ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.3 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://thevocket.com/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/ |
| Last Crawled | 2026-04-09 04:01:17 (8 days ago) |
| First Indexed | 2024-03-19 05:50:42 (2 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Rakyat Malaysia Tolak Penganjuran Sukan Komanwel Di Negara Ini |
| Meta Description | Rakyat menolak penganjuran Sukan Komanwel 2026 selepas Malaysia mendapat jemputan untuk menjadi tuan rumah. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Rakyat Malaysia melancarkan hashtag sebagai tanda penolakan kepada idea negara ini menjadi tuan rumah bagi temasya
Sukan Komanwel
edisi 2026 selepas negeri Victoria, Australia menarik diri.
Menurut tinjauan di laman media sosial X, segelintir rakyat menggunakan hashtag #TolakKomanwel dimana ramai diantara mereka yang berpendapat sekiranya Malaysia menjadi tuan rumah, maka perkara itu hanya akan membazirkan wang negara yang sepatutnya disalurkan bagi meringankan beban rakyat.
Baca Juga:
Malaysia Ditawarkan Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026
Kim Pan-gon Akui Terdapat Kekurangan Dalam Barisan Pemain
Stuart Wilkin: Beraksi Di Piala Dunia Adalah Mimpi Gila Malaysia
Antara desakan yang diketengahkan oleh rakyat ialah kerajaan sepatutnya menyalurkan dana yang bakal digunakan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan dengan membina sekolah, hospital serta kemudahan lain yang akan menguntungkan rakyat berbanding menjadi kejohanan yang tiada kesannya bagi negara ini.
Selepas KL98, semua hos Komanwel ialah dari UK/Australia kecuali Delhi 2010.
2026, Australia pun dah tak nak. Hanya London sudi. If the colonizers want to maintain the brand, let em pay.
Make the right call,
@hannahyeoh
& Madani.
#TolakKomanwel
pic.twitter.com/AX6DjjozG9
— KNB (@nizambakeri)
March 19, 2024
Aku sokong
#TolakKomanwel
. Kalau negara yang lebih mampu dari kita pun menolak untuk jadi tuan rumah, jadah apa tiba-tiba kita nak terhegeh-hegeh serah tengkuk. Dari kemaruk nak jadi tuan rumah, pi bina hosp, KK or sekolah lagi. Kesian la kat healthcare and education kita.
— Injang (@Injang_Nation)
March 19, 2024
Sebelum ini, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) membuat tawaran kepada Malaysia sebagai pengganti dan turut diberi suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya tersebut adalah pada 1998 dan tawaran ini membuka ruang buat Malaysia untuk tampil lagi selaku tuan rumah.
Susulan daripada pelawaan rasmi CGF kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan
Sukan Komanwel
(CGA) Malaysia bulan lalu, MOM sudah memulakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan.
Menurut Presiden CGA Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, pihak kerajaan harus mempertimbangkan tawaran ini yang akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan kembali meletakkan Malaysia di peta sukan dunia.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hanah Yeoh berkata pihaknya sedang menyediakan kertas Kabinet, meliputi hasil kajian mengenai pelbagai aspek penganjuran sukan itu untuk diserahkan kepada Jemaah Menteri, bagi membuat sebarang keputusan.
Sebelum ini, Victoria dilaporkan menarik diri sebagai tuan rumah bagi edisi ke-23 itu atas alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal iaitu sebanyak AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).
Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta (RM1.18 bilion) kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17-29 Mac 2026. |
| Markdown | 
[](https://thevocket.com/)
- [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
- [Sukan](https://thevocket.com/sukan/)
- [Travel](https://thevocket.com/travel/)
- [Teknologi](https://thevocket.com/teknologi/)
- [Lagi](https://thevocket.com/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/)
- [Hiburan](https://thevocket.com/hiburan/)
- [Fesyen](https://thevocket.com/fesyen/)
- [Automotif](https://thevocket.com/automotif/)
- [Seni](https://thevocket.com/seni/)
- [Makanan](https://thevocket.com/makanan/)
- [Deals](https://thevocket.com/deals/)
- [Hantar](https://thevocket.com/hantar-artikel/)
- [Rangkaian](https://thevocket.com/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/)
- [VOCKET FC](https://vocketfc.com/)
- [VOCKET Tech](https://vocket.tech/)
- [VOCKET Car Club](https://www.instagram.com/vocketcarclub/)
- [Halal Travel](https://bit.ly/46taZuB)
[Top](https://thevocket.com/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/#navigation)
[](https://thevocket.com/)
- [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
- [Sukan](https://thevocket.com/sukan/)
- [Travel](https://thevocket.com/travel/)
- [Teknologi](https://thevocket.com/teknologi/)
- [Automotif](https://thevocket.com/automotif/)
- [Lagi](https://thevocket.com/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/)
- [Hiburan](https://thevocket.com/hiburan/)
- [Fesyen](https://thevocket.com/fesyen/)
- [Seni](https://thevocket.com/seni/)
- [Makanan](https://thevocket.com/makanan/)
- [Deals](https://thevocket.com/deals/)
- [Rangkaian](https://thevocket.com/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/)
- [VOCKET FC](https://vckt.co/vfc)
- [VOCKET Tech](https://vocket.tech/)
- [VOCKET Car Club](https://www.instagram.com/vocketcarclub/)
- [Telegram](https://t.me/vocket)
- [Halal Travel](https://bit.ly/46taZuB)
[Sukan](https://thevocket.com/sukan/)
# [Rakyat Malaysia Tolak Penganjuran Sukan Komanwel Di Negara Ini](https://thevocket.com/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/)

Sumber Gambar: Majlis Sukan Negara
11\.8K11,754
[Sukan](https://thevocket.com/sukan/)
Tarikh
March 19, 2024 - 1:37 PM
Oleh
[Dito](https://thevocket.com/author/misdiantotito/ "Posts by Dito")
Tag
- [2026 Commonwealth Games](https://thevocket.com/tag/2026-commonwealth-games/)
- [malaysia](https://thevocket.com/tag/malaysia/)
- [Sukan Komanwel 2026](https://thevocket.com/tag/sukan-komanwel-2026/)
Rakyat Malaysia melancarkan hashtag sebagai tanda penolakan kepada idea negara ini menjadi tuan rumah bagi temasya [Sukan Komanwel](https://thevocket.com/malaysia-ditawarkan-jadi-tuan-rumah-sukan-komanwel-2026/) edisi 2026 selepas negeri Victoria, Australia menarik diri.
Menurut tinjauan di laman media sosial X, segelintir rakyat menggunakan hashtag \#TolakKomanwel dimana ramai diantara mereka yang berpendapat sekiranya Malaysia menjadi tuan rumah, maka perkara itu hanya akan membazirkan wang negara yang sepatutnya disalurkan bagi meringankan beban rakyat.
## **Baca Juga:**
- [Malaysia Ditawarkan Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026](https://thevocket.com/malaysia-ditawarkan-jadi-tuan-rumah-sukan-komanwel-2026/?utm_source=VOCKET&utm_campaign=recirculation&utm_medium=related_links)
- [Kim Pan-gon Akui Terdapat Kekurangan Dalam Barisan Pemain](https://thevocket.com/kim-pan-gon-akui-terdapat-kekurangan-dalam-barisan-pemain/?utm_source=VOCKET&utm_campaign=recirculation&utm_medium=related_links)
- [Stuart Wilkin: Beraksi Di Piala Dunia Adalah Mimpi Gila Malaysia](https://thevocket.com/stuart-wilkin-beraksi-di-piala-dunia-adalah-mimpi-gila-malaysia/?utm_source=VOCKET&utm_campaign=recirculation&utm_medium=related_links)
Antara desakan yang diketengahkan oleh rakyat ialah kerajaan sepatutnya menyalurkan dana yang bakal digunakan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan dengan membina sekolah, hospital serta kemudahan lain yang akan menguntungkan rakyat berbanding menjadi kejohanan yang tiada kesannya bagi negara ini.
> Selepas KL98, semua hos Komanwel ialah dari UK/Australia kecuali Delhi 2010.
>
> 2026, Australia pun dah tak nak. Hanya London sudi. If the colonizers want to maintain the brand, let em pay.
>
> Make the right call, [@hannahyeoh](https://twitter.com/hannahyeoh?ref_src=twsrc%5Etfw) & Madani. [\#TolakKomanwel](https://twitter.com/hashtag/TolakKomanwel?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw) [pic.twitter.com/AX6DjjozG9](https://t.co/AX6DjjozG9)
>
> — KNB (@nizambakeri) [March 19, 2024](https://twitter.com/nizambakeri/status/1769914788220719151?ref_src=twsrc%5Etfw)
> Aku sokong [\#TolakKomanwel](https://twitter.com/hashtag/TolakKomanwel?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw). Kalau negara yang lebih mampu dari kita pun menolak untuk jadi tuan rumah, jadah apa tiba-tiba kita nak terhegeh-hegeh serah tengkuk. Dari kemaruk nak jadi tuan rumah, pi bina hosp, KK or sekolah lagi. Kesian la kat healthcare and education kita.
>
> — Injang (@Injang\_Nation) [March 19, 2024](https://twitter.com/Injang_Nation/status/1769904813909922041?ref_src=twsrc%5Etfw)
Sebelum ini, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) membuat tawaran kepada Malaysia sebagai pengganti dan turut diberi suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya tersebut adalah pada 1998 dan tawaran ini membuka ruang buat Malaysia untuk tampil lagi selaku tuan rumah.
Susulan daripada pelawaan rasmi CGF kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan [Sukan Komanwel](https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/03/1222289/ramai-setuju-malaysia-anjur-sukan-komanwel-2026) (CGA) Malaysia bulan lalu, MOM sudah memulakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan.
Menurut Presiden CGA Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, pihak kerajaan harus mempertimbangkan tawaran ini yang akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan kembali meletakkan Malaysia di peta sukan dunia.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hanah Yeoh berkata pihaknya sedang menyediakan kertas Kabinet, meliputi hasil kajian mengenai pelbagai aspek penganjuran sukan itu untuk diserahkan kepada Jemaah Menteri, bagi membuat sebarang keputusan.
Sebelum ini, Victoria dilaporkan menarik diri sebagai tuan rumah bagi edisi ke-23 itu atas alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal iaitu sebanyak AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).
Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta (RM1.18 bilion) kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17-29 Mac 2026.
KONGSI ARTIKEL INI
[Kongsi](https://thevocket.com/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/)
[Share](https://www.facebook.com/dialog/share?app_id=838596599530037&display=popup&href=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2F%3Fp%3D487685&redirect=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2F%3Fp%3D487685)
[Hantar](whatsapp://send?text=Rakyat%20Malaysia%20Tolak%20Penganjuran%20Sukan%20Komanwel%20Di%20Negara%20Ini%0Ahttps%3A%2F%2Fbit.ly%2F43qrS5y)
[Tweet](https://twitter.com/intent/tweet?url=https%3A%2F%2Fbit.ly%2F3viZ42u&text=Rakyat%20Malaysia%20Tolak%20Penganjuran%20Sukan%20Komanwel%20Di%20Negara%20Ini&via=thevocket)
[Kongsi](https://t.me/share/url?text=Rakyat%20Malaysia%20Tolak%20Penganjuran%20Sukan%20Komanwel%20Di%20Negara%20Ini&url=https%3A%2F%2Fbit.ly%2F43Ejik9)
### Artikel Berkaitan
***
[Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
### [‘Tinggal Otak Di Sempadan Ke?’ – Orang Thailand Berang Dengan Rakyat Malaysia](https://thevocket.com/tinggal-otak-di-sempadan-ke-orang-thailand-berang-dengan-rakyat-malaysia/ "‘Tinggal Otak Di Sempadan Ke?’ – Orang Thailand Berang Dengan Rakyat Malaysia")
[Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
/
Oleh [Aiman](https://thevocket.com/author/aimannazirmuddin/)
243\.2K243,238
October 1, 2024
[Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
### [Rakyat Indonesia, Malaysia Dinobat Paling Malas Di Dunia](https://thevocket.com/rakyat-indonesia-malaysia-dinobat-paling-malas-di-dunia/ "Rakyat Indonesia, Malaysia Dinobat Paling Malas Di Dunia")
[Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
/
Oleh [Aiman](https://thevocket.com/author/aimannazirmuddin/)
182\.7K182,730
December 16, 2024
[Sukan](https://thevocket.com/sukan/)
### [Jürgen Klinsmann Beri Sebab Mengapa Beliau Senyum Ketika Aksi Menentang Malaysia](https://thevocket.com/jurgen-klinsmann-beri-sebab-mengapa-beliau-senyum-ketika-aksi-menentang-malaysia/ "Jürgen Klinsmann Beri Sebab Mengapa Beliau Senyum Ketika Aksi Menentang Malaysia")
[Sukan](https://thevocket.com/sukan/)
/
Oleh [Dito](https://thevocket.com/author/misdiantotito/)
144\.8K144,792
January 30, 2024
[Bisnes](https://thevocket.com/kehidupan/bisnes/)
### [‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand TNN](https://thevocket.com/malaysia-adalah-pesaing-yang-menakutkan-tv-thailand-tnn/ "‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand TNN")
[Bisnes](https://thevocket.com/kehidupan/bisnes/)
/
Oleh [Hizam Jaafar](https://thevocket.com/author/hizam/)
133\.6K133,550
October 16, 2024
[Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
### [Saintis Cari ‘Volunteer’, Upah RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus](https://thevocket.com/saintis-cari-volunteer-upah-rm19000-jika-sanggup-dijangkiti-coronavirus/ "Saintis Cari ‘Volunteer’, Upah RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus")
[Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
/
Oleh [Aiman](https://thevocket.com/author/aimannazirmuddin/)
181\.2K181,204
March 9, 2020
#### AI: Block 4
#### AI: Block 12
### Langgan Newsletter
atau langgan saluran [Telegram](https://t.me/vocket) kami untuk kemaskini berita dan isu terkini.
### Info
- [Tentang Kami](https://thevocket.com/tentang-kami/)
- [Hubungi](https://thevocket.com/hubungi/)
- [Penafian](https://thevocket.com/penafian/)
- [Terma](https://thevocket.com/terma/)
- [Hantar Artikel](https://thevocket.com/hantar-artikel/)
- [Pengiklanan](https://thevocket.com/pengiklanan/)
- [Kerjaya](https://vocket.xyz/jobs/)
### Ikut Kami
- [Facebook](https://www.facebook.com/thevocket/)
- [Instagram](https://www.instagram.com/vocket/)
- [Twitter](https://twitter.com/thevocket)
- [YouTube](https://vckt.co/vocketx)
- [TikTok](https://tiktok.com/@vocket)
- [LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/VOCKET?utm_source=VOCKET&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
### Kategori
- [Automotif](https://thevocket.com/automotif/)
- [Bisnes](https://thevocket.com/kehidupan/bisnes/)
- [Deals](https://thevocket.com/deals/)
- [Dunia](https://thevocket.com/kehidupan/dunia/)
- [Fesyen](https://thevocket.com/fesyen/)
- [Fitness](https://thevocket.com/kehidupan/fitness/)
- [Gaya hidup](https://thevocket.com/gaya-hidup/)
- [Hartanah](https://thevocket.com/kehidupan/hartanah/)
- [Hiburan](https://thevocket.com/hiburan/)
- [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/)
- [Kerjaya](https://thevocket.com/kehidupan/kerjaya/)
- [Kesihatan](https://thevocket.com/kesihatan/)
- [Makanan](https://thevocket.com/makanan/)
- [Muzik](https://thevocket.com/muzik/)
- [Parenting](https://thevocket.com/kehidupan/parenting/)
- [Peraduan](https://thevocket.com/peraduan/)
- [Seni](https://thevocket.com/seni/)
- [Suara](https://thevocket.com/kehidupan/suara/)
- [Sukan](https://thevocket.com/sukan/)
- [Teknologi](https://thevocket.com/teknologi/)
- [Travel](https://thevocket.com/travel/)
Dimiliki oleh REV Media Group, Sebahagian daripada Kumpulan Media Prima.
Didaftarkan dibawah THE VOCKET SDN BHD (201801043651)
2026 VOCKET © Hak Cipta Terpelihara.

 |
| Readable Markdown | Rakyat Malaysia melancarkan hashtag sebagai tanda penolakan kepada idea negara ini menjadi tuan rumah bagi temasya [Sukan Komanwel](https://thevocket.com/malaysia-ditawarkan-jadi-tuan-rumah-sukan-komanwel-2026/) edisi 2026 selepas negeri Victoria, Australia menarik diri.
Menurut tinjauan di laman media sosial X, segelintir rakyat menggunakan hashtag \#TolakKomanwel dimana ramai diantara mereka yang berpendapat sekiranya Malaysia menjadi tuan rumah, maka perkara itu hanya akan membazirkan wang negara yang sepatutnya disalurkan bagi meringankan beban rakyat.
## **Baca Juga:**
- [Malaysia Ditawarkan Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026](https://thevocket.com/malaysia-ditawarkan-jadi-tuan-rumah-sukan-komanwel-2026/?utm_source=VOCKET&utm_campaign=recirculation&utm_medium=related_links)
- [Kim Pan-gon Akui Terdapat Kekurangan Dalam Barisan Pemain](https://thevocket.com/kim-pan-gon-akui-terdapat-kekurangan-dalam-barisan-pemain/?utm_source=VOCKET&utm_campaign=recirculation&utm_medium=related_links)
- [Stuart Wilkin: Beraksi Di Piala Dunia Adalah Mimpi Gila Malaysia](https://thevocket.com/stuart-wilkin-beraksi-di-piala-dunia-adalah-mimpi-gila-malaysia/?utm_source=VOCKET&utm_campaign=recirculation&utm_medium=related_links)
Antara desakan yang diketengahkan oleh rakyat ialah kerajaan sepatutnya menyalurkan dana yang bakal digunakan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan dengan membina sekolah, hospital serta kemudahan lain yang akan menguntungkan rakyat berbanding menjadi kejohanan yang tiada kesannya bagi negara ini.
> Selepas KL98, semua hos Komanwel ialah dari UK/Australia kecuali Delhi 2010.
>
> 2026, Australia pun dah tak nak. Hanya London sudi. If the colonizers want to maintain the brand, let em pay.
>
> Make the right call, [@hannahyeoh](https://twitter.com/hannahyeoh?ref_src=twsrc%5Etfw) & Madani. [\#TolakKomanwel](https://twitter.com/hashtag/TolakKomanwel?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw) [pic.twitter.com/AX6DjjozG9](https://t.co/AX6DjjozG9)
>
> — KNB (@nizambakeri) [March 19, 2024](https://twitter.com/nizambakeri/status/1769914788220719151?ref_src=twsrc%5Etfw)
> Aku sokong [\#TolakKomanwel](https://twitter.com/hashtag/TolakKomanwel?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw). Kalau negara yang lebih mampu dari kita pun menolak untuk jadi tuan rumah, jadah apa tiba-tiba kita nak terhegeh-hegeh serah tengkuk. Dari kemaruk nak jadi tuan rumah, pi bina hosp, KK or sekolah lagi. Kesian la kat healthcare and education kita.
>
> — Injang (@Injang\_Nation) [March 19, 2024](https://twitter.com/Injang_Nation/status/1769904813909922041?ref_src=twsrc%5Etfw)
Sebelum ini, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) membuat tawaran kepada Malaysia sebagai pengganti dan turut diberi suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya tersebut adalah pada 1998 dan tawaran ini membuka ruang buat Malaysia untuk tampil lagi selaku tuan rumah.
Susulan daripada pelawaan rasmi CGF kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan [Sukan Komanwel](https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/03/1222289/ramai-setuju-malaysia-anjur-sukan-komanwel-2026) (CGA) Malaysia bulan lalu, MOM sudah memulakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan.
Menurut Presiden CGA Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, pihak kerajaan harus mempertimbangkan tawaran ini yang akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan kembali meletakkan Malaysia di peta sukan dunia.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hanah Yeoh berkata pihaknya sedang menyediakan kertas Kabinet, meliputi hasil kajian mengenai pelbagai aspek penganjuran sukan itu untuk diserahkan kepada Jemaah Menteri, bagi membuat sebarang keputusan.
Sebelum ini, Victoria dilaporkan menarik diri sebagai tuan rumah bagi edisi ke-23 itu atas alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal iaitu sebanyak AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).
Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta (RM1.18 bilion) kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17-29 Mac 2026. |
| Shard | 1 (laksa) |
| Root Hash | 3288913973708861601 |
| Unparsed URL | com,thevocket!/rakyat-malaysia-tolak-penganjuran-sukan-komanwel-di-negara-ini/ s443 |