ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | FAIL | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | my,com,asnbacademy!www,/ s443 |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.asnbacademy.com.my/ms/posts/perkara-perlu-tahu-sebelum-melabur |
| Last Crawled | 2026-03-17 13:53:00 (29 days ago) |
| First Indexed | 2025-09-23 01:18:51 (6 months ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur | ASNB Academy |
| Meta Description | Pelaburan penting untuk bantu jamin masa depan kewangan anda, tetapi ia memerlukan pertimbangan yang teliti. Berikut adalah 11 tip berguna sebelum anda mula melabur. |
| Meta Canonical | my,com,asnbacademy!www,/ s443 |
| Boilerpipe Text | Mengambil keputusan untuk melabur merupakan satu langkah penting yang perlu diambil untuk membina kewangan kukuh dan mencapai matlamat yang diinginkan.
Ini kerana menerusi pelaburan, kita berpeluang menjana keuntungan menerusi pulangan yang diterima dan pada masa yang sama, ia melindungi nilai wang daripada mengecil akibat inflasi.
Apa itu pelaburan? Pelaburan ialah perbuatan meletakkan wang dalam instrumen pelaburan dengan harapan mendapatkan pulangan.
Namun begitu, melabur bukanlah satu perkara yang boleh dilakukan dengan terburu-buru dan tanpa ilmu supaya kita dapat mengelak daripada menanggung kerugian berlebihan.
Sebagai panduan, kami kongsikan 11 perkara yang perlu anda tahu sebelum mula melabur.
1. Toleransi Risiko
Langkah pertama ialah untuk menilai tahap toleransi risiko anda sebelum mula melabur. Anda perlu tahu sejauh mana anda sanggup menanggung kerugian untuk menentukan instrumen pelaburan yang sesuai dengan anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda merupakan individu yang gemarkan cabaran, berkemungkinan besar anda merupakan individu yang memiliki tahap toleransi risiko yang tinggi. Dengan tahap toleransi risiko yang tinggi, anda mungkin lebih berani untuk melabur dalam instrumen berisiko tinggi seperti pasaran saham untuk mendapatkan pulangan tinggi.
Pelaburan Risiko Rendah
Pelaburan ini lebih stabil dan selamat dengan tumpuan kepada perlindungan modal. Jika anda merasakan anda mempunyai tahap toleransi risiko yang rendah, pelaburan seperti ini sesuai untuk anda.
Antara pelaburan berisiko rendah ialah
ASB
(Amanah Saham Bumiputera) dan Deposit Tetap Bank yang melindungi modal.
Kebiasaannya, pelaburan berisiko rendah, memberi pulangan yang rendah, sesuai untuk pelabur konservatif yang inginkan kestabilan kewangan.
Pelaburan Risiko Sederhana
Jika anda tidak terlalu konservatif dan tidak juga terlalu berani, anda sesuai untuk melabur dalam instrumen berisiko sederhana, selari dengan tahap toleransi risiko sederhana yang anda miliki.
Pelaburan ini tidak mempunyai volatiliti terlalu tinggi, contohnya unit amanah yang harga seunitnya berubah hanya sekali setiap hari. Begitu juga emas dan hartanah yang mana turun naik nilainya berubah sekali sekala dalam jangka masa tertentu.
Pelaburan Risiko Tinggi
Sepertimana penjelasan sebelum ini, jika anda seorang yang berani mengambil risiko, pelaburan berisiko tinggi seperti pasaran saham dan bitcoin mungkin sesuai untuk anda.
Anda sukakan cabaran dan berani mengambil risiko untuk memperoleh pulangan tinggi dalam jangka masa yang singkat.
2. Matlamat Kewangan
Tentukan matlamat kewangan anda sebelum memulakan pelaburan dan memilih jenis pelaburan. Adakah anda melabur untuk membina tabungan persaraan, mendapatkan keuntungan daripada pasaran hartanah atau untuk mendapatkan pulangan segera?
Memahami matlamat akan membantu anda menentukan strategi pelaburan yang sesuai kerana setiap matlamat akan menentukan instrumen pelaburan yang sesuai.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membina Tabung Kecemasan atau Persaraan, pelaburan dalam ASB adalah pilihan terbaik kerana ia lebih selamat berbanding pasaran saham yang mana anda berdepan kemungkinan menanggung kerugian setiap hari.
3. Tempoh Masa
Tempoh untuk melabur juga memainkan peranan penting dalam menentukan instrumen pelaburan yang sesuai dengan anda.
Katakan anda baru berusia 26 tahun, anda boleh memilih pelaburan berisiko rendah untuk membina tabung persaraan kerana anda mempunyai masa yang panjang untuk melabur dan menikmati kelebihan kuasa faedah kompaun.
Namun, jika anda sudah berusia 35 tahun, anda mungkin perlu mempelbagaikan jenis pelaburan, termasuklah melabur dalam pasaran saham untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi kerana anda hanya mempunyai masa yang pendek untuk membina tabungan.
Walaupun begitu, pemilihan instrumen pelaburan tetap perlu mengambil kira tahap toleransi risiko dan kemampuan kewangan semasa anda.
4. Pelbagaikan Pelaburan
Untuk mengurangkan risiko kerugian, anda perlu mempelbagaikan instrumen pelaburan dalam portfolio anda. Ini bermakna, anda perlu bijak menggabungkan instrumen daripada ketiga-tiga kategori pelaburan untuk memastikan portfolio pelaburan anda memberi pulangan jangka panjang dan pada masa sama, mampu menanggung sebarang kejutan sekiranya berlaku perkara luar dugaaan.
Tetapi, sebelum anda mula mempelbagaikan portfolio pelaburan, adalah lebih baik jika anda sudah memiliki tabung kecemasan terlebih dahulu.
Sekiranya anda berusia 35 tahun dan sudah mempunyai tabung kecemasan, contoh portfolio pelaburan yang sesuai untuk anda sepatutnya terdiri daripada 50% dalam pelaburan berisiko rendah, 30% dalam pelaburan berisiko sederhana dan 20% dalam pasaran berisiko tinggi.
5. Fahami Kedudukan Kewangan Semasa
Anda juga perlu sentiasa tahu mengenai kemampuan dan kedudukan semasa kewangan anda.
Jika anda tidak mampu, adalah lebih baik menumpu kepada pelaburan berisiko rendah untuk membina kekayaan dan mengelak kerugian.
Contohnya, jika anda berminat melabur dalam Bitcoin yang baru-baru ini dilaporkan kembali meningkat harganya, anda perlu menilai terlebih dahulu kedudukan kewangan anda dan risiko yang terlibat supaya anda tidak jatuh terduduk sekiranya harga Bitoin menjunam seperti sebelum ini.
6. Kos Awal Melabur
Pertimbangkan dahulu kos yang terlibat sebelum anda mula melabur, antaranya termasuklah caj jualan, yuran broker, komisen, dan perbelanjaan pengurusan. Pastikan anda tahu kesan kos awal pelaburan ini kepada keseluruhan pulangan yang anda terima.
Sebagai contoh, unit amanah mengenakan caj jualan sekitar 0.3% dan pelabur mungkin hanya mula meraih keuntungan selepas 3-4 tahun melabur, jika ada.
Pelaburan mandat (
private mandate
) pula mengenakan yuran seperti berikut:
Yuran Pengurusan: Dikenakan setiap kali dana dilaburkan, antara 3% hingga 5%.
Yuran Tahunan: Dikenakan setiap tahun, biasanya antara 1% hingga 2%.
Yuran Prestasi Pelaburan: Dikenakan setiap tahun, biasanya antara 10% hingga 20%, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
Selain itu, yuran yang dikenakan juga akan berbeza di antara syarikat pengurusan, oleh itu pelabur perlu tahu bahawa keuntungan pelaburan bersih ialah selepas semua yuran sudah ditolak.
7. Tahap Kecairan
Kecairan bermaksud sepantas mana instrumen pelaburan boleh dikeluarkan jika anda memerlukannya.
Sebagai contoh, pelaburan dalam ASB dan emas mempunyai kecairan tinggi kerana ia memberi kita wang tunai dengan serta merta apabila kita memerlukan.
Contoh aset dengan tahap kecairan rendah ialah hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, dan tanah kerana proses jual beli yang agak panjang serta melibatkan kos tertentu seperti kos guaman.
Selain itu, keadaan pasaran semasa dan lokasi hartanah juga mempengaruhi kecairan hartanah tersebut.
8. Instrumen yang Sah Di Sisi Undang-Undang
Sebelum melabur dalam mana-mana instrumen pelaburan, pastikan ia merupakan instrumen yang sah dan diluluskan oleh pihak berkuasa.
Jangan hanya fokus kepada pulangan tinggi kerana ia berkemungkinan adalah skim penipuan, lebih-lebih lagi jika ia ditawarkan oleh individu atau syarikat yang tidak dikenali.
Beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk melabur ialah:
• Apakah pelaburan ini?
• Bagaimana ia berfungsi?
• Siapa yang terlibat?
• Mudah atau susah untuk mengeluarkan wang anda jika diperlukan?
Untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan pelaburan, anda boleh menyemak
senarai amaran pengguna
kewangan oleh Bank Negara Malaysia.
9. Kesan Cukai
Fahami implikasi cukai bagi jenis pelaburan yang anda pilih. Jenis pelaburan yang berbeza akan mempunyai cukai yang berbeza, jadi pertimbangkan dahulu kesan cukai ke atas pulangan keseluruhan bagi pelaburan yang anda ingin pilih.
Ramai juga yang mungkin tidak tahu bahawa ada pelaburan di mana pendapatan yang diterima tidak akan dikenakan cukai, contohnya seperti pelaburan di ASB.
10. Pantau Pelaburan
Sentiasa ambil maklum mengenai perkembangan pasaran semasa, perubahan peraturan, dan juga isu tempatan dan global yang boleh mempengaruhi dan menjejaskan pelaburan anda.
Sekiranya anda berasakan anda sesuai untuk pelaburan berisiko sederhana dan tinggi, anda perlu sentiasa menyelidik dan memantau perkembangan ekonomi semasa, pasaran saham dan juga syarikat yang anda laburkan.
Oleh itu, sentiasa pantau portfolio pelaburan anda dan lakukan penyesuaian mengikut keperluan supaya pelaburan anda sentiasa selari dengan matlamat kewangan anda.
11. Tingkatkan Ilmu Pelaburan
Luangkan masa untuk menambah ilmu berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan. Terdapat banyak buku dan laman web kewangan yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Ilmu pengetahuan akan membantu anda membuat keputusan pelaburan lebih baik dan melindungi anda daripada menjadi mangsa penipuan. |
| Markdown | Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?
[Jom kira](https://www.asnbacademy.com.my/calculators/saving)
[](https://www.asnbacademy.com.my/)
- [Laman Utama](https://www.asnbacademy.com.my/)
- [Panduan](https://www.asnbacademy.com.my/guides)
- [Kalkulator](https://www.asnbacademy.com.my/calculators/compound-periodic)
- [Berita](https://www.asnbacademy.com.my/news)
- [KPB](https://www.asnbacademy.com.my/modules/lp)
bm
Menu
# Ingin Melabur? Ketahui Perkara ini Sebelum Mula


ASNB Academy
29 Mar 2024
10 minit masa membaca
Share
Mengambil keputusan untuk melabur merupakan satu langkah penting yang perlu diambil untuk membina kewangan kukuh dan mencapai matlamat yang diinginkan.
Ini kerana menerusi pelaburan, kita berpeluang menjana keuntungan menerusi pulangan yang diterima dan pada masa yang sama, ia melindungi nilai wang daripada mengecil akibat inflasi.
Apa itu pelaburan? Pelaburan ialah perbuatan meletakkan wang dalam instrumen pelaburan dengan harapan mendapatkan pulangan.
Namun begitu, melabur bukanlah satu perkara yang boleh dilakukan dengan terburu-buru dan tanpa ilmu supaya kita dapat mengelak daripada menanggung kerugian berlebihan.

Sebagai panduan, kami kongsikan 11 perkara yang perlu anda tahu sebelum mula melabur.
## **1\. Toleransi Risiko**
Langkah pertama ialah untuk menilai tahap toleransi risiko anda sebelum mula melabur. Anda perlu tahu sejauh mana anda sanggup menanggung kerugian untuk menentukan instrumen pelaburan yang sesuai dengan anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda merupakan individu yang gemarkan cabaran, berkemungkinan besar anda merupakan individu yang memiliki tahap toleransi risiko yang tinggi. Dengan tahap toleransi risiko yang tinggi, anda mungkin lebih berani untuk melabur dalam instrumen berisiko tinggi seperti pasaran saham untuk mendapatkan pulangan tinggi.
**Pelaburan Risiko Rendah**
Pelaburan ini lebih stabil dan selamat dengan tumpuan kepada perlindungan modal. Jika anda merasakan anda mempunyai tahap toleransi risiko yang rendah, pelaburan seperti ini sesuai untuk anda.
Antara pelaburan berisiko rendah ialah [**ASB**](https://www.asnb.com.my/asnbv2_2funds.php#asb?utm_source=outbound%20&utm_medium=asbbm&utm_campaign=asnbacademy&utm_content=articles%20)(Amanah Saham Bumiputera) dan Deposit Tetap Bank yang melindungi modal.
Kebiasaannya, pelaburan berisiko rendah, memberi pulangan yang rendah, sesuai untuk pelabur konservatif yang inginkan kestabilan kewangan.
**Pelaburan Risiko Sederhana**
Jika anda tidak terlalu konservatif dan tidak juga terlalu berani, anda sesuai untuk melabur dalam instrumen berisiko sederhana, selari dengan tahap toleransi risiko sederhana yang anda miliki.
Pelaburan ini tidak mempunyai volatiliti terlalu tinggi, contohnya unit amanah yang harga seunitnya berubah hanya sekali setiap hari. Begitu juga emas dan hartanah yang mana turun naik nilainya berubah sekali sekala dalam jangka masa tertentu.
**Pelaburan Risiko Tinggi**
Sepertimana penjelasan sebelum ini, jika anda seorang yang berani mengambil risiko, pelaburan berisiko tinggi seperti pasaran saham dan bitcoin mungkin sesuai untuk anda.
Anda sukakan cabaran dan berani mengambil risiko untuk memperoleh pulangan tinggi dalam jangka masa yang singkat.
## **2\. Matlamat Kewangan**
Tentukan matlamat kewangan anda sebelum memulakan pelaburan dan memilih jenis pelaburan. Adakah anda melabur untuk membina tabungan persaraan, mendapatkan keuntungan daripada pasaran hartanah atau untuk mendapatkan pulangan segera?
Memahami matlamat akan membantu anda menentukan strategi pelaburan yang sesuai kerana setiap matlamat akan menentukan instrumen pelaburan yang sesuai.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membina Tabung Kecemasan atau Persaraan, pelaburan dalam ASB adalah pilihan terbaik kerana ia lebih selamat berbanding pasaran saham yang mana anda berdepan kemungkinan menanggung kerugian setiap hari.
## **3\. Tempoh Masa**
Tempoh untuk melabur juga memainkan peranan penting dalam menentukan instrumen pelaburan yang sesuai dengan anda.
Katakan anda baru berusia 26 tahun, anda boleh memilih pelaburan berisiko rendah untuk membina tabung persaraan kerana anda mempunyai masa yang panjang untuk melabur dan menikmati kelebihan kuasa faedah kompaun.
Namun, jika anda sudah berusia 35 tahun, anda mungkin perlu mempelbagaikan jenis pelaburan, termasuklah melabur dalam pasaran saham untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi kerana anda hanya mempunyai masa yang pendek untuk membina tabungan.
Walaupun begitu, pemilihan instrumen pelaburan tetap perlu mengambil kira tahap toleransi risiko dan kemampuan kewangan semasa anda.
## **4\. Pelbagaikan Pelaburan**
Untuk mengurangkan risiko kerugian, anda perlu mempelbagaikan instrumen pelaburan dalam portfolio anda. Ini bermakna, anda perlu bijak menggabungkan instrumen daripada ketiga-tiga kategori pelaburan untuk memastikan portfolio pelaburan anda memberi pulangan jangka panjang dan pada masa sama, mampu menanggung sebarang kejutan sekiranya berlaku perkara luar dugaaan.
Tetapi, sebelum anda mula mempelbagaikan portfolio pelaburan, adalah lebih baik jika anda sudah memiliki tabung kecemasan terlebih dahulu.
Sekiranya anda berusia 35 tahun dan sudah mempunyai tabung kecemasan, contoh portfolio pelaburan yang sesuai untuk anda sepatutnya terdiri daripada 50% dalam pelaburan berisiko rendah, 30% dalam pelaburan berisiko sederhana dan 20% dalam pasaran berisiko tinggi.

## **5\. Fahami Kedudukan Kewangan Semasa**
Anda juga perlu sentiasa tahu mengenai kemampuan dan kedudukan semasa kewangan anda.
Jika anda tidak mampu, adalah lebih baik menumpu kepada pelaburan berisiko rendah untuk membina kekayaan dan mengelak kerugian.
Contohnya, jika anda berminat melabur dalam Bitcoin yang baru-baru ini dilaporkan kembali meningkat harganya, anda perlu menilai terlebih dahulu kedudukan kewangan anda dan risiko yang terlibat supaya anda tidak jatuh terduduk sekiranya harga Bitoin menjunam seperti sebelum ini.
## **6\. Kos Awal Melabur**
Pertimbangkan dahulu kos yang terlibat sebelum anda mula melabur, antaranya termasuklah caj jualan, yuran broker, komisen, dan perbelanjaan pengurusan. Pastikan anda tahu kesan kos awal pelaburan ini kepada keseluruhan pulangan yang anda terima.
Sebagai contoh, unit amanah mengenakan caj jualan sekitar 0.3% dan pelabur mungkin hanya mula meraih keuntungan selepas 3-4 tahun melabur, jika ada.
Pelaburan mandat (*private mandate*) pula mengenakan yuran seperti berikut:
- Yuran Pengurusan: Dikenakan setiap kali dana dilaburkan, antara 3% hingga 5%.
- Yuran Tahunan: Dikenakan setiap tahun, biasanya antara 1% hingga 2%.
- Yuran Prestasi Pelaburan: Dikenakan setiap tahun, biasanya antara 10% hingga 20%, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
Selain itu, yuran yang dikenakan juga akan berbeza di antara syarikat pengurusan, oleh itu pelabur perlu tahu bahawa keuntungan pelaburan bersih ialah selepas semua yuran sudah ditolak.
## **7\. Tahap Kecairan**
Kecairan bermaksud sepantas mana instrumen pelaburan boleh dikeluarkan jika anda memerlukannya.
Sebagai contoh, pelaburan dalam ASB dan emas mempunyai kecairan tinggi kerana ia memberi kita wang tunai dengan serta merta apabila kita memerlukan.
Contoh aset dengan tahap kecairan rendah ialah hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, dan tanah kerana proses jual beli yang agak panjang serta melibatkan kos tertentu seperti kos guaman.
Selain itu, keadaan pasaran semasa dan lokasi hartanah juga mempengaruhi kecairan hartanah tersebut.
## **8\. Instrumen yang Sah Di Sisi Undang-Undang**
Sebelum melabur dalam mana-mana instrumen pelaburan, pastikan ia merupakan instrumen yang sah dan diluluskan oleh pihak berkuasa.
Jangan hanya fokus kepada pulangan tinggi kerana ia berkemungkinan adalah skim penipuan, lebih-lebih lagi jika ia ditawarkan oleh individu atau syarikat yang tidak dikenali.
Beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk melabur ialah:
• Apakah pelaburan ini?
• Bagaimana ia berfungsi?
• Siapa yang terlibat?
• Mudah atau susah untuk mengeluarkan wang anda jika diperlukan?
Untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan pelaburan, anda boleh menyemak [**senarai amaran pengguna**](https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list) kewangan oleh Bank Negara Malaysia.
## **9\. Kesan Cukai**
Fahami implikasi cukai bagi jenis pelaburan yang anda pilih. Jenis pelaburan yang berbeza akan mempunyai cukai yang berbeza, jadi pertimbangkan dahulu kesan cukai ke atas pulangan keseluruhan bagi pelaburan yang anda ingin pilih.
Ramai juga yang mungkin tidak tahu bahawa ada pelaburan di mana pendapatan yang diterima tidak akan dikenakan cukai, contohnya seperti pelaburan di ASB.
## **10\. Pantau Pelaburan**
Sentiasa ambil maklum mengenai perkembangan pasaran semasa, perubahan peraturan, dan juga isu tempatan dan global yang boleh mempengaruhi dan menjejaskan pelaburan anda.
Sekiranya anda berasakan anda sesuai untuk pelaburan berisiko sederhana dan tinggi, anda perlu sentiasa menyelidik dan memantau perkembangan ekonomi semasa, pasaran saham dan juga syarikat yang anda laburkan.
Oleh itu, sentiasa pantau portfolio pelaburan anda dan lakukan penyesuaian mengikut keperluan supaya pelaburan anda sentiasa selari dengan matlamat kewangan anda.

## **11\. Tingkatkan Ilmu Pelaburan**
Luangkan masa untuk menambah ilmu berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan. Terdapat banyak buku dan laman web kewangan yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Ilmu pengetahuan akan membantu anda membuat keputusan pelaburan lebih baik dan melindungi anda daripada menjadi mangsa penipuan.

# Anda mungkin berminat
[ Artikel Ria: Pengajaran daripada Tahun 2025 31 Dec 2025 7 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/ria-pengajaran-dari-2025)
[ Artikel Maqasid Syariah & Aplikasi Dalam Unit Amanah ASNB 30 Dec 2025 8 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/maqasid-syariah--aplikasi-dalam-unit-amanah-asnb-)
[ Artikel Dividen ASB Peluang Bina Kekayaan 26 Dec 2025 6 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/dividen-asb-2025)
[ Artikel Prestasi Portfolio Ria - Nov 2025 18 Dec 2025 11 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/prestasi-portfolio-ria-nov-2025)
[ Artikel Bayar Zakat ASB guna kaedah al-Mustaghallat 19 Nov 2025 6 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/bayar-zakat-asb-kaedah-al-mustaghallat)
[ Artikel Prestasi Portfolio Ria - Okt 2025 17 Nov 2025 12 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/prestasi-portfolio-oct-2025)
[ Artikel Pelaburan dalam Perubahan Geopolitik Dunia 07 Nov 2025 5 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/pelaburan-perubahan-geopolitik-dunia)
[ Artikel Prestasi Portfolio Ria - Sep 2025 28 Oct 2025 14 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/prestasi-portfolio-sep-2025)
[ Artikel ASB Plus: Diversifikasi Pelaburan Bijak Dengan Risiko Terkawal 23 Oct 2025 9 minit masa membaca](https://www.asnbacademy.com.my/posts/asb-plus-diversifikasi-pelaburan-bijak-)
[ Artikel Ria: Pengajaran daripada Tahun 2025](https://www.asnbacademy.com.my/posts/ria-pengajaran-dari-2025)
[ Artikel Maqasid Syariah & Aplikasi Dalam Unit Amanah ASNB](https://www.asnbacademy.com.my/posts/maqasid-syariah--aplikasi-dalam-unit-amanah-asnb-)
[ Artikel Dividen ASB Peluang Bina Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/posts/dividen-asb-2025)
[ Artikel Prestasi Portfolio Ria - Nov 2025](https://www.asnbacademy.com.my/posts/prestasi-portfolio-ria-nov-2025)
[ Artikel Bayar Zakat ASB guna kaedah al-Mustaghallat](https://www.asnbacademy.com.my/posts/bayar-zakat-asb-kaedah-al-mustaghallat)
[ Artikel Prestasi Portfolio Ria - Okt 2025](https://www.asnbacademy.com.my/posts/prestasi-portfolio-oct-2025)
[ Artikel Pelaburan dalam Perubahan Geopolitik Dunia](https://www.asnbacademy.com.my/posts/pelaburan-perubahan-geopolitik-dunia)
[ Artikel Prestasi Portfolio Ria - Sep 2025](https://www.asnbacademy.com.my/posts/prestasi-portfolio-sep-2025)
[ Artikel ASB Plus: Diversifikasi Pelaburan Bijak Dengan Risiko Terkawal](https://www.asnbacademy.com.my/posts/asb-plus-diversifikasi-pelaburan-bijak-)
## Ikuti ASNB Academy untuk kandungan terkini
## Footer
[](https://www.asnbacademy.com.my/)
- [Laman Utama](https://www.asnbacademy.com.my/)
- [Panduan](https://www.asnbacademy.com.my/guides)
- [Kalkulator](https://www.asnbacademy.com.my/calculators/compound-periodic)
- [Berita](https://www.asnbacademy.com.my/news)
### Kategori
- [Gaya Hidup](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b98ec1e6f53dfba2bc09)
- [Aliran Tunai](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b994c1e6f53dfba2bc1a)
- [Pelaburan](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b9b0c1e6f53dfba2bc83)
- [Insurans / Takaful](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b99bc1e6f53dfba2bc2b)
- [Percukaian](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b9a0c1e6f53dfba2bc3c)
- [Persaraan](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b9aac1e6f53dfba2bc5e)
- [Perwarisan](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b9a4c1e6f53dfba2bc4d)
- [Ria](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=675807cfc153363894647ad2)
### Peringkat Kehidupan
- [Mula Membina Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/collections/getting-started)
- [Membina & Mengurus Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/collections/building-and-managing-wealth)
- [Mengekal & Melindungi Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/collections/accumulating-and-protecting-wealth)
- [Mewariskan Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/collections/wealth-distribution)
[Terma Penggunaan](https://www.asnbacademy.com.my/terms-of-use)
Hak Cipta Terpelihara © 2026
[Facebook](https://www.facebook.com/ASNBmy)
[Instagram](https://instagram.com/asnbmy?igshid=MzRlODBiNWFlZA)
[X](https://x.com/asnbmy_official?s=11&t=DcGLnIn1UcCBILSCTRMtIw)
[YouTube](http://youtube.com/channel/UCFEB3aZi0l_CQfigExQZUwg?sub_confirmation=1) |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 5 (laksa) |
| Root Hash | 7516685227102844805 |
| Unparsed URL | my,com,asnbacademy!www,/ms/posts/perkara-perlu-tahu-sebelum-melabur s443 |