ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 1.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dari-malu-apa-bosku-ke-national-embarassment-335276 |
| Last Crawled | 2026-03-22 22:25:29 (1 month ago) |
| First Indexed | 2021-12-08 12:26:23 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Content | |
| Meta Title | Dari 'Malu Apa Bosku' ke 'national embarassment' | Awani |
| Meta Description | Slogan 'Malu Apa Bossku' kini diambil alih oleh frasa 'national embarrassment' (memalukan negara). |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | KUALA LUMPUR:
Jika sebelum ini slogan 'Malu Apa Bossku' mempopularkan nama beliau selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Jenama itu mengusung populariti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak khususnya selepas kejatuhan seketika Barisan Nasional (BN) semasa beliau mengemudi parti itu.
‘Malu Apa Bossku’ setidak-tidaknya membina karakter Perdana Menteri keenam negara itu sehinggakan ke mana sahaja beliau pergi, pemuja-pemujanya akan saling menyahut panggilan itu.
Dan Ahli Parlimen Pekan itu sangat selesa, bahkan, beliau seperti ralit dalam kemesraan bersama pengikut-pengikutnya tanpa langsung mengendahkan persepsi atau pandangan musuh-musuh politiknya yang menggambarkan slogan ‘Malu Apa Bossku’ sebagai terjemahan negatif.
Namun, untuk sekurang-kurangnya hari ini atau mungkin akan berlanjutan untuk satu fasa tempoh tertentu, populariti ‘Malu Apa Bossku’ sepertinya akan ‘tenggelam’ dek satu lagi fenomena baharu yang tercetus hari ini.
Di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini, Malaysia dikejutkan dengan slogan baharu yang berkait rapat dengan Najib.
‘Malu Apa Bossku’ kini diambil alih oleh frasa ‘
national embarrassment
’ (memalukan negara).
Nama Najib dan frasa ‘
national embarrassment
’ menjadi subjek perbincangan netizen di media sosial.
Ada juga golongan warga maya yang menterjemahkan frasa itu kepada ‘kemaluan negara’ yang juga menjadi bahan perdebatan.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Frasa ‘
national embarrassment
’ dipetik daripada ungkapan yang digunakan Pengerusi Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil terhadap Najib bagi mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.
"
There is no national interest here, just a national embarrassment
(tiada kepentingan nasional, hanya memalukan negara)," kata Abdul Karim.
Mahkamah Rayuan menegaskan tidak dapat menerima penjelasan daripada Najib bahawa semua tindakannya yang berkaitan dengan SRC International adalah demi ‘kepentingan negara’.
Buat seketika, bekas Perdana Menteri itu akan kekal bebas sementara menunggu keputusan rayuan kes rasuah SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Persekutuan.
Ia susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang dipengerusikan Abdul Karim, membenarkan permohonannya untuk penangguhan sabitan dan hukuman.
Sementara Najib melalui proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, ‘Malu Apa Bossku’ dan ‘
national embarrassment
’ pula menjadi dua frasa yang akan kekal dalam ingatan rakyat Malaysia sampai bila- bila.
Advertisement |
| Markdown | [Skip to main content](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dari-malu-apa-bosku-ke-national-embarassment-335276#main-content)
[](https://www.astroawani.com/ "Home")
[](https://www.astroawani.com/ "Home")
- [LIVE](https://www.astroawani.com/video-terkini)
- [Video](https://www.astroawani.com/video)
- [Malaysia](https://www.astroawani.com/berita-malaysia)
- [Dunia](https://www.astroawani.com/berita-dunia)
- [Politik](https://www.astroawani.com/berita-politik)
- [Hiburan](https://www.astroawani.com/berita-hiburan)
- [Bisnes](https://www.astroawani.com/berita-bisnes)
- [Sukan](https://www.astroawani.com/berita-sukan)
- [Rancangan](https://www.astroawani.com/rancangan)
- [Gaya Hidup](https://www.astroawani.com/gaya-hidup)
- Lain-Lain
- [Teknologi](https://www.astroawani.com/berita-teknologi)
- [Podcast](https://www.astroawani.com/podcast)
Select language
[BM](https://www.astroawani.com/ "BM") \| [EN](https://international.astroawani.com/ "EN")
- [Search](https://www.astroawani.com/search)
- [Live](https://www.astroawani.com/video-terkini)
- [Log in](https://www.astroawani.com/user/login)
[\[Terkini\] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/umat-islam-di-malaysia-sambut-aidilfitri-sabtu?utm_source=Breakingnews&utm_medium=Red+ribbon&utm_campaign=190326+Breakingnews)
[Dunia Konflik Asia Barat: 210 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel bermula di Iran](https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-210-kanak-kanak-maut-sejak-serangan-israel-bermula-di-iran)
[Dunia Persaingan sengit jawatan datuk bandar di Paris, Marseille, Lyon](https://www.astroawani.com/berita-dunia/persaingan-sengit-jawatan-datuk-bandar-di-paris-marseille-lyon)
[Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-tempatan-pilihan-sepanjang-hari-ini-38)
## Advertisement
Malaysia
### Dari 'Malu Apa Bosku' ke 'national embarassment'

###### Astro Awani
08/12/2021 \| 19:39 MYT

**KUALA LUMPUR:** Jika sebelum ini slogan 'Malu Apa Bossku' mempopularkan nama beliau selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Jenama itu mengusung populariti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak khususnya selepas kejatuhan seketika Barisan Nasional (BN) semasa beliau mengemudi parti itu.
‘Malu Apa Bossku’ setidak-tidaknya membina karakter Perdana Menteri keenam negara itu sehinggakan ke mana sahaja beliau pergi, pemuja-pemujanya akan saling menyahut panggilan itu.
Dan Ahli Parlimen Pekan itu sangat selesa, bahkan, beliau seperti ralit dalam kemesraan bersama pengikut-pengikutnya tanpa langsung mengendahkan persepsi atau pandangan musuh-musuh politiknya yang menggambarkan slogan ‘Malu Apa Bossku’ sebagai terjemahan negatif.
Namun, untuk sekurang-kurangnya hari ini atau mungkin akan berlanjutan untuk satu fasa tempoh tertentu, populariti ‘Malu Apa Bossku’ sepertinya akan ‘tenggelam’ dek satu lagi fenomena baharu yang tercetus hari ini.
Di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini, Malaysia dikejutkan dengan slogan baharu yang berkait rapat dengan Najib.
‘Malu Apa Bossku’ kini diambil alih oleh frasa ‘*national embarrassment*’ (memalukan negara).
Nama Najib dan frasa ‘*national embarrassment*’ menjadi subjek perbincangan netizen di media sosial.
Ada juga golongan warga maya yang menterjemahkan frasa itu kepada ‘kemaluan negara’ yang juga menjadi bahan perdebatan.
[\[LAPOR LANGSUNG\] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapor-langsung-kes-src-international-mahkamah-rayuan-kekal-sabitan-hukuman-najib-335068)
Frasa ‘*national embarrassment*’ dipetik daripada ungkapan yang digunakan Pengerusi Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil terhadap Najib bagi mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.
"*There is no national interest here, just a national embarrassment* (tiada kepentingan nasional, hanya memalukan negara)," kata Abdul Karim.
Mahkamah Rayuan menegaskan tidak dapat menerima penjelasan daripada Najib bahawa semua tindakannya yang berkaitan dengan SRC International adalah demi ‘kepentingan negara’.
Buat seketika, bekas Perdana Menteri itu akan kekal bebas sementara menunggu keputusan rayuan kes rasuah SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Persekutuan.
Ia susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang dipengerusikan Abdul Karim, membenarkan permohonannya untuk penangguhan sabitan dan hukuman.
Sementara Najib melalui proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, ‘Malu Apa Bossku’ dan ‘*national embarrassment*’ pula menjadi dua frasa yang akan kekal dalam ingatan rakyat Malaysia sampai bila- bila.
## Advertisement
## Topic Berkaitan
[\#NAJIB RAZAK](https://www.astroawani.com/topic/najib-razak) [\#SRC INTERNATIONAL](https://www.astroawani.com/topic/src-international) [\#Malu Apa Bossku](https://www.astroawani.com/topic/malu-apa-bossku) [\#national embarassment](https://www.astroawani.com/topic/national-embarassment)
## Must Watch Video
### Cara lain mengikuti berita kami
- [](https://www.facebook.com/astroawani)
- [](https://instagram.com/501awani/)
- [](https://twitter.com/501awani)
- [](https://www.youtube.com/astroawani)
- [](https://www.tiktok.com/@501awani)
- [](https://t.me/astroawani)
- [](https://www.threads.com/@501awani)
Baca Artikel Penuh
### Berita Terkini
[](https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-210-kanak-kanak-maut-sejak-serangan-israel-bermula-di-iran "Konflik Asia Barat: 210 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel bermula di Iran ")
Dunia
[Konflik Asia Barat: 210 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel bermula di Iran](https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-210-kanak-kanak-maut-sejak-serangan-israel-bermula-di-iran "Konflik Asia Barat: 210 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel bermula di Iran ")
10 minutes ago
[](https://www.astroawani.com/berita-dunia/persaingan-sengit-jawatan-datuk-bandar-di-paris-marseille-lyon "Persaingan sengit jawatan datuk bandar di Paris, Marseille, Lyon ")
Dunia
[Persaingan sengit jawatan datuk bandar di Paris, Marseille, Lyon](https://www.astroawani.com/berita-dunia/persaingan-sengit-jawatan-datuk-bandar-di-paris-marseille-lyon "Persaingan sengit jawatan datuk bandar di Paris, Marseille, Lyon ")
25 minutes ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-tempatan-pilihan-sepanjang-hari-ini-38 "Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini")
Malaysia
[Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-tempatan-pilihan-sepanjang-hari-ini-38 "Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini")
6 hours ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penyelam-dikhuatiri-hilang-di-pulau-tenggol-belum-ditemukan "Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan ")
Malaysia
[Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penyelam-dikhuatiri-hilang-di-pulau-tenggol-belum-ditemukan "Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan ")
7 hours ago
[](https://www.astroawani.com/berita-dunia/beberapa-individu-terperangkap-dalam-insiden-bangunan-runtuh-di-tengah-istanbul-media "Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul - Media")
Dunia
[Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul - Media](https://www.astroawani.com/berita-dunia/beberapa-individu-terperangkap-dalam-insiden-bangunan-runtuh-di-tengah-istanbul-media "Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul - Media")
7 hours ago
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-lemas-ketika-mandi-sungai-bersama-rakan "Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan ")
Malaysia
[Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-lemas-ketika-mandi-sungai-bersama-rakan "Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan ")
9 hours ago
## Advertisement
NEWSLETTER
## Dapatkan Berita Terkini
Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda.
[](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dari-malu-apa-bosku-ke-national-embarassment-335276)
Close
- [LAMAN HIBURAN LAIN](https://www.astroawani.com/)
- [POLISI PRIVASI](https://www.astro.com.my/privacy)
- [TERMA PENGGUNAAN](https://www.astro.com.my/terms)
- [IKLAN BERSAMA KAMI](https://astromedia.com.my/)
- [PELABUR](https://corporate.astro.com.my/)
- [](https://www.facebook.com/astroawani)
- [](https://instagram.com/501awani/)
- [](https://twitter.com/501awani)
- [](https://www.youtube.com/astroawani)
- [](https://www.tiktok.com/@501awani)
- [](https://t.me/astroawani)
- [](https://www.threads.com/@501awani)
© 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.
[ Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan](https://gempak.com/ "_target")
[ Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV](https://www.astroawani.com/ "_target")
[ Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment](https://xuan.com.my/ "_target")
[ Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics](https://xuan.com.my/hotspot "_target")
[ Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events](https://www.stadiumastro.com/ "_target")
[ Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news](https://astroulagam.com.my/ "_target")
[ Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more](https://gempak.com/rojakdaily "_target")
[ Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI.](https://www.njoi.com.my/ "_target")
[ Syok Enjoy Malaysia\`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got\!](https://syok.my/ "_target")
[ Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE\!](https://sooka.my/ "_target")
[ Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers](https://rewards.astro.com.my/ "_target") |
| Readable Markdown | **KUALA LUMPUR:** Jika sebelum ini slogan 'Malu Apa Bossku' mempopularkan nama beliau selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Jenama itu mengusung populariti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak khususnya selepas kejatuhan seketika Barisan Nasional (BN) semasa beliau mengemudi parti itu.
‘Malu Apa Bossku’ setidak-tidaknya membina karakter Perdana Menteri keenam negara itu sehinggakan ke mana sahaja beliau pergi, pemuja-pemujanya akan saling menyahut panggilan itu.
Dan Ahli Parlimen Pekan itu sangat selesa, bahkan, beliau seperti ralit dalam kemesraan bersama pengikut-pengikutnya tanpa langsung mengendahkan persepsi atau pandangan musuh-musuh politiknya yang menggambarkan slogan ‘Malu Apa Bossku’ sebagai terjemahan negatif.
Namun, untuk sekurang-kurangnya hari ini atau mungkin akan berlanjutan untuk satu fasa tempoh tertentu, populariti ‘Malu Apa Bossku’ sepertinya akan ‘tenggelam’ dek satu lagi fenomena baharu yang tercetus hari ini.
Di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini, Malaysia dikejutkan dengan slogan baharu yang berkait rapat dengan Najib.
‘Malu Apa Bossku’ kini diambil alih oleh frasa ‘*national embarrassment*’ (memalukan negara).
Nama Najib dan frasa ‘*national embarrassment*’ menjadi subjek perbincangan netizen di media sosial.
Ada juga golongan warga maya yang menterjemahkan frasa itu kepada ‘kemaluan negara’ yang juga menjadi bahan perdebatan.
[\[LAPOR LANGSUNG\] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapor-langsung-kes-src-international-mahkamah-rayuan-kekal-sabitan-hukuman-najib-335068)
Frasa ‘*national embarrassment*’ dipetik daripada ungkapan yang digunakan Pengerusi Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil terhadap Najib bagi mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.
"*There is no national interest here, just a national embarrassment* (tiada kepentingan nasional, hanya memalukan negara)," kata Abdul Karim.
Mahkamah Rayuan menegaskan tidak dapat menerima penjelasan daripada Najib bahawa semua tindakannya yang berkaitan dengan SRC International adalah demi ‘kepentingan negara’.
Buat seketika, bekas Perdana Menteri itu akan kekal bebas sementara menunggu keputusan rayuan kes rasuah SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Persekutuan.
Ia susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang dipengerusikan Abdul Karim, membenarkan permohonannya untuk penangguhan sabitan dan hukuman.
Sementara Najib melalui proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, ‘Malu Apa Bossku’ dan ‘*national embarrassment*’ pula menjadi dua frasa yang akan kekal dalam ingatan rakyat Malaysia sampai bila- bila.
Advertisement |
| ML Classification | |
| ML Categories | null |
| ML Page Types | null |
| ML Intent Types | null |
| Content Metadata | |
| Language | ms |
| Author | Astro Awani |
| Publish Time | 2021-12-08 11:39:49 (4 years ago) |
| Original Publish Time | 2021-12-08 11:39:49 (4 years ago) |
| Republished | No |
| Word Count (Total) | 736 |
| Word Count (Content) | 359 |
| Links | |
| External Links | 32 |
| Internal Links | 34 |
| Technical SEO | |
| Meta Nofollow | No |
| Meta Noarchive | No |
| JS Rendered | No |
| Redirect Target | null |
| Performance | |
| Download Time (ms) | 2,485 |
| TTFB (ms) | 1,966 |
| Download Size (bytes) | 17,673 |
| Shard | 102 (laksa) |
| Root Hash | 2328458669187135302 |
| Unparsed URL | com,astroawani!www,/berita-malaysia/dari-malu-apa-bosku-ke-national-embarassment-335276 s443 |