ā¹ļø Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | FAIL | download_stamp > now() - 6 MONTH | 8.5 months ago |
| History drop | FAIL | isNull(history_drop_reason) | tooold |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | FAIL | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | my,com,asnbacademy!www,/ s443 |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://www.asnbacademy.com.my/ms/posts/pelabur-muda--pelaburan-ini-sesuai-untuk-anda |
| Last Crawled | 2025-08-06 06:59:22 (8 months ago) |
| First Indexed | 2025-07-05 19:52:54 (9 months ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 5 Pelaburan Sesuai Untuk Anak Muda | ASNB Academy |
| Meta Description | Mula melabur di usia muda akan memberi kelebihan dari segi kuasa pengkompaunan, fleksibiliti dalam pelaburan dan peluang membina kekayaan jangka panjang |
| Meta Canonical | my,com,asnbacademy!www,/ s443 |
| Boilerpipe Text | Anda masih muda dan ingin menggunakan sebaiknya gaji anda dengan melabur menggunakan cara yang betul. Malangnya anda secara berterusan berada dalam situasi kewangan yang sukar dan tidak mampu pun mempunyai wang lebihan untuk melabur. Jangan bimbang kerana pelaburan sebenarnya sesuai untuk semua, walau anda berpendapatan kecil. Yang penting ialah usaha, disiplin dan komitmen untuk melakukannya dengan betul. Oleh kerana anda masih muda, masa berada di pihak anda kerana dalam pelaburan, apabila anda bermula awal, masa adalah sahabat berbanding jika ada lewat bermula. Apa saja matlamat anda, mulakan dengan membina tabung kecemasan, kemudiannya kembangkan portfolio kepada emas dan hartanah dan apabila kewangan semakin selesa, inilah masanya untuk anda melangkah untuk melabur dalam instrumen pelaburan berisiko tinggi seperti pasaran saham. Usah biarkan masa menjadi musuh anda kerana apabila anda lewat memulakan pelaburan, peluang untuk mengembangkan pelabuan semakin kecil dan semakin sukar untuk anda mengambil langkah lebih fleksibel untuk mengatur strategi pelaburan. Kelebihan Melabur dari Usia Muda Garis masa pelaburan yang panjang membolehkan anda bermula dengan lebih berhati-hati sebelum mengatur
strategi lebih agresif seiring kedudukan kewangan yang semakin mengukuh. Justeru perkara pertama yang perlu dilakukan jika anda baru memulakan pelaburan ialah dengan membina tabung
kecemasan yang mewakili sekurang-kurangnya 6 bulan gaji anda. Oleh kerana anda masih muda, melabur RM50 ataupun RM100 sahaja setiap bulan sudah cukup untuk
anda membina asas kewangan yang kukuh. Fleksibiliti untuk melabur dalam jumlah yang kecil, namun dapat membina tabungan yang besar jumlahnya,
hanya dapat dinikmati jika anda memulakannya dari usia muda atau dari gaji pertama. Ini kerana lebih kerap wang anda diberanakkan oleh kuasa faedah kompaun, lebih besarlah tabungan yang boleh
dibina, dengan syarat modal dan dividen tidak dikeluarkan sepanjang tempoh pelaburan. Setiap kali mendapat bonus atau menikmati kenaikan gaji, pastikan anda menambah jumlah pelaburan bulanan supaya tabung kecemasan anda dapat dibina lebih pantas dan seterusnya anda dapat mempelbagaikan pelaburan kepada emas dan hartanah. Dalam memilih instrumen pelaburan pula, anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam instrumen berisiko rendah yang mampu memberi pulangan yang stabil. Anda tidak perlu terkejar-kejar untuk melabur dalam pelaburan berisiko tinggi semata-mata inginkan pulangan
tinggi, sebaliknya boleh mengambil sikap berhati-hati untuk mengelak kerugian. Namun masa yang panjang juga membenarkan anda untuk melabur dalam instrumen berisiko sederhana atau tinggi
seperti unit amanah dan pasaran saham kerana anda masih mempunyai masa untuk memperbetulkan sebarang kesilapan. Untuk membantu anda yang masih muda untuk membuat pilihan, kami senaraikan 5 destinasi pelaburan pilihan yang sesuai untuk anda. Ada yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi, justeru anda perlu memilih dengan tenang dan fahami sepenunya jenis pelaburan sebelum memulakan langkah pertama. 1. Amanah Saham Bumiputera (ASB) ASB merupakan unit amanah harga tetap yang ditawarkan
pada harga RM1 seunit. Oleh kerana ia ditawarkan pada harga tetap, ia merupakan destinasi pelaburan berisiko rendah. Walaupun begitu, berdasarkan rekod sejak
dilancarkan, ASB mampu memberi pulangan stabil dan kompetitif kepada pelabur. Memulakan pelaburan dalam ASB juga sangat mudah kerana anda boleh membuka akaun dengan hanya RM10 sahaja dan kemudiannya menambah pelaburan mengikut kemampuan. Untuk mula melabur anda hanya perlu mengunjungi Cawangan ASNB atau Ejen Bank ASNB seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank dengan membawa kad pengenalan sahaja. Cuma jangan keliru dengan Pinjaman ASB. Pastikan anda membuka Akaun ASB, bukannya mengambil pinjaman untuk melabur dalam ASB. Anda juga boleh menggunakan aplikasi myASNB untuk mengurus pelaburan dalam ASB yang mana anda boleh
melakukan urusniaga menambah dan mengeluarkan pelaburan secara dalam talian. Oleh kerana anda boleh menambah dan mengeluarkan wang pelaburan pada bila-bila masa, ASB sangat sesuai
dijadikan Tabung Kecemasan dan sewajarnya menjadi pilihan pelaburan pertama anda. 2. Deposit Tetap Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Deposit tetap bank merupakan simpanan tetap dalam
bank dengan kadar pulangan yang telah dijanjikan. Namun pelabur perlu membiarkan wang mereka dalam akaun ini untuk satu tempoh tertentu, contohnya 3 bulan, 6 bulan atau satu tahun untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan itu. Kebiasaannya jumlah dan tempoh pelaburan telah ditetapkan untuk pelabur menikmati pulangan yang
dijanjikan. Pada masa ini, kadar pulangan yang diberikan deposit tetap bank ialah antara 2 hingga 3 peratus setahun. Namun begitu, sekiranya wang deposit dikeluarkan lebih awal daripada tempoh ditetapkan, pelabur mungkin
dikenakan denda dan tidak menerima sepenuhnya pulangan berkenaan. Jangan pula keliru antara deposit tetap dengan akaun bank biasa. Akaun bank biasa yang merupakan akaun dimana gaji kita masuk, hanya menawarkan pulangan kurang 1 peratus dan wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. 3. Penasihat Robo Penasihat Robo merupakan antara kaedah terkini untuk orang muda memulakan pelaburan mereka kerana mereka
berpeluang melaburkan wang secara sistematik dan pelaburan itu akan diuruskan oleh aplikasi berkenaan untuk memaksimumkan pulangan. Antara pilihan yang ada ialah RIA yang ditawarkan oleh ASNB yang mana anda boleh melabur dalam beberapa unit
amanah tertentu ASNB untuk mendapatkan pulangan seperti yang diinginkan. Pelaburan permulaan ialah serendah RM100 dengan portfolio pelaburan bermula dari sangat konservatif dan
hingga sangat agresif. Selari dengan profil risiko yang dipilih, Ria akan mengurus pelaburan anda dalam unit Amanah ASNB yang dibenarkan untuk mengoptimumkan pulangan dengan risiko yang minimum. Selain RIA, aplikasi pelaburan Robo lain ialah Raiz yang akan melaburkan wang lebihan ada secara automatik setiap kali selepas berbelanja walaupun sekecil 30 sen. 4. Emas Emas dikatakan sebagai kalis inflasi dan mampu mengekalkan nilainya untuk satu tempoh yang panjang. Untuk melabur dalam emas, anda boleh memilih untuk membeli barang kemas atau membuat pelaburan dalam bentuk syiling atau jongkong emas atau membuka Akaun Emas. Namun begitu anda perlu tahu bahawa pelaburan dalam emas mempunyai āspreadā atau perbezaan dalam harga jualan dan belian yang menyebabkan anda berdepan kerugian jika melabur dalam jangka pendek. Justeru, pelaburan dalam emas perlu dilakukan untuk jangka masa panjang untuk menikmati peningkatan
modal jika berlakunya peningkatan harga emas. Cuma pastikan anda melabur dalam pelaburan emas yang betul kerana ramai juga scammer yang menggunakan
pelaburan dalam emas untuk menipu selain menawarkan pelaburan yang haram disisi agama Islam. Biasanya pelaburan permulaan bergantung kepada harga emas semasa dan berat emas yang anda inginkan. Sebagai
contoh, katakan harga emas semasa ialah RM358 satu gram, barang kemas seberat 3 gram mungkin berharga RM1,074 tidak termasuk upah. Anda juga boleh membuat pelaburan bulanan dalam emas menerusi Akaun Emas yang ditawarkan bank dan
syarikat yang diluluskan kerajaan dengan pelaburan permulaan yang biasanya lebih rendah berbanding harga semasa 1 gram emas. 5. Pasaran Saham Jika anda berani dan tidak kisah berdepan kerugian, anda boleh memilih untuk melabur dalam pasaran saham.
Satu ketika dulu, melabur dalam pasaran saham memerlukan modal yang besar, namun pada masa ini, jumlahnya semakin kecil dan mampu milik. Sebagai newbie , anda mungkin boleh bermula dengan merebut peluang menerusi Tawaran Awal Permulaan
(IPO) yang ditawarkan syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Biasanya harga seunit yang ditawarkan agak rendah dan kemungkinan menikmati peningkat modal itu masih ada. Apabila melabur dalam pasaran saham, selalulah ingat pesanan pelabur terkemuka Warren Buffet, ākita
sepatutnya mengambil pegangan jangka panjang apabila melabur dalam pasaran saham dan tidak membuat keputusan berdasarkan emosiā. Apa yang penting bukanlah
keuntungan segera, tetapi pulangan yang diperoleh daripada dividen yang diberikan syarikat berkenaan. Oleh itu, untuk mengelak kerugian, anda dinasihatkan untuk membuat ketekunan wajar dengan meneliti latar belakang syarikat, potensi bidang perniagaan yang diceburi, pengurusan syarikat dan anggaran keuntungan masa hadapan sebelum melabur. Pada masa ini, melabur dalam pasaran saham tidak lagi rumit seperti dulu yang mana anda memerlukan remisier
untuk melakukan jual beli. Anda kini boleh membeli saham secara menerusi perbankan dalam talian. Namun begitu, pasaran saham tidak sesuai sekiranya anda memang tidak mempunyai lebihan wang dan belum
memiliki tabung kecemasan. Sebarang kerugian amat sukar untuk diganti semula dan anda mungkin menanggung kerugian untuk jangka panjang. Kesimpulannya, anda yang masih muda mempunyai banyak pilihan pelaburan. Masa yang panjang membolehkan anda mengatur strategi pelaburan lebih berkesan sesuai dengan profil risiko yang mampu ditanggung dan modal yang dimiliki. Jangan jadikan alasan tiada duit, tidak tahu dan tidak berminat sebagai alasan tidak melabur. Ini kerana dalam
kehidupan ini, kita sentiasa perlu mengurus wang dan melabur untuk merealisasikan impian dan membina hidup yang selesa. Sorotan Artikel 1. Tetapkan matlamat pelaburan dan jadikannya sebagai matlamat yang perlu dicapai. Mulakan dengan matlamat untuk membina tabungan kecemasan 2. Usah menunggu ada duit lebih dan banyak, baru hendak melabur, sebaliknya amalkan sikap labur dahulu baru belanja. Buat bajet dan berbelanja dengan berhemah supaya anda dapat mengurus wang dengan lebih berkesan 3. Melabur RM100 setiap bulan dalam instrumen berisiko rendahĀ untuk jangka masa panjang adalah lebih menguntungkan berbanding anda menunggu untuk memiliki ribaun ribuan ringgit untuk mula melabur dalam instrument berisiko tinggi 4. Jangan biarkan wang anda tidur dalam Akaun Simpanan. Pilih pelaburan yang sesuai dan mula melabur untuk menikmati kuasa faedah kompaun. |
| Markdown | Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?
[Jom kira](https://www.asnbacademy.com.my/calculators/saving)
[](https://www.asnbacademy.com.my/)
- [Laman Utama](https://www.asnbacademy.com.my/)
- [Panduan](https://www.asnbacademy.com.my/guides)
- [Kalkulator](https://www.asnbacademy.com.my/calculators/compound-periodic)
- [Berita](https://www.asnbacademy.com.my/news)
- [KPB](https://www.asnbacademy.com.my/modules/lp)
bm
Menu
# 5 Pelaburan Sesuai Untuk Anak Muda


ASNB Academy
12 Jun 2024
9 minit masa membaca
Share
Anda masih muda dan ingin menggunakan sebaiknya gaji anda dengan melabur menggunakan cara yang betul. Malangnya anda secara berterusan berada dalam situasi kewangan yang sukar dan tidak mampu pun mempunyai wang lebihan untuk melabur.
Jangan bimbang kerana pelaburan sebenarnya sesuai untuk semua, walau anda berpendapatan kecil. Yang penting ialah usaha, disiplin dan komitmen untuk melakukannya dengan betul.
Oleh kerana anda masih muda, masa berada di pihak anda kerana dalam pelaburan, apabila anda bermula awal, masa adalah sahabat berbanding jika ada lewat bermula.
Apa saja matlamat anda, mulakan dengan membina tabung kecemasan, kemudiannya kembangkan portfolio kepada emas dan hartanah dan apabila kewangan semakin selesa, inilah masanya untuk anda melangkah untuk melabur dalam instrumen pelaburan berisiko tinggi seperti pasaran saham.
Usah biarkan masa menjadi musuh anda kerana apabila anda lewat memulakan pelaburan, peluang untuk mengembangkan pelabuan semakin kecil dan semakin sukar untuk anda mengambil langkah lebih fleksibel untuk mengatur strategi pelaburan.
## Kelebihan Melabur dari Usia Muda
Garis masa pelaburan yang panjang membolehkan anda bermula dengan lebih berhati-hati sebelum mengatur strategi lebih agresif seiring kedudukan kewangan yang semakin mengukuh.
Justeru perkara pertama yang perlu dilakukan jika anda baru memulakan pelaburan ialah dengan membina tabung kecemasan yang mewakili sekurang-kurangnya 6 bulan gaji anda. Oleh kerana anda masih muda, melabur RM50 ataupun RM100 sahaja setiap bulan sudah cukup untuk anda membina asas kewangan yang kukuh.
Fleksibiliti untuk melabur dalam jumlah yang kecil, namun dapat membina tabungan yang besar jumlahnya, hanya dapat dinikmati jika anda memulakannya dari usia muda atau dari gaji pertama.
Ini kerana lebih kerap wang anda diberanakkan oleh kuasa faedah kompaun, lebih besarlah tabungan yang boleh dibina, dengan syarat modal dan dividen tidak dikeluarkan sepanjang tempoh pelaburan.
Setiap kali mendapat bonus atau menikmati kenaikan gaji, pastikan anda menambah jumlah pelaburan bulanan supaya tabung kecemasan anda dapat dibina lebih pantas dan seterusnya anda dapat mempelbagaikan pelaburan kepada emas dan hartanah.
Dalam memilih instrumen pelaburan pula, anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam instrumen berisiko rendah yang mampu memberi pulangan yang stabil.
Anda tidak perlu terkejar-kejar untuk melabur dalam pelaburan berisiko tinggi semata-mata inginkan pulangan tinggi, sebaliknya boleh mengambil sikap berhati-hati untuk mengelak kerugian.
Namun masa yang panjang juga membenarkan anda untuk melabur dalam instrumen berisiko sederhana atau tinggi seperti unit amanah dan pasaran saham kerana anda masih mempunyai masa untuk memperbetulkan sebarang kesilapan.
Untuk membantu anda yang masih muda untuk membuat pilihan, kami senaraikan 5 destinasi pelaburan pilihan yang sesuai untuk anda. Ada yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi, justeru anda perlu memilih dengan tenang dan fahami sepenunya jenis pelaburan sebelum memulakan langkah pertama.
### 1\. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
ASB merupakan unit amanah harga tetap yang ditawarkan pada harga RM1 seunit. Oleh kerana ia ditawarkan pada harga tetap, ia merupakan destinasi pelaburan berisiko rendah. Walaupun begitu, berdasarkan rekod sejak dilancarkan, ASB mampu memberi pulangan stabil dan kompetitif kepada pelabur.
Memulakan pelaburan dalam ASB juga sangat mudah kerana anda boleh membuka akaun dengan hanya RM10 sahaja dan kemudiannya menambah pelaburan mengikut kemampuan. Untuk mula melabur anda hanya perlu mengunjungi Cawangan ASNB atau Ejen Bank ASNB seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank dengan membawa kad pengenalan sahaja.
Cuma jangan keliru dengan Pinjaman ASB. Pastikan anda membuka Akaun ASB, bukannya mengambil pinjaman untuk melabur dalam ASB.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi myASNB untuk mengurus pelaburan dalam ASB yang mana anda boleh melakukan urusniaga menambah dan mengeluarkan pelaburan secara dalam talian.
Oleh kerana anda boleh menambah dan mengeluarkan wang pelaburan pada bila-bila masa, ASB sangat sesuai dijadikan Tabung Kecemasan dan sewajarnya menjadi pilihan pelaburan pertama anda.
### 2\. Deposit Tetap
Deposit tetap bank merupakan simpanan tetap dalam bank dengan kadar pulangan yang telah dijanjikan. Namun pelabur perlu membiarkan wang mereka dalam akaun ini untuk satu tempoh tertentu, contohnya 3 bulan, 6 bulan atau satu tahun untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan itu.
Kebiasaannya jumlah dan tempoh pelaburan telah ditetapkan untuk pelabur menikmati pulangan yang dijanjikan. Pada masa ini, kadar pulangan yang diberikan deposit tetap bank ialah antara 2 hingga 3 peratus setahun.
Namun begitu, sekiranya wang deposit dikeluarkan lebih awal daripada tempoh ditetapkan, pelabur mungkin dikenakan denda dan tidak menerima sepenuhnya pulangan berkenaan.
Jangan pula keliru antara deposit tetap dengan akaun bank biasa. Akaun bank biasa yang merupakan akaun dimana gaji kita masuk, hanya menawarkan pulangan kurang 1 peratus dan wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
### 3\. Penasihat Robo
Penasihat Robo merupakan antara kaedah terkini untuk orang muda memulakan pelaburan mereka kerana mereka berpeluang melaburkan wang secara sistematik dan pelaburan itu akan diuruskan oleh aplikasi berkenaan untuk memaksimumkan pulangan.
Antara pilihan yang ada ialah RIA yang ditawarkan oleh ASNB yang mana anda boleh melabur dalam beberapa unit amanah tertentu ASNB untuk mendapatkan pulangan seperti yang diinginkan.
Pelaburan permulaan ialah serendah RM100 dengan portfolio pelaburan bermula dari sangat konservatif dan hingga sangat agresif. Selari dengan profil risiko yang dipilih, Ria akan mengurus pelaburan anda dalam unit Amanah ASNB yang dibenarkan untuk mengoptimumkan pulangan dengan risiko yang minimum.
Selain RIA, aplikasi pelaburan Robo lain ialah Raiz yang akan melaburkan wang lebihan ada secara automatik setiap kali selepas berbelanja walaupun sekecil 30 sen.

### 4\. Emas
Emas dikatakan sebagai kalis inflasi dan mampu mengekalkan nilainya untuk satu tempoh yang panjang. Untuk melabur dalam emas, anda boleh memilih untuk membeli barang kemas atau membuat pelaburan dalam bentuk syiling atau jongkong emas atau membuka Akaun Emas.
Namun begitu anda perlu tahu bahawa pelaburan dalam emas mempunyai *āspreadā* atau perbezaan dalam harga jualan dan belian yang menyebabkan anda berdepan kerugian jika melabur dalam jangka pendek.
Justeru, pelaburan dalam emas perlu dilakukan untuk jangka masa panjang untuk menikmati peningkatan modal jika berlakunya peningkatan harga emas.
Cuma pastikan anda melabur dalam pelaburan emas yang betul kerana ramai juga scammer yang menggunakan pelaburan dalam emas untuk menipu selain menawarkan pelaburan yang haram disisi agama Islam.
Biasanya pelaburan permulaan bergantung kepada harga emas semasa dan berat emas yang anda inginkan. Sebagai contoh, katakan harga emas semasa ialah RM358 satu gram, barang kemas seberat 3 gram mungkin berharga RM1,074 tidak termasuk upah.
Anda juga boleh membuat pelaburan bulanan dalam emas menerusi Akaun Emas yang ditawarkan bank dan syarikat yang diluluskan kerajaan dengan pelaburan permulaan yang biasanya lebih rendah berbanding harga semasa 1 gram emas.
### 5\. Pasaran Saham
Jika anda berani dan tidak kisah berdepan kerugian, anda boleh memilih untuk melabur dalam pasaran saham. Satu ketika dulu, melabur dalam pasaran saham memerlukan modal yang besar, namun pada masa ini, jumlahnya semakin kecil dan mampu milik.
Sebagai *newbie*, anda mungkin boleh bermula dengan merebut peluang menerusi Tawaran Awal Permulaan (IPO) yang ditawarkan syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Biasanya harga seunit yang ditawarkan agak rendah dan kemungkinan menikmati peningkat modal itu masih ada.
Apabila melabur dalam pasaran saham, selalulah ingat pesanan pelabur terkemuka Warren Buffet, ākita sepatutnya mengambil pegangan jangka panjang apabila melabur dalam pasaran saham dan tidak membuat keputusan berdasarkan emosiā. Apa yang penting bukanlah keuntungan segera, tetapi pulangan yang diperoleh daripada dividen yang diberikan syarikat berkenaan.
Oleh itu, untuk mengelak kerugian, anda dinasihatkan untuk membuat ketekunan wajar dengan meneliti latar belakang syarikat, potensi bidang perniagaan yang diceburi, pengurusan syarikat dan anggaran keuntungan masa hadapan sebelum melabur.
Pada masa ini, melabur dalam pasaran saham tidak lagi rumit seperti dulu yang mana anda memerlukan remisier untuk melakukan jual beli. Anda kini boleh membeli saham secara menerusi perbankan dalam talian.
Namun begitu, pasaran saham tidak sesuai sekiranya anda memang tidak mempunyai lebihan wang dan belum memiliki tabung kecemasan. Sebarang kerugian amat sukar untuk diganti semula dan anda mungkin menanggung kerugian untuk jangka panjang.
Kesimpulannya, anda yang masih muda mempunyai banyak pilihan pelaburan. Masa yang panjang membolehkan anda mengatur strategi pelaburan lebih berkesan sesuai dengan profil risiko yang mampu ditanggung dan modal yang dimiliki.
Jangan jadikan alasan tiada duit, tidak tahu dan tidak berminat sebagai alasan tidak melabur. Ini kerana dalam kehidupan ini, kita sentiasa perlu mengurus wang dan melabur untuk merealisasikan impian dan membina hidup yang selesa.
### Sorotan Artikel
1\. Tetapkan matlamat pelaburan dan jadikannya sebagai matlamat yang perlu dicapai. Mulakan dengan matlamat untuk membina tabungan kecemasan
2\. Usah menunggu ada duit lebih dan banyak, baru hendak melabur, sebaliknya amalkan sikap labur dahulu baru belanja. Buat bajet dan berbelanja dengan berhemah supaya anda dapat mengurus wang dengan lebih berkesan
3\. Melabur RM100 setiap bulan dalam instrumen berisiko rendah untuk jangka masa panjang adalah lebih menguntungkan berbanding anda menunggu untuk memiliki ribaun ribuan ringgit untuk mula melabur dalam instrument berisiko tinggi
4\. Jangan biarkan wang anda tidur dalam Akaun Simpanan. Pilih pelaburan yang sesuai dan mula melabur untuk menikmati kuasa faedah kompaun.

## Ikuti ASNB Academy untuk kandungan terkini
## Footer
[](https://www.asnbacademy.com.my/)
- [Laman Utama](https://www.asnbacademy.com.my/)
- [Panduan](https://www.asnbacademy.com.my/guides)
- [Kalkulator](https://www.asnbacademy.com.my/calculators/compound-periodic)
- [Berita](https://www.asnbacademy.com.my/news)
### Kategori
- [Gaya Hidup](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b98ec1e6f53dfba2bc09)
- [Aliran Tunai](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b994c1e6f53dfba2bc1a)
- [Pelaburan](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b9b0c1e6f53dfba2bc83)
- [Insurans / Takaful](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b99bc1e6f53dfba2bc2b)
- [Percukaian](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b9a0c1e6f53dfba2bc3c)
- [Persaraan](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b9aac1e6f53dfba2bc5e)
- [Perwarisan](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=64d9b9a4c1e6f53dfba2bc4d)
- [Ria](https://www.asnbacademy.com.my/posts?category=675807cfc153363894647ad2)
### Peringkat Kehidupan
- [Mula Membina Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/collections/getting-started)
- [Membina & Mengurus Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/collections/building-and-managing-wealth)
- [Mengekal & Melindungi Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/collections/accumulating-and-protecting-wealth)
- [Mewariskan Kekayaan](https://www.asnbacademy.com.my/collections/wealth-distribution)
[Terma Penggunaan](https://www.asnbacademy.com.my/terms-of-use)
Hak Cipta Terpelihara Ā© 2025
[Facebook](https://www.facebook.com/ASNBmy)
[Instagram](https://instagram.com/asnbmy?igshid=MzRlODBiNWFlZA)
[X](https://x.com/asnbmy_official?s=11&t=DcGLnIn1UcCBILSCTRMtIw)
[YouTube](http://youtube.com/channel/UCFEB3aZi0l_CQfigExQZUwg?sub_confirmation=1) |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 5 (laksa) |
| Root Hash | 7516685227102844805 |
| Unparsed URL | my,com,asnbacademy!www,/ms/posts/pelabur-muda--pelaburan-ini-sesuai-untuk-anda s443 |