ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking |
| Last Crawled | 2026-04-10 19:56:13 (2 days ago) |
| First Indexed | 2018-08-28 13:35:38 (7 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 10 Bukit Di Semenanjung Yang Kaki Hiking Wajib Panjat ‘At Least’ Sekali |
| Meta Description | Nak daki gunung tak mampu, apa kata kita mulakan dengan bukit dulu. 🙂 |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | seismik
Nak daki gunung tak mampu, apa kata kita mulakan dengan bukit dulu. 🙂
1. Bukit Keluang, Terengganu
**Bukit Keluang** mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di **Kuala Besut, Terengganu** yang yang jaraknya **4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.**
Yang membezakan bukit ini dengan bukit-bukit yang lain, anda perlu melalui tangga yang agak tinggi dahulu pada awal pendakian.
Tambahan lagi, bukit ini betul-betul terletak berdekatan dengan **Pantai Bukit Keluang.** Jadi jika anda berjaya naik hingga ke puncak anda pasti berasa sangat teruja dengan keindahan pemandangan landskap pantai dan laut yang biru.
2. Bukit Tabur, Kuala Lumpur
Kami yakin mesti ramai yang mengenali bukit ini. **Bukit Tabur** atau nama lainnya **Bukit Hangus** terletak berdekatan **Taman Melawati, Kuala Lumpur.** Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Ketinggian bukit ini adalah setinggi **396 meter (1,300 kaki)**, jadi ia juga sangat sesuai buat ***beginner*** yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian.
Bagaimanapun laluannya agak mencabar dan boleh dikatakan **70%** laluannya adalah berasaskan batu. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan apabila tiba di puncak, anda dapat melihat pemandangan ***Klang Gate Dam*** yang mengagumkan.
3. Bukit Batu Putih, Port Dickson
Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai **Port Dickson**, apa kata anda selitkan sekali **Bukit Batu Putih** di dalam jadual perjalanan anda itu. Bukit ini terletak di **Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson** yang mana ia mempunyai *view* laut biru yang sangat cantik dan mendamaikan.
Akan tetapi buat pengetahuan anda, bayaran **RM1** dikenakan untuk memasuki hutan rekreasi ini. Kebanyakan mereka yang mendaki bukit ini adalah untuk melihat pemandangan *sun set* dan *sun rise* yang sangat cantik dari arah laut.
4. Bukit Broga, Semenyih
Kalau anda nak tahu, **Broga Hills** juga terkenal sebagai salah satu lokasi *outdoor* bagi sesi fotografi perkahwinan. Bukit ini juga menjadi lokasi buat angkasawan pertama Malaysia iaitu **Dr Syeikh Muszaphar Shukor** melakukan sesi fotografi perkahwinan bersama isterinya.
Ini lagi satu bukit yang terkenal di Selangor. **Bukit Broga** atau lebih dikenali sebagai **Broga Hills**. Ia terletak di bahagian **Timur Pekan Semenyih** sejauh **4 kilometer** menghala ke Broga. Ketinggiannya bukit ini ialah **400 meter dari paras laut**.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau dipenuhi dengan daun lalang.
5. Bukit Batu Condong, Kemensah
**Bukit Batu Condong** juga adalah lokasi baru yang dijumpai untuk aktiviti pendakian. Ia tidak tinggi dan tidak sukar malah anda mampu sampai ke puncak berketinggian **285 meter** ini kurang dari **45 minit** sahaja.
Laluan awal trek ini **dipenuhi dengan pokok buluh dan juga dengan gigitan nyamuk.** Jadi, kami yakin sekali anda pasti tidak akan terlepas daripada gigitan nyamuk apabila anda di sini. Oleh itu, adalah disyorkan untuk anda memakai pakaian lengan panjang semasa mendaki.
Tambahan lagi, terdapat **beirut** di puncak dan anda boleh melihat beberapa mercu tanda kota Kuala Lumpur **(KLCC, Menara KL dan Menara Maybank).** Wow, ***bestnya!** Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Lagi pula, kawasan bukit ini masih bersih dan tidak dicemari.
6. Bukit Batu Lebah, Melaka
**Melaka** dikenali sebagai bandaraya bersejarah dan juga diiktiraf oleh **UNESCO** sebagai salah satu **Tapak Warisan Dunia**. Ramai pelancong datang ke Melaka untuk melihat warisan peninggalan sejarah ini. Namun, tahukah anda Melaka juga mempunyai hutan rekreasi buat anda melakukan aktiviti mendaki bukit.
**Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah** terletak di daerah **Jasin, Melaka**. Jaraknya adalah **16 km** dari pekan **Jasin** dan **27 km** dari **Bandaraya Melaka**. Selain mendaki, dengan adanya **Gua Reban Ayam**, anda juga boleh melakukan aktiviti ***caving*** di sini.
Sedikit berbeza dengan bukit yang lain, puncak **Bukit Batu Lebah** hanya memperlihatkan kehijauan hutan rekreasi tersebut. Bagaimanapun, suasana puncak yang sejuk yang dipenuhi flora dan fauna ini pasti dapat menenangkan fikiran anda ketika berada di puncak.
7. Bukit Kutu, Selangor
Ini pula adalah **Bukit Kutu** atau dahulunya dikenali sebagai **Treacher's Hill.** Ia terletak di **Kuala Kubu Baru, Selangor**. Sekurang-kurangnya 4 jam masa diambil untuk anda tiba di puncak bukit ini. Perjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama **90 minit** dari bandar Kuala Lumpur.
Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di **paras 3456 kaki** ataupun **1053 meter** daripada aras laut. 5 minit perjalanan awal anda akan menjumpai bekas tapak rumah banglo yang sudah runtuh. Kelihatan masih lagi ada sisa-sisa bangunan rumah tersebut di sini. Sekali pandang boleh menajdi lokasi penggambaran cerita seram lah *pulak!*
8. Bukit Saga, Kuala Lumpur
Bagi anda yang merancang untuk *hiking* di kawasan berdekatan **Kuala Lumpur**, anda boleh merancang untuk mendaki **Bukit Saga** yang terletak di **Ampang, Kuala Lumpur**.
Dan bagi anda yang pertama kali datang ke sini mungkin akan sesat semasa mencari lokasi bukit ini walaupun ada tanda arah disediakan. Ini kerana anda akan melalui kawasan perumahan dan ini akan membuatkan anda sedikit ragu-ragu. Tetapi hakikatnya bukit ini terletak berdekatan dengan **Taman Saga**, iaitu taman perumahan yang mana anda akan melalui taman ini untuk sampai ke sana.
Anda juga boleh menikmati air terjun di sini selepas mendaki. Jadi, inilah peluang buat anda untuk menyejukkan badan setelah selesai mendaki.
Bezanya **Bukit Saga** ini, selain pemandangan yang indah, di puncak bukit juga disediakan *hammock* untuk anda duduk berehat. Sambil-sambil menikmati pemandangan sekeliling, sambil-sambil tu baring di atas *hammock*. Memang terbaik!
9. Bukit Panorama, Pahang
Dengar nama pun sudah buat kita terfikir, bagaimanalah panorama ketika berada di puncak bukit ini. Rupa-rupanya nama bukit ini memang setanding dengan pemandangan apabila berada di atas sana.
Bukit ini terletak di **Sungai Lembing, Pahang**. Bukit ini terletak **40 km** dari bandar **Kuantan**. **Bukit Panorama** berketinggian **291 meter** dari aras laut dan semakin mendapat tempat di hati para pengunjung. Anda tidak perlu melalui jalan denai kerana terdapat **815 anak tangga** untuk sampai ke atas.
Seeloknya pendakian bermula pada awal 5.30 pagi. Ini kerana sebaik sahaja tiba di puncak, sudah pasti matahari mula terbit. Di sinilah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.
10. Bukit Arong, Mersing
**Bukit Arong** merupakan bukit tertinggi yang terletak di **Mersing, Johor**. Kini ia dipanggil sebagai **Gunung Arong** kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan **Tanjung Resang**.
Anda perlu melalui jalan kampung sebelum tiba ke sini. Selepas jalan kampung anda akan menemui jalan dusun dan seterusnya air terjun kecil. Permulaan pendakian sudah mencabar kerana terdapat **batu-batu kuarzt** berbagai bentuk di sepanjang trek.
Trek di sini agak landai dan tidak terlalu curam dan hanya terdapat satu dua tempat sahaja yang agak curam. Jika anda tiba ke puncak, anda dapat lihat terdapat banyak pokok tumbuh di sekelilinga batu. Manakala, puncak bukit agak lapang dan terdapat **berop** (besi penanda) di puncak gunung.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini?
LIKE
Facebook
SAYS SEISMIK
serta
follow
kami di
Twitter
dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Malaysia memang banyak tempak menarik untuk dikunjungi. Ketahui lokasi cantik dengan nama pelik di SINI:
MOST READ
FOLLOW SAYS |
| Markdown | 

[](https://says.com/my)
- [NEWS](https://says.com/my/news)
- [LIFESTYLE](https://says.com/my/lifestyle)
- [CULTURE](https://says.com/my/culture)
- [PRIME](https://says.com/my/prime)
- SHOPPING
- [TECH](https://says.com/my/tech)
- [SEISMIK](https://says.com/my/seismik)
- [MYGAMEON](https://mygameon.says.com/)
- [EXCLUSIVES](https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking)
[IMMERSIVE](https://says.com/my/stories/tagged/immersive)[FUN](https://says.com/my/fun)[YOUTHSAYS](https://youth.says.com/index.html)[\#FUREVERFRIENDS](https://says.com/fureverfriends/index.html)[MAKE IT MAKE CENTS](https://says.com/makeitmakecents/index.html)[\#MARILOKAL](https://says.com/my/stories/tagged/marilokal)[INCLUSIVE BEAUTY](https://says.com/inclusivebeauty/)
- [MORE](https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking)
[ENTERTAINMENT](https://says.com/my/entertainment)[IMHO](https://says.com/my/imho)[SPORTS](https://says.com/my/sports)[LIVE RADIO]()[GET AUDIO+](https://www.audioplus.audio/)[HOT FM](https://says.com/my/radios/hot_fm)[KOOL 101](https://says.com/my/radios/kool_fm)[EIGHT FM](https://says.com/my/radios/eight_fm)[FLY FM](https://says.com/my/radios/fly_fm)[MOLEK FM](https://says.com/my/radios/molek_fm)
- [About](https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking)
- [Contact Us](https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking)
- [Be a contributer](https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking)
- [Terms and Conditions](https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking)
- [Job Openings](https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking)
- [Radio](https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking)
seismik
# 10 Bukit Di Semenanjung Yang Kaki Hiking Wajib Panjat ‘At Least’ Sekali
Nak daki gunung tak mampu, apa kata kita mulakan dengan bukit dulu. 🙂

By [Zaidi Aziz](https://says.com/my/authors/zaidi-aziz) \| 16 Feb 2016, 11:45 AM
[Share](https://wa.me/?text=Check%20this%20out!%20https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2F10-bukit-buat-kaki-hiking) [Share](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2F10-bukit-buat-kaki-hiking)
−
Enlarge text
\+
- [\#bukit](https://says.com/my/stories/tagged/bukit)
- [\#Country::my](https://says.com/my/stories/tagged/countrymy)
- [\#hiking](https://says.com/my/stories/tagged/hiking)
- [\#lifestyle](https://says.com/my/stories/tagged/lifestyle)
- [\#malaysiaboleh](https://says.com/my/stories/tagged/malaysiaboleh)
- [\#outdoor](https://says.com/my/stories/tagged/outdoor)
- [\#seismik](https://says.com/my/stories/tagged/seismik)
- [\#travel](https://says.com/my/stories/tagged/travel)

Cover image via [Instagram @farouqjohari](https://www.instagram.com/farouqjohari/)
## 1\. Bukit Keluang, Terengganu
\*\*Bukit Keluang\*\* mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di \*\*Kuala Besut, Terengganu\*\* yang yang jaraknya \*\*4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.\*\*
Yang membezakan bukit ini dengan bukit-bukit yang lain, anda perlu melalui tangga yang agak tinggi dahulu pada awal pendakian.
Tambahan lagi, bukit ini betul-betul terletak berdekatan dengan \*\*Pantai Bukit Keluang.\*\* Jadi jika anda berjaya naik hingga ke puncak anda pasti berasa sangat teruja dengan keindahan pemandangan landskap pantai dan laut yang biru.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441215/3502.png)
Image via [Instagram \#bukitkeluang](https://www.instagram.com/explore/tags/bukitkeluang/)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441216/e7ee.png)
Image via [Instagram \#bukitkeluang](https://www.instagram.com/explore/tags/bukitkeluang/)
## 2\. Bukit Tabur, Kuala Lumpur
Kami yakin mesti ramai yang mengenali bukit ini. \*\*Bukit Tabur\*\* atau nama lainnya \*\*Bukit Hangus\*\* terletak berdekatan \*\*Taman Melawati, Kuala Lumpur.\*\* Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Ketinggian bukit ini adalah setinggi \*\*396 meter (1,300 kaki)\*\*, jadi ia juga sangat sesuai buat \*\*\*beginner\*\*\* yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian.
Bagaimanapun laluannya agak mencabar dan boleh dikatakan \*\*70%\*\* laluannya adalah berasaskan batu. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan apabila tiba di puncak, anda dapat melihat pemandangan \*\*\*Klang Gate Dam\*\*\* yang mengagumkan.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441217/6d6d.jpg)
Image via [Farouq Johari/Facebook](https://www.facebook.com/farouqjohari)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441218/1d8a.png)
Image via [Instagram @zulehasalimi](https://www.instagram.com/zulehasalimi/)
## 3\. Bukit Batu Putih, Port Dickson
Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai \*\*Port Dickson\*\*, apa kata anda selitkan sekali \*\*Bukit Batu Putih\*\* di dalam jadual perjalanan anda itu. Bukit ini terletak di \*\*Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson\*\* yang mana ia mempunyai \*view\* laut biru yang sangat cantik dan mendamaikan.
Akan tetapi buat pengetahuan anda, bayaran \*\*RM1\*\* dikenakan untuk memasuki hutan rekreasi ini. Kebanyakan mereka yang mendaki bukit ini adalah untuk melihat pemandangan \*sun set\* dan \*sun rise\* yang sangat cantik dari arah laut.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441219/97cf.jpg)
Image via [Farouq Johari/Facebook](https://www.facebook.com/farouqjohari?fref=photo)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441220/9513.png)
Image via [Instagram @farouqjohari](https://www.instagram.com/farouqjohari/)
## 4\. Bukit Broga, Semenyih
Kalau anda nak tahu, \*\*Broga Hills\*\* juga terkenal sebagai salah satu lokasi \*outdoor\* bagi sesi fotografi perkahwinan. Bukit ini juga menjadi lokasi buat angkasawan pertama Malaysia iaitu \*\*Dr Syeikh Muszaphar Shukor\*\* melakukan sesi fotografi perkahwinan bersama isterinya.
Ini lagi satu bukit yang terkenal di Selangor. \*\*Bukit Broga\*\* atau lebih dikenali sebagai \*\*Broga Hills\*\*. Ia terletak di bahagian \*\*Timur Pekan Semenyih\*\* sejauh \*\*4 kilometer\*\* menghala ke Broga. Ketinggiannya bukit ini ialah \*\*400 meter dari paras laut\*\*.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau dipenuhi dengan daun lalang.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441221/a949.png)
Image via [Instagram @nickynrahman](https://www.instagram.com/nickynrahman/)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441222/135f.png)
Image via [Instagram \#brogahill](https://www.instagram.com/explore/tags/brogahill/)
## 5\. Bukit Batu Condong, Kemensah
\*\*Bukit Batu Condong\*\* juga adalah lokasi baru yang dijumpai untuk aktiviti pendakian. Ia tidak tinggi dan tidak sukar malah anda mampu sampai ke puncak berketinggian \*\*285 meter\*\* ini kurang dari \*\*45 minit\*\* sahaja.
Laluan awal trek ini \*\*dipenuhi dengan pokok buluh dan juga dengan gigitan nyamuk.\*\* Jadi, kami yakin sekali anda pasti tidak akan terlepas daripada gigitan nyamuk apabila anda di sini. Oleh itu, adalah disyorkan untuk anda memakai pakaian lengan panjang semasa mendaki.
Tambahan lagi, terdapat \*\*beirut\*\* di puncak dan anda boleh melihat beberapa mercu tanda kota Kuala Lumpur \*\*(KLCC, Menara KL dan Menara Maybank).\*\* Wow, \*\*\*bestnya!\*\* Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Lagi pula, kawasan bukit ini masih bersih dan tidak dicemari.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441127/f20f.jpg)
Image via [underskinned.com](http://underskinned.com/2015/05/31/23-mei-2015-bukit-batu-condong-kemensah/)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441128/25b4.jpg)
Image via [underskinned.com](http://underskinned.com/2015/05/31/23-mei-2015-bukit-batu-condong-kemensah/)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441223/e3bb.png)
Image via [Instagram @zharifecho](https://www.instagram.com/zharifecho/)
## 6\. Bukit Batu Lebah, Melaka
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441129/5ed9.jpeg)
Image via [blogspot.com](http://melayusepakatislamberdaulat.blogspot.my/2012/01/bukit-batu-lebah-melaka.html)
\*\*Melaka\*\* dikenali sebagai bandaraya bersejarah dan juga diiktiraf oleh \*\*UNESCO\*\* sebagai salah satu \*\*Tapak Warisan Dunia\*\*. Ramai pelancong datang ke Melaka untuk melihat warisan peninggalan sejarah ini. Namun, tahukah anda Melaka juga mempunyai hutan rekreasi buat anda melakukan aktiviti mendaki bukit.
\*\*Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah\*\* terletak di daerah \*\*Jasin, Melaka\*\*. Jaraknya adalah \*\*16 km\*\* dari pekan \*\*Jasin\*\* dan \*\*27 km\*\* dari \*\*Bandaraya Melaka\*\*. Selain mendaki, dengan adanya \*\*Gua Reban Ayam\*\*, anda juga boleh melakukan aktiviti \*\*\*caving\*\*\* di sini.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441131/3de7.jpeg)
Image via [blogspot.com](http://melayusepakatislamberdaulat.blogspot.my/2012/01/bukit-batu-lebah-melaka.html)
Sedikit berbeza dengan bukit yang lain, puncak \*\*Bukit Batu Lebah\*\* hanya memperlihatkan kehijauan hutan rekreasi tersebut. Bagaimanapun, suasana puncak yang sejuk yang dipenuhi flora dan fauna ini pasti dapat menenangkan fikiran anda ketika berada di puncak.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441133/9f9d.jpeg)
Image via [blogspot.com](http://melayusepakatislamberdaulat.blogspot.my/2012/01/bukit-batu-lebah-melaka.html)
## 7\. Bukit Kutu, Selangor
Ini pula adalah \*\*Bukit Kutu\*\* atau dahulunya dikenali sebagai \*\*Treacher's Hill.\*\* Ia terletak di \*\*Kuala Kubu Baru, Selangor\*\*. Sekurang-kurangnya 4 jam masa diambil untuk anda tiba di puncak bukit ini. Perjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama \*\*90 minit\*\* dari bandar Kuala Lumpur.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441135/df51.jpeg)
Image via [yellowtuktuk.com](http://yellowtuktuk.com/bukit-kutu-a-hikers-guide-updated-june-2015/)
Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di \*\*paras 3456 kaki\*\* ataupun \*\*1053 meter\*\* daripada aras laut. 5 minit perjalanan awal anda akan menjumpai bekas tapak rumah banglo yang sudah runtuh. Kelihatan masih lagi ada sisa-sisa bangunan rumah tersebut di sini. Sekali pandang boleh menajdi lokasi penggambaran cerita seram lah \*pulak!\*
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441224/511b.jpg)
Image via [Instagram @fitryjasni](https://www.instagram.com/fitryjasni/)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441228/95e6.jpg)
Image via [Instagram @kelip2adv](https://www.instagram.com/kelip2adv/)
## 8\. Bukit Saga, Kuala Lumpur
Bagi anda yang merancang untuk \*hiking\* di kawasan berdekatan \*\*Kuala Lumpur\*\*, anda boleh merancang untuk mendaki \*\*Bukit Saga\*\* yang terletak di \*\*Ampang, Kuala Lumpur\*\*.
Dan bagi anda yang pertama kali datang ke sini mungkin akan sesat semasa mencari lokasi bukit ini walaupun ada tanda arah disediakan. Ini kerana anda akan melalui kawasan perumahan dan ini akan membuatkan anda sedikit ragu-ragu. Tetapi hakikatnya bukit ini terletak berdekatan dengan \*\*Taman Saga\*\*, iaitu taman perumahan yang mana anda akan melalui taman ini untuk sampai ke sana.
Anda juga boleh menikmati air terjun di sini selepas mendaki. Jadi, inilah peluang buat anda untuk menyejukkan badan setelah selesai mendaki.
Bezanya \*\*Bukit Saga\*\* ini, selain pemandangan yang indah, di puncak bukit juga disediakan \*hammock\* untuk anda duduk berehat. Sambil-sambil menikmati pemandangan sekeliling, sambil-sambil tu baring di atas \*hammock\*. Memang terbaik\!
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441225/5162.jpg)
Image via [Instagram @fitriequraisha](https://www.instagram.com/fitriequraisha/)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441226/9977.jpg)
Image via [Instagram @nadia\_ishakmohd](https://www.instagram.com/nadia_ishakmohd/)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441227/becc.jpg)
Image via [Instagram @shehnazshariff](https://www.instagram.com/shehnazshariff/)
## 9\. Bukit Panorama, Pahang
Dengar nama pun sudah buat kita terfikir, bagaimanalah panorama ketika berada di puncak bukit ini. Rupa-rupanya nama bukit ini memang setanding dengan pemandangan apabila berada di atas sana.
Bukit ini terletak di \*\*Sungai Lembing, Pahang\*\*. Bukit ini terletak \*\*40 km\*\* dari bandar \*\*Kuantan\*\*. \*\*Bukit Panorama\*\* berketinggian \*\*291 meter\*\* dari aras laut dan semakin mendapat tempat di hati para pengunjung. Anda tidak perlu melalui jalan denai kerana terdapat \*\*815 anak tangga\*\* untuk sampai ke atas.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441149/b066.jpg)
Image via [www.fotomedia.com.my](http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=4643&page=7)
Seeloknya pendakian bermula pada awal 5.30 pagi. Ini kerana sebaik sahaja tiba di puncak, sudah pasti matahari mula terbit. Di sinilah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441151/f190.jpg)
Image via [www.tripadvisor.co.uk](https://www.tripadvisor.co.uk/LocationPhotoDirectLink-g2530755-d6620843-i123762405-Bukit_Panorama-Sungai_Lembing_Pahang.html)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441152/2043.png)
Image via [www.mpk.gov.my](http://www.mpk.gov.my/infoktn/panduan/tmenarik?p_p_id=56_INSTANCE_Iqm1&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-22&p_p_col_count=1&page=2)
## 10\. Bukit Arong, Mersing
\*\*Bukit Arong\*\* merupakan bukit tertinggi yang terletak di \*\*Mersing, Johor\*\*. Kini ia dipanggil sebagai \*\*Gunung Arong\*\* kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan \*\*Tanjung Resang\*\*.
Anda perlu melalui jalan kampung sebelum tiba ke sini. Selepas jalan kampung anda akan menemui jalan dusun dan seterusnya air terjun kecil. Permulaan pendakian sudah mencabar kerana terdapat \*\*batu-batu kuarzt\*\* berbagai bentuk di sepanjang trek.
Trek di sini agak landai dan tidak terlalu curam dan hanya terdapat satu dua tempat sahaja yang agak curam. Jika anda tiba ke puncak, anda dapat lihat terdapat banyak pokok tumbuh di sekelilinga batu. Manakala, puncak bukit agak lapang dan terdapat \*\*berop\*\* (besi penanda) di puncak gunung.
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441155/ebb3.jpg)
Image via [www.malaysiaseasports.com](http://www.malaysiaseasports.com/gallery.html)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441156/d367.jpg)
Image via [www.meetup.com](http://www.meetup.com/fr-FR/Singapore-Adventurous-Group/events/25482921/)
[](https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/441157/7b80.jpg)
Image via [hamydy.wordpress.com](https://hamydy.wordpress.com/2009/07/06/gunung-arong-mersing-johor-3-5-julai-2009/)
## Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? *LIKE* Facebook [SAYS SEISMIK](https://www.facebook.com/SAYSSeismik/?ref=hl) serta *follow* kami di [Twitter](https://twitter.com/saysseismik) dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang\!
## Malaysia memang banyak tempak menarik untuk dikunjungi. Ketahui lokasi cantik dengan nama pelik di SINI:
[says.com](http://says.com/my/seismik/tempat-dengan-nama-pelik-tapi-cantik)
###### [null](http://says.com/my/seismik/tempat-dengan-nama-pelik-tapi-cantik)
Inilah yang dinamakan indah rupa dari khabar. Jom kita layan.
Read the full story
MOST READ
1
[These Are The 10 Happiest Towns In Malaysia For 2026](https://says.com/my/news/happiest-towns-malaysia-2026)
2
["Why Didn't The Gods Protect My Daughter?" – Father Speaks Out After Selangor Temple Tragedy](https://says.com/my/news/why-didnt-gods-protect-daughter-father-speaks-out-selangor-temple-tragedy)
3
[Teen Girl Killed By 1,000KG Wooden Beam While Cleaning Temple In Selangor](https://says.com/my/news/teen-girl-killed-1000kg-wooden-beam-cleaning-temple-selangor)
4
[Malaysian Regrets Spending RM200,000 On Labubus & Bearbricks](https://says.com/my/lifestyle/malaysian-regrets-spending-rm200000-on-labubus-and-bearbricks)
5
[WRP Asia Pacific Is Shutting Down. Why One Of Malaysia's Glove Makers Couldn't Survive Iran War](https://says.com/my/news/wrp-asia-pacific-sdn-bhd-shutting-down-malaysia-glove-maker)
Category of interest
News
Makan
Fun
LifeStyle
Tech
Seismik
Travel
Entertainment
[By checking this, you agree to our Terms & Conditions & Privacy Policy](https://says.com/my/terms)
Sign Me Up\!
FOLLOW SAYS
##### Read more trending stories on SAYS
###### [KKM Umum Harga Ubat-Ubatan Bakal Naik Harga & Meningkat Sehingga 40% Susulan Krisis Bahan Api](https://says.com/my/berita/kkm-umum-harga-ubat-ubatan-bakal-naik-harga-meningkat-sehingga-40-susulan-krisis-bahan-api)
Difahamkan, harga ubat meningkat akibat gangguan penghantaran.
[Read the full story](https://says.com/my/berita/kkm-umum-harga-ubat-ubatan-bakal-naik-harga-meningkat-sehingga-40-susulan-krisis-bahan-api)
###### [Sam Lim Kini Sah Bergelar Suami Parisa Ardina – “Kami Dah Kahwin, Ini Bukan Marketing”](https://says.com/my/popular/sam-lim-kini-sah-bergelar-suami-parisa-ardina-kami-dah-kahwin-ini-bukan-marketing)
Tahniah, selamat pengantin baru Sam Lim dan isteri\!
[Read the full story](https://says.com/my/popular/sam-lim-kini-sah-bergelar-suami-parisa-ardina-kami-dah-kahwin-ini-bukan-marketing)
###### [Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Ringkas Ustaz Azhar Idrus Mengenai Beza Talak 1, 2 & 3](https://says.com/my/popular/ramai-masih-keliru-ini-penjelasan-ringkas-ustaz-azhar-idrus-mengenai-beza-talak-1-2-3)
Setiap pasangan yang sudah berkahwin kena tahu perbezaan talak ini.
[Read the full story](https://says.com/my/popular/ramai-masih-keliru-ini-penjelasan-ringkas-ustaz-azhar-idrus-mengenai-beza-talak-1-2-3)
###### [Kerajaan Galakkan Rakyat Tukar Ke Skim ‘Time Of Use’ Bantu Jimat Bil Elektrik Semasa](https://says.com/my/berita/kerajaan-galakkan-rakyat-tukar-ke-skim-time-of-use-bantu-jimat-bil-elektrik-semasa)
Difahamkan, tarif lebih rendah untuk penggunaan elektrik pada waktu luar puncak.
[Read the full story](https://says.com/my/berita/kerajaan-galakkan-rakyat-tukar-ke-skim-time-of-use-bantu-jimat-bil-elektrik-semasa)
###### [Bekas Engineer Oil & Gas Tinggalkan Gaji 5 Angka Demi Isteri, Kini Jadi Pengusaha Bengkel Berjaya](https://says.com/my/seismik/bekas-engineer-oil-gas-tinggalkan-gaji-5-angka-demi-isteri-kini-jadi-pengusaha-bengkel-berjaya)
Respect\!
[Read the full story](https://says.com/my/seismik/bekas-engineer-oil-gas-tinggalkan-gaji-5-angka-demi-isteri-kini-jadi-pengusaha-bengkel-berjaya)
### You may be interested in:
[](https://www.facebook.com/saysdotcom)
[](https://x.com/saysdotcom)
[](https://www.instagram.com/saysdotcom/)
[](https://www.tiktok.com/@saysdotcom)
[](https://luminews.my/publishers/SAYS?utm_source=SAYS&utm_medium=referral&utm_campaign=Lumi_Logo_Pub)
 © 2026 Owned by [REV Media Group](https://revmedia.my/), a part of [Media Prima Group](https://www.mediaprima.com.my/)
###### Registered under REV SOCIAL MALAYSIA SDN BHD (200801022427)
 |
| Readable Markdown | seismik
Nak daki gunung tak mampu, apa kata kita mulakan dengan bukit dulu. 🙂
1\. Bukit Keluang, Terengganu
\*\*Bukit Keluang\*\* mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di \*\*Kuala Besut, Terengganu\*\* yang yang jaraknya \*\*4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.\*\*
Yang membezakan bukit ini dengan bukit-bukit yang lain, anda perlu melalui tangga yang agak tinggi dahulu pada awal pendakian.
Tambahan lagi, bukit ini betul-betul terletak berdekatan dengan \*\*Pantai Bukit Keluang.\*\* Jadi jika anda berjaya naik hingga ke puncak anda pasti berasa sangat teruja dengan keindahan pemandangan landskap pantai dan laut yang biru.
2\. Bukit Tabur, Kuala Lumpur
Kami yakin mesti ramai yang mengenali bukit ini. \*\*Bukit Tabur\*\* atau nama lainnya \*\*Bukit Hangus\*\* terletak berdekatan \*\*Taman Melawati, Kuala Lumpur.\*\* Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Ketinggian bukit ini adalah setinggi \*\*396 meter (1,300 kaki)\*\*, jadi ia juga sangat sesuai buat \*\*\*beginner\*\*\* yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian.
Bagaimanapun laluannya agak mencabar dan boleh dikatakan \*\*70%\*\* laluannya adalah berasaskan batu. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan apabila tiba di puncak, anda dapat melihat pemandangan \*\*\*Klang Gate Dam\*\*\* yang mengagumkan.
3\. Bukit Batu Putih, Port Dickson
Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai \*\*Port Dickson\*\*, apa kata anda selitkan sekali \*\*Bukit Batu Putih\*\* di dalam jadual perjalanan anda itu. Bukit ini terletak di \*\*Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson\*\* yang mana ia mempunyai \*view\* laut biru yang sangat cantik dan mendamaikan.
Akan tetapi buat pengetahuan anda, bayaran \*\*RM1\*\* dikenakan untuk memasuki hutan rekreasi ini. Kebanyakan mereka yang mendaki bukit ini adalah untuk melihat pemandangan \*sun set\* dan \*sun rise\* yang sangat cantik dari arah laut.
4\. Bukit Broga, Semenyih
Kalau anda nak tahu, \*\*Broga Hills\*\* juga terkenal sebagai salah satu lokasi \*outdoor\* bagi sesi fotografi perkahwinan. Bukit ini juga menjadi lokasi buat angkasawan pertama Malaysia iaitu \*\*Dr Syeikh Muszaphar Shukor\*\* melakukan sesi fotografi perkahwinan bersama isterinya.
Ini lagi satu bukit yang terkenal di Selangor. \*\*Bukit Broga\*\* atau lebih dikenali sebagai \*\*Broga Hills\*\*. Ia terletak di bahagian \*\*Timur Pekan Semenyih\*\* sejauh \*\*4 kilometer\*\* menghala ke Broga. Ketinggiannya bukit ini ialah \*\*400 meter dari paras laut\*\*.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau dipenuhi dengan daun lalang.
5\. Bukit Batu Condong, Kemensah
\*\*Bukit Batu Condong\*\* juga adalah lokasi baru yang dijumpai untuk aktiviti pendakian. Ia tidak tinggi dan tidak sukar malah anda mampu sampai ke puncak berketinggian \*\*285 meter\*\* ini kurang dari \*\*45 minit\*\* sahaja.
Laluan awal trek ini \*\*dipenuhi dengan pokok buluh dan juga dengan gigitan nyamuk.\*\* Jadi, kami yakin sekali anda pasti tidak akan terlepas daripada gigitan nyamuk apabila anda di sini. Oleh itu, adalah disyorkan untuk anda memakai pakaian lengan panjang semasa mendaki.
Tambahan lagi, terdapat \*\*beirut\*\* di puncak dan anda boleh melihat beberapa mercu tanda kota Kuala Lumpur \*\*(KLCC, Menara KL dan Menara Maybank).\*\* Wow, \*\*\*bestnya!\*\* Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Lagi pula, kawasan bukit ini masih bersih dan tidak dicemari.
6\. Bukit Batu Lebah, Melaka
\*\*Melaka\*\* dikenali sebagai bandaraya bersejarah dan juga diiktiraf oleh \*\*UNESCO\*\* sebagai salah satu \*\*Tapak Warisan Dunia\*\*. Ramai pelancong datang ke Melaka untuk melihat warisan peninggalan sejarah ini. Namun, tahukah anda Melaka juga mempunyai hutan rekreasi buat anda melakukan aktiviti mendaki bukit.
\*\*Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah\*\* terletak di daerah \*\*Jasin, Melaka\*\*. Jaraknya adalah \*\*16 km\*\* dari pekan \*\*Jasin\*\* dan \*\*27 km\*\* dari \*\*Bandaraya Melaka\*\*. Selain mendaki, dengan adanya \*\*Gua Reban Ayam\*\*, anda juga boleh melakukan aktiviti \*\*\*caving\*\*\* di sini.
Sedikit berbeza dengan bukit yang lain, puncak \*\*Bukit Batu Lebah\*\* hanya memperlihatkan kehijauan hutan rekreasi tersebut. Bagaimanapun, suasana puncak yang sejuk yang dipenuhi flora dan fauna ini pasti dapat menenangkan fikiran anda ketika berada di puncak.
7\. Bukit Kutu, Selangor
Ini pula adalah \*\*Bukit Kutu\*\* atau dahulunya dikenali sebagai \*\*Treacher's Hill.\*\* Ia terletak di \*\*Kuala Kubu Baru, Selangor\*\*. Sekurang-kurangnya 4 jam masa diambil untuk anda tiba di puncak bukit ini. Perjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama \*\*90 minit\*\* dari bandar Kuala Lumpur.
Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di \*\*paras 3456 kaki\*\* ataupun \*\*1053 meter\*\* daripada aras laut. 5 minit perjalanan awal anda akan menjumpai bekas tapak rumah banglo yang sudah runtuh. Kelihatan masih lagi ada sisa-sisa bangunan rumah tersebut di sini. Sekali pandang boleh menajdi lokasi penggambaran cerita seram lah \*pulak!\*
8\. Bukit Saga, Kuala Lumpur
Bagi anda yang merancang untuk \*hiking\* di kawasan berdekatan \*\*Kuala Lumpur\*\*, anda boleh merancang untuk mendaki \*\*Bukit Saga\*\* yang terletak di \*\*Ampang, Kuala Lumpur\*\*.
Dan bagi anda yang pertama kali datang ke sini mungkin akan sesat semasa mencari lokasi bukit ini walaupun ada tanda arah disediakan. Ini kerana anda akan melalui kawasan perumahan dan ini akan membuatkan anda sedikit ragu-ragu. Tetapi hakikatnya bukit ini terletak berdekatan dengan \*\*Taman Saga\*\*, iaitu taman perumahan yang mana anda akan melalui taman ini untuk sampai ke sana.
Anda juga boleh menikmati air terjun di sini selepas mendaki. Jadi, inilah peluang buat anda untuk menyejukkan badan setelah selesai mendaki.
Bezanya \*\*Bukit Saga\*\* ini, selain pemandangan yang indah, di puncak bukit juga disediakan \*hammock\* untuk anda duduk berehat. Sambil-sambil menikmati pemandangan sekeliling, sambil-sambil tu baring di atas \*hammock\*. Memang terbaik\!
9\. Bukit Panorama, Pahang
Dengar nama pun sudah buat kita terfikir, bagaimanalah panorama ketika berada di puncak bukit ini. Rupa-rupanya nama bukit ini memang setanding dengan pemandangan apabila berada di atas sana.
Bukit ini terletak di \*\*Sungai Lembing, Pahang\*\*. Bukit ini terletak \*\*40 km\*\* dari bandar \*\*Kuantan\*\*. \*\*Bukit Panorama\*\* berketinggian \*\*291 meter\*\* dari aras laut dan semakin mendapat tempat di hati para pengunjung. Anda tidak perlu melalui jalan denai kerana terdapat \*\*815 anak tangga\*\* untuk sampai ke atas.
Seeloknya pendakian bermula pada awal 5.30 pagi. Ini kerana sebaik sahaja tiba di puncak, sudah pasti matahari mula terbit. Di sinilah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.
10\. Bukit Arong, Mersing
\*\*Bukit Arong\*\* merupakan bukit tertinggi yang terletak di \*\*Mersing, Johor\*\*. Kini ia dipanggil sebagai \*\*Gunung Arong\*\* kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan \*\*Tanjung Resang\*\*.
Anda perlu melalui jalan kampung sebelum tiba ke sini. Selepas jalan kampung anda akan menemui jalan dusun dan seterusnya air terjun kecil. Permulaan pendakian sudah mencabar kerana terdapat \*\*batu-batu kuarzt\*\* berbagai bentuk di sepanjang trek.
Trek di sini agak landai dan tidak terlalu curam dan hanya terdapat satu dua tempat sahaja yang agak curam. Jika anda tiba ke puncak, anda dapat lihat terdapat banyak pokok tumbuh di sekelilinga batu. Manakala, puncak bukit agak lapang dan terdapat \*\*berop\*\* (besi penanda) di puncak gunung.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? *LIKE* Facebook [SAYS SEISMIK](https://www.facebook.com/SAYSSeismik/?ref=hl) serta *follow* kami di [Twitter](https://twitter.com/saysseismik) dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang\!
Malaysia memang banyak tempak menarik untuk dikunjungi. Ketahui lokasi cantik dengan nama pelik di SINI:
MOST READ
FOLLOW SAYS |
| Shard | 127 (laksa) |
| Root Hash | 2271829540363787327 |
| Unparsed URL | com,says!/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking s443 |