âčïž Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/ |
| Last Crawled | 2026-04-21 20:10:33 (1 day ago) |
| First Indexed | 2020-01-09 17:16:31 (6 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Content | |
| Meta Title | #TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT? |
| Meta Description | APAKAH jenis minyak brek yang ideal untuk kenderaan anda? DOT 3, 4, 5 atau 5.1? Sebenarnya istilah 'minyak brek' kurang tepat kerana ia bukan sejenis |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | APAKAH jenis minyak brek yang ideal untuk kenderaan anda? DOT 3, 4, 5 atau 5.1?
Sebenarnya istilah âminyak brekâ kurang tepat kerana ia bukan sejenis âminyakâ. Inilah sebab kenapa label pada botol ditulis
âbrake fluidâ
(bendalir brek), dan bukan
âbrake oilâ
(minyak brek). Tetapi untuk istilah tempatan dan urusan jual beli di Malaysia, istilah minyak brek (juga disebut
brake oil
) adalah merujuk produk yang sama.
Jadi kami kekalkan istilah
minyak brek
untuk memudahkan pemahaman dan bacaan. Sila jangan bergaduh⊠đ
BACA >>>
Â
#ApaNakBuat: Brek Depan atau Belakang? Mana Lebih Berkesan?
TITIK DIDIH KERING VS BASAH?
Ada banyak jenis minyak brek di pasaran yang dibezakan mengikut DOT (
Department of Transportation),
iaitu gred spesifikasi berasaskan piawaian Amerika Syarikat mengikut standard titik didih
(boiling point).
Titik didih pula terbahagi kepada dua jenis:
kering
dan
basah.
Titik didih kering
ialah titik didih minyak brek ketika bendalir itu dalam kondisi baharu.
Titik didih basah
pula bermakna minyak brek itu sudah lama digunakan (sekitar 1-2 tahun), atau terdedah dalam bekas terbuka.
Berdasarkan jaduah di atas, kita dapat lihat penurunan titik didih hingga 60-80ÂșC, yakni julat angka yang besar. Jadi, memang penting untuk kita menukar minyak brek baharu.
Ketika membrek, geseran antara cakera
(disc)
dan pad akan menghasilkan haba. Haba panas itu akan dipindahkan kepada kaliper dan minyak brek. Membrek secara keras mampu membuatkan minyak brek mendidih, sekali gus menyebabkan gelembung udara terbentuk dan boleh menjejaskan fungsi brek.
Situasi ini sangat bahaya kerana brek boleh hilang kuasa cengkaman. Bab penyenggaraan yang satu ini memang tiada kompromi kerana keselamatan lebih utama dan anda perlu segera menukarkan minyak brek baharu!
BACA >>>
#TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?
APAKAH DOT?
Sekarang lihat pada angka DOT. Semakin besar nombor di belakang, maka titik didih juga tinggi. Jika mahu kenderaan anda digunakan untuk berlumba yang memerlukan operasi pembrekan maksimum, maka disarankan menggunakan
DOT 5
dengan titik didih 260ÂșC.
Namun, anda juga perlu tahu
DOT 5
terbahagi kepada dua jenis:
DOT 5
dan
DOT 5.1
. Namun, titik didih kedua-dua jenis DOT 5 itu asasnya adalah sama, cuma jenis bendalir yang berbeza. DOT 5 berasaskan
silikon,
manakala DOT 5.1,
glikol etilena
(ethylene glycol).
Bendalir berasaskan silikon bersifat tidak lelas
(abrasive)
terhadap cat, serta tidak higroskopik, iaitu tidak berterusan menyerap air seperti glikol. Jadi
DOT 5 lebih tumpat
yang mana pengguna dapat rasa sedikit âanjalâ ketika menginjak brek, tetapi tidak disarankan untuk perlumbaan.
Sebaliknya
DOT 5.1
mampu menyalut bahagian getah dalam sistem brek. Asasnya, DOT 5 memiliki karakter bendalir yang lebih konsisten pada suhu rendah yang sesuai untuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Masalah DOT 5.1 pula, minyak brek ini lebih higroskopik berbanding DOT 4 dan perlu kerap diganti.
Apapun, pastikan baca buku manual dan maklumat sistem brek hidraulik dengan minyak brek, termasuk jenis yang direkomenkan pengeluar.
BACA >>>
#ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!
BILA PERLU GANTI MINYAK BREK?
Anda perlu menukar minyak brek dan melihat komponen brek
aftermarket
pada kenderaan supaya dapat disesuaikan dengan jenis gred. Ini diperlukan supaya kenderaan anda dapat bekerja dengan cekap dan optimum serta tidak membahayakan keselamatan.
Kebanyakan minyak brek yang digunakan adalah berasaskan glikol dan menyerap air hingga lama-kelamaan operasi brek merosot, dan begitu juga titik didih.
Masalahnya, kita sendiri tidak tahu adakah dalam pemanduan biasa akan menyebabkan geseran yang menghasilkan panas lebih 140ÂșC (paras maksimum untuk DOT 3). Suhu panas, minyak brek mendidih, berlaku gelembung udara, sistem brek âmasuk anginâ dan brek rasa tiada cengkaman adalah kombinasi masalah brek yang cukup bahaya.
Bagi kegunaan normal, alangkah baiknya anda menukar minyak brek setiap setahun atau dua tahun sekali.
BACA >>>Â
#ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel |
| Markdown | [Close Menu](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/)

- [Auto Terkini](https://pandulaju.com.my/category/autoterkini/)
- [Roda4](https://pandulaju.com.my/category/roda4/)
- [Roda2](https://pandulaju.com.my/category/roda2/)
- [Pandu Uji](https://pandulaju.com.my/category/pandu-uji/)
- [Bikin Auto](https://pandulaju.com.my/category/modifikasi/)
- [Autotainment](https://pandulaju.com.my/category/autotainment/)
- [Sembang Deras](https://pandulaju.com.my/category/sembang-deras/)
- [Aksesori](https://pandulaju.com.my/category/aksesori/)
- [PR NEWSWIRE](https://pandulaju.com.my/pr-newswire/)
[Facebook](https://www.facebook.com/pandulaju.com.my/) [Instagram](https://www.instagram.com/pandulaju/) [YouTube](https://www.youtube.com/pandulaju) [TikTok](https://www.tiktok.com/@pandulaju) [Threads](https://www.threads.com/@pandulaju)
- [UTAMA](https://pandulaju.com.my/)
- [EDITORIAL](https://pandulaju.com.my/editorial/)
- [PENGIKLANAN](https://pandulaju.com.my/pengiklanan/)
- [HUBUNGI KAMI](https://pandulaju.com.my/hubungi-kami/)
- [DriveFast.com.my (English)](https://drivefast.com.my/)
[TikTok](https://www.tiktok.com/@pandulaju) [YouTube](https://www.youtube.com/pandulaju) [Facebook](https://www.facebook.com/pandulaju.com.my/) [Instagram](https://www.instagram.com/pandulaju/) [Threads](https://www.threads.com/@pandulaju)
[](https://pandulaju.com.my/ "PanduLaju.com.my")
- [Auto Terkini](https://pandulaju.com.my/category/autoterkini/)
- [Roda4](https://pandulaju.com.my/category/roda4/)
- [Roda2](https://pandulaju.com.my/category/roda2/)
- [Pandu Uji](https://pandulaju.com.my/category/pandu-uji/)
- [Bikin Auto](https://pandulaju.com.my/category/modifikasi/)
- [Autotainment](https://pandulaju.com.my/category/autotainment/)
- [Sembang Deras](https://pandulaju.com.my/category/sembang-deras/)
- [Aksesori](https://pandulaju.com.my/category/aksesori/)
- [PR NEWSWIRE](https://pandulaju.com.my/pr-newswire/)
[](https://pandulaju.com.my/ "PanduLaju.com.my")
[Home](https://pandulaju.com.my/)»[Autotainment](https://pandulaju.com.my/category/autotainment/)»\#TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?
[Autotainment](https://pandulaju.com.my/category/autotainment/)
# \#TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?
By [Admin PanduLaju](https://pandulaju.com.my/author/editorpandulaju/ "Posts by Admin PanduLaju")
09/01/2020
[Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fpandulaju.com.my%2Ftahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot%2F "Share on Facebook") [Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?url=https%3A%2F%2Fpandulaju.com.my%2Ftahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot%2F&text=%23TahukahAnda%3A%20Tentang%20Minyak%20Brek%20yang%20Perlu%20Anda%20Tahu%2C%20Apakah%20Itu%20DOT%3F "Share on X (Twitter)") [Telegram](https://t.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fpandulaju.com.my%2Ftahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot%2F&title=%23TahukahAnda%3A%20Tentang%20Minyak%20Brek%20yang%20Perlu%20Anda%20Tahu%2C%20Apakah%20Itu%20DOT%3F "Share on Telegram") [Threads](https://www.threads.net/intent/post?url=https%3A%2F%2Fpandulaju.com.my%2Ftahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot%2F&text=%23TahukahAnda%3A%20Tentang%20Minyak%20Brek%20yang%20Perlu%20Anda%20Tahu%2C%20Apakah%20Itu%20DOT%3F "Share on Threads")
Share
[Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fpandulaju.com.my%2Ftahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot%2F "Facebook") [Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?url=https%3A%2F%2Fpandulaju.com.my%2Ftahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot%2F&text=%23TahukahAnda%3A%20Tentang%20Minyak%20Brek%20yang%20Perlu%20Anda%20Tahu%2C%20Apakah%20Itu%20DOT%3F "Twitter") [Telegram](https://t.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fpandulaju.com.my%2Ftahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot%2F&title=%23TahukahAnda%3A%20Tentang%20Minyak%20Brek%20yang%20Perlu%20Anda%20Tahu%2C%20Apakah%20Itu%20DOT%3F "Telegram") [Threads](https://www.threads.net/intent/post?url=https%3A%2F%2Fpandulaju.com.my%2Ftahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot%2F&text=%23TahukahAnda%3A%20Tentang%20Minyak%20Brek%20yang%20Perlu%20Anda%20Tahu%2C%20Apakah%20Itu%20DOT%3F "Threads")

APAKAH jenis minyak brek yang ideal untuk kenderaan anda? DOT 3, 4, 5 atau 5.1?
Sebenarnya istilah âminyak brekâ kurang tepat kerana ia bukan sejenis âminyakâ. Inilah sebab kenapa label pada botol ditulis *âbrake fluidâ* (bendalir brek), dan bukan *âbrake oilâ* (minyak brek). Tetapi untuk istilah tempatan dan urusan jual beli di Malaysia, istilah minyak brek (juga disebut *brake oil*) adalah merujuk produk yang sama.
[](https://www.xpeng.com.my/)
Jadi kami kekalkan istilah **minyak brek** untuk memudahkan pemahaman dan bacaan. Sila jangan bergaduh⊠đ
**BACA \>\>\>** [\#ApaNakBuat: Brek Depan atau Belakang? Mana Lebih Berkesan?](https://pandulaju.com.my/apanakbuat-brek-depan-atau-belakang-mana-lebih-berkesan/)
[](https://mazda.com.my/vehicles/mazda-cx-80)
#### TITIK DIDIH KERING VS BASAH?

Ada banyak jenis minyak brek di pasaran yang dibezakan mengikut DOT (*Department of Transportation),* iaitu gred spesifikasi berasaskan piawaian Amerika Syarikat mengikut standard titik didih *(boiling point).*
Titik didih pula terbahagi kepada dua jenis: **kering** dan **basah.**

**Titik didih kering** ialah titik didih minyak brek ketika bendalir itu dalam kondisi baharu. **Titik didih basah** pula bermakna minyak brek itu sudah lama digunakan (sekitar 1-2 tahun), atau terdedah dalam bekas terbuka.
Berdasarkan jaduah di atas, kita dapat lihat penurunan titik didih hingga 60-80ÂșC, yakni julat angka yang besar. Jadi, memang penting untuk kita menukar minyak brek baharu.
[](https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/01/brek-mengejut-keras.gif)
Ketika membrek, geseran antara cakera *(disc)* dan pad akan menghasilkan haba. Haba panas itu akan dipindahkan kepada kaliper dan minyak brek. Membrek secara keras mampu membuatkan minyak brek mendidih, sekali gus menyebabkan gelembung udara terbentuk dan boleh menjejaskan fungsi brek.
Situasi ini sangat bahaya kerana brek boleh hilang kuasa cengkaman. Bab penyenggaraan yang satu ini memang tiada kompromi kerana keselamatan lebih utama dan anda perlu segera menukarkan minyak brek baharu\!
**BACA \>\>\>** [\#TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-benarkah-minyak-brek-boleh-berubah-jadi-teruk/)
#### APAKAH DOT?
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/minyak-brek-dot-3-4/)
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/minyak-brek-dot-5-1/)
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/minyak-brek-dot-5/)
Sekarang lihat pada angka DOT. Semakin besar nombor di belakang, maka titik didih juga tinggi. Jika mahu kenderaan anda digunakan untuk berlumba yang memerlukan operasi pembrekan maksimum, maka disarankan menggunakan **DOT 5** dengan titik didih 260ÂșC.
Namun, anda juga perlu tahu **DOT 5** terbahagi kepada dua jenis: **DOT 5** dan **DOT 5.1**. Namun, titik didih kedua-dua jenis DOT 5 itu asasnya adalah sama, cuma jenis bendalir yang berbeza. DOT 5 berasaskan **silikon,** manakala DOT 5.1, **glikol etilena** *(ethylene glycol).*
Bendalir berasaskan silikon bersifat tidak lelas *(abrasive)* terhadap cat, serta tidak higroskopik, iaitu tidak berterusan menyerap air seperti glikol. Jadi **DOT 5 lebih tumpat** yang mana pengguna dapat rasa sedikit âanjalâ ketika menginjak brek, tetapi tidak disarankan untuk perlumbaan.
Sebaliknya **DOT 5.1** mampu menyalut bahagian getah dalam sistem brek. Asasnya, DOT 5 memiliki karakter bendalir yang lebih konsisten pada suhu rendah yang sesuai untuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Masalah DOT 5.1 pula, minyak brek ini lebih higroskopik berbanding DOT 4 dan perlu kerap diganti.
Apapun, pastikan baca buku manual dan maklumat sistem brek hidraulik dengan minyak brek, termasuk jenis yang direkomenkan pengeluar.
**BACA \>\>\>** [\#ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini\!](https://pandulaju.com.my/apanakbuat-mahu-prestasi-brek-cakera-motosikal-anda-kekal-optimum-buat-3-tip-ini/)
#### BILA PERLU GANTI MINYAK BREK?
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/cecair-brek_6/)
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/tukar-minyak-brek/)
Anda perlu menukar minyak brek dan melihat komponen brek *aftermarket* pada kenderaan supaya dapat disesuaikan dengan jenis gred. Ini diperlukan supaya kenderaan anda dapat bekerja dengan cekap dan optimum serta tidak membahayakan keselamatan.
Kebanyakan minyak brek yang digunakan adalah berasaskan glikol dan menyerap air hingga lama-kelamaan operasi brek merosot, dan begitu juga titik didih.
Masalahnya, kita sendiri tidak tahu adakah dalam pemanduan biasa akan menyebabkan geseran yang menghasilkan panas lebih 140ÂșC (paras maksimum untuk DOT 3). Suhu panas, minyak brek mendidih, berlaku gelembung udara, sistem brek âmasuk anginâ dan brek rasa tiada cengkaman adalah kombinasi masalah brek yang cukup bahaya.
Bagi kegunaan normal, alangkah baiknya anda menukar minyak brek setiap setahun atau dua tahun sekali.
**BACA \>\>\>** [\#ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel](https://pandulaju.com.my/apanakbuat-proses-bleeding-bantu-pulihkan-semula-prestasi-enjin-diesel/)
[Apakah DOT](https://pandulaju.com.my/tag/apakah-dot/) [apanakbuat](https://pandulaju.com.my/tag/apanakbuat/) [autotainment](https://pandulaju.com.my/tag/autotainment/) [Bendalir Brek](https://pandulaju.com.my/tag/bendalir-brek/) [brek](https://pandulaju.com.my/tag/brek/) [dot](https://pandulaju.com.my/tag/dot/) [DOT 3](https://pandulaju.com.my/tag/dot-3/) [DOT 4](https://pandulaju.com.my/tag/dot-4/) [DOT 5](https://pandulaju.com.my/tag/dot-5/) [DOT 5.1](https://pandulaju.com.my/tag/dot-5-1/) [minyak brek](https://pandulaju.com.my/tag/minyak-brek/) [sistem brek](https://pandulaju.com.my/tag/sistem-brek/) [tahukah anda](https://pandulaju.com.my/tag/tahukah-anda/) [Tukar Minyak Brek](https://pandulaju.com.my/tag/tukar-minyak-brek/) [Tukar Pad Brek](https://pandulaju.com.my/tag/tukar-pad-brek/)

[Admin PanduLaju](https://pandulaju.com.my/author/editorpandulaju/ "Posts by Admin PanduLaju")
#### Artikel Berkaitan
[](https://pandulaju.com.my/kapcai-rm750000-kisah-pm-2-buat-netizen-kecam/ "#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah âPM 2â yang Buat Netizen Kecam")
[Tahukah Anda](https://pandulaju.com.my/category/autotainment/tahukah-anda/)
#### [\#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah âPM 2â yang Buat Netizen Kecam](https://pandulaju.com.my/kapcai-rm750000-kisah-pm-2-buat-netizen-kecam/)
21/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-helmet-tiada-sirim-boleh-guna-tapi/ "#TahukahAnda: Helmet Tiada SIRIM? Boleh Guna TapiâŠ")
[Auto Terkini](https://pandulaju.com.my/category/autoterkini/)
#### [\#TahukahAnda: Helmet Tiada SIRIM? Boleh Guna TapiâŠ](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-helmet-tiada-sirim-boleh-guna-tapi/)
20/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/perbandingan-harga-minyak-malaysia-dan-asean-setakat-april-2026/ "#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah")
[Autotainment](https://pandulaju.com.my/category/autotainment/)
#### [\#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah](https://pandulaju.com.my/perbandingan-harga-minyak-malaysia-dan-asean-setakat-april-2026/)
16/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/apanakbuat-salah-tekan-pedal-minyak-fakta-teknologi-cara-cegah/ "#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak â Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah")
[ApaNakBuat](https://pandulaju.com.my/category/autotainment/apanakbuat/)
#### [\#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak â Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah](https://pandulaju.com.my/apanakbuat-salah-tekan-pedal-minyak-fakta-teknologi-cara-cegah/)
13/04/2026
Leave A Reply
[Cancel Reply](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/#respond)
- [Facebook401K](https://facebook.com/pandulaju.com.my)
- [Instagram194K](https://instagram.com/pandulaju)
- [YouTube593K](https://www.youtube.com/pandulaju)
- [TikTok1000K](https://www.tiktok.com/@pandulaju)
- [Threads46.6K](https://www.threads.com/@pandulaju)
##### Pilihan Ramai Minggu Ini
[](https://pandulaju.com.my/ev-jepun-paling-laris-nissan-sakura-2026-diperkenal/ "EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!")
[Kenderaan Elektrik (EV)](https://pandulaju.com.my/category/roda4/kenderaan-elektrik-ev/)
## [EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal\!](https://pandulaju.com.my/ev-jepun-paling-laris-nissan-sakura-2026-diperkenal/)
By [Abang Hirata](https://pandulaju.com.my/author/hirata/ "Posts by Abang Hirata")
13/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/aveta-nova-200-2026-rasmi-lancar-malaysia-harga-rm8488/ "Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!")
[Roda2](https://pandulaju.com.my/category/roda2/)
## [Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488\!](https://pandulaju.com.my/aveta-nova-200-2026-rasmi-lancar-malaysia-harga-rm8488/)
By [Syafie](https://pandulaju.com.my/author/syafie/ "Posts by Syafie")
13/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/aveta-vs115-2026-rasmi-lancar-malaysia-harga-rm3488/ "Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!")
[Roda2](https://pandulaju.com.my/category/roda2/)
## [Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488\!](https://pandulaju.com.my/aveta-vs115-2026-rasmi-lancar-malaysia-harga-rm3488/)
By [Syafie](https://pandulaju.com.my/author/syafie/ "Posts by Syafie")
14/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/bsh-perkenal-honda-cbr150r-stealth-black-2026-harga-rm13399/ "BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399")
[Roda2](https://pandulaju.com.my/category/roda2/)
## [BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399](https://pandulaju.com.my/bsh-perkenal-honda-cbr150r-stealth-black-2026-harga-rm13399/)
By [Shazwan Hisam](https://pandulaju.com.my/author/shazwanhisham/ "Posts by Shazwan Hisam")
17/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/aveta-serra-125-2026-rasmi-lancar-malaysia-harga-rm5088/ "Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!")
[Roda2](https://pandulaju.com.my/category/roda2/)
## [Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088\!](https://pandulaju.com.my/aveta-serra-125-2026-rasmi-lancar-malaysia-harga-rm5088/)
By [Syafie](https://pandulaju.com.my/author/syafie/ "Posts by Syafie")
13/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/bezza-pintas-proton-saga-perodua-dominasi-jualan-mac-2026/ "Bezza Pintas âKingâ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026")
[Auto Terkini](https://pandulaju.com.my/category/autoterkini/)
## [Bezza Pintas âKingâ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026](https://pandulaju.com.my/bezza-pintas-proton-saga-perodua-dominasi-jualan-mac-2026/)
By [Syafie](https://pandulaju.com.my/author/syafie/ "Posts by Syafie")
10/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/mmm-tawar-pakej-aksesori-mitsubishi-xforce-2026-harga-mula-rm700/ "MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!")
[Aksesori](https://pandulaju.com.my/category/aksesori/)
## [MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700\!](https://pandulaju.com.my/mmm-tawar-pakej-aksesori-mitsubishi-xforce-2026-harga-mula-rm700/)
By [Syafie](https://pandulaju.com.my/author/syafie/ "Posts by Syafie")
09/04/2026
[](https://pandulaju.com.my/jetour-t2-catat-lebih-4000-unit-tempahan-di-malaysia/ "Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia")
[Auto Terkini](https://pandulaju.com.my/category/autoterkini/)
## [Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia](https://pandulaju.com.my/jetour-t2-catat-lebih-4000-unit-tempahan-di-malaysia/)
By [Syafie](https://pandulaju.com.my/author/syafie/ "Posts by Syafie")
17/04/2026

[TikTok](https://www.tiktok.com/@pandulaju) [YouTube](https://www.youtube.com/pandulaju) [Facebook](https://www.facebook.com/pandulaju.com.my/) [Instagram](https://www.instagram.com/pandulaju/) [Threads](https://www.threads.com/@pandulaju)
- [Auto Terkini](https://pandulaju.com.my/category/autoterkini/)
- [Roda4](https://pandulaju.com.my/category/roda4/)
- [Roda2](https://pandulaju.com.my/category/roda2/)
- [Pandu Uji](https://pandulaju.com.my/category/pandu-uji/)
- [Bikin Auto](https://pandulaju.com.my/category/modifikasi/)
- [Autotainment](https://pandulaju.com.my/category/autotainment/)
- [Sembang Deras](https://pandulaju.com.my/category/sembang-deras/)
- [Aksesori](https://pandulaju.com.my/category/aksesori/)
- [PR NEWSWIRE](https://pandulaju.com.my/pr-newswire/)
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
[designXCII TECH](https://xcii.tech/ "Website designed by XCII Tech")
##
##
### |
| Readable Markdown | 
APAKAH jenis minyak brek yang ideal untuk kenderaan anda? DOT 3, 4, 5 atau 5.1?
Sebenarnya istilah âminyak brekâ kurang tepat kerana ia bukan sejenis âminyakâ. Inilah sebab kenapa label pada botol ditulis *âbrake fluidâ* (bendalir brek), dan bukan *âbrake oilâ* (minyak brek). Tetapi untuk istilah tempatan dan urusan jual beli di Malaysia, istilah minyak brek (juga disebut *brake oil*) adalah merujuk produk yang sama.
[](https://www.xpeng.com.my/)
Jadi kami kekalkan istilah **minyak brek** untuk memudahkan pemahaman dan bacaan. Sila jangan bergaduh⊠đ
**BACA \>\>\>** [\#ApaNakBuat: Brek Depan atau Belakang? Mana Lebih Berkesan?](https://pandulaju.com.my/apanakbuat-brek-depan-atau-belakang-mana-lebih-berkesan/)
[](https://mazda.com.my/vehicles/mazda-cx-80)
#### TITIK DIDIH KERING VS BASAH?

Ada banyak jenis minyak brek di pasaran yang dibezakan mengikut DOT (*Department of Transportation),* iaitu gred spesifikasi berasaskan piawaian Amerika Syarikat mengikut standard titik didih *(boiling point).*
Titik didih pula terbahagi kepada dua jenis: **kering** dan **basah.**

**Titik didih kering** ialah titik didih minyak brek ketika bendalir itu dalam kondisi baharu. **Titik didih basah** pula bermakna minyak brek itu sudah lama digunakan (sekitar 1-2 tahun), atau terdedah dalam bekas terbuka.
Berdasarkan jaduah di atas, kita dapat lihat penurunan titik didih hingga 60-80ÂșC, yakni julat angka yang besar. Jadi, memang penting untuk kita menukar minyak brek baharu.
[](https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/01/brek-mengejut-keras.gif)
Ketika membrek, geseran antara cakera *(disc)* dan pad akan menghasilkan haba. Haba panas itu akan dipindahkan kepada kaliper dan minyak brek. Membrek secara keras mampu membuatkan minyak brek mendidih, sekali gus menyebabkan gelembung udara terbentuk dan boleh menjejaskan fungsi brek.
Situasi ini sangat bahaya kerana brek boleh hilang kuasa cengkaman. Bab penyenggaraan yang satu ini memang tiada kompromi kerana keselamatan lebih utama dan anda perlu segera menukarkan minyak brek baharu\!
**BACA \>\>\>** [\#TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-benarkah-minyak-brek-boleh-berubah-jadi-teruk/)
#### APAKAH DOT?
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/minyak-brek-dot-3-4/)
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/minyak-brek-dot-5-1/)
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/minyak-brek-dot-5/)
Sekarang lihat pada angka DOT. Semakin besar nombor di belakang, maka titik didih juga tinggi. Jika mahu kenderaan anda digunakan untuk berlumba yang memerlukan operasi pembrekan maksimum, maka disarankan menggunakan **DOT 5** dengan titik didih 260ÂșC.
Namun, anda juga perlu tahu **DOT 5** terbahagi kepada dua jenis: **DOT 5** dan **DOT 5.1**. Namun, titik didih kedua-dua jenis DOT 5 itu asasnya adalah sama, cuma jenis bendalir yang berbeza. DOT 5 berasaskan **silikon,** manakala DOT 5.1, **glikol etilena** *(ethylene glycol).*
Bendalir berasaskan silikon bersifat tidak lelas *(abrasive)* terhadap cat, serta tidak higroskopik, iaitu tidak berterusan menyerap air seperti glikol. Jadi **DOT 5 lebih tumpat** yang mana pengguna dapat rasa sedikit âanjalâ ketika menginjak brek, tetapi tidak disarankan untuk perlumbaan.
Sebaliknya **DOT 5.1** mampu menyalut bahagian getah dalam sistem brek. Asasnya, DOT 5 memiliki karakter bendalir yang lebih konsisten pada suhu rendah yang sesuai untuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Masalah DOT 5.1 pula, minyak brek ini lebih higroskopik berbanding DOT 4 dan perlu kerap diganti.
Apapun, pastikan baca buku manual dan maklumat sistem brek hidraulik dengan minyak brek, termasuk jenis yang direkomenkan pengeluar.
**BACA \>\>\>** [\#ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini\!](https://pandulaju.com.my/apanakbuat-mahu-prestasi-brek-cakera-motosikal-anda-kekal-optimum-buat-3-tip-ini/)
#### BILA PERLU GANTI MINYAK BREK?
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/cecair-brek_6/)
[](https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/tukar-minyak-brek/)
Anda perlu menukar minyak brek dan melihat komponen brek *aftermarket* pada kenderaan supaya dapat disesuaikan dengan jenis gred. Ini diperlukan supaya kenderaan anda dapat bekerja dengan cekap dan optimum serta tidak membahayakan keselamatan.
Kebanyakan minyak brek yang digunakan adalah berasaskan glikol dan menyerap air hingga lama-kelamaan operasi brek merosot, dan begitu juga titik didih.
Masalahnya, kita sendiri tidak tahu adakah dalam pemanduan biasa akan menyebabkan geseran yang menghasilkan panas lebih 140ÂșC (paras maksimum untuk DOT 3). Suhu panas, minyak brek mendidih, berlaku gelembung udara, sistem brek âmasuk anginâ dan brek rasa tiada cengkaman adalah kombinasi masalah brek yang cukup bahaya.
Bagi kegunaan normal, alangkah baiknya anda menukar minyak brek setiap setahun atau dua tahun sekali.
**BACA \>\>\>** [\#ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel](https://pandulaju.com.my/apanakbuat-proses-bleeding-bantu-pulihkan-semula-prestasi-enjin-diesel/) |
| ML Classification | |
| ML Categories | null |
| ML Page Types | null |
| ML Intent Types | null |
| Content Metadata | |
| Language | en-us |
| Author | null |
| Publish Time | 2020-01-08 12:55:07 (6 years ago) |
| Original Publish Time | 2020-01-08 12:55:07 (6 years ago) |
| Republished | No |
| Word Count (Total) | 982 |
| Word Count (Content) | 606 |
| Links | |
| External Links | 14 |
| Internal Links | 64 |
| Technical SEO | |
| Meta Nofollow | No |
| Meta Noarchive | No |
| JS Rendered | No |
| Redirect Target | null |
| Performance | |
| Download Time (ms) | 878 |
| TTFB (ms) | 875 |
| Download Size (bytes) | 25,653 |
| Shard | 184 (laksa) |
| Root Hash | 3309117307409718184 |
| Unparsed URL | my,com,pandulaju!/tahukahanda-tentang-minyak-brek-yang-perlu-anda-tahu-apakah-itu-dot/ s443 |