ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.9 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.astroawani.com/gaya-hidup/banyak-kepuasan-buat-kerja-amal-kebajikan-318444 |
| Last Crawled | 2026-03-25 02:36:44 (26 days ago) |
| First Indexed | 2021-09-08 00:36:36 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Banyak kepuasan buat kerja amal kebajikan | Awani |
| Meta Description | Beberapa kisah tentang individu yang menggerakkan usaha kebajikan di negara ini dan cabaran yang dihadapi mereka. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | SECARA jujur, tidak semua insan sanggup mengabdikan diri melakukan sesuatu yang tidak menjanjikan pulangan besar termasuklah kerja amal, apatah lagi kebanyakannya dibuat secara sukarela.
Di sebalik pujian, tidak kurang juga ada yang dilemparkan dengan kata-kata nista dan sindiran, seperti yang dikongsikan sendiri oleh Datuk Chua Sui Hau, 47, pengasas serta pengerusi pusat kebajikan One Hope Charity and Welfare yang berpejabat di Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Biarpun niat murni beliau mahu membantu insan dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama, masih ada terdengar suara hasutan yang meminta beliau hanya menghulurkan bantuan kepada kaum Cina semata-mata.
Tidak mengalah dengan hasutan itu, Chua tetap bertekad untuk menyempurnakan impiannya iaitu membantu mereka yang dalam kesempitan, kesusahan sekali gus mengembalikan keceriaan insan yang perlu dibantu, tanpa mengira latar belakang, kaum serta agama yang dianuti.
Menyingkap kisah penubuhan One Hope Charity and Welfare, Chua berkata, semuanya bermula pada tahun 2002 ketika beliau berumur 27 tahun.
Pada masa itu, beliau mempunyai karier yang stabil namun acap kali Chua melihat dalam masyarakat ada ahli keluarga yang ditimpa kesusahan, menghidap sakit kritikal serta dihimpit masalah kewangan untuk melunaskan bayaran rawatan. Bukan sahaja kesihatan semakin merosot bahkan ada yang sehingga meninggal dunia.
"Kita maklum, ada pesakit yang tidak boleh tunggu lama, perlu segera jalani pembedahan, jadi saya tubuh One Hope Charity untuk membantu orang yang seperti itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sepanjang menjalankan kerja-kerja amal, Chua tidak menafikan ada sahaja cabaran yang terpaksa dilalui ketika mengendalikan pusat kebajikan berkenaan.
"Sejak hari pertama memulakan kerja amal, saya menanam hasrat ingin membantu orang Melayu, Cina dan India. Tidak juga kira agama, saya akan memberi pertolongan yang sama kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Saya pernah dikritik dengan sindiran dan kata-kata nista oleh masyarakat sekeliling yang cuba menghasut untuk tidak menolong kaum lain selain kaum saya.
"Bagaimanapun, semuanya itu tidak langsung mematahkan semangat dan menjadi penghalang kepada saya. Saya pernah diaju pertanyaan oleh segelintir pihak mengapa harus bantu kaum lain selain kaum Cina sedangkan setiap kaum mempunyai persatuan kebajikan masing-masing yang boleh membantu mereka yang susah," katanya.
KEPERCAYAAN DAN SOKONGAN MASYARAKAT JADI KEKUATAN
Pendorong utama untuk Chua tekad meneruskan kerja amal sudah tentunya kepercayaan dan sokongan masyarakat umum.
Beliau berasa puas apabila melihat ramai pesakit yang dahulunya menderita kini ceria dan semakin sihat menjalani kehidupan bersama keluarga.
"Kita semua maklum, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang pemurah dan baik hati. Mereka memberi sumbangan tanpa mengira kaum dan agama. Bagi mereka, walaupun warna kulit kita berbeza, namun darah kita semuanya berwarna merah dan nyawa lebih bernilai daripada segala-galanya," jelasnya.
Chua berharap agar lebih ramai masyarakat bersatu padu memperjuangkan hal kebajikan kerana ia dapat melahirkan suasana hidup bertoleransi dan muhibah.
"Sebelum pandemik COVID-19 ini, ibu bapa sering datang mengunjungi pejabat One Hope Charity dengan anak-anak mereka yang sudah pulih dari rawatan. Ketika melihat kanak-kanak ini yang diselamatkan di Unit Rawatan Rapi sebelum ini tersenyum riang sambil memeluk ibu bapa mereka dan berlari-lari di sekitar kawasan pejabat membuatkan saya gembira kerana mereka kembali pulih dan lincah," katanya sambil menambah, ada juga yang sebelum ini mempunyai masalah pendengaran kini mampu mendengar semula.
Menurut Chua, beliau juga berasa bangga apabila semakin banyak pertubuhan kebajikan muncul dalam masyarakat, masing-masing menabur bakti untuk sama-sama membantu tanpa mengira kaum dan sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan.
MAHU TUBUH HOSPITAL KEBAJIKAN
Apabila ditanya tentang impian masa hadapannya, Chua berkata beliau mahu membuka sebuah hospital kebajikan dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.
Fokus utamanya mahu memberikan sinaran kegembiraan kepada ramai pesakit di luar sana.
Di musim pandemik COVID-19 ini, Chua berkata, pihaknya aktif menyokong hospital bagi memerangi koronavirus yang boleh membawa maut ini.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuk menderma peralatan perubatan, peralatan perlindungan peribadi (PPE), pelitup muka serta penyerahan dua buah katil ICU (Unit Rawatan Rapi) kepada Wad HDU Cardiothoracic Hospital Pulau Pinang.
"Selain itu, kami juga membuka Pusat Pemberian Vaksin One Hope Charity di Auto City, Juru, Bukit Mertajam. PPV ini adalah yang pertama dibuka oleh NGO (Badan Bukan Kerajaan) di negara ini," katanya.
KEPUASAN YANG SUKAR DITAFSIR
Menurut Maziiana Mohd Azhari, melakukan kerja amal merupakan kepuasan yang tidak terhingga dan sukar untuk ditafsir dengan kata-kata apabila berpeluang melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan.
Aktiviti sedemikian, katanya sudah sebati dalam dirinya sejak dari kecil bermula dari aktiviti keluarga yang suka memberi makanan kepada insan yang memerlukan.
"Walaupun ketika itu keluarga saya juga bukanlah dari kalangan orang senang namun niat dan sikap ibu yang suka membantu dan berkongsi rezeki. Sikap ini menjadi kebiasaan sehingga saya dewasa.
"Apabila diberi peluang sepenuh masa menjadi pekerja sosial ianya merupakan satu hadiah yang paling bermakna. Saya sangat berharap saya terus istiqamah dalam kerja-kerja kebajikan ini hingga akhir hayat," kongsi wanita itu dalam perbualan telefon bersama
Bernama
baru-baru ini.
Selain menjadi pekerja kemanusiaan di NGO Al-I'tisam, Maziiana turut aktif menyertai aktiviti sukarelawan bersama NGO lain serta menjalankan aktiviti amal sendiri bersama kawan-kawannya.
Sepanjang sembilan tahun melaksanakan kerja amal itu, antara misi kemanusiaan di luar negara yang disertai Maziiana adalah di Kemboja sejak tahun 2012, misi kemanusiaan ke Gaza di Semenanjung Utara Gaza (Februari 2013), Bangladesh (2015) serta misi kemanusiaan Gempa Bumi di Palu, Sulawesi.
Manakala misi kemanusiaan di dalam negara yang pernah disertai Maziiana ialah Misi Banjir (seluruh negeri) bermula tahun 2014 hingga kini. Terkini membantu mangsa banjir di Yan , Kedah.
Selain itu, beliau turut menyertai misi Bantuan Dapur Panas (memasak masakan panas), misi Bantuan Pek Makanan termasuk perkampungan orang asli dan misi Bantuan Joran (memberi bantuan perniagaan kepada peniaga kecil).
Selain aktif dengan badan yang disertainya, Maziiana turut melakukan kerja amal secara peribadi bersama kenalan rapatnya antaranya mengutip sampah di pantai, memberi makan kepada gelandangan, membersihkan rumah asnaf, bantuan pek makanan asnaf serta membersihkan kubur tidak berwaris.
KERJA AMAL DI LUAR NEGARA
Maziiana berkata, sebelum berlakunya pandemik COVID-19, beliau kerap berada di Kemboja setiap tiga bulan bagi memastikan projek di negara itu dijalankan dengan baik dengan dibantu oleh sukarelawan Kemboja yang merupakan anak tempatan Kemboja.
Menurut Maziiana, dalam menjalankan misi kemanusiaan itu sudah tentu harapan utama adalah misi yang disertainya itu mencapai matlamat.
"Kami berharap, menerusi misi yang kami jalankan ini, generasi yang kurang berkemampuan di negara berkenaan akan berubah dan keluar daripada kemelut kemiskinan.
"Miskin ini bukan satu pilihan tetapi kita mampu mengubahnya. Di samping itu dapat mengurangkan beban penderitaan yang ditanggung walau adakalanya bantuan yang diberikan hanya seketika," katanya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan video serta bertindak sebagai jurukamera sepanjang misi berlangsung.
Bagi Maziiana, peluang melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku di negara lain banyak memberi keinsafan kepada dirinya.
"Kita boleh mendidik hati dan minda kita sendiri dengan bermuhasabah diri dengan setiap apa yang dilihat di hadapan mata. Selain itu kita sedar bahawa kita tidak senantiasa berada dalam zon selesa kerana di sekeliling kita lebih ramai yang memerlukan bantuan," katanya.
-- BERNAMA / Disunting oleh Melati Mohd Ariff
Advertisement |
| Markdown | [Skip to main content](https://www.astroawani.com/gaya-hidup/banyak-kepuasan-buat-kerja-amal-kebajikan-318444#main-content)
[](https://www.astroawani.com/ "Home")
[](https://www.astroawani.com/ "Home")
- [LIVE](https://www.astroawani.com/video-terkini)
- [Video](https://www.astroawani.com/video)
- [Malaysia](https://www.astroawani.com/berita-malaysia)
- [Dunia](https://www.astroawani.com/berita-dunia)
- [Politik](https://www.astroawani.com/berita-politik)
- [Hiburan](https://www.astroawani.com/berita-hiburan)
- [Bisnes](https://www.astroawani.com/berita-bisnes)
- [Sukan](https://www.astroawani.com/berita-sukan)
- [Rancangan](https://www.astroawani.com/rancangan)
- [Gaya Hidup](https://www.astroawani.com/gaya-hidup)
- Lain-Lain
- [Teknologi](https://www.astroawani.com/berita-teknologi)
- [Podcast](https://www.astroawani.com/podcast)
Select language
[BM](https://www.astroawani.com/ "BM") \| [EN](https://international.astroawani.com/ "EN")
- [Search](https://www.astroawani.com/search)
- [Live](https://www.astroawani.com/video-terkini)
- [Log in](https://www.astroawani.com/user/login)
[Malaysia Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis, hargai pengorbanan warga PDRM](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-polis-hargai-pengorbanan-warga-pdrm)
[Malaysia Penangan 'agak-agak' bila masak, kini masuk kamus Oxford](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penangan-agak-agak-bila-masak-kini-masuk-kamus-oxford)
[Malaysia Kanak-kanak 7 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanak-kanak-7-tahun-maut-dilanggar-ketika-lintas-jalan)
## Advertisement
Gaya Hidup
### Banyak kepuasan buat kerja amal kebajikan

###### Bernama
08/09/2021 \| 08:15 MYT

SECARA jujur, tidak semua insan sanggup mengabdikan diri melakukan sesuatu yang tidak menjanjikan pulangan besar termasuklah kerja amal, apatah lagi kebanyakannya dibuat secara sukarela.
Di sebalik pujian, tidak kurang juga ada yang dilemparkan dengan kata-kata nista dan sindiran, seperti yang dikongsikan sendiri oleh Datuk Chua Sui Hau, 47, pengasas serta pengerusi pusat kebajikan One Hope Charity and Welfare yang berpejabat di Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Biarpun niat murni beliau mahu membantu insan dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama, masih ada terdengar suara hasutan yang meminta beliau hanya menghulurkan bantuan kepada kaum Cina semata-mata.
Tidak mengalah dengan hasutan itu, Chua tetap bertekad untuk menyempurnakan impiannya iaitu membantu mereka yang dalam kesempitan, kesusahan sekali gus mengembalikan keceriaan insan yang perlu dibantu, tanpa mengira latar belakang, kaum serta agama yang dianuti.
Menyingkap kisah penubuhan One Hope Charity and Welfare, Chua berkata, semuanya bermula pada tahun 2002 ketika beliau berumur 27 tahun.
Pada masa itu, beliau mempunyai karier yang stabil namun acap kali Chua melihat dalam masyarakat ada ahli keluarga yang ditimpa kesusahan, menghidap sakit kritikal serta dihimpit masalah kewangan untuk melunaskan bayaran rawatan. Bukan sahaja kesihatan semakin merosot bahkan ada yang sehingga meninggal dunia.
"Kita maklum, ada pesakit yang tidak boleh tunggu lama, perlu segera jalani pembedahan, jadi saya tubuh One Hope Charity untuk membantu orang yang seperti itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sepanjang menjalankan kerja-kerja amal, Chua tidak menafikan ada sahaja cabaran yang terpaksa dilalui ketika mengendalikan pusat kebajikan berkenaan.
"Sejak hari pertama memulakan kerja amal, saya menanam hasrat ingin membantu orang Melayu, Cina dan India. Tidak juga kira agama, saya akan memberi pertolongan yang sama kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Saya pernah dikritik dengan sindiran dan kata-kata nista oleh masyarakat sekeliling yang cuba menghasut untuk tidak menolong kaum lain selain kaum saya.
"Bagaimanapun, semuanya itu tidak langsung mematahkan semangat dan menjadi penghalang kepada saya. Saya pernah diaju pertanyaan oleh segelintir pihak mengapa harus bantu kaum lain selain kaum Cina sedangkan setiap kaum mempunyai persatuan kebajikan masing-masing yang boleh membantu mereka yang susah," katanya.
**KEPERCAYAAN DAN SOKONGAN MASYARAKAT JADI KEKUATAN**
Pendorong utama untuk Chua tekad meneruskan kerja amal sudah tentunya kepercayaan dan sokongan masyarakat umum.
Beliau berasa puas apabila melihat ramai pesakit yang dahulunya menderita kini ceria dan semakin sihat menjalani kehidupan bersama keluarga.
"Kita semua maklum, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang pemurah dan baik hati. Mereka memberi sumbangan tanpa mengira kaum dan agama. Bagi mereka, walaupun warna kulit kita berbeza, namun darah kita semuanya berwarna merah dan nyawa lebih bernilai daripada segala-galanya," jelasnya.
Chua berharap agar lebih ramai masyarakat bersatu padu memperjuangkan hal kebajikan kerana ia dapat melahirkan suasana hidup bertoleransi dan muhibah.

"Sebelum pandemik COVID-19 ini, ibu bapa sering datang mengunjungi pejabat One Hope Charity dengan anak-anak mereka yang sudah pulih dari rawatan. Ketika melihat kanak-kanak ini yang diselamatkan di Unit Rawatan Rapi sebelum ini tersenyum riang sambil memeluk ibu bapa mereka dan berlari-lari di sekitar kawasan pejabat membuatkan saya gembira kerana mereka kembali pulih dan lincah," katanya sambil menambah, ada juga yang sebelum ini mempunyai masalah pendengaran kini mampu mendengar semula.
Menurut Chua, beliau juga berasa bangga apabila semakin banyak pertubuhan kebajikan muncul dalam masyarakat, masing-masing menabur bakti untuk sama-sama membantu tanpa mengira kaum dan sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan.
**MAHU TUBUH HOSPITAL KEBAJIKAN**
Apabila ditanya tentang impian masa hadapannya, Chua berkata beliau mahu membuka sebuah hospital kebajikan dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.
Fokus utamanya mahu memberikan sinaran kegembiraan kepada ramai pesakit di luar sana.
Di musim pandemik COVID-19 ini, Chua berkata, pihaknya aktif menyokong hospital bagi memerangi koronavirus yang boleh membawa maut ini.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuk menderma peralatan perubatan, peralatan perlindungan peribadi (PPE), pelitup muka serta penyerahan dua buah katil ICU (Unit Rawatan Rapi) kepada Wad HDU Cardiothoracic Hospital Pulau Pinang.
"Selain itu, kami juga membuka Pusat Pemberian Vaksin One Hope Charity di Auto City, Juru, Bukit Mertajam. PPV ini adalah yang pertama dibuka oleh NGO (Badan Bukan Kerajaan) di negara ini," katanya.
**KEPUASAN YANG SUKAR DITAFSIR**
Menurut Maziiana Mohd Azhari, melakukan kerja amal merupakan kepuasan yang tidak terhingga dan sukar untuk ditafsir dengan kata-kata apabila berpeluang melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan.
Aktiviti sedemikian, katanya sudah sebati dalam dirinya sejak dari kecil bermula dari aktiviti keluarga yang suka memberi makanan kepada insan yang memerlukan.
"Walaupun ketika itu keluarga saya juga bukanlah dari kalangan orang senang namun niat dan sikap ibu yang suka membantu dan berkongsi rezeki. Sikap ini menjadi kebiasaan sehingga saya dewasa.
"Apabila diberi peluang sepenuh masa menjadi pekerja sosial ianya merupakan satu hadiah yang paling bermakna. Saya sangat berharap saya terus istiqamah dalam kerja-kerja kebajikan ini hingga akhir hayat," kongsi wanita itu dalam perbualan telefon bersama *Bernama* baru-baru ini.
Selain menjadi pekerja kemanusiaan di NGO Al-I'tisam, Maziiana turut aktif menyertai aktiviti sukarelawan bersama NGO lain serta menjalankan aktiviti amal sendiri bersama kawan-kawannya.
Sepanjang sembilan tahun melaksanakan kerja amal itu, antara misi kemanusiaan di luar negara yang disertai Maziiana adalah di Kemboja sejak tahun 2012, misi kemanusiaan ke Gaza di Semenanjung Utara Gaza (Februari 2013), Bangladesh (2015) serta misi kemanusiaan Gempa Bumi di Palu, Sulawesi.

Manakala misi kemanusiaan di dalam negara yang pernah disertai Maziiana ialah Misi Banjir (seluruh negeri) bermula tahun 2014 hingga kini. Terkini membantu mangsa banjir di Yan , Kedah.
Selain itu, beliau turut menyertai misi Bantuan Dapur Panas (memasak masakan panas), misi Bantuan Pek Makanan termasuk perkampungan orang asli dan misi Bantuan Joran (memberi bantuan perniagaan kepada peniaga kecil).
Selain aktif dengan badan yang disertainya, Maziiana turut melakukan kerja amal secara peribadi bersama kenalan rapatnya antaranya mengutip sampah di pantai, memberi makan kepada gelandangan, membersihkan rumah asnaf, bantuan pek makanan asnaf serta membersihkan kubur tidak berwaris.
**KERJA AMAL DI LUAR NEGARA**
Maziiana berkata, sebelum berlakunya pandemik COVID-19, beliau kerap berada di Kemboja setiap tiga bulan bagi memastikan projek di negara itu dijalankan dengan baik dengan dibantu oleh sukarelawan Kemboja yang merupakan anak tempatan Kemboja.
Menurut Maziiana, dalam menjalankan misi kemanusiaan itu sudah tentu harapan utama adalah misi yang disertainya itu mencapai matlamat.
"Kami berharap, menerusi misi yang kami jalankan ini, generasi yang kurang berkemampuan di negara berkenaan akan berubah dan keluar daripada kemelut kemiskinan.
"Miskin ini bukan satu pilihan tetapi kita mampu mengubahnya. Di samping itu dapat mengurangkan beban penderitaan yang ditanggung walau adakalanya bantuan yang diberikan hanya seketika," katanya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan video serta bertindak sebagai jurukamera sepanjang misi berlangsung.
Bagi Maziiana, peluang melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku di negara lain banyak memberi keinsafan kepada dirinya.
"Kita boleh mendidik hati dan minda kita sendiri dengan bermuhasabah diri dengan setiap apa yang dilihat di hadapan mata. Selain itu kita sedar bahawa kita tidak senantiasa berada dalam zon selesa kerana di sekeliling kita lebih ramai yang memerlukan bantuan," katanya.
*\-- BERNAMA / Disunting oleh Melati Mohd Ariff*
## Advertisement
## Topic Berkaitan
[\#bantuan](https://www.astroawani.com/topic/bantuan) [\#kebajikan](https://www.astroawani.com/topic/kebajikan) [\#kemanusiaan](https://www.astroawani.com/topic/kemanusiaan) [\#amal jariah](https://www.astroawani.com/topic/amal-jariah)
## Must Watch Video
### Cara lain mengikuti berita kami
- [](https://www.facebook.com/astroawani)
- [](https://instagram.com/501awani/)
- [](https://twitter.com/501awani)
- [](https://www.youtube.com/astroawani)
- [](https://www.tiktok.com/@501awani)
- [](https://t.me/astroawani)
- [](https://www.threads.com/@501awani)
Baca Artikel Penuh
### Berita Terkini
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-polis-hargai-pengorbanan-warga-pdrm "Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis, hargai pengorbanan warga PDRM")
Malaysia
[Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis, hargai pengorbanan warga PDRM](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-polis-hargai-pengorbanan-warga-pdrm "Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis, hargai pengorbanan warga PDRM")
6 minutes ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penangan-agak-agak-bila-masak-kini-masuk-kamus-oxford "Penangan 'agak-agak' bila masak, kini masuk kamus Oxford")
Malaysia
[Penangan 'agak-agak' bila masak, kini masuk kamus Oxford](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penangan-agak-agak-bila-masak-kini-masuk-kamus-oxford "Penangan 'agak-agak' bila masak, kini masuk kamus Oxford")
16 minutes ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanak-kanak-7-tahun-maut-dilanggar-ketika-lintas-jalan "Kanak-kanak 7 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan")
Malaysia
[Kanak-kanak 7 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanak-kanak-7-tahun-maut-dilanggar-ketika-lintas-jalan "Kanak-kanak 7 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan")
36 minutes ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-tujuh-apartmen-di-seksyen-19-shah-alam "Remaja lelaki maut terjatuh dari tingkat tujuh apartmen di Seksyen 19 Shah Alam")
Malaysia
[Remaja lelaki maut terjatuh dari tingkat tujuh apartmen di Seksyen 19 Shah Alam](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-tujuh-apartmen-di-seksyen-19-shah-alam "Remaja lelaki maut terjatuh dari tingkat tujuh apartmen di Seksyen 19 Shah Alam")
1 hour ago
[](https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ringgit-dibuka-tinggi-berbanding-dolar-susulan-sentimen-risiko-bertambah-baik "Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan sentimen risiko bertambah baik")
Bisnes
[Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan sentimen risiko bertambah baik](https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ringgit-dibuka-tinggi-berbanding-dolar-susulan-sentimen-risiko-bertambah-baik "Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan sentimen risiko bertambah baik")
1 hour ago
[](https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-sedia-hantar-1000-anggota-tentera-untuk-operasi-berkaitan-iran-0 "Konflik Asia Barat: AS sedia hantar 1,000 anggota tentera untuk operasi berkaitan Iran")
Dunia
[Konflik Asia Barat: AS sedia hantar 1,000 anggota tentera untuk operasi berkaitan Iran](https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-sedia-hantar-1000-anggota-tentera-untuk-operasi-berkaitan-iran-0 "Konflik Asia Barat: AS sedia hantar 1,000 anggota tentera untuk operasi berkaitan Iran")
1 hour ago
## Advertisement
NEWSLETTER
## Dapatkan Berita Terkini
Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda.
[](https://www.astroawani.com/gaya-hidup/banyak-kepuasan-buat-kerja-amal-kebajikan-318444)
Close
- [LAMAN HIBURAN LAIN](https://www.astroawani.com/)
- [POLISI PRIVASI](https://www.astro.com.my/privacy)
- [TERMA PENGGUNAAN](https://www.astro.com.my/terms)
- [IKLAN BERSAMA KAMI](https://astromedia.com.my/)
- [PELABUR](https://corporate.astro.com.my/)
- [](https://www.facebook.com/astroawani)
- [](https://instagram.com/501awani/)
- [](https://twitter.com/501awani)
- [](https://www.youtube.com/astroawani)
- [](https://www.tiktok.com/@501awani)
- [](https://t.me/astroawani)
- [](https://www.threads.com/@501awani)
© 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.
[ Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan](https://gempak.com/ "_target")
[ Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV](https://www.astroawani.com/ "_target")
[ Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment](https://xuan.com.my/ "_target")
[ Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics](https://xuan.com.my/hotspot "_target")
[ Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events](https://www.stadiumastro.com/ "_target")
[ Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news](https://astroulagam.com.my/ "_target")
[ Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more](https://gempak.com/rojakdaily "_target")
[ Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI.](https://www.njoi.com.my/ "_target")
[ Syok Enjoy Malaysia\`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got\!](https://syok.my/ "_target")
[ Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE\!](https://sooka.my/ "_target")
[ Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers](https://rewards.astro.com.my/ "_target") |
| Readable Markdown | SECARA jujur, tidak semua insan sanggup mengabdikan diri melakukan sesuatu yang tidak menjanjikan pulangan besar termasuklah kerja amal, apatah lagi kebanyakannya dibuat secara sukarela.
Di sebalik pujian, tidak kurang juga ada yang dilemparkan dengan kata-kata nista dan sindiran, seperti yang dikongsikan sendiri oleh Datuk Chua Sui Hau, 47, pengasas serta pengerusi pusat kebajikan One Hope Charity and Welfare yang berpejabat di Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Biarpun niat murni beliau mahu membantu insan dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama, masih ada terdengar suara hasutan yang meminta beliau hanya menghulurkan bantuan kepada kaum Cina semata-mata.
Tidak mengalah dengan hasutan itu, Chua tetap bertekad untuk menyempurnakan impiannya iaitu membantu mereka yang dalam kesempitan, kesusahan sekali gus mengembalikan keceriaan insan yang perlu dibantu, tanpa mengira latar belakang, kaum serta agama yang dianuti.
Menyingkap kisah penubuhan One Hope Charity and Welfare, Chua berkata, semuanya bermula pada tahun 2002 ketika beliau berumur 27 tahun.
Pada masa itu, beliau mempunyai karier yang stabil namun acap kali Chua melihat dalam masyarakat ada ahli keluarga yang ditimpa kesusahan, menghidap sakit kritikal serta dihimpit masalah kewangan untuk melunaskan bayaran rawatan. Bukan sahaja kesihatan semakin merosot bahkan ada yang sehingga meninggal dunia.
"Kita maklum, ada pesakit yang tidak boleh tunggu lama, perlu segera jalani pembedahan, jadi saya tubuh One Hope Charity untuk membantu orang yang seperti itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sepanjang menjalankan kerja-kerja amal, Chua tidak menafikan ada sahaja cabaran yang terpaksa dilalui ketika mengendalikan pusat kebajikan berkenaan.
"Sejak hari pertama memulakan kerja amal, saya menanam hasrat ingin membantu orang Melayu, Cina dan India. Tidak juga kira agama, saya akan memberi pertolongan yang sama kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Saya pernah dikritik dengan sindiran dan kata-kata nista oleh masyarakat sekeliling yang cuba menghasut untuk tidak menolong kaum lain selain kaum saya.
"Bagaimanapun, semuanya itu tidak langsung mematahkan semangat dan menjadi penghalang kepada saya. Saya pernah diaju pertanyaan oleh segelintir pihak mengapa harus bantu kaum lain selain kaum Cina sedangkan setiap kaum mempunyai persatuan kebajikan masing-masing yang boleh membantu mereka yang susah," katanya.
**KEPERCAYAAN DAN SOKONGAN MASYARAKAT JADI KEKUATAN**
Pendorong utama untuk Chua tekad meneruskan kerja amal sudah tentunya kepercayaan dan sokongan masyarakat umum.
Beliau berasa puas apabila melihat ramai pesakit yang dahulunya menderita kini ceria dan semakin sihat menjalani kehidupan bersama keluarga.
"Kita semua maklum, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang pemurah dan baik hati. Mereka memberi sumbangan tanpa mengira kaum dan agama. Bagi mereka, walaupun warna kulit kita berbeza, namun darah kita semuanya berwarna merah dan nyawa lebih bernilai daripada segala-galanya," jelasnya.
Chua berharap agar lebih ramai masyarakat bersatu padu memperjuangkan hal kebajikan kerana ia dapat melahirkan suasana hidup bertoleransi dan muhibah.

"Sebelum pandemik COVID-19 ini, ibu bapa sering datang mengunjungi pejabat One Hope Charity dengan anak-anak mereka yang sudah pulih dari rawatan. Ketika melihat kanak-kanak ini yang diselamatkan di Unit Rawatan Rapi sebelum ini tersenyum riang sambil memeluk ibu bapa mereka dan berlari-lari di sekitar kawasan pejabat membuatkan saya gembira kerana mereka kembali pulih dan lincah," katanya sambil menambah, ada juga yang sebelum ini mempunyai masalah pendengaran kini mampu mendengar semula.
Menurut Chua, beliau juga berasa bangga apabila semakin banyak pertubuhan kebajikan muncul dalam masyarakat, masing-masing menabur bakti untuk sama-sama membantu tanpa mengira kaum dan sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan.
**MAHU TUBUH HOSPITAL KEBAJIKAN**
Apabila ditanya tentang impian masa hadapannya, Chua berkata beliau mahu membuka sebuah hospital kebajikan dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.
Fokus utamanya mahu memberikan sinaran kegembiraan kepada ramai pesakit di luar sana.
Di musim pandemik COVID-19 ini, Chua berkata, pihaknya aktif menyokong hospital bagi memerangi koronavirus yang boleh membawa maut ini.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuk menderma peralatan perubatan, peralatan perlindungan peribadi (PPE), pelitup muka serta penyerahan dua buah katil ICU (Unit Rawatan Rapi) kepada Wad HDU Cardiothoracic Hospital Pulau Pinang.
"Selain itu, kami juga membuka Pusat Pemberian Vaksin One Hope Charity di Auto City, Juru, Bukit Mertajam. PPV ini adalah yang pertama dibuka oleh NGO (Badan Bukan Kerajaan) di negara ini," katanya.
**KEPUASAN YANG SUKAR DITAFSIR**
Menurut Maziiana Mohd Azhari, melakukan kerja amal merupakan kepuasan yang tidak terhingga dan sukar untuk ditafsir dengan kata-kata apabila berpeluang melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan.
Aktiviti sedemikian, katanya sudah sebati dalam dirinya sejak dari kecil bermula dari aktiviti keluarga yang suka memberi makanan kepada insan yang memerlukan.
"Walaupun ketika itu keluarga saya juga bukanlah dari kalangan orang senang namun niat dan sikap ibu yang suka membantu dan berkongsi rezeki. Sikap ini menjadi kebiasaan sehingga saya dewasa.
"Apabila diberi peluang sepenuh masa menjadi pekerja sosial ianya merupakan satu hadiah yang paling bermakna. Saya sangat berharap saya terus istiqamah dalam kerja-kerja kebajikan ini hingga akhir hayat," kongsi wanita itu dalam perbualan telefon bersama *Bernama* baru-baru ini.
Selain menjadi pekerja kemanusiaan di NGO Al-I'tisam, Maziiana turut aktif menyertai aktiviti sukarelawan bersama NGO lain serta menjalankan aktiviti amal sendiri bersama kawan-kawannya.
Sepanjang sembilan tahun melaksanakan kerja amal itu, antara misi kemanusiaan di luar negara yang disertai Maziiana adalah di Kemboja sejak tahun 2012, misi kemanusiaan ke Gaza di Semenanjung Utara Gaza (Februari 2013), Bangladesh (2015) serta misi kemanusiaan Gempa Bumi di Palu, Sulawesi.

Manakala misi kemanusiaan di dalam negara yang pernah disertai Maziiana ialah Misi Banjir (seluruh negeri) bermula tahun 2014 hingga kini. Terkini membantu mangsa banjir di Yan , Kedah.
Selain itu, beliau turut menyertai misi Bantuan Dapur Panas (memasak masakan panas), misi Bantuan Pek Makanan termasuk perkampungan orang asli dan misi Bantuan Joran (memberi bantuan perniagaan kepada peniaga kecil).
Selain aktif dengan badan yang disertainya, Maziiana turut melakukan kerja amal secara peribadi bersama kenalan rapatnya antaranya mengutip sampah di pantai, memberi makan kepada gelandangan, membersihkan rumah asnaf, bantuan pek makanan asnaf serta membersihkan kubur tidak berwaris.
**KERJA AMAL DI LUAR NEGARA**
Maziiana berkata, sebelum berlakunya pandemik COVID-19, beliau kerap berada di Kemboja setiap tiga bulan bagi memastikan projek di negara itu dijalankan dengan baik dengan dibantu oleh sukarelawan Kemboja yang merupakan anak tempatan Kemboja.
Menurut Maziiana, dalam menjalankan misi kemanusiaan itu sudah tentu harapan utama adalah misi yang disertainya itu mencapai matlamat.
"Kami berharap, menerusi misi yang kami jalankan ini, generasi yang kurang berkemampuan di negara berkenaan akan berubah dan keluar daripada kemelut kemiskinan.
"Miskin ini bukan satu pilihan tetapi kita mampu mengubahnya. Di samping itu dapat mengurangkan beban penderitaan yang ditanggung walau adakalanya bantuan yang diberikan hanya seketika," katanya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan video serta bertindak sebagai jurukamera sepanjang misi berlangsung.
Bagi Maziiana, peluang melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku di negara lain banyak memberi keinsafan kepada dirinya.
"Kita boleh mendidik hati dan minda kita sendiri dengan bermuhasabah diri dengan setiap apa yang dilihat di hadapan mata. Selain itu kita sedar bahawa kita tidak senantiasa berada dalam zon selesa kerana di sekeliling kita lebih ramai yang memerlukan bantuan," katanya.
*\-- BERNAMA / Disunting oleh Melati Mohd Ariff*
Advertisement |
| Shard | 102 (laksa) |
| Root Hash | 2328458669187135302 |
| Unparsed URL | com,astroawani!www,/gaya-hidup/banyak-kepuasan-buat-kerja-amal-kebajikan-318444 s443 |