ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.7 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/12/1187602/5-jenis-makanan-tenangkan-jiwa-kacau |
| Last Crawled | 2026-03-29 11:47:57 (22 days ago) |
| First Indexed | 2023-12-11 00:36:23 (2 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 5 jenis makanan tenangkan jiwa kacau |
| Meta Description | KEHIDUPAN moden penuh dengan tekanan. Dari rumah ke pejabat, malah ketika merancang dan berada dalam percutian sekalipun kita tidak dapat lari daripada tekanan. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | KEHIDUPAN moden penuh dengan tekanan. Dari rumah ke pejabat, malah ketika merancang dan berada dalam percutian sekalipun kita tidak dapat lari daripada tekanan.
Disebabkan itu, kita memilih untuk mengambil makanan penenang (comfort food) bagi meredakan tekanan kerana ia kaedah paling mudah dan murah berbanding berjumpa pakar sakit jiwa atau kaunselor atau dengan mengambil ubat penenang.
Ramai menyangka dengan makan, kita akan menjadi lebih tenang berbanding mengambil ubat.
Melegakan tekanan atau jiwa kacau membantu kesejahteraan hidup, jadi makan bagi tujuan itu jatuh dalam lingkup frasa 'Makan Untuk Hidup'.
Ketika fikiran berkecamuk, diri dibelenggu stres, ramai yang memilih untuk makan sebagai jalan keluar.
Kurangkan stres menerusi makanan.- Foto hiasan
Nikmat pencuci mulut yang manis, minuman bergas dan makanan segera, semua bagai 'menyembuhkan' kekusutan.
Tetapi ramai yang tidak sedar gula penyebab kepada kegemukan dan pelbagai penyakit berbahaya lain seperti artritis, diabetes, depresi, hipertensi, pening kepala, obesiti dan beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan berat badan.
Stres kurangkan daya tumpuan
Kebiasaannya, stres yang tidak terkawal mempercepatkan proses kehilangan tenaga dan daya tumpuan seterusnya menyebabkan kita sering berasa lapar dan memilih untuk makan meskipun perut masih kenyang.
Bagi meredakan kelaparan yang menambahkan lagi kerunsingan itu, kita kebiasaannya memilih untuk mengikut nafsu dan makan yang mana ia kerap kali berakhir dengan peningkatan pengambilan kalori serta menyebabkan pengumpulan lemak degil di dalam badan.
Bagaimanapun, keadaan ini boleh dielakkan jika anda berpegang kepada dua kata kunci iaitu disiplin dan sabar.
Anda perlu menanam dalam minda bahawa walaupun tekanan tidak boleh dielakkan, ia masih boleh diuruskan.
Dengan disiplin dan sabar anda pasti dapat mengelakkan beban kerja yang bertimbun atau apa jua penyebab kepada tekanan itu.
Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), berkongsi beberapa tip untuk mengawal tekanan atau stres dengan menggunakan makanan.
1. Vitamin C
Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin C dapat membantu menurunkan kadar hormon penyebab stres yang dihasilkan otak.
Vitamin C banyak terkandung dalam buah-buahan seperti limau, jambu, paprika merah, kiwi dan strawberi.
Selain itu, buah-buahan ini juga mengandungi kandungan serat tinggi mampu mengelakkan kolesterol jahat daripada mendak di dalam tubuh.
2. Teh panas
Teh panas, apatah lagi yang dicampur dengan vanila atau pudina telah terbukti dalam beberapa kajian Barat untuk membantu mengatasi kecemasan dan meningkatkan daya tumpuan.
Tanpa tambahan banyak gula, teh minuman rendah kalori.
3. Karbohidrat kompleks
Hidangan mengandung karbohidrat menggalakkan pengeluaran hormon serotonin yang membuat anda tenang.
Pilih karbohidrat kompleks dan hindari gula. Misalnya oatmeal, sandwic roti gandum dan kekacang.
Elakkan snek yang berkanji dan kurang serat (biskut). Dapatkan tenaga menerusi snek yang kaya protein, karbohidrat dan lemak. Makan snek sejam sebelum bersenam.
Pastikan saiz hidangan snek terdiri 2/3 karbohidrat dan 1/3 protein dan lemak.
Contohnya roti jagung yang disapu mentega kacang atau jeli, sehiris buah-buahan dan segelas minuman yogurt.
Bersnek 20 minit selepas senaman untuk menggantikan tenaga yang hilang daripada otot.
Pilih snek gabungan karbohidrat dan protein seperti segelas susu coklat rendah lemak, sebiji epal dan sandwic.
4. Serat
Gantikan menu biskut kepada snek yang lebih rendah kalorinya untuk rasa kenyang yang lebih lama.
Amalkan snek yang penuh kandungan air dan serat seperti sup daging, ikan atau sayur serta buah-buahan seperti oren, epal dan pir.
5. Sematkan di fikiran
Semakin besar saiz snek anda, semakin kenyang terasa bila memakannya. Nikmati snek yang kelihatan 'memenuhi' mangkuk seperti salad, bijirin tinggi serat, atau popcorn supaya minda mendapat isyarat "saya sudah makan banyak".
Perangi lemak dengan snek hasil tenusu. Snek seperti yogurt rendah lemak, susu skim dan gulungan keju membantu melengkapkan keperluan harian sebanyak 1,000 miligram.
Ia kaya dengan kalsium yang meningkatkan enzim untuk memecahkan lemak. |
| Markdown | 
[](https://www.bharian.com.my/) 
[LOG MASUK](https://oauth.revmedia.my/authorize?client_id=110578201452586&response_type=code&redirect_uri=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fcallback)
Ahad, 29 Mac 2026, 11:47am
[](https://apps.apple.com/us/app/berita-harian/id1034150140?utm_campaign=fp&utm_medium=web&utm_source=bh) [](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nstp.bh&utm_source=bh&utm_campaign=fp&utm_medium=web) [](https://twitter.com/bharianmy) [](https://vm.tiktok.com/ZSe967CLB/) [](https://luminews.my/ms/publishers/Berita_Harian?utm_source=Berita_Harian&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
- [Berita](https://www.bharian.com.my/berita)
- [Sukan](https://www.bharian.com.my/sukan)
- [Dunia](https://www.bharian.com.my/dunia)
- [Hiburan](https://www.bharian.com.my/hiburan)
- [Bisnes](https://www.bharian.com.my/bisnes)
- [Rencana](https://www.bharian.com.my/rencana)
- [Gaya Hidup](https://www.bharian.com.my/gaya-hidup)
- [Sihat](https://www.bharian.com.my/sihat)
- [\#MariLokal](https://www.bharian.com.my/marilokal)
- [1Klassifieds](https://www.1k.com.my/?viewpdf=true)
[Sihat](https://www.bharian.com.my/sihat) [Keluarga](https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga) [Rias](https://www.bharian.com.my/wanita/rias) [Fesyen](https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen) [Wanita](https://www.bharian.com.my/gaya-hidup/wanita) [Santai](https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai) [Selera](https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/selera)
# 5 jenis makanan tenangkan jiwa kacau
Disember 11, 2023 @ 12:34am

Mengawal tekanan dengan menerusi makanan makanan.
KEHIDUPAN moden penuh dengan tekanan. Dari rumah ke pejabat, malah ketika merancang dan berada dalam percutian sekalipun kita tidak dapat lari daripada tekanan.
Disebabkan itu, kita memilih untuk mengambil makanan penenang (comfort food) bagi meredakan tekanan kerana ia kaedah paling mudah dan murah berbanding berjumpa pakar sakit jiwa atau kaunselor atau dengan mengambil ubat penenang.
Ramai menyangka dengan makan, kita akan menjadi lebih tenang berbanding mengambil ubat.
Melegakan tekanan atau jiwa kacau membantu kesejahteraan hidup, jadi makan bagi tujuan itu jatuh dalam lingkup frasa 'Makan Untuk Hidup'.
Disyorkan
Ketika fikiran berkecamuk, diri dibelenggu stres, ramai yang memilih untuk makan sebagai jalan keluar.

Kurangkan stres menerusi makanan.- Foto hiasan
Nikmat pencuci mulut yang manis, minuman bergas dan makanan segera, semua bagai 'menyembuhkan' kekusutan.
Tetapi ramai yang tidak sedar gula penyebab kepada kegemukan dan pelbagai penyakit berbahaya lain seperti artritis, diabetes, depresi, hipertensi, pening kepala, obesiti dan beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan berat badan.
**Stres kurangkan daya tumpuan**
Kebiasaannya, stres yang tidak terkawal mempercepatkan proses kehilangan tenaga dan daya tumpuan seterusnya menyebabkan kita sering berasa lapar dan memilih untuk makan meskipun perut masih kenyang.
Bagi meredakan kelaparan yang menambahkan lagi kerunsingan itu, kita kebiasaannya memilih untuk mengikut nafsu dan makan yang mana ia kerap kali berakhir dengan peningkatan pengambilan kalori serta menyebabkan pengumpulan lemak degil di dalam badan.
Bagaimanapun, keadaan ini boleh dielakkan jika anda berpegang kepada dua kata kunci iaitu disiplin dan sabar.
Anda perlu menanam dalam minda bahawa walaupun tekanan tidak boleh dielakkan, ia masih boleh diuruskan.
Dengan disiplin dan sabar anda pasti dapat mengelakkan beban kerja yang bertimbun atau apa jua penyebab kepada tekanan itu.
Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), berkongsi beberapa tip untuk mengawal tekanan atau stres dengan menggunakan makanan.
**1\. Vitamin C**
Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin C dapat membantu menurunkan kadar hormon penyebab stres yang dihasilkan otak.
Vitamin C banyak terkandung dalam buah-buahan seperti limau, jambu, paprika merah, kiwi dan strawberi.
Selain itu, buah-buahan ini juga mengandungi kandungan serat tinggi mampu mengelakkan kolesterol jahat daripada mendak di dalam tubuh.
**2\. Teh panas**
Teh panas, apatah lagi yang dicampur dengan vanila atau pudina telah terbukti dalam beberapa kajian Barat untuk membantu mengatasi kecemasan dan meningkatkan daya tumpuan.
Tanpa tambahan banyak gula, teh minuman rendah kalori.
**3\. Karbohidrat kompleks**
Hidangan mengandung karbohidrat menggalakkan pengeluaran hormon serotonin yang membuat anda tenang.
Pilih karbohidrat kompleks dan hindari gula. Misalnya oatmeal, sandwic roti gandum dan kekacang.
Elakkan snek yang berkanji dan kurang serat (biskut). Dapatkan tenaga menerusi snek yang kaya protein, karbohidrat dan lemak. Makan snek sejam sebelum bersenam.
Pastikan saiz hidangan snek terdiri 2/3 karbohidrat dan 1/3 protein dan lemak.
Contohnya roti jagung yang disapu mentega kacang atau jeli, sehiris buah-buahan dan segelas minuman yogurt.
Bersnek 20 minit selepas senaman untuk menggantikan tenaga yang hilang daripada otot.
Pilih snek gabungan karbohidrat dan protein seperti segelas susu coklat rendah lemak, sebiji epal dan sandwic.
**4\. Serat**
Gantikan menu biskut kepada snek yang lebih rendah kalorinya untuk rasa kenyang yang lebih lama.
Amalkan snek yang penuh kandungan air dan serat seperti sup daging, ikan atau sayur serta buah-buahan seperti oren, epal dan pir.
**5\. Sematkan di fikiran**
Semakin besar saiz snek anda, semakin kenyang terasa bila memakannya. Nikmati snek yang kelihatan 'memenuhi' mangkuk seperti salad, bijirin tinggi serat, atau popcorn supaya minda mendapat isyarat "saya sudah makan banyak".
Perangi lemak dengan snek hasil tenusu. Snek seperti yogurt rendah lemak, susu skim dan gulungan keju membantu melengkapkan keperluan harian sebanyak 1,000 miligram.
Ia kaya dengan kalsium yang meningkatkan enzim untuk memecahkan lemak.

Kebakaran hutan di Kampung Penasu berterusan sejak tiga hari lalu
▶︎ 0:58

Malek Rahman kahwin Dang Suria
▶︎ 0:43

Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah pusaka musnah terbakar
▶︎ 0:55

Warga kota pulang selepas cuti panjang Aidilfitri, trafik perlahan di PLUS, 'Smart Lane' diaktifkan
▶︎ 0:51

DBKL kenakan 4 tindakan sita barangan diletak di laluan pejalan kaki halang pergerakan awam
▶︎ 0:45

Mayat kanak-kanak lemas ditemui selepas empat hari hilang
▶︎ 0:57

Polis kesan suspek bermain mercun secara bahaya dari 'sunroof' kereta
▶︎ 0:48
Berita Berkaitan
- [Terkini](https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/12/1187602/5-jenis-makanan-tenangkan-jiwa-kacau)
- 8m
[ Pentagon bersiap sedia lancar 'operasi darat AS selama beberapa minggu' di Iran](https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2026/03/1526836/pentagon-bersiap-sedia-lancar-operasi-darat-selama-beberapa-minggu-di)
- 15m
[ Lucescu dimasukkan ke hospital, terlepas aksi Slovakia](https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/03/1526832/lucescu-dimasukkan-ke-hospital-terlepas-aksi-slovakia)
- 29m
[ Ujian jantina IOC undang kecaman Semenya](https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/03/1526830/ujian-jantina-ioc-undang-kecaman-semenya)
- 33m
[ Al-Sultan Abdullah tiada akaun media sosial peribadi - Istana Pahang](https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1526828/al-sultan-abdullah-tiada-akaun-media-sosial-peribadi-istana-pahang)
- 45m
[ Tiga sistem pesawat tanpa pemandu di Labuan tingkat pengawasan perairan negara](https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1526826/tiga-sistem-pesawat-tanpa-pemandu-di-labuan-tingkat-pengawasan)
- 1h
[ Isu 'strawberry quick' kembali tular, polis sahkan dakwaan tidak benar](https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/03/1526824/isu-strawberry-quick-kembali-tular-polis-sahkan-dakwaan-tidak-benar)
- 1h
[ Serangan dron dari Iraq ke atas pangkalan AS berjaya dipintas -Syria](https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2026/03/1526822/serangan-dron-dari-iraq-ke-atas-pangkalan-berjaya-dipintas-syria)
- 1h
[ Podium di Suzuka 'ibarat kemenangan' buat McLaren - Piastri](https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/03/1526820/podium-di-suzuka-ibarat-kemenangan-buat-mclaren-piastri)
Trending
[ Kes 2 jam yang lepas Isu 'strawberry quick' kembali tular, polis sahkan dakwaan tidak benar](https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/03/1526824/isu-strawberry-quick-kembali-tular-polis-sahkan-dakwaan-tidak-benar)
[ Bola 3 jam yang lepas Malek Rahman kahwin Dang Suria](https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/03/1526795/malek-rahman-kahwin-dang-suria)
[ Nasional 4 jam yang lepas 'Saya ditembak 3 kali termasuk di kepala, dicampak ke atas timbunan mayat'](https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1526779/saya-ditembak-3-kali-termasuk-di-kepala-dicampak-ke-atas-timbunan)
[ Selebriti 8 jam yang lepas Asyraf mohon maaf kepada Fazura](https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/03/1526678/asyraf-mohon-maaf-kepada-fazura)
[ Amerika 8 jam yang lepas Protes besar-besaran menentang Trump di seluruh AS](https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2026/03/1526658/protes-besar-besaran-menentang-trump-di-seluruh)
[ Selebriti 12 jam yang lepas Hantaran Syed Saddiq buat Bella Astillah curi perhatian](https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/03/1526588/hantaran-syed-saddiq-buat-bella-astillah-curi-perhatian)
MyResipi
[ Resipi Mac 27, 2026 @ 2:58pm Resipi Kuetiau Theng ‘Padu’ Ala Thai, Petua Kuah Jernih Tapi Kaya Rasa\!](https://myresipi.com/resipi-kuetiau-theng/)
[ Resipi Mac 27, 2026 @ 2:21pm Rahsia Cekodok Pisang “Montok” & Gebu, Letak Satu Bahan Ini Terus Jadi](https://myresipi.com/resipi-cekodok-pisang-montok/)
[ Resipi Mac 27, 2026 @ 2:07pm Laksa Terengganu Kuah Merah Paling Kaw, Punyalah Nikmat Sampai Tetamu Tak Ingat Nak Balik Rumah](https://myresipi.com/laksa-terengganu-kuah-merah/)
[ Resipi Mac 27, 2026 @ 2:01pm Resipi Dori Sweet Sour, Ikan Rangup Disiram Dengan Kuah Masam Manis Yang Padu\!](https://myresipi.com/resepi-ikan-dori-sweet-sour/)
[ Tips & Petua Mac 27, 2026 @ 2:01pm 5 Idea Kreatif Habiskan Baki Lauk Raya, Dari Nasi Impit Goreng Sampai Menu Sate Sedap](https://myresipi.com/lauk-raya-baki-jadi-menu-baru/)
Seismik
[ 19 jam yang lepas “Saya Lelaki Paling Bertuah” – Syed Saddiq Sah Bertunang, Puji...](https://says.com/my/seismik/saya-lelaki-paling-bertuah-syed-saddiq-sah-bertunang-puji-sifat-iron-lady-bakal-isteri)
[ 2 hari yang lepas \[VIDEO\] Mat Salleh Ini Terkejut, Tiba-Tiba Terima Duit Raya Dari Budak Baik Hati](https://says.com/my/seismik/video-mat-salleh-ini-terkejut-tiba-tiba-terima-duit-raya-dari-budak-baik-hati)
[ 2 hari yang lepas Dating Sweet-Sweet, Sekali Teman Lelaki Hantar QR Minta Bayar Balik Aiskrim RM2](https://says.com/my/seismik/dating-sweet-sweet-sekali-teman-lelaki-hantar-qr-minta-bayar-balik-aiskrim-rm2)
[ 2 hari yang lepas Lenggong Diiktiraf UNESCO Global Geopark, Bakal Umum 23 April Depan](https://says.com/my/seismik/lenggong-diiktiraf-unesco-global-geopark-bakal-umum-23-april-depan)
[ 2 hari yang lepas 20 Subjek UiTM Tersenarai Dalam QS World University Rankings by Subject 2026](https://says.com/my/seismik/20-subjek-uitm-tersenarai-dalam-qs-world-university-rankings-by-subject-2026)
Siraplimau
[ syed saddiq bertunang Mac 28, 2026 @ 1:03pm Hantaran Tunang ‘Rare’ Syed Saddiq Buat Ramai Cair, Siap Ada Simpanan Masa...](https://siraplimau.com/hantaran-tunang-rare-syed-saddiq-bella-astillah/)
[ penjagaan khas Mac 27, 2026 @ 6:59am Usia Baru 9 Bulan, Berat Kepala Mateen Cecah 20kg! Nak Bedah Pun Risiko…](https://siraplimau.com/berat-kepala-mateen-mencecah-20kg/)
[ strok haba Mac 27, 2026 @ 5:22am Cuaca Terik Melampau! Kucing & Anjing Pun Berisiko Strok Haba, Ini Cara...](https://siraplimau.com/strok-haba-pada-kucing-dan-anjing/)
[ soto ayam berempah Mac 27, 2026 @ 3:51am Resepi Soto Ayam Pekat Berempah, Hidangan Simple Tapi Buat Tetamu Tambah...](https://siraplimau.com/resepi-soto-ayam-pekat-berempah/)
[ tamat tempoh Mac 26, 2026 @ 10:53pm Lesen Memandu Dah ‘Expired’ Lebih 36 Bulan? Maaf, Anda Tidak Layak Nikmati...](https://siraplimau.com/lesen-memandu-tamat-tempoh-subsidi-budi95/)
Waktu Solat Malaysia
[ Kehidupan 2 jam yang lepas Henti Panik Isu Krisis Ekonomi, Baca Perkongsian Wanita Ini Tentang Mengapa...](https://www.waktusolat.digital/kehidupan/krisis-ekonomi-penentu-rezeki/)
[ Hukum 2 jam yang lepas Diharuskan Gantung Gambar Fotografi Di Rumah Sebagai Kenangan, Asalkan Bukan...](https://www.waktusolat.digital/hukum/gantung-gambar-fotografi/)
[ Ilmu & Inspirasi Islam 3 jam yang lepas Mengapa Orang Turki Letak Tangan Di Dada Apabila Sebut Nama Rasulullah SAW?...](https://www.waktusolat.digital/inspirasi-islam/tangan-orang-turki/)

Ikuti Kami Di:
[](https://twitter.com/bharianmy) [](https://vm.tiktok.com/ZSe967CLB/)

[](https://apps.apple.com/us/app/berita-harian/id1034150140?utm_campaign=fp&utm_medium=web&utm_source=bh) [](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nstp.bh&utm_source=bh&utm_campaign=fp&utm_medium=web)

[](https://apps.apple.com/us/app/bh-digital/id527165548?utm_campaign=fp&utm_medium=web&utm_source=bh) [](https://play.google.com/store/apps/details?id=team.vc.berberita&utm_source=bh&utm_campaign=fp&utm_medium=web)
[Berita](https://www.bharian.com.my/berita)
- [BHPLUS](https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/12/1187602/bhplus)
- [Nasional](https://www.bharian.com.my/berita/nasional)
- [Kes](https://www.bharian.com.my/berita/kes)
- [Politik](https://www.bharian.com.my/berita/politik)
- [Pendidikan](https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan)
- [Wilayah](https://www.bharian.com.my/berita/wilayah)
[Sukan](https://www.bharian.com.my/sukan) [Dunia](https://www.bharian.com.my/dunia) [Hiburan](https://www.bharian.com.my/hiburan) [Bisnes](https://www.bharian.com.my/bisnes) [Rencana](https://www.bharian.com.my/rencana) [Wanita](https://www.bharian.com.my/wanita) [Hujung Minggu](https://www.bharian.com.my/hujung-minggu)
[Multimedia](https://www.bharian.com.my/foto)
- [Foto](https://www.bharian.com.my/foto)
- [BHTV](https://www.bharian.com.my/bhtv)
- [Infografik](https://www.bharian.com.my/infografik)
Langgan
- [Akhbar Digital](http://digital.nstp.com.my/bh/)
- [Akhbar BH](http://digital.nstp.com.my/nst/includes/shop/list_products.jsp?testata=berberita&id=berberita)
[Perkhidmatan]()
- [Iklan Web](https://www.bharian.com.my/iklanweb)
- [1Klassifieds](https://www.1k.com.my/?viewpdf=true)
- [NSTP KLiK](https://klik.com.my/)
Radio
- [Dapatkan Audio+](https://www.audioplus.audio/)
- [Hot FM](https://www.bharian.com.my/hotfm)
- [KOOL 101](https://www.bharian.com.my/kool101)
- [Fly FM](https://www.bharian.com.my/flyfm)
- [Eight FM](https://www.bharian.com.my/eight-fm)
- [Molek FM](https://www.bharian.com.my/molekfm)
2026 © BH, New Straits Times Press (M) Bhd (Co. No. 196101000449 / 4485 H). A part of Media Prima Group
- [Redaksi](https://www.bharian.com.my/redaksi)
- [Disclaimer](https://www.bharian.com.my/disclaimer)
- [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.bharian.com.my/data-peribadi)


 |
| Readable Markdown | KEHIDUPAN moden penuh dengan tekanan. Dari rumah ke pejabat, malah ketika merancang dan berada dalam percutian sekalipun kita tidak dapat lari daripada tekanan.
Disebabkan itu, kita memilih untuk mengambil makanan penenang (comfort food) bagi meredakan tekanan kerana ia kaedah paling mudah dan murah berbanding berjumpa pakar sakit jiwa atau kaunselor atau dengan mengambil ubat penenang.
Ramai menyangka dengan makan, kita akan menjadi lebih tenang berbanding mengambil ubat.
Melegakan tekanan atau jiwa kacau membantu kesejahteraan hidup, jadi makan bagi tujuan itu jatuh dalam lingkup frasa 'Makan Untuk Hidup'.
Ketika fikiran berkecamuk, diri dibelenggu stres, ramai yang memilih untuk makan sebagai jalan keluar.

Kurangkan stres menerusi makanan.- Foto hiasan
Nikmat pencuci mulut yang manis, minuman bergas dan makanan segera, semua bagai 'menyembuhkan' kekusutan.
Tetapi ramai yang tidak sedar gula penyebab kepada kegemukan dan pelbagai penyakit berbahaya lain seperti artritis, diabetes, depresi, hipertensi, pening kepala, obesiti dan beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan berat badan.
**Stres kurangkan daya tumpuan**
Kebiasaannya, stres yang tidak terkawal mempercepatkan proses kehilangan tenaga dan daya tumpuan seterusnya menyebabkan kita sering berasa lapar dan memilih untuk makan meskipun perut masih kenyang.
Bagi meredakan kelaparan yang menambahkan lagi kerunsingan itu, kita kebiasaannya memilih untuk mengikut nafsu dan makan yang mana ia kerap kali berakhir dengan peningkatan pengambilan kalori serta menyebabkan pengumpulan lemak degil di dalam badan.
Bagaimanapun, keadaan ini boleh dielakkan jika anda berpegang kepada dua kata kunci iaitu disiplin dan sabar.
Anda perlu menanam dalam minda bahawa walaupun tekanan tidak boleh dielakkan, ia masih boleh diuruskan.
Dengan disiplin dan sabar anda pasti dapat mengelakkan beban kerja yang bertimbun atau apa jua penyebab kepada tekanan itu.
Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), berkongsi beberapa tip untuk mengawal tekanan atau stres dengan menggunakan makanan.
**1\. Vitamin C**
Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin C dapat membantu menurunkan kadar hormon penyebab stres yang dihasilkan otak.
Vitamin C banyak terkandung dalam buah-buahan seperti limau, jambu, paprika merah, kiwi dan strawberi.
Selain itu, buah-buahan ini juga mengandungi kandungan serat tinggi mampu mengelakkan kolesterol jahat daripada mendak di dalam tubuh.
**2\. Teh panas**
Teh panas, apatah lagi yang dicampur dengan vanila atau pudina telah terbukti dalam beberapa kajian Barat untuk membantu mengatasi kecemasan dan meningkatkan daya tumpuan.
Tanpa tambahan banyak gula, teh minuman rendah kalori.
**3\. Karbohidrat kompleks**
Hidangan mengandung karbohidrat menggalakkan pengeluaran hormon serotonin yang membuat anda tenang.
Pilih karbohidrat kompleks dan hindari gula. Misalnya oatmeal, sandwic roti gandum dan kekacang.
Elakkan snek yang berkanji dan kurang serat (biskut). Dapatkan tenaga menerusi snek yang kaya protein, karbohidrat dan lemak. Makan snek sejam sebelum bersenam.
Pastikan saiz hidangan snek terdiri 2/3 karbohidrat dan 1/3 protein dan lemak.
Contohnya roti jagung yang disapu mentega kacang atau jeli, sehiris buah-buahan dan segelas minuman yogurt.
Bersnek 20 minit selepas senaman untuk menggantikan tenaga yang hilang daripada otot.
Pilih snek gabungan karbohidrat dan protein seperti segelas susu coklat rendah lemak, sebiji epal dan sandwic.
**4\. Serat**
Gantikan menu biskut kepada snek yang lebih rendah kalorinya untuk rasa kenyang yang lebih lama.
Amalkan snek yang penuh kandungan air dan serat seperti sup daging, ikan atau sayur serta buah-buahan seperti oren, epal dan pir.
**5\. Sematkan di fikiran**
Semakin besar saiz snek anda, semakin kenyang terasa bila memakannya. Nikmati snek yang kelihatan 'memenuhi' mangkuk seperti salad, bijirin tinggi serat, atau popcorn supaya minda mendapat isyarat "saya sudah makan banyak".
Perangi lemak dengan snek hasil tenusu. Snek seperti yogurt rendah lemak, susu skim dan gulungan keju membantu melengkapkan keperluan harian sebanyak 1,000 miligram.
Ia kaya dengan kalsium yang meningkatkan enzim untuk memecahkan lemak. |
| Shard | 124 (laksa) |
| Root Hash | 7754148395368842324 |
| Unparsed URL | my,com,bharian!www,/hujung-minggu/sihat/2023/12/1187602/5-jenis-makanan-tenangkan-jiwa-kacau s443 |