🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 151 (from laksa009)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đź“„
INDEXABLE
âś…
CRAWLED
1 month ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH1.3 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/bapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal
Last Crawled2026-03-14 05:43:57 (1 month ago)
First Indexed2025-03-24 03:56:12 (1 year ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleBapa galak anak prihatin keperluan masyarakat melalui kerja amal, Berita Gaya Hidup - Beritaharian.sg
Meta DescriptionBerita - Setiap kali melakukan kerja amal dan sukarela, Encik Muhammad Ilhami Kalil, sering menitipkan pesanan kepada anak-anaknya. Baca lebih lanjut di BeritaHarian.sg
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Bapa galak anak prihatin keperluan masyarakat melalui kerja amal Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula Setiap kali melakukan kerja amal dan sukarela, Encik Muhammad Ilhami Kalil, sering menitipkan pesanan kepada anak-anaknya. “Jangan selalu mendongak ke langit. Kita perlu selalu berpijak pada bumi yang nyata. “Kehidupan itu ibarat lautan, ada pasang surutnya,” katanya. Pesanan itu diingati dua anak lelakinya yang sudah remaja, Muhammad Afiq Hakim, 18 tahun, dan Muhammad Alif Qusairy, 15 tahun, apabila berkhidmat di bawah program Cabaran Belia Ramadan (RYC) di beberapa masjid serata Singapura. Ia memberi peluang kepada mereka menyumbang kepakaran secara khidmat sukarela dalam bidang seperti penyuntingan video dan logistik acara. Encik Muhammad Ilhami, 48 tahun, sendiri juga selalu melakukan kerja sukarelawan, seperti berkhidmat dalam kumpulan kariah semasa Ramadan. Apabila tiba peluang melakukan kerja sukarelawan secara sekeluarga, seperti mengagihkan barangan keperluan kepada golongan memerlukan, beliau dan isteri, Cik Marlia Sanwan, 48 tahun, tidak akan melepaskannya. Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak berumur tiga tahun. “Saya selalu berpesan kepada anak-anak, jika kita mahu menjadi orang yang baik, selain mempunyai akhlak baik, kita perlu pastikan yang kita juga berbakti kepada orang lain. “Usah selalu fikir yang kita serba ada,” kata pegawai kanan audio visual di Hospital Gleneagles itu. “Kita perlu tahu apa itu tanggungjawab dan keutamaan. Daripada situ, kita perlu belajar memberikan masa untuk keluarga, untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. “Kita perlu prihatin akan keperluan masyarakat seperti apakah keperluan asas semasa Hari Raya dan sebagainya. “Sumbangan yang boleh kita beri semula kepada masyarakat termasuk masa, dan wang ringgit, kalau ada kelebihan,” tambahnya. Encik Muhammad Ilhami berkata setiap pengalaman melakukan kerja sukarelawan yang dilalui beliau dan keluarga berbeza. Namun ada yang sukar dilupakan, seperti apabila mereka membantu pasangan warga emas yang hidup berdua dalam keadaan hiba. “Suami yang sudah uzur sedang merawat isteri yang terlantar di katil. Mereka berdua sahaja yang tinggal dalam flat empat bilik yang begitu kosong. Hanya ada satu peti televisyen di tengah-tengah ruang tamu. Mereka tidak ada sofa atau meja makan. “Pengalaman ini membuka mata dan minda kami bahawa satu hari kami yang muda akan juga tua. Kami merenungkan apakah kami sudah bersedia untuk pengakhiran kami kelak?” kongsinya. Seperti kebanyakan keluarga yang suka melakukan kerja relawan, Encik Muhammad Ilhami berkata cabaran utama yang dihadapi adalah berkaitan masa kerana beliau dan isteri bekerja dan anak-anak pula bersekolah. Justeru keluarga itu akan berbincang dan menetapkan jadual melakukan kerja sukarelawan bagi minggu atau bulan tertentu. Antara lain, keluarga itu perlu menetapkan hari untuk memberi barangan keperluan, membungkus pek habuan dan mengagihkan pek itu kepada golongan memerlukan. Menurut Encik Muhammad Ilhami, melakukan kerja sukarelawan secara bersama membolehkan setiap anggota keluarga mengenal pasti kekuatan masing-masing. “Misalnya, kita dapat mengetahui siapa yang lebih baik dalam mengatur perbelanjaan dan siapa yang lebih bijak dalam mencadangkan barangan apa yang perlu dibeli. “Kami juga belajar daripada satu sama lain. Ini adalah kemahiran hidup yang boleh diterapkan di mana-mana dan pada bila-bila masa, tidak kira sama ada kita bersama keluarga atau keseorangan,” kata Encik Muhammad Ilhami. “Dengan mendedahkan anak-anak kepada kerja sukarelawan, kami berharap generasi muda dapat mengenal erti kehidupan dan sekali gus rasakan nikmat serta kepuasan membantu sesama manusia dan bersyukur dengan apa yang mereka ada,” tambahnya. “ “Dengan mendedahkan anak-anak kepada kerja sukarelawan, kami berharap generasi muda dapat mengenal erti kehidupan dan sekali gus rasakan nikmat serta kepuasan membantu sesama manusia dan bersyukur dengan apa yang mereka ada,” tambahnya.” Encik Muhammad Ilhami Kalil, bapa tiga anak yang aktif dalam kerja sukarelawan bersama keluarganya.
Markdown
[![langgan-cta](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/langgan-cta-BqKg0kny.svg)![langgan-cta-logo](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='38'%20height='20'%20viewBox='0%200%2038%2020'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cg%20id='BH'%3e%3cpath%20id='Vector'%20d='M0%2019.4891H1.90212V0.510857H0V0H9.05329C12.2313%200%2015.6676%201.4198%2015.6676%204.71721C15.6676%207.75586%2012.5759%209.03634%209.84861%209.26188V9.31832C13.7357%209.31832%2016.801%2011.1362%2016.801%2014.5463C16.801%2017.6713%2014.0207%2020%208.74181%2020H0V19.4891ZM6.32937%209.2055H7.86032C9.56362%209.2055%2011.4094%208.09751%2011.4094%205.19823C11.4094%201.90411%2010.2463%200.510857%207.83382%200.510857H6.32937V9.2055ZM6.32937%2019.4891H7.63502C10.5015%2019.4891%2012.0357%2018.0395%2012.0357%2014.5762C12.0357%2011.5641%2010.5876%209.71636%208.06247%209.71636H6.33267V19.4891H6.32937Z'%20fill='%2301519C'/%3e%3cpath%20id='Vector_2'%20d='M16.4316%2019.4891H18.7315V0.510857H16.4316V0H25.4552V0.510857H23.1554V9.2055H30.5351V0.510857H28.2353V0H37.2589V0.510857H34.959V19.4891H37.2589V20H28.2353V19.4891H30.5351V9.71636H23.1554V19.4891H25.4552V20H16.4316V19.4891Z'%20fill='%2301519C'/%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://subscribe.sph.com.sg/publications-bh/?utm_campaign=bh_subscription&utm_medium=sph-publication&utm_source=bh&utm_content=subscribelink-header) [![SPH Logo](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/BHLogoStandard-Cv1AdY0g.svg)![SPH Logo mobile](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/BHLogoMobile-DqaxgHFX.svg)](https://www.beritaharian.sg/) - [eNewsletter](https://www.beritaharian.sg/ringkasan-berita-harian)\| - [ePaper](https://e-paper.sph.com.sg/bh)\| ![profile-icon](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='10'%20height='10'%20viewBox='0%200%2010%2010'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M5.65937%205.25495C6.75812%204.96245%207.57188%203.9612%207.57188%202.77245C7.57188%201.35495%206.41687%200.199951%204.99937%200.199951C3.58187%200.199951%202.42687%201.35495%202.42687%202.77245C2.42687%203.9612%203.24062%204.96245%204.33937%205.25495C2.31812%205.5737%200.765625%207.3212%200.765625%209.43245C0.765625%209.63495%200.930625%209.79995%201.13312%209.79995L8.86187%209.79995C9.06437%209.79995%209.22937%209.63495%209.22937%209.43245C9.22937%207.32495%207.67687%205.5737%205.65562%205.25495H5.65937Z'%20fill='%2301519C'/%3e%3c/svg%3e)Daftar Masuk [![halal-logo](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/halal-logo-DBaVcKsi.svg)](https://www.beritaharian.sg/foodmap) ![search-logo](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='25'%20height='25'%20viewBox='0%200%2025%2025'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M21.4321%2020.3676L16.7221%2015.6576C17.7871%2014.3601%2018.4321%2012.6951%2018.4321%2010.8876C18.4321%206.7326%2015.0496%203.3501%2010.8946%203.3501C6.73961%203.3501%203.34961%206.7326%203.34961%2010.8876C3.34961%2015.0426%206.73211%2018.4251%2010.8871%2018.4251C12.6946%2018.4251%2014.3596%2017.7801%2015.6571%2016.7151L20.3671%2021.4251C20.5171%2021.5751%2020.7046%2021.6426%2020.8996%2021.6426C21.0946%2021.6426%2021.2821%2021.5676%2021.4321%2021.4251C21.7246%2021.1326%2021.7246%2020.6601%2021.4321%2020.3676ZM4.84961%2010.8876C4.84961%207.5576%207.55711%204.8501%2010.8871%204.8501C14.2171%204.8501%2016.9246%207.5576%2016.9246%2010.8876C16.9246%2014.2176%2014.2171%2016.9251%2010.8871%2016.9251C7.55711%2016.9251%204.84961%2014.2176%204.84961%2010.8876Z'%20fill='%23FAFAFA'/%3e%3c/svg%3e) ![menu](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='24'%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M19.5%207.94995H4.5C4.0875%207.94995%203.75%207.61245%203.75%207.19995C3.75%206.78745%204.0875%206.44995%204.5%206.44995H19.5C19.9125%206.44995%2020.25%206.78745%2020.25%207.19995C20.25%207.61245%2019.9125%207.94995%2019.5%207.94995Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3cpath%20d='M19.5%2012.75H4.5C4.0875%2012.75%203.75%2012.4125%203.75%2012C3.75%2011.5875%204.0875%2011.25%204.5%2011.25H19.5C19.9125%2011.25%2020.25%2011.5875%2020.25%2012C20.25%2012.4125%2019.9125%2012.75%2019.5%2012.75Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3cpath%20d='M19.5%2017.55H4.5C4.0875%2017.55%203.75%2017.2125%203.75%2016.8C3.75%2016.3875%204.0875%2016.05%204.5%2016.05H19.5C19.9125%2016.05%2020.25%2016.3875%2020.25%2016.8C20.25%2017.2125%2019.9125%2017.55%2019.5%2017.55Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) - [Singapura](https://www.beritaharian.sg/singapura) - [Malaysia](https://www.beritaharian.sg/malaysia) - [Dunia](https://www.beritaharian.sg/dunia) - [Ekonomi](https://www.beritaharian.sg/ekonomi-kerja) - [Gaya Hidup](https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup) - [Wacana](https://www.beritaharian.sg/wacana) - [Sukan](https://www.beritaharian.sg/sukan) - [Bahasa & Budaya](https://www.beritaharian.sg/bahasa-budaya) - [Multimedia](https://www.beritaharian.sg/podcasts) - [Gen G](https://www.beritaharian.sg/gen-g) More![more-menu-icon](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='13'%20height='13'%20viewBox='0%200%2013%2013'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M9.93963%203.50757L3.06213%203.50757C2.45463%203.50757%202.09088%204.18632%202.43213%204.69257L5.87088%209.81507C6.17088%2010.2651%206.83088%2010.2651%207.13463%209.81507L10.5734%204.69257C10.9109%204.18632%2010.5509%203.50757%209.94338%203.50757H9.93963Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) ![search-logo](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='25'%20height='25'%20viewBox='0%200%2025%2025'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M21.4321%2020.3676L16.7221%2015.6576C17.7871%2014.3601%2018.4321%2012.6951%2018.4321%2010.8876C18.4321%206.7326%2015.0496%203.3501%2010.8946%203.3501C6.73961%203.3501%203.34961%206.7326%203.34961%2010.8876C3.34961%2015.0426%206.73211%2018.4251%2010.8871%2018.4251C12.6946%2018.4251%2014.3596%2017.7801%2015.6571%2016.7151L20.3671%2021.4251C20.5171%2021.5751%2020.7046%2021.6426%2020.8996%2021.6426C21.0946%2021.6426%2021.2821%2021.5676%2021.4321%2021.4251C21.7246%2021.1326%2021.7246%2020.6601%2021.4321%2020.3676ZM4.84961%2010.8876C4.84961%207.5576%207.55711%204.8501%2010.8871%204.8501C14.2171%204.8501%2016.9246%207.5576%2016.9246%2010.8876C16.9246%2014.2176%2014.2171%2016.9251%2010.8871%2016.9251C7.55711%2016.9251%204.84961%2014.2176%204.84961%2010.8876Z'%20fill='%23FAFAFA'/%3e%3c/svg%3e) - [Akses Percuma](https://www.beritaharian.sg/akses-percuma) - [Premium](https://www.beritaharian.sg/premium-articles) - [Pengguna Berdaftar](https://www.beritaharian.sg/registered) - [Kuiz BH](https://www.beritaharian.sg/kuiz-bh) - [mata-mata](https://www.beritaharian.sg/mata-mata?ref=menu) - [Kaki Makan](https://www.beritaharian.sg/kaki-makan?ref=kaki-makan-menu) - [Webinar](https://www.beritaharian.sg/webinar) - [BH Services](https://www.beritaharian.sg/bh-services) ![SPH Logo mobile](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/BHLogoMobile-DqaxgHFX.svg) ![menu](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='24'%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M13.0589%2012.0001L20.1389%204.92012C20.4314%204.62762%2020.4314%204.15512%2020.1389%203.86262C19.8464%203.57012%2019.3739%203.57012%2019.0814%203.86262L12.0014%2010.9426L4.92141%203.85512C4.62891%203.56262%204.15641%203.56262%203.86391%203.85512C3.57141%204.14762%203.57141%204.62012%203.86391%204.91262L10.9439%2011.9926L3.86391%2019.0726C3.57141%2019.3651%203.57141%2019.8376%203.86391%2020.1301C4.01391%2020.2801%204.20141%2020.3476%204.39641%2020.3476C4.59141%2020.3476%204.77891%2020.2726%204.92891%2020.1301L12.0089%2013.0501L19.0889%2020.1301C19.2389%2020.2801%2019.4264%2020.3476%2019.6214%2020.3476C19.8164%2020.3476%2020.0039%2020.2726%2020.1539%2020.1301C20.4464%2019.8376%2020.4464%2019.3651%2020.1539%2019.0726L13.0739%2011.9926L13.0589%2012.0001Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) [Langgan](https://subscribe.sph.com.sg/publications-bh/?utm_campaign=bh_subscription&utm_medium=sph-publication&utm_source=bh&utm_content=subscribelink-header)\| Daftar Masuk - [eNewsletter](https://www.beritaharian.sg/ringkasan-berita-harian) - [ePaper](https://e-paper.sph.com.sg/bh) - Singapura![Expand](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='16'%20height='16'%20viewBox='0%200%2016%2016'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M12.5836%204.01001L3.41357%204.01001C2.60357%204.01001%202.11857%204.91501%202.57357%205.59001L7.15857%2012.42C7.55857%2013.02%208.43857%2013.02%208.84357%2012.42L13.4286%205.59001C13.8786%204.91501%2013.3986%204.01001%2012.5886%204.01001H12.5836Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) - [Malaysia](https://www.beritaharian.sg/malaysia) - Dunia![Expand](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='16'%20height='16'%20viewBox='0%200%2016%2016'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M12.5836%204.01001L3.41357%204.01001C2.60357%204.01001%202.11857%204.91501%202.57357%205.59001L7.15857%2012.42C7.55857%2013.02%208.43857%2013.02%208.84357%2012.42L13.4286%205.59001C13.8786%204.91501%2013.3986%204.01001%2012.5886%204.01001H12.5836Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) - Ekonomi![Expand](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='16'%20height='16'%20viewBox='0%200%2016%2016'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M12.5836%204.01001L3.41357%204.01001C2.60357%204.01001%202.11857%204.91501%202.57357%205.59001L7.15857%2012.42C7.55857%2013.02%208.43857%2013.02%208.84357%2012.42L13.4286%205.59001C13.8786%204.91501%2013.3986%204.01001%2012.5886%204.01001H12.5836Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) - Gaya Hidup![Expand](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='16'%20height='16'%20viewBox='0%200%2016%2016'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M12.5836%204.01001L3.41357%204.01001C2.60357%204.01001%202.11857%204.91501%202.57357%205.59001L7.15857%2012.42C7.55857%2013.02%208.43857%2013.02%208.84357%2012.42L13.4286%205.59001C13.8786%204.91501%2013.3986%204.01001%2012.5886%204.01001H12.5836Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) - Wacana![Expand](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='16'%20height='16'%20viewBox='0%200%2016%2016'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M12.5836%204.01001L3.41357%204.01001C2.60357%204.01001%202.11857%204.91501%202.57357%205.59001L7.15857%2012.42C7.55857%2013.02%208.43857%2013.02%208.84357%2012.42L13.4286%205.59001C13.8786%204.91501%2013.3986%204.01001%2012.5886%204.01001H12.5836Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) - [Sukan](https://www.beritaharian.sg/sukan) - [Bahasa & Budaya](https://www.beritaharian.sg/bahasa-budaya) - Multimedia![Expand](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='16'%20height='16'%20viewBox='0%200%2016%2016'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M12.5836%204.01001L3.41357%204.01001C2.60357%204.01001%202.11857%204.91501%202.57357%205.59001L7.15857%2012.42C7.55857%2013.02%208.43857%2013.02%208.84357%2012.42L13.4286%205.59001C13.8786%204.91501%2013.3986%204.01001%2012.5886%204.01001H12.5836Z'%20fill='%23F5F5F5'/%3e%3c/svg%3e) - [Gen G](https://www.beritaharian.sg/gen-g) - [Akses Percuma](https://www.beritaharian.sg/akses-percuma) - [Premium](https://www.beritaharian.sg/premium-articles) - [Pengguna Berdaftar](https://www.beritaharian.sg/registered) - [Kuiz BH](https://www.beritaharian.sg/kuiz-bh) - [mata-mata](https://www.beritaharian.sg/mata-mata?ref=menu) - [Kaki Makan](https://www.beritaharian.sg/kaki-makan?ref=kaki-makan-menu) - [Webinar](https://www.beritaharian.sg/webinar) - [BH Services](https://www.beritaharian.sg/bh-services) ### Bapa galak anak prihatin keperluan masyarakat melalui kerja amal ![Summarise](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='24'%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20%3e%3cpath%20d='M12.4288%203.60369C12.7561%203.60369%2013.0545%203.80584%2013.1739%204.11195L15.3147%209.54102L20.7438%2011.6818C20.8931%2011.7412%2021.0212%2011.8441%2021.1115%2011.9771C21.2017%2012.1101%2021.25%2012.2671%2021.25%2012.4279C21.25%2012.5886%2021.2017%2012.7456%2021.1115%2012.8786C21.0212%2013.0116%2020.8931%2013.1145%2020.7438%2013.1739L15.3147%2015.3147L13.1739%2020.7438C13.1145%2020.8931%2013.0116%2021.0212%2012.8786%2021.1115C12.7456%2021.2017%2012.5886%2021.25%2012.4279%2021.25C12.2671%2021.25%2012.1101%2021.2017%2011.9771%2021.1115C11.8441%2021.0212%2011.7412%2020.8931%2011.6818%2020.7438L9.54102%2015.3147L4.11195%2013.1739C3.96258%2013.1145%203.83448%2013.0116%203.74423%2012.8786C3.65397%2012.7456%203.60572%2012.5886%203.60572%2012.4279C3.60572%2012.2671%203.65397%2012.1101%203.74423%2011.9771C3.83448%2011.8441%203.96258%2011.7412%204.11195%2011.6818L9.54102%209.54102L11.6818%204.11195C11.7416%203.9625%2011.8447%203.8343%2011.9777%203.74376C12.1108%203.65321%2012.2679%203.60444%2012.4288%203.60369ZM12.4288%206.59353L10.906%2010.4516C10.8653%2010.5539%2010.8042%2010.6467%2010.7264%2010.7245C10.6486%2010.8023%2010.5558%2010.8634%2010.4536%2010.9041L6.59353%2012.425L10.4536%2013.9497C10.5556%2013.9902%2010.6483%2014.051%2010.7261%2014.1284C10.8039%2014.2059%2010.8651%2014.2984%2010.906%2014.4002L12.4269%2018.2622L13.9517%2014.4002C13.9923%2014.2985%2014.0532%2014.2062%2014.1307%2014.1287C14.2081%2014.0513%2014.3005%2013.9904%2014.4022%2013.9497L18.2641%2012.4269L14.4022%2010.9041C14.3003%2010.8632%2014.2078%2010.802%2014.1304%2010.7242C14.0529%2010.6464%2013.9921%2010.5537%2013.9517%2010.4516L12.4288%206.59353ZM5.20931%202L6.22967%204.18703L8.4167%205.20739L6.22967%206.22967L5.20931%208.4167L4.18896%206.22967L2%205.20931L4.18703%204.18896L5.20931%202Z'%20fill='url\(%23paint0_linear_7283_17737\)'%20%3e%3c/path%3e%3cdefs%3e%3clinearGradient%20id='paint0_linear_7283_17737'%20x1='11.625'%20y1='2'%20x2='11.625'%20y2='21.25'%20gradientUnits='userSpaceOnUse'%20%3e%3cstop%20stop-color='%23067EEF'%3e%3c/stop%3e%3cstop%20offset='1'%20stop-color='%23A301F4'%3e%3c/stop%3e%3c/linearGradient%3e%3c/defs%3e%3c/svg%3e)Summarise ![Translate](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/translateIcon-BPFB7Tvp.svg)Translate ![Share](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='24'%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20%3e%3cpath%20d='M19%2019.2324C19%2019.7091%2018.8107%2020.1668%2018.4736%2020.5039C18.1365%2020.841%2017.6789%2021.0303%2017.2021%2021.0303L6.41699%2021.0303C5.94028%2021.0303%205.48261%2020.841%205.14551%2020.5039C4.8084%2020.1668%204.61914%2019.7092%204.61914%2019.2324L4.61914%2012.042L5.9668%2012.042L5.9668%2019.2324C5.9668%2019.3516%206.01435%2019.4665%206.09863%2019.5508C6.1829%2019.635%206.29785%2019.6816%206.41699%2019.6816L17.2021%2019.6816C17.3211%2019.6816%2017.4353%2019.6348%2017.5195%2019.5508C17.6038%2019.4665%2017.6514%2019.3516%2017.6514%2019.2324L17.6514%2012.042L19%2012.042L19%2019.2324ZM15.8809%207.07227C16.144%207.33552%2016.1441%207.76217%2015.8809%208.02539C15.6176%208.28831%2015.1909%208.28847%2014.9277%208.02539L12.4834%205.58105L12.4834%2016.3115L11.1357%2016.3115L11.1357%205.58105L8.69043%208.02539C8.42715%208.28827%208.00043%208.28851%207.7373%208.02539C7.47418%207.76226%207.47442%207.33554%207.7373%207.07227L11.8096%203L15.8809%207.07227Z'%20fill='%231E1E1E'%20%3e%3c/path%3e%3c/svg%3e)Share [![Share on Facebook](data:image/svg+xml,%3csvg%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20width='24'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cg%20fill='none'%20fill-rule='nonzero'%3e%3ccircle%20cx='12'%20cy='12'%20fill='%232a5c99'%20r='12'/%3e%3cpath%20d='m14.7482182%2012.5930182h-1.6041818v5.1279273h-2.1388364v-5.1279273h-1.73247273v-2.1290182h1.73247273v-1.60243636c0-.61047273.1069636-1.12936364.3208364-1.55667273.2138727-.42736364.5133272-.74781818.8983091-.96152727.3992727-.22892728.8555454-.34336364%201.3688727-.34336364.2281636%200%20.4705636.01527273.7272.04576364.2566909.01527272.4562727.03818181.5989091.06867272l.2138727.02290909v1.8085091h-.8555455c-.3992727%200-.6915818.1144909-.8769272.34336363-.1711091.21370909-.2566909.48076364-.2566909.80127273v1.37350909h1.9035818z'%20fill='%23fff'/%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal)[![Share on Telegram](data:image/svg+xml,%3c?xml%20version='1.0'%20encoding='UTF-8'?%3e%3csvg%20width='1000px'%20height='1000px'%20viewBox='0%200%201000%201000'%20version='1.1'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20xmlns:xlink='http://www.w3.org/1999/xlink'%3e%3c!--%20Generator:%20Sketch%2053.2%20\(72643\)%20-%20https://sketchapp.com%20--%3e%3ctitle%3eArtboard%3c/title%3e%3cdesc%3eCreated%20with%20Sketch.%3c/desc%3e%3cdefs%3e%3clinearGradient%20x1='50%25'%20y1='0%25'%20x2='50%25'%20y2='99.2583404%25'%20id='linearGradient-1'%3e%3cstop%20stop-color='%232AABEE'%20offset='0%25'%3e%3c/stop%3e%3cstop%20stop-color='%23229ED9'%20offset='100%25'%3e%3c/stop%3e%3c/linearGradient%3e%3c/defs%3e%3cg%20id='Artboard'%20stroke='none'%20stroke-width='1'%20fill='none'%20fill-rule='evenodd'%3e%3ccircle%20id='Oval'%20fill='url\(%23linearGradient-1\)'%20cx='500'%20cy='500'%20r='500'%3e%3c/circle%3e%3cpath%20d='M226.328419,494.722069%20C372.088573,431.216685%20469.284839,389.350049%20517.917216,369.122161%20C656.772535,311.36743%20685.625481,301.334815%20704.431427,301.003532%20C708.567621,300.93067%20717.815839,301.955743%20723.806446,306.816707%20C728.864797,310.92121%20730.256552,316.46581%20730.922551,320.357329%20C731.588551,324.248848%20732.417879,333.113828%20731.758626,340.040666%20C724.234007,419.102486%20691.675104,610.964674%20675.110982,699.515267%20C668.10208,736.984342%20654.301336,749.547532%20640.940618,750.777006%20C611.904684,753.448938%20589.856115,731.588035%20561.733393,713.153237%20C517.726886,684.306416%20492.866009,666.349181%20450.150074,638.200013%20C400.78442,605.66878%20432.786119,587.789048%20460.919462,558.568563%20C468.282091,550.921423%20596.21508,434.556479%20598.691227,424.000355%20C599.00091,422.680135%20599.288312,417.758981%20596.36474,415.160431%20C593.441168,412.561881%20589.126229,413.450484%20586.012448,414.157198%20C581.598758,415.158943%20511.297793,461.625274%20375.109553,553.556189%20C355.154858,567.258623%20337.080515,573.934908%20320.886524,573.585046%20C303.033948,573.199351%20268.692754,563.490928%20243.163606,555.192408%20C211.851067,545.013936%20186.964484,539.632504%20189.131547,522.346309%20C190.260287,513.342589%20202.659244,504.134509%20226.328419,494.722069%20Z'%20id='Path-3'%20fill='%23FFFFFF'%3e%3c/path%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://t.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal&text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal)[![Share on WhatsApp](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/whatsapp-CHUKlERt.svg)](https://wa.me/?text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal) [![Purchase this article](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/newPost-Dw6uw0hu.svg)](https://newspost.newslink.sg/?publication=BH&date=2025-03-19T21:30:00.000Z&title=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal)Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula [⌂ \>Gaya Hidup](https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup) # Bapa galak anak prihatin keperluan masyarakat melalui kerja amal [DNA Dunia Anak](https://www.beritaharian.sg/tags/dna-dunia-anak)[relawan](https://www.beritaharian.sg/tags/relawan) Mar 20, 2025 \| 5:30 AM ![NUR DHUHA ESOOF](https://cassette.sphdigital.com.sg/image/beritaharian/b2f1825c83d063cb556b9587c4a9b8a1b9d3d7bc2f85d9a1fc9625e8fc80c3aa?w=44) [NUR DHUHA ESOOF](https://www.beritaharian.sg/author/nur-dhuha-esoof-2) ### Bapa galak anak prihatin keperluan masyarakat melalui kerja amal ![Summarise](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='24'%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20%3e%3cpath%20d='M12.4288%203.60369C12.7561%203.60369%2013.0545%203.80584%2013.1739%204.11195L15.3147%209.54102L20.7438%2011.6818C20.8931%2011.7412%2021.0212%2011.8441%2021.1115%2011.9771C21.2017%2012.1101%2021.25%2012.2671%2021.25%2012.4279C21.25%2012.5886%2021.2017%2012.7456%2021.1115%2012.8786C21.0212%2013.0116%2020.8931%2013.1145%2020.7438%2013.1739L15.3147%2015.3147L13.1739%2020.7438C13.1145%2020.8931%2013.0116%2021.0212%2012.8786%2021.1115C12.7456%2021.2017%2012.5886%2021.25%2012.4279%2021.25C12.2671%2021.25%2012.1101%2021.2017%2011.9771%2021.1115C11.8441%2021.0212%2011.7412%2020.8931%2011.6818%2020.7438L9.54102%2015.3147L4.11195%2013.1739C3.96258%2013.1145%203.83448%2013.0116%203.74423%2012.8786C3.65397%2012.7456%203.60572%2012.5886%203.60572%2012.4279C3.60572%2012.2671%203.65397%2012.1101%203.74423%2011.9771C3.83448%2011.8441%203.96258%2011.7412%204.11195%2011.6818L9.54102%209.54102L11.6818%204.11195C11.7416%203.9625%2011.8447%203.8343%2011.9777%203.74376C12.1108%203.65321%2012.2679%203.60444%2012.4288%203.60369ZM12.4288%206.59353L10.906%2010.4516C10.8653%2010.5539%2010.8042%2010.6467%2010.7264%2010.7245C10.6486%2010.8023%2010.5558%2010.8634%2010.4536%2010.9041L6.59353%2012.425L10.4536%2013.9497C10.5556%2013.9902%2010.6483%2014.051%2010.7261%2014.1284C10.8039%2014.2059%2010.8651%2014.2984%2010.906%2014.4002L12.4269%2018.2622L13.9517%2014.4002C13.9923%2014.2985%2014.0532%2014.2062%2014.1307%2014.1287C14.2081%2014.0513%2014.3005%2013.9904%2014.4022%2013.9497L18.2641%2012.4269L14.4022%2010.9041C14.3003%2010.8632%2014.2078%2010.802%2014.1304%2010.7242C14.0529%2010.6464%2013.9921%2010.5537%2013.9517%2010.4516L12.4288%206.59353ZM5.20931%202L6.22967%204.18703L8.4167%205.20739L6.22967%206.22967L5.20931%208.4167L4.18896%206.22967L2%205.20931L4.18703%204.18896L5.20931%202Z'%20fill='url\(%23paint0_linear_7283_17737\)'%20%3e%3c/path%3e%3cdefs%3e%3clinearGradient%20id='paint0_linear_7283_17737'%20x1='11.625'%20y1='2'%20x2='11.625'%20y2='21.25'%20gradientUnits='userSpaceOnUse'%20%3e%3cstop%20stop-color='%23067EEF'%3e%3c/stop%3e%3cstop%20offset='1'%20stop-color='%23A301F4'%3e%3c/stop%3e%3c/linearGradient%3e%3c/defs%3e%3c/svg%3e)Summarise ![Translate](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/translateIcon-BPFB7Tvp.svg)Translate ![Share](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='24'%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20%3e%3cpath%20d='M19%2019.2324C19%2019.7091%2018.8107%2020.1668%2018.4736%2020.5039C18.1365%2020.841%2017.6789%2021.0303%2017.2021%2021.0303L6.41699%2021.0303C5.94028%2021.0303%205.48261%2020.841%205.14551%2020.5039C4.8084%2020.1668%204.61914%2019.7092%204.61914%2019.2324L4.61914%2012.042L5.9668%2012.042L5.9668%2019.2324C5.9668%2019.3516%206.01435%2019.4665%206.09863%2019.5508C6.1829%2019.635%206.29785%2019.6816%206.41699%2019.6816L17.2021%2019.6816C17.3211%2019.6816%2017.4353%2019.6348%2017.5195%2019.5508C17.6038%2019.4665%2017.6514%2019.3516%2017.6514%2019.2324L17.6514%2012.042L19%2012.042L19%2019.2324ZM15.8809%207.07227C16.144%207.33552%2016.1441%207.76217%2015.8809%208.02539C15.6176%208.28831%2015.1909%208.28847%2014.9277%208.02539L12.4834%205.58105L12.4834%2016.3115L11.1357%2016.3115L11.1357%205.58105L8.69043%208.02539C8.42715%208.28827%208.00043%208.28851%207.7373%208.02539C7.47418%207.76226%207.47442%207.33554%207.7373%207.07227L11.8096%203L15.8809%207.07227Z'%20fill='%231E1E1E'%20%3e%3c/path%3e%3c/svg%3e)Share [![Share on Facebook](data:image/svg+xml,%3csvg%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20width='24'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cg%20fill='none'%20fill-rule='nonzero'%3e%3ccircle%20cx='12'%20cy='12'%20fill='%232a5c99'%20r='12'/%3e%3cpath%20d='m14.7482182%2012.5930182h-1.6041818v5.1279273h-2.1388364v-5.1279273h-1.73247273v-2.1290182h1.73247273v-1.60243636c0-.61047273.1069636-1.12936364.3208364-1.55667273.2138727-.42736364.5133272-.74781818.8983091-.96152727.3992727-.22892728.8555454-.34336364%201.3688727-.34336364.2281636%200%20.4705636.01527273.7272.04576364.2566909.01527272.4562727.03818181.5989091.06867272l.2138727.02290909v1.8085091h-.8555455c-.3992727%200-.6915818.1144909-.8769272.34336363-.1711091.21370909-.2566909.48076364-.2566909.80127273v1.37350909h1.9035818z'%20fill='%23fff'/%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal)[![Share on Telegram](data:image/svg+xml,%3c?xml%20version='1.0'%20encoding='UTF-8'?%3e%3csvg%20width='1000px'%20height='1000px'%20viewBox='0%200%201000%201000'%20version='1.1'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20xmlns:xlink='http://www.w3.org/1999/xlink'%3e%3c!--%20Generator:%20Sketch%2053.2%20\(72643\)%20-%20https://sketchapp.com%20--%3e%3ctitle%3eArtboard%3c/title%3e%3cdesc%3eCreated%20with%20Sketch.%3c/desc%3e%3cdefs%3e%3clinearGradient%20x1='50%25'%20y1='0%25'%20x2='50%25'%20y2='99.2583404%25'%20id='linearGradient-1'%3e%3cstop%20stop-color='%232AABEE'%20offset='0%25'%3e%3c/stop%3e%3cstop%20stop-color='%23229ED9'%20offset='100%25'%3e%3c/stop%3e%3c/linearGradient%3e%3c/defs%3e%3cg%20id='Artboard'%20stroke='none'%20stroke-width='1'%20fill='none'%20fill-rule='evenodd'%3e%3ccircle%20id='Oval'%20fill='url\(%23linearGradient-1\)'%20cx='500'%20cy='500'%20r='500'%3e%3c/circle%3e%3cpath%20d='M226.328419,494.722069%20C372.088573,431.216685%20469.284839,389.350049%20517.917216,369.122161%20C656.772535,311.36743%20685.625481,301.334815%20704.431427,301.003532%20C708.567621,300.93067%20717.815839,301.955743%20723.806446,306.816707%20C728.864797,310.92121%20730.256552,316.46581%20730.922551,320.357329%20C731.588551,324.248848%20732.417879,333.113828%20731.758626,340.040666%20C724.234007,419.102486%20691.675104,610.964674%20675.110982,699.515267%20C668.10208,736.984342%20654.301336,749.547532%20640.940618,750.777006%20C611.904684,753.448938%20589.856115,731.588035%20561.733393,713.153237%20C517.726886,684.306416%20492.866009,666.349181%20450.150074,638.200013%20C400.78442,605.66878%20432.786119,587.789048%20460.919462,558.568563%20C468.282091,550.921423%20596.21508,434.556479%20598.691227,424.000355%20C599.00091,422.680135%20599.288312,417.758981%20596.36474,415.160431%20C593.441168,412.561881%20589.126229,413.450484%20586.012448,414.157198%20C581.598758,415.158943%20511.297793,461.625274%20375.109553,553.556189%20C355.154858,567.258623%20337.080515,573.934908%20320.886524,573.585046%20C303.033948,573.199351%20268.692754,563.490928%20243.163606,555.192408%20C211.851067,545.013936%20186.964484,539.632504%20189.131547,522.346309%20C190.260287,513.342589%20202.659244,504.134509%20226.328419,494.722069%20Z'%20id='Path-3'%20fill='%23FFFFFF'%3e%3c/path%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://t.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal&text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal)[![Share on WhatsApp](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/whatsapp-CHUKlERt.svg)](https://wa.me/?text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal) [![Purchase this article](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/newPost-Dw6uw0hu.svg)](https://newspost.newslink.sg/?publication=BH&date=2025-03-19T21:30:00.000Z&title=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal)Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula ![Encik Muhammad Ilhami Kalil (dua dari kiri) dan isterinya, Cik Marlia Sanwan, menggalakkan anak-anak mereka, (dari kiri) Muhammad Afiq Hakim, Muhammad A’kif Rizqeen dan Muhammad Alif Qusairy melakukan kerja sukarelawan agar dapat rasai nikmat kepuasan membantu sesama manusia dan bersyukur dengan apa yang mereka ada.](https://cassette.sphdigital.com.sg/image/beritaharian/7bde04354d891303c79eb98c111bf29c894dc142b5338ed9407292e2a4de9223?w=825) Encik Muhammad Ilhami Kalil (dua dari kiri) dan isterinya, Cik Marlia Sanwan, menggalakkan anak-anak mereka, (dari kiri) Muhammad Afiq Hakim, Muhammad A’kif Rizqeen dan Muhammad Alif Qusairy melakukan kerja sukarelawan agar dapat rasai nikmat kepuasan membantu sesama manusia dan bersyukur dengan apa yang mereka ada. - Foto ihsan MUHAMMAD ILHAMI KALIL Setiap kali melakukan kerja amal dan sukarela, Encik Muhammad Ilhami Kalil, sering menitipkan pesanan kepada anak-anaknya. “Jangan selalu mendongak ke langit. Kita perlu selalu berpijak pada bumi yang nyata. “Kehidupan itu ibarat lautan, ada pasang surutnya,” katanya. Pesanan itu diingati dua anak lelakinya yang sudah remaja, Muhammad Afiq Hakim, 18 tahun, dan Muhammad Alif Qusairy, 15 tahun, apabila berkhidmat di bawah program Cabaran Belia Ramadan (RYC) di beberapa masjid serata Singapura. Ia memberi peluang kepada mereka menyumbang kepakaran secara khidmat sukarela dalam bidang seperti penyuntingan video dan logistik acara. Encik Muhammad Ilhami, 48 tahun, sendiri juga selalu melakukan kerja sukarelawan, seperti berkhidmat dalam kumpulan kariah semasa Ramadan. Apabila tiba peluang melakukan kerja sukarelawan secara sekeluarga, seperti mengagihkan barangan keperluan kepada golongan memerlukan, beliau dan isteri, Cik Marlia Sanwan, 48 tahun, tidak akan melepaskannya. Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak berumur tiga tahun. “Saya selalu berpesan kepada anak-anak, jika kita mahu menjadi orang yang baik, selain mempunyai akhlak baik, kita perlu pastikan yang kita juga berbakti kepada orang lain. “Usah selalu fikir yang kita serba ada,” kata pegawai kanan audio visual di Hospital Gleneagles itu. “Kita perlu tahu apa itu tanggungjawab dan keutamaan. Daripada situ, kita perlu belajar memberikan masa untuk keluarga, untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. “Kita perlu prihatin akan keperluan masyarakat seperti apakah keperluan asas semasa Hari Raya dan sebagainya. “Sumbangan yang boleh kita beri semula kepada masyarakat termasuk masa, dan wang ringgit, kalau ada kelebihan,” tambahnya. Encik Muhammad Ilhami berkata setiap pengalaman melakukan kerja sukarelawan yang dilalui beliau dan keluarga berbeza. Namun ada yang sukar dilupakan, seperti apabila mereka membantu pasangan warga emas yang hidup berdua dalam keadaan hiba. “Suami yang sudah uzur sedang merawat isteri yang terlantar di katil. Mereka berdua sahaja yang tinggal dalam flat empat bilik yang begitu kosong. Hanya ada satu peti televisyen di tengah-tengah ruang tamu. Mereka tidak ada sofa atau meja makan. “Pengalaman ini membuka mata dan minda kami bahawa satu hari kami yang muda akan juga tua. Kami merenungkan apakah kami sudah bersedia untuk pengakhiran kami kelak?” kongsinya. Seperti kebanyakan keluarga yang suka melakukan kerja relawan, Encik Muhammad Ilhami berkata cabaran utama yang dihadapi adalah berkaitan masa kerana beliau dan isteri bekerja dan anak-anak pula bersekolah. Justeru keluarga itu akan berbincang dan menetapkan jadual melakukan kerja sukarelawan bagi minggu atau bulan tertentu. Antara lain, keluarga itu perlu menetapkan hari untuk memberi barangan keperluan, membungkus pek habuan dan mengagihkan pek itu kepada golongan memerlukan. Menurut Encik Muhammad Ilhami, melakukan kerja sukarelawan secara bersama membolehkan setiap anggota keluarga mengenal pasti kekuatan masing-masing. “Misalnya, kita dapat mengetahui siapa yang lebih baik dalam mengatur perbelanjaan dan siapa yang lebih bijak dalam mencadangkan barangan apa yang perlu dibeli. “Kami juga belajar daripada satu sama lain. Ini adalah kemahiran hidup yang boleh diterapkan di mana-mana dan pada bila-bila masa, tidak kira sama ada kita bersama keluarga atau keseorangan,” kata Encik Muhammad Ilhami. “Dengan mendedahkan anak-anak kepada kerja sukarelawan, kami berharap generasi muda dapat mengenal erti kehidupan dan sekali gus rasakan nikmat serta kepuasan membantu sesama manusia dan bersyukur dengan apa yang mereka ada,” tambahnya. “ “Dengan mendedahkan anak-anak kepada kerja sukarelawan, kami berharap generasi muda dapat mengenal erti kehidupan dan sekali gus rasakan nikmat serta kepuasan membantu sesama manusia dan bersyukur dengan apa yang mereka ada,” tambahnya.” Encik Muhammad Ilhami Kalil, bapa tiga anak yang aktif dalam kerja sukarelawan bersama keluarganya. ###### Laporan berkaitan [Tugas relawan eratkan hubungan sekeluarga, terap nilai murni](https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/tugas-relawan-eratkan-hubungan-sekeluarga-terap-nilai-murni)Mar 19, 2025 \| 4:39 PM [Buku tentang gotong-royong dan tolong-menolong](https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/buku-tentang-gotong-royong-dan-tolong-menolong)Mar 19, 2025 \| 1:46 PM [DNA Dunia Anak](https://www.beritaharian.sg/tags/dna-dunia-anak)[relawan](https://www.beritaharian.sg/tags/relawan) [![Share on Facebook](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='48'%20height='48'%20viewBox='0%200%2048%2048'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M42%2023.7893C42%2013.8284%2033.936%205.74414%2024%205.74414C14.064%205.74414%206%2013.8284%206%2023.7893C6%2032.5231%2012.192%2039.7953%2020.4%2041.4735V29.2028H16.8V23.7893H20.4V19.278C20.4%2015.7953%2023.226%2012.9622%2026.7%2012.9622H31.2V18.3757H27.6C26.61%2018.3757%2025.8%2019.1877%2025.8%2020.1802V23.7893H31.2V29.2028H25.8V41.7441C34.89%2040.8419%2042%2033.1547%2042%2023.7893Z'%20fill='%2301519C'/%3e%3c/svg%3e)](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal)[![Share on Telegram](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='48'%20height='48'%20viewBox='0%200%2048%2048'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3ccircle%20cx='24'%20cy='23.7441'%20r='18'%20fill='%2301519C'/%3e%3cpath%20d='M15.1649%2022.968C15.1649%2022.968%2023.5681%2019.4557%2026.4825%2018.219C27.5997%2017.7243%2031.3884%2016.1412%2031.3884%2016.1412C31.3884%2016.1412%2033.1371%2015.4487%2032.9914%2017.1306C32.9428%2017.8232%2032.5542%2020.2472%2032.1656%2022.8691C31.5827%2026.5793%2030.9513%2030.6358%2030.9513%2030.6358C30.9513%2030.6358%2030.8541%2031.7736%2030.0284%2031.9715C29.2026%2032.1694%2027.8425%2031.279%2027.5997%2031.081C27.4054%2030.9327%2023.9567%2028.7065%2022.6938%2027.6182C22.3537%2027.3214%2021.9652%2026.7278%2022.7423%2026.0352C24.491%2024.4027%2026.5796%2022.3744%2027.8425%2021.0882C28.4255%2020.4946%2029.0083%2019.1094%2026.5796%2020.7914C23.1309%2023.2154%2019.7308%2025.491%2019.7308%2025.491C19.7308%2025.491%2018.9536%2025.9857%2017.4964%2025.5404C16.0391%2025.0953%2014.3391%2024.5016%2014.3391%2024.5016C14.3391%2024.5016%2013.1734%2023.7596%2015.1649%2022.968Z'%20fill='white'/%3e%3c/svg%3e)](https://t.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal&text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal)[![Share on WhatsApp](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/whatsAppNew-B8LI6KKs.svg)](https://wa.me/?text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal)[![Share on WhatsApp](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='38'%20height='39'%20viewBox='0%200%2038%2039'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3ccircle%20cx='19'%20cy='19.9238'%20r='19'%20fill='%2301519C'/%3e%3cpath%20d='M25.0699%2014.3293C26.7194%2015.9822%2027.5441%2017.9189%2027.5441%2020.1393C27.5441%2022.409%2026.7317%2024.3457%2025.1068%2025.9493C23.4819%2027.5529%2021.537%2028.3548%2019.2721%2028.3548C17.8688%2028.3548%2016.5639%2028.0217%2015.3576%2027.3556L11%2028.5028L12.1817%2024.247C11.4431%2022.9888%2011.0739%2021.6196%2011.0739%2020.1393C11.0739%2017.8696%2011.874%2015.9329%2013.4742%2014.3293C15.0745%2012.7256%2017.0071%2011.9238%2019.2721%2011.9238C21.537%2011.9238%2023.4696%2012.7256%2025.0699%2014.3293ZM19.2721%2026.9855C21.1431%2026.9855%2022.7557%2026.3194%2024.1097%2024.9872C25.4638%2023.6302%2026.1408%2022.0143%2026.1408%2020.1393C26.1654%2018.3136%2025.4761%2016.71%2024.0728%2015.3284C22.7434%2013.9962%2021.1431%2013.3301%2019.2721%2013.3301C17.401%2013.3301%2015.7884%2013.9962%2014.4344%2015.3284C13.1049%2016.6607%2012.4402%2018.2643%2012.4402%2020.1393C12.4402%2021.4469%2012.7972%2022.6557%2013.5112%2023.7659L13.6589%2024.025L12.9572%2026.5414L15.5422%2025.8753L15.8007%2026.0233C16.8594%2026.6648%2018.0165%2026.9855%2019.2721%2026.9855ZM23.0019%2021.8416C23.2481%2021.9649%2023.3835%2022.0513%2023.4081%2022.1006C23.4819%2022.2487%2023.4327%2022.5817%2023.2604%2023.0998C23.1865%2023.2972%2022.9896%2023.5069%2022.6695%2023.7289C22.3741%2023.9263%2022.1156%2024.0373%2021.894%2024.062C21.2539%2024.1607%2020.4292%2023.988%2019.4198%2023.5439C18.2134%2023.0258%2017.0563%2021.9896%2015.9485%2020.4353C15.3822%2019.6705%2015.0991%2018.9674%2015.0991%2018.326C15.0991%2017.7092%2015.333%2017.1294%2015.8007%2016.5867C15.9731%2016.4386%2016.1577%2016.3646%2016.3547%2016.3646C16.5516%2016.3646%2016.687%2016.3646%2016.7609%2016.3646C16.9825%2016.3646%2017.1302%2016.4756%2017.204%2016.6977C17.6226%2017.7092%2017.8318%2018.2149%2017.8318%2018.2149C17.9057%2018.363%2017.918%2018.4863%2017.8688%2018.585C17.7703%2018.8071%2017.6472%2019.0044%2017.4995%2019.1771C17.3518%2019.3251%2017.2656%2019.4115%2017.241%2019.4362C17.2164%2019.4608%2017.2287%2019.5472%2017.2779%2019.6952C17.6226%2020.3367%2017.9919%2020.8177%2018.3858%2021.1385C18.8043%2021.4592%2019.3582%2021.7923%2020.0476%2022.1376C20.2445%2022.2363%2020.3922%2022.224%2020.4907%2022.1006C20.8108%2021.7306%2021.0323%2021.4592%2021.1554%2021.2865C21.2539%2021.1385%2021.4016%2021.1015%2021.5986%2021.1755C21.7955%2021.2495%2022.2633%2021.4715%2023.0019%2021.8416Z'%20fill='white'/%3e%3c/svg%3e)](https://wa.me/?text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal)[![Purchase this article](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/NewspostNew-CL1osB7U.svg)](https://newspost.newslink.sg/?publication=BH&date=2025-03-19T21:30:00.000Z&title=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal) Laporan Lain ![Man Icon](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/Desktop_Small-img_01-O6dQWcD_.png)![Quiz Logo](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/Desktop_logo-img_01-CC2_uGxt.svg)Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu ![Expand Icon](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='23'%20height='22'%20viewBox='0%200%2023%2022'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cpath%20d='M11.3579%2022C17.433%2022%2022.3579%2017.0751%2022.3579%2011C22.3579%204.92487%2017.433%200%2011.3579%200C5.28278%200%200.35791%204.92487%200.35791%2011C0.35791%2017.0751%205.28278%2022%2011.3579%2022Z'%20fill='black'/%3e%3cline%20x1='7.35791'%20y1='11'%20x2='15.3579'%20y2='11'%20stroke='white'%20stroke-width='2'%20stroke-linecap='round'/%3e%3cline%20x1='11.3579'%20y1='15'%20x2='11.3579'%20y2='7'%20stroke='white'%20stroke-width='2'%20stroke-linecap='round'/%3e%3c/svg%3e) SINGAPURA![footer-logo](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/BHFooterLogo-CxDiP6Cg.png) - [![undefined-menu-icon](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='48'%20height='49'%20viewBox='0%200%2048%2049'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cg%20id='YouTube'%3e%3ccircle%20id='Ellipse%203703'%20cx='24'%20cy='24.5537'%20r='18'%20fill='white'/%3e%3cg%20id='Group%205488'%3e%3cpath%20id='Subtract'%20fill-rule='evenodd'%20clip-rule='evenodd'%20d='M34.824%2022.031C34.758%2021.151%2034.659%2020.458%2034.516%2019.941C34.241%2018.951%2033.603%2018.313%2032.613%2018.038C31.48%2017.73%2028.609%2017.554%2024%2017.554L22.251%2017.62C21.041%2017.62%2019.732%2017.653%2018.302%2017.73C16.85%2017.796%2015.904%2017.895%2015.387%2018.038C14.397%2018.313%2013.759%2018.951%2013.484%2019.941C13.176%2021.074%2013%2022.845%2013%2025.254L13.066%2026.178C13.066%2026.838%2013.099%2027.597%2013.176%2028.477C13.242%2029.357%2013.341%2030.05%2013.484%2030.567C13.759%2031.557%2014.397%2032.195%2015.387%2032.47C16.52%2032.778%2019.391%2032.954%2024%2032.954L25.749%2032.888C26.959%2032.888%2028.268%2032.855%2029.698%2032.778C31.15%2032.712%2032.096%2032.613%2032.613%2032.47C33.603%2032.195%2034.241%2031.557%2034.516%2030.567C34.824%2029.434%2035%2027.663%2035%2025.254L34.934%2024.33C34.934%2023.67%2034.901%2022.911%2034.824%2022.031ZM21.2501%2021.6321L27.5879%2025.2537L21.2501%2028.8753V21.6321Z'%20fill='%2301519C'/%3e%3c/g%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://www.youtube.com/user/BeritaHarianSG) - [![undefined-menu-icon](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='48'%20height='49'%20viewBox='0%200%2048%2049'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cg%20id='X%20Twitter'%3e%3cg%20id='Group%205487'%3e%3ccircle%20id='Ellipse%203703'%20cx='24'%20cy='24.5537'%20r='18'%20fill='white'/%3e%3cpath%20id='Vector'%20d='M29.9636%2016.5537H32.8771L26.512%2023.7547L34%2033.5537H28.137L23.5448%2027.6107L18.2904%2033.5537H15.3752L22.1832%2025.8514L15%2016.5537H21.0119L25.1628%2021.9859L29.9636%2016.5537ZM28.9411%2031.8276H30.5555L20.1347%2018.1892H18.4023L28.9411%2031.8276Z'%20fill='%2301519C'/%3e%3c/g%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://www.twitter.com/BeritaHarianSG/) - [![undefined-menu-icon](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/Instagram-C8RRsoVL.svg)](https://www.instagram.com/BeritaHarianSG/) - [![undefined-menu-icon](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='48'%20height='49'%20viewBox='0%200%2048%2049'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cg%20id='Facebook'%3e%3cpath%20id='Vector'%20d='M42%2024.5988C42%2014.6379%2033.936%206.55371%2024%206.55371C14.064%206.55371%206%2014.6379%206%2024.5988C6%2033.3327%2012.192%2040.6048%2020.4%2042.283V30.0124H16.8V24.5988H20.4V20.0875C20.4%2016.6048%2023.226%2013.7718%2026.7%2013.7718H31.2V19.1853H27.6C26.61%2019.1853%2025.8%2019.9973%2025.8%2020.9898V24.5988H31.2V30.0124H25.8V42.5537C34.89%2041.6515%2042%2033.9642%2042%2024.5988Z'%20fill='white'/%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://www.facebook.com/BeritaHarianSG/) - [![undefined-menu-icon](data:image/svg+xml,%3csvg%20width='36'%20height='37'%20viewBox='0%200%2036%2037'%20fill='none'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3ccircle%20cx='18'%20cy='18.5537'%20r='18'%20fill='white'/%3e%3cpath%20d='M27%2016.0679C26.6987%2016.396%2026.3571%2016.6844%2025.9955%2016.933C24.3181%2018.0566%2022.6306%2019.1901%2020.9933%2020.3634C20.1496%2020.9798%2019.1049%2021.7355%2018.01%2021.7355H18H17.99C16.8951%2021.7355%2015.8504%2020.9798%2015.0067%2020.3634C13.3694%2019.1801%2011.6819%2018.0566%2010.0145%2016.933C9.64286%2016.6844%209.30134%2016.396%209%2016.0679V23.9628C9%2024.8378%209.72321%2025.5537%2010.6071%2025.5537H25.3929C26.2768%2025.5537%2027%2024.8378%2027%2023.9628V16.0679ZM27%2013.1446C27%2012.2696%2026.2667%2011.5537%2025.3929%2011.5537H10.6071C9.53237%2011.5537%209%2012.3889%209%2013.3634C9%2014.2682%2010.0145%2015.3918%2010.7277%2015.8691C12.2846%2016.9429%2013.8616%2018.0168%2015.4185%2019.1006C16.0714%2019.548%2017.1763%2020.4628%2017.99%2020.4628H18H18.01C18.8237%2020.4628%2019.9286%2019.548%2020.5815%2019.1006C22.1384%2018.0168%2023.7154%2016.9429%2025.2824%2015.8691C26.1663%2015.2625%2027%2014.2583%2027%2013.1446Z'%20fill='%2301519C'/%3e%3c/svg%3e)](mailto:bhnews@sph.com.sg) - [Hubungi Kami](https://www.beritaharian.sg/hubungi-kami) - [Kenali Kami](https://www.beritaharian.sg/kenali-kami) - [Syarat dan Peraturan](https://www.sph.com.sg/tnc/website/) - [Notis Perlindungan Data Peribadi](https://www.sph.com.sg/tnc/pdpa/) - [Notis Kuki](https://www.sph.com.sg/tnc/cookie/) - [BH Services](https://www.beritaharian.sg/bh-services) - [Langgan](https://subscribe.sph.com.sg/publications-bh/?utm_campaign=bh_subscription&utm_medium=sph-publication&utm_source=bh&utm_content=subscribelink-footer) - [Iklan Bersama Kami](https://www.sph.com.sg/advertising-solutions/) #### Berita Harian di Mudah Alih - [![undefined-menu-icon](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/AppStore-vbs6ELY6.svg)](https://itunes.apple.com/sg/app/id743558902) - [![undefined-menu-icon](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/GooglePlay-C_tQVjLz.svg)](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sph.bhandroid) #### Khidmat pelangganan [6388-3838](callto:63883838) #### Meja Berita Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik? E-mel: bhnews@sph.com.sg
Readable Markdown
Bapa galak anak prihatin keperluan masyarakat melalui kerja amal [![Share on Facebook](data:image/svg+xml,%3csvg%20height='24'%20viewBox='0%200%2024%2024'%20width='24'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%3e%3cg%20fill='none'%20fill-rule='nonzero'%3e%3ccircle%20cx='12'%20cy='12'%20fill='%232a5c99'%20r='12'/%3e%3cpath%20d='m14.7482182%2012.5930182h-1.6041818v5.1279273h-2.1388364v-5.1279273h-1.73247273v-2.1290182h1.73247273v-1.60243636c0-.61047273.1069636-1.12936364.3208364-1.55667273.2138727-.42736364.5133272-.74781818.8983091-.96152727.3992727-.22892728.8555454-.34336364%201.3688727-.34336364.2281636%200%20.4705636.01527273.7272.04576364.2566909.01527272.4562727.03818181.5989091.06867272l.2138727.02290909v1.8085091h-.8555455c-.3992727%200-.6915818.1144909-.8769272.34336363-.1711091.21370909-.2566909.48076364-.2566909.80127273v1.37350909h1.9035818z'%20fill='%23fff'/%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal)[![Share on Telegram](data:image/svg+xml,%3c?xml%20version='1.0'%20encoding='UTF-8'?%3e%3csvg%20width='1000px'%20height='1000px'%20viewBox='0%200%201000%201000'%20version='1.1'%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20xmlns:xlink='http://www.w3.org/1999/xlink'%3e%3c!--%20Generator:%20Sketch%2053.2%20\(72643\)%20-%20https://sketchapp.com%20--%3e%3ctitle%3eArtboard%3c/title%3e%3cdesc%3eCreated%20with%20Sketch.%3c/desc%3e%3cdefs%3e%3clinearGradient%20x1='50%25'%20y1='0%25'%20x2='50%25'%20y2='99.2583404%25'%20id='linearGradient-1'%3e%3cstop%20stop-color='%232AABEE'%20offset='0%25'%3e%3c/stop%3e%3cstop%20stop-color='%23229ED9'%20offset='100%25'%3e%3c/stop%3e%3c/linearGradient%3e%3c/defs%3e%3cg%20id='Artboard'%20stroke='none'%20stroke-width='1'%20fill='none'%20fill-rule='evenodd'%3e%3ccircle%20id='Oval'%20fill='url\(%23linearGradient-1\)'%20cx='500'%20cy='500'%20r='500'%3e%3c/circle%3e%3cpath%20d='M226.328419,494.722069%20C372.088573,431.216685%20469.284839,389.350049%20517.917216,369.122161%20C656.772535,311.36743%20685.625481,301.334815%20704.431427,301.003532%20C708.567621,300.93067%20717.815839,301.955743%20723.806446,306.816707%20C728.864797,310.92121%20730.256552,316.46581%20730.922551,320.357329%20C731.588551,324.248848%20732.417879,333.113828%20731.758626,340.040666%20C724.234007,419.102486%20691.675104,610.964674%20675.110982,699.515267%20C668.10208,736.984342%20654.301336,749.547532%20640.940618,750.777006%20C611.904684,753.448938%20589.856115,731.588035%20561.733393,713.153237%20C517.726886,684.306416%20492.866009,666.349181%20450.150074,638.200013%20C400.78442,605.66878%20432.786119,587.789048%20460.919462,558.568563%20C468.282091,550.921423%20596.21508,434.556479%20598.691227,424.000355%20C599.00091,422.680135%20599.288312,417.758981%20596.36474,415.160431%20C593.441168,412.561881%20589.126229,413.450484%20586.012448,414.157198%20C581.598758,415.158943%20511.297793,461.625274%20375.109553,553.556189%20C355.154858,567.258623%20337.080515,573.934908%20320.886524,573.585046%20C303.033948,573.199351%20268.692754,563.490928%20243.163606,555.192408%20C211.851067,545.013936%20186.964484,539.632504%20189.131547,522.346309%20C190.260287,513.342589%20202.659244,504.134509%20226.328419,494.722069%20Z'%20id='Path-3'%20fill='%23FFFFFF'%3e%3c/path%3e%3c/g%3e%3c/svg%3e)](https://t.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal&text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal)[![Share on WhatsApp](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/whatsapp-CHUKlERt.svg)](https://wa.me/?text=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal%0Ahttps%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2F%2Fgaya-hidup%2Fbapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal) [![Purchase this article](https://www.beritaharian.sg/web2-assets/newPost-Dw6uw0hu.svg)](https://newspost.newslink.sg/?publication=BH&date=2025-03-19T21:30:00.000Z&title=Bapa%20galak%20anak%20prihatin%20keperluan%20masyarakat%20melalui%20kerja%20amal)Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula Setiap kali melakukan kerja amal dan sukarela, Encik Muhammad Ilhami Kalil, sering menitipkan pesanan kepada anak-anaknya. “Jangan selalu mendongak ke langit. Kita perlu selalu berpijak pada bumi yang nyata. “Kehidupan itu ibarat lautan, ada pasang surutnya,” katanya. Pesanan itu diingati dua anak lelakinya yang sudah remaja, Muhammad Afiq Hakim, 18 tahun, dan Muhammad Alif Qusairy, 15 tahun, apabila berkhidmat di bawah program Cabaran Belia Ramadan (RYC) di beberapa masjid serata Singapura. Ia memberi peluang kepada mereka menyumbang kepakaran secara khidmat sukarela dalam bidang seperti penyuntingan video dan logistik acara. Encik Muhammad Ilhami, 48 tahun, sendiri juga selalu melakukan kerja sukarelawan, seperti berkhidmat dalam kumpulan kariah semasa Ramadan. Apabila tiba peluang melakukan kerja sukarelawan secara sekeluarga, seperti mengagihkan barangan keperluan kepada golongan memerlukan, beliau dan isteri, Cik Marlia Sanwan, 48 tahun, tidak akan melepaskannya. Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak berumur tiga tahun. “Saya selalu berpesan kepada anak-anak, jika kita mahu menjadi orang yang baik, selain mempunyai akhlak baik, kita perlu pastikan yang kita juga berbakti kepada orang lain. “Usah selalu fikir yang kita serba ada,” kata pegawai kanan audio visual di Hospital Gleneagles itu. “Kita perlu tahu apa itu tanggungjawab dan keutamaan. Daripada situ, kita perlu belajar memberikan masa untuk keluarga, untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. “Kita perlu prihatin akan keperluan masyarakat seperti apakah keperluan asas semasa Hari Raya dan sebagainya. “Sumbangan yang boleh kita beri semula kepada masyarakat termasuk masa, dan wang ringgit, kalau ada kelebihan,” tambahnya. Encik Muhammad Ilhami berkata setiap pengalaman melakukan kerja sukarelawan yang dilalui beliau dan keluarga berbeza. Namun ada yang sukar dilupakan, seperti apabila mereka membantu pasangan warga emas yang hidup berdua dalam keadaan hiba. “Suami yang sudah uzur sedang merawat isteri yang terlantar di katil. Mereka berdua sahaja yang tinggal dalam flat empat bilik yang begitu kosong. Hanya ada satu peti televisyen di tengah-tengah ruang tamu. Mereka tidak ada sofa atau meja makan. “Pengalaman ini membuka mata dan minda kami bahawa satu hari kami yang muda akan juga tua. Kami merenungkan apakah kami sudah bersedia untuk pengakhiran kami kelak?” kongsinya. Seperti kebanyakan keluarga yang suka melakukan kerja relawan, Encik Muhammad Ilhami berkata cabaran utama yang dihadapi adalah berkaitan masa kerana beliau dan isteri bekerja dan anak-anak pula bersekolah. Justeru keluarga itu akan berbincang dan menetapkan jadual melakukan kerja sukarelawan bagi minggu atau bulan tertentu. Antara lain, keluarga itu perlu menetapkan hari untuk memberi barangan keperluan, membungkus pek habuan dan mengagihkan pek itu kepada golongan memerlukan. Menurut Encik Muhammad Ilhami, melakukan kerja sukarelawan secara bersama membolehkan setiap anggota keluarga mengenal pasti kekuatan masing-masing. “Misalnya, kita dapat mengetahui siapa yang lebih baik dalam mengatur perbelanjaan dan siapa yang lebih bijak dalam mencadangkan barangan apa yang perlu dibeli. “Kami juga belajar daripada satu sama lain. Ini adalah kemahiran hidup yang boleh diterapkan di mana-mana dan pada bila-bila masa, tidak kira sama ada kita bersama keluarga atau keseorangan,” kata Encik Muhammad Ilhami. “Dengan mendedahkan anak-anak kepada kerja sukarelawan, kami berharap generasi muda dapat mengenal erti kehidupan dan sekali gus rasakan nikmat serta kepuasan membantu sesama manusia dan bersyukur dengan apa yang mereka ada,” tambahnya. “ “Dengan mendedahkan anak-anak kepada kerja sukarelawan, kami berharap generasi muda dapat mengenal erti kehidupan dan sekali gus rasakan nikmat serta kepuasan membantu sesama manusia dan bersyukur dengan apa yang mereka ada,” tambahnya.” Encik Muhammad Ilhami Kalil, bapa tiga anak yang aktif dalam kerja sukarelawan bersama keluarganya.
Shard151 (laksa)
Root Hash14681213102571264751
Unparsed URLsg,beritaharian!www,/gaya-hidup/bapa-galak-anak-prihatin-keperluan-masyarakat-kerja-amal s443