🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 102 (from laksa174)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
2 months ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH2.1 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganjur-seksualiti-merdeka-gagal-rayuan-20671
Last Crawled2026-02-14 12:47:11 (2 months ago)
First Indexed2020-10-08 23:22:28 (5 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitlePenganjur Seksualiti Merdeka gagal rayuan | Awani
Meta DescriptionPenganjur Seksualiti Merdeka gagal dalam rayuan untuk kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap polis untuk mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November 2011.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Penganjur Seksualiti Merdeka gagal dalam rayuan mereka hari ini untuk kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap polis untuk mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November 2011. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Clement Allan Skinner memutuskan keputusan polis mengharamkan program itu tidak boleh dipinda melalui semakan kehakiman. Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah menolak rayuan yang difailkan oleh Pang Khee Teik, 39, Angela Marianne Kuga Thas, 48, S. Thilaga Socky Pillai, 25, Siti Zabedah Kasim, 49, dan Md Nor Ismat Selamat, 30. "Pengumuman pengharaman aktiviti itu dibuat kerana melaksanakan tugas selaku Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (sekarang Ketua Polis Negara) untuk menyiasat dakwaan kesalahan di bawah undang-undang," kata Skinner. Beliau berkata keputusan mengharamkan program itu tidak boleh dikategorikan sebagai penyalahgunakan budi bicara termasuk untuk menyiasat kesalahan yang dilakukan. Skinner juga berkata keputusan Khalid mengharamkan program itu bukan pencegahan kerana program itu telah berlangsung selama dua hari dan dijadual diadakan selama tiga hari lagi. Beliau berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa permohonan perayu adalah akademik. Pada 9 Dis 2011, perayu memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan mengharamkan program itu. Mereka menamakan Khalid, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Nor Azman Muhammad Yusuf dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar sebagai responden. Dalam permohonan itu, mereka mendakwa Khalid telah membuat keputusan mengisytiharkan pengharaman sebarang majlis berkaitan program Seksualiti Merdeka pada sidang media 3 Nov 2011, kerana ia menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan itu dan satu perintah dikeluarkan kepada responden agar memberikan semua salinan laporan polis yang dibuat berhubung bantahan program Seksualiti Merdeka kepada pihak penganjur. Mereka mendakwa Khalid telah bertindak atas salah faham atau sengaja tidak mahu mengakui fakta sebenar bahawa majlis itu bukan bertujuan untuk aktiviti yang menyesatkan, menyebabkan kekacauan, permusuhan atau rusuhan atau mengancam keselamatan negara. Seksualiti Merdeka ialah festival tahunan memperjuangkan hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. Pada 1 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak untuk memberi kebenaran kepada perayu bagi memulakan semakan kehakiman. Penganjur diwakili peguam Honey Tan Lay Ean manakala responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan. Advertisement
Markdown
[Skip to main content](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganjur-seksualiti-merdeka-gagal-rayuan-20671#main-content) [![logo](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-64px,h-64px,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/logo/2025-11/astroawani_logo.webp)](https://www.astroawani.com/ "Home") [![logo](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-64px,h-64px,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/logo/2025-11/astroawani_logo.webp)](https://www.astroawani.com/ "Home") - [LIVE](https://www.astroawani.com/video-terkini) - [Video](https://www.astroawani.com/video) - [Malaysia](https://www.astroawani.com/berita-malaysia) - [Dunia](https://www.astroawani.com/berita-dunia) - [Politik](https://www.astroawani.com/berita-politik) - [Hiburan](https://www.astroawani.com/berita-hiburan) - [Bisnes](https://www.astroawani.com/berita-bisnes) - [Sukan](https://www.astroawani.com/berita-sukan) - [Rancangan](https://www.astroawani.com/rancangan) - [Gaya Hidup](https://www.astroawani.com/gaya-hidup) - Lain-Lain - [Teknologi](https://www.astroawani.com/berita-teknologi) - [Podcast](https://www.astroawani.com/podcast) Select language [BM](https://www.astroawani.com/ "BM") \| [EN](https://international.astroawani.com/ "EN") - [Search](https://www.astroawani.com/search) - [Live](https://www.astroawani.com/video-terkini) - [Log in](https://www.astroawani.com/user/login) [Malaysia Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan - PM Anwar](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-kesempatan-tingkat-martabat-diri-sepanjang-ramadan-pm-anwar) [Malaysia Bekalan makanan asas mencukupi bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan - KPKM](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekalan-makanan-asas-mencukupi-bagi-sambutan-tahun-baharu-cina-ramadan-kpkm) [Malaysia Sindiket seludup pendatang tanpa izin guna laluan laut elak kawalan di Sungai Golok](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sindiket-seludup-pendatang-tanpa-izin-guna-laluan-laut-elak-kawalan-di-sungai-golok) ## Advertisement Malaysia ### Penganjur Seksualiti Merdeka gagal rayuan ![Bernama](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/awani-author-image.png) ###### Bernama 19/08/2013 \| 21:30 MYT ![51366124532\_295x200.jpg](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/article/2013/Aug/19/51366124532_295x200.jpg) Penganjur Seksualiti Merdeka gagal dalam rayuan mereka hari ini untuk kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap polis untuk mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November 2011. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Clement Allan Skinner memutuskan keputusan polis mengharamkan program itu tidak boleh dipinda melalui semakan kehakiman. Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah menolak rayuan yang difailkan oleh Pang Khee Teik, 39, Angela Marianne Kuga Thas, 48, S. Thilaga Socky Pillai, 25, Siti Zabedah Kasim, 49, dan Md Nor Ismat Selamat, 30. "Pengumuman pengharaman aktiviti itu dibuat kerana melaksanakan tugas selaku Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (sekarang Ketua Polis Negara) untuk menyiasat dakwaan kesalahan di bawah undang-undang," kata Skinner. Beliau berkata keputusan mengharamkan program itu tidak boleh dikategorikan sebagai penyalahgunakan budi bicara termasuk untuk menyiasat kesalahan yang dilakukan. Skinner juga berkata keputusan Khalid mengharamkan program itu bukan pencegahan kerana program itu telah berlangsung selama dua hari dan dijadual diadakan selama tiga hari lagi. Beliau berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa permohonan perayu adalah akademik. Pada 9 Dis 2011, perayu memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan mengharamkan program itu. Mereka menamakan Khalid, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Nor Azman Muhammad Yusuf dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar sebagai responden. Dalam permohonan itu, mereka mendakwa Khalid telah membuat keputusan mengisytiharkan pengharaman sebarang majlis berkaitan program Seksualiti Merdeka pada sidang media 3 Nov 2011, kerana ia menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan itu dan satu perintah dikeluarkan kepada responden agar memberikan semua salinan laporan polis yang dibuat berhubung bantahan program Seksualiti Merdeka kepada pihak penganjur. Mereka mendakwa Khalid telah bertindak atas salah faham atau sengaja tidak mahu mengakui fakta sebenar bahawa majlis itu bukan bertujuan untuk aktiviti yang menyesatkan, menyebabkan kekacauan, permusuhan atau rusuhan atau mengancam keselamatan negara. Seksualiti Merdeka ialah festival tahunan memperjuangkan hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. Pada 1 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak untuk memberi kebenaran kepada perayu bagi memulakan semakan kehakiman. Penganjur diwakili peguam Honey Tan Lay Ean manakala responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan. ## Advertisement ## Topic Berkaitan [\#mahkamah](https://www.astroawani.com/topic/mahkamah) [\#rayuan](https://www.astroawani.com/topic/rayuan-0) [\#tan sri khalid abu bakar](https://www.astroawani.com/topic/tan-sri-khalid-abu-bakar) [\#Seksualiti Merdeka](https://www.astroawani.com/topic/seksualiti-merdeka) ## Must Watch Video ### Cara lain mengikuti berita kami - [![facebook](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/facebook-default.svg)](https://www.facebook.com/astroawani) - [![instagram](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/instagram-default.png)](https://instagram.com/501awani/) - [![twitter](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/X-default.svg)](https://twitter.com/501awani) - [![youtube](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/youtube-default.svg)](https://www.youtube.com/astroawani) - [![tiktok](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/TikTok-default.svg)](https://www.tiktok.com/@501awani) - [![telegram](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/telegram-default.svg)](https://t.me/astroawani) - [![threads](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/thread-default.svg)](https://www.threads.com/@501awani) Baca Kisah Penuh ### Berita Terkini [![PADANG RENGAS, 14 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Santuni MADANI dan Sambutan Ihya’ Ramadan 1447H Warga Padang Rengas Bersama Perdana Menteri di Dewan Terbuka Masjid Al-Taufiqiah, Kampung Chuar Kati hari ini.](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-02/TB_AnwarSantuniMadani_BERNAMA.jpg?VersionId=3zXeX3rKegHso_Kc1oRicp7dLUnt8VCG)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-kesempatan-tingkat-martabat-diri-sepanjang-ramadan-pm-anwar "Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan - PM Anwar") Malaysia [Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan - PM Anwar](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-kesempatan-tingkat-martabat-diri-sepanjang-ramadan-pm-anwar "Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan - PM Anwar") 3 minutes ago [![81732875851\_pasaraya.jpg](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/article/2025/Feb/25/81732875851_pasaraya.jpg)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekalan-makanan-asas-mencukupi-bagi-sambutan-tahun-baharu-cina-ramadan-kpkm "Bekalan makanan asas mencukupi bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan - KPKM") Malaysia [Bekalan makanan asas mencukupi bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan - KPKM](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekalan-makanan-asas-mencukupi-bagi-sambutan-tahun-baharu-cina-ramadan-kpkm "Bekalan makanan asas mencukupi bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan - KPKM") 5 minutes ago [![PASIR MAS, 26 Nov -- Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain pada sidang media selepas meninjau paras kenaikan air Sungai Golok di Rantau Panjang susulan peningkatan mendadak sejak pagi tadi, ketika tinjauan hari ini. Beliau turut meninjau pembinaan tembok kawad duri di sepanjang sempadan bagi memastikan keselamatan komuniti setempat serta memperkukuh kawalan ketika situasi banjir yang semakin tidak menentu. Pemeriksaan itu dilakukan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota PGA dan memastikan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-02/TB_AhmadRadziHussain_BERNAMA.jpg?VersionId=p.X5.zu.TTBObU0ddzLZjYcRU1pLY9ai)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sindiket-seludup-pendatang-tanpa-izin-guna-laluan-laut-elak-kawalan-di-sungai-golok "Sindiket seludup pendatang tanpa izin guna laluan laut elak kawalan di Sungai Golok ") Malaysia [Sindiket seludup pendatang tanpa izin guna laluan laut elak kawalan di Sungai Golok](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sindiket-seludup-pendatang-tanpa-izin-guna-laluan-laut-elak-kawalan-di-sungai-golok "Sindiket seludup pendatang tanpa izin guna laluan laut elak kawalan di Sungai Golok ") 10 minutes ago [![KUALA LUMPUR, 24 Sept -- Atlet Badminton Para Negara, Cheah Liek Hou bercakap ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Pemenang Pingat Sukan Paralimpik di Pickle Space Subang Jaya hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-02/TB_CheahLiekHou_Bernama.jpg?VersionId=iGF6WYrqUq29QyadF.7ig2JKO2mC6wCc)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/liek-how-juara-dunia-buat-kali-kesembilan "Liek How juara dunia buat kali kesembilan") Malaysia [Liek How juara dunia buat kali kesembilan](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/liek-how-juara-dunia-buat-kali-kesembilan "Liek How juara dunia buat kali kesembilan") 31 minutes ago [![UNRWA Commissioner-General Philippe Lazzarini arrives to attend an international humanitarian conference for the people of Gaza at the Elysee Palace in Paris, France, November 9, 2023. REUTERS/Claudia Greco/File Photo Purchase Licensing Rights](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-02/TB_PhilippeLazzarini_Reuters.jpg?VersionId=DcGJZ11tnXKiszoK.or9aZ4nRamYXdq1)](https://www.astroawani.com/berita-dunia/ketua-unrwa-beri-amaran-peningkatan-ketegangan-di-tebing-barat-gugat-penyelesaian-dua-negara "Ketua UNRWA beri amaran peningkatan ketegangan di Tebing Barat gugat penyelesaian dua negara") Dunia [Ketua UNRWA beri amaran peningkatan ketegangan di Tebing Barat gugat penyelesaian dua negara](https://www.astroawani.com/berita-dunia/ketua-unrwa-beri-amaran-peningkatan-ketegangan-di-tebing-barat-gugat-penyelesaian-dua-negara "Ketua UNRWA beri amaran peningkatan ketegangan di Tebing Barat gugat penyelesaian dua negara") 41 minutes ago [![Noh umum letak jawatan ahli MPT Bersatu - SINAR](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-02/TB_NohOmar_Sinar.jpg?VersionId=1tRnbtcy83Rf5r2aHImzxzVCa99R0D3k)](https://www.astroawani.com/berita-politik/noh-omar-umum-letak-jawatan-ahli-mpt-bersatu "Noh Omar umum letak jawatan ahli MPT Bersatu") Politik [Noh Omar umum letak jawatan ahli MPT Bersatu](https://www.astroawani.com/berita-politik/noh-omar-umum-letak-jawatan-ahli-mpt-bersatu "Noh Omar umum letak jawatan ahli MPT Bersatu") 1 hour ago ## Advertisement NEWSLETTER ## Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. [![Newsletter](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/banner/2026-02/newsletter.png)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganjur-seksualiti-merdeka-gagal-rayuan-20671) Close - [LAMAN HIBURAN LAIN](https://www.astroawani.com/) - [POLISI PRIVASI](https://www.astro.com.my/privacy) - [TERMA PENGGUNAAN](https://www.astro.com.my/terms) - [IKLAN BERSAMA KAMI](https://astromedia.com.my/) - [PELABUR](https://corporate.astro.com.my/) - [![Facebook](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/facebook-white.svg)](https://www.facebook.com/astroawani) - [![Instagram](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_instagram-white.svg)](https://instagram.com/501awani/) - [![Twitter](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_x-white.svg)](https://twitter.com/501awani) - [![Youtube](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_youtube-white.svg)](https://www.youtube.com/astroawani) - [![Tiktok](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_tiktok-white.svg)](https://www.tiktok.com/@501awani) - [![telegram](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_telegram-white.svg)](https://t.me/astroawani) - [![thread](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/thread-white.svg)](https://www.threads.com/@501awani) © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/gempak%20%281%29.png) Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan](https://gempak.com/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/astro-avani.png) Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV](https://www.astroawani.com/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/xuan.png) Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment](https://xuan.com.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/hotspot.png) Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics](https://xuan.com.my/hotspot "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/stadium-astro.png) Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events](https://www.stadiumastro.com/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/astroulagam.png) Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news](https://astroulagam.com.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/rojak-daily.png) Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more](https://gempak.com/rojakdaily "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/njoi.png) Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI.](https://www.njoi.com.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/syok.png) Syok Enjoy Malaysia\`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got\!](https://syok.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/sooka.png) Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE\!](https://sooka.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/rewards.png) Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers](https://rewards.astro.com.my/ "_target")
Readable Markdown
Penganjur Seksualiti Merdeka gagal dalam rayuan mereka hari ini untuk kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap polis untuk mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November 2011. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Clement Allan Skinner memutuskan keputusan polis mengharamkan program itu tidak boleh dipinda melalui semakan kehakiman. Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah menolak rayuan yang difailkan oleh Pang Khee Teik, 39, Angela Marianne Kuga Thas, 48, S. Thilaga Socky Pillai, 25, Siti Zabedah Kasim, 49, dan Md Nor Ismat Selamat, 30. "Pengumuman pengharaman aktiviti itu dibuat kerana melaksanakan tugas selaku Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (sekarang Ketua Polis Negara) untuk menyiasat dakwaan kesalahan di bawah undang-undang," kata Skinner. Beliau berkata keputusan mengharamkan program itu tidak boleh dikategorikan sebagai penyalahgunakan budi bicara termasuk untuk menyiasat kesalahan yang dilakukan. Skinner juga berkata keputusan Khalid mengharamkan program itu bukan pencegahan kerana program itu telah berlangsung selama dua hari dan dijadual diadakan selama tiga hari lagi. Beliau berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa permohonan perayu adalah akademik. Pada 9 Dis 2011, perayu memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan mengharamkan program itu. Mereka menamakan Khalid, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Nor Azman Muhammad Yusuf dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar sebagai responden. Dalam permohonan itu, mereka mendakwa Khalid telah membuat keputusan mengisytiharkan pengharaman sebarang majlis berkaitan program Seksualiti Merdeka pada sidang media 3 Nov 2011, kerana ia menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan itu dan satu perintah dikeluarkan kepada responden agar memberikan semua salinan laporan polis yang dibuat berhubung bantahan program Seksualiti Merdeka kepada pihak penganjur. Mereka mendakwa Khalid telah bertindak atas salah faham atau sengaja tidak mahu mengakui fakta sebenar bahawa majlis itu bukan bertujuan untuk aktiviti yang menyesatkan, menyebabkan kekacauan, permusuhan atau rusuhan atau mengancam keselamatan negara. Seksualiti Merdeka ialah festival tahunan memperjuangkan hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. Pada 1 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak untuk memberi kebenaran kepada perayu bagi memulakan semakan kehakiman. Penganjur diwakili peguam Honey Tan Lay Ean manakala responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan. Advertisement
Shard102 (laksa)
Root Hash2328458669187135302
Unparsed URLcom,astroawani!www,/berita-malaysia/penganjur-seksualiti-merdeka-gagal-rayuan-20671 s443