🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 48 (from laksa158)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đź“„
INDEXABLE
âś…
CRAWLED
11 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.4 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://thekapital.my/2021/09/24/pelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko/
Last Crawled2026-04-09 21:22:59 (11 days ago)
First Indexed2024-10-28 20:18:17 (1 year ago)
HTTP Status Code200
Meta TitlePelaburan Dividen; Satu Pelaburan Kurang Risiko - The Kapital
Meta DescriptionPelabur saham yang berpengalaman biasanya akan melabur ke dalam saham syarikat yang memberikan pulangan dividen yang tinggi
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Kita sering dengar mengenai dividen ini, terutamanya dalam pelaburan amanah saham (unit trust). Tetapi bagaimana pula dividen dalam pelaburan saham? Dividen merupakan bayaran yang dibuat oleh sesuatu perusahaan kepada para pemegang saham syarikatnya. Apabila kita memiliki saham syarikat yang membayar dividen, ini bermakna kita akan menerima bahagian dari keuntungan syarikat. Pelaburan dividen membolehkan kita untuk menjana pendapatan pasif selain daripada capital growth atau kenaikan harga saham yang kita miliki. Pemberian dividen ini juga merupakan tanda penghargaan syarikat kepada para pemegang saham syarikat di atas kepercayaan mereka. Para pelabur saham yang berpengalaman biasanya akan melabur ke dalam saham syarikat yang memberikan pulangan dividen yang tinggi sebagai salah satu cara untuk menjana keuntungan di dalam pasaran saham. Adakah Dividen Selamat? Pelabur yang mengharapkan pulangan dividen selalunya akan cenderung untuk menilai tahap dividen, atau melihat sejauh manakah sesebuah syarikat itu akan terus membayar dividen pada kadar yang sama atau pada kadar yang lebih tinggi. Kita boleh mengenalpasti tahap keselamatan pelaburan dividen kita dengan melihat kepada kestabilan sesebuah syarikat. Salah satu caranya adalah dengan melihat kepada pembayaran dividen yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya. Sekiranya syarikat memperolehi keuntungan sebanyak RM100 juta dan membayar dividen sebanyak RM90 juta, ini sebenarnya adalah kurang sihat kepada kewangan syarikat untuk jangka masa yang panjang. Mungkin kita akan berasa gembira pada ketika itu kerana menerima nilai dividen yang tinggi, namun sekiranya pada masa hadapan syarikat memperoleh keuntungan yang kurang berbanding sebelum ini, maka nilai pembayaran dividen juga mungkin terpaksa dikurangkan. Para pelabur sebenarnya akan dapat membuat keuntungan yang lebih sekiranya syarikat hanya membayar dividen sebanyak RM30 juta dari jumlah keuntungan RM100 juta yang mereka perolehi berbanding membayar RM90 juta dividen kepada para pemegang saham syarikat mereka. Contoh saham syarikat yang mengurangkan pemberian dividen akibat daripada pengurangan untung yang mereka perolehi (Sumber: malaysiastock.biz) Secara amnya, syarikat yang membayar dividen sebanyak 60% atau kurang dari pendapatan keseluruhan yang mereka perolehi itu sebenarnya adalah lebih stabil dan selamat kerana kita boleh menjangkakan untuk memperoleh dividen yang lebih tetap pada masa akan datang.   Kestabilan pembayaran dividen ini juga ditentukan oleh tahap risiko sesebuah industri tersebut. Walaupun kadar pembayaran dividen syarikat rendah, tidak bermakna syarikat itu tidak bagus. Ini kerana jika syarikat tersebut berada di dalam industri yang kurang stabil, para pelabur yang mengharapkan pulangan dividen juga akan berhadapan dengan risikonya. Strategi Untuk Pelaburan Dividen Pelabur dividen yang baik akan fokus dalam mencari saham syarikat yang memberi dividen yang tinggi atau pun syarikat yang memiliki kadar pertumbuhan pemberian dividen yang tinggi. Kita perlu fokus kepada syarikat yang memiliki pertumbuhan yang agak perlahan namun mempunyai aliran tunai yang besar. Syarikat seperti ini mampu memberi dividen yang tinggi kepada pelabur kerana mereka mampu menghasilkan pendapatan dengan segera. Sekiranya sesebuah syarikat membayar dividen berjumlah RM1.80 dan harga setiap unit saham yang dijual adalah RM30, maka kita dapat lihat bahawa saham syarikat ini mampu membayar dividen sejumlah 6% daripada nilai pelaburan yang dibuat. Formula: (Nilai dividen yang dibayar / Nilai harga saham seunit) x 100 = Peratus pulangan dividen Jadi, sekiranya kita melaburkan wang sejumlah RM20,000 di dalam syarikat ini, maka dividen yang akan kita perolehi adalah sebanyak RM1,200. Strategi seterusnya adalah dengan memfokuskan kepada pembelian saham syarikat yang menawarkan pertumbuhan dividen yang tinggi. Ini bermaksud, para pelabur membeli saham syarikat sewaktu syarikat membayar jumlah dividen yang lebih rendah berbanding purata jumlah dividen yang dibayar oleh syarikat-syarikat lain, namun syarikat mempunyai pertumbuhan keuntungan yang cepat sehingga mampu memberi dividen yang semakin meningkat saban tahun. Atau dalam erti kata lain, para pelabur akan fokus untuk membeli saham syarikat dengan kadar dividen yang rendah namun memiliki pertumbuhan yang tinggi dan memberi keuntungan lumayan dalam tempoh lima ke sepuluh tahun akan datang. Contoh saham syarikat yang mengalami pertumbuhan kadar pemberian dividen kepada para pelabur (Sumber: malaysiastock.biz) Setiap pelabur memiliki teknik pelaburan yang berbeza-beza bergantung kepada apa yang ingin dicapai, sama ada mahu mendapat keuntungan dengan cepat, atau pendapatan yang stabil atau mahukan pertumbuhan jangka masa panjang. Berkenaan pencarian saham syarikat yang menawarkan dividen ini, kita sebagai pelabur boleh merujuk laman web malaysiastock.biz bagi mendapatkan info dividen syarikat-syarikat yang ada. Senarai pemberian dividen syarikat-syarikat yang ada di Bursa Malaysia (Sumber: malaysiastock.biz) Jadi, nak jadi pelabur dividen atau tidak? Bolehlah pilih strategi yang sesuai bergantung kepada apa yang kita ingin capai. Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya. Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita. Hidup ni tak perlu  complicated  sangat. Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab: Kita tak perlu melekat di screen Kita boleh bekerja seperti biasa Kurang risiko untuk rugi Set siap-siap bila nak jual saham tu Kurang stress Kami janji berbaloi…… >> Bawa kawan atau pasangan dan  Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded !
Markdown
- [Notis Privasi](https://thekapital.my/notis-privasi/) - [Penafian](https://thekapital.my/penafian/) - [Pengiklanan](https://thekapital.my/pengiklanan/) Friday, April 10, 2026 - [Login](https://thekapital.my/2021/09/24/pelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko/#jeg_loginform) - [Asas Saham](https://thekapital.my/saham/asas/) - [Fundamental Analisis](https://thekapital.my/fundamental-analysis/) - [Teknikal Analisis](https://thekapital.my/technical-analysis/) - [Saham Global](https://thekapital.my/saham/global/) - [Pengalaman Saham](https://thekapital.my/pengalaman-saham/) - [Inspirasi](https://thekapital.my/inspirasi/) - [Produk](https://thekapital.my/produk-saham/) No Result View All Result [![The Kapital](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/07/Logo-The-Kapital-FA-Mobile-462x112-1.png)](https://thekapital.my/) [![The Kapital](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/07/Logo-The-Kapital-Inversed-309%C3%9770px-02.png)](https://thekapital.my/) No Result View All Result - [Asas Saham](https://thekapital.my/saham/asas/) - [Fundamental Analisis](https://thekapital.my/fundamental-analysis/) - [Teknikal Analisis](https://thekapital.my/technical-analysis/) - [Saham Global](https://thekapital.my/saham/global/) - [Pengalaman Saham](https://thekapital.my/pengalaman-saham/) - [Inspirasi](https://thekapital.my/inspirasi/) - [Produk](https://thekapital.my/produk-saham/) [Home](https://thekapital.my/) [Saham](https://thekapital.my/saham/) # Pelaburan Dividen; Satu Pelaburan Kurang Risiko in [Saham](https://thekapital.my/saham/) A A A A Reset [![Pelaburan Dividen; Satu Pelaburan Kurang Risiko](https://thekapital.my/wp-content/themes/jnews/assets/img/jeg-empty.png)](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2021/09/210924_The_Kapital_Pelaburan_Dividen_Satu_Pelaburan_Kurang_Risiko.png) [Kongsi ke Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fthekapital.my%2F2021%2F09%2F24%2Fpelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko%2F)[Kongsi ke Telegram](https://telegram.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fthekapital.my%2F2021%2F09%2F24%2Fpelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko%2F&text=Pelaburan+Dividen%3B+Satu+Pelaburan+Kurang+Risiko)[Kongsi ke Whatsapp](https://api.whatsapp.com/send?text=Pelaburan+Dividen%3B+Satu+Pelaburan+Kurang+Risiko%0Ahttps%3A%2F%2Fthekapital.my%2F2021%2F09%2F24%2Fpelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko%2F) ### Berkaitan ### [Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah](https://thekapital.my/2025/07/30/keuntungan-bersih-bursa-malaysia-susut-kepada-rm57-06-juta-akibat-hasil-operasi-yang-rendah/) ### [Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen](https://thekapital.my/2025/07/29/oxford-innotech-bermula-kukuh-di-pasaran-ace-catat-harga-36-sen/) ### [Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif](https://thekapital.my/2025/07/29/saham-kajian-guan-chong-tetap-kukuh-walau-berdepan-isu-tarif/) Kita sering dengar mengenai dividen ini, terutamanya dalam pelaburan amanah saham (unit trust). Tetapi bagaimana pula dividen dalam pelaburan saham? Dividen merupakan bayaran yang dibuat oleh sesuatu perusahaan kepada para pemegang saham syarikatnya. Apabila kita memiliki saham syarikat yang membayar dividen, ini bermakna kita akan menerima bahagian dari keuntungan syarikat. Pelaburan dividen membolehkan kita untuk menjana pendapatan pasif selain daripada *capital growth* atau kenaikan harga saham yang kita miliki. Pemberian dividen ini juga merupakan tanda penghargaan syarikat kepada para pemegang saham syarikat di atas kepercayaan mereka. Para pelabur saham yang berpengalaman biasanya akan melabur ke dalam saham syarikat yang memberikan pulangan dividen yang tinggi sebagai salah satu cara untuk menjana keuntungan di dalam pasaran saham. ## Adakah Dividen Selamat? Pelabur yang mengharapkan pulangan dividen selalunya akan cenderung untuk menilai tahap dividen, atau melihat sejauh manakah sesebuah syarikat itu akan terus membayar dividen pada kadar yang sama atau pada kadar yang lebih tinggi. Kita boleh mengenalpasti tahap keselamatan pelaburan dividen kita dengan melihat kepada kestabilan sesebuah syarikat. Salah satu caranya adalah dengan melihat kepada pembayaran dividen yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya. Sekiranya syarikat memperolehi keuntungan sebanyak RM100 juta dan membayar dividen sebanyak RM90 juta, ini sebenarnya adalah kurang sihat kepada kewangan syarikat untuk jangka masa yang panjang. Mungkin kita akan berasa gembira pada ketika itu kerana menerima nilai dividen yang tinggi, namun sekiranya pada masa hadapan syarikat memperoleh keuntungan yang kurang berbanding sebelum ini, maka nilai pembayaran dividen juga mungkin terpaksa dikurangkan. Para pelabur sebenarnya akan dapat membuat keuntungan yang lebih sekiranya syarikat hanya membayar dividen sebanyak RM30 juta dari jumlah keuntungan RM100 juta yang mereka perolehi berbanding membayar RM90 juta dividen kepada para pemegang saham syarikat mereka. ![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/10/Pelaburan-Dividen-pic-1.png) ***Contoh saham syarikat yang mengurangkan pemberian dividen akibat daripada pengurangan untung yang mereka perolehi (Sumber: malaysiastock.biz)*** Secara amnya, syarikat yang membayar dividen sebanyak 60% atau kurang dari pendapatan keseluruhan yang mereka perolehi itu sebenarnya adalah lebih stabil dan selamat kerana kita boleh menjangkakan untuk memperoleh dividen yang lebih tetap pada masa akan datang. Kestabilan pembayaran dividen ini juga ditentukan oleh tahap risiko sesebuah industri tersebut. Walaupun kadar pembayaran dividen syarikat rendah, tidak bermakna syarikat itu tidak bagus. Ini kerana jika syarikat tersebut berada di dalam industri yang kurang stabil, para pelabur yang mengharapkan pulangan dividen juga akan berhadapan dengan risikonya. ## Strategi Untuk Pelaburan Dividen Pelabur dividen yang baik akan fokus dalam mencari saham syarikat yang memberi dividen yang tinggi atau pun syarikat yang memiliki kadar pertumbuhan pemberian dividen yang tinggi. Kita perlu fokus kepada syarikat yang memiliki pertumbuhan yang agak perlahan namun mempunyai aliran tunai yang besar. Syarikat seperti ini mampu memberi dividen yang tinggi kepada pelabur kerana mereka mampu menghasilkan pendapatan dengan segera. Sekiranya sesebuah syarikat membayar dividen berjumlah RM1.80 dan harga setiap unit saham yang dijual adalah RM30, maka kita dapat lihat bahawa saham syarikat ini mampu membayar dividen sejumlah 6% daripada nilai pelaburan yang dibuat. **Formula: (Nilai dividen yang dibayar / Nilai harga saham seunit) x 100 = Peratus pulangan dividen** Jadi, sekiranya kita melaburkan wang sejumlah RM20,000 di dalam syarikat ini, maka dividen yang akan kita perolehi adalah sebanyak RM1,200. Strategi seterusnya adalah dengan memfokuskan kepada pembelian saham syarikat yang menawarkan pertumbuhan dividen yang tinggi. Ini bermaksud, para pelabur membeli saham syarikat sewaktu syarikat membayar jumlah dividen yang lebih rendah berbanding purata jumlah dividen yang dibayar oleh syarikat-syarikat lain, namun syarikat mempunyai pertumbuhan keuntungan yang cepat sehingga mampu memberi dividen yang semakin meningkat saban tahun. Atau dalam erti kata lain, para pelabur akan fokus untuk membeli saham syarikat dengan kadar dividen yang rendah namun memiliki pertumbuhan yang tinggi dan memberi keuntungan lumayan dalam tempoh lima ke sepuluh tahun akan datang. ![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/10/Pelaburan-Dividen-pic-2.png) ***Contoh saham syarikat yang mengalami pertumbuhan kadar pemberian dividen kepada para pelabur (Sumber: malaysiastock.biz)*** Setiap pelabur memiliki teknik pelaburan yang berbeza-beza bergantung kepada apa yang ingin dicapai, sama ada mahu mendapat keuntungan dengan cepat, atau pendapatan yang stabil atau mahukan pertumbuhan jangka masa panjang. Berkenaan pencarian saham syarikat yang menawarkan dividen ini, kita sebagai pelabur boleh merujuk laman web [malaysiastock.biz](http://malaysiastock.biz/) bagi mendapatkan info dividen syarikat-syarikat yang ada. ![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/10/Pelaburan-Dividen-pic-3.png) ***Senarai pemberian dividen syarikat-syarikat yang ada di Bursa Malaysia (Sumber: malaysiastock.biz)*** Jadi, nak jadi pelabur dividen atau tidak? Bolehlah pilih strategi yang sesuai bergantung kepada apa yang kita ingin capai. Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya. Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita. Hidup ni tak perlu *complicated* sangat. Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab: - Kita tak perlu melekat di screen - Kita boleh bekerja seperti biasa - Kurang risiko untuk rugi - Set siap-siap bila nak jual saham tu - Kurang stress ![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2023/01/NODATE-TheKapital-Onpay-Swing-Trading-Reloaded-2400x1600-1-1024x683.jpg) **Kami janji berbaloi……** \>\> Bawa kawan atau pasangan dan **[Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded](https://www.thekapital.my/reloaded)\!** [Share428](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fthekapital.my%2F2021%2F09%2F24%2Fpelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko%2F)[Share](https://telegram.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fthekapital.my%2F2021%2F09%2F24%2Fpelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko%2F&text=Pelaburan+Dividen%3B+Satu+Pelaburan+Kurang+Risiko)[Send](https://api.whatsapp.com/send?text=Pelaburan+Dividen%3B+Satu+Pelaburan+Kurang+Risiko%0Ahttps%3A%2F%2Fthekapital.my%2F2021%2F09%2F24%2Fpelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko%2F) ### Related **Posts** [![Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama](https://thekapital.my/wp-content/themes/jnews/assets/img/jeg-empty.png)](https://thekapital.my/2025/07/30/keuntungan-bersih-bursa-malaysia-susut-kepada-rm57-06-juta-akibat-hasil-operasi-yang-rendah/) [Catalyst](https://thekapital.my/saham/catalyst/) ### [Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah](https://thekapital.my/2025/07/30/keuntungan-bersih-bursa-malaysia-susut-kepada-rm57-06-juta-akibat-hasil-operasi-yang-rendah/) [8 months ago](https://thekapital.my/2025/07/30/keuntungan-bersih-bursa-malaysia-susut-kepada-rm57-06-juta-akibat-hasil-operasi-yang-rendah/) [![Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen](https://thekapital.my/wp-content/themes/jnews/assets/img/jeg-empty.png)](https://thekapital.my/2025/07/29/oxford-innotech-bermula-kukuh-di-pasaran-ace-catat-harga-36-sen/) [Asas Saham](https://thekapital.my/saham/asas/) ### [Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen](https://thekapital.my/2025/07/29/oxford-innotech-bermula-kukuh-di-pasaran-ace-catat-harga-36-sen/) [8 months ago](https://thekapital.my/2025/07/29/oxford-innotech-bermula-kukuh-di-pasaran-ace-catat-harga-36-sen/) [![Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif](https://thekapital.my/wp-content/themes/jnews/assets/img/jeg-empty.png)](https://thekapital.my/2025/07/29/saham-kajian-guan-chong-tetap-kukuh-walau-berdepan-isu-tarif/) [Saham](https://thekapital.my/saham/) ### [Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif](https://thekapital.my/2025/07/29/saham-kajian-guan-chong-tetap-kukuh-walau-berdepan-isu-tarif/) [8 months ago](https://thekapital.my/2025/07/29/saham-kajian-guan-chong-tetap-kukuh-walau-berdepan-isu-tarif/) [![Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing](https://thekapital.my/wp-content/themes/jnews/assets/img/jeg-empty.png)](https://thekapital.my/2025/07/29/zetrix-ai-tidak-lagi-kendali-pembaharuan-permit-pekerja-asing/) [Catalyst](https://thekapital.my/saham/catalyst/) ### [Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing](https://thekapital.my/2025/07/29/zetrix-ai-tidak-lagi-kendali-pembaharuan-permit-pekerja-asing/) [8 months ago](https://thekapital.my/2025/07/29/zetrix-ai-tidak-lagi-kendali-pembaharuan-permit-pekerja-asing/) No Result View All Result ### Follow Kami [Facebook](https://www.facebook.com/thekapitalmalaysia) [Telegram](https://t.me/thekapitalmalaysia) [Youtube](https://www.youtube.com/channel/UCtLFMcj_Jpg65OY4H2_ufbg) [![](https://thekapital.my/wp-content/themes/jnews/assets/img/jeg-empty.png)](https://thekapital.onpay.my/order/form/malaysia-melabur-saham) [![](https://thekapital.my/wp-content/themes/jnews/assets/img/jeg-empty.png)](https://thekapital.onpay.my/order/form/malaysia-melabur-saham) ADVERTISEMENT ### [Follow Kami](https://www.facebook.com/thekapitalmalaysia) [Telegram](https://t.me/thekapitalmalaysia) [Facebook](https://www.facebook.com/thekapitalmalaysia/) [Twitter](https://twitter.com/) [Youtube](https://www.youtube.com/channel/UCtLFMcj_Jpg65OY4H2_ufbg) ### Penafian Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan. Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis, Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda. ### Kategori - [Advertorial](https://thekapital.my/advertorial/) - [Asas Saham](https://thekapital.my/saham/asas/) - [Aset Digital](https://thekapital.my/aset-digital/) - [Berita](https://thekapital.my/berita/) - [Catalyst](https://thekapital.my/saham/catalyst/) - [Fundamental Analisis](https://thekapital.my/fundamental-analysis/) - [Hebahan](https://thekapital.my/hebahan/) - [Indikator](https://thekapital.my/technical-analysis/indikator/) - [Inspirasi](https://thekapital.my/inspirasi/) - [Market Update](https://thekapital.my/saham/market_update/) - [Pengalaman Saham](https://thekapital.my/pengalaman-saham/) - [Produk](https://thekapital.my/produk/) - [Saham](https://thekapital.my/saham/) - [Saham Global](https://thekapital.my/saham/global/) - [Technical Analysis](https://thekapital.my/technical-analysis/) - [Trading Idea](https://thekapital.my/trading-idea/) - [Uncategorized](https://thekapital.my/uncategorized/) ### Hubungi Kami Kami menerima banyak pertanyaan daripada media *online*, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [\[email protected\]](https://thekapital.my/cdn-cgi/l/email-protection#7606171d02131e36021e131d17061f02171a581b0f) Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd No Result View All Result - [Asas Saham](https://thekapital.my/saham/asas/) - [Fundamental Analisis](https://thekapital.my/fundamental-analysis/) - [Teknikal Analisis](https://thekapital.my/technical-analysis/) - [Saham Global](https://thekapital.my/saham/global/) - [Pengalaman Saham](https://thekapital.my/pengalaman-saham/) - [Inspirasi](https://thekapital.my/inspirasi/) - [Produk](https://thekapital.my/produk-saham/) Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd
Readable Markdown
Kita sering dengar mengenai dividen ini, terutamanya dalam pelaburan amanah saham (unit trust). Tetapi bagaimana pula dividen dalam pelaburan saham? Dividen merupakan bayaran yang dibuat oleh sesuatu perusahaan kepada para pemegang saham syarikatnya. Apabila kita memiliki saham syarikat yang membayar dividen, ini bermakna kita akan menerima bahagian dari keuntungan syarikat. Pelaburan dividen membolehkan kita untuk menjana pendapatan pasif selain daripada *capital growth* atau kenaikan harga saham yang kita miliki. Pemberian dividen ini juga merupakan tanda penghargaan syarikat kepada para pemegang saham syarikat di atas kepercayaan mereka. Para pelabur saham yang berpengalaman biasanya akan melabur ke dalam saham syarikat yang memberikan pulangan dividen yang tinggi sebagai salah satu cara untuk menjana keuntungan di dalam pasaran saham. ## Adakah Dividen Selamat? Pelabur yang mengharapkan pulangan dividen selalunya akan cenderung untuk menilai tahap dividen, atau melihat sejauh manakah sesebuah syarikat itu akan terus membayar dividen pada kadar yang sama atau pada kadar yang lebih tinggi. Kita boleh mengenalpasti tahap keselamatan pelaburan dividen kita dengan melihat kepada kestabilan sesebuah syarikat. Salah satu caranya adalah dengan melihat kepada pembayaran dividen yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya. Sekiranya syarikat memperolehi keuntungan sebanyak RM100 juta dan membayar dividen sebanyak RM90 juta, ini sebenarnya adalah kurang sihat kepada kewangan syarikat untuk jangka masa yang panjang. Mungkin kita akan berasa gembira pada ketika itu kerana menerima nilai dividen yang tinggi, namun sekiranya pada masa hadapan syarikat memperoleh keuntungan yang kurang berbanding sebelum ini, maka nilai pembayaran dividen juga mungkin terpaksa dikurangkan. Para pelabur sebenarnya akan dapat membuat keuntungan yang lebih sekiranya syarikat hanya membayar dividen sebanyak RM30 juta dari jumlah keuntungan RM100 juta yang mereka perolehi berbanding membayar RM90 juta dividen kepada para pemegang saham syarikat mereka. ![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/10/Pelaburan-Dividen-pic-1.png) ***Contoh saham syarikat yang mengurangkan pemberian dividen akibat daripada pengurangan untung yang mereka perolehi (Sumber: malaysiastock.biz)*** Secara amnya, syarikat yang membayar dividen sebanyak 60% atau kurang dari pendapatan keseluruhan yang mereka perolehi itu sebenarnya adalah lebih stabil dan selamat kerana kita boleh menjangkakan untuk memperoleh dividen yang lebih tetap pada masa akan datang. Kestabilan pembayaran dividen ini juga ditentukan oleh tahap risiko sesebuah industri tersebut. Walaupun kadar pembayaran dividen syarikat rendah, tidak bermakna syarikat itu tidak bagus. Ini kerana jika syarikat tersebut berada di dalam industri yang kurang stabil, para pelabur yang mengharapkan pulangan dividen juga akan berhadapan dengan risikonya. ## Strategi Untuk Pelaburan Dividen Pelabur dividen yang baik akan fokus dalam mencari saham syarikat yang memberi dividen yang tinggi atau pun syarikat yang memiliki kadar pertumbuhan pemberian dividen yang tinggi. Kita perlu fokus kepada syarikat yang memiliki pertumbuhan yang agak perlahan namun mempunyai aliran tunai yang besar. Syarikat seperti ini mampu memberi dividen yang tinggi kepada pelabur kerana mereka mampu menghasilkan pendapatan dengan segera. Sekiranya sesebuah syarikat membayar dividen berjumlah RM1.80 dan harga setiap unit saham yang dijual adalah RM30, maka kita dapat lihat bahawa saham syarikat ini mampu membayar dividen sejumlah 6% daripada nilai pelaburan yang dibuat. **Formula: (Nilai dividen yang dibayar / Nilai harga saham seunit) x 100 = Peratus pulangan dividen** Jadi, sekiranya kita melaburkan wang sejumlah RM20,000 di dalam syarikat ini, maka dividen yang akan kita perolehi adalah sebanyak RM1,200. Strategi seterusnya adalah dengan memfokuskan kepada pembelian saham syarikat yang menawarkan pertumbuhan dividen yang tinggi. Ini bermaksud, para pelabur membeli saham syarikat sewaktu syarikat membayar jumlah dividen yang lebih rendah berbanding purata jumlah dividen yang dibayar oleh syarikat-syarikat lain, namun syarikat mempunyai pertumbuhan keuntungan yang cepat sehingga mampu memberi dividen yang semakin meningkat saban tahun. Atau dalam erti kata lain, para pelabur akan fokus untuk membeli saham syarikat dengan kadar dividen yang rendah namun memiliki pertumbuhan yang tinggi dan memberi keuntungan lumayan dalam tempoh lima ke sepuluh tahun akan datang. ![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/10/Pelaburan-Dividen-pic-2.png) ***Contoh saham syarikat yang mengalami pertumbuhan kadar pemberian dividen kepada para pelabur (Sumber: malaysiastock.biz)*** Setiap pelabur memiliki teknik pelaburan yang berbeza-beza bergantung kepada apa yang ingin dicapai, sama ada mahu mendapat keuntungan dengan cepat, atau pendapatan yang stabil atau mahukan pertumbuhan jangka masa panjang. Berkenaan pencarian saham syarikat yang menawarkan dividen ini, kita sebagai pelabur boleh merujuk laman web [malaysiastock.biz](http://malaysiastock.biz/) bagi mendapatkan info dividen syarikat-syarikat yang ada. ![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2020/10/Pelaburan-Dividen-pic-3.png) ***Senarai pemberian dividen syarikat-syarikat yang ada di Bursa Malaysia (Sumber: malaysiastock.biz)*** Jadi, nak jadi pelabur dividen atau tidak? Bolehlah pilih strategi yang sesuai bergantung kepada apa yang kita ingin capai. Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya. Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita. Hidup ni tak perlu *complicated* sangat. Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab: - Kita tak perlu melekat di screen - Kita boleh bekerja seperti biasa - Kurang risiko untuk rugi - Set siap-siap bila nak jual saham tu - Kurang stress ![](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2023/01/NODATE-TheKapital-Onpay-Swing-Trading-Reloaded-2400x1600-1-1024x683.jpg) **Kami janji berbaloi……** \>\> Bawa kawan atau pasangan dan **[Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded](https://www.thekapital.my/reloaded)\!**
Shard48 (laksa)
Root Hash18123378535533127848
Unparsed URLmy,thekapital!/2021/09/24/pelaburan-dividen-satu-pelaburan-kurang-risiko/ s443