagu HIDUP DALAM MATI – Budiey Channel
Meta Descriptionnull
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Menurut berita yang dipetik dari Mstar Online pada hari ini, selepas sekian lama berdiam diri penyanyi Ayai (Ilusi) akhirnya tampil mendedahkan melodi Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel (AF 2015) merupakan karyanya yang diciplak oleh penyanyi itu. Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin , 54, berkata, lagu berkenaan dihasilkannya khas untuk finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris berjudul Ku Kejar Bayang Mu. “Saya sedar perkara itu selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 apabila diberitahu oleh Idris sendiri, lagu nyanyian Syamel Hidup Dalam Mati mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan saya cuma ditukar lirik dan dimodenkan. “Apa yang saya kesal mengapa tiada seorang daripada pihak Syamel yang memaklumkan kepada saya tentang perkara itu sejak sekian lama malah Syamel sendiri tanpa segan silu mengaku ia adalah karya ciptaannya sendiri. “Selama ini saya hanya berdiam kerana saya mahu lihat sejauh manakah pihak-pihak terlibat hendak mengaku ia karya mereka. Bagaimanapun ada pihak menasihati saya agar menuntut keadilan kerana ia melibatkan hak cipta,” katanya. “Lagi pun saya kasihankan Syamel, saya tidak mahu kerjaya dia musnah kerana pendedahan saya ini,” Ayai diminta mengulas tentang lagu Hidup Dalam Mati yang dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) tertera namanya sebagai komposer bersama sedangkan selama ini semua pihak dimaklumkan karya berkenaan ialah milik Syamel. Ayai berkata, perkara itu terbongkar selepas lagu tersebut menghadapi masalah untuk dipertandingkan ke Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik 22 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Katanya, selepas insiden itu, baharulah dia dihubungi oleh DD Music Sdn Bhd milik Edry Abdul Halim selaku penerbit untuk urusan perjanjian dan penyediaan kontrak. “Saya gembira lagu itu menerima sambutan hangat sehingga dicalonkan ke peringkat Anugerah Planet Muzik di Singapura. “Cuma mereka menghadapi masalah bila perkara itu diketahui oleh pihak penganjur AIM dan Muzik-Muzik yang meminta ia diselesaikan. Kerana perkara itu barulah mereka hendak melakukan rundingan,” katanya. Jelas Ayai, dia turut kesal apabila pihak DD Music tidak berbincang terlebih dahulu sebaliknya terus menyediakan kontrak untuk mengagihkan royalti sebanyak 50 peratus kepada dia tanpa apa-apa persetujuan yang dicapai. Dia juga kecewa sehingga kini tiada seorang pun termasuk Syamel sendiri tampil untuk meminta maaf atas perkara yang berlaku itu. Dalam pada itu, Ayai berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik untuk mendedahkan perkara ini. Sebaliknya dia tidak mahu gejala ciplak atau plagiat menjadi sesuatu yang diamalkan dalam industri muzik tanah air. “Sebenarnya saya memang tidak mahu besarkan perkara ini tapi saya juga tidak mahu aktiviti ciplak menjadi satu perkara yang biasa dalam industri kita. “Mereka seharusnya fikir dahulu tentang halal dan haram sesuatu sumber pendapatan yang diambil daripada hak orang lain,” ujarnya.
Markdown
[![Budiey Channel](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2024/12/LOGO-BUDIEY-CHANNEL-3.jpg)](https://www.budiey.com/) - [Facebook](https://www.facebook.com/budieychannel) - [Twitter](https://twitter.com/budiey) - [TikTok](https://www.tiktok.com/@budieychannel) - [Spotify](https://open.spotify.com/user/budiey) - [Linkedin](https://www.linkedin.com/in/budiey) - [Pinterest](https://pinterest.com/budiey) - [flickr](https://www.flickr.com/photos/malique/) - [Tumblr](https://www.tumblr.com/blog/budiey) - [Instagram](https://www.instagram.com/budiey) - [Youtube](https://www.youtube.com/c/BudieyChannel%20) - [Twitch](https://www.twitch.tv/budieyisma/) - [Reddit](https://www.reddit.com/user/budieyisma/) [Search](https://www.budiey.com/?s=) - [Hubungi Budiey](https://www.budiey.com/hubungi-budiey/) - [Gadget](https://www.budiey.com/category/gadget/) - [Eksklusif](https://www.budiey.com/category/eksklusif/) - [Trending](https://www.budiey.com/category/trending/) - [Travel](https://www.budiey.com/category/travel/) - [Acara](https://www.budiey.com/category/events/ "Events") - [Filem](https://www.budiey.com/category/filem/) - [Muzik](https://www.budiey.com/category/music-2/) - [Peraduan](https://www.budiey.com/category/peraduan/) - [Advertorial](https://www.budiey.com/category/advertorial/) - [ARKIB](https://www.budiey.com/arkib/) - [IKLAN](https://www.budiey.com/iklankan-di-sini/) [Menu](https://www.budiey.com/ayai-ilusi-dedah-syamel-ciplak-lagu-hidup-dalam-mati/) [![Budiey Channel](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2025/07/LOGO-BUDIEY-CHANNEL.png) ![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2025/07/LOGO-BUDIEY-CHANNEL.png)](https://www.budiey.com/) [Search](https://www.budiey.com/?s=) in [Ayai Ilusi](https://www.budiey.com/category/ayai-ilusi/), [Berita Panas](https://www.budiey.com/category/gosip/), [Syamel](https://www.budiey.com/category/syamel/) # Ayai Ilusi Dedah Syamel Ciplak Lagu HIDUP DALAM MATI by [![](https://secure.gravatar.com/avatar/8310aec1ec844d15843d770fa8feb71b4ce752710545f491373715321b3e341a?s=40&d=mm&r=g) **Budiey**](https://www.budiey.com/author/admin/ "Posts by Budiey") Wednesday, 9 November, 2016, 12:27 pm Menurut berita yang dipetik dari Mstar Online pada hari ini, selepas sekian lama berdiam diri penyanyi Ayai (Ilusi) akhirnya tampil mendedahkan melodi Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel (AF 2015) merupakan karyanya yang diciplak oleh penyanyi itu. Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin , 54, berkata, lagu berkenaan dihasilkannya khas untuk finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris berjudul Ku Kejar Bayang Mu. “Saya sedar perkara itu selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 apabila diberitahu oleh Idris sendiri, lagu nyanyian Syamel Hidup Dalam Mati mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan saya cuma ditukar lirik dan dimodenkan. “Apa yang saya kesal mengapa tiada seorang daripada pihak Syamel yang memaklumkan kepada saya tentang perkara itu sejak sekian lama malah Syamel sendiri tanpa segan silu mengaku ia adalah karya ciptaannya sendiri. “Selama ini saya hanya berdiam kerana saya mahu lihat sejauh manakah pihak-pihak terlibat hendak mengaku ia karya mereka. Bagaimanapun ada pihak menasihati saya agar menuntut keadilan kerana ia melibatkan hak cipta,” katanya. “Lagi pun saya kasihankan Syamel, saya tidak mahu kerjaya dia musnah kerana pendedahan saya ini,” Ayai diminta mengulas tentang lagu Hidup Dalam Mati yang dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) tertera namanya sebagai komposer bersama sedangkan selama ini semua pihak dimaklumkan karya berkenaan ialah milik Syamel. Ayai berkata, perkara itu terbongkar selepas lagu tersebut menghadapi masalah untuk dipertandingkan ke Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik 22 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Katanya, selepas insiden itu, baharulah dia dihubungi oleh DD Music Sdn Bhd milik Edry Abdul Halim selaku penerbit untuk urusan perjanjian dan penyediaan kontrak. “Saya gembira lagu itu menerima sambutan hangat sehingga dicalonkan ke peringkat Anugerah Planet Muzik di Singapura. “Cuma mereka menghadapi masalah bila perkara itu diketahui oleh pihak penganjur AIM dan Muzik-Muzik yang meminta ia diselesaikan. Kerana perkara itu barulah mereka hendak melakukan rundingan,” katanya. Jelas Ayai, dia turut kesal apabila pihak DD Music tidak berbincang terlebih dahulu sebaliknya terus menyediakan kontrak untuk mengagihkan royalti sebanyak 50 peratus kepada dia tanpa apa-apa persetujuan yang dicapai. Dia juga kecewa sehingga kini tiada seorang pun termasuk Syamel sendiri tampil untuk meminta maaf atas perkara yang berlaku itu. Dalam pada itu, Ayai berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik untuk mendedahkan perkara ini. Sebaliknya dia tidak mahu gejala ciplak atau plagiat menjadi sesuatu yang diamalkan dalam industri muzik tanah air. “Sebenarnya saya memang tidak mahu besarkan perkara ini tapi saya juga tidak mahu aktiviti ciplak menjadi satu perkara yang biasa dalam industri kita. “Mereka seharusnya fikir dahulu tentang halal dan haram sesuatu sumber pendapatan yang diambil daripada hak orang lain,” ujarnya. 23 SHARES [Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.budiey.com%2Fayai-ilusi-dedah-syamel-ciplak-lagu-hidup-dalam-mati%2F)[Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=Ayai%20Ilusi%20Dedah%20Syamel%20Ciplak%20Lagu%20HIDUP%20DALAM%20MATI&url=https://www.budiey.com/ayai-ilusi-dedah-syamel-ciplak-lagu-hidup-dalam-mati/&via=budiey) See more - [**Previous article** Ayda Jebat Dipilih Nyanyi Lagu Tema Filem MOANA](https://www.budiey.com/ayda-jebat-dipilih-nyanyi-lagu-tema-filem-moana/) - [**Next article** ​​​AirAsia Wins Two Gold Awards at the 30th International ARC Awards in New York City](https://www.budiey.com/airasia-wins-gold-awards-30th-international-arc-awards-york-city/) [![](https://secure.gravatar.com/avatar/8310aec1ec844d15843d770fa8feb71b4ce752710545f491373715321b3e341a?s=80&d=mm&r=g)](https://www.budiey.com/author/admin/) ## Written by [Budiey](https://www.budiey.com/author/admin/) Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel. - [facebook](https://www.facebook.com/budieydotcom) - [twitter](https://www.twitter.com/budiey) - [tiktok](https://www.tiktok.com/@budieyisma) - [spotify](https://open.spotify.com/user/budiey) - [linkedin](https://www.linkedin.com/in/budiey/) - [pinterest](https://www.pinterest.com/budiey/) - [flickr](https://www.flickr.com/photos/malique/) - [tumblr](https://www.tumblr.com/blog/budiey) - [instagram](https://www.instagram.com/budiey/) - [youtube](https://www.youtube.com/c/BudieyChannel) - [twitch](https://www.twitch.tv/budieyisma) - [reddit](https://www.reddit.com/user/budieyisma/) ## More From: [Ayai Ilusi](https://www.budiey.com/category/ayai-ilusi/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2023/10/AYAI-ILUSI-364x205.jpg)](https://www.budiey.com/ayai-ilusi-tersingkir-di-minggu-ke-5-pentas-all-stars-gegar-vaganza-2023/ "Ayai Ilusi Tersingkir di Minggu Ke-5 Pentas All Stars Gegar Vaganza 2023") ### [Ayai Ilusi Tersingkir di Minggu Ke-5 Pentas All Stars Gegar Vaganza 2023](https://www.budiey.com/ayai-ilusi-tersingkir-di-minggu-ke-5-pentas-all-stars-gegar-vaganza-2023/) - ### [Muzik Video MANUSIA SEMPURNA Nyanyian Ayai & Awi Rafael Kini di Youtube](https://www.budiey.com/muzik-video-manusia-sempurna-nyanyian-ayai-awi-rafael-kini-di-youtube/) - ### [Ayai Ilusi Guna Duit Menang Gegar Vaganza Tunai Ibadah Haji](https://www.budiey.com/ayai-ilusi-guna-duit-menang-gegar-vaganza-tunai-ibadah-haji/) - ### [Ayai Ilusi Juara Gegar Vaganza Musim Pertama](https://www.budiey.com/ayai-ilusi-juara-gegar-vaganza-musim-pertama/) ## 5 TOPIK TRENDING - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/e-mas-364x156.jpg)](https://www.budiey.com/krisis-minyak-dunia-buka-mata-tentang-masa-depan-kereta-ev-di-malaysia/ "Krisis Minyak Dunia Buka Mata Tentang Masa Depan Kereta EV di Malaysia") ### [Krisis Minyak Dunia Buka Mata Tentang Masa Depan Kereta EV di Malaysia](https://www.budiey.com/krisis-minyak-dunia-buka-mata-tentang-masa-depan-kereta-ev-di-malaysia/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2020/10/trending-viral-hiasan-364x156.jpg)](https://www.budiey.com/isteri-tuntut-harta-khaby-lame-didakwa-tiada-aset-sendiri/ "Isteri Tuntut Harta, Rupanya Khaby Lame Didakwa Tiada Harta & Aset Sendiri") ### [Isteri Tuntut Harta, Rupanya Khaby Lame Didakwa Tiada Harta & Aset Sendiri](https://www.budiey.com/isteri-tuntut-harta-khaby-lame-didakwa-tiada-aset-sendiri/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/e-mas-364x156.jpg)](https://www.budiey.com/walaupun-jualan-februari-menurun-proton-e-mas-5-terus-kukuh-dalam-pasaran-ev/ "Walaupun Jualan Februari Menurun, Proton e.MAS 5 Terus Kukuh Dalam Pasaran") ### [Walaupun Jualan Februari Menurun, Proton e.MAS 5 Terus Kukuh Dalam Pasaran](https://www.budiey.com/walaupun-jualan-februari-menurun-proton-e-mas-5-terus-kukuh-dalam-pasaran-ev/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/anugerah-juara-lagu-40-364x156.jpg)](https://www.budiey.com/senarai-top-20-lagu-separuh-akhir-anugerah-juara-lagu-jl40-kini-diumumkan/ "Senarai Top 20 Lagu Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu Diumumkan") ### [Senarai Top 20 Lagu Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu Diumumkan](https://www.budiey.com/senarai-top-20-lagu-separuh-akhir-anugerah-juara-lagu-jl40-kini-diumumkan/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/matta-364x156.jpg)](https://www.budiey.com/matta-fair-2026-di-mitec-berjaya-pecah-rekod-johor-pula-curi-tumpuan/ "MATTA Fair 2026 di MITEC Berjaya Pecah Rekod, Johor Pula Curi Tumpuan") ### [MATTA Fair 2026 di MITEC Berjaya Pecah Rekod, Johor Pula Curi Tumpuan](https://www.budiey.com/matta-fair-2026-di-mitec-berjaya-pecah-rekod-johor-pula-curi-tumpuan/) ## ARTIKEL TERKINI - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/aduh-1-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/realme-16-pro-series-tawar-ganjaran-eksklusif-untuk-hari-pertama-yang-berbaloi/ "realme 16 Pro Series Tawar Ganjaran Eksklusif Untuk Hari Pertama Yang Berbaloi") ### [realme 16 Pro Series Tawar Ganjaran Eksklusif Untuk Hari Pertama Yang Berbaloi](https://www.budiey.com/realme-16-pro-series-tawar-ganjaran-eksklusif-untuk-hari-pertama-yang-berbaloi/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/aduh-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/nadia-rosli-ucie-sucita-bergabung-dalam-single-duet-aduh-gak-kuat/ "Nadia Rosli & Ucie Sucita Bergabung Dalam Single Duet ‘Aduh Gak Kuat’") ### [Nadia Rosli & Ucie Sucita Bergabung Dalam Single Duet ‘Aduh Gak Kuat’](https://www.budiey.com/nadia-rosli-ucie-sucita-bergabung-dalam-single-duet-aduh-gak-kuat/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/rain-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/pengaktifan-pelancongan-strategik-kuala-lumpur-sempena-festival-rain-rave/ "Pengaktifan Pelancongan Strategik Kuala Lumpur Sempena Festival Rain Rave") ### [Pengaktifan Pelancongan Strategik Kuala Lumpur Sempena Festival Rain Rave](https://www.budiey.com/pengaktifan-pelancongan-strategik-kuala-lumpur-sempena-festival-rain-rave/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/exo-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/konsert-exo-planet-6-exhorizon-in-kuala-lumpur-ubati-rindu-peminat/ "Konsert EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur Ubati Rindu Peminat") ### [Konsert EXO Planet \#6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur Ubati Rindu Peminat](https://www.budiey.com/konsert-exo-planet-6-exhorizon-in-kuala-lumpur-ubati-rindu-peminat/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/Tzi-Xuan-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/tzi-xuan-ubati-rindu-peminat-di-fan-meeting-sulung-ring-the-moment-di-kl/ "Tzi Xuan Ubati Rindu Peminat di Fan Meeting Sulung ‘Ring The Moment’") ### [Tzi Xuan Ubati Rindu Peminat di Fan Meeting Sulung ‘Ring The Moment’](https://www.budiey.com/tzi-xuan-ubati-rindu-peminat-di-fan-meeting-sulung-ring-the-moment-di-kl/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/bonvoy-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/marriott-bonvoy-rai-tahun-melawat-malaysia-2026-dengan-tawaran-eksklusif/ "Marriott Bonvoy Rai Tahun Melawat Malaysia 2026 Dengan Tawaran Eksklusif") ### [Marriott Bonvoy Rai Tahun Melawat Malaysia 2026 Dengan Tawaran Eksklusif](https://www.budiey.com/marriott-bonvoy-rai-tahun-melawat-malaysia-2026-dengan-tawaran-eksklusif/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/mini-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/mini-malaysia-rai-dua-edisi-khas-warisan-perlumbaan-ikonik-dunia/ "MINI Malaysia Rai Dua Edisi Khas Sempena Warisan Perlumbaan Ikonik Dunia") ### [MINI Malaysia Rai Dua Edisi Khas Sempena Warisan Perlumbaan Ikonik Dunia](https://www.budiey.com/mini-malaysia-rai-dua-edisi-khas-warisan-perlumbaan-ikonik-dunia/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/tiktok-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/malam-serumpun-2026-bukti-tiktok-live-perkasa-kreator-malaysia/ "Malam Serumpun 2026 Bukti TikTok LIVE Perkasa Kreator Malaysia") ### [Malam Serumpun 2026 Bukti TikTok LIVE Perkasa Kreator Malaysia](https://www.budiey.com/malam-serumpun-2026-bukti-tiktok-live-perkasa-kreator-malaysia/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/honor-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/pandang-pertama-honor-600-pro-5g-tampil-dengan-rekaan-flagship-kamera-200mp/ "Pandang Pertama HONOR 600 Pro 5G Dengan Rekaan Flagship Kamera 200MP") ### [Pandang Pertama HONOR 600 Pro 5G Dengan Rekaan Flagship Kamera 200MP](https://www.budiey.com/pandang-pertama-honor-600-pro-5g-tampil-dengan-rekaan-flagship-kamera-200mp/) - [![](https://www.budiey.com/wp-content/uploads/2026/04/acer-90x67.jpg)](https://www.budiey.com/acer-malaysia-lancar-tiga-komputer-baharu-dengan-gabungan-prestasi-ciri-pintar-ai/ "Acer Malaysia Lancar Tiga Komputer Baharu Dengan Gabungan Ciri Pintar Ai") ### [Acer Malaysia Lancar Tiga Komputer Baharu Dengan Gabungan Ciri Pintar Ai](https://www.budiey.com/acer-malaysia-lancar-tiga-komputer-baharu-dengan-gabungan-prestasi-ciri-pintar-ai/) [Ayda Jebat Dipilih Nyanyi Lagu Tema Filem MOANA](https://www.budiey.com/ayda-jebat-dipilih-nyanyi-lagu-tema-filem-moana/) [​​​AirAsia Wins Two Gold Awards at the 30th International ARC Awards in New York City](https://www.budiey.com/airasia-wins-gold-awards-30th-international-arc-awards-york-city/) © 2007 - 2026 Budiey Dot Com Media [Close](https://www.budiey.com/ayai-ilusi-dedah-syamel-ciplak-lagu-hidup-dalam-mati/) - [Hubungi Budiey](https://www.budiey.com/hubungi-budiey/) - [Gadget](https://www.budiey.com/category/gadget/) - [Eksklusif](https://www.budiey.com/category/eksklusif/) - [Trending](https://www.budiey.com/category/trending/) - [Travel](https://www.budiey.com/category/travel/) - [Acara](https://www.budiey.com/category/events/ "Events") - [Filem](https://www.budiey.com/category/filem/) - [Muzik](https://www.budiey.com/category/music-2/) - [Peraduan](https://www.budiey.com/category/peraduan/) - [Advertorial](https://www.budiey.com/category/advertorial/) - [ARKIB](https://www.budiey.com/arkib/) - [IKLAN](https://www.budiey.com/iklankan-di-sini/) - [Facebook](https://www.facebook.com/budieychannel) - [Twitter](https://twitter.com/budiey) - [TikTok](https://www.tiktok.com/@budieychannel) - [Spotify](https://open.spotify.com/user/budiey) - [Linkedin](https://www.linkedin.com/in/budiey) - [Pinterest](https://pinterest.com/budiey) - [flickr](https://www.flickr.com/photos/malique/) - [Tumblr](https://www.tumblr.com/blog/budiey) - [Instagram](https://www.instagram.com/budiey) - [Youtube](https://www.youtube.com/c/BudieyChannel%20) - [Twitch](https://www.twitch.tv/budieyisma/) - [Reddit](https://www.reddit.com/user/budieyisma/)
Readable Markdown
Menurut berita yang dipetik dari Mstar Online pada hari ini, selepas sekian lama berdiam diri penyanyi Ayai (Ilusi) akhirnya tampil mendedahkan melodi Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel (AF 2015) merupakan karyanya yang diciplak oleh penyanyi itu. Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin , 54, berkata, lagu berkenaan dihasilkannya khas untuk finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris berjudul Ku Kejar Bayang Mu. “Saya sedar perkara itu selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 apabila diberitahu oleh Idris sendiri, lagu nyanyian Syamel Hidup Dalam Mati mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan saya cuma ditukar lirik dan dimodenkan. “Apa yang saya kesal mengapa tiada seorang daripada pihak Syamel yang memaklumkan kepada saya tentang perkara itu sejak sekian lama malah Syamel sendiri tanpa segan silu mengaku ia adalah karya ciptaannya sendiri. “Selama ini saya hanya berdiam kerana saya mahu lihat sejauh manakah pihak-pihak terlibat hendak mengaku ia karya mereka. Bagaimanapun ada pihak menasihati saya agar menuntut keadilan kerana ia melibatkan hak cipta,” katanya. “Lagi pun saya kasihankan Syamel, saya tidak mahu kerjaya dia musnah kerana pendedahan saya ini,” Ayai diminta mengulas tentang lagu Hidup Dalam Mati yang dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) tertera namanya sebagai komposer bersama sedangkan selama ini semua pihak dimaklumkan karya berkenaan ialah milik Syamel. Ayai berkata, perkara itu terbongkar selepas lagu tersebut menghadapi masalah untuk dipertandingkan ke Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik 22 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Katanya, selepas insiden itu, baharulah dia dihubungi oleh DD Music Sdn Bhd milik Edry Abdul Halim selaku penerbit untuk urusan perjanjian dan penyediaan kontrak. “Saya gembira lagu itu menerima sambutan hangat sehingga dicalonkan ke peringkat Anugerah Planet Muzik di Singapura. “Cuma mereka menghadapi masalah bila perkara itu diketahui oleh pihak penganjur AIM dan Muzik-Muzik yang meminta ia diselesaikan. Kerana perkara itu barulah mereka hendak melakukan rundingan,” katanya. Jelas Ayai, dia turut kesal apabila pihak DD Music tidak berbincang terlebih dahulu sebaliknya terus menyediakan kontrak untuk mengagihkan royalti sebanyak 50 peratus kepada dia tanpa apa-apa persetujuan yang dicapai. Dia juga kecewa sehingga kini tiada seorang pun termasuk Syamel sendiri tampil untuk meminta maaf atas perkara yang berlaku itu. Dalam pada itu, Ayai berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik untuk mendedahkan perkara ini. Sebaliknya dia tidak mahu gejala ciplak atau plagiat menjadi sesuatu yang diamalkan dalam industri muzik tanah air. “Sebenarnya saya memang tidak mahu besarkan perkara ini tapi saya juga tidak mahu aktiviti ciplak menjadi satu perkara yang biasa dalam industri kita. “Mereka seharusnya fikir dahulu tentang halal dan haram sesuatu sumber pendapatan yang diambil daripada hak orang lain,” ujarnya.
Shard168 (laksa)
Root Hash10765128798666099168
Unparsed URLcom,budiey!www,/ayai-ilusi-dedah-syamel-ciplak-lagu-hidup-dalam-mati/ s443