ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/ |
| Last Crawled | 2026-04-20 04:25:45 (10 hours ago) |
| First Indexed | 2025-07-01 02:55:06 (9 months ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Regatta Lepa Semporna Kini Tersenarai Dalam Kalendar Pelancongan Sabah - Sabah News - Bebas Bersuara |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | SEMPORNA: Regatta Lepa Semporna, pesta tradisional ikonik suku kaum Bajau serta tarikan pelancongan tahunan utama bagi negeri ini, telah disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Lebih istimewa, tahun ini merupakan kali ke-30 tahun pesta Regatta Lepa Semporna dianjurkan sekaligus membuktikan keteguhan komitmen masyarakat Semporna dalam memartabatkan warisan budaya mereka.
“Dengan penyenaraian pesta ini dalam kalendar pelancongan, diharapkan acara ini akan mencapai tahap baharu dan mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang dan merasai kemeriahannya,”
katanya semasa majlis penutupan Regatta Lepa
Semporna di Padang Bandaran di sini, semalam.
Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew.
“Menerusi Regatta Lepa, kita dapat memperkenalkan keindahan budaya masyarakat Bajau dan usaha pemeliharaan warisan maritim kepada para pelancong dari seluruh dunia,” katanya.
Ketua Menteri turut menyatakan bahawa Regatta Lepa tahun ini akan menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti perarakan lepa tradisi, pengibaran Sambulayang, penobatan Ratu Lepa dan penganugerahan Tokoh Regatta Lepa.
Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran acara Igalthon yang menyaksikan persembahan tarian tradisional Bajau dikenali sebagai Igal-Igal berlangsung selama satu jam tanpa henti melibatkan penari-penari dari pelbagai kumpulan budaya dan komuniti.
Acara ini telah dimasukkan kedalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan tarian Igal-Igal terpanjang pada 21 Jun lalu.
“Memartabatkan khazanah budaya dan warisan etnik negeri ini merupakan salah satu elemen utama yang menjadikannya produk pelancongan yang popular. Ini kerana Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya.
“Rakyat Sabah terdiri daripada 35 kumpulan etnik yang masing-masing mempunyai budaya, bahasa dan perayaan tersendiri, namun masih mampu hidup secara harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain.
“Ini menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan, sama ada bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa,” katanya. |
| Markdown | 
[Sign in]()
- [Utama](https://sabahnews.com.my/)
- [Sabah & Sarawak](https://sabahnews.com.my/category/berita-sabah-sarawak/)
- [Nasional](https://sabahnews.com.my/category/nasional/)
- [Politik](https://sabahnews.com.my/category/politik/)
- [Jenayah & Kemalangan](https://sabahnews.com.my/category/jenayah-dan-kemalangan/)
- [Aduan Rakyat](https://sabahnews.com.my/category/aduan-rakyat/)
- [Lain-lain](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
- [Dunia](https://sabahnews.com.my/category/dunia/)
- [Am](https://sabahnews.com.my/category/am/)
- [Sukan](https://sabahnews.com.my/category/sukan/)
- [Hiburan](https://sabahnews.com.my/category/hiburan/)
- [Agama](https://sabahnews.com.my/category/agama/)
- [Video Viral](https://sabahnews.com.my/category/video-viral/)
Sign in
Welcome\!Log into your account
your username
your password
[Forgot your password?](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
Password recovery
Recover your password
your email
Monday, April 20, 2026
- [Sign in / Join](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/#login-form)
- [Pengiklanan](https://sabahnews.com.my/pengiklanan/)
- [Borang Aduan Online](https://sabahnews.com.my/borang-aduan-online/)
- [Hubungi](https://sabahnews.com.my/hubungi/)
- [Webmail](https://sabahnews.com.my/webmail)
- [LOG IN]()
Welcome! Log into your account
[Forgot your password?](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
Recover your password
[ Sabah News – Bebas Bersuara](https://sabahnews.com.my/)
[](https://sabahnews.com.my/) [](https://sabahnews.com.my/)
- [Utama](https://sabahnews.com.my/)
- [Sabah & Sarawak](https://sabahnews.com.my/category/berita-sabah-sarawak/)
- [Nasional](https://sabahnews.com.my/category/nasional/)
- [Politik](https://sabahnews.com.my/category/politik/)
- [Jenayah & Kemalangan](https://sabahnews.com.my/category/jenayah-dan-kemalangan/)
- [Aduan Rakyat](https://sabahnews.com.my/category/aduan-rakyat/)
- [Lain-lain](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
- [Dunia](https://sabahnews.com.my/category/dunia/)
- [Am](https://sabahnews.com.my/category/am/)
- [Sukan](https://sabahnews.com.my/category/sukan/)
- [Hiburan](https://sabahnews.com.my/category/hiburan/)
- [Agama](https://sabahnews.com.my/category/agama/)
- [Video Viral](https://sabahnews.com.my/category/video-viral/)
[Home](https://sabahnews.com.my/) [Berita Sabah & Sarawak](https://sabahnews.com.my/category/berita-sabah-sarawak/ "View all posts in Berita Sabah & Sarawak")
Regatta Lepa Semporna Kini Tersenarai Dalam Kalendar Pelancongan Sabah
- [Berita Sabah & Sarawak](https://sabahnews.com.my/category/berita-sabah-sarawak/)
# Regatta Lepa Semporna Kini Tersenarai Dalam Kalendar Pelancongan Sabah
By [Editor](https://sabahnews.com.my/author/liliana-ivan/) -
30/06/2025
[0](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/#respond)
SHARE
[Facebook](http://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fsabahnews.com.my%2Fregatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah%2F)
[Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=Regatta+Lepa+Semporna+Kini+Tersenarai+Dalam+Kalendar+Pelancongan+Sabah&url=https%3A%2F%2Fsabahnews.com.my%2Fregatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah%2F&via=Sabah+News++-+Bebas+Bersuara)
[](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2025/06/SN-COVER-2025-06-30T182052.828.png)
SEMPORNA: Regatta Lepa Semporna, pesta tradisional ikonik suku kaum Bajau serta tarikan pelancongan tahunan utama bagi negeri ini, telah disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
***“Lebih istimewa, tahun ini merupakan kali ke-30 tahun pesta Regatta Lepa Semporna dianjurkan sekaligus membuktikan keteguhan komitmen masyarakat Semporna dalam memartabatkan warisan budaya mereka.***
> ***“Dengan penyenaraian pesta ini dalam kalendar pelancongan, diharapkan acara ini akan mencapai tahap baharu dan mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang dan merasai kemeriahannya,”*** katanya semasa majlis penutupan Regatta Lepa
> Semporna di Padang Bandaran di sini, semalam.
Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew.
“Menerusi Regatta Lepa, kita dapat memperkenalkan keindahan budaya masyarakat Bajau dan usaha pemeliharaan warisan maritim kepada para pelancong dari seluruh dunia,” katanya.
Ketua Menteri turut menyatakan bahawa Regatta Lepa tahun ini akan menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti perarakan lepa tradisi, pengibaran Sambulayang, penobatan Ratu Lepa dan penganugerahan Tokoh Regatta Lepa.
Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran acara Igalthon yang menyaksikan persembahan tarian tradisional Bajau dikenali sebagai Igal-Igal berlangsung selama satu jam tanpa henti melibatkan penari-penari dari pelbagai kumpulan budaya dan komuniti.
Acara ini telah dimasukkan kedalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan tarian Igal-Igal terpanjang pada 21 Jun lalu.
“Memartabatkan khazanah budaya dan warisan etnik negeri ini merupakan salah satu elemen utama yang menjadikannya produk pelancongan yang popular. Ini kerana Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya.
“Rakyat Sabah terdiri daripada 35 kumpulan etnik yang masing-masing mempunyai budaya, bahasa dan perayaan tersendiri, namun masih mampu hidup secara harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain.
“Ini menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan, sama ada bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.
SHARE
[Facebook](http://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fsabahnews.com.my%2Fregatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah%2F)
[Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?text=Regatta+Lepa+Semporna+Kini+Tersenarai+Dalam+Kalendar+Pelancongan+Sabah&url=https%3A%2F%2Fsabahnews.com.my%2Fregatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah%2F&via=Sabah+News++-+Bebas+Bersuara)
- [tweet](https://twitter.com/share)
Previous article[Dua ADUN Sabah Nafi Salah Laku Rasuah, Tekad Bersihkan Nama di Mahkamah](https://sabahnews.com.my/dua-adun-sabah-nafi-salah-laku-rasuah-tekad-bersihkan-nama-di-mahkamah/)
Next article[Dialog Konstruktif Diperlukan, Bukan Gimik Politik – Robert](https://sabahnews.com.my/dialog-konstruktif-diperlukan-bukan-gimik-politik-robert/)
[](https://sabahnews.com.my/author/liliana-ivan/)
[Editor](https://sabahnews.com.my/author/liliana-ivan/)
#### [RELATED ARTICLES](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)[MORE FROM AUTHOR](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
[](https://sabahnews.com.my/autism-fun-run-tarik-lebih-400-peserta-sokong-inisiatif-bilik-sensori/ "Autism Fun Run Tarik Lebih 400 Peserta, Sokong Inisiatif Bilik Sensori")
[Berita Sabah & Sarawak](https://sabahnews.com.my/category/berita-sabah-sarawak/)
### [Autism Fun Run Tarik Lebih 400 Peserta, Sokong Inisiatif Bilik Sensori](https://sabahnews.com.my/autism-fun-run-tarik-lebih-400-peserta-sokong-inisiatif-bilik-sensori/ "Autism Fun Run Tarik Lebih 400 Peserta, Sokong Inisiatif Bilik Sensori")
[](https://sabahnews.com.my/suspek-kes-rogol-wanita-mabuk-ditahan-polis-kurang-24-jam-di-tawau/ "Suspek Kes Rogol Wanita Mabuk Ditahan Polis Kurang 24 Jam di Tawau")

### [Suspek Kes Rogol Wanita Mabuk Ditahan Polis Kurang 24 Jam di Tawau](https://sabahnews.com.my/suspek-kes-rogol-wanita-mabuk-ditahan-polis-kurang-24-jam-di-tawau/ "Suspek Kes Rogol Wanita Mabuk Ditahan Polis Kurang 24 Jam di Tawau")
[](https://sabahnews.com.my/sabah-fc-muncul-juara-mfl-challenge-cup-2026-terima-ganjaran-rm700000-dari-kerajaan-negeri/ "Sabah FC Muncul Juara MFL Challenge Cup 2026, Terima Ganjaran RM700,000 Dari Kerajaan Negeri")
[Berita Sabah & Sarawak](https://sabahnews.com.my/category/berita-sabah-sarawak/)
### [Sabah FC Muncul Juara MFL Challenge Cup 2026, Terima Ganjaran RM700,000 Dari Kerajaan Negeri](https://sabahnews.com.my/sabah-fc-muncul-juara-mfl-challenge-cup-2026-terima-ganjaran-rm700000-dari-kerajaan-negeri/ "Sabah FC Muncul Juara MFL Challenge Cup 2026, Terima Ganjaran RM700,000 Dari Kerajaan Negeri")
#### PILIHAN EDITOR
### [Bank Dunia Cadang Umur Akses KWSP dan Pencen Sosial Dinaikkan Antara 65 hingga 70...](https://sabahnews.com.my/bank-dunia-cadang-umur-akses-kwsp-dan-pencen-sosial-dinaikkan-antara-65-hingga-70-tahun/ "Bank Dunia Cadang Umur Akses KWSP dan Pencen Sosial Dinaikkan Antara 65 hingga 70 Tahun")
[Editor](https://sabahnews.com.my/author/liliana-ivan/) \-
30/10/2025
### [Lelaki Kazakhstan Dihukum Kembiri Kerana Rogol Anak Tiri](https://sabahnews.com.my/lelaki-kazakhstan-dihukum-kembiri-kerana-rogol-anak-tiri/ "Lelaki Kazakhstan Dihukum Kembiri Kerana Rogol Anak Tiri")
[Johnny Abi](https://sabahnews.com.my/author/johnny-abi/) \-
04/08/2022
### [KKM Pertimbang Peranti ‘Infusion Pump’ Rawat Ibu Hamil Hidap Anemia Di Klinik-Klinik Kesihatan Tuaran](https://sabahnews.com.my/kkm-pertimbang-peranti-infusion-pump-rawat-ibu-hamil-hidap-anemia-di-klinik-klinik-kesihatan-tuaran/ "KKM Pertimbang Peranti ‘Infusion Pump’ Rawat Ibu Hamil Hidap Anemia Di Klinik-Klinik Kesihatan Tuaran")
[Editor](https://sabahnews.com.my/author/liliana-ivan/) \-
24/10/2024
### [Hasil Sisa Berkaitan Pandemik COVID-19 Mengancam Manusia Dan Alam Sekitar – WHO](https://sabahnews.com.my/hasil-sisa-berkaitan-pandemik-covid-19-mengancam-manusia-dan-alam-sekitar-who/ "Hasil Sisa Berkaitan Pandemik COVID-19 Mengancam Manusia Dan Alam Sekitar – WHO")
[Arif Razali](https://sabahnews.com.my/author/arif-razali/) \-
02/02/2022
[](https://sabahnews.com.my/)
Sabah News adalah sebuah medium berita menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.
Contact us: [admin@sabahnews.com.my](mailto:admin@sabahnews.com.my)
#### EVEN MORE NEWS
[](https://sabahnews.com.my/autism-fun-run-tarik-lebih-400-peserta-sokong-inisiatif-bilik-sensori/ "Autism Fun Run Tarik Lebih 400 Peserta, Sokong Inisiatif Bilik Sensori")
### [Autism Fun Run Tarik Lebih 400 Peserta, Sokong Inisiatif Bilik Sensori](https://sabahnews.com.my/autism-fun-run-tarik-lebih-400-peserta-sokong-inisiatif-bilik-sensori/ "Autism Fun Run Tarik Lebih 400 Peserta, Sokong Inisiatif Bilik Sensori")
20/04/2026
[](https://sabahnews.com.my/suspek-kes-rogol-wanita-mabuk-ditahan-polis-kurang-24-jam-di-tawau/ "Suspek Kes Rogol Wanita Mabuk Ditahan Polis Kurang 24 Jam di Tawau")
### [Suspek Kes Rogol Wanita Mabuk Ditahan Polis Kurang 24 Jam di...](https://sabahnews.com.my/suspek-kes-rogol-wanita-mabuk-ditahan-polis-kurang-24-jam-di-tawau/ "Suspek Kes Rogol Wanita Mabuk Ditahan Polis Kurang 24 Jam di Tawau")
20/04/2026
[](https://sabahnews.com.my/sabah-fc-muncul-juara-mfl-challenge-cup-2026-terima-ganjaran-rm700000-dari-kerajaan-negeri/ "Sabah FC Muncul Juara MFL Challenge Cup 2026, Terima Ganjaran RM700,000 Dari Kerajaan Negeri")
### [Sabah FC Muncul Juara MFL Challenge Cup 2026, Terima Ganjaran RM700,000...](https://sabahnews.com.my/sabah-fc-muncul-juara-mfl-challenge-cup-2026-terima-ganjaran-rm700000-dari-kerajaan-negeri/ "Sabah FC Muncul Juara MFL Challenge Cup 2026, Terima Ganjaran RM700,000 Dari Kerajaan Negeri")
20/04/2026
#### POPULAR CATEGORY
- [Berita Sabah & Sarawak14685](https://sabahnews.com.my/category/berita-sabah-sarawak/)
- [Am11246](https://sabahnews.com.my/category/am/)
- [Aduan Rakyat10574](https://sabahnews.com.my/category/aduan-rakyat/)
- [Politik3629](https://sabahnews.com.my/category/politik/)
- [Nasional2128](https://sabahnews.com.my/category/nasional/)
- [Dunia2089](https://sabahnews.com.my/category/dunia/)
- [Jenayah & Kemalangan2050](https://sabahnews.com.my/category/jenayah-dan-kemalangan/)
- [Disclaimer](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
- [Privacy](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
- [Advertisement](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
- [Contact Us](https://sabahnews.com.my/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/)
© 2017 Hakcipta Sabah News adalah terpelihara. |
| Readable Markdown | [](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2025/06/SN-COVER-2025-06-30T182052.828.png)
SEMPORNA: Regatta Lepa Semporna, pesta tradisional ikonik suku kaum Bajau serta tarikan pelancongan tahunan utama bagi negeri ini, telah disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
***“Lebih istimewa, tahun ini merupakan kali ke-30 tahun pesta Regatta Lepa Semporna dianjurkan sekaligus membuktikan keteguhan komitmen masyarakat Semporna dalam memartabatkan warisan budaya mereka.***
> ***“Dengan penyenaraian pesta ini dalam kalendar pelancongan, diharapkan acara ini akan mencapai tahap baharu dan mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang dan merasai kemeriahannya,”*** katanya semasa majlis penutupan Regatta Lepa
> Semporna di Padang Bandaran di sini, semalam.
Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew.
“Menerusi Regatta Lepa, kita dapat memperkenalkan keindahan budaya masyarakat Bajau dan usaha pemeliharaan warisan maritim kepada para pelancong dari seluruh dunia,” katanya.
Ketua Menteri turut menyatakan bahawa Regatta Lepa tahun ini akan menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti perarakan lepa tradisi, pengibaran Sambulayang, penobatan Ratu Lepa dan penganugerahan Tokoh Regatta Lepa.
Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran acara Igalthon yang menyaksikan persembahan tarian tradisional Bajau dikenali sebagai Igal-Igal berlangsung selama satu jam tanpa henti melibatkan penari-penari dari pelbagai kumpulan budaya dan komuniti.
Acara ini telah dimasukkan kedalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan tarian Igal-Igal terpanjang pada 21 Jun lalu.
“Memartabatkan khazanah budaya dan warisan etnik negeri ini merupakan salah satu elemen utama yang menjadikannya produk pelancongan yang popular. Ini kerana Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya.
“Rakyat Sabah terdiri daripada 35 kumpulan etnik yang masing-masing mempunyai budaya, bahasa dan perayaan tersendiri, namun masih mampu hidup secara harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain.
“Ini menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan, sama ada bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa,” katanya. |
| Shard | 31 (laksa) |
| Root Hash | 10718511924076940831 |
| Unparsed URL | my,com,sabahnews!/regatta-lepa-semporna-kini-tersenarai-dalam-kalendar-pelancongan-sabah/ s443 |