ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-1mdb-dihadapi-najib-494092 |
| Last Crawled | 2026-04-13 21:40:35 (4 days ago) |
| First Indexed | 2024-10-30 04:15:49 (1 year ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib | Awani |
| Meta Description | Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | KUALA LUMPUR:
Selepas enam tahun perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana itu.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib, 71.
Berikut adalah kronologi kes:
20 Sept 2018 - Najib didakwa kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama di hadapan Hakim Azura Alwi.
27 Sept 2018 - Najib selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen.
31 Okt 2018 - Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
9 Jan 2019 - Najib memfailkan dua permohonan untuk mencabar pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu.
1 Mac 2019 - Najib gagal dalam permohonan itu selepas mahkamah mendapati tiada bukti Sri Ram akan berat sebelah dalam mengendalikan kes tersebut.
7 Mac 2019 - Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.
7 Mei 2019 - Najib gagal dalam rayuan berkenaan.
17 Jun 2019 - Mahkamah Persekutuan menetapkan 7 Ogos 2019 untuk mendengar rayuan Najib bagi menggugurkan Sri Ram.
28 Ogos 2019 - Hari pertama perbicaraan kes 1MDB dihadapi Najib di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
2 April 2020 - Perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan.
4 Mei 2020 - Perbicaraan kes Najib dijadualkan bersambung 13 Mei 2020 dengan mematuhi garis panduan mahkamah terbuka ekoran wabak COVID-19.
5 Okt 2020 - Perbicaraan kes dijadualkan bersambung semula pada 19 Okt setelah Najib selesai menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu selepas pulang dari Sabah bagi kempen pilihan raya.
5 Jan 2021 - Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi setelah hampir empat bulan ditangguhkan.
8 Sept 2021 - Mahkamah Rayuan memutuskan Sri Ram kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.
14 Dis 2021 - Perbicaraan ditangguhkan kerana status MySejahtera Najib masih mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS) dan mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara hibrid, dengan Najib serta peguamnya menyertai prosiding melalui persidangan video.
25 Ogos 2022 - Najib hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi buat kali pertama selepas dijatuhi hukuman bagi kes SRC International Sdn Bhd. Najib dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC berjumlah RM42 juta.
29 Jan 2023 - Sri Ram yang mengendalikan kes itu meninggal dunia pada usia 79 tahun.
30 Jan 2023 - Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes Najib berhubung kematian mengejut Sri Ram yang dianggap sebagai figura umpama seorang bapa kepada pasukan pendakwaan kes 1MDB.
18 Ogos 2023 - Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kes dihadapinya. Najib memfailkan permohonan itu disebabkan hubungan hakim itu dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.
6 Nov 2023 - Mahkamah Tinggi benar permohonan pihak pendakwaan untuk pinda tiga pertuduhan yang dihadapi Najib.
8 Jan 2024 - Najib mohon pihak pendakwaan mengambil tindakan terhadap dokumentari 'Man on the Run' yang ditayangkan dalam perkhidmatan penstriman Netflix atas alasan ia sangat subjudis dan menghina kesnya yang sedang berjalan.
30 Mei 2024 - Pendakwaan menutup kesnya selepas enam tahun, 235 hari perbicaraan dengan 50 orang saksi dipanggil memberi keterangan.
20 Ogos 2024 - Najib tarik balik rayuan untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kesnya.
3 Okt 2024 - Hakim Sequerah menetapkan 30 Okt untuk menyampaikan keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan.
24 Okt 2024 - Najib menerusi anak lelakinya, Datuk Mohamad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung kepincangan yang berlaku dalam 1MDB ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
-- BERNAMA
Advertisement |
| Markdown | [Skip to main content](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-1mdb-dihadapi-najib-494092#main-content)
[](https://www.astroawani.com/ "Home")
[](https://www.astroawani.com/ "Home")
- [LIVE](https://www.astroawani.com/video-terkini)
- [Video](https://www.astroawani.com/video)
- [Malaysia](https://www.astroawani.com/berita-malaysia)
- [Dunia](https://www.astroawani.com/berita-dunia)
- [Politik](https://www.astroawani.com/berita-politik)
- [Hiburan](https://www.astroawani.com/berita-hiburan)
- [Bisnes](https://www.astroawani.com/berita-bisnes)
- [Sukan](https://www.astroawani.com/berita-sukan)
- [Rancangan](https://www.astroawani.com/rancangan)
- [Gaya Hidup](https://www.astroawani.com/gaya-hidup)
- Lain-Lain
- [Teknologi](https://www.astroawani.com/berita-teknologi)
- [Podcast](https://www.astroawani.com/podcast)
Select language
[BM](https://www.astroawani.com/ "BM") \| [EN](https://international.astroawani.com/ "EN")
- [Search](https://www.astroawani.com/search)
- [Live](https://www.astroawani.com/video-terkini)
- [Log in](https://www.astroawani.com/user/login)
[Malaysia 226 graduan program EPIH perkukuh barisan pembimbing haji negara](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/226-graduan-program-epih-perkukuh-barisan-pembimbing-haji-negara)
[Malaysia Krisis tenaga global: Hubungan strategik bantu Malaysia tangani isu bekalan - MKN](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/krisis-tenaga-global-hubungan-strategik-bantu-malaysia-tangani-isu-bekalan-mkn)
[Sukan Persatuan sukan perlu lebih serius bangunkan bakat akar umbi - Mordi](https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/persatuan-sukan-perlu-lebih-serius-bangunkan-bakat-akar-umbi-mordi)
## Advertisement
Malaysia
### Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib

###### Bernama
30/10/2024 \| 12:05 MYT

**KUALA LUMPUR:** Selepas enam tahun perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana itu.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib, 71.
Berikut adalah kronologi kes:
20 Sept 2018 - Najib didakwa kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama di hadapan Hakim Azura Alwi.
27 Sept 2018 - Najib selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen.
31 Okt 2018 - Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
9 Jan 2019 - Najib memfailkan dua permohonan untuk mencabar pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu.
1 Mac 2019 - Najib gagal dalam permohonan itu selepas mahkamah mendapati tiada bukti Sri Ram akan berat sebelah dalam mengendalikan kes tersebut.
7 Mac 2019 - Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.
7 Mei 2019 - Najib gagal dalam rayuan berkenaan.
17 Jun 2019 - Mahkamah Persekutuan menetapkan 7 Ogos 2019 untuk mendengar rayuan Najib bagi menggugurkan Sri Ram.
28 Ogos 2019 - Hari pertama perbicaraan kes 1MDB dihadapi Najib di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
2 April 2020 - Perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan.
4 Mei 2020 - Perbicaraan kes Najib dijadualkan bersambung 13 Mei 2020 dengan mematuhi garis panduan mahkamah terbuka ekoran wabak COVID-19.
5 Okt 2020 - Perbicaraan kes dijadualkan bersambung semula pada 19 Okt setelah Najib selesai menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu selepas pulang dari Sabah bagi kempen pilihan raya.
5 Jan 2021 - Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi setelah hampir empat bulan ditangguhkan.
8 Sept 2021 - Mahkamah Rayuan memutuskan Sri Ram kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.
14 Dis 2021 - Perbicaraan ditangguhkan kerana status MySejahtera Najib masih mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS) dan mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara hibrid, dengan Najib serta peguamnya menyertai prosiding melalui persidangan video.
25 Ogos 2022 - Najib hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi buat kali pertama selepas dijatuhi hukuman bagi kes SRC International Sdn Bhd. Najib dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC berjumlah RM42 juta.
29 Jan 2023 - Sri Ram yang mengendalikan kes itu meninggal dunia pada usia 79 tahun.
30 Jan 2023 - Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes Najib berhubung kematian mengejut Sri Ram yang dianggap sebagai figura umpama seorang bapa kepada pasukan pendakwaan kes 1MDB.
18 Ogos 2023 - Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kes dihadapinya. Najib memfailkan permohonan itu disebabkan hubungan hakim itu dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.
6 Nov 2023 - Mahkamah Tinggi benar permohonan pihak pendakwaan untuk pinda tiga pertuduhan yang dihadapi Najib.
8 Jan 2024 - Najib mohon pihak pendakwaan mengambil tindakan terhadap dokumentari 'Man on the Run' yang ditayangkan dalam perkhidmatan penstriman Netflix atas alasan ia sangat subjudis dan menghina kesnya yang sedang berjalan.
30 Mei 2024 - Pendakwaan menutup kesnya selepas enam tahun, 235 hari perbicaraan dengan 50 orang saksi dipanggil memberi keterangan.
20 Ogos 2024 - Najib tarik balik rayuan untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kesnya.
3 Okt 2024 - Hakim Sequerah menetapkan 30 Okt untuk menyampaikan keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan.
24 Okt 2024 - Najib menerusi anak lelakinya, Datuk Mohamad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung kepincangan yang berlaku dalam 1MDB ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
-- BERNAMA
[](https://international.astroawani.com/?utm_source=article-banner&utm_medium=article-bottom&utm_campaign=WEF2023)
## Advertisement
## Topic Berkaitan
[\#NAJIB RAZAK](https://www.astroawani.com/topic/najib-razak) [\#Mahkamah Tinggi](https://www.astroawani.com/topic/mahkamah-tinggi) [\#1mdb](https://www.astroawani.com/topic/1mdb) [\#bela diri](https://www.astroawani.com/topic/bela-diri)
## Must Watch Video
### Cara lain mengikuti berita kami
- [](https://www.facebook.com/astroawani)
- [](https://instagram.com/501awani/)
- [](https://twitter.com/501awani)
- [](https://www.youtube.com/astroawani)
- [](https://www.tiktok.com/@501awani)
- [](https://t.me/astroawani)
- [](https://www.threads.com/@501awani)
Baca Artikel Penuh
### Berita Terkini
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/226-graduan-program-epih-perkukuh-barisan-pembimbing-haji-negara "226 graduan program EPIH perkukuh barisan pembimbing haji negara ")
Malaysia
[226 graduan program EPIH perkukuh barisan pembimbing haji negara](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/226-graduan-program-epih-perkukuh-barisan-pembimbing-haji-negara "226 graduan program EPIH perkukuh barisan pembimbing haji negara ")
10 minutes ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/krisis-tenaga-global-hubungan-strategik-bantu-malaysia-tangani-isu-bekalan-mkn "Krisis tenaga global: Hubungan strategik bantu Malaysia tangani isu bekalan - MKN")
Malaysia
[Krisis tenaga global: Hubungan strategik bantu Malaysia tangani isu bekalan - MKN](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/krisis-tenaga-global-hubungan-strategik-bantu-malaysia-tangani-isu-bekalan-mkn "Krisis tenaga global: Hubungan strategik bantu Malaysia tangani isu bekalan - MKN")
25 minutes ago
[](https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/persatuan-sukan-perlu-lebih-serius-bangunkan-bakat-akar-umbi-mordi "Persatuan sukan perlu lebih serius bangunkan bakat akar umbi - Mordi")
Sukan
[Persatuan sukan perlu lebih serius bangunkan bakat akar umbi - Mordi](https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/persatuan-sukan-perlu-lebih-serius-bangunkan-bakat-akar-umbi-mordi "Persatuan sukan perlu lebih serius bangunkan bakat akar umbi - Mordi")
40 minutes ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-tempatan-pilihan-sepanjang-hari-ini-60 "Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini")
Malaysia
[Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-tempatan-pilihan-sepanjang-hari-ini-60 "Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini")
5 hours ago
[](https://www.astroawani.com/berita-dunia/trafik-melalui-selat-hormuz-hampir-terhenti-susulan-ancaman-sekatan-data "Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data")
Dunia
[Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data](https://www.astroawani.com/berita-dunia/trafik-melalui-selat-hormuz-hampir-terhenti-susulan-ancaman-sekatan-data "Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data")
5 hours ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-langgar-lari-anggota-polis-trafik-ditahan "Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan")
Malaysia
[Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-langgar-lari-anggota-polis-trafik-ditahan "Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan")
5 hours ago
## Advertisement
NEWSLETTER
## Dapatkan Berita Terkini
Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda.
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-1mdb-dihadapi-najib-494092)
Close
- [LAMAN HIBURAN LAIN](https://www.astroawani.com/)
- [POLISI PRIVASI](https://www.astro.com.my/privacy)
- [TERMA PENGGUNAAN](https://www.astro.com.my/terms)
- [IKLAN BERSAMA KAMI](https://astromedia.com.my/)
- [PELABUR](https://corporate.astro.com.my/)
- [](https://www.facebook.com/astroawani)
- [](https://instagram.com/501awani/)
- [](https://twitter.com/501awani)
- [](https://www.youtube.com/astroawani)
- [](https://www.tiktok.com/@501awani)
- [](https://t.me/astroawani)
- [](https://www.threads.com/@501awani)
© 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.
[ Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan](https://gempak.com/ "_target")
[ Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV](https://www.astroawani.com/ "_target")
[ Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment](https://xuan.com.my/ "_target")
[ Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics](https://xuan.com.my/hotspot "_target")
[ Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events](https://www.stadiumastro.com/ "_target")
[ Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news](https://astroulagam.com.my/ "_target")
[ Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more](https://gempak.com/rojakdaily "_target")
[ Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI.](https://www.njoi.com.my/ "_target")
[ Syok Enjoy Malaysia\`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got\!](https://syok.my/ "_target")
[ Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE\!](https://sooka.my/ "_target")
[ Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers](https://rewards.astro.com.my/ "_target") |
| Readable Markdown | **KUALA LUMPUR:** Selepas enam tahun perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana itu.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib, 71.
Berikut adalah kronologi kes:
20 Sept 2018 - Najib didakwa kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama di hadapan Hakim Azura Alwi.
27 Sept 2018 - Najib selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen.
31 Okt 2018 - Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
9 Jan 2019 - Najib memfailkan dua permohonan untuk mencabar pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu.
1 Mac 2019 - Najib gagal dalam permohonan itu selepas mahkamah mendapati tiada bukti Sri Ram akan berat sebelah dalam mengendalikan kes tersebut.
7 Mac 2019 - Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.
7 Mei 2019 - Najib gagal dalam rayuan berkenaan.
17 Jun 2019 - Mahkamah Persekutuan menetapkan 7 Ogos 2019 untuk mendengar rayuan Najib bagi menggugurkan Sri Ram.
28 Ogos 2019 - Hari pertama perbicaraan kes 1MDB dihadapi Najib di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
2 April 2020 - Perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan.
4 Mei 2020 - Perbicaraan kes Najib dijadualkan bersambung 13 Mei 2020 dengan mematuhi garis panduan mahkamah terbuka ekoran wabak COVID-19.
5 Okt 2020 - Perbicaraan kes dijadualkan bersambung semula pada 19 Okt setelah Najib selesai menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu selepas pulang dari Sabah bagi kempen pilihan raya.
5 Jan 2021 - Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi setelah hampir empat bulan ditangguhkan.
8 Sept 2021 - Mahkamah Rayuan memutuskan Sri Ram kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.
14 Dis 2021 - Perbicaraan ditangguhkan kerana status MySejahtera Najib masih mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS) dan mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara hibrid, dengan Najib serta peguamnya menyertai prosiding melalui persidangan video.
25 Ogos 2022 - Najib hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi buat kali pertama selepas dijatuhi hukuman bagi kes SRC International Sdn Bhd. Najib dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC berjumlah RM42 juta.
29 Jan 2023 - Sri Ram yang mengendalikan kes itu meninggal dunia pada usia 79 tahun.
30 Jan 2023 - Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes Najib berhubung kematian mengejut Sri Ram yang dianggap sebagai figura umpama seorang bapa kepada pasukan pendakwaan kes 1MDB.
18 Ogos 2023 - Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kes dihadapinya. Najib memfailkan permohonan itu disebabkan hubungan hakim itu dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.
6 Nov 2023 - Mahkamah Tinggi benar permohonan pihak pendakwaan untuk pinda tiga pertuduhan yang dihadapi Najib.
8 Jan 2024 - Najib mohon pihak pendakwaan mengambil tindakan terhadap dokumentari 'Man on the Run' yang ditayangkan dalam perkhidmatan penstriman Netflix atas alasan ia sangat subjudis dan menghina kesnya yang sedang berjalan.
30 Mei 2024 - Pendakwaan menutup kesnya selepas enam tahun, 235 hari perbicaraan dengan 50 orang saksi dipanggil memberi keterangan.
20 Ogos 2024 - Najib tarik balik rayuan untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kesnya.
3 Okt 2024 - Hakim Sequerah menetapkan 30 Okt untuk menyampaikan keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan.
24 Okt 2024 - Najib menerusi anak lelakinya, Datuk Mohamad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung kepincangan yang berlaku dalam 1MDB ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
\-- BERNAMA
Advertisement |
| Shard | 102 (laksa) |
| Root Hash | 2328458669187135302 |
| Unparsed URL | com,astroawani!www,/berita-malaysia/kronologi-kes-1mdb-dihadapi-najib-494092 s443 |