🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 124 (from laksa086)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
10 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.4 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/10/485912/terapi-muzik-mampu-rawat-gelodak-jiwa
Last Crawled2026-04-06 20:24:09 (10 days ago)
First Indexed2018-11-01 10:16:45 (7 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleTerapi muzik mampu rawat gelodak jiwa
Meta DescriptionHARI Kesihatan Mental Sedunia diraikan setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
HARI Kesihatan Mental Sedunia diraikan setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual. Secara jelasnya, Dasar Kesihatan Mental Negara mentakrifkan kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok dan persekitaran berinteraksi antara satu sama lain. Ia bagi mempromosi kesejahteraan subjektif serta fungsi yang optimum dan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan yang selari dengan keadilan. Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini bertemakan ‘Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Perubahan Dunia’. Masalah kesihatan mental bukan satu bentuk masalah kesihatan baharu, malah sudah wujud sejak zaman Yunani lagi. Sorotan terhadap sejarah dan tamadun Islam juga menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental turut berlaku pada era itu. Kaedah rawatan Islam Tamadun Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam merawat pesakit mental, antaranya menggunakan ubat-ubatan, termasuk daripada herba dan rempah-ratus. Paling menarik untuk disebut ialah pesakit mental era tamadun Islam turut dirawat menggunakan terapi muzik, namun tamadun Islam bukan pengasas kepada aplikasi terapi muzik dalam merawat kesihatan mental. Kajian ke atas teks perubatan Yunani sudah menemukan saranan agar muzik dijadikan sebagai elemen teraputik terhadap jasad dan jiwa manusia. Ini bermakna, kaedah merawat pesakit mental menggunakan terapi muzik sudah lama diaplikasi oleh pelbagai tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, Ibn Sina mengatakan bahawa satu daripada kaedah paling efektif dalam merawat penyakit ialah memperdengarkan muzik kepada pesakit. Ini menunjukkan muzik memberi kesan kepada penyembuhan penyakit, sekali gus muzik boleh menjadi terapi dalam rawatan penyakit. Malah, tamadun lampau turut membuktikan bahawa pada masa dahulu, lagu, mantera dan irama digunakan untuk menyembuhkan penyakit fisiologi atau psikologi yang dipercayai disebabkan oleh roh yang jahat. Ini bermakna, sudah wujud andaian bahawa muzik memiliki kuasa ghaib yang dapat menyembuhkan orang sakit. Dalam tamadun Islam pula, aplikasi terapi muzik dikesan berlaku di hospital tertentu. Keberkesanan terapi muzik Kaedah pelaksanaan terapi muzik pula pelbagai. Ada hospital yang menggunakan sekumpulan pemuzik membuat persembahan setiap hari di hospital, ada juga yang menetapkan setiap tiga kali sehari, penyanyi dan pemuzik akan mempersembahkan nyanyian dan alunan muzik di bahagian tengah hospital yang bersambung terus dengan bilik pesakit melalui balkoni. Sesetengah hospital pula menyediakan pentas untuk pemuzik menghiburkan pesakit mental agar mereka lebih tenang dan sentiasa ceria. Antara alat muzik yang digunakan ialah ‘ud, qanun dan nay. Ketiga-tiga alatan muzik ini adalah alatan klasik yang terpenting di dunia Arab. ‘Ud ialah sejenis alatan bertali yang menyerupai alatan moden seperti mandolin. ‘Ud berbentuk seperti buah pir yang dibuat menggunakan bongkah kayu, mempunyai empat tali dan menjadikannya lebih istimewa kerana setiap tali simbolik kepada empat elemen, iaitu api, air, udara dan bumi. Qanun juga mempunyai banyak tali, manakala nay pula agak berbeza dengan ‘ud dan qanun disebabkan nay ialah alatan yang boleh ditiup dan bentuknya menyerupai seruling. Muzik yang dipilih pula ialah yang mempunyai nada bersesuaian dengan iklim semasa, contohnya nada yang bersifat panas disesuaikan dengan cuaca sejuk dan begitulah sebaliknya. Biasanya, mod yang digunakan untuk rawatan menggunakan terapi muzik harus selari dengan perubahan denyutan nadi pesakit. Demikian juga aspek waktu dan hari perlu ditetapkan sebaik-baiknya agar kesan rawatan menjadi lebih efektif. Keberkesanannya bergantung kepada bentuk bunyi serta jenis instrumen yang digunakan. Tegasnya, terapi muzik dapat mempengaruhi peredaran darah, kadar tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung. Bagaimanapun, keberkesanannya bergantung kepada kemerduan dan kelantangan bunyi muzik. Kaedah bercerita Ada ketikanya, kaedah rawatan terapi muzik ini tidak dilakukan secara bersendirian, sebaliknya turut disekalikan dengan kaedah rawatan lain seperti bercerita. Dalam sesi rawatan bercerita, lazimnya tiga individu yang fasih berbicara diundang untuk mendeklemasikan syair atau lagu sambil bercerita berdasarkan tema daripada kisah 1,001 malam. Hakikat yang perlu difahami dalam aplikasi terapi muzik untuk merawat kesihatan mental ialah muzik tidak menyembuhkan sepenuhnya penyakit, sebaliknya untuk menenang, mengurangkan simptom atau kesakitan yang ditanggung dan mempercepatkan proses pemulihan. Ia biasanya memberi kesan positif kepada pesakit apabila mereka mengalami perubahan emosi yang baik dengan penurunan tahap kebimbangan. Pesakit yang dirawat menggunakan kaedah ini juga lebih tenang dan kadar tekanan darah mereka mengalami penurunan. Walaupun banyak sumber mendedahkan mengenai rawatan terapi muzik diaplikasi ke atas pesakit mental, hakikatnya banyak juga penyakit lain yang turut memanfaatkan kaedah rawatan ini. Antara penyakit lain yang turut mendapat faedah daripada kaedah rawatan terapi muzik, termasuk koma, lumpuh, sakit gigi serta rawatan membentuk keperibadian. Penulis adalah Pengarah Pusat Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia
Markdown
![](https://www.facebook.com/tr?id=4312273875505550&ev=PageView&noscript=1) [![](https://assets.bharian.com.my/assets/logo-bho.png?id=04c5b0e6736bb4a74266)](https://www.bharian.com.my/) ![](https://assets.bharian.com.my/assets/BH-MEDIA-RUJUKAN-MASSA-2-DESKTOP-400x53px.png?id=0e08f305d18882eaf5aa) [LOG MASUK](https://oauth.revmedia.my/authorize?client_id=110578201452586&response_type=code&redirect_uri=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fcallback) Isnin, 6 April 2026, 8:24pm [![](https://assets.bharian.com.my/assets/social-appstore.png?id=55874db1b7dddd5f03a0)](https://apps.apple.com/us/app/berita-harian/id1034150140?utm_campaign=fp&utm_medium=web&utm_source=bh) [![](https://assets.bharian.com.my/assets/social-playstore.png?id=4c620ae6fed478be37ec)](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nstp.bh&utm_source=bh&utm_campaign=fp&utm_medium=web) [![](https://assets.bharian.com.my/assets/twitter-x.png?id=56ba7487f9ba50f137fb)](https://twitter.com/bharianmy) [![](https://assets.bharian.com.my/assets/tiktok-icon.png?id=53acc5b92ccd9f85203e)](https://vm.tiktok.com/ZSe967CLB/) [![](https://assets.bharian.com.my/assets/LUMI_BH.png?id=16e5b28c91a12bb10f5c)](https://luminews.my/ms/publishers/Berita_Harian?utm_source=Berita_Harian&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub) - [Berita](https://www.bharian.com.my/berita) - [Sukan](https://www.bharian.com.my/sukan) - [Dunia](https://www.bharian.com.my/dunia) - [Hiburan](https://www.bharian.com.my/hiburan) - [Bisnes](https://www.bharian.com.my/bisnes) - [Rencana](https://www.bharian.com.my/rencana) - [Gaya Hidup](https://www.bharian.com.my/gaya-hidup) - [Sihat](https://www.bharian.com.my/sihat) - [\#MariLokal](https://www.bharian.com.my/marilokal) - [1Klassifieds](https://www.1k.com.my/?viewpdf=true) [Minda Pembaca](https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca) [Komentar](https://www.bharian.com.my/rencana/komentar) [Agama](https://www.bharian.com.my/rencana/agama) [Sastera](https://www.bharian.com.my/rencana/sastera) [Kolumnis](https://www.bharian.com.my/kolumnis) [Lain-lain (Rencana)](https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain) # Terapi muzik mampu rawat gelodak jiwa [Prof Madya Dr Roziah Sidik @ Mat Sidek](https://www.bharian.com.my/authors/oleh-prof-madya-dr-roziah-sidik-mat-sidek) - Oktober 14, 2018 @ 3:00am ![TERAPI muzik antara kaedah rawatan penyakit mental. - Foto Hiasan](https://assets.bharian.com.my/images/articles/terapi_1539486007.jpg) TERAPI muzik antara kaedah rawatan penyakit mental. - Foto Hiasan HARI Kesihatan Mental Sedunia diraikan setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual. Secara jelasnya, Dasar Kesihatan Mental Negara mentakrifkan kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok dan persekitaran berinteraksi antara satu sama lain. Ia bagi mempromosi kesejahteraan subjektif serta fungsi yang optimum dan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan yang selari dengan keadilan. Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini bertemakan ‘Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Perubahan Dunia’. Disyorkan Masalah kesihatan mental bukan satu bentuk masalah kesihatan baharu, malah sudah wujud sejak zaman Yunani lagi. Sorotan terhadap sejarah dan tamadun Islam juga menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental turut berlaku pada era itu. Kaedah rawatan Islam Tamadun Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam merawat pesakit mental, antaranya menggunakan ubat-ubatan, termasuk daripada herba dan rempah-ratus. Paling menarik untuk disebut ialah pesakit mental era tamadun Islam turut dirawat menggunakan terapi muzik, namun tamadun Islam bukan pengasas kepada aplikasi terapi muzik dalam merawat kesihatan mental. Kajian ke atas teks perubatan Yunani sudah menemukan saranan agar muzik dijadikan sebagai elemen teraputik terhadap jasad dan jiwa manusia. Ini bermakna, kaedah merawat pesakit mental menggunakan terapi muzik sudah lama diaplikasi oleh pelbagai tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, Ibn Sina mengatakan bahawa satu daripada kaedah paling efektif dalam merawat penyakit ialah memperdengarkan muzik kepada pesakit. Ini menunjukkan muzik memberi kesan kepada penyembuhan penyakit, sekali gus muzik boleh menjadi terapi dalam rawatan penyakit. Malah, tamadun lampau turut membuktikan bahawa pada masa dahulu, lagu, mantera dan irama digunakan untuk menyembuhkan penyakit fisiologi atau psikologi yang dipercayai disebabkan oleh roh yang jahat. Ini bermakna, sudah wujud andaian bahawa muzik memiliki kuasa ghaib yang dapat menyembuhkan orang sakit. Dalam tamadun Islam pula, aplikasi terapi muzik dikesan berlaku di hospital tertentu. Keberkesanan terapi muzik Kaedah pelaksanaan terapi muzik pula pelbagai. Ada hospital yang menggunakan sekumpulan pemuzik membuat persembahan setiap hari di hospital, ada juga yang menetapkan setiap tiga kali sehari, penyanyi dan pemuzik akan mempersembahkan nyanyian dan alunan muzik di bahagian tengah hospital yang bersambung terus dengan bilik pesakit melalui balkoni. Sesetengah hospital pula menyediakan pentas untuk pemuzik menghiburkan pesakit mental agar mereka lebih tenang dan sentiasa ceria. Antara alat muzik yang digunakan ialah ‘ud, qanun dan nay. Ketiga-tiga alatan muzik ini adalah alatan klasik yang terpenting di dunia Arab. ‘Ud ialah sejenis alatan bertali yang menyerupai alatan moden seperti mandolin. ‘Ud berbentuk seperti buah pir yang dibuat menggunakan bongkah kayu, mempunyai empat tali dan menjadikannya lebih istimewa kerana setiap tali simbolik kepada empat elemen, iaitu api, air, udara dan bumi. Qanun juga mempunyai banyak tali, manakala nay pula agak berbeza dengan ‘ud dan qanun disebabkan nay ialah alatan yang boleh ditiup dan bentuknya menyerupai seruling. Muzik yang dipilih pula ialah yang mempunyai nada bersesuaian dengan iklim semasa, contohnya nada yang bersifat panas disesuaikan dengan cuaca sejuk dan begitulah sebaliknya. Biasanya, mod yang digunakan untuk rawatan menggunakan terapi muzik harus selari dengan perubahan denyutan nadi pesakit. Demikian juga aspek waktu dan hari perlu ditetapkan sebaik-baiknya agar kesan rawatan menjadi lebih efektif. Keberkesanannya bergantung kepada bentuk bunyi serta jenis instrumen yang digunakan. Tegasnya, terapi muzik dapat mempengaruhi peredaran darah, kadar tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung. Bagaimanapun, keberkesanannya bergantung kepada kemerduan dan kelantangan bunyi muzik. Kaedah bercerita Ada ketikanya, kaedah rawatan terapi muzik ini tidak dilakukan secara bersendirian, sebaliknya turut disekalikan dengan kaedah rawatan lain seperti bercerita. Dalam sesi rawatan bercerita, lazimnya tiga individu yang fasih berbicara diundang untuk mendeklemasikan syair atau lagu sambil bercerita berdasarkan tema daripada kisah 1,001 malam. Hakikat yang perlu difahami dalam aplikasi terapi muzik untuk merawat kesihatan mental ialah muzik tidak menyembuhkan sepenuhnya penyakit, sebaliknya untuk menenang, mengurangkan simptom atau kesakitan yang ditanggung dan mempercepatkan proses pemulihan. Ia biasanya memberi kesan positif kepada pesakit apabila mereka mengalami perubahan emosi yang baik dengan penurunan tahap kebimbangan. Pesakit yang dirawat menggunakan kaedah ini juga lebih tenang dan kadar tekanan darah mereka mengalami penurunan. Walaupun banyak sumber mendedahkan mengenai rawatan terapi muzik diaplikasi ke atas pesakit mental, hakikatnya banyak juga penyakit lain yang turut memanfaatkan kaedah rawatan ini. Antara penyakit lain yang turut mendapat faedah daripada kaedah rawatan terapi muzik, termasuk koma, lumpuh, sakit gigi serta rawatan membentuk keperibadian. Penulis adalah **Pengarah Pusat Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia** ![Agong, Permaisuri Berkenan Beri Sumbangan Kepada Waris Kemalangan Maut Di Klang](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/4zi4INOI/poster.jpg?width=720) Agong, Permaisuri Berkenan Beri Sumbangan Kepada Waris Kemalangan Maut Di Klang ▶︎ 0:54 ![Karam Singh tokoh sukar dicari ganti - Pengerusi Media Prima](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/XpRMpfem/poster.jpg?width=720) Karam Singh tokoh sukar dicari ganti - Pengerusi Media Prima ▶︎ 1:48 ![Ibu bapa Qaseh Aulia harap hukuman dapat beri pengajaran supaya jangan cuai](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/1SafO34b/poster.jpg?width=720) Ibu bapa Qaseh Aulia harap hukuman dapat beri pengajaran supaya jangan cuai ▶︎ 1:55 ![Bekas pengasuh dipenjara 5 tahun sebabkan kematian bayi dalam jagaan](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/87ZPVZGz/poster.jpg?width=720) Bekas pengasuh dipenjara 5 tahun sebabkan kematian bayi dalam jagaan ▶︎ 1:17 ![Koperal tentera dituduh cederakan 7 anggota](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/y7SV2eAy/poster.jpg?width=720) Koperal tentera dituduh cederakan 7 anggota ▶︎ 1:27 ![Anak Daim hadir beri keterangan kepada SPRM](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/ryPMU1OZ/poster.jpg?width=720) Anak Daim hadir beri keterangan kepada SPRM ▶︎ 0:51 ![Rasuah: Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi](https://cdn.jwplayer.com/v2/media/ansbs5hg/poster.jpg?width=720) Rasuah: Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi ▶︎ 1:17 Berita Berkaitan - [Terkini](https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/10/485912/terapi-muzik-mampu-rawat-gelodak-jiwa) - 3h [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2026-04-07_at_12.43.08_AM_1775493962.jpg) Shuib, Watie timang bayi perempuan](https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/04/1530262/shuib-watie-timang-bayi-perempuan) - 3h [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/diesell_1775493612.jpg) 132,000 liter diesel dirampas di Sibu](https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1530260/132000-liter-diesel-dirampas-di-sibu) - 3h [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/green_1775493190.jpg) Kapal Greenpeace sertai Flotilla bantuan kemanusiaan Sumud Global di Gaza](https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2026/04/1530258/kapal-greenpeace-sertai-flotilla-bantuan-kemanusiaan-sumud-global-di) - 4h [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/zahid1_1775492184.jpg) Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Zahid Hamidi](https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1530256/usaha-perkasa-wanita-perlu-diperkukuh-secara-menyeluruh-zahid-hamidi) - 4h [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/vinij6426a_1775490862.jpg) Vinicius yakin gandingan dengan Mbappe menjadi](https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/04/1530254/vinicius-yakin-gandingan-dengan-mbappe-menjadi) - 4h [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhbakar06_1775490409.jpg) Kilang tilam terbakar 80 peratus](https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/04/1530251/kilang-tilam-terbakar-80-peratus) - 5h [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhnamron06_1775487790.jpg) Aku tahu kau kuat - kata Namron kepada Que Haidar](https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/04/1530249/aku-tahu-kau-kuat-kata-namron-kepada-que-haidar) - 5h [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/RENEUCO_1775487749.jpg) Reneuco berdepan risiko penggantungan, penyingkiran dari Bursa Malaysia](https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2026/04/1530247/reneuco-berdepan-risiko-penggantungan-penyingkiran-dari-bursa) Trending [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhnamron06_BHfield_image_listing_featured_v2.var_1775487798.jpg) Selebriti 5 jam yang lepas Aku tahu kau kuat - kata Namron kepada Que Haidar](https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/04/1530249/aku-tahu-kau-kuat-kata-namron-kepada-que-haidar) [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh6galak-o_BHfield_image_listing_featured_v2.var_1775484830.jpg) Nasional 6 jam yang lepas Penjawat awam digalakkan pakai batik setiap hari](https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1530241/penjawat-awam-digalakkan-pakai-batik-setiap-hari) [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH6SEKAT-O_BHfield_image_listing_featured_v2.var_1775481665.jpg) Nasional 7 jam yang lepas JPN tak sekat rakyat guna MyKad beli petrol subsidi selagi ikut undang-undang](https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1530215/jpn-tak-sekat-rakyat-guna-mykad-beli-petrol-subsidi-selagi-ikut) [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bizh-barmada_BHfield_image_listing_featured_v2.var_1775473308.jpg) Korporat 9 jam yang lepas CEO Bumi Armada letak jawatan serta-merta](https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2026/04/1530173/ceo-bumi-armada-letak-jawatan-serta-merta) [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH6DAMAI-O_BHfield_image_listing_featured_v2.var_1775472716.jpg) Amerika 10 jam yang lepas AS, Iran bincang pelan damai](https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2026/04/1530171/iran-bincang-pelan-damai) [![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH06IKAN-O_BHfield_image_listing_featured_v2.var_1775450581.jpg) Nasional Apr 6, 2026 @ 4:43am Sabah arah semua ikan koi, spesies Cyprinidae ditangkap, dimusnahkan segera](https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1530014/sabah-arah-semua-ikan-koi-spesies-cyprinidae-ditangkap-dimusnahkan) Seismik [![](https://media.says.com/2026/04/Wi9RkPLu-1.png) 2 jam yang lepas Karam Singh Walia Meninggal Dunia, Perginya Tokoh Wartawan Yang Paling Disegani](https://says.com/my/seismik/karam-singh-walia-meninggal-dunia-perginya-tokoh-wartawan-yang-paling-disegani) [![](https://media.says.com/2026/03/ambank-seismik.jpeg) 3 jam yang lepas Nak Raya Dengan Tenang Tanpa Stress Duit? Ini 5 Cara Bijak Kawal Bajet](https://says.com/my/seismik/nak-raya-dengan-tenang-tanpa-stress-duit-ini-5-cara-bijak-kawal-bajet) [![](https://media.says.com/2026/04/photo-collage.png-3.png) 4 jam yang lepas Lelaki Malaysia Bergaji RM8,000 Sebulan Pindah Ke Singapura Kerana Sukar...](https://says.com/my/seismik/lelaki-malaysia-bergaji-rm8000-sebulan-pindah-ke-singapura-kerana-sukar-menyimpan) [![](https://media.says.com/2026/04/wFP0OlPp-photo-collage.png-2.png) 6 jam yang lepas Terlepas Solat Sunat Subuh? Ini Hukum & Kelonggaran Yang Ramai Tak Tahu](https://says.com/my/seismik/terlepas-solat-sunat-subuh-ini-hukum-kelonggaran-yang-ramai-tak-tahu) [![](https://media.says.com/2026/04/5fqfRLjb-photo-collage.png-1.png) 9 jam yang lepas Haji Lestari Diperkenal, TH Galak Kitar Semula Kain Ihram Demi Kelestarian Alam](https://says.com/my/seismik/haji-lestari-diperkenal-th-galak-kitar-semula-kain-ihram-demi-kelestarian-alam) Siraplimau [![](https://media.siraplimau.com/2026/04/jangkitan-mata.jpg) tips penjagaan mata 11 jam yang lepas Tiba-Tiba Kena Jangkitan Mata, Pengantin Terpaksa Pejam Sepanjang Majlis...](https://siraplimau.com/jangkitan-mata-pengantin-semasa-bersanding/) [![](https://media.siraplimau.com/2026/04/haiwan-unik-1.jpg) status najis rubah 11 jam yang lepas Nampak Jinak & Comel! Rubah ‘Marble Fox’ Jadi Trend Haiwan Peliharaan, Tapi...](https://siraplimau.com/hukum-bela-haiwan-unik-rubah-dan-musang/) [![](https://media.siraplimau.com/2026/04/ejaan-nama-anak.png) nama anak raisa 11 jam yang lepas Hati-Hati Pilih Nama Anak! Ustaz Dzulkhairi Perjelas Kekeliruan ‘Raisya’ vs...](https://siraplimau.com/maksud-ejaan-nama-anak-raisya/) [![](https://media.siraplimau.com/2026/04/nilai-hantaran.png) nilai hantaran perak 11 jam yang lepas Dari RM15K Hingga RM50K! Ini Anggaran Hantaran Mengikut Negeri, Bakal Pengantin...](https://siraplimau.com/nilai-hantaran-setiap-negeri-di-malaysia/) [![](https://media.siraplimau.com/2026/04/sara-diri-9.jpg) Sara hidup 12 jam yang lepas Senarai 10 Bandar Paling Mahal Di Dunia, Dari Harga Sewa Rumah Ke Secawan Kopi...](https://siraplimau.com/10-bandar-kos-sara-hidup-paling-mahal/) Waktu Solat Malaysia [![Ustaz Elyas Dedah 3 Sifat Pemusnah Hidup Lelaki \& Amaran Nabi Tentang Bahaya Kedekut Serta Hawa Nafsu](https://assets.waktusolat.digital/2026/04/pemusnah-hidup-lelaki-1024x538.jpg) Kehidupan sejam yang lepas Ustaz Elyas Dedah 3 Sifat Pemusnah Hidup Lelaki & Amaran Nabi Tentang...](https://www.waktusolat.digital/kehidupan/pemusnah-hidup-lelaki/) [![Tak Salah Berdoa Ketika Susah, Tapi Jangan Jadi Hamba Yang Sombong \& Lupakan Allah Di Waktu Senang](https://assets.waktusolat.digital/2026/04/doa-ujian-berat-1024x559.jpg) Kehidupan 3 jam yang lepas Tak Salah Berdoa Ketika Susah, Tapi Jangan Jadi Hamba Yang Sombong &...](https://www.waktusolat.digital/kehidupan/hukum-berdoa-ketika-susah/) [![Boleh Ke Wanita Sertai Sumud Flotilla Ke Palestin? Ini Penjelasan Hukum \& Syarat Yang Wajib Dipatuhi](https://assets.waktusolat.digital/2026/04/UNI863968.jpg.webp) Hukum 3 jam yang lepas Boleh Ke Wanita Sertai Sumud Flotilla Ke Palestin? Ini Penjelasan Hukum &...](https://www.waktusolat.digital/hukum/wanita-sumud-flotilla/) ![](https://assets.bharian.com.my/assets/logo-bho.png?id=04c5b0e6736bb4a74266) Ikuti Kami Di: [![](https://assets.bharian.com.my/assets/twitter-x.png?id=56ba7487f9ba50f137fb)](https://twitter.com/bharianmy) [![](https://assets.bharian.com.my/assets/tiktok-icon.png?id=53acc5b92ccd9f85203e)](https://vm.tiktok.com/ZSe967CLB/) ![](https://assets.bharian.com.my/assets/bh-mobile.png?id=f257943a4977aef7b987) [![](https://www.bharian.com.my/assets/icon-ios.png)](https://apps.apple.com/us/app/berita-harian/id1034150140?utm_campaign=fp&utm_medium=web&utm_source=bh) [![](https://www.bharian.com.my/assets/icon-android.png)](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nstp.bh&utm_source=bh&utm_campaign=fp&utm_medium=web) ![](https://assets.bharian.com.my/assets/bh-epaper.png?id=b42866502ee17e348fe8) [![](https://www.bharian.com.my/assets/icon-ios.png)](https://apps.apple.com/us/app/bh-digital/id527165548?utm_campaign=fp&utm_medium=web&utm_source=bh) [![](https://www.bharian.com.my/assets/icon-android.png)](https://play.google.com/store/apps/details?id=team.vc.berberita&utm_source=bh&utm_campaign=fp&utm_medium=web) [Berita](https://www.bharian.com.my/berita) - [BHPLUS](https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/10/485912/bhplus) - [Nasional](https://www.bharian.com.my/berita/nasional) - [Kes](https://www.bharian.com.my/berita/kes) - [Politik](https://www.bharian.com.my/berita/politik) - [Pendidikan](https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan) - [Wilayah](https://www.bharian.com.my/berita/wilayah) [Sukan](https://www.bharian.com.my/sukan) [Dunia](https://www.bharian.com.my/dunia) [Hiburan](https://www.bharian.com.my/hiburan) [Bisnes](https://www.bharian.com.my/bisnes) [Rencana](https://www.bharian.com.my/rencana) [Wanita](https://www.bharian.com.my/wanita) [Hujung Minggu](https://www.bharian.com.my/hujung-minggu) [Multimedia](https://www.bharian.com.my/foto) - [Foto](https://www.bharian.com.my/foto) - [BHTV](https://www.bharian.com.my/bhtv) - [Infografik](https://www.bharian.com.my/infografik) Langgan - [Akhbar Digital](http://digital.nstp.com.my/bh/) - [Akhbar BH](http://digital.nstp.com.my/nst/includes/shop/list_products.jsp?testata=berberita&id=berberita) [Perkhidmatan]() - [Iklan Web](https://www.bharian.com.my/iklanweb) - [1Klassifieds](https://www.1k.com.my/?viewpdf=true) - [NSTP KLiK](https://klik.com.my/) Radio - [Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/) - [Hot FM](https://www.bharian.com.my/hotfm) - [KOOL 101](https://www.bharian.com.my/kool101) - [Fly FM](https://www.bharian.com.my/flyfm) - [Eight FM](https://www.bharian.com.my/eight-fm) - [Molek FM](https://www.bharian.com.my/molekfm) 2026 © BH, New Straits Times Press (M) Bhd (Co. No. 196101000449 / 4485 H). A part of Media Prima Group - [Redaksi](https://www.bharian.com.my/redaksi) - [Disclaimer](https://www.bharian.com.my/disclaimer) - [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.bharian.com.my/data-peribadi) ![](https://sb.scorecardresearch.com/p?c1=2&c2=6034955&cv=2.0&cj=1) ![](https://www.facebook.com/tr?id=884209658375988&ev=PageView&noscript=1) ![](https://www.facebook.com/tr?id=4312273875505550&ev=PageView&noscript=1)
Readable Markdown
HARI Kesihatan Mental Sedunia diraikan setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual. Secara jelasnya, Dasar Kesihatan Mental Negara mentakrifkan kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok dan persekitaran berinteraksi antara satu sama lain. Ia bagi mempromosi kesejahteraan subjektif serta fungsi yang optimum dan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan yang selari dengan keadilan. Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini bertemakan ‘Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Perubahan Dunia’. Masalah kesihatan mental bukan satu bentuk masalah kesihatan baharu, malah sudah wujud sejak zaman Yunani lagi. Sorotan terhadap sejarah dan tamadun Islam juga menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental turut berlaku pada era itu. Kaedah rawatan Islam Tamadun Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam merawat pesakit mental, antaranya menggunakan ubat-ubatan, termasuk daripada herba dan rempah-ratus. Paling menarik untuk disebut ialah pesakit mental era tamadun Islam turut dirawat menggunakan terapi muzik, namun tamadun Islam bukan pengasas kepada aplikasi terapi muzik dalam merawat kesihatan mental. Kajian ke atas teks perubatan Yunani sudah menemukan saranan agar muzik dijadikan sebagai elemen teraputik terhadap jasad dan jiwa manusia. Ini bermakna, kaedah merawat pesakit mental menggunakan terapi muzik sudah lama diaplikasi oleh pelbagai tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, Ibn Sina mengatakan bahawa satu daripada kaedah paling efektif dalam merawat penyakit ialah memperdengarkan muzik kepada pesakit. Ini menunjukkan muzik memberi kesan kepada penyembuhan penyakit, sekali gus muzik boleh menjadi terapi dalam rawatan penyakit. Malah, tamadun lampau turut membuktikan bahawa pada masa dahulu, lagu, mantera dan irama digunakan untuk menyembuhkan penyakit fisiologi atau psikologi yang dipercayai disebabkan oleh roh yang jahat. Ini bermakna, sudah wujud andaian bahawa muzik memiliki kuasa ghaib yang dapat menyembuhkan orang sakit. Dalam tamadun Islam pula, aplikasi terapi muzik dikesan berlaku di hospital tertentu. Keberkesanan terapi muzik Kaedah pelaksanaan terapi muzik pula pelbagai. Ada hospital yang menggunakan sekumpulan pemuzik membuat persembahan setiap hari di hospital, ada juga yang menetapkan setiap tiga kali sehari, penyanyi dan pemuzik akan mempersembahkan nyanyian dan alunan muzik di bahagian tengah hospital yang bersambung terus dengan bilik pesakit melalui balkoni. Sesetengah hospital pula menyediakan pentas untuk pemuzik menghiburkan pesakit mental agar mereka lebih tenang dan sentiasa ceria. Antara alat muzik yang digunakan ialah ‘ud, qanun dan nay. Ketiga-tiga alatan muzik ini adalah alatan klasik yang terpenting di dunia Arab. ‘Ud ialah sejenis alatan bertali yang menyerupai alatan moden seperti mandolin. ‘Ud berbentuk seperti buah pir yang dibuat menggunakan bongkah kayu, mempunyai empat tali dan menjadikannya lebih istimewa kerana setiap tali simbolik kepada empat elemen, iaitu api, air, udara dan bumi. Qanun juga mempunyai banyak tali, manakala nay pula agak berbeza dengan ‘ud dan qanun disebabkan nay ialah alatan yang boleh ditiup dan bentuknya menyerupai seruling. Muzik yang dipilih pula ialah yang mempunyai nada bersesuaian dengan iklim semasa, contohnya nada yang bersifat panas disesuaikan dengan cuaca sejuk dan begitulah sebaliknya. Biasanya, mod yang digunakan untuk rawatan menggunakan terapi muzik harus selari dengan perubahan denyutan nadi pesakit. Demikian juga aspek waktu dan hari perlu ditetapkan sebaik-baiknya agar kesan rawatan menjadi lebih efektif. Keberkesanannya bergantung kepada bentuk bunyi serta jenis instrumen yang digunakan. Tegasnya, terapi muzik dapat mempengaruhi peredaran darah, kadar tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung. Bagaimanapun, keberkesanannya bergantung kepada kemerduan dan kelantangan bunyi muzik. Kaedah bercerita Ada ketikanya, kaedah rawatan terapi muzik ini tidak dilakukan secara bersendirian, sebaliknya turut disekalikan dengan kaedah rawatan lain seperti bercerita. Dalam sesi rawatan bercerita, lazimnya tiga individu yang fasih berbicara diundang untuk mendeklemasikan syair atau lagu sambil bercerita berdasarkan tema daripada kisah 1,001 malam. Hakikat yang perlu difahami dalam aplikasi terapi muzik untuk merawat kesihatan mental ialah muzik tidak menyembuhkan sepenuhnya penyakit, sebaliknya untuk menenang, mengurangkan simptom atau kesakitan yang ditanggung dan mempercepatkan proses pemulihan. Ia biasanya memberi kesan positif kepada pesakit apabila mereka mengalami perubahan emosi yang baik dengan penurunan tahap kebimbangan. Pesakit yang dirawat menggunakan kaedah ini juga lebih tenang dan kadar tekanan darah mereka mengalami penurunan. Walaupun banyak sumber mendedahkan mengenai rawatan terapi muzik diaplikasi ke atas pesakit mental, hakikatnya banyak juga penyakit lain yang turut memanfaatkan kaedah rawatan ini. Antara penyakit lain yang turut mendapat faedah daripada kaedah rawatan terapi muzik, termasuk koma, lumpuh, sakit gigi serta rawatan membentuk keperibadian. Penulis adalah **Pengarah Pusat Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia**
Shard124 (laksa)
Root Hash7754148395368842324
Unparsed URLmy,com,bharian!www,/rencana/komentar/2018/10/485912/terapi-muzik-mampu-rawat-gelodak-jiwa s443