âšď¸ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.5 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/page/2/ |
| Last Crawled | 2026-04-01 19:07:56 (14 days ago) |
| First Indexed | 2021-08-16 15:35:56 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Hobi - SAHIH |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Barang-barang dapur dah semakin canggih dan memudahkan.
Kepada ibu-ibu atau mereka yang suka masak wajib ada barang-barang dapur yang tak renyah lagi. Pendek kata, campak-campak terus siap.
Jangan kerap makan luar atau tapau makanan selalu, tak elok terutama bagi mereka yang ada anak-anak. Kos makan di luar atau bungkus agak tinggi, kalau hari-hari bungkus makanan, haa susah juga.
Dengan adanya peralatan dapur yang hebat ini, korang boleh masak dengan kadar yang pantas dan menjimatkan.
Artikel ini khas untuk korang yang suka masak tapi tak suka buang masa yang lama di dapur.
Eh, barang-barang dapur ini juga sesuai dijadikan hadiah kahwin kawan-kawan yang baru sahaja membina rumahtangga.
Periuk Tekanan
Rupa bentuk periuk tekanan dengan periuk nasi lebih kurang saja tapi kegunaan periuk tekanan sangat banyak.
Bukan boleh masak nasi je, korang boleh buat sup, menggoreng, membakar, melembutkan daging, merebus tulang, eh banyaklah!
Tak rugi korang beli periuk ni. Lagi-lagi yang suka makan makanan siap hidang seperti nasi arab, nasi minyak, nasi hujan panas.
Mudah dan jimat masa, masukkan je segala bahan dalam periuk tekanan, lepas tu dah boleh makan.
Periuk tekanan memang dicipta untuk tahan karat, mudah dijaga dan untuk kegunaan berat.
Psst, nak masak daging korban pun senang.
Air Fryer
Haa, ini alat dapur yang sangat popular sekarang.
Tak dinafikan memang mudah kalau nak masak.
Yang jenis malas masak? Korang pun tak ada masalah kalau wujud air fryer ni dekat rumah korang.
Nak makan ayam goreng ke, ikan goreng ke, campak je dalam air fryer,
confirm
korang kenyang.
Bukan goreng je tau, buat kek pun boleh. Tak percaya, cuba
try
.
BBQ Grill & Steamboat Hot Pot
Siapa suka makan bakar-bakar dan
steamboat
elok korang beli ini.
BBQ grill &
steamboat
ni pun ada pelbagai saiz.
Yang suka makan dengan kuantiti yang banyak, boleh beli saiz besar.
Kalau yang nak makan depan TV, korang beli saiz kecil senang nak angkut ke mana-mana.
Harga pun tak mahal sangat, ia mengikut saiz dan kegunaan korang.
Best
juga makan ala ala santai.
Food Steamer
Khas untuk korang yang suka makanan berkukus dan yang
on diet
!
Food steamer
ni mudahkan kerja korang, korang letak je apa yang korang nak makan dan tinggal, tak perlu jaga sangat sebab ia menggunakan elektrik.
Saiz dan tingkat pun ada macam-macam, beli yang korang perlu,
okay
?
Multifunction Hand Blender
Senang sangat kalau ada
hand blender
ni.
Macam-macam saiz ada, macam-macam kegunaan dan memudahkan.
Untuk memasak boleh, untuk buat jus buah pun boleh.
Best
kan?
Multifunction Sandwich Maker
Nama je
sandwich maker
tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan seperti buat waffle, tart, donut, grill dan macam-macam lagi.
Apa yang memudahkan korang adalah tak perlu keluarkan kuali untuk siapkan makanan.
Makanan yang disediakan menggunakan
sandwich maker
ini sesuai dimakan bila-bila masa terutama waktu sarapan.
Menu sarapan pun jadi sihat. Jimat masa dan tak perlu cuci periuk banyak-banyak.
Coffee Maker
Wow! Penting kepada
coffee lover
!
Korang yang suka minum kopi di pagi hari, wajib ada
coffee maker
di rumah.
Korang boleh brew biji kopi bila-bila korang nak, rasa segar dan original.
Nak hidang air pada tetamu pun senang.
Penapis Air
Sekarang penapis air minuman ni banyak sangat dijual.
Macam-macam jenama ada, korang kena pilih mengikut keperluan.
Kalau ada anak kecil yang menyusu, lebih mudah sebab ada untuk air panas juga.
Kalau korang nak masak air dalam
kettle
tu, haa sempat
baby
nangis.
Kalau ada penapis air, korang pun tak terkejar-kejar ke sana ke sini.
Tudung Saji Bertingkat
Rasanya tudung saji bertingkat ni dah ramai yang ada.
Mudah dan tak makan ruang berbanding tudung saji biasa yang besar tu.
Tudung saji biasa tu, sampai anak-anak boleh buat main pula.
Tudung saji bertingkat ni kegunaan sama macam tudung saji biasa cuma ia jimat ruang dan cara penyimpanan pun lebih kemas.
Vacuum Wireless & Robot Vacuum
Vacuum wireless
atau
robot vacuum cleaner
ni pun dah viral.
Harga bergantung pada tahap kemampuan vacuum.
Yang jenis
wireless
, korang kena
charge
dan guna selagi ada bateri.
Robot vacuum
pula, kena
charge
dan robot akan bergerak sendiri ke setiap sudut rumah korang.
Tak perlu wayar panjang-panjang dan tarik ke seluruh rumah, sekarangkan makin maju.
Vacuum
ni boleh bersihkan dapur lepas korang memasak. |
| Markdown | [Skip to content](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/page/2/#content)
[Menu](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/page/2/#mobile-menu)
[](https://sahih.com.my/ "SAHIH")
Yang Pasti Sahih\!
- [BERITA](https://sahih.com.my/category/berita/)
- [Nasional](https://sahih.com.my/category/berita/nasional/)
- [Politik](https://sahih.com.my/category/berita/politik/)
- [Bisnes](https://sahih.com.my/category/berita/bisnes/)
- [Sukan](https://sahih.com.my/category/berita/sukan/)
- [Global](https://sahih.com.my/category/berita/global/)
- [Fakta](https://sahih.com.my/category/berita/fakta/)
- [Jenayah](https://sahih.com.my/category/berita/jenayah/)
- [Kehidupan](https://sahih.com.my/category/berita/kehidupan/)
- [Kemalangan](https://sahih.com.my/category/berita/kemalangan/)
- [Mahkamah](https://sahih.com.my/category/berita/mahkamah/)
- [Viral](https://sahih.com.my/category/berita/viral/)
- [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/)
- [Agama](https://sahih.com.my/category/lifestyle/agama/)
- [Fesyen](https://sahih.com.my/category/lifestyle/fesyen/)
- [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/)
- [Hiburan](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hiburan/)
- [Kesihatan](https://sahih.com.my/category/lifestyle/kesihatan/)
- [Teknologi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/teknologi/)
- [Wanita](https://sahih.com.my/category/lifestyle/wanita/)
- [Lelaki](https://sahih.com.my/category/lifestyle/lelaki/)
- [ARTIKEL](https://sahih.com.my/category/artikel/)
- [JOM MAKAN](https://sahih.com.my/category/jom-makan/)
- [SEJARAH](https://sahih.com.my/category/sejarah/)
- [GALERI PEMBACA](https://sahih.com.my/category/galeri-pembaca/)
- [Masakan](https://sahih.com.my/category/galeri-pembaca/masakan/)
- [Tanaman](https://sahih.com.my/category/galeri-pembaca/tanaman/)
- [Memancing](https://sahih.com.my/category/galeri-pembaca/memancing/)
- [Pencinta Haiwan](https://sahih.com.my/category/galeri-pembaca/pencinta-haiwan/)
- [HUBUNGI KAMI](https://sahih.com.my/hubungi-kami/)
[Widgets](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/page/2/)
[Close Menu](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/page/2/)
# Hobi
[](https://sahih.com.my/5-cara-elak-kasut-bersepah-dan-cara-simpan-yang-betul/)
July 31 2021
## [5 CARA ELAK KASUT BERSEPAH DAN CARA SIMPAN YANG BETUL](https://sahih.com.my/5-cara-elak-kasut-bersepah-dan-cara-simpan-yang-betul/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/), [Fesyen](https://sahih.com.my/category/lifestyle/fesyen/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/), [Lelaki](https://sahih.com.my/category/lifestyle/lelaki/), [Wanita](https://sahih.com.my/category/lifestyle/wanita/) [Kasut](https://sahih.com.my/tag/kasut/), [Tips Jaga Barang](https://sahih.com.my/tag/tips-jaga-barang/), [Tips Rumah](https://sahih.com.my/tag/tips-rumah/) [0](https://sahih.com.my/5-cara-elak-kasut-bersepah-dan-cara-simpan-yang-betul/#respond)
Kita ada sepasang kaki tapi kita juga banyak kasut! Terutama perempuan, betul tak?
Lepas beli kasut, beli kasut lagi. Bila waktu raya, ada sesetengah tu, bukan sepasang kasut, dari raya pertama sampai raya ketujuh kasut lain-lain\!
Kasut *overload* sampai tak tahu nak simpan macam mana, takkan nak buang, takkan nak jual.
*Okay*, jom baca cara-cara simpan kasut dengan betul, mana tahu idea ini boleh bantu korang untuk simpan kasut dengan lebih kemas.

**Jangan Bersepah Atas Lantai**
Jangan biarkan kasut korang bersepah-sepah atas lantai.
Satu, susah nak cari pasangan kasut. Satu lagi nampak tak tersusun, sakit mata tengok! Silap-silap kasut lepas bawah kereta pun tak perasan.
Seeloknya, cari rak kasut yang memudahkan korang letak kasut.
Tak kisah rak jenis terbuka atau tertutup, yang penting bukan atas lantai.
**Rel Penyangkut**
Kalau rumah korang ada dinding kosong, korang boleh pasang rel penyangkut untuk kasut. Kasut lebih tersusun dan kemas.
Cuma kekurangan rel penyangkut kasut ini, kasut akan terdedah kalau korang tak buat âalmariâ khas untuk kasut dan hanya kasut bertumit je boleh sangkut.
Kasut *flat* korang kena simpan cara lain. Tapi kalau korang buat âalmariâ untuk kasut, tidak menjadi masalah sebab kasut *flat* boleh simpan di bahagian bawah.

**Kotak**
Korang boleh simpan kasut dalam kotak kasut tu sendiri atau bekas plastik untuk kasut.
Dua-dua bagus cuma bekas plastik lebih efektif sebab lebih kuat berbanding kotak dan boleh diguna pakai berulang kali.
Susun kotak atau bekas plastik di tepi dinding, nampak tersusun.

**Susun Dengan Elok**
Susun pun ada cara, contohnya, kasut yang selalu pakai korang boleh letak di bahagian atas untuk senang nak ambil. Yang jarang pakai, letak rak bawah.
Atau susun ikut jenis kasut. Kasut tinggi bahagian atas, selipar di rak bawah sekali, kasut kerja di bahagian tengah.
Ada juga susun ikut warna. Ini selalunya kasut-kasut formal atau kasut bertutup.
Haa kan elok susun macam tu, senang korang nak pilih.

**Jimat Ruang & Kreatif**
Rak kasut korang dah cukup besar tapi malangnya kasut korang yang terlalu banyak.
Takkan nak beli rak kasut yang lain pula, korang boleh cuba cara ini.
Cara yang kreatif, jimat dan senang nak buat. Korang boleh cari melalui Google atau si YouTube cara buat penyangkut kasut menggunakan penyangkut baju.
Nak lagi senang, ada je *hanger* kasut yang dijual.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/perkakas-dapur-yang-perlu-ada-di-rumah/)
July 30 2021
## [10 PERKAKAS DAPUR YANG PERLU ADA ZAMAN SEKARANG, BOLEH BAGI UNTUK HADIAH KAHWIN\!](https://sahih.com.my/perkakas-dapur-yang-perlu-ada-di-rumah/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/), [Teknologi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/teknologi/) [Hadiah](https://sahih.com.my/tag/hadiah/), [Hobi](https://sahih.com.my/tag/hobi/), [Teknologi](https://sahih.com.my/tag/teknologi/), [TIPS KAHWIN](https://sahih.com.my/tag/tips-kahwin/), [TIPS MEMASAK](https://sahih.com.my/tag/tips-memasak/), [TIPS PASANGAN](https://sahih.com.my/tag/tips-pasangan/) [0](https://sahih.com.my/perkakas-dapur-yang-perlu-ada-di-rumah/#respond)
Barang-barang dapur dah semakin canggih dan memudahkan.
Kepada ibu-ibu atau mereka yang suka masak wajib ada barang-barang dapur yang tak renyah lagi. Pendek kata, campak-campak terus siap.
Jangan kerap makan luar atau tapau makanan selalu, tak elok terutama bagi mereka yang ada anak-anak. Kos makan di luar atau bungkus agak tinggi, kalau hari-hari bungkus makanan, haa susah juga.
Dengan adanya peralatan dapur yang hebat ini, korang boleh masak dengan kadar yang pantas dan menjimatkan.
Artikel ini khas untuk korang yang suka masak tapi tak suka buang masa yang lama di dapur.
Eh, barang-barang dapur ini juga sesuai dijadikan hadiah kahwin kawan-kawan yang baru sahaja membina rumahtangga.

**Periuk Tekanan**
Rupa bentuk periuk tekanan dengan periuk nasi lebih kurang saja tapi kegunaan periuk tekanan sangat banyak.
Bukan boleh masak nasi je, korang boleh buat sup, menggoreng, membakar, melembutkan daging, merebus tulang, eh banyaklah\!
Tak rugi korang beli periuk ni. Lagi-lagi yang suka makan makanan siap hidang seperti nasi arab, nasi minyak, nasi hujan panas.
Mudah dan jimat masa, masukkan je segala bahan dalam periuk tekanan, lepas tu dah boleh makan.
Periuk tekanan memang dicipta untuk tahan karat, mudah dijaga dan untuk kegunaan berat.
Psst, nak masak daging korban pun senang.

**Air Fryer**
Haa, ini alat dapur yang sangat popular sekarang.
Tak dinafikan memang mudah kalau nak masak.
Yang jenis malas masak? Korang pun tak ada masalah kalau wujud air fryer ni dekat rumah korang.
Nak makan ayam goreng ke, ikan goreng ke, campak je dalam air fryer, *confirm* korang kenyang.
Bukan goreng je tau, buat kek pun boleh. Tak percaya, cuba *try*.

**BBQ Grill & Steamboat Hot Pot**
Siapa suka makan bakar-bakar dan *steamboat* elok korang beli ini.
BBQ grill & *steamboat* ni pun ada pelbagai saiz.
Yang suka makan dengan kuantiti yang banyak, boleh beli saiz besar.
Kalau yang nak makan depan TV, korang beli saiz kecil senang nak angkut ke mana-mana.
Harga pun tak mahal sangat, ia mengikut saiz dan kegunaan korang. *Best* juga makan ala ala santai.


**Food Steamer**
Khas untuk korang yang suka makanan berkukus dan yang *on diet*\!
*Food steamer* ni mudahkan kerja korang, korang letak je apa yang korang nak makan dan tinggal, tak perlu jaga sangat sebab ia menggunakan elektrik.
Saiz dan tingkat pun ada macam-macam, beli yang korang perlu, *okay*?


**Multifunction Hand Blender**
Senang sangat kalau ada *hand blender* ni.
Macam-macam saiz ada, macam-macam kegunaan dan memudahkan.
Untuk memasak boleh, untuk buat jus buah pun boleh. *Best*kan?


**Multifunction Sandwich Maker**
Nama je *sandwich maker* tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan seperti buat waffle, tart, donut, grill dan macam-macam lagi.
Apa yang memudahkan korang adalah tak perlu keluarkan kuali untuk siapkan makanan.
Makanan yang disediakan menggunakan *sandwich maker* ini sesuai dimakan bila-bila masa terutama waktu sarapan.
Menu sarapan pun jadi sihat. Jimat masa dan tak perlu cuci periuk banyak-banyak.


**Coffee Maker**
Wow! Penting kepada *coffee lover*\!
Korang yang suka minum kopi di pagi hari, wajib ada *coffee maker* di rumah.
Korang boleh brew biji kopi bila-bila korang nak, rasa segar dan original.
Nak hidang air pada tetamu pun senang.


**Penapis Air**
Sekarang penapis air minuman ni banyak sangat dijual.
Macam-macam jenama ada, korang kena pilih mengikut keperluan.
Kalau ada anak kecil yang menyusu, lebih mudah sebab ada untuk air panas juga.
Kalau korang nak masak air dalam *kettle* tu, haa sempat *baby* nangis.
Kalau ada penapis air, korang pun tak terkejar-kejar ke sana ke sini.


**Tudung Saji Bertingkat**
Rasanya tudung saji bertingkat ni dah ramai yang ada.
Mudah dan tak makan ruang berbanding tudung saji biasa yang besar tu.
Tudung saji biasa tu, sampai anak-anak boleh buat main pula.
Tudung saji bertingkat ni kegunaan sama macam tudung saji biasa cuma ia jimat ruang dan cara penyimpanan pun lebih kemas.


**Vacuum Wireless & Robot Vacuum**
*Vacuum wireless* atau *robot vacuum cleaner* ni pun dah viral.
Harga bergantung pada tahap kemampuan vacuum.
Yang jenis *wireless*, korang kena *charge* dan guna selagi ada bateri.
*Robot vacuum* pula, kena *charge* dan robot akan bergerak sendiri ke setiap sudut rumah korang.
Tak perlu wayar panjang-panjang dan tarik ke seluruh rumah, sekarangkan makin maju.
*Vacuum* ni boleh bersihkan dapur lepas korang memasak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/perhatian-untuk-cat-lover-hostel-kucing-disediakan-di-jepun/)
July 22 2021
## [TIDUR BERSAMA KUCING DI HOSTEL MENARIK PERHATIAN CAT LOVER\!](https://sahih.com.my/perhatian-untuk-cat-lover-hostel-kucing-disediakan-di-jepun/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [Pencinta Haiwan](https://sahih.com.my/category/galeri-pembaca/pencinta-haiwan/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/), [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/) [CAT LOVER](https://sahih.com.my/tag/cat-lover/), [HOSTEL](https://sahih.com.my/tag/hostel/), [JEPUN](https://sahih.com.my/tag/jepun/), [Melancong](https://sahih.com.my/tag/melancong/), [PENCITA KUCING](https://sahih.com.my/tag/pencita-kucing/), [SI BULUS](https://sahih.com.my/tag/si-bulus/), [SI COMEL](https://sahih.com.my/tag/si-comel/) [0](https://sahih.com.my/perhatian-untuk-cat-lover-hostel-kucing-disediakan-di-jepun/#respond)
Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat popular.
Boleh dikatakan kebanyakkan rumah ada sekurang-kurangnya seekor kucing.
Munurut kajian, memelihara kucing dapat menghilangkan *stress*, kebosanan dan melatih diri supaya lebih disiplin kerana pemilik kucing perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada si bulus mereka.


Ada orang sanggup berhabis duit untuk kucing kesayangan atau mambantu kucing jalanan supaya dapat makanan yang cukup, tempat berteduh yang selesa dan selamat daripada bahaya.
Berita gembira untuk pencinta si bulus! Di Jepun menyediakan hostel yang membenarkan pengunjung berehat sambil di temani si bulus yang gebu\!
Wow, menariknya! Kafe penyelamat kucing di Osaka Prefecture, barat Jepun menyediakan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang menginap di hostel bersama si comel.


Hostel ini diberi nama Neko Hatago yang dibuka pada Disember 2019.
Neko Hatago sebenarnya disambungkan ke kafe kucing Neko Yokujo.
Selain daripada menyediakan bilik yang boleh tidur sambil ditemani si comel, hostel kucing ini mempunyai bilik yang berkonsepkan Edo Era pra-moden.


Pengunjung hostel boleh melihat gelagat kucing dari kafe kucing melalui kaca yang dipasang di setiap sisi katil.
Naomi Nishikubo, pengurus Neko Hatago mengatakan hasratnya yang mahu orang ramai lebih mendekati dan mengenali kucing membuka hostel ini untuk memberi peluang kepada mereka beramah-mesra dengan kucing.
âSaya tidak tahu apa yang akan berlaku sekarang tetapi saya mengharapkan orang ramai menginap di sini untuk menyaksikan kucing kami yang aktifâ, katanya.
Suara kucing comel akan didengari pengunjung selepas tirai ditutup pada pukul 10 malam.


Para pengunjung juga berpeluang untuk memandikan dan memberi makan kepada si bulus sebelum dan selepas waktu kafe dibuka..
Memetik laporan daripada [Kyodo News](https://english.kyodonews.net/news/2020/08/abe55c4b5e0d-hostel-in-western-japan-lets-guests-fall-asleep-while-watching-cats.html), kafe hostel ini juga bekerjasama dengan kumpulan tempatan untuk mencari pemilik baru kucing-kucing untuk diselamatkan.


Walau bagaimanapun, hostel kucing ini juga terjejas dengan wabak yang melanda.
Sebelum virus COVID-19 menyerang, terdapat ramai pelancong asing meluangkan masa bermalam bersama kucing tetapi selepas virus ini muncul, jumlah yang menginap di hostel ini adalah penduduk tempatan.
Untuk langkah berjaga-jaga, pihak hostel membuka kepada satu pengunjung setiap hari yang boleh dibuat di laman web rasmi hostel Neko Hatago.
Kepada anda yang ingin melibat gelagat si bulus sebelum tidur, boleh menginap di hostel kucing Neko Hatago, Jepun selepas pandemik COVID-19 berakhir.
SUMBER : [NECO REPUBLIC](https://www.neco-republic.jp/necoyokujo/en/), [KYODO NEWS](https://english.kyodonews.net/news/2020/08/abe55c4b5e0d-hostel-in-western-japan-lets-guests-fall-asleep-while-watching-cats.html)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/sebelum-memelihara-cicak-tokek-anda-perlu-tahu-perkara-asas-ini/)
July 16 2021
## [CICAK TOKEK JADI KEGILAAN RAMAI. SEBELUM PELIHARA, ANDA PERLU TAHU PERKARA ASAS INI](https://sahih.com.my/sebelum-memelihara-cicak-tokek-anda-perlu-tahu-perkara-asas-ini/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [Pencinta Haiwan](https://sahih.com.my/category/galeri-pembaca/pencinta-haiwan/), [GALERI PEMBACA](https://sahih.com.my/category/galeri-pembaca/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/), [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/) [Cicak Gurun](https://sahih.com.my/tag/cicak-gurun/), [Cicak Tokek](https://sahih.com.my/tag/cicak-tokek/), [Gecko](https://sahih.com.my/tag/gecko/), [Pencinta Haiwan](https://sahih.com.my/tag/pencinta-haiwan/), [Tips](https://sahih.com.my/tag/tips/), [Tips Haiwan Peliharaan](https://sahih.com.my/tag/tips-haiwan-peliharaan/) [0](https://sahih.com.my/sebelum-memelihara-cicak-tokek-anda-perlu-tahu-perkara-asas-ini/#respond)
Ramai yang menyayangi haiwan. Ada sesetengah orang hanya sukakan haiwan tapi tidak pelihara, ada juga yang sukakan haiwan dan pelihara dalam rumah.
Kumpulan haiwan ada pelbagai jenis antaranya jenis ikan, mamalia, amfibia, burung, reptilia dan banyak lagi.
Untuk pencinta haiwan eksotik seperti gecko, sejenis haiwan yang berada dalam kumpulan reptilia, mungkin tak asing lagi dengan haiwan jenis cicak ini.
Gecko dikenali juga sebagai cicak tokek atau cicak gurun.
Cicak ini seakan cicak biasa yang ada dalam rumah tapi memiliki lorekan warna kulit yang terang dan unik menyebabkan cicak ini bernilai dan boleh mencapai harga yang tinggi.


Gecko juga sangat sinonim dengan haiwan yang sangat *happy go lucky* kerana apa juga keadaan haiwan ini akan sentiasa tersenyum. Comelnya\!
Siapa yang berminat dengan gecko dan berhasrat untuk memeliharanya, anda boleh baca artikel ini untuk meneruskan hobi anda.


*Gecko peliharaan, bernama Tunui milik Sara Sufia*
**Sediakan Kandang Atau Sangkar**
Gecko perlukan rumah sendiri. Anda perlu sediakan sangkar untuk haiwan ini berehat.
Sediakan tempat yang selesa, bersih dan menjamin kesihatan cicak gurun.
Sangkar yang diperlukan adalah yang diperbuat daripada kaca atau plastik jernih dan jangan terlalu sempit.
Dalam sangkar pula, gecko sangat perlukan tempat bersembunyi dan alaskan dengan kertas atau kain.
Jangan lupa sediakan tempat makan dan minum. Hiaskan dengan kayu kecil untuk gecko berehat.


*Gecko peliharaan, bernama Tunui milik Sara Sufia*
**Bersihkan Sangkar**
Walaupun haiwan ini dianggap mempunyai ketahanan badan yang tinggi tetapi kebersihan sangkar mempengaruhi kesihatan gecko.
Kadang-kadang sangkar kotor adalah penyumbang utama gecko akan sering sakit dan cepat mati.
Buang najis gecko dan gantikan alas sangkar untuk gecko terhindar dari bakteria.


**Pencahayaan Yang Baik**
Disebabkan cicak gurun ini sukakan haba yang tinggi, pastikan anda menyediakan tempat yang tidak terlalu sejuk.
Anda boleh memasang lampu yang berwarna kuning, merah atau biru untuk mendapatkan suhu yang normal kerana gecko agak aktif pada waktu malam.


**Jenis Makanan**
Jaga haiwan perliharaan anda dengan baik. Dari tempat tinggal hingga makanan.
Gecko perlu makanan yang cukup nutrisi untuk menjamin kesihatan dan umur yang panjang.
Cicak tokek ini makan serangga kecil seperti lalat, cengkerik dan cacing. Cacing yang menjadi kegemaran haiwan autotomi ini adalah cacing jenis *waxworm, superworm* dan *mealworm*.
Jangan biarkan gecko makan serangga liar kerana akan menyebabkan keracunan dalam badannya.


**Multivitamin**
Eh, gecko pun makan vitamin? Ye! Untuk gecko yang dipelihara, sediakan vitamin D3 bertujuan untuk menjaga tulangnya.
Untuk menjaga berat gecko, anda boleh sediakan makanan dengan campurkan madu dengan bekas minuman gecko.
Selain itu, campurkan sedikit kuning telur dalam makanannya. Berikan vitamin atau makanan tambahan ini sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Untuk melihat gelagat Tunui dan pemiliknya, Sara Sufia boleh klik [Tiktok](https://www.tiktok.com/@_caracupia/video/6949125979688258818?_d=secCgYIASAHKAESMgowlE9lQvXJdNJKT51xSB8CM%2FsIUHKaW4p0crRtu3e2fycL9X1j%2FglR%2Bk4m%2BfYeEbf7GgA%3D&checksum=154593315a75e84938265d3ce54eadb5557a501728406e73a0fac2a00c4dc0f3&language=en&mid=6949125975934241538&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAIJv3kgv8MSL3iMMy6VhP4n5J5JE5oRDJBtPi96lTfXutAQpLdygaE-J4o1Yy_LRM&share_app_id=1180&share_item_id=6949125979688258818&share_link_id=31DE7B5E-C77D-4EFF-BC11-ECEB0C4E90A9&source=h5_t×tamp=1626448516&tt_from=copy&u_code=da2i1cbcmcmige&user_id=6774273026471183361&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1) atau [Instagram](https://www.instagram.com/_caracupia/?hl=en).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/menyelam-kolam-kota-tenggelam-di-dubai/)
July 15 2021
## [MENYELAM DI KOTA TENGGELAM, TARIKAN TERBAHARU DEEP DIVE DUBAI](https://sahih.com.my/menyelam-kolam-kota-tenggelam-di-dubai/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/), [Hiburan](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hiburan/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/) [Dubai](https://sahih.com.my/tag/dubai/), [Kolam](https://sahih.com.my/tag/kolam/), [Melancong](https://sahih.com.my/tag/melancong/), [Rekod Dunia](https://sahih.com.my/tag/rekod-dunia/) [0](https://sahih.com.my/menyelam-kolam-kota-tenggelam-di-dubai/#respond)
Selepas 11 tahun memegang [Guinness World Record](https://www.guinnessworldrecords.com/records/hall-of-fame/burj-khalifa-tallest-building-in-the-world) mempunyai bangunan tertinggi di dunia, The Burj Khalifa, kini Dubai merekodkan memiliki kolam paling dalam pula.
Kolam terdalam itu diberi nama Kolam Deep Dive Dubai yang terletak di Nad El Sheba I, Dubai, Emiriah Arab Bersatu, 25 minit dari Bandar Antarabangsa Dubai.


Kolam Deep Dive mempunyai kedalaman 60 meter dan dipenuhi dengan 14 juta liter air tawar.
Tarikan baharu itu mempunyai enam kolam renang berukuran Olimpik dan sekurang-kurangnya empat kali lebih besar daripada kolam menyelam yang lain.
Pada 27 Jun lalu, Kolam Deep Dive mendapat gelaran âKolam Terdalam Untuk Menyelamâ daripada [Guinness World Record.](https://www.guinnessworldrecords.com/world-records/deepest-swimming-pool-for-diving)


Struktur bangunan berbentuk tiram seluas 1,500 meter persegi bagi mengekalkan sejarah sebagai negara penyelam mutiara.
Suhu air kolam tersebut kekal dengan 30 darjah celsius untuk para penyelam mengenakan pakaian nipis atau baju renang yang biasa digunakan.
Apa yang menarik Kolam Deep Dive ini, penyelam dapat meneroka kota terbengkalai dan binaan bangunan hingga ke dasar.


Penyelam dapat merasai bermain *arcade*, masuk ke perpustakaan, kediaman apartment, bilik tidur, studio, berbasikal dan kereta.
Kolam ini dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan suara berteknologi tinggi untuk mencipta atmosfer yang berbeza.
Selain daripada tarikan untuk penyelam, kolam ini menawarkan kursus menyelam kepada mereka yang tiada pengalaman dan ingin menikmati keindahan kota dalam air bersama pemandu selam yang sah.


Walau bagaimanapun, sebanyak 56 kamera telah dipasang di sekitar kolam untuk memastikan keselamatan penyelam semasa melakukan aktiviti.
Pengarah Kolam Deep Dive Dubai, Jarrod Jablonski berkata, kolam ini bukan sahaja terdalam dan terbesar, tetapi ia seakan kesan bandar yang tenggelam yang akan menjadi tarikan kepada seluruh dunia.
Kolam tarikan pengunjung akan dibuka kepada orang awam pada akhir tahun ini.
Namun, pada masa sekarang kolam hanya dibuka kepada jemputan khas sahaja seperti Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, salah seorang penyelam yang berkongsikan pengalaman meneroka bandar tenggelam ini di media sosial.
SUMBER: [CNN](https://edition.cnn.com/travel/article/deep-dive-dubai-worlds-deepest-dive-pool/index.html)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/hobi-perempuan-yang-menarik-perhatian-lelaki/)
July 12 2021
## [ISI MASA LAPANG KORANG DENGAN AKTIVITI BEST. INI 7 HOBI PEREMPUAN YANG MENARIK PERHATIAN LELAKI](https://sahih.com.my/hobi-perempuan-yang-menarik-perhatian-lelaki/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/), [Lelaki](https://sahih.com.my/category/lifestyle/lelaki/), [Wanita](https://sahih.com.my/category/lifestyle/wanita/) [Aktiviti](https://sahih.com.my/tag/aktiviti/), [Hobi](https://sahih.com.my/tag/hobi/), [Masa Lapang](https://sahih.com.my/tag/masa-lapang/), [Tips Lelaki Perempuan](https://sahih.com.my/tag/tips-lelaki-perempuan/), [Tips Perempuan](https://sahih.com.my/tag/tips-perempuan/) [0](https://sahih.com.my/hobi-perempuan-yang-menarik-perhatian-lelaki/#respond)
Hobi adalah aktiviti yang dilakukan ketika waktu lapang. Setiap orang mesti ada minat tersendiri.
Lelaki dan perempuan tentu ada aktiviti yang akan selalu dibuat jika ada waktu lapang.
Tak kisahlah apa sekali pun hobi korang, yang penting korang suka buat.
Ada sesetengah orang, hobi dilakukan bila ada waktu â*free*â, ada juga yang melakukan aktiviti kegemaran secara harian.
*Okay*, artikal ini untuk gadis-gadis di luar sana. Hobi bukanlah satu ukuran yang membuatkan korang nampak cantik atau menarik perhatian lelaki.
Tapi ini adalah beberapa hobi perempuan yang boleh menarik mata-mata lelaki. Jom tengok\!


**Bermain Alat Muzik**
Kebolehan bermain alat muzik ini adalah salah satu bakat yang luar biasa.
Tak semua orang ada minat dan pandai bermain alat muzik.
Ada juga yang tak reti apa-apa tapi disebabkan minat yang mendalam sanggup belajar sendiri atau belajar dari YouTube! Wow, hebat, kan?
Hobi bermain alat muzik seperti gitar, piano, violin atau apa-apa sahaja membuatkan para lelaki tertarik dan kagum.
Perempuan yang pandai bermain alat muzik sangat berkebolehan dan mempunyai aura tersendiri lagi-lagi masa tengah buat persembahan.


**Menyanyi**
Bila perempuan menyanyi memang akan menghiburkan lelaki.
Tahu tak, dengan nyanyian seorang perempuan dapat menggoda lelaki.
Menyanyi dapat dijadikan sebagai punca pendapatan.
Di negara kita juga ramai penyanyi perempuan yang hebat-hebat.
Suara perempuan adalah elemen yang seksi bagi lelaki kerana daripada suara membuatkan lelaki tertarik pada perempuan.
Tapi kalau suka menyanyi tapi tidak ada bakat, jangan risau korang masih boleh menyanyi di telinga pasangan korang je. *Okay*?


**Menari**
Bakat menari juga adalah salah satu hobi yang boleh membuatkan seorang perempuan kelihatan cantik dan menarik.
Ketika menari personaliti dan daya tarikan mudah dilihat hingga mampu memukau mata lelaki.
*So*, siapa ada bakat menari jangan sia-siakan tapi pastikan guna pada tujuan yang betul ya\!


**Fotografi**
Selalunya nampak jurugambar mesti lelaki, kan? Jarang nampak perempuan yang jadi *photographer professional.*
Tapi jangan risau, masih ada perempuan yang berbakat besar dalam bidang fotografi.
Bila seorang perempuan mengeluarkan gajet kameranya, terserlahlah keyakinan diri mereka.
Ketika menggunakan *lens*, kemera, fokus dan gayakan objek ternyata nampak kretiviti dan dedikasi dalam diri.


**Menjahit**
Tak semestinya dalam bidang kesenian je, menjahit atau mengait adalah salah satu aktiviti yang nampak ayu.
Hasil bakat tangan ini merupakan satu kebanggaan kerana prosesnya agak rumit dan menguji kesabaran.
Lelaki lebih percaya dengan perempuan yang mempunyai hobi menjahit atau mengait kerana mereka lebih lemah lembut dan sopan.


**Memasak**
Bila memasak je pasti fikiran kita ke arah perempuan. Tapi ada beza seorang perempuan yang suka memasak dengan memasak untuk meneruskan kehidupan tau.
Perempuan yang suka memasak sangat diminati lelaki.
Rasanya korang pun tahu kenapa, kan?
Bila perempuan suka masak, secara automatik lelaki akan dapat merasa masakan yang sedap-sedap.
Selain itu, untuk jangka masa panjang tidak perlu risau lagi, dijamin anak-anak juga tidak akan terlepas daripada makan masakan ibunya yang istimewa.


**Bersukan Dan Aktiviti Luar**
Bila nampak lelaki atau perempuan yang sukakan aktiviti luar dan lasak pasti nampak kuat, bersemangat dan sihat.
Untuk perempuan kalau korang suka aktiviti lasak ini adalah bonus untuk korang\!
Tak kiralah berjogging setiap petang, bersenam, pergi ke gym, mendaki bukit, *travel* secara solo atau apa saja pasti korang akan dapat perhatian lelaki yang melakukan aktiviti yang sama.
Bersukan bukan tujuan untuk mendapatkan pasangan tapi kalau dah jodoh, apa salahnya.


**Kerja-Kerja Automotif**
Kerja yang jarang perempuan buat. Kerja-kerja automotif didominasi oleh kaum lelaki.
Tapi bila nampak seorang perempuan yang comot dengan minyak dan berkebolehan membaiki kereta pasti ramai yang kagum.
Sambil memegang alat tukangan pun nampak cantik dan hebat. Confirm ada yang menegur nanti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/8-muzium-aneh-seluruh-dunia/)
April 8 2021
## [8 MUZIUM ANEH SELURUH DUNIA](https://sahih.com.my/8-muzium-aneh-seluruh-dunia/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/), [SEJARAH](https://sahih.com.my/category/sejarah/) [Aneh](https://sahih.com.my/tag/aneh/), [Dunia](https://sahih.com.my/tag/dunia/), [Muzium](https://sahih.com.my/tag/muzium/), [Pelik](https://sahih.com.my/tag/pelik/) [0](https://sahih.com.my/8-muzium-aneh-seluruh-dunia/#respond)
Muzium adalah bangunan yang menyimpan barang, khazanah sejarah purba yang mungkin tidak dapat ditemui lagi. Muzium adalah tempat yang penting untuk menyimpan sejarah dan ditugaskan untuk menjaga setiap koleksi dengan baik.
Siapa suka pergi muzium? Di Malaysia banyak muzium yang boleh anda kunjungi. Tapi di luar negara mempunyai muzium pelik dan menakjubkan untuk dilawati. Selain daripada sejarah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, terdapat juga muzium yang terbuka untuk kunjungan sebagai memperingati. Jom tengok muzium apa yang pelik\!


**Museum-Body** Pernah terfikir tak nak âmasukâ dalam badan manusia? Muzium badan membawa pengunjung meneroka sistem badan manusia. 35 *timetrovaya* besar tubuh badan manusia yang membolehkan pengunjung melihat sistem rangkaian dalam badan bermula dari kaki dan berakhir dengan neural otak. Pengunjung boleh menyentuh organ yang ada. Selain itu, bunyi dan bau juga diwujudkan untuk menambah suasana *real* dalam badan.


**Glore Psychiatric Museum**
George Gloor pekerja hospital psikiatri mula mengumpul alat perubatan yang digunakan untuk merawat. Pada masa yang sama, George Glore juga mengumpul âalat ciptaanâ pesakit mental untuk mengurangkan penderitaan pesakit.
**Science Museum of Minnesota**
Muzium ini menyediakan alat perubatan yang meragukan. Pengunjung boleh melihat alat perubatan yang tidak masuk akal dan tidak dapat disahihkan secara formal. Sehingga kini ada beberapa alat yang masih berfungsi.


**International UFO Museum and Research Center**
Muzium Kajian UFO yang bertempat di New Mexico. Pengunjung boleh melihat makluk asing atau alien dan UFO yang ditemui oleh tentera pada 1947. Pengunjung juga boleh melihat budaya kuno dan maklumat penculikan orang asing. Setiap tahun muzium ini mengadakan festival UFO, pertunjukkan pakaian dan cerita UFO.


**Teddy Bear Museum**
Muzium Patung Beruang yang terletak di Pulau Jeju, Korea mempamerkan koleksi patung beruang dari seluruh dunia. Pelbagai jenis patung beruang berasal daripada setiap negara telah dipamerkan di muzium ini.


**Sulabh International Museum of Toilets**
Muzium Tandas, New Delhi, India. Dr. Bindeshwar Pathak mempamerkan koleksi tandas dari pelbagai zaman. Setiap koleksi yang berada dalam muzium tersebut mempunyai sejarah tersendiri.
**Museum Wacky Creations**
Ciptaan atau karya yang tidak menjadi dibuang begitu sahaja. Muzium ini mengumpul bahan yang tidak dapat âdijualâ oleh pencipta. Antara rekaan yang dicipta adalah melukis pada kepala pin yang memelurkan mikroskop untuk melihat lukisan tersebut.


**SPAM Museum**
Spam yang dimaksudkan adalah sosej dalam tin. Muzium ini terletak di Austin, Minnesota. Pelbagai jenis pameran jenama Spam yang melebihi daripada 3400 tin. Pengunjung dapat melihat semua iklan jenama tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/tips-jaga-kualiti-barangan-kulit-di-rumah/)
February 24 2021
## [TIPS JAGA KUALITI BARANGAN KULIT DI RUMAH](https://sahih.com.my/tips-jaga-kualiti-barangan-kulit-di-rumah/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/), [ARTIKEL](https://sahih.com.my/category/artikel/), [Fesyen](https://sahih.com.my/category/lifestyle/fesyen/) [Barangan Kulit](https://sahih.com.my/tag/barangan-kulit/), [Tips Jaga Barang](https://sahih.com.my/tag/tips-jaga-barang/) [0](https://sahih.com.my/tips-jaga-kualiti-barangan-kulit-di-rumah/#respond)
#### TIPS JAGA KUALITI BARANGAN KULIT DI RUMAH
Ramai peminat barangan yang diperbuat daripada kulit. Barang material kulit memang nampak mahal, mewah, klasik dan kemas. Barangan kulit tahan lasak dan tahan lama tapi sangat sensitif. Kalau tersalah jaga, terus rosak ye.
Tips jaga barangan kulit ni mudah je. Korang kena rajin jaga kualiti dan cara penyimpanan. Jom tengok apa perkara yang korang kena buat.


**Cuci**
Opss! Bukan cuci guna air ye *guys*. Jangan sesekali korang lap barangan kulit dengan air. Korang kena ada pencuci yang khas untuk barangan kulit. Sekurang-kurangnya losyen. Kalau korang tak ada pencuci khas, boleh juga gunakan *wet tissue.*


**Simpan**
Sebelum simpan, pastikan letak barang kulit korang dalam *dusty bag*. Selain elak daripada habuk, kilauan barang kulit korang akan terjaga. Jangan lupa letak gel silika bersama barangan kulit. Simpan di tempat yang kering, bersih dan tidak panas.


**Terdedah Cahaya Matahari**
Jangan jemur atau dedahkan barangan kulit di bawah cahaya matahari terlalu lama. Tindak balas barangan kulit dengan cahaya matahari menyebabkan kondisi barangan kulit semakin rosak, mudah *pecah*, warna pudar dan merekah.


**Jangan Sembur Pewangi**
Walaupun korang simpan barang kulit dalam tempoh masa yang lama. Jangan sembut pewangi. Pewangi yang mengandungi *aerosol* akan melunturkan warna barang dan merosakkan kulit. Untuk hilangkan bau dalam beg kulit, letak soda bikarbonat dalam beg selama 24 jam. Bau akan hilang serta-merta\!
<https://www.sahih.com.my>
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/6-barang-wajib-ada-sebelum-pergi-bercuti-dalam-malaysia/)
December 16 2020
## [6 Barang Wajib Ada Sebelum Pergi Bercuti](https://sahih.com.my/6-barang-wajib-ada-sebelum-pergi-bercuti-dalam-malaysia/)
[Miss Ain](https://sahih.com.my/author/miss-ain/) [ARTIKEL](https://sahih.com.my/category/artikel/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/), [LIFESTYLE](https://sahih.com.my/category/lifestyle/) [bercuti](https://sahih.com.my/tag/bercuti/), [jalan-jalan](https://sahih.com.my/tag/jalan-jalan/), [travel](https://sahih.com.my/tag/travel/) [0](https://sahih.com.my/6-barang-wajib-ada-sebelum-pergi-bercuti-dalam-malaysia/#respond)
Sudah merancang pergi bercuti dalam negara tapi jangan lupa bawa barang yang penting untuk kemudahan diri sendiri. Dalam keadaan sekarang, pergi bercuti perlu mengutama kebersihan dan kelengkapan yang rapi. Jangan ambil ringan. Pakai pelitup muka dan sentiasa bawa *hand sanitizer* untuk membersihkan tangan.
Sementara menunggu tarikh percutian, anda perlu buat persiapan dan *pack* barang. Selain pakaian, ada beberapa barang yang dianggap tidak perlu tetapi sebenarnya penting. Untuk memudahkan anda semasa bercuti, bawa enam barang ini. Tak payah risau semua barang ini mudah dicari dan murah.


**Vacuum Bag**
Ini sebenarnya sangat sesuai untuk perempuan. Kalau pergi *travel* walaupun tiga hari, mesti nak bawa baju banyak. Nak OOTD sepanjang bercuti, beg mesti jadi besar dan berat. *Vacuum bag* boleh mengurangkan ruang dan berat *luggage*. Masukkan baju atau jaket yang anda nak bawa dan sedut udara keluar. Lipatan baju anda akan jadi senipis-nipisnya. Bolehlah sumbat banyak lagi baju\!


**Tuala Microfiber**
Material yang nipis dan menyerap air dengan baik. Yang penting tuala microfiber mudah kering dan kalau dilipat tidak setebal tuala material kapas.


**Penyangkut Baju Lipat**
Nampak macam tak penting. Kenapa kena bawa penyangkut baju masa *travel*, kan? Kalau menginap di hotel mungkin ada sediakan penyangkut baju kalau di tempat yang murah dan bajet inilah masanya anda gunakan penyangkut baju untuk sidai tuala, baju atau jaket. Boleh dilipat dan mudah disimpan.


**Travel Bottle Kit**
Lecehkan nak bawa sabun, syampu, krim penjagaan muka yang botol besar. Semua makan ruang. Beli *travel bottle kit* dan isikan sabun mandi, syampu dan keperluan anda mengikut kuantiti yang diperlukan.


**Beg Kosmetik**
Eh bukan kena letak barang *make up* tapi boleh letak barang keperluan dan botol-botol kecil, berus gigi, ubat gigi, barang elektronik seperti *charger*, wayar telefon atau *powerbank*. Masukkan semua barang dalam beg ini. Boleh *hand carry* atau masuk dalam *luggage*. Tidak bersepah dan mudah dicari.


**Botol Air Lipat**
Ini sangat penting! Bawa botol air lipat. Mudah dibawa, mudah disimpan dan boleh digunakan bila-bila masa. Tak perlu beli air botol di kedai, pakai sahaja botol air lipat untuk isi air RO. Jimat dan selamat. Boleh kempiskan dan isi air semula. Jangan guna botol air plastik, jaga alam sekitar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
[](https://sahih.com.my/ps5-dilancarkan-november-ini/)
September 19 2020
## [PS5 DILANCARKAN NOVEMBER INI](https://sahih.com.my/ps5-dilancarkan-november-ini/)
[AdminSahih](https://sahih.com.my/author/adminsahih/) [Global](https://sahih.com.my/category/berita/global/), [BERITA](https://sahih.com.my/category/berita/), [Hobi](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/) [0](https://sahih.com.my/ps5-dilancarkan-november-ini/#respond)
Berita Global/Trending
PS5 DILANCARKAN NOVEMBER INI
SAN FRANCISCO: PlayStation 5 (PS5) Sony yang dinanti-nantikan âpenggemar permainan videoâ akan dilancarkan pada November ini.
Ia sekali gus dijangka memberi saingan kepada konsol Xbox sebagai permainan permainan video berkembang pesat ketika tempoh penularan COVID-19.
Ketua Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan berkata, PS5 baharu ini ditawarkan dalam dua versi dan akan dilancarkan pada 12 November di Australia, Amerika Utara, New Zealand, Mexico, Jepun, Korea Selatan serta ke seluruh dunia seminggu kemudian.
Katanya, harga premium PS5 adalah AS\$500 (RM2,067.25), sementara âedisi digitalâ yang direka untuk trend permainan yang dimuat turun dari âcloudâ berharga \$400 (RM1,653.80).
âDengan PS5, kami membuat lonjakan signifikan bagi memberikan pengalaman bermain sebenar transformasi generasi baharu yang akan menentukan semula jangkaan permainan yang akan dicetuskan kelak,â katanya, semalam.
Sony hanya mendedahkan sedikit konsol PS5 dan memberikan pandangan sekilas dengan sebahagiannya tidak ditunjukkan.
Model PS5 sepenuhnya mempunyai slot untuk pemacu permainan atau video, sementara model digital tiada ciri itu kerana boleh dimuat turun melalui internet atau dimainkan menerusi capaian cloud.
âSejak pertama kali mengumumkan konsol generasi berikutnya tahun lalu, kami mendapat sokongan luar biasa dari syarikat pembangun dan peminat permainan di seluruh dunia, ini sangat mengujakan.
âKami tidak sabar untuk peminat merasakan sendiri kepantasan luar biasa, *immersion* lebih tinggi dan permainan yang menakjubkan di PS5 ketika kami melancarkan November ini,â katanya.
Microsoft minggu lalu mengumumkan konsol permainan Xbox generasi akan datang akan dilancarkan pada 10 November dengan anggaran harga permulaan sama dengan PS5.
XBox Series X baru, konsol utama Microsoft yang bersaing dengan peranti PlayStation Sony, akan tersedia untuk pra-tempahan bermula 22 September.
Microsoft akan menjual konsol permainan Xbox S yang bersaiz nipis pada harga AS\$299 (RM1,236.22) juga pada November.
\-AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat \| Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi\!
#### Carian Tajuk Berita
#### Subscribe to Blog via Email
Join 9 other subscribers
#### Categories
#### Berita Terkini
- [](https://sahih.com.my/koperal-belasah-anggota-tentera-seorang-koma-enam-cedera/)
[Koperal belasah anggota tentera: Seorang koma, enam cedera](https://sahih.com.my/koperal-belasah-anggota-tentera-seorang-koma-enam-cedera/)
- [](https://sahih.com.my/anggota-tentera-parah-dipercayai-dibuli-rakan-setugas-di-kem-bentong/)
[Anggota tentera parah dipercayai dibuli rakan setugas di kem Bentong](https://sahih.com.my/anggota-tentera-parah-dipercayai-dibuli-rakan-setugas-di-kem-bentong/)
- [](https://sahih.com.my/diesel-semenanjung-naik-mendadak-50-sen-kini-rm6-02-seliter/)
[Diesel Semenanjung naik mendadak 50 sen, kini RM6.02 seliter](https://sahih.com.my/diesel-semenanjung-naik-mendadak-50-sen-kini-rm6-02-seliter/)
- [](https://sahih.com.my/misi-bantu-acheh-mahabah-asnaf-society-rayu-dana-bina-balai-pengajian-baharu/)
[Misi bantu Acheh: Mahabah Asnaf Society rayu dana bina balai pengajian baharu](https://sahih.com.my/misi-bantu-acheh-mahabah-asnaf-society-rayu-dana-bina-balai-pengajian-baharu/)
- [](https://sahih.com.my/enam-sekeluarga-hilang-di-bentong/)
[Enam sekeluarga hilang di Bentong](https://sahih.com.my/enam-sekeluarga-hilang-di-bentong/)
[Back To Top](https://sahih.com.my/category/lifestyle/hobi/page/2/#header)
Š [SAHIH](https://sahih.com.my/) 2026 |
| Readable Markdown | Barang-barang dapur dah semakin canggih dan memudahkan.
Kepada ibu-ibu atau mereka yang suka masak wajib ada barang-barang dapur yang tak renyah lagi. Pendek kata, campak-campak terus siap.
Jangan kerap makan luar atau tapau makanan selalu, tak elok terutama bagi mereka yang ada anak-anak. Kos makan di luar atau bungkus agak tinggi, kalau hari-hari bungkus makanan, haa susah juga.
Dengan adanya peralatan dapur yang hebat ini, korang boleh masak dengan kadar yang pantas dan menjimatkan.
Artikel ini khas untuk korang yang suka masak tapi tak suka buang masa yang lama di dapur.
Eh, barang-barang dapur ini juga sesuai dijadikan hadiah kahwin kawan-kawan yang baru sahaja membina rumahtangga.

**Periuk Tekanan**
Rupa bentuk periuk tekanan dengan periuk nasi lebih kurang saja tapi kegunaan periuk tekanan sangat banyak.
Bukan boleh masak nasi je, korang boleh buat sup, menggoreng, membakar, melembutkan daging, merebus tulang, eh banyaklah\!
Tak rugi korang beli periuk ni. Lagi-lagi yang suka makan makanan siap hidang seperti nasi arab, nasi minyak, nasi hujan panas.
Mudah dan jimat masa, masukkan je segala bahan dalam periuk tekanan, lepas tu dah boleh makan.
Periuk tekanan memang dicipta untuk tahan karat, mudah dijaga dan untuk kegunaan berat.
Psst, nak masak daging korban pun senang.

**Air Fryer**
Haa, ini alat dapur yang sangat popular sekarang.
Tak dinafikan memang mudah kalau nak masak.
Yang jenis malas masak? Korang pun tak ada masalah kalau wujud air fryer ni dekat rumah korang.
Nak makan ayam goreng ke, ikan goreng ke, campak je dalam air fryer, *confirm* korang kenyang.
Bukan goreng je tau, buat kek pun boleh. Tak percaya, cuba *try*.

**BBQ Grill & Steamboat Hot Pot**
Siapa suka makan bakar-bakar dan *steamboat* elok korang beli ini.
BBQ grill & *steamboat* ni pun ada pelbagai saiz.
Yang suka makan dengan kuantiti yang banyak, boleh beli saiz besar.
Kalau yang nak makan depan TV, korang beli saiz kecil senang nak angkut ke mana-mana.
Harga pun tak mahal sangat, ia mengikut saiz dan kegunaan korang. *Best* juga makan ala ala santai.

**Food Steamer**
Khas untuk korang yang suka makanan berkukus dan yang *on diet*\!
*Food steamer* ni mudahkan kerja korang, korang letak je apa yang korang nak makan dan tinggal, tak perlu jaga sangat sebab ia menggunakan elektrik.
Saiz dan tingkat pun ada macam-macam, beli yang korang perlu, *okay*?

**Multifunction Hand Blender**
Senang sangat kalau ada *hand blender* ni.
Macam-macam saiz ada, macam-macam kegunaan dan memudahkan.
Untuk memasak boleh, untuk buat jus buah pun boleh. *Best*kan?

**Multifunction Sandwich Maker**
Nama je *sandwich maker* tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan seperti buat waffle, tart, donut, grill dan macam-macam lagi.
Apa yang memudahkan korang adalah tak perlu keluarkan kuali untuk siapkan makanan.
Makanan yang disediakan menggunakan *sandwich maker* ini sesuai dimakan bila-bila masa terutama waktu sarapan.
Menu sarapan pun jadi sihat. Jimat masa dan tak perlu cuci periuk banyak-banyak.

**Coffee Maker**
Wow! Penting kepada *coffee lover*\!
Korang yang suka minum kopi di pagi hari, wajib ada *coffee maker* di rumah.
Korang boleh brew biji kopi bila-bila korang nak, rasa segar dan original.
Nak hidang air pada tetamu pun senang.

**Penapis Air**
Sekarang penapis air minuman ni banyak sangat dijual.
Macam-macam jenama ada, korang kena pilih mengikut keperluan.
Kalau ada anak kecil yang menyusu, lebih mudah sebab ada untuk air panas juga.
Kalau korang nak masak air dalam *kettle* tu, haa sempat *baby* nangis.
Kalau ada penapis air, korang pun tak terkejar-kejar ke sana ke sini.

**Tudung Saji Bertingkat**
Rasanya tudung saji bertingkat ni dah ramai yang ada.
Mudah dan tak makan ruang berbanding tudung saji biasa yang besar tu.
Tudung saji biasa tu, sampai anak-anak boleh buat main pula.
Tudung saji bertingkat ni kegunaan sama macam tudung saji biasa cuma ia jimat ruang dan cara penyimpanan pun lebih kemas.

**Vacuum Wireless & Robot Vacuum**
*Vacuum wireless* atau *robot vacuum cleaner* ni pun dah viral.
Harga bergantung pada tahap kemampuan vacuum.
Yang jenis *wireless*, korang kena *charge* dan guna selagi ada bateri.
*Robot vacuum* pula, kena *charge* dan robot akan bergerak sendiri ke setiap sudut rumah korang.
Tak perlu wayar panjang-panjang dan tarik ke seluruh rumah, sekarangkan makin maju.
*Vacuum* ni boleh bersihkan dapur lepas korang memasak. |
| Shard | 32 (laksa) |
| Root Hash | 1624492787920812832 |
| Unparsed URL | my,com,sahih!/category/lifestyle/hobi/page/2/ s443 |