🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 102 (from laksa002)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
26 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.9 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://www.astroawani.com/berita-malaysia/bunohan-jadi-tarikan-pada-prk-pengkalan-kubor-43946
Last Crawled2026-03-19 11:09:58 (26 days ago)
First Indexed2020-09-05 05:30:02 (5 years ago)
HTTP Status Code200
Meta Title'Bunohan' jadi tarikan pada PRK Pengkalan Kubor | Awani
Meta DescriptionBunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang terletak kira-kira 30 km dari Kota Baharu.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Melihat sahaja perkataan 'Bunohan', pasti ramai yang membayangkan tajuk sebuah filem tempatan yang memenangi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 pada tahun lalu. Filem genre drama aksi arahan Dain Said itu menampilkan pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron yang mengisahkan konflik hubungan tiga beradik di Kampung Bunohan yang berakhir dengan pertelingkahan dan pembunuhan. Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang terletak kira-kira 30 km dari Kota Baharu. Kampung tersebut dikatakan dinamakan Bunohan sempena peristiwa pembunuhan yang berlaku di kampung itu berpuluh-puluh tahun dahulu dan kisah tersebut tersebar di internet dan menjadi lebih popular selepas filem Bunohan ditayangkan. Kini, Bunohan yang sunyi sepi itu bertukar menjadi kampung yang sibuk dengan khemah-khemah dan dihiasi dengan bendera dan poster calon Barisan Nasional (BN) dan PAS kerana penduduknya terlibat sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Kampung Bunohan menjadi laluan utama dari selatan Thailand ke Kota Baharu dan sebaliknya. Jalan di kampung itu kini mengalami kesesakan lalu lintas kerana anggota keselamatan mengadakan sekatan jalan raya bagi mengawal ratusan kenderaan penyokong parti politik dari seluruh negara yang menginap di hotel-hotel di Kota Baharu, melintasi jalan itu untuk ke pekan Pengkalan Kubor. Bunohan mempunyai 1,433 pengundi berdaftar bagi PRK DUN Pengkalan Kubor ini dan 99.09 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu. Menurut seorang penduduk kampung tersebut Awang Said, 57, kisah asal-usul nama kampung Bunohan itu tidak kena mengena dengan kisah seperti dalam filem Bunohan itu. Awang yang dilahirkan dan tinggal di kampung itu sehingga sekarang, berkata menurut cerita penduduk sejak zaman dahulu, nama Bunohan sebenarnya diambil sempena dengan bahagian lukah atau perangkap ikan yang disebut bunohan dalam ejaan lama Katanya, terdapat sebatang sungai dalam kampung ini yang dahulunya menjadi sumber rezeki bagi penduduk untuk menangkap ikan. Mereka telah mencipta sejenis perangkap yang berjaya menangkap ikan dengan banyaknya hasil 'bunohan' ciptaan itu dan kerana kebijaksanaan penduduk kampung itu mencipta bunohan, maka kampung itu disebut sebagai Kampung Bunohan. Awang berkata sejak filem Bunohan ditayangkan, ramai yang bertanyakan mengenai Kampung Bunohan namun sebenarnya cerita dalam filem berkenaan adalah  rekaan pengarahnya dan hanya 'meminjam' nama Bunohan kerana keunikan pada nama itu. Pada masa ini, Pengkalan Kubor yang sedang menghadapi musim Pilihan Raya Kecil (PRK) dikunjungi ramai orang luar terutama dari parti politik, pasukan keselamatan dan pegawai kerajaan yang terlibat dengan PRK itu. Ramai orang yang melintasi kampung itu tidak melepaskan peluang untuk bergambar di papan tanda nama kampung yang tertera 'Bunohan'. Secara fizikalnya kampung tersebut tidak banyak bezanya dengan perkampungan lain di negara ini. Hanya namanya yang unik menarik perhatian dan kedudukannya yang berhampiran dengan pekan Pengkalan Kubor yang menjadi pintu masuk antarabangsa yang bersempadan dengan Thailand. Advertisement
Markdown
[Skip to main content](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bunohan-jadi-tarikan-pada-prk-pengkalan-kubor-43946#main-content) [![logo](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-64px,h-64px,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/logo/2025-11/astroawani_logo.webp)](https://www.astroawani.com/ "Home") [![logo](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-64px,h-64px,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/logo/2025-11/astroawani_logo.webp)](https://www.astroawani.com/ "Home") - [LIVE](https://www.astroawani.com/video-terkini) - [Video](https://www.astroawani.com/video) - [Malaysia](https://www.astroawani.com/berita-malaysia) - [Dunia](https://www.astroawani.com/berita-dunia) - [Politik](https://www.astroawani.com/berita-politik) - [Hiburan](https://www.astroawani.com/berita-hiburan) - [Bisnes](https://www.astroawani.com/berita-bisnes) - [Sukan](https://www.astroawani.com/berita-sukan) - [Rancangan](https://www.astroawani.com/rancangan) - [Gaya Hidup](https://www.astroawani.com/gaya-hidup) - Lain-Lain - [Teknologi](https://www.astroawani.com/berita-teknologi) - [Podcast](https://www.astroawani.com/podcast) Select language [BM](https://www.astroawani.com/ "BM") \| [EN](https://international.astroawani.com/ "EN") - [Search](https://www.astroawani.com/search) - [Live](https://www.astroawani.com/video-terkini) - [Log in](https://www.astroawani.com/user/login) [Dunia Pintu sempadan Rafah dibuka semula selepas berminggu ditutup](https://www.astroawani.com/berita-dunia/pintu-sempadan-rafah-dibuka-semula-selepas-berminggu-ditutup) [Malaysia Jenayah indeks di Melaka catat peningkatan 2.9 peratus](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenayah-indeks-di-melaka-catat-peningkatan-29-peratus) [Malaysia Anwar ucap tahniah kepada Anutin selepas menang undian Parlimen](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-ucap-tahniah-kepada-anutin-selepas-menang-undian-parlimen) ## Advertisement Malaysia ### 'Bunohan' jadi tarikan pada PRK Pengkalan Kubor ![Bernama](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/awani-author-image.png) ###### Bernama 14/09/2014 \| 18:55 MYT ![81410692049\_295x200.jpg](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/article/2014/Sep/14/81410692049_295x200.jpg) Melihat sahaja perkataan 'Bunohan', pasti ramai yang membayangkan tajuk sebuah filem tempatan yang memenangi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 pada tahun lalu. Filem genre drama aksi arahan Dain Said itu menampilkan pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron yang mengisahkan konflik hubungan tiga beradik di Kampung Bunohan yang berakhir dengan pertelingkahan dan pembunuhan. Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang terletak kira-kira 30 km dari Kota Baharu. Kampung tersebut dikatakan dinamakan Bunohan sempena peristiwa pembunuhan yang berlaku di kampung itu berpuluh-puluh tahun dahulu dan kisah tersebut tersebar di internet dan menjadi lebih popular selepas filem Bunohan ditayangkan. Kini, Bunohan yang sunyi sepi itu bertukar menjadi kampung yang sibuk dengan khemah-khemah dan dihiasi dengan bendera dan poster calon Barisan Nasional (BN) dan PAS kerana penduduknya terlibat sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Kampung Bunohan menjadi laluan utama dari selatan Thailand ke Kota Baharu dan sebaliknya. Jalan di kampung itu kini mengalami kesesakan lalu lintas kerana anggota keselamatan mengadakan sekatan jalan raya bagi mengawal ratusan kenderaan penyokong parti politik dari seluruh negara yang menginap di hotel-hotel di Kota Baharu, melintasi jalan itu untuk ke pekan Pengkalan Kubor. Bunohan mempunyai 1,433 pengundi berdaftar bagi PRK DUN Pengkalan Kubor ini dan 99.09 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu. Menurut seorang penduduk kampung tersebut Awang Said, 57, kisah asal-usul nama kampung Bunohan itu tidak kena mengena dengan kisah seperti dalam filem Bunohan itu. Awang yang dilahirkan dan tinggal di kampung itu sehingga sekarang, berkata menurut cerita penduduk sejak zaman dahulu, nama Bunohan sebenarnya diambil sempena dengan bahagian lukah atau perangkap ikan yang disebut bunohan dalam ejaan lama Katanya, terdapat sebatang sungai dalam kampung ini yang dahulunya menjadi sumber rezeki bagi penduduk untuk menangkap ikan. Mereka telah mencipta sejenis perangkap yang berjaya menangkap ikan dengan banyaknya hasil 'bunohan' ciptaan itu dan kerana kebijaksanaan penduduk kampung itu mencipta bunohan, maka kampung itu disebut sebagai Kampung Bunohan. Awang berkata sejak filem Bunohan ditayangkan, ramai yang bertanyakan mengenai Kampung Bunohan namun sebenarnya cerita dalam filem berkenaan adalah rekaan pengarahnya dan hanya 'meminjam' nama Bunohan kerana keunikan pada nama itu. Pada masa ini, Pengkalan Kubor yang sedang menghadapi musim Pilihan Raya Kecil (PRK) dikunjungi ramai orang luar terutama dari parti politik, pasukan keselamatan dan pegawai kerajaan yang terlibat dengan PRK itu. Ramai orang yang melintasi kampung itu tidak melepaskan peluang untuk bergambar di papan tanda nama kampung yang tertera 'Bunohan'. Secara fizikalnya kampung tersebut tidak banyak bezanya dengan perkampungan lain di negara ini. Hanya namanya yang unik menarik perhatian dan kedudukannya yang berhampiran dengan pekan Pengkalan Kubor yang menjadi pintu masuk antarabangsa yang bersempadan dengan Thailand. ## Advertisement ## Topic Berkaitan [\#Barisan Nasional](https://www.astroawani.com/topic/barisan-nasional) [\#bn](https://www.astroawani.com/topic/bn) [\#Pas](https://www.astroawani.com/topic/pas) [\#filem](https://www.astroawani.com/topic/filem) [\#PR](https://www.astroawani.com/topic/pr) [\#prk](https://www.astroawani.com/topic/prk) [\#Pengkalan Kubor](https://www.astroawani.com/topic/pengkalan-kubor) [\#Bunohan](https://www.astroawani.com/topic/bunohan) ## Must Watch Video ### Cara lain mengikuti berita kami - [![facebook](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/facebook-default.svg)](https://www.facebook.com/astroawani) - [![instagram](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/instagram-default.png)](https://instagram.com/501awani/) - [![twitter](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/X-default.svg)](https://twitter.com/501awani) - [![youtube](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/youtube-default.svg)](https://www.youtube.com/astroawani) - [![tiktok](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/TikTok-default.svg)](https://www.tiktok.com/@501awani) - [![telegram](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/telegram-default.svg)](https://t.me/astroawani) - [![threads](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/thread-default.svg)](https://www.threads.com/@501awani) Baca Artikel Penuh ### Berita Terkini [![Foto: Reuters](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-02/TB_RAFAH_REUTERS.jpg)](https://www.astroawani.com/berita-dunia/pintu-sempadan-rafah-dibuka-semula-selepas-berminggu-ditutup "Pintu sempadan Rafah dibuka semula selepas berminggu ditutup") Dunia [Pintu sempadan Rafah dibuka semula selepas berminggu ditutup](https://www.astroawani.com/berita-dunia/pintu-sempadan-rafah-dibuka-semula-selepas-berminggu-ditutup "Pintu sempadan Rafah dibuka semula selepas berminggu ditutup") 3 minutes ago [![81757501178\_TBgari.jpg](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/article/2026/Feb/08/81757501178_TBgari.jpg)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenayah-indeks-di-melaka-catat-peningkatan-29-peratus "Jenayah indeks di Melaka catat peningkatan 2.9 peratus") Malaysia [Jenayah indeks di Melaka catat peningkatan 2.9 peratus](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenayah-indeks-di-melaka-catat-peningkatan-29-peratus "Jenayah indeks di Melaka catat peningkatan 2.9 peratus") 10 minutes ago [![Anutin Charnvirakul](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-03/TB_Anutin%20Charnvirakul_Twitter%20Anwar%20Ibrahim.jpg?VersionId=x6oomCnIALPAW3N46obng7omPJWlXlaG)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-ucap-tahniah-kepada-anutin-selepas-menang-undian-parlimen "Anwar ucap tahniah kepada Anutin selepas menang undian Parlimen") Malaysia [Anwar ucap tahniah kepada Anutin selepas menang undian Parlimen](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-ucap-tahniah-kepada-anutin-selepas-menang-undian-parlimen "Anwar ucap tahniah kepada Anutin selepas menang undian Parlimen") 11 minutes ago [![Displaced people gather near tents, following an escalation between Hezbollah and Israel amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Beirut, Lebanon, March 19, 2026. REUTERS/Khalil Ashawi](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-03/TB_Beirut%20displaced_REUTERS.jpg?VersionId=jCs0Ugswowjs8X4gc9v7JGQnUzhwMdZV)](https://www.astroawani.com/berita-dunia/pbb-lebih-satu-juta-penduduk-lubnan-hilang-tempat-tinggal-susulan-serangan-israel "PBB: Lebih satu juta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal susulan serangan Israel") Dunia [PBB: Lebih satu juta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal susulan serangan Israel](https://www.astroawani.com/berita-dunia/pbb-lebih-satu-juta-penduduk-lubnan-hilang-tempat-tinggal-susulan-serangan-israel "PBB: Lebih satu juta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal susulan serangan Israel") 20 minutes ago [![shaariibuugiin altantuyaa](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/image/2026-02/TB_ShaariibuugiinAltantuyaa_BERNAMA.jpg?VersionId=uvsBuP30qa.u6Voht5m9HD7ok1aedCVY)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/15-julai-ditetapkan-pendengaran-permohonan-kebenaran-merayu-keluarga-altantuya "15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya") Malaysia [15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/15-julai-ditetapkan-pendengaran-permohonan-kebenaran-merayu-keluarga-altantuya "15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya") 25 minutes ago [![71737458273\_tbKLIA.jpg](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/article/2025/Jan/21/71737458273_tbKLIA.jpg)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahb-catat-89-juta-pergerakan-penumpang-pada-februari-2026 "MAHB catat 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026") Malaysia [MAHB catat 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahb-catat-89-juta-pergerakan-penumpang-pada-februari-2026 "MAHB catat 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026") 40 minutes ago ## Advertisement NEWSLETTER ## Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. [![Newsletter](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/banner/2026-02/newsletter.png)](https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bunohan-jadi-tarikan-pada-prk-pengkalan-kubor-43946) Close - [LAMAN HIBURAN LAIN](https://www.astroawani.com/) - [POLISI PRIVASI](https://www.astro.com.my/privacy) - [TERMA PENGGUNAAN](https://www.astro.com.my/terms) - [IKLAN BERSAMA KAMI](https://astromedia.com.my/) - [PELABUR](https://corporate.astro.com.my/) - [![Facebook](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/facebook-white.svg)](https://www.facebook.com/astroawani) - [![Instagram](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_instagram-white.svg)](https://instagram.com/501awani/) - [![Twitter](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_x-white.svg)](https://twitter.com/501awani) - [![Youtube](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_youtube-white.svg)](https://www.youtube.com/astroawani) - [![Tiktok](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_tiktok-white.svg)](https://www.tiktok.com/@501awani) - [![telegram](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/_telegram-white.svg)](https://t.me/astroawani) - [![thread](https://media.astroawani.com/awani/media/uploads/icons/2025-12/thread-white.svg)](https://www.threads.com/@501awani) © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/gempak%20%281%29.png) Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan](https://gempak.com/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/astro-avani.png) Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV](https://www.astroawani.com/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/xuan.png) Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment](https://xuan.com.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/hotspot.png) Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics](https://xuan.com.my/hotspot "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/stadium-astro.png) Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events](https://www.stadiumastro.com/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/astroulagam.png) Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news](https://astroulagam.com.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/rojak-daily.png) Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more](https://gempak.com/rojakdaily "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/njoi.png) Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI.](https://www.njoi.com.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/syok.png) Syok Enjoy Malaysia\`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got\!](https://syok.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/sooka.png) Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE\!](https://sooka.my/ "_target") [![](https://d3lmgsai2rsy7d.cloudfront.net/stadium/media/overlay_images/rewards.png) Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers](https://rewards.astro.com.my/ "_target")
Readable Markdown
Melihat sahaja perkataan 'Bunohan', pasti ramai yang membayangkan tajuk sebuah filem tempatan yang memenangi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 pada tahun lalu. Filem genre drama aksi arahan Dain Said itu menampilkan pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron yang mengisahkan konflik hubungan tiga beradik di Kampung Bunohan yang berakhir dengan pertelingkahan dan pembunuhan. Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang terletak kira-kira 30 km dari Kota Baharu. Kampung tersebut dikatakan dinamakan Bunohan sempena peristiwa pembunuhan yang berlaku di kampung itu berpuluh-puluh tahun dahulu dan kisah tersebut tersebar di internet dan menjadi lebih popular selepas filem Bunohan ditayangkan. Kini, Bunohan yang sunyi sepi itu bertukar menjadi kampung yang sibuk dengan khemah-khemah dan dihiasi dengan bendera dan poster calon Barisan Nasional (BN) dan PAS kerana penduduknya terlibat sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Kampung Bunohan menjadi laluan utama dari selatan Thailand ke Kota Baharu dan sebaliknya. Jalan di kampung itu kini mengalami kesesakan lalu lintas kerana anggota keselamatan mengadakan sekatan jalan raya bagi mengawal ratusan kenderaan penyokong parti politik dari seluruh negara yang menginap di hotel-hotel di Kota Baharu, melintasi jalan itu untuk ke pekan Pengkalan Kubor. Bunohan mempunyai 1,433 pengundi berdaftar bagi PRK DUN Pengkalan Kubor ini dan 99.09 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu. Menurut seorang penduduk kampung tersebut Awang Said, 57, kisah asal-usul nama kampung Bunohan itu tidak kena mengena dengan kisah seperti dalam filem Bunohan itu. Awang yang dilahirkan dan tinggal di kampung itu sehingga sekarang, berkata menurut cerita penduduk sejak zaman dahulu, nama Bunohan sebenarnya diambil sempena dengan bahagian lukah atau perangkap ikan yang disebut bunohan dalam ejaan lama Katanya, terdapat sebatang sungai dalam kampung ini yang dahulunya menjadi sumber rezeki bagi penduduk untuk menangkap ikan. Mereka telah mencipta sejenis perangkap yang berjaya menangkap ikan dengan banyaknya hasil 'bunohan' ciptaan itu dan kerana kebijaksanaan penduduk kampung itu mencipta bunohan, maka kampung itu disebut sebagai Kampung Bunohan. Awang berkata sejak filem Bunohan ditayangkan, ramai yang bertanyakan mengenai Kampung Bunohan namun sebenarnya cerita dalam filem berkenaan adalah rekaan pengarahnya dan hanya 'meminjam' nama Bunohan kerana keunikan pada nama itu. Pada masa ini, Pengkalan Kubor yang sedang menghadapi musim Pilihan Raya Kecil (PRK) dikunjungi ramai orang luar terutama dari parti politik, pasukan keselamatan dan pegawai kerajaan yang terlibat dengan PRK itu. Ramai orang yang melintasi kampung itu tidak melepaskan peluang untuk bergambar di papan tanda nama kampung yang tertera 'Bunohan'. Secara fizikalnya kampung tersebut tidak banyak bezanya dengan perkampungan lain di negara ini. Hanya namanya yang unik menarik perhatian dan kedudukannya yang berhampiran dengan pekan Pengkalan Kubor yang menjadi pintu masuk antarabangsa yang bersempadan dengan Thailand. Advertisement
Shard102 (laksa)
Root Hash2328458669187135302
Unparsed URLcom,astroawani!www,/berita-malaysia/bunohan-jadi-tarikan-pada-prk-pengkalan-kubor-43946 s443