🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 1 (from laksa096)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
7 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.2 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://thevocket.com/dividen-asb-th-rendah/
Last Crawled2026-04-04 00:02:32 (7 days ago)
First Indexed2023-10-14 06:03:59 (2 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleDividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko
Meta DescriptionTahun ini seolah-olah tahun kekecewaan kepada rakyat Malaysia, apabila dividen ASB diumumkan pada 6.75%, terendah dalam sejarah berbanding 7.25% tahun
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Tahun ini seolah-olah tahun kekecewaan kepada rakyat Malaysia, apabila dividen ASB diumumkan pada 6.75%, terendah dalam sejarah berbanding 7.25% tahun sebelumnya. Dan kini dividen Tabung Haji pula jatuh kepada 4.25% (berbanding 5.00% pada tahun 2015 dan 6.25% pada tahun 2014). Ramai yang kecewa, tak kurang juga yang mula memikirkan adakah masih wajar untuk terus menyimpan duit di dalam instrumen-instrumen ini. Kepada sesiapa sahaja yang belajar kewangan, pasti sangat familiar dengan teori return-risk tradeoff . Senang ceritanya, semakin tinggi potensi pulangan pelaburan tersebut, semakin tinggi risiko untuk pelaburan tersebut. Jika ada peluang pelaburan yang melanggar hukum ni, biasanya peluang pelaburan tersebut adalah terhad. Sebagai contoh, pelaburan di dalam pasaran saham memang mampu memberikan potensi pulangan setinggi 300% setahun, tapi pada masa sama untuk anda potensi kehilangan duit pelaburan adalah sebanyak 90%. Simpanan di dalam bank mungkin hanya memberikan 2% setahun, tetapi insyaAllah risiko untuk kehilangan duit itu sangat tipis malahan pulangan itu boleh dikatakan dijamin. Berapakah kadar pulangan yang ‘zero-risk’ itu sangat bergantung kepada kadar faedah yang ditetapkan oleh BNM, dan juga kadar kadar faedah untuk Bon Kerajaan (fixed income). Bermakna kalau negara kita mempunyai kadar faedah yang tinggi seperti Turki pada 8-10%, maka kalau kita buka fixed/time deposit di Turki pun, kita boleh dijamin mendapat pulangan sehingga 9.9%! Riba’ VS Pelaburan Golongan Melayu Muslim kena sentiasa ingat satu benda. Di dalam Islam, hanya ‘pelaburan’ riba’ yang menjanjikan keuntungan. Secara asasnya, pelaburan di dalam Islam tidak boleh sesekali menjanjikan keuntungan. Sebab itulah akaun EPF syariah tidak menjanjikan pulangan minima. Inikan tidak. Konon nak pelaburan syariah, tapi melenting cakap akaun syariah EPF tak ada pulangan minima, lebih merugikan. Lepas tu biar viral dan orang-orang yang sama-sama tak tau pun tak buka sebab ingat ini agenda kerajaan nak ambik duit rakyat. Deyy , itu namanya kau dah larut di dalam dunia riba’. Yup , larut di dalam dunia riba’- atau lebih tepat larut di dalam dunia pelaburan tanpa risiko yang menjanjikan keuntungan. Disebabkan kegagalan memahami perkara inilah betapa ramainya kalangan kita yang tertipu dengan skim cepat kaya. Masuk RM10,000, dapat 7% sebulan, setahun 84%. Bila orang kata tak logik, mulalah keluar 1001 hujah. Lebih best letak topeng agama, tunjuk ada derma kat anak yatim, hantar orang pergi umrah. pffftt . Kita (golongan Melayu Muslim a.k.a bumiputra) sudah terlalu lali dengan pelaburan tanpa risiko. Kita sebenarnya lebih mencintai riba’ daripada golongan non-muslim. Kenapa? Kerana kita mempunyai banyak ruang-ruang untuk melabur tanpa risiko dan dijanjikan pulangan, sedangkan non-muslim tidak. Tabung Haji, ASB, dsb. Walaupun pada asasnya, semua itu tidak menjanjikan pulangan. Malahan sepatutnya kita bersedia dan menerima pun kalau diorang cakap tahun ni 0% dividen atau hibah. Tapi disebabkan sudah terlalu biasa mendapat pulangan yang melebihi pulangan pasaran dengan semua itu, maka kita take it as granted . Seperti wajib untuk mereka memberikan pulangan yang tinggi. Sedangkan kewajiban itu tidak ada, sebab Tabung Haji adalah wadiah (simpanan) manakala ASB adalah pelaburan (yang tertakluk pada risiko untung/rugi). Sekadar TH, ASB dan akaun syariah EPF dijamin duit asal oleh kerajaan (bukan dijamin oleh mereka sendiri). Maka secara konsep ianya mengikut syariah (walaupun ASB dan EPF ada melabur di dalam pelaburan non-syariah), kerana mereka tidak menjanjikan pulangan. Memahami struktur pelaburan ASB, TH dan EPF Asset allocation untuk ASB, TH dan EPF adalah seperti berikut: Kalau dilihat dari sini, maka memang sepatutnya ‘potential return’ ASB yang paling tinggi (yang menjelaskan kenapa dividen ASB sentiasa lebih tinggi daripada yang lain). TH yang kedua (walaupun equity sikit, tapi 11% di dalam property), manakala EPF yang paling rendah. Tetapi sekali lagi diingatkan, semua ini hanyalah ‘potential return’ tidak ada jaminan pun pelaburan mereka akan sentiasa berjaya. Apatah lagi di saat pasaran kewangan itu sendiri tidak memberikan peluang untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. Keadaan pasaran kewangan Yang warna merah tu pasaran saham Malaysia, KLCI, manakala yang warna kelabu tu 10-year government bond yield , atau bahasa mudahnya kadar faedah untuk 10-year government bond . Nampak tak apa jadi dengan garisan merah? Yup, dia tengah downtrend semenjak tahun 2015. Bermaksud secara umumnya, kebanyakan pelabur tengah mengalami kerugian. Pada tahun lepas, kesemua TH, ASB dan EPF masih boleh memberikan dividen yang agak tinggi. Kenapa? Sebab Ringgit jatuh pada tahun 2015. Maka ini menjadikan pelaburan mereka di luar negara memberikan pulangan yang agak besar. Jadi mereka menjual aset-aset di luar negara tersebut, dan dijadikan pulangan dividen untuk sesi 2015. Tapi tahun lepas? Ringgit ada sedikit mengukuh kemudian jatuh kembali, tapi pada paras yang lebih kurang sama dengan hujung 2015. Malahan kebanyakan aset luar negara yang ingin dilepaskan sudah dilepaskan. Pasaran saham tempatan pula secara keseluruhan statuk, hanya turun naik sedikit dengan secara keseluruhannya lebih banyak turun berbanding naik. Jadi persolannya, dari mana ingin mereka berikan dividen setinggi 7-8% seperti pada zaman kegemilangan mereka? Tak ada. Susah. Lebih susah lagi apabila sebahagian mereka tersekat dengan pelaburan yang sekarang ini sedang mengalam huge paper loss . Duit untuk melabur pun tersekat. Strictly speaking peluang itu ada, apabila bon kerajaan mencecah harga yang sangat tinggi sebelum Trump menang, ketika itu kalau mereka menjual aset fixed income mereka, maka mereka boleh mendapat keuntungan yang agak besar. Malangnya tidak ada sesiapa yang menjangkakan harga bon akan jatuh menjunam selepas Trump menang, disebabkan fund outflow yang sangat besar, menjadikan kerugian atas kertas yang dialami dua kali ganda daripada potensu untung yang boleh diperolehi sebelum tu. Sangat banyak institusi kewangan yang ternganga je tengok peluang yang terlepas. Take Home Message Maka take home message adalah, hakikatnya TH dan ASB melanggar hukum pelaburan. Mereka memberikan pulangan yang tinggi untuk pelaburan yang tiada risiko. Bersyukurlah selagi mana pulangan itu sudah lebih tinggi daripada deposit tetap di bank, sebab hakikatnya bukan bumiputra kalau boleh dapat pulangan 4.25%, terkejar-kejar mereka akan meletakkan duit di dalamnya. Dan satu lagi, sentiasalah beringat yang di dalam Islam, keuntungan yang dijamin itu sebenarnya tidak dibenarkan. Hanya riba’ yang menjanjikan keuntungan. Sebab itu sentiasalah berwaspada dengan sesiapa sahaja yang menjanjikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada ASB, tetapi dikatakan ianya tanpa risiko. Kalau nak posisikan ASB dan TH di dalam graf risk-return tu, maka di situlah ASB dan TH. Terang-terang lari daripada hukum pelaburan. Tetapi ianya boleh melanggar hukum pelaburan kerana ianya dijamin kerajaan, bukan kerana pelaburan mereka sendiri satu pelaburan yang ajaib. Cuma ada satu yang merah di atas tu. Yang menjanjikan keuntungan yang sangat besar tanpa sebarang risiko. Apa nama dia? Nama dia Skim Cepat Miskin. Jadi ingat, kalau jumpa je orang yang tawarkan pelaburan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa sebarang risiko. Maka ingat bahawa itu adalah skim cepat miskin. Ianya tidak logik. Dan ingat juga pelaburan yang menjaminkan keuntungan di dalam Islam hanyalah riba’. Ada terjumpa orang komen nak belajar melabur sendiri selepas melihat hibah Tabung Haji yang rendah. Ini sesungguhnya sesuatu yang sangat bagus. Sebab bumiputra terlalu ramai yang buta pelaburan, dah semua orang bergantung kepada ASB dan TH. Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari kepompong keselesaan dan mula mendalami ilmu pelaburan yang sebenar (bukan skim cepat kaya bertopengkan emas pimp whatever lah, forex, bitcoin, hotel dsb). Ah ye . Kepada yang mengambil pinjaman ASB dengan kadar tetap 5%+. Sekadar peringatan mesra. Sesungguhnya langsung tak mustahil satu hari nanti dividen ASB juga turut mencecah 4%+ Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Abu Daud)
Markdown
![](https://www.facebook.com/tr?id=1041937705985880&ev=PageView&noscript=1) [![VOCKET](https://assets.thevocket.com/sites/1/2022/07/vocket-logo-1.svg)](https://thevocket.com/) - [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) - [Sukan](https://thevocket.com/sukan/) - [Travel](https://thevocket.com/travel/) - [Teknologi](https://thevocket.com/teknologi/) - [Lagi](https://thevocket.com/dividen-asb-th-rendah/) - [Hiburan](https://thevocket.com/hiburan/) - [Fesyen](https://thevocket.com/fesyen/) - [Automotif](https://thevocket.com/automotif/) - [Seni](https://thevocket.com/seni/) - [Makanan](https://thevocket.com/makanan/) - [Deals](https://thevocket.com/deals/) - [Hantar](https://thevocket.com/hantar-artikel/) - [Rangkaian](https://thevocket.com/dividen-asb-th-rendah/) - [VOCKET FC](https://vocketfc.com/) - [VOCKET Tech](https://vocket.tech/) - [VOCKET Car Club](https://www.instagram.com/vocketcarclub/) - [Halal Travel](https://bit.ly/46taZuB) [Top](https://thevocket.com/dividen-asb-th-rendah/#navigation) [![VOCKET](https://assets.thevocket.com/sites/1/2022/07/vocket-logo-1.svg)](https://thevocket.com/) - [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) - [Sukan](https://thevocket.com/sukan/) - [Travel](https://thevocket.com/travel/) - [Teknologi](https://thevocket.com/teknologi/) - [Automotif](https://thevocket.com/automotif/) - [Lagi](https://thevocket.com/dividen-asb-th-rendah/) - [Hiburan](https://thevocket.com/hiburan/) - [Fesyen](https://thevocket.com/fesyen/) - [Seni](https://thevocket.com/seni/) - [Makanan](https://thevocket.com/makanan/) - [Deals](https://thevocket.com/deals/) - [Rangkaian](https://thevocket.com/dividen-asb-th-rendah/) - [VOCKET FC](https://vckt.co/vfc) - [VOCKET Tech](https://vocket.tech/) - [VOCKET Car Club](https://www.instagram.com/vocketcarclub/) - [Telegram](https://t.me/vocket) - [Halal Travel](https://bit.ly/46taZuB) [Bisnes](https://thevocket.com/kehidupan/bisnes/) # [Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://thevocket.com/dividen-asb-th-rendah/) ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://assets.thevocket.com/sites/1/2017/02/Tabung-Haji-1132x670.jpg) 2\.4K2,379 [Bisnes](https://thevocket.com/kehidupan/bisnes/) Tarikh February 5, 2017 - 8:00 AM Oleh [Nurulwahida Othman](https://thevocket.com/author/wida7/ "Posts by Nurulwahida Othman") Tag - [asb](https://thevocket.com/tag/asb/) - [KLCI](https://thevocket.com/tag/klci/) - [tabung haji](https://thevocket.com/tag/tabung-haji/) Tahun ini seolah-olah tahun kekecewaan kepada rakyat Malaysia, apabila dividen ASB diumumkan pada 6.75%, terendah dalam sejarah berbanding 7.25% tahun sebelumnya. Dan kini dividen Tabung Haji pula jatuh kepada 4.25% (berbanding 5.00% pada tahun 2015 dan 6.25% pada tahun 2014). Ramai yang kecewa, tak kurang juga yang mula memikirkan adakah masih wajar untuk terus menyimpan duit di dalam instrumen-instrumen ini. Kepada sesiapa sahaja yang belajar kewangan, pasti sangat *familiar* dengan teori *return-risk tradeoff*. Senang ceritanya, semakin tinggi potensi pulangan pelaburan tersebut, semakin tinggi risiko untuk pelaburan tersebut. Jika ada peluang pelaburan yang melanggar hukum ni, biasanya peluang pelaburan tersebut adalah terhad. ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/02/risk_graph_1486196353549.jpg) Sebagai contoh, pelaburan di dalam pasaran saham memang mampu memberikan potensi pulangan setinggi 300% setahun, tapi pada masa sama untuk anda potensi kehilangan duit pelaburan adalah sebanyak 90%. Simpanan di dalam bank mungkin hanya memberikan 2% setahun, tetapi insyaAllah risiko untuk kehilangan duit itu sangat tipis malahan pulangan itu boleh dikatakan dijamin. Berapakah kadar pulangan yang ‘zero-risk’ itu sangat bergantung kepada kadar faedah yang ditetapkan oleh BNM, dan juga kadar kadar faedah untuk Bon Kerajaan (fixed income). Bermakna kalau negara kita mempunyai kadar faedah yang tinggi seperti Turki pada 8-10%, maka kalau kita buka fixed/time deposit di Turki pun, kita boleh dijamin mendapat pulangan sehingga 9.9%\! #### Riba’ VS Pelaburan Golongan Melayu Muslim kena sentiasa ingat satu benda. Di dalam Islam, hanya ‘pelaburan’ riba’ yang menjanjikan keuntungan. Secara asasnya, pelaburan di dalam Islam tidak boleh sesekali menjanjikan keuntungan. Sebab itulah akaun EPF syariah tidak menjanjikan pulangan minima. Inikan tidak. Konon nak pelaburan syariah, tapi melenting cakap akaun syariah EPF tak ada pulangan minima, lebih merugikan. Lepas tu biar *viral* dan orang-orang yang sama-sama tak tau pun tak buka sebab ingat ini agenda kerajaan nak ambik duit rakyat. *Deyy*, itu namanya kau dah larut di dalam dunia riba’. *Yup*, larut di dalam dunia riba’- atau lebih tepat larut di dalam dunia pelaburan tanpa risiko yang menjanjikan keuntungan. Disebabkan kegagalan memahami perkara inilah betapa ramainya kalangan kita yang tertipu dengan skim cepat kaya. Masuk RM10,000, dapat 7% sebulan, setahun 84%. Bila orang kata tak logik, mulalah keluar 1001 hujah. Lebih *best* letak topeng agama, tunjuk ada derma kat anak yatim, hantar orang pergi umrah. *pffftt*. Kita (golongan Melayu Muslim a.k.a bumiputra) sudah terlalu lali dengan pelaburan tanpa risiko. Kita sebenarnya lebih mencintai riba’ daripada golongan non-muslim. Kenapa? Kerana kita mempunyai banyak ruang-ruang untuk melabur tanpa risiko dan dijanjikan pulangan, sedangkan non-muslim tidak. Tabung Haji, ASB, dsb. Walaupun pada asasnya, semua itu tidak menjanjikan pulangan. Malahan sepatutnya kita bersedia dan menerima pun kalau diorang cakap tahun ni 0% dividen atau hibah. Tapi disebabkan sudah terlalu biasa mendapat pulangan yang melebihi pulangan pasaran dengan semua itu, maka kita *take it as granted*. Seperti wajib untuk mereka memberikan pulangan yang tinggi. Sedangkan kewajiban itu tidak ada, sebab Tabung Haji adalah wadiah (simpanan) manakala ASB adalah pelaburan (yang tertakluk pada risiko untung/rugi). Sekadar TH, ASB dan akaun syariah EPF dijamin duit asal oleh kerajaan (bukan dijamin oleh mereka sendiri). Maka secara konsep ianya mengikut syariah (walaupun ASB dan EPF ada melabur di dalam pelaburan non-syariah), kerana mereka tidak menjanjikan pulangan. #### Memahami struktur pelaburan ASB, TH dan EPF *Asset allocation* untuk ASB, TH dan EPF adalah seperti berikut: ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/02/IMG_20170204_161451.jpg) Kalau dilihat dari sini, maka memang sepatutnya ‘potential return’ ASB yang paling tinggi (yang menjelaskan kenapa dividen ASB sentiasa lebih tinggi daripada yang lain). TH yang kedua (walaupun equity sikit, tapi 11% di dalam property), manakala EPF yang paling rendah. Tetapi sekali lagi diingatkan, semua ini hanyalah ‘potential return’ tidak ada jaminan pun pelaburan mereka akan sentiasa berjaya. Apatah lagi di saat pasaran kewangan itu sendiri tidak memberikan peluang untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. #### Keadaan pasaran kewangan ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/02/Market-Performance-1.jpg) Yang warna merah tu pasaran saham Malaysia, KLCI, manakala yang warna kelabu tu *10-year government bond yield*, atau bahasa mudahnya kadar faedah untuk *10-year government bond*. Nampak tak apa jadi dengan garisan merah? Yup, dia tengah *downtrend* semenjak tahun 2015. Bermaksud secara umumnya, kebanyakan pelabur tengah mengalami kerugian. Pada tahun lepas, kesemua TH, ASB dan EPF masih boleh memberikan dividen yang agak tinggi. Kenapa? Sebab Ringgit jatuh pada tahun 2015. Maka ini menjadikan pelaburan mereka di luar negara memberikan pulangan yang agak besar. Jadi mereka menjual aset-aset di luar negara tersebut, dan dijadikan pulangan dividen untuk sesi 2015. Tapi tahun lepas? Ringgit ada sedikit mengukuh kemudian jatuh kembali, tapi pada paras yang lebih kurang sama dengan hujung 2015. Malahan kebanyakan aset luar negara yang ingin dilepaskan sudah dilepaskan. Pasaran saham tempatan pula secara keseluruhan statuk, hanya turun naik sedikit dengan secara keseluruhannya lebih banyak turun berbanding naik. Jadi persolannya, dari mana ingin mereka berikan dividen setinggi 7-8% seperti pada zaman kegemilangan mereka? Tak ada. Susah. Lebih susah lagi apabila sebahagian mereka tersekat dengan pelaburan yang sekarang ini sedang mengalam *huge paper loss*. Duit untuk melabur pun tersekat. *Strictly speaking* peluang itu ada, apabila bon kerajaan mencecah harga yang sangat tinggi sebelum Trump menang, ketika itu kalau mereka menjual aset *fixed income* mereka, maka mereka boleh mendapat keuntungan yang agak besar. Malangnya tidak ada sesiapa yang menjangkakan harga bon akan jatuh menjunam selepas Trump menang, disebabkan *fund outflow* yang sangat besar, menjadikan kerugian atas kertas yang dialami dua kali ganda daripada potensu untung yang boleh diperolehi sebelum tu. Sangat banyak institusi kewangan yang ternganga je tengok peluang yang terlepas. #### Take Home Message Maka *take home message* adalah, hakikatnya TH dan ASB melanggar hukum pelaburan. Mereka memberikan pulangan yang tinggi untuk pelaburan yang tiada risiko. Bersyukurlah selagi mana pulangan itu sudah lebih tinggi daripada deposit tetap di bank, sebab hakikatnya bukan bumiputra kalau boleh dapat pulangan 4.25%, terkejar-kejar mereka akan meletakkan duit di dalamnya. ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/02/risk_graph-th-asb-1.jpg) Dan satu lagi, sentiasalah beringat yang di dalam Islam, keuntungan yang dijamin itu sebenarnya tidak dibenarkan. Hanya riba’ yang menjanjikan keuntungan. Sebab itu sentiasalah berwaspada dengan sesiapa sahaja yang menjanjikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada ASB, tetapi dikatakan ianya tanpa risiko. Kalau nak posisikan ASB dan TH di dalam graf *risk-return* tu, maka di situlah ASB dan TH. Terang-terang lari daripada hukum pelaburan. Tetapi ianya boleh melanggar hukum pelaburan kerana ianya dijamin kerajaan, bukan kerana pelaburan mereka sendiri satu pelaburan yang ajaib. Cuma ada satu yang merah di atas tu. Yang menjanjikan keuntungan yang sangat besar tanpa sebarang risiko. Apa nama dia? Nama dia Skim Cepat Miskin. Jadi ingat, kalau jumpa je orang yang tawarkan pelaburan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa sebarang risiko. Maka ingat bahawa itu adalah skim cepat miskin. Ianya tidak logik. Dan ingat juga pelaburan yang menjaminkan keuntungan di dalam Islam hanyalah riba’. Ada terjumpa orang komen nak belajar melabur sendiri selepas melihat hibah Tabung Haji yang rendah. Ini sesungguhnya sesuatu yang sangat bagus. Sebab bumiputra terlalu ramai yang buta pelaburan, dah semua orang bergantung kepada ASB dan TH. Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari kepompong keselesaan dan mula mendalami ilmu pelaburan yang sebenar (bukan skim cepat kaya bertopengkan emas pimp *whatever* lah, forex, bitcoin, hotel dsb). *Ah ye*. Kepada yang mengambil pinjaman ASB dengan kadar tetap 5%+. Sekadar peringatan mesra. Sesungguhnya langsung tak mustahil satu hari nanti dividen ASB juga turut mencecah 4%+ Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Abu Daud) KONGSI ARTIKEL INI [Kongsi](https://thevocket.com/dividen-asb-th-rendah/) [Share](https://www.facebook.com/dialog/share?app_id=838596599530037&display=popup&href=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fdividen-asb-th-rendah%2F%3Futm_source%3Dfacebook%26utm_medium%3Dpost%26utm_campaign%3Dpost_id_102435&redirect=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fdividen-asb-th-rendah%2F%3Futm_source%3Dfacebook%26utm_medium%3Dpost%26utm_campaign%3Dpost_id_102435) [Hantar](whatsapp://send?text=Dividen%20ASB%2C%20TH%20Dan%20Melayu%20Muslim%20Yang%20Larut%20Dalam%20Pelaburan%20Tanpa%20Risiko%0Ahttps%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fdividen-asb-th-rendah%2F%3Futm_source%3DWA-Vocket%26utm_medium%3Dsocial%26utm_campaign%3Dpost_id_102435) [Tweet](https://twitter.com/intent/tweet?url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fdividen-asb-th-rendah%2F%3Futm_source%3Dx%26utm_medium%3Dpost%26utm_campaign%3Dpost_id_102435&text=Dividen%20ASB,%20TH%20Dan%20Melayu%20Muslim%20Yang%20Larut%20Dalam%20Pelaburan%20Tanpa%20Risiko&via=thevocket) [Kongsi](https://t.me/share/url?text=Dividen%20ASB,%20TH%20Dan%20Melayu%20Muslim%20Yang%20Larut%20Dalam%20Pelaburan%20Tanpa%20Risiko&url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fdividen-asb-th-rendah%2F%3Futm_source%3Dtelegram%26utm_medium%3Dpost%26utm_campaign%3Dpost_id_102435) ### Artikel Berkaitan *** [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) ### [‘Anggaran RM21 Juta Habis’ – Netizen Puji Cara Anak Waris Ini Tenangkan Mangsa ‘Scam’ Visa Haji](https://thevocket.com/anggaran-rm21-juta-habis-netizen-puji-cara-anak-waris-ini-tenangkan-mangsa-scam-visa-haji/ "‘Anggaran RM21 Juta Habis’ – Netizen Puji Cara Anak Waris Ini Tenangkan Mangsa ‘Scam’ Visa Haji") [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) / Oleh [Azam A](https://thevocket.com/author/jam/) 41\.6K41,558 July 8, 2022 [Bisnes](https://thevocket.com/kehidupan/bisnes/) ### [Simpanan Pendeposit Tabung Haji Dijamin Selamat](https://thevocket.com/simpanan-pendeposit-tabung-haji-dijamin-selamat/ "Simpanan Pendeposit Tabung Haji Dijamin Selamat") [Bisnes](https://thevocket.com/kehidupan/bisnes/) / Oleh [Yaya Wahab](https://thevocket.com/author/yayawahab/) 29\.0K28,960 December 3, 2018 [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) ### [Ini Caranya Mengira Agihan Dividen ASB Bagi Tahun 2020 Buat Para Pelabur](https://thevocket.com/ini-caranya-mengira-agihan-dividen-asb-bagi-tahun-2020-buat-para-pelabur/ "Ini Caranya Mengira Agihan Dividen ASB Bagi Tahun 2020 Buat Para Pelabur") [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) / Oleh [Hairi Ariff](https://thevocket.com/author/hairiariff95/) 22K22,065 December 23, 2020 [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) ### [Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lalu, ASB Umum Agihan Pendapatan Sebanyak 5 Sen Seunit](https://thevocket.com/tertinggi-sejak-tahun-2018-asb-umum-agihan-pendapatan-5-peratus-dengan-bonus-0-75-seunit/ "Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lalu, ASB Umum Agihan Pendapatan Sebanyak 5 Sen Seunit") [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) / Oleh [Hairi Ariff](https://thevocket.com/author/hairiariff95/) 25\.1K25,148 December 23, 2021 [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) ### [ASB Umum Dividen 5.5 Peratus, Agihan Terendah Sejak 1990](https://thevocket.com/asb-umum-dividen-5-5-peratus-agihan-terendah-sejak-1990/ "ASB Umum Dividen 5.5 Peratus, Agihan Terendah Sejak 1990") [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) / Oleh [Hairi Ariff](https://thevocket.com/author/hairiariff95/) 32\.5K32,475 December 18, 2019 #### AI: Block 4 #### AI: Block 12 ### Langgan Newsletter atau langgan saluran [Telegram](https://t.me/vocket) kami untuk kemaskini berita dan isu terkini. ### Info - [Tentang Kami](https://thevocket.com/tentang-kami/) - [Hubungi](https://thevocket.com/hubungi/) - [Penafian](https://thevocket.com/penafian/) - [Terma](https://thevocket.com/terma/) - [Hantar Artikel](https://thevocket.com/hantar-artikel/) - [Pengiklanan](https://thevocket.com/pengiklanan/) - [Kerjaya](https://vocket.xyz/jobs/) ### Ikut Kami - [Facebook](https://www.facebook.com/thevocket/) - [Instagram](https://www.instagram.com/vocket/) - [Twitter](https://twitter.com/thevocket) - [YouTube](https://vckt.co/vocketx) - [TikTok](https://tiktok.com/@vocket) - [LUMI](https://luminews.my/ms/publishers/VOCKET?utm_source=VOCKET&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub) ### Kategori - [Automotif](https://thevocket.com/automotif/) - [Bisnes](https://thevocket.com/kehidupan/bisnes/) - [Deals](https://thevocket.com/deals/) - [Dunia](https://thevocket.com/kehidupan/dunia/) - [Fesyen](https://thevocket.com/fesyen/) - [Fitness](https://thevocket.com/kehidupan/fitness/) - [Gaya hidup](https://thevocket.com/gaya-hidup/) - [Hartanah](https://thevocket.com/kehidupan/hartanah/) - [Hiburan](https://thevocket.com/hiburan/) - [Kehidupan](https://thevocket.com/kehidupan/) - [Kerjaya](https://thevocket.com/kehidupan/kerjaya/) - [Kesihatan](https://thevocket.com/kesihatan/) - [Makanan](https://thevocket.com/makanan/) - [Muzik](https://thevocket.com/muzik/) - [Parenting](https://thevocket.com/kehidupan/parenting/) - [Peraduan](https://thevocket.com/peraduan/) - [Seni](https://thevocket.com/seni/) - [Suara](https://thevocket.com/kehidupan/suara/) - [Sukan](https://thevocket.com/sukan/) - [Teknologi](https://thevocket.com/teknologi/) - [Travel](https://thevocket.com/travel/) Dimiliki oleh REV Media Group, Sebahagian daripada Kumpulan Media Prima. Didaftarkan dibawah THE VOCKET SDN BHD (201801043651) 2026 VOCKET © Hak Cipta Terpelihara. ![](https://xhr.invl.co/visits?aff_id=905&referrer=&href=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fdividen-asb-th-rendah%2F) ![](http://b.scorecardresearch.com/p?c1=2&c2=6034955&cv=2.0&cj=1&comscorekw=fbia)
Readable Markdown
Tahun ini seolah-olah tahun kekecewaan kepada rakyat Malaysia, apabila dividen ASB diumumkan pada 6.75%, terendah dalam sejarah berbanding 7.25% tahun sebelumnya. Dan kini dividen Tabung Haji pula jatuh kepada 4.25% (berbanding 5.00% pada tahun 2015 dan 6.25% pada tahun 2014). Ramai yang kecewa, tak kurang juga yang mula memikirkan adakah masih wajar untuk terus menyimpan duit di dalam instrumen-instrumen ini. Kepada sesiapa sahaja yang belajar kewangan, pasti sangat *familiar* dengan teori *return-risk tradeoff*. Senang ceritanya, semakin tinggi potensi pulangan pelaburan tersebut, semakin tinggi risiko untuk pelaburan tersebut. Jika ada peluang pelaburan yang melanggar hukum ni, biasanya peluang pelaburan tersebut adalah terhad. ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/02/risk_graph_1486196353549.jpg) Sebagai contoh, pelaburan di dalam pasaran saham memang mampu memberikan potensi pulangan setinggi 300% setahun, tapi pada masa sama untuk anda potensi kehilangan duit pelaburan adalah sebanyak 90%. Simpanan di dalam bank mungkin hanya memberikan 2% setahun, tetapi insyaAllah risiko untuk kehilangan duit itu sangat tipis malahan pulangan itu boleh dikatakan dijamin. Berapakah kadar pulangan yang ‘zero-risk’ itu sangat bergantung kepada kadar faedah yang ditetapkan oleh BNM, dan juga kadar kadar faedah untuk Bon Kerajaan (fixed income). Bermakna kalau negara kita mempunyai kadar faedah yang tinggi seperti Turki pada 8-10%, maka kalau kita buka fixed/time deposit di Turki pun, kita boleh dijamin mendapat pulangan sehingga 9.9%\! #### Riba’ VS Pelaburan Golongan Melayu Muslim kena sentiasa ingat satu benda. Di dalam Islam, hanya ‘pelaburan’ riba’ yang menjanjikan keuntungan. Secara asasnya, pelaburan di dalam Islam tidak boleh sesekali menjanjikan keuntungan. Sebab itulah akaun EPF syariah tidak menjanjikan pulangan minima. Inikan tidak. Konon nak pelaburan syariah, tapi melenting cakap akaun syariah EPF tak ada pulangan minima, lebih merugikan. Lepas tu biar *viral* dan orang-orang yang sama-sama tak tau pun tak buka sebab ingat ini agenda kerajaan nak ambik duit rakyat. *Deyy*, itu namanya kau dah larut di dalam dunia riba’. *Yup*, larut di dalam dunia riba’- atau lebih tepat larut di dalam dunia pelaburan tanpa risiko yang menjanjikan keuntungan. Disebabkan kegagalan memahami perkara inilah betapa ramainya kalangan kita yang tertipu dengan skim cepat kaya. Masuk RM10,000, dapat 7% sebulan, setahun 84%. Bila orang kata tak logik, mulalah keluar 1001 hujah. Lebih *best* letak topeng agama, tunjuk ada derma kat anak yatim, hantar orang pergi umrah. *pffftt*. Kita (golongan Melayu Muslim a.k.a bumiputra) sudah terlalu lali dengan pelaburan tanpa risiko. Kita sebenarnya lebih mencintai riba’ daripada golongan non-muslim. Kenapa? Kerana kita mempunyai banyak ruang-ruang untuk melabur tanpa risiko dan dijanjikan pulangan, sedangkan non-muslim tidak. Tabung Haji, ASB, dsb. Walaupun pada asasnya, semua itu tidak menjanjikan pulangan. Malahan sepatutnya kita bersedia dan menerima pun kalau diorang cakap tahun ni 0% dividen atau hibah. Tapi disebabkan sudah terlalu biasa mendapat pulangan yang melebihi pulangan pasaran dengan semua itu, maka kita *take it as granted*. Seperti wajib untuk mereka memberikan pulangan yang tinggi. Sedangkan kewajiban itu tidak ada, sebab Tabung Haji adalah wadiah (simpanan) manakala ASB adalah pelaburan (yang tertakluk pada risiko untung/rugi). Sekadar TH, ASB dan akaun syariah EPF dijamin duit asal oleh kerajaan (bukan dijamin oleh mereka sendiri). Maka secara konsep ianya mengikut syariah (walaupun ASB dan EPF ada melabur di dalam pelaburan non-syariah), kerana mereka tidak menjanjikan pulangan. #### Memahami struktur pelaburan ASB, TH dan EPF *Asset allocation* untuk ASB, TH dan EPF adalah seperti berikut: ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/02/IMG_20170204_161451.jpg) Kalau dilihat dari sini, maka memang sepatutnya ‘potential return’ ASB yang paling tinggi (yang menjelaskan kenapa dividen ASB sentiasa lebih tinggi daripada yang lain). TH yang kedua (walaupun equity sikit, tapi 11% di dalam property), manakala EPF yang paling rendah. Tetapi sekali lagi diingatkan, semua ini hanyalah ‘potential return’ tidak ada jaminan pun pelaburan mereka akan sentiasa berjaya. Apatah lagi di saat pasaran kewangan itu sendiri tidak memberikan peluang untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. #### Keadaan pasaran kewangan ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/02/Market-Performance-1.jpg) Yang warna merah tu pasaran saham Malaysia, KLCI, manakala yang warna kelabu tu *10-year government bond yield*, atau bahasa mudahnya kadar faedah untuk *10-year government bond*. Nampak tak apa jadi dengan garisan merah? Yup, dia tengah *downtrend* semenjak tahun 2015. Bermaksud secara umumnya, kebanyakan pelabur tengah mengalami kerugian. Pada tahun lepas, kesemua TH, ASB dan EPF masih boleh memberikan dividen yang agak tinggi. Kenapa? Sebab Ringgit jatuh pada tahun 2015. Maka ini menjadikan pelaburan mereka di luar negara memberikan pulangan yang agak besar. Jadi mereka menjual aset-aset di luar negara tersebut, dan dijadikan pulangan dividen untuk sesi 2015. Tapi tahun lepas? Ringgit ada sedikit mengukuh kemudian jatuh kembali, tapi pada paras yang lebih kurang sama dengan hujung 2015. Malahan kebanyakan aset luar negara yang ingin dilepaskan sudah dilepaskan. Pasaran saham tempatan pula secara keseluruhan statuk, hanya turun naik sedikit dengan secara keseluruhannya lebih banyak turun berbanding naik. Jadi persolannya, dari mana ingin mereka berikan dividen setinggi 7-8% seperti pada zaman kegemilangan mereka? Tak ada. Susah. Lebih susah lagi apabila sebahagian mereka tersekat dengan pelaburan yang sekarang ini sedang mengalam *huge paper loss*. Duit untuk melabur pun tersekat. *Strictly speaking* peluang itu ada, apabila bon kerajaan mencecah harga yang sangat tinggi sebelum Trump menang, ketika itu kalau mereka menjual aset *fixed income* mereka, maka mereka boleh mendapat keuntungan yang agak besar. Malangnya tidak ada sesiapa yang menjangkakan harga bon akan jatuh menjunam selepas Trump menang, disebabkan *fund outflow* yang sangat besar, menjadikan kerugian atas kertas yang dialami dua kali ganda daripada potensu untung yang boleh diperolehi sebelum tu. Sangat banyak institusi kewangan yang ternganga je tengok peluang yang terlepas. #### Take Home Message Maka *take home message* adalah, hakikatnya TH dan ASB melanggar hukum pelaburan. Mereka memberikan pulangan yang tinggi untuk pelaburan yang tiada risiko. Bersyukurlah selagi mana pulangan itu sudah lebih tinggi daripada deposit tetap di bank, sebab hakikatnya bukan bumiputra kalau boleh dapat pulangan 4.25%, terkejar-kejar mereka akan meletakkan duit di dalamnya. ![Dividen ASB, TH Dan Melayu Muslim Yang Larut Dalam Pelaburan Tanpa Risiko](https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/02/risk_graph-th-asb-1.jpg) Dan satu lagi, sentiasalah beringat yang di dalam Islam, keuntungan yang dijamin itu sebenarnya tidak dibenarkan. Hanya riba’ yang menjanjikan keuntungan. Sebab itu sentiasalah berwaspada dengan sesiapa sahaja yang menjanjikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada ASB, tetapi dikatakan ianya tanpa risiko. Kalau nak posisikan ASB dan TH di dalam graf *risk-return* tu, maka di situlah ASB dan TH. Terang-terang lari daripada hukum pelaburan. Tetapi ianya boleh melanggar hukum pelaburan kerana ianya dijamin kerajaan, bukan kerana pelaburan mereka sendiri satu pelaburan yang ajaib. Cuma ada satu yang merah di atas tu. Yang menjanjikan keuntungan yang sangat besar tanpa sebarang risiko. Apa nama dia? Nama dia Skim Cepat Miskin. Jadi ingat, kalau jumpa je orang yang tawarkan pelaburan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa sebarang risiko. Maka ingat bahawa itu adalah skim cepat miskin. Ianya tidak logik. Dan ingat juga pelaburan yang menjaminkan keuntungan di dalam Islam hanyalah riba’. Ada terjumpa orang komen nak belajar melabur sendiri selepas melihat hibah Tabung Haji yang rendah. Ini sesungguhnya sesuatu yang sangat bagus. Sebab bumiputra terlalu ramai yang buta pelaburan, dah semua orang bergantung kepada ASB dan TH. Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari kepompong keselesaan dan mula mendalami ilmu pelaburan yang sebenar (bukan skim cepat kaya bertopengkan emas pimp *whatever* lah, forex, bitcoin, hotel dsb). *Ah ye*. Kepada yang mengambil pinjaman ASB dengan kadar tetap 5%+. Sekadar peringatan mesra. Sesungguhnya langsung tak mustahil satu hari nanti dividen ASB juga turut mencecah 4%+ Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Abu Daud)
Shard1 (laksa)
Root Hash3288913973708861601
Unparsed URLcom,thevocket!/dividen-asb-th-rendah/ s443