âšď¸ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://siraplimau.com/cara-tips-meningkatkan-keyakinan-diri-anak/ |
| Last Crawled | 2026-04-09 17:53:18 (3 days ago) |
| First Indexed | 2016-03-29 05:47:41 (10 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 7 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Anak-anak. Confidence! |
| Meta Description | Membina keyakinan diri bukan mudah. Lebih-lebih lagi pada seorang kanak-kanak yang masih kecil. Bagaimanakah cara meningkatkan keyakinan diri anak-anak? |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Keyakinan diri secara umumnya boleh ditafsirkan sebagai kemampuan individu untuk mempercayai dan yakin di atas kemampuan diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara. Ianya tidak bergantung kepada penampilan diri atau perwatakan sahaja, dari segi pemahaman dan pergaulan juga melibatkan keyakinan diri.
Meningkatkan keyakinan diri
Seseorang yang mempunyai keyakinan diri tidak mengharapkan penerimaan orang lain. Mereka tidak akan ambil peduli tentang suara-suara sinis di belakangnya, malahan mereka akan sedaya upaya untuk merebut peluang yang ada dan memanfaatkannya.
Terdapat banyak cara atau kaedah yang boleh di lakukan untuk meningkatkan keyakinan diri anak anda yang boleh ibu bapa praktikkan di bawah. Ikuti tips, petua dan cara dibawah untuk tentang â
Increase Confidence in Childâ
untuk kebaikan kita bersama.
Berikan âfull attentionâ pada anak-anak
1. Beri perhatian & kasih sayang
Adalah amat penting bagi sesebuah keluarga hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang. Walaupun setiap keluarga berbeza dari segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu wujud dan menjadi keutamaan. Kanak -kanak perlu tahu bahawa kasih sayang yang di terima tidak bersyarat dan tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka lakukan. Sering terjadi di dalam sebuah keluarga, wujud keadaan di mana salah seorang anak berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, mereka meletakkan kegagalan pencapaian mereka sebagai penyebab mengapa mereka tidak disayangi.
Di samping itu juga, ada yang merasakan diri dipinggirkan kerana kurang menyerlah dari segi kebolehan dan bakat berbanding adik beradik yang lain. Dalam situasi ini, kanak-kanak perlu diyakinkan bahawa kasih sayang yang diterima tidak bergantung kepada pencapaian atau kegagalan mereka. Mereka perlu tahu bahawa setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kasih sayang sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa dan ahli keluarga dapat membantu anak-anak yakin terhadap diri sendiri dan berasa mereka dilindungi.
Layan anak sama rata
2. Jangan membandingkan anak-anak
Layanan dan perhatian diberikan, kasih sayang, kehendak dituruti, pasti si anak mengetahui sama ada mereka disayangi lebih ataupun kurang daripada adik-beradik yang lain.
Perbezaan layanan dan perhatian pastinya amat melukakan hati anak-anak kerana diperlakukan sebegitu oleh ibu bapa sendiri. Hal ini akan membuatkan mereka lebih tiada keyakinan diri, malahan mereka akan cuba melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian ibu bapa, malangnya setiap tindakan dilakukan si anak sering dianggap tidak betul dan akan menyalahkan mereka sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.
Ibu bapa perlu bijak melihat dan mengenal pasti potensi yang ada dalam diri setiap anak dan harus memainkan peranan dalam membantu menyerlahkan potensi mereka.
BIla anak cakap sesuatu, berikan perhatian
3. Jadilah pendengar yang setia
Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya.Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu bapanya.
Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, ibu bapa haruslah bijak untuk mencuri masa bagi berbicara selain mendengar masalah anak-anak.Ketika anak sedang meluahkan perasaannya, berilah âresponsâ walaupun hanya mengangguk faham, berkata âyaâ. Berhenti buat sebarang kerja dan berilah masa untuk mereka berbicara, dan âeye contactâ adalah penting bagi menandakan yang ada sedang menjadi pendengar yang setia untuk anak-anak.
Latih anak berdikari
4. Latih anak untuk memikul tanggungjawab
Kaedah melatih anak-anak dengan latihan berterusan merupakan kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan, antara contohnya seperti menyidai dan melipat pakaian, membasuh pinggan, mengemas rumah dan pelbagai lagi tugasan yang dapat dipraktikkan kepada anak-anak.
Dengan cara ini, anak dapat merasakan bahawa dia mampu melakukan tugasan sendiri sekaligus dapat membanggakan kedua ibu bapanya dan meningkatkan lagi keyakinan didalam diri anak.
5. Memberi pujian kepada anak
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kata-kata pujian seperti âtahniahâ, âsyabasâ, âbijakâ dan seumpama dengannya dapat menambah keyakinan diri anak anda. Ini akan menggalakkan lagi mereka untuk lebih berusaha melakukan yang terbaik. Kerana pujian dan penghargaan itu satu kepentingan dalam setiap apa saja kebaikan yang kita lakukan.
Comot tidak mengapa, janji mereka gembira
6. Hasilkan aktiviti baru
Bawalah anak anda untuk melibatkan diri mereka dengan aktiviti dan program anjuran luar. Sebagai contoh, hantar anak anda untuk memasuki kelas teater, pertandingan mewarna, pertandingan menyayi atau apa sahaja bagi membolehkan mereka melibatkan diri dan bergaul dengan orang luar, sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dan mendapat kenalan baru.
Apabila mereka sudah mempunyai hobi baru pasti mereka akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan keyakinan diri anak anda tambahan pula apabila mereka dapat berinteraksi dengan orang yang mempunyai hobi yang sama.
Doa untuk kesejahteraan ibu-bapa kita dan anak-anak
7. Doa untuk anak-anak
Kalau mahu anak berjaya, doa ibu-bapa itu penting. Jika nampak mereka selalu dalam keadaan teragak-agak dan tidak tahu mahu buat apa, ajar secara terus. Itu jika anak-anak berada di hadapan mata.
Jika tidak, panjatkan doa pada Allah agar menjaga anak-anak dan keluarga kita. Kepada Allah juga kita berserah segalanya.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anak anda meningkatkan lagi keyakinan diri mereka. |
| Markdown | 

- [](https://luminews.my/ms/publishers/SirapLimau?utm_source=SirapLimau&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
- [UTAMA](https://siraplimau.com/)
- [40 MINGGU](https://siraplimau.com/40-minggu/)
- [Pra-Hamil](https://siraplimau.com/40-minggu/pra-hamil/)
- [Trimester 1](https://siraplimau.com/40-minggu/trimester-1/)
- [Trimester 2](https://siraplimau.com/40-minggu/trimester-2/)
- [Trimester 3](https://siraplimau.com/40-minggu/trimester-3/)
- [Bersalin](https://siraplimau.com/40-minggu/bersalin-40-minggu/)
- [Pantang](https://siraplimau.com/40-minggu/pantang-40-minggu/)
- [Hospital](https://siraplimau.com/hospital/)
- [Hospital Kerajaan](https://siraplimau.com/hospital/hospital-kerajaan/)
- [Hospital Swasta](https://siraplimau.com/hospital/hospital-swasta/)
- [Kuala Lumpur](https://siraplimau.com/hospital/hospital-bersalin-kuala-lumpur/)
- [Selangor](https://siraplimau.com/hospital/hospital-bersalin-selangor/)
- [Pulau Pinang](https://siraplimau.com/hospital/hospita-bersalin-pulau-pinang-penang/)
- [ASUH](https://siraplimau.com/asuh/)
- [0-6 Bulan](https://siraplimau.com/asuh/0-6-bulan/)
- [6-12 Bulan](https://siraplimau.com/asuh/6-12-bulan/)
- [1-2 Tahun](https://siraplimau.com/asuh/1-2-tahun/)
- [2-4 Tahun](https://siraplimau.com/asuh/2-4-tahun/)
- [Taska / Tadika](https://siraplimau.com/asuh/taska-tadika/)
- [FAMILI](https://siraplimau.com/famili/)
- [Sihat](https://siraplimau.com/famili/sihat/)
- [Cantik](https://siraplimau.com/famili/cantik-famili/)
- [Didik](https://siraplimau.com/famili/didik/)
- [Kerjaya](https://siraplimau.com/famili/kerjaya/)
- [Suami Isteri](https://siraplimau.com/famili/suami-isteri/)
- [Rakyat](https://siraplimau.com/famili/rakyat/)
- [Nostalgia](https://siraplimau.com/nostalgia/)
- [Inspirasi](https://siraplimau.com/inspirasi/)
- [NUR](https://siraplimau.com/nur/)
- [DAPUR](https://siraplimau.com/dapur/)
- [Next Stop: Kerjaya\!](https://siraplimau.com/nextstopkerjaya/index.html)
- [LAGI](https://siraplimau.com/cara-tips-meningkatkan-keyakinan-diri-anak/)
- [MASAM MASAM MANIS](https://siraplimau.com/masammasammanis/index.html)
- [PROJEK MIMPI](https://siraplimau.com/projekmimpi/index.html)
- [TRAVEL](https://siraplimau.com/percutian/)
- [TEKNOLOGI](https://siraplimau.com/teknologi/)
- [DEKO & HIAS](https://siraplimau.com/deko-hias/)
- [DIY & KRAF](https://siraplimau.com/diy-kraf/)
- [INSPIRASI](https://siraplimau.com/inspirasi/)
- [LIVE RADIO](https://siraplimau.com/cara-tips-meningkatkan-keyakinan-diri-anak/)
- [Get Audio+](https://www.audioplus.audio/)
- [Hot FM](https://siraplimau.com/hotfm/)
- [Kool 101](https://siraplimau.com/kool101/)
- [Eight FM](https://siraplimau.com/eightfm/)
- [Fly FM](https://siraplimau.com/flyfm/)
- [Molek FM](https://siraplimau.com/molek-fm/)
[](https://siraplimau.com/)
## SirapLimau.com

- Login
- - Profile
- Profile
- Logout
- Login
- - Profile
- Logout
- [](https://luminews.my/ms/publishers/SirapLimau?utm_source=SirapLimau&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
[Asuh](https://siraplimau.com/asuh/)
# 7 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Anak-anak. Biar Confidence Tinggi\!

By [Dhia Kamila](https://siraplimau.com/author/dhiakamila/ "Posts by Dhia Kamila")
Posted on
April 18, 2014
120
SHARES

Keyakinan diri secara umumnya boleh ditafsirkan sebagai kemampuan individu untuk mempercayai dan yakin di atas kemampuan diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara. Ianya tidak bergantung kepada penampilan diri atau perwatakan sahaja, dari segi pemahaman dan pergaulan juga melibatkan keyakinan diri.
### Meningkatkan keyakinan diri
Seseorang yang mempunyai keyakinan diri tidak mengharapkan penerimaan orang lain. Mereka tidak akan ambil peduli tentang suara-suara sinis di belakangnya, malahan mereka akan sedaya upaya untuk merebut peluang yang ada dan memanfaatkannya.
Terdapat banyak cara atau kaedah yang boleh di lakukan untuk meningkatkan keyakinan diri anak anda yang boleh ibu bapa praktikkan di bawah. Ikuti tips, petua dan cara dibawah untuk tentang â**Increase Confidence in Childâ** untuk kebaikan kita bersama.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/beri-perhatian-pada-anak-malu-self-confidence-level.jpg)
Berikan âfull attentionâ pada anak-anak
### 1\. Beri perhatian & kasih sayang
Adalah amat penting bagi sesebuah keluarga hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang. Walaupun setiap keluarga berbeza dari segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu wujud dan menjadi keutamaan. Kanak -kanak perlu tahu bahawa kasih sayang yang di terima tidak bersyarat dan tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka lakukan. Sering terjadi di dalam sebuah keluarga, wujud keadaan di mana salah seorang anak berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, mereka meletakkan kegagalan pencapaian mereka sebagai penyebab mengapa mereka tidak disayangi.
Di samping itu juga, ada yang merasakan diri dipinggirkan kerana kurang menyerlah dari segi kebolehan dan bakat berbanding adik beradik yang lain. Dalam situasi ini, kanak-kanak perlu diyakinkan bahawa kasih sayang yang diterima tidak bergantung kepada pencapaian atau kegagalan mereka. Mereka perlu tahu bahawa setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kasih sayang sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa dan ahli keluarga dapat membantu anak-anak yakin terhadap diri sendiri dan berasa mereka dilindungi.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/jangan-bandingkan-anak-exam-result-keputusan-peperiksaan.jpg)
Layan anak sama rata
### 2\. Jangan membandingkan anak-anak
Layanan dan perhatian diberikan, kasih sayang, kehendak dituruti, pasti si anak mengetahui sama ada mereka disayangi lebih ataupun kurang daripada adik-beradik yang lain.
Perbezaan layanan dan perhatian pastinya amat melukakan hati anak-anak kerana diperlakukan sebegitu oleh ibu bapa sendiri. Hal ini akan membuatkan mereka lebih tiada keyakinan diri, malahan mereka akan cuba melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian ibu bapa, malangnya setiap tindakan dilakukan si anak sering dianggap tidak betul dan akan menyalahkan mereka sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.
Ibu bapa perlu bijak melihat dan mengenal pasti potensi yang ada dalam diri setiap anak dan harus memainkan peranan dalam membantu menyerlahkan potensi mereka.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/dengar-cakap-anak-beri-perhatian.jpg)
BIla anak cakap sesuatu, berikan perhatian
### 3\. Jadilah pendengar yang setia
Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya.Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu bapanya.
Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, ibu bapa haruslah bijak untuk mencuri masa bagi berbicara selain mendengar masalah anak-anak.Ketika anak sedang meluahkan perasaannya, berilah âresponsâ walaupun hanya mengangguk faham, berkata âyaâ. Berhenti buat sebarang kerja dan berilah masa untuk mereka berbicara, dan âeye contactâ adalah penting bagi menandakan yang ada sedang menjadi pendengar yang setia untuk anak-anak.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/biar-anak-berdikari-berjalan-tadika.jpg)
Latih anak berdikari
### 4\. Latih anak untuk memikul tanggungjawab
Kaedah melatih anak-anak dengan latihan berterusan merupakan kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan, antara contohnya seperti menyidai dan melipat pakaian, membasuh pinggan, mengemas rumah dan pelbagai lagi tugasan yang dapat dipraktikkan kepada anak-anak.
Dengan cara ini, anak dapat merasakan bahawa dia mampu melakukan tugasan sendiri sekaligus dapat membanggakan kedua ibu bapanya dan meningkatkan lagi keyakinan didalam diri anak.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/puji-anak-reward-ganjaran-menang.jpg)
Foto Kredit: [popsugar.com](http://moms.popsugar.com/Praise-Affects-Child-Performance-33361654)
### 5\. Memberi pujian kepada anak
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kata-kata pujian seperti âtahniahâ, âsyabasâ, âbijakâ dan seumpama dengannya dapat menambah keyakinan diri anak anda. Ini akan menggalakkan lagi mereka untuk lebih berusaha melakukan yang terbaik. Kerana pujian dan penghargaan itu satu kepentingan dalam setiap apa saja kebaikan yang kita lakukan.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/aktiviti-kraf-mewarna-drawing.jpg)
Comot tidak mengapa, janji mereka gembira
### 6\. Hasilkan aktiviti baru
Bawalah anak anda untuk melibatkan diri mereka dengan aktiviti dan program anjuran luar. Sebagai contoh, hantar anak anda untuk memasuki kelas teater, pertandingan mewarna, pertandingan menyayi atau apa sahaja bagi membolehkan mereka melibatkan diri dan bergaul dengan orang luar, sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dan mendapat kenalan baru.
Apabila mereka sudah mempunyai hobi baru pasti mereka akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan keyakinan diri anak anda tambahan pula apabila mereka dapat berinteraksi dengan orang yang mempunyai hobi yang sama.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/berdoa-pada-allah-sembuhkan-penyakit.png)
Doa untuk kesejahteraan ibu-bapa kita dan anak-anak
### 7\. Doa untuk anak-anak
Kalau mahu anak berjaya, doa ibu-bapa itu penting. Jika nampak mereka selalu dalam keadaan teragak-agak dan tidak tahu mahu buat apa, ajar secara terus. Itu jika anak-anak berada di hadapan mata.
Jika tidak, panjatkan doa pada Allah agar menjaga anak-anak dan keluarga kita. Kepada Allah juga kita berserah segalanya.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anak anda meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.

Related Items:[cara meningkatkan keyakinan diri](https://siraplimau.com/tag/cara-meningkatkan-keyakinan-diri/), [cara tingkatkan keyakinan diri](https://siraplimau.com/tag/cara-tingkatkan-keyakinan-diri/), [doa tingkatkan keyakinan](https://siraplimau.com/tag/doa-tingkatkan-keyakinan/), [increase conficence](https://siraplimau.com/tag/increase-conficence/), [increase conficence in child](https://siraplimau.com/tag/increase-conficence-in-child/), [membina keyakinan diri](https://siraplimau.com/tag/membina-keyakinan-diri/), [meningkatkan keyakinan diri anak](https://siraplimau.com/tag/meningkatkan-keyakinan-diri-anak/), [nak tingkatkan keyakinan diri](https://siraplimau.com/tag/nak-tingkatkan-keyakinan-diri/), [petua tingkatkan keyakinan diri](https://siraplimau.com/tag/petua-tingkatkan-keyakinan-diri/), [tingkatkan keyakinan](https://siraplimau.com/tag/tingkatkan-keyakinan/), [tingkatkan keyakinan diri](https://siraplimau.com/tag/tingkatkan-keyakinan-diri/), [tingkatkan keyakinan kepada Allah](https://siraplimau.com/tag/tingkatkan-keyakinan-kepada-allah/), [tips tingkatkan keyakinan diri](https://siraplimau.com/tag/tips-tingkatkan-keyakinan-diri/)
#### Recommended for you
- [ ](https://siraplimau.com/tips-mengatasi-anak-yang-pemalu-pendiam/ "5 Tips Ubah Anak Yang Pemalu âTak Bertempatâ Supaya Lebih Berani")
[5 Tips Ubah Anak Yang Pemalu âTak Bertempatâ Supaya Lebih Berani](https://siraplimau.com/tips-mengatasi-anak-yang-pemalu-pendiam/)
### Hangat\!
[  12.5K Dapur Kutu Beras Hilang Terus! Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Beras Paling âPowerâ Yang Anda Kena Cuba](https://siraplimau.com/cara-simpan-beras-bebas-kutu/)
[  14.8K Didik 19 MRSM Terus Unggul, Ini âRankingâ Penuh MRSM & SBP Terbaik Bagi SPM 2025\!](https://siraplimau.com/mrsm-terbaik-di-malaysia-spm-2025/)
[  13.2K DIY & Kraf Ajaib Tapi Benar! Lalat Tak Hurung Makanan Walaupun Tak Ditutup, Rupanya Kena Letak 2 Bahan INI](https://siraplimau.com/petua-halau-lalat-guna-lilin-kopi/)
### Yang Popular\!
### MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI
[Cara Simpan Baki Pasta Yang Sudah Direbus, Tak Kering & Kekal Lembut Bila Dipanaskan Semula](https://myresipi.com/cara-simpan-baki-pasta-rebus/?utm_medium=recommendation&utm_source=siraplimau)[Kek Batik Lembut Bercoklat âLegendâ! Resipi Kampung Tanpa Oven, Mudah & Sedap Tak Boleh Bawa Bincang](https://myresipi.com/kek-batik-klasik-mudah-tanpa-oven/?utm_medium=recommendation&utm_source=siraplimau)[Resepi Kuah Bakso Original Indonesia, Kuah Pekat Berempah Dengan Rasa Daging Lebih Kaw\!](https://myresipi.com/resepi-kuah-bakso-indonesia/?utm_medium=recommendation&utm_source=siraplimau)[Resipi Mantou Sandwic Sardin, Padanan Roti Rangup Dengan Inti Pedas Memang Padu & Kenyang\!](https://myresipi.com/resepi-mantou-sandwic-sardin-pedas/?utm_medium=recommendation&utm_source=siraplimau)
### SEISMIK
[Pemuda Dedah Tabiat Harian Ini Punca Dia Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik Seawal Usia Muda](https://says.com/my/seismik/pemuda-dedah-tabiat-harian-ini-punca-dia-hidap-penyakit-buah-pinggang-kronik-seawal-usia-muda)[Selepas 40 Hari Ditutup, Masjid Al-Aqsa Akhirnya Dibuka Semula](https://says.com/my/seismik/selepas-40-hari-ditutup-masjid-al-aqsa-akhirnya-dibuka-semula)[Beras Mudah Berkutu? Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Tanpa Vacuum, Tahan Hingga 2 Tahun\!](https://says.com/my/seismik/beras-mudah-berkutu-wanita-ini-kongsi-cara-simpan-tanpa-vacuum-tahan-hingga-2-tahun)[Ini Sebab Kenapa Harga Minyak Di Stesen Masih Tinggi Walaupun Harga Minyak Global Kini Turun](https://says.com/my/seismik/ini-sebab-kenapa-harga-minyak-di-stesen-masih-tinggi-walaupun-harga-minyak-global-kini-turun)
[3 Prompt AI Buat Jadual Sekolah Anak Terus Jadi Cantik, Tak Perlu Susah Payah Buat Sendiri\!](https://siraplimau.com/prompt-jadual-sekolah-anak-comel/)
[Ini 5 Idea Lengkap âPromptâ AI Wajib Cuba Untuk Gambar Raya Lebih Cantik, Macam Photoshoot Profesional\!](https://siraplimau.com/idea-prompt-hari-raya-ai/)

Didaftarkan dibawah REV LIFESTYLE SDN BHD (199901014126)
### Trending Minggu Ini
- [  19.5K Didik Pelajar Skor 9A SPM Kongsi Senarai YouTube Channel Untuk Ulang Kaji, Ramai Setuju Memang âPowerâ! Setiap pelajar pasti mempunyai cara tersendiri untuk belajar dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan....](https://siraplimau.com/youtube-channel-untuk-skor-spm/)
- [  12.5K Sponsored Post Raya Belum Habis, Duit Dah Susut? Ini 5 Cara Kawal Bajet Sebelum Terlambat âTahun ni nak kawal sikit belanja raya.â Setiap tahun kita cakap benda sama. Tapi...](https://siraplimau.com/raya-belum-habis-duit-dah-susut-ini-5-cara-kawal-bajet-sebelum-terlambat/)
- [  7.3K Famili Hati-Hati Pilih Nama Anak! Ustaz Dzulkhairi Perjelas Kekeliruan âRaisyaâ vs âRaisaâ, Rupa-Rupanya Maksud Jauh Berbeza Pemilihan ejaan nama anak bukan sekadar sedap didengar, tetapi turut membawa makna yang besar...](https://siraplimau.com/maksud-ejaan-nama-anak-raisya/)
- [Pengiklanan](https://siraplimau.com/pengiklanan/)
- [Tentang Kami](https://siraplimau.com/tentang-kami/)
- [Terma dan Syarat](https://siraplimau.com/terms-and-conditions/)
Hakcipta Terpelihara Š 2018 SirapLimau.com
To Top
[SKIP THIS AD Ă]()
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. [Accept]()
 |
| Readable Markdown | Keyakinan diri secara umumnya boleh ditafsirkan sebagai kemampuan individu untuk mempercayai dan yakin di atas kemampuan diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara. Ianya tidak bergantung kepada penampilan diri atau perwatakan sahaja, dari segi pemahaman dan pergaulan juga melibatkan keyakinan diri.
### Meningkatkan keyakinan diri
Seseorang yang mempunyai keyakinan diri tidak mengharapkan penerimaan orang lain. Mereka tidak akan ambil peduli tentang suara-suara sinis di belakangnya, malahan mereka akan sedaya upaya untuk merebut peluang yang ada dan memanfaatkannya.
Terdapat banyak cara atau kaedah yang boleh di lakukan untuk meningkatkan keyakinan diri anak anda yang boleh ibu bapa praktikkan di bawah. Ikuti tips, petua dan cara dibawah untuk tentang â**Increase Confidence in Childâ** untuk kebaikan kita bersama.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/beri-perhatian-pada-anak-malu-self-confidence-level.jpg)
Berikan âfull attentionâ pada anak-anak
### 1\. Beri perhatian & kasih sayang
Adalah amat penting bagi sesebuah keluarga hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang. Walaupun setiap keluarga berbeza dari segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu wujud dan menjadi keutamaan. Kanak -kanak perlu tahu bahawa kasih sayang yang di terima tidak bersyarat dan tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka lakukan. Sering terjadi di dalam sebuah keluarga, wujud keadaan di mana salah seorang anak berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, mereka meletakkan kegagalan pencapaian mereka sebagai penyebab mengapa mereka tidak disayangi.
Di samping itu juga, ada yang merasakan diri dipinggirkan kerana kurang menyerlah dari segi kebolehan dan bakat berbanding adik beradik yang lain. Dalam situasi ini, kanak-kanak perlu diyakinkan bahawa kasih sayang yang diterima tidak bergantung kepada pencapaian atau kegagalan mereka. Mereka perlu tahu bahawa setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kasih sayang sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa dan ahli keluarga dapat membantu anak-anak yakin terhadap diri sendiri dan berasa mereka dilindungi.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/jangan-bandingkan-anak-exam-result-keputusan-peperiksaan.jpg)
Layan anak sama rata
### 2\. Jangan membandingkan anak-anak
Layanan dan perhatian diberikan, kasih sayang, kehendak dituruti, pasti si anak mengetahui sama ada mereka disayangi lebih ataupun kurang daripada adik-beradik yang lain.
Perbezaan layanan dan perhatian pastinya amat melukakan hati anak-anak kerana diperlakukan sebegitu oleh ibu bapa sendiri. Hal ini akan membuatkan mereka lebih tiada keyakinan diri, malahan mereka akan cuba melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian ibu bapa, malangnya setiap tindakan dilakukan si anak sering dianggap tidak betul dan akan menyalahkan mereka sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.
Ibu bapa perlu bijak melihat dan mengenal pasti potensi yang ada dalam diri setiap anak dan harus memainkan peranan dalam membantu menyerlahkan potensi mereka.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/dengar-cakap-anak-beri-perhatian.jpg)
BIla anak cakap sesuatu, berikan perhatian
### 3\. Jadilah pendengar yang setia
Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya.Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu bapanya.
Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, ibu bapa haruslah bijak untuk mencuri masa bagi berbicara selain mendengar masalah anak-anak.Ketika anak sedang meluahkan perasaannya, berilah âresponsâ walaupun hanya mengangguk faham, berkata âyaâ. Berhenti buat sebarang kerja dan berilah masa untuk mereka berbicara, dan âeye contactâ adalah penting bagi menandakan yang ada sedang menjadi pendengar yang setia untuk anak-anak.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/biar-anak-berdikari-berjalan-tadika.jpg)
Latih anak berdikari
### 4\. Latih anak untuk memikul tanggungjawab
Kaedah melatih anak-anak dengan latihan berterusan merupakan kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan, antara contohnya seperti menyidai dan melipat pakaian, membasuh pinggan, mengemas rumah dan pelbagai lagi tugasan yang dapat dipraktikkan kepada anak-anak.
Dengan cara ini, anak dapat merasakan bahawa dia mampu melakukan tugasan sendiri sekaligus dapat membanggakan kedua ibu bapanya dan meningkatkan lagi keyakinan didalam diri anak.
### 5\. Memberi pujian kepada anak
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kata-kata pujian seperti âtahniahâ, âsyabasâ, âbijakâ dan seumpama dengannya dapat menambah keyakinan diri anak anda. Ini akan menggalakkan lagi mereka untuk lebih berusaha melakukan yang terbaik. Kerana pujian dan penghargaan itu satu kepentingan dalam setiap apa saja kebaikan yang kita lakukan.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/aktiviti-kraf-mewarna-drawing.jpg)
Comot tidak mengapa, janji mereka gembira
### 6\. Hasilkan aktiviti baru
Bawalah anak anda untuk melibatkan diri mereka dengan aktiviti dan program anjuran luar. Sebagai contoh, hantar anak anda untuk memasuki kelas teater, pertandingan mewarna, pertandingan menyayi atau apa sahaja bagi membolehkan mereka melibatkan diri dan bergaul dengan orang luar, sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dan mendapat kenalan baru.
Apabila mereka sudah mempunyai hobi baru pasti mereka akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan keyakinan diri anak anda tambahan pula apabila mereka dapat berinteraksi dengan orang yang mempunyai hobi yang sama.
[](https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/berdoa-pada-allah-sembuhkan-penyakit.png)
Doa untuk kesejahteraan ibu-bapa kita dan anak-anak
### 7\. Doa untuk anak-anak
Kalau mahu anak berjaya, doa ibu-bapa itu penting. Jika nampak mereka selalu dalam keadaan teragak-agak dan tidak tahu mahu buat apa, ajar secara terus. Itu jika anak-anak berada di hadapan mata.
Jika tidak, panjatkan doa pada Allah agar menjaga anak-anak dan keluarga kita. Kepada Allah juga kita berserah segalanya.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anak anda meningkatkan lagi keyakinan diri mereka. |
| Shard | 113 (laksa) |
| Root Hash | 16483762764842506313 |
| Unparsed URL | com,siraplimau!/cara-tips-meningkatkan-keyakinan-diri-anak/ s443 |